Monday, August 11, 2008

303: Kisah Bebola Ikan dan Mangkuknya

:hi:
Salam semua..

Hari ini aku akan bercerita tentang sebijik bebola ikan yang cukup sifat tapi ada sedikit kurang dari segi tatacara pemikiran (yelah dia kan bebola ikan) dan hanya tunggu masa untuk dipenyekkan.

Alkisaaaaah. Alkisah maka tersebutlah kisah! Sang Bebola Ikan ini ditugaskan untuk menyelesaikan satu misi. Dan sebenarnya Sang Bebola Ikan mempunyai cukup bala tentera untuk menyelesaikannya. Tapi mengapakah agak sukar bagi Sang Bebola Ikan untuk menyempurnakan tugasnya?

A. Sang Bebola Ikan kekurangan satu organ - otak
B. Sang Bebola Ikan tidak reti PR dan CPR
C. Sang Bebola Ikan telah memburukkan reputasi bala tentera sendiri kepada General Mangkuknya
D. Sang Bebola Ikan terlalu mengagungkan General Mangkuknya.
E. Sang Bebola Ikan memang malang huahahahahahah!!!

Sang Bebola Ikan hanya sibuk dengan General Mangkuknya. Dijilat-jilat General Mangkuknya setiap hari agar berkilat. Sayang benar nampaknya Sang Bebola Ikan terhadap General Mangkuk itu. Iyelah.. tanpa General Mangkuk, siapalah Sang Bebola Ikan - hanya segumpal cebisan-cebisan ikan yang hanyir di pasar basah. Tetapi Sang Bebola Ikan juga terlupa satu perkara. Tanpa bala tentera, siapa pula General Mangkuk itu? Kalau bala tentera tidak tidak bersatu dan berhibernasi di dalam mangkuk setiap hari, adakah General Mangkuk itu akan direbut dan disanjung pula kemudiannya?

Dasar Sang Bebola Ikan. Banyak perkara yang terlepas dari pengetahuannya. Adakah dia sedar General Mangkuk yang dijilat itu amat benci jika dijilat? Apatah lagi kalau selalu dijilat. Geli tau!

Sekarang. Bala tentera ramai dah memberontak dalam diam. Sang Bebola Ikan berpeluh seluruhnya. Menjadi sebiji bebola ikan yang berair. Lembik. Dan hanyir semula. Namun tetap juga berlagak gagah perkasa.

Maka bergolek-goleklah dia cuba menyudahkan misi. Walaupun dalam kemarahan yang amat, bala tentera yang dikondem oleh beliau tetap simpati dan membantu. Tapi balasannya? Ah... memang melampau benda bulat ni! Maka dengan kuasa amarah yang amat, bala tentera berpakat untuk tidak lagi peduli dengan kesusahan Sang Bebola Ikan. Dan kelihatan sekarang Sang Bebola Ikan bertungkus lumus bergolek-golek. Tadi kedengaran General Mangkuk yang selalu dijilatnya merungut-rungut. Misi diberi sudah lama, bantuan yang ditagih telahpun diberi dek bala tentera sekeliannya - lama dulu. Namun tetap misi tetap kelihatan tiada tindakan.

Ah biasalah General Mangkuk. Lupa agaknya kisah sebelum ini. Misi pertama dulu pun begitu juga. Selama mana masa diberi, tetap tertangguh juga tindakannya. Hulurlah sebanyak mana senjata dan peralatan untuk mempersiapkan diri, namun segalanya sia-sia.

Sang Bebola Ikan. Aku rasa nak pijak je ko kasik penyek! Huh!

18 comments:

zino said...

jangan di pijak pijak kasi ngap je.. sedap tu bila dah di masuk ke dalam sup.. hehe

Masy said...

zino,
tak selera ah.. rasa cam bebola katak lak hahahaha

Ungku Nor said...

huh, bebola daging lagiiiii beshhhh!!!!
kan masy kaannn??

;p

Masy said...

kak ungku,
betoi betoi hehehehe

Nick Carter said...

woii... aper neyyy.... tak paham arrrr

azriey said...

apa sajalah citer ko ni masy...sepatah benda tak paham. sib baik tulih dlm bahasa ibunda kalau tak mau hanyut niii!!

Hasnul Efendi Md Yusof (ANUL) said...

kutukan, luahan perasaan, amarah yang simbolik dan mendalam...ahahahah!!

kadok said...

best nye bebola ikan..glupppp..rilek..jgn marah2...huhuhu

Rya said...

uuu..
sgt2 simbolik, hmpr2 hilang landasan..

Sastri said...

tak baper suke la bebola ikan... bebola daging lagi sedap... :D

deyana said...

hehe..rasa kekaguman yang tak penah abis~ cane la akak leh terpikir bagi nama benda alah tu kat makhluk asing tuh..isyh2~anyway bagus la luahan rasa akak..huahua..saya suka la akak wat luahan rasa sebab saya akan gelak guling2..hahahaha..jangan marah kak mas~ i'll be online everyday, just for you ;p

pssst! cite semalam xabis laa..akak g mana ari ni?

k.lin said...

bebola sayo tak wujud ke ek??

blackpurple @ jowopinter said...

Bebola ikan itu fish ball kan? He he he. Apalah punya soalan.

achik said...

teringat lak iklan celcom yg budak tu giler makan bebola ikan.. ;p

KAKTINY said...

sedapnya fish bal soup tuh.. teringat makan kat johnny's semalam.. yum yum yum... bestnyer..

Masy said...

nick carter,
aahhh itu pon tak paham :p

azriey,
ahahahahah!!!

anul,
bagus bagus paham pon :D

rya,
bebaik.. jgn sampai tergelincir ;D

sastri,
sy suke je semua heheh

deyana,
aaa saje je berfikir di luar kekotak ;D klu perasaan marah disampaikan dgn cara lelucon, at least org yg mmbaca takdelah takot hehehh

ooo itu nanti kite sambung :)

kak lin,
ermmm ntah la kak, pekata akak buat sebijik bg sy mkn? ;D

BP,
ahahahaha kene jawab ni. jawapannya ialah YA :)

achik,
itu bebola sotong laaa...

kaktiny,
amboiii sedap tuuuuuu!~

Sierrauniform said...

bebola ikan jugak jadi mangsa fitnahtun..padahal punya la sedap di makan..lalalaa

Masy said...

rembo,
ahhh ini metafora laa.. ko kan ahli sastera, takkan x paham :p