Monday, September 15, 2008

316: entry tamak lg hehe



Air laut biru warnanya
Ikan sapi ditaruh tepi
Cinta mulut tiada gunanya
Cinta hati dibawa mati.
Aku berjalan seorang diri. Ingin mencari cinta sejati.

Terpisat-pisat aku membaca SMS ni pukul 2.51 pagi. Aku mengesyaki penghantar SMS ni mungkin spesis kelawar. Ataupun sedara Batman, atau terasa dirinya kelawar – atau mana-mana haiwan eksotik mahupun spesis terancam mengikut citarasa beliau. Aku ni mengantuk la syaiton. Apekejadah SMS berbalas pantun ni yang dihantar pada aku. By the way, ade ke ikan sapi? Minyak sapi taulah aku. Ke nak cakap ikan sepat? Ke ikan sepi? Ade ke ikan sepi? *garuk paler*

Sebenarnya ini SMS ketiga dari nombor yang sama. Entah sape-sape tah. Aritu masa dia call, aku dah cakap terang-terang bagitau yang dia salah nombor (sebab dia sebut nama orang lain). Pukul 5.00 pagi yang sama (lepas berpantun), dia call lagi.

Dah makan?
NI SAPE NI?!

Tuuutt... terus putuskan talian telepon. Hah tau takot. Oleh kerana dah ada rasa jengkel merayap di dalam rongga tubuhku di samping untuk mengelakkan aku menjadi perempuan saiko kerana tidurku selalu diganggu pada waktu puncak, maka seperti biasa.. aku daftarkan saja nombornya dalam ’Reject List’. Kan senang.

Oh.. korang nak tak henpon yang sebegini canggih dan murah pula? Meh aku war-warkan (dengan harapan ada laa mana-mana wakil Samsung terbaca blog aku dan menawarkan aku kontrak sebagai jurucakap a.k.a jurutaip iklan berbayar dalam blog). Aku menggunakan henpon Samsung SGH-E690 Edge Tri Band ye rerakan. Sesuai untuk anda yang banyak berhutang kad kredit mahupun dengan Along. Disclaimer: Eh eh tapi aku takde utang kad kredit eh, kad kredit pon takdok. Setakat ini, inilah satu-satunya perkhidmatan yang disediakan di dalam henpon ni yang membuatkan aku tak teringin langsung menukar henpon *sambil memberi kucupan kudus pada henpon* Lagipun beliau nampaknya amat tough, terjatuh sampai bersepai bateri pun masih mampu mengukir senyuman walhal aku sebagai tuannya dah pucat gigi dah – yelah kalau rosak tu sume duit tuh.

Berbalik pada makhluk yang entah siapa itu. Ya dia masih gigih ngirimin SMS ke guwe *motif cakap Indon???* Semalam dia hantar lagi. Lebih kurang pukul 2.28 pagi. Tak reti tidor ke hape mamat ni? Kalau ye pon takleh tidor, boleh tak jangan dengki sama orang yang khusyuk dan kosentret tidor? Ada masalah dendam kesumat ke tengok orang lain tidor? Pukul 5.00 pagi aku bangun untuk bersahur. Dan nampaknya beliau ade telefon aku rupanya. Untung apabila PA tak berbayar aku dengan senang hati merejek permintaan hatinya untuk mengganggu aku. Muah – sekeping kucupan ku layang sekali lagi untuk henponku. Haruslah aku bagi dia kad raya tanda terharu *saiko*

*************


Sabtu lepas aku rasa tak berapa nak sedap hati. Mungkin salah masak kot hati ni, patut goreng je. Lepas sesi berbalas SMS, maka pastilah – punah sudah kasih sayang.

Ah propa je tuh. Ekcely aku cadang nak tempahkan mak aku baju raya sepasang, memandangkan kain yang aku belikan untuk dia kat Terengganu lebih kurang 2 tahun lepas masih kekal je rupabentuknya. Akak yang nak jahitkan ni pun aku bagitau dah lama, sejak sebelum puasa lagi. Cuma tak berkesempatan nak jumpe dia sebab anaknya asik demam je. Ermm.. akak ni pun bukan orang lain, ala-ala bestfriend aku jugek masa kat ITM dulu.

