Wednesday, November 12, 2008

334: entry ni ade perkataan SIAL


Ekcely aku macam dah malas laa nak cakap pasal mende ni. Asik dok ulang hal yang sama, ayat yang lebih kurang sama. Malangnya ada orang tu pulak macam tak sudah-sudah nak cakap mende yang sama.

Aku rasa baruuu je aku cakap pasal ni dalam entry yang ni. Dan semalam dia cakap lagi. Aku pun rasanya dah naik angin la jugek sikit-sikit tapi masih terkawal.

Maka aku pun dengan penuh serius, bertanya soalan yang serius, dengan serius. Apsal laa dia tak sudah-sudah menyebut nak kawen dengan aku padahal orang umahnye pun tengah menunggu hari je nak melahirkan anak hasil perbuatan dia. Trylah teka apa jawapan dia?

Saje.. nak menolong orang yang memerlukan.


Sial je kan? Apa dia ingat bila dia tak kawen dengan aku, dunia aku dah kiamat ke? Kire macam dia jelah dalam dunia ni yang nak kat aku selama ni? Musnah sudah hidup aku selepas ketiadaan dia? Konon bajet aku tak lakulah? Errr tang laku tu aku pon tatau sebenarnya. Aku pun takleh kata aku best sangat sampai sume orang amek nomo nak dating dengan aku. Taklah macam tu (kalau sampai gitu skalik, apelah ertinya aku hidup laksana bujang senang ahahah).

Aku tarik nafas dalam-dalam, nak tenangkan hati. Kendian aku tanya lagi.

So kalau saya cakap saya tak memerlukan pertolongan awak, awak takkan cakap lagi mende tu?

Yup

Sial lagi. Masa bila aku cakap aku nak dia tolong? Ekcely aku tak perlukan pon pertolongan dia – kecuali masa kes laptop aku rosak dulu. Skang ni kalau laptop aku rosak lagi, aku akan hantar kat Minnie, aku takkan cari dia lagi. Dia nak tolong aku ape? Nak tolong aku berlaki? Nak tolong aku beranak? Ke nak tolong menyelamatkan aku daripada memegang title andartu? Bangsat betul perbuatan ni.

Ok.

Skarang saya nak cakap, saya tak perlukan pertolongan awak. Ok?

Baik kan bahasa aku? Berbudi pekerti mulia seperti Gadis Melayu tv9 (berbudi pekerti keee.. plastik sangat!). Sebab aku masih berfikir yang dia kawan aku. GOD!!!! Kenapa laaaaaaaaaaaaaa aku mesti lalui mende sial macam ni. Itu pun sebenarnya aku hampir hilang kawalan sket. Nasib baik jugek Allah buatkan aku blur kejap sampai lupa apa aku nak cakap lagi. Tapi bak kata aku..

Nanti bila saya dah ingat, saya cakap lagi – kalau awak nak dengar lagilah. – log out-

Mungkin dia sangka dia berbuat baik pada aku setiap kali dia cakap macam tu. Tapi agaknya dia tau tak, makin kerap dia cakap macam tu, aku rasa tak mustahil suatu hari nanti aku akan bencikan dia. Aku tak mau benci dia. Sebab yang berhutang emosi tu, dia – bukan aku. Bukan aku yang buat keputusan untuk pergi – dia. Bukan aku yang menelefon tengah-tengah malam dan beritahu nak bertunang dalam masa 2 minggu lagi – dia.

Seronok agaknya bermain dengan perasaan aku.

Awak jangan laa macam ni..


Macam ni pebende?? Dulu dia jugak yang cakap – rimaslah, orang perempuan ni takleh kite nak caring sket – cepat sangat jatuh cinta padahal kita niat nak berkawan je. KEPALE LOTAK KAU LAAAA. Orang yang berkawan takkan sewenang-wenangnya nak sebut i miss you i love you jadah haram tu sume. Murahan betul. Dah dia yang memurahkan mulut dengan ayat-ayat tu sume, nak kata orang cepat perasan pulak?

Kalau sekarang aku masih lagi ada perasaan pada dia, macamana? Kalau aku tetibe terus tunggu, simpan angan-angan nak kawen dengan dia, apa jadi? Kalau aku mengharap dia masuk meminang aku – dan tetibe datang meroyan aku plak – aku sanggup bermadu, hah – nak cakap apa? (aku kata KALAU eh, takde maknenye aku nak). Nak bertanggungjawab ke? JANGAN HARAP. Orang tetap akan mengata aku sesedap rasa jugak nanti, kononnya aku dok menggatal kat laki orang, padahal tengoklah sape yang cam hamjadah punye perangai dok cucuk-cucuk aku ni ha? Dan dia pun mesti akan ulang balik ayat kaler coklat kat atas tu. Tak ke cam kesial namanya?

Tu sebab bila jadi kes Abby – Norman Hakim – Memey (haaa kan tetibe je masuk kisah artis pulak), aku tak berapa nak maki dak Memey tu walaupun yelah orang kata bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan. Masalahnya kalau dah tangan yang sebelah tu gatal merenyam pegi test pukul kompang, agak-agak tak berbunyik ke? Oppp dah dah ni ape cerita pasal artis ni, aku nak cite pasal aku laa.. (eh dia yang mulakan cakap orang pulak: kata korang).

