Friday, November 07, 2008

332: Macamana?


Ada banyak perkara yang kita takuti dalam dunia ini. Dalam hidup ini. Ada seribu satu tingkahlaku manusia terhadap kita yang mampu membuatkan kita tersungkur seketika.

Penolakan, terutama jika ia datang daripada yang tersayang. Selalu kita berhadapan dengannya, bertentang mata dan menerima senyumannya sebagai santapan nurani setiap hari. Tetapi hari ini dia berkeputusan untuk membelakangkan kita, enggan lagi menatap susuk tubuh ini yang punya jiwa mendalam terhadapnya. Kalaulah dapat kita memeluknya dari belakang, malangnya bimbang dia akan melangkah lebih jauh - menjauhi kita.

Mungkin tadi kita tidak berniat apa-apa, sekadar bersuara. Hanya ingin berkongsi, sementalah hanya dengan dia sahaja kita mahu berkongsi. Dan tak tersangka, keinginan itu mencetuskan suasana dingin seperti ini. Apa reaksi kamu?

Awan, kamu tahukah kalau hati ini punya rasa untuk kamu? Kalau setiap kali kamu berpaling mengacuhkan aku, yang tertinggal hanyalah aku yang sifar. Aku pun tahu kamu itu nun di atas, dan untuk melihat kamu - aku terpaksa berlawan dengan teriknya sinar mentari. Hampir buta mata ini pun aku masih mahu mendongak setiap hari memandang kamu. Dan jika sesekali aku menunduk pun, bukan kerana aku bosan menatap kamu. Tapi aku tunduk kerana aku mahu airmata ini jatuhnya ke bumi tanpa kamu sedari.

Aku sedar aku terlalu meminta. Mahu kamu memayungi aku sepanjang perjalanan, sampai nanti suatu masanya bila aku sudah tiba ke tanah leluhurku - dan ketika itu aku akan meminta kamu pergi. Keterlaluankah aku ini, Awan - kerana terlalu mengharapkan kamu. Yang setiap hari terlalu inginkan kamu di sini. Sedangkan siapa aku mahu memohon itu ini dengan kamu.

Aku tak mahu kamu pergi, tetapi aku juga tak mahu terus menanti. Aku bercerita pun bukan mahu menuntut apa-apa daripada kamu. Aku .. aku cuma mahu, bila saatnya aku dalam kegusaran, aku masih lagi dibenarkan berbaring di tengah laman ini dan menyaksikan kamu berarak pergi..

Bencilah aku andai itu yang terbaik untukmu.

Mungkinkah masa itu telah tiba? Di mana dia yang kamu hargai itu memutuskan untuk melangkah. Dan bersediakah kamu untuk membiarkan dia pergi?


Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tak kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Di hadapanNya, di hadapanMu Ya Allah

Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menikmati syurga
Tanpa ikhlas di hatinya

Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menyentuh nikmatNya
Tanpa tulus di hatinya

~Ungu - Sesungguhnya~
:wala:


# apa program hujung minggu ni? jom masak-masak heheheh~

26 comments:

zino said...

kalau masak banyak ajak kenkawan datang makan .. makan sensorang nanti tak habis membazir pulak..

selamat berhujung minggu..

ad3ck said...

boleh tahan jiwang gak akak neh eh ehehe. err tapi apekah sebenarnye yang telah berlaku terjadi. tak baper paham ar.

sy baru download lagu ungu kelmarin, neh bahana layan cerita soleha ar neh ehehehe.

Masy said...

zino,
itu perancangan je abah angkat hehehe. tatau lg jadi ke tak..

slmt bhujung minggu gak :)

ad3ck,
haaaaaa akak ni mmg versatile orgnye hueheheehe. takpe.. jgn paham, budak2 dok sane ek.

ade ke? nak nak nak.

arianna adrizal said...

ok. akak msk sy mkn. huhu~

sepi said...

salam masy...

hmm... perit rasa bila kasih tak berbalas. kdg yg kita mintak hanyalah untuk sekadar "meminjam bahu" untuk bersandar biarpun untuk seketika.

akak dah letih mengharap dan menanti masy... percayalah dek, akan ada "seseorang" di sana yg akan menghargai kita...

senyum k... :-)

Masy said...

anne,
elehh masa tu mesti dia da blk kg :p

salam kak sepi,
ermm betul tu kak. tp takpelah.. yg mana2 asalkan dia bahagia :)

thanks kak :)

ad3ck said...

amboi2 panggil sy budak2 yee? walaupong mmg betol sy nampak muda lagi remaja, sy sebenarnye da matang tau! ahahahahhaah

sesungguhnya download kat sini.

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

masak? alahai... kak ni hari2 masak. huwaaaaaaaaaa

Masy said...

ad3ck,
hahahaha perasan laaa pulak budak kecik ni :p

oo ok tengkiu memuaahhhh

kak zal,
itu mmg dah tanggungjawab kak hehehehe

en_me said...

akak fandai masak ghupernyerrrr..

Ungku Nor said...

jom poie pd ahad ni!!
hehehe

Masy said...

en_me,
tak pandai tapi tau la jugek ehehe

kak ungku,
ada apa dgn PD? ;)

noorlara said...

masy
tu le paseinya org tetua cakap buat baik yau berpada buat jahat jgn sekali (bukan buat banyak kali tapi sekalipun jgn)

Sierrauniform said...

senyum lah..senyum lah ahaii cek mek molek..

indera kencana said...

Minggu ni saya ada sidang akhbar lagi.. Tak caya? Tak caya, beli Mingguan Mesia.

Saya nak kirim. Masy, tolong masak pizza. Duit beli barang masuk dalam buku 555 ya!!

Masy said...

kak noor,
eheheh takpe laa buat jahat sekali hihi. bak kata iklan sabun, biar terkena kotoran demi pengalaman ahahaha

rembo,
haaaa aku tgh senyom ni :D

abgku indera,
nk mengaku Norman Hakim laa tu :p

klu gtu, pizza pun masuk dlm buku 555 ek :D

kadok said...

selamat berhujung minggu...ujung minggu nak jengok cucu2 kat klang...hahahaha

Mak Su said...

fuhh, artistik ler masy ni :)

Masy said...

kadok,
selamat bcuti.. haaaa ade cucu ke heheheh

maksu,
artistik takpe maksu, jgn spastik dah laa ahahahahah

KAKTINY said...

hujung minggu?.. MAKAN KAT Johnny!!!... hehehehe

Jard The Great said...

aku tak pernah dgr lagu nih..

tgh nak check kat youtube..

pas dgr aku komen lagi k..

13may said...

tak terkomen saya :D

acik ila said...

haaa tu diaaa.. dah kuar dah jiwang karazz si masy nih.. heheheh.. heheheh..

dah puas berjiwang nak main masak2 lak ujung minggu nie.. :)) baguih tu, memasak terapy minda terbaik.. :D

arsaili said...

salam....adesss dalam maksudnya nih....

lindosh said...

ah jiwang ko neh haha.

oi meh tunjuk sket apa yg ko masak? sambil pakai apron ye snap pic!

Masy said...

kaktiny,
wahwahwah sy gi mkn kat Carls Jr heheh

jard,
mintak kat ad3ck ler.. dia ade lagu ni heheh

13may,
'saya' laa pulak hihih

acik ila,
haaaaaaa dah lama x layan jiwa muahahahahhaa

tak masak mende pon kak.. heheh

salam arsaili,
yaa gali gali jgn x gali ;)

lindosh,
ahahahahaa. aku tak masak ler..