Friday, July 25, 2008

296: Jumaat dah..

:hi:

Salam sume..



Hari ni Jumaat, penghulu segala hari. Harap-harap kita semua bernafas dengan tenang dan berjiwa redha dengan segala apa yang telah melanda diri.



Untuk entry sebelum ni, aku ucapkan terima kasih atas semua komen korang. Banyak yang menenangkan dan memberi jalan. Tapi bagi yang mengetahui 'detail', aku ucapkan terima kasih lebih RM5 daripada yang lain heheh. Dan solution masing-masing semuanya sama. Masalah aku tetap satu - aku lembut hatilah. Aku tak sanggup. Tapi kan....



:devilishgrin:



Pagi tadi aku pergi keje cepat. Bangun seperti biasa tetapi bersiap extra pantas. Dan aku pergi keje sorang. Hahahahaha aku tersengih laksana arwah bapak mertua angkat aku - Almarhum Hussien Abu Hasan. Siapa yang tahu detail, tahulah apa yang aku sengihkan. Hehe. Aku bukan balas dendam la. It just.. ermm..



:anongnangyari:



Dan dalam entry sebelum ni juga aku cakap nak uji sahabat aku. Oh.. ramai pulak yang minta diuji kali ni hihi. Apapun terima kasih untuk semua yang bersungguh-sungguh mahu membantu. Terima kasih sangat-sangat. Aku sampai menangis depan PC ni sebab korang nak bantu aku - serius. Harap-harap budak opis aku tak nampaklah, kalau tak jatuh stendet aku sebagai budak brutal kat opis ni hoh.



Berbalik pada ujian tadi. Aku cuma mahu uji dia saja. Tapi kalau dia gagal pun, aku faham - sebab dalam keadaan sekarang, bukan semua orang senang. Eh.. tapi dia bersetuju tanpa bertanya dan tanpa syarat. Dalam masa 24 jam, bantuan pun tiba di depan pintu (sebenarnya boleh je kurang daripada tu, tapi tetibe dia terfikir pulak pasal moral dan etika - not his fault; and of course not mine also laaa). Sejurus sebelum aku keluar dari kereta beliau, beliau berkata:



takpe beb.. dulu lu selalu tolong gua.. sekarang turn gua pulak tolong lu..


Huhu. Aku mintak tolong dengan dia bukan sebab nak minta dia balas budi. Bukan. Aku cuma berpegang pada kata-kata dia dulu - bahawasanya kalau tiba masa aku dihimpit kesusahan, orang yang pertama perlu aku cari adalah dia. Hey dude.. janganlah bercerita soal hutang budi. Segan doh. Apapun bantuan kali ini membuatkan aku benar-benar memahami kesusahan dia dulu. Dan aku juga memahami betapa dia menghargai apa yang aku lakukan untuk dia dulu. Susah nak digambarkan dengan kata-kata. Kau tau apa yang kau bagi, seolah kau bagi oksigen masa aku dah nak mampos sebab lemas.



Orang itu masih begitu. Dan untuk seseorang yang lebih pentingkan kecantikan daripada lukanya hati sahabat.... aku pun tak tahu nak komen apa. Aku harap aku salah menilai benda ni. Sebab aku percaya aku berhak mempunyai kawan-kawan yang baik walaupun aku taklah baik sangat - tapi aku tak jahat sangat jugak tau. Susah juga kalau pernah terhutang budi ni. Banyak benda terpaksa aku pendam.



:astig:



Moga aku salah nilai. Aku harap kau tetap orang yang baik, beb. Walaupun sebenarnya aku dah nak muak dan jelak dengan keadaan ni.



Kita tutup entry ni dengan gambar ni hehehe..



Quite proud of maself. Still manage to smile and have fun eventho.. dalam ati.. Tuhan saja yang tahuuuuu perasaankuuu berperang dengaaaaaann suasanaaaaaaaaaaaaaa *nyanyi laa weh*


gambar sume kat dalam album-aku ini. enjoyy~

25 comments:

hasANah haLim said...

ewah2...tarian ape tue kak?

