Wednesday, July 23, 2008

295: jom fikir-fikiran


Ada beberapa orang kawan-kawan aku bertanya, kenapa aku kelihatan kurang gembira selepas balik dari bercuti di Kuching. Sejak pulang, PC aku memang sunyi. Langsung tiada muzik seperti biasa. Pada mereka, aku memandang. Mulut terasa-rasa nak menjawab, tapi hati menahan-nahan; sebab bila aku cuba menyampaikan, semuanya jadi celaru. Dan akhirnya satu perkataan sahaja yang mampu aku katakan – entah.

Dalam keadaan sekarang, sebenarnya sukar untuk aku jelaskan. Boleh, tapi sukar. Setiap perkara berhubungkait, dan sedaya upaya aku cuba merungkaikan. Mungkin hari ini adalah hari yang tepat untuk aku uji sejauh mana nilai persahabatan yang selalu orang dok perkatakan. Mungkin. Tengoklah, kalau keadaan terlalu mendesak.

Masalah lembut hati. Selalu membuatkan aku terbungkam. Sedangkan aku sedar, aku perlu pertahankan hak aku. Tapi serba salah. Manusia hanya memikirkan kekurangan dan kesempitan sendiri, tetapi enggan meletakkan situasi sukar aku dalam pemikiran mereka. Cubalah sekali, bayangkan kau berada di posisi aku sekarang. Hati aku sakit. Jiwa aku menjerit-jerit mohon pengertian. Meminta – sekurangnya sekali – kau lihatlah aku. Pandang aku sedalamnya. Janganlah mengambil kesempatan dengan sikap ‘tak apa’ aku. Aku bimbang. Bimbang kesabaran akan berakhir. Bimbang pengakhirannya juga akan mengakhiri semuanya. Hanya kerana satu perkara sahaja.

Kalau bersuara, katanya berkira. Kalau berdiam, aku nampak seronok saja kau memijak perasaan aku. Aku pijak ko kang. Atau adakah kita manusia itu – yang selalu meminta dimengertikan tetapi tidak pula mahu mengerti?

Dalam hubungan sesama manusia, inilah sesuatu yang selalu menyadung aku. Yang seringkali menjatuhkan aku. Kerana aku selalu cuba meletakkan diri aku di tempat kau. Dan aku berasa tidak patut kalau aku menjadi aku. Dan sudahnya aku juga yang merana. Aku juga yang tertekan.

Hal mak aku pula. Bukanlah kami bergaduh. Tak pernah. Sesekali aku atau dia merajuk, perkara biasa. Cuma dalam keadaan sekarang, aku jadi sangat mahu mati. Kronik sangat ke? Bukan. Entahlah. Aku tak pernah bercerita dengan sesiapa tentang hal ini. Tentang hati aku. Tentang apa aku rasa setiap kali kalau berlaku perkara begini. Tak pernah. Hatta dengan diri sendiri pun aku tak pernah meluangkan masa untuk membincangkannya. Biarlah. Aku tak mahu merungut tentang hal ini – terutamanya di sini. Cukuplah sekadar begini.

Ya, aku sedih. Dan aku hanya mampu berpaling di sini untuk menghilangkan kesedihan. Atau sekurang-kurangnya menyurutkan kalaupun tidak menghapuskan sepenuhnya. Aku mahu menangis, tapi aku letih.

Oh ya. Kau. Yang senang-senang membuatkan aku susah hati hampir setiap hari. Moga Allah akan membalasnya. Dengan beban kesusahan 10 kali ganda lebih dari apa yang aku rasa sekarang.

Hari ini aku perlu berfikir lagi. Untuk hidup aku esok. Dan hari-hari seterusnya.

I want 11 Sad Steak, please!~

43 comments:

arianna adrizal said...

ewah.. smpai 11 sad steak tu. karang berat naik, ha.. akak lak jd sad steak. huhu~

Masy said...

anne,
alaa.. x kata pon nk mkn sekali harung. simpan laa dlm fridge, mkn secara berkala ;)

indera kencana said...

Manusia berbilion dalam dunia. Macam-macam dgn pe-el masing2. Kalau kita nak uji kesetiaan atau persahabatan orang lain, ujilah masa kita tgh susah. Jangan uji masa kita tgh senang.

***Orang macam tu kan, eloknya tolak dia masuk dalam toilet, kunci dari luar, lepas tu campak ular tedung kat dalam. Biar dia menjerit sorang2..