Oleh kerana lagi dua minggu je tinggal sebelum aku balik kampung, dan belum ade tanda-tanda dia nak datang amek kain ni, tu yang aku sms tuh. Sekali dia balas, tak dapat nak jahitkan. Adeh.. kebas jap badan aku. Aku bukan marah tapi ade rasa sikit menggelegak – nun jauh di sudut hatilah. Bukan apa beb, last week aku dah tanya – sempat lagi ke dia nak jahit. Dia yang kata ok. Adeh... mek terkesima sambil tertidur. Last-last aku fikir.. takpelah. Balik nanti aku bawak jelah mak pegi beli baju dah siap. Cumanya mak aku ni cerewet bab-bab baju ni. Biasalah orang tua. Tengok ape jadi dengan baju yang aku belikan tahun lepas. Akhirnya jadi baju raya akak ipar aku lak. Sesukati dia jeee pegi bagi baju tu kat akak ipar aku. Memendam rasa je aku dengor. Isk~

Petang semalam. Tengah aku melayan blues, tetibe je akak tu sms. Dia kata dia boleh jahitkan baju mak aku sambil mintak maap. Teruslah blues aku bertukar menjadi blues gang. Hehe tipu tipu. Dikontotkan cerita, kain tu sekarang berada di sanun, di rumah akak tuh. Moga-moga dapatlah mak aku pakai baju tu nanti, insyaallah...

***************

Dah lama tak kena cramp kan? Jumaat lepas kena lagi. Kebetulan aku tengah melintas jalan, rasa nak betulkan kain pulak. Ape ke bijak laksana sang kancil, aku gunakan tangan kanan untuk betulkan kain sebelah kiri. Hambek ko, tergeliat di situ. Otot kat area tiak ke lengan tu tergeliat. Macam aku penah bagitau dalam entry ’Cramp’ aritu, once aku tergeliat nanti aku rasa nak pitam. Patutnya bila dah camtu, aku kena duduk atau baring. Tapi takkan aku nak baring atas jalan kot? Terpaksa laa gagahkan diri jugak melintas jalan. Masa tu kepala aku dah rasa pening dah.

Cadang nak cucuk duit kat ATM kendian baru gi bank in kan pulak. Kene beratur laa pulak. Walaupun sorang je, tetap aku tak tahan. Badan pun dah sejuk, mata dah berpinau-pinau, dan deria pendengaran macam dah susut skit – means aku dah separa pekak. Sebelum aku tergolek pitam kat situ, baik aku bertindak. Dengan comelnya aku dok bercangkung kat depan bank tu. Hahahaha. Tak peduli dah aku dengan pandangan masyarakat. Pastu bangun dan cucuk duit. Terpaksa gunakan tangan kiri sebab tangan kanan takleh nak angkat, apatah lagi nak tekan-tekan. Kendian paksa lagi diri masuk dalam bank, setelkan ape yang patut.

Kene drive pulak lepas tuh. Hurmmm.... Sampai sabtu, tangan kanan masih takleh nak angkat tinggi. Alhamdulillah.. semalam dah beransur pulih. Jangan jadik lagi dah le, sakit weh. Rasa nak terajang je orang yang lalu lalang depan aku *tataulah ape motif* Ahahahah bengong.

Ape cite weekend uols?

26 comments:

Hasnul Efendi Md Yusof (ANUL) said...

hehe..cramp trus tak leh btul ke?cramp kronik ni.ko kurang bersenam ni masy..hehehe

Masy said...

anul,
otot cramp bole betul ke? klu tulang2 bole le kot huhuh

Mr PenyuBiru said...

citer weekend aku ko bleh baca kat blog aku.ehehe..

aku dah lama tak kena cramp.kali terakhir kena masa aku lihat kren kat atas bangunan.cramp tengkuk aku.hehe..