Masy said...

hasanah,
entah. tp cam tradisional melayu rasanye hihihihi~

azriey said...

ala...apasal terlindung plak muka hero tu??!!
nak jugak tgk kehenseman abg sarawak yg cuba mengayat masy tu :)

Rya said...

kalu kak masy pakai kostum sama mesti lagi mantoppp...

Masy said...

azriey,
hensem hensem hihihih. nantilah klu ade gmbr lain, sy tepek lg hahahaha!!~

rya,
uishhh.. malu ai klu pakai kostum. klu dah full gtu kene laa bayar bile akak menari hahahaha

axim said...

selamat berhujung minggu yaa akak masy!!!

Masy said...

axim,
same goes to u!! ;)

meera said...

"Dan untuk seseorang yang lebih pentingkan kecantikan daripada lukanya hati sahabat...."

laaaa... cantik sgt ke?... maaf ckp, cantik akak lagi... muahahaha ayat batu api... saje menyemarakkan lg kejelekkan dihati syita pd dia...

Masy said...

kak maya,
ahahahaaha nk gelak goleng2 arrr ahahahahaha!!! ye akak mmg jauh lg cantik dr dia - inner and outer ahaks ;)

x semarakkan pon mmg dah jelek ni hohohohoh

indera kencana said...

Pertama-tama nak tanya..
"Brutal keeeeerrrrrr?"

Yang kedua nak teka,
"Mat yang bagi bantuan tu mesti Mat awak Sitah tu kan?

Yang ketiga nak komen
"Aisehhh... dah macam joget lambak la pulak.."
Joget Lambak. Mari tuan-tuan dan puan-puan. Jangan malu jangan segan. Ikut rentak goyangkan badan. Iyeeaaahhh. Iyeeeaaahhh. Joget Lambak!!!

indera kencana said...

opppsss ada syntax error;
"Mat yang bagi bantuan tu mesti Mat yang panggil awak Sitah tu, kan?"

Masy said...

abgku indera kencana,
1. brutal perr... bos sy penah ckp dulu, sy patut jadi lelaki bkn pompuan hahaahahahah. tp tu brutal ke? ermm~

2. errr.. sape ek? mesti salah ni. salah salah.

3. ahahahah mmg joget lambak pon tu rasanye.. ewaaahh!!! :D

Noushy Syah said...

TGIF..have a gr8 weekend Kak Masy!

Yuhoooo....to tarian apa Kak Masy, tarian orang asli yea?Not bad..lolz!

Take care.

p/s Thanks for the visual crispy roti canai..but the sambal is tooo hot!:)

TedungS said...

tu macam joget rambong je tu wehweh

Masy said...

noushy,
moga2 great laa hendaknye ihihiih

rasanya tarian tradisional melayu. ahahahaha bole laa kan :D

p/s: oo ye ke? next time akak tukar dgn kuah kari jelah ye

tedungs,
ye ke? mana2lah abg ted janji epy hihi

zino said...

kat sana berani lah pentas..(atau dah terpaksa..) cuba buat kat sini!! nak tengok hehe

Masy said...

zino,
sy naek secara sukarela. haihh kalau kat sini ada acara mcm ni rasanya sy x segan kot. lainlah klu suruh berlakon kaa suruh public speaking kaaa mau pengsan 8 hari rasanya hahahahah!!!

zino said...

masy..
kira spoting juga la.. kalau zino yg kena suruh.. dan dan nak ke tandas je hehe..

Masy said...

zino,
sy pemalu sbnrnye zino... tp kdg2 bila meroyan tu, mmg layan je mende ni sume hahaahaahah!!!~

Ad Rifza said...

Di dalam kebrutalan nampak kelembutan..hehe...

Ni zapin ke,asyik ke atau semazau?hehe..

Masy said...

ad rifza,
lembut ke? awwwwww camne leh nampak ni wakakakkkakakaka!! *blushing tanda setuju amat*

aaa joget hentam keromo jer hehe.

kad0k said...

kata org..menari jugak bole hilangkan tensi..kata orang lah..selamat berhujung minggu...:)

Masy said...

kadok,
yaa bener tu donk ah! ujung minggu ni x selamatlah huhuuh~

Ungku Nor said...

mana satu yang cakap nak ikut balik semenanjung tu??
hehehe

Masy said...

kak ungku,
terlindunglah kak.. minah aprika tu beso nau.. hehehhe