Mak majuk lagi? Tak lama majuk Mak awak tu. Esok lusa surut la tu. Jap-jap nak teka... ni mesti kes owang datang merisik, awak tak nak. "Eiiiii... ahli musik? apa klas" atau "Mak, owang masih tingat kat Sham yang ensem tu". Tu pasal la orang tua tu majuk. Kan? kan? kan?

-Sham-

Masy said...

abg indera kencanaku,
betul tu.. ni tgh nak ujilah ni. cuma rasanya klu tak berjaya pun, sy paham.. sbb keadaan skrg mmg x berapa mengizinkan..

ooo best jugek tu kan? ape kata klu saya campak babi utan? tp kene upah org laa hehehe

td dengarnya mcm dah ok. tp anaknya ni kan selalu memendam perasaan.. hehe. oohhh abg Sham yg ensem tu? sape ek? :p mandai2 je ;D

chot said...

tabah dan sabar beb...

meera said...

hmmmm...

Masy said...

chot,
sedanglah ni.. huhu

kak maya,
hmmmmmm.....~

Ungku Nor said...

jom kita detingggg!!!!
;p

kakLuna said...

akak pun lebih kurang masy jugak ar...mslh kat opis ni....mslh kat umah dgn adik beradik...sampai akak wat kesimpulan skrg ni SEMUA ORANG NAK SENANG JE asal ada org tolong cover/tolong wat keje...dorang cam x payah buat apa....tolong berfikir pun tak nak.

hmm..membebel lak aku kat sini

nak 11 satay ayam plsss

Masy said...

kak ungku,
nk mkn sedap bole? tp akak byr la hehe

kak luna,
betul la... sedih kan... *rasa nk nanges lg huhuhu*

sate kambing ade laa.. mau?

achik said...

saya pun slalu gak berdepan ngan situasi merajuk ngan mak saya.. padahal sebabnya remeh je..

saya minggu lepas minggu merudum saya.. rasa cam letih sangat ngan keadaan sekeliling.. nak luahkan, tapi x reti.. huhuhu..

Masy said...

achik,
heheh stendet kot. merajuk mmbawa bahagia hihii

ermm.. gaknye klu kite memuntahkan, sama tak mcm meluahkan? huhuhu

zaida ismail said...

Tak baik tau majokss...

Masy said...

zaida,
aku tak majok la beb. huhuhu~

Purpleheart said...

Bile rase sedih atau tensen, carila kawan yang sudi mendengar. Insya Allah, bila dah luahkan rasa sedih dan tensen akan berkurangan sedikit...

nak 11 burger ikan mekdi..

Masy said...

kak PH,
klu bole sy takmo cite. tp td dah cite pon, kan dah termenanges. tu yg maleh nk cite tuh huhuhuhuhu

sedapnye bege mekdi nyum2.. huhuhu

KAKTINY said...

masalah mmg perlu di'cerita'kan, diluahkan - meskipun pada stering kete atau pada screen pc.. jgn dipendam.. biar menangis, biar meraung.. walaupun dlm bilik air, dlm kolam atau dlm kete..

pastu makan dan tido..

(jom ikut kaktiny buat foot spa nak?.. leh hilang tension - walau seketika.. )

Masy said...

kak tiny,
ermm.. sy cuba...

bestnye foot spa. tp tgh kering kontang ni kak. itu yg ikan gigit2 tu ek? tak geli ke? hehehehheh

Rya said...

nape emo2 begini akak masy..
lompat bintang skit kasi nampak berpura2 hepi..
be strong ok..

now that don't kill u
can only make u stronger

Masy said...

rya,
huhuuh ade sebab musababnye.. moh la lumpat! lumpat tinggi2 sampai cucur kodok.

yes bebeh. tgh tgk tahap kestrongeran akak ni hah huu~

Dakjaat said...

hidup mmg camni la kan .. mungkin pernah org bagi peringatan pada kita ttg hubungan persahabatan tetapi sejauh mana kebenaran kata2 mereka sehingga kita sendiri yang merasai apa yang pernah mereka lalui suatu masa yang lampau dahulu.. Mahu tak mahu, kita harus bersabar sahaja dengan apa yang terjadi .. orang enggan memahami kita yang seadanya... mereka hanya berstatuskan kawan .. tetapi realitinya hanyalah orang asing ... kita memahami orang ..orang tak memahami kita .. mampukah kita mengubah mereka? tidak jawapannya. Suatu hari mereka sendiri akan terfikir dan sedar akan kesilapan sendiri.... =) jgn bersedih .. elakkan berada di dalam keadaan berseorangan .. g gathering dengan kekawan, enjoy ke shopping complex or any place yang u nak pergi asalkan u lupakan masalah u .. oke?! Salam singgah! saya blogger baru ... =)

Johan said...

napa nak sedih2. Hidup adalah pengembaraan. Enjoy n nikmati pengembaraan ini. Seminit kita bersedih, kita memerlukan dua minit untuk kita gembira.

Enjoy..

zino said...

mood dia ni macam yo yo sekejap ceria sekejap dah monyok..

kita tak boleh kawal apa orang lain buat tapi kita boleh kawal apa yg diri kita nak lakukan..

so lakukan sesuatu nyg boleh mengembalikan keceriaan tu.. tak usah ambil pusing apa orang lain kata.. kita kawal apa yg patut kita kata..

axim said...

well,life must goes on!!

Noushy Syah said...

Salamz Kak Masy...

Just drop by to say hello,since I have no comment about your posting,coz I don't really get it:)

Still,keep smiling always and hope you are fine end there.

Masy said...

dakjaat,
apa yg sy ceritakan ni tak mewakili kesemua sahabat yg sy ada.. tp dah nasib ada pulak kawan jenis cenggini. mintak2 spesis camni x membiaklah. klu tak, huru hara dunia. huhuhuuh..

selamat dtg ke dunia blog a.k.a monyet world (bak kata menteri kita) hehehehe. mekasih singgah ye :)

johan,
sedih itu pon satu kenikmatan. klu tak sedih, mana nk dtg gembira, betoi tak? ;) thanksss....~

zino,
hidup kita pon cam yoyo kn?

sy tgh cuba nk kawal diri.. huhu~

axim,
betoi tu!

salam noushy,
tak paham eh? ehehehhee xpe2. apepon thanksssssss~

Nick Carter said...

Alaa... baby cedih yee.... alalalala...... bucuk2 tuuuu....

Masy said...

nick carter,
weekkkk :p mane ade bucuk, org wangi laaaa....~

debikdebuk said...

steak???? ermmm mcm best..... sad steak dah tentu tak best kan?

Masy said...

debikdebuk,
tak penah try la sad steak tu. klu ade yg leh wat sedap2, aku no hal heheh

Sastri said...

hmmm... i know how it feels like... sometimes it seems there's only one way to go... tapi tak apa Masy... lambat-laun, rasa tu akan hilang... masalah yang timbul akan ada jalan penyelesaiannya... cuma kena sabar... tapi bak kata Masy, sampai bila kan? apapun, sas tau Masy tabah... *hugs*

Hasnul Efendi Md Yusof (ANUL) said...

sedey ke masy...jom main tepok amai2 ngan aku

Lee Novotny said...

Hey uols...jgn sedey noks...life has its ups and downs nyer..perhaps this is the down punyer turn...I am sure uols have loads of good friends utk jadik shoukder to cry on...take care nah uols.... life ain't that bad really... just calm down and berdoa kepadaNya :)

*HUGS*

Masy said...

sastri,
insyaallah... sy pon berdoa macam tu lah.. kadang2 bhadapan dgn org yg tak nak faham masalah kita, mmg menyakitkan hati..

thanks sas *hugs*

anul,
aku tepok ko bole ke? meh meh hahahahaha

lee,
i pon rasa cenggitulah. ini masanya i kene lenyek, org tu punya turn kite tatau lg.. mebi kene lenyek dgn steamroll kaa kan kan heheheh

thanks nah! *hugs*

azriey said...

bawa2 la bersabar hidup ni memang banyak dugaan...kalau takdak masalah bukan hidup namanya
take good care

Masy said...

azriey,
tu lah kan.. bak kata bujang lapok - "acobaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan".....

thanks :)

Just Nis said...

kite pun majuk gak.. jauh ati.. teguris kalbu..

tu yg tedampar kat kl neh..

be strong k..

Masy said...

just nis,
ermm majuk dgn mak ke? huhuuhu nanti kene bawak berubat tu, kesian kat ati (dan ati mak skali huhu)

thanksss.. u too, be strong also ;)

QasiehFirdaus said...

tarik nafas dalam2..

1 2 3..

ok skarang boleh lepas..

ulang sampai lega k..

take care.. :P

zino said...

meh zino belanja teh tarik nak tak? mana tau boeleh ceria balik hehe

Masy said...

qasieh,
*hmmffsss hmmmmfsss*

huh~ thanks :)

zino,
sy x minum teh tarik. neskepe tarik bole le hehehehe :)

kadok said...

satu aje masy...its hard to please everybody...tp dlm masa nak please org tu...kita jugak yg terukk..itu sudah fitrah alam..:)

Masy said...

kadok,
betul tu.. tp at least ber'jiwa'lah sket kan.. huhuhuuhuh~

sabo jelah baby ni :)