Masy said...

penyubiru,
ah malas aku! :p ahahahaha dasar dengki khianat~

hebatlah. tubuh aku suka cramp merata-rata. tergamak mereka buat aku camni huhu

achik said...

sengalnya mamat tu.. apa kejadahnya berpantun di pagi buta..

oh2 mak saya pun cerewet.. slalu je kondem baju yg saya belikan.. sabor je la.. tapi anaknya ni ada 'kuasa diktator' skit.. paksa gak beliau pakai.. ahahaha.. err thn ni merajuk x belikan baju kat beliau.. sbb tahun lepas beliau sgt banyak baju raya dan ada 2-3 pasang x pakai lagi.. huhuhu..

kad0k. said...

try jawab sms orang iti mcm ni..."kenapa u selalu sms dan telefon isteri saya?"...try lah...:p

Masy said...

achik,
ntah lah.. ade pertandingan kot hahaha

tu laa.. tp kain yg akak beli tu ekcely akak beli utk diri sndiri, ntah cemana beliau leh tersuke so.. bole laa hehehe

kadok,
masalahnye dia penah call n dgr sore sy huhuh. eh boleh gk kan? tp malaslah, ngabihkan kredit je hihih

indera kencana said...

Sian henpon tu.. sudah dipeluk-peluk dicium-cium pulak. Alahaiiii... beruntungnya jadik henpon... Eekkkkkkkk!!! **putus lamunan**. Tak leh ingat lama-lama. Kurang pahle posa..

Cramp sampai pitam..?? Huuiiiii bahya nya..

en_me said...

cinta tak semestinyer bersatteww.. kannns

Masy said...

abgku indera kencana,
mmg untung jadi henpon.. hahahahah!!

mmg bahyelah abg indera. kekadang risau gak takot cramp masa drive ke huhu

en_me,
yeee.. kadang2 cinta jugek boleh membiak menjadi berdua, bertiga dan juga berempat heheh

debikdebuk said...

..

kadang2 otak penyu tu pun cramp!!! hahahha


....

nick carter said...

list kat bawah tu masih kosong... aper cer?

Ungku Nor said...

kurang mineral budak Masy ni gaknye..
asek krem jer.

krem lak tu kemain dasat.
siap dengan rentetan2 sadis nak pitam bagai..;p

Masy said...

debikdebuk,
ahahahaha selambe papa je ngutuk dia kat sini hahahaha

nick carter,
list ape?

kak ungku,
mungkinkah? klu minom air mineral x mmbantu ek?

adeh... tu lah.. nk wat camne..huhu

Titicaca said...

huihs'! ko ni asik cramp je...manakotkan laaa..baik la ko check dg doc..

Masy said...

titicaca,
errrrrr ko ni menakotkan aku lak huhuh. ntah bile le nk gi tu ek. moh le temankan aku huhu

blackpurple @ jowopinter said...

Kena ambil Calcium tu.... :D

Masy said...

BP,
betul ek. tp sy ade gak minum susu, same je. tp cramp bukan kat tulang masalahnye...huhuh

kakLuna said...

dia nak taip ikan Gapi (Guppy)tu..

Masy said...

kak luna,
oooo mungkinlah ek..

arianna adrizal said...

wiken bebiasa je.. :)

aNIe said...

Masy...seb baik sempat mencangkung...kalau tak...pengsan...heheheh

Minggu lepas...akak ada pergi SACC...masa solat kat bilik solat...ternampak sorang gadis tu rupa macam Masy...akak dok pandang2 dia...tapi dia tunduk je...ade tak masy ke SACC Sabtu minggu sebelum ni...?

jerangkung said...

aiseh geng ITM rupenyer...tahun bila?

13may said...

errr....ko caya tak aku yg hantar sms tuh???

>:)

*SiRibenMerah said...

wahhhh..
ada secret admirer la...
perghhhhhhhhhhh..
sgt x tahan..

tapikan.. nape dia sgt penakut??
hurmmmm.. pelik kannn =P

*kak masy neh mesti vouge da vasss la kann smp kul 2-3 pg pon ade sms masuk lagi.. ahahahahaha..
*turunkan ilmu sket wahai sifu~
lariiiiiiiiiiiiiii~

Masy said...

anne,
bile lg nk luarbiase hehe

kak lady,
tu lah klu tak malu je hehe

ermm sabtu tu tak ingatlah kak tp mmg ade skali tu sy pegi SACC bbuka dgn minnie. tp tang tunduk je tu mcm bkn sy je hahahahahha

jerangkung,
intake disember 98.. sama ke?

13may,
ah sudahlah ko :p

siribenmerah,
kot ye pon sikret admirer, bgtau laa nama / cakaplah bebetul. ini semedang je sms hantar ayat penyata, camne akak nk jawab tu hehe.

errr vogue tu taklah, anne lg vogue ;)