Friday, October 17, 2008

323: Siri Beraya Dengan Member

Salam sume..

Sambungan kisah raya aku yang tak abis-abis tuh. Maka pada hari raya ketiga bertaburanlah anak-anak dara bekas pelajar SMKSA yang berempat ini ke serata Melaka (wah macamlah berjalan satu negeri padahal kat selected places je). Oleh kerana dorang dah janji nak kutip aku pukul 10.00 pagi, maka mengamoklah aku bila dorang tak sampai² lagi walhal jam dah menunjukkan hampir ke pukul 11.00 pagi. Grrrrrrrrrrrrrrrrrr aku menderam kemarahan.

Namun aku yang pemaaf (weekk) ini berjaya melupakan kes tersebut dengan mudah. Bergeraklah kami ke Paya Rumput, Alor Gajah untuk beraya ke rumah kawan kami, Kurma yang 'trouble maker' tu (pasal dia selalu rosakkan program kitorang huhu). Walaupun begitu, kami terpaksa menunggu ketibaan bakal pengantin dari Tangkak bagi memastikan konsep konvoi berjaya diadaptasikan dalam perjalanan kali ini.

(apsal tulisan aku berbaur melankolik ni???)

Yang pasti, kat umah Kurma aku berjaya menghabiskan sebalang kuih raya cornflakes madu dan juga berjaya memaksarela Kurma buat air seken round memandangkan air tu air ribena laa. Lepas snappy² kami bergerak-gerak-gerakhas menghala ke Durian Tunggal pulak.

Setibanya di rumah Nurul, cam biasalah. Makan-makan. Borak-borak. Gelak-gelak dan sesi mengutuk kad kawen Aline berjalan dengan lancar dan jayanya. Aline, sori ek kitorang kutuk kad kawen ko. Takpe.. yang penting ko kawen nanti ehehehehe~


Nurul keje sebenarnya pada hari kejadian. Memandangkan waktu lunch pada hari Jumaat itu adalah panjang, maka dia pon mengambil keputusan untuk memfolo kitorang beraya ke Bukit Beruang pula. Rumah ketua darjah kitorang dulu tu ehehehehe.

Adah hepy giler masa kitorang sampai. Tak sempat parking kereta, dia dah melonjak-lonjak depan pintu sambil berlari-lari mak dara. Ai sebagai anak dara sejati berasa teruja dan honoured sekali melihat kadar excited beliau yang ketara itu.

Dan biasalah. Sambungan perbualan, gelak-gelak, dan kutuk mengutuk serta sesi perbincangan hati ke hati yang serius berlaku di situ. Mengapakah aku yang menjadi subjek perbincangan serius itu, aku pon kurang pasti. Adeh deh tapi thanks uols sebab sama-sama memberi pandangan walaupun pandangan korang itu adalah something expected. Yang penting, kita sume bercakap untuk kebaikan bersama kan kan *eceh melankolik gtu*


Lepas je sesi bergomol mesra di sana, kecuali Nurul dan Adah, yang lain terus ke Jaya Jusco kat Ayer Keroh nun. Saje nak lepak. Memula cadangnya nak nonton kat MBO tu hah, tapi ade laaa sorang budak tu kaan... dia kaaannn... Still lagi berpegang pada jadual outing dia tu sejak zaman sekolah lagi iaitu kene balik sebelum pukul 6 hihi. Yelah² aku paham. Makanya kami pun lepak-lepak kat Sikret Resipi sambil makan kek. Tu dia pelahap betoi.


Ok tamat kisah beraya. Esoknya, seseorang yang dah bertahun-tahun aku tak jumpe datang beraya. Rasanya last aku jumpa dia masa kenduri kawen dialah. Ann, my ex opismate cum ex housemate cum ex roomate. Senang cite, she's more than a friend to me. Gitulah katanya dulu. Hehehe.

Dia datang bawak asben dan anaknya. Nak jalan-jalan kenalkan kekawan dia kat encik asben. Ok laa tu hehehe. Masa dia cerita pengalaman bersalin dia tu sebenarnya aku dah rasa nak terpengsan-pengsan dah tapi kontrol je. Bila dia nak up sket je cite tu ke arah kengerian, aku terus je potong "dude, ko skip je adegan tu bole tak? sile ceritakan isi penting je" kata aku sambil berdiri tanda bersedia untuk menjauhkan diri ehehehe.

Apepun mekasih Ann datang umah aku. Kalau laa asben Umi call awal 10 minit, mesti kita leh pegi umah Umi sama-sama kan kan kan.


Lepas dia balik, aku cam tacinglah sket. Sebenarnya aku sangat sayangkan kawan-kawan aku kat opis lama (dan jugek boipren lama ahaks). Serius beb! Seronok sebenarnya. Malang untuk kita ialah bos yang cam hanjeng dan hamjadah itu laa yang telah memisahkan kita sume. Cedey2. Uhuhuuhuuuhu~

Haih.. camne laa entry hepy ni leh bertukar jadi entry tacinglah. Uhuhuhu~

:anongnangyari:

16 comments:

achik said...

pes!!!

achik said...

bestnya la jumpa member2.. saya raya ni la plg mandom.. x jumpa member2 pun.. slalu tu ada gak sesi bergather2..

Masy said...

achik,
tepuk2! hehehehe. awat x calling2?

indera kencana said...

Alaaa... Ingatkan "siri bercakap dengan Jin" tadi.. Buat suspen je.

Sorry... citer beraya awak kat Bukit Beruang tu saya terpaksa baca baca dua kali sebab memula saya salah baca yang awak pegi beraya kat umah "Ketua Kampung". Pehal la si Masy ni rajin sangat pegi beraya umah Ketua Kampung?. Rupa-rupanya Ketua Darjah daaa... Maaf, kesilapan amatlah dikesali. Sekian.

Masy said...

abgku indera,
ahahaahah hampir2 sama la konsep kedua2nya :)

takpe.. abg indera nk baca berulang2 kali sampai lebam pon xde masalah heheheh :D

kadok said...

raya sakan no...hehehe

RaFFLeSiA MeRaH said...

sakan awk yerrr....hehehe...

Masy said...

kadok n kak RM,
sakan tak sakanlah jugek ehehehe

Mr PenyuBiru said...

wah! sakan ko beraya ek.pose dah la tak seberapa. hik3.. cabuttt!

13may said...

patut la lama cuti...sakan beraya :D

lin said...

besnya.. raya sakan Masy tahun ni ek :.. maaf zahir batin ye dikk

debikdebuk said...

giler arr... buruk lantak la tetamu nih.. hahahhha

TedungS said...

gambar beraya ke rumah siDIA tu bila lak lagi nak dipos cek

acik ila said...

uisss masy banyak nyer gambo rayer..

nie baru betol2 raya nie :D..

p/s baju itam suar merah tu sama macam baju akak.. nanti kalau kita jumpa boleh kita pakai sama2.. macam boria gitu.. ekekekeke.. kekekek..

arsaili said...

salam..beraya sakan yer

Masy said...

penyubiru,
eleh jeleslah tu hahahahaha

13may,
haaaa itu laa pasal huahaha

kak lin,
boleh tahanlah kak.. samat ari raya gak :)

debikdebuk,
bkn buruk lantaklah.. kita menghargai hidangan tuan rumah hihi

tedungs,
siapakah siDia tu? tatau pon? :p

acik ila,
sat gi ade lg kak ahahahaha.. btw, baju itam tp kain pario merah. alaa dah dekat2 la kan kan

salam arsaili,
sikit2 je eheheh