Secara keseluruhannya, belum habis lagi aku meluahkan perasaan. Tunggu bila ada masa sesuai lagi, aku akan cakap lagi – sampai aku puas ati. Aku kene kawen cepat-cepatlah, dah malas nak tengok orang dok kecoh nak ‘menolong’ aku ni.

Sorilah entry kali ni tak berapa nak supan, asik sial je. So soalan kuiz aku kali ni adalah: ada berapa banyak perkataan ‘SIAL’ dalam entry kali ni. Sial eh sila emailkan jawapan korang beserta gambar ukuran pasport (yang original sahaja) ke kantung email aku dengan kadar segera. Hadiah lumayan menanti anda. Ah jangan percaya, aku tipu je. Tapi kalau Nyunyu nak email gambo ori, silelah (poyo ah nyunyu).

Oh ye.. ni ade gambar istimewa khusus untuk Ad3ck dan jugek Debik. Enjoice...!~
 
 ni untuk Ad3ck.. jangan takot bersunat lagi tau....

ni untuk Debik... Tahniah~

42 comments:

ad3ck said...

siapa yang buat search cam tuh haaaa?? amin mana pulak neh? aku amin yang tak takut sunat lah! ahahahaha.

ad3ck said...

ade 8 'sial' termasuk yang kat tajuk entri (tak termasuk 's**l' dlm gambo 's**l' bukan 'sial' so tak termasuk ehehehe).

wah apekah hadiah menarik yang sedang menanti pembaca? ahahah.

13may said...

errr....errrr.....

tak terkomen aku :D

Masy said...

ad3ck,
ahahahahahha tataulah amin yg mana. asalkan amin jugak. muahahahha

btw, ahkak tipu jelah. saje nk soh korang kire (kan dah sebut dlm entry kata tipu). tp nak jugek ke? akak pk jap nk kasik ape ehehe

13may,
dua tiga menjak ni ko cpt terkesima ek hehehehh

Jard The Great said...

hahaa... tell him "go to hell"..

ish.. dashyat jugak akak pny pengalaman ek... seb baik takde org nak aku smpi mcm tu.. hahaha...

"biar kawan lelaki ramai.. tapi kekasih biar seorang --> biarpon tak jumpa pon lagi.. haha"

Masy said...

jard,
klu akak ckp gtu, kene bsedia nk putus kawan la nanti.. huhuh

huish.. ini baru satu dude.. klu cite sume kang kompem dirimu terpengsan2 hahahah

arianna adrizal said...

sesungguhnya mlm td atmosphere sekeliling sy dipenuhi dgn perkataan s*** & b***.. aura negatif betullll!

debikdebuk said...

kesimpulannya... amin (ad3ck) berkemungkinan belum sunat lagi.. so...mcm mana nih??? teep.... suruh amin sunat dulu laa..

debikdebuk said...

Tadika atromen tu ada satu kat Johor ni. Anak sedara aku masuk. Sebenarnya tadika tu hasil usahasama aku dengan manusia bumi.. aku pun nak bisnes gak...

Masy said...

anne,
ahahahahha tp mlm td akak tak terbabit kan dlm atmosphere gitu hihih

debik,
aiseyyyyy kene check ke tu hahahaha. yg ni aku snap masa kat penang aritu hehehhe. bisnes smpi melibatkan kanak2... bahaya betoi hahhah

Mak Su said...

hhhmmmm, tak berapa dapat nak tangkap. TAPI, saya SOKONG MASY, yeehaaaa!!!

Hasnul Efendi Md Yusof (ANUL) said...

huiyooo..tadika otromen tu...gila hebatssss!!! ahahaha!!!

kiki...laki camtu mana leh ckp baik2..apa laa..ckp je..yg kasar2..haaaa..

Masy said...

maksu,
yesssssssssssss inilah penyokong yg saye cari2 selama ni!! mekaseyyyyy!! ahahahaha

anul,
hahahhaa try laa anta anak ko sok, tgk balik jd ape :D

aku baik laa ko tatau ke. kang aku dah start bkasau kang alamat x kawan2 lagi laaa lps ni hoho

Anonymous said...

woit baby masy yg x sechomel aku (muahahaha)
aku tau tang mana tadika ni. kalo aku lalu jek..mesti aku gelak sorang2. Gila ahh! sanggup boh otomen tu.. punya nak menarik perhatian kekanak.

hana

Masy said...

hana,
ahahahahah aku plk tpikir sape laaa yg terer wat patung otomen tu. hebatlah beliau eheheh

kakLuna said...

tu tadika kat bukit jambul tu...kalo nak gi umah akak mesti lalu tadika tu jugak..


berkenaan bilangan sial..jwpn akak ialah ia berkadar secara songsang dengan suhu Arab Saudi darab 8 kuasa 5.

Mr PenyuBiru said...

dari luahan hati ko ni, aku rasa lelaki s**l tu tak salah. lagipun ko dah nyatakan bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. so, maknanya tangan ko pun ade sekali la. tangan lelaki tu sebelah, tangkan ko sebelah, so bila bertepuk tentulah berbunyi. aku nasihatkan bila dia dtg berjumpe ko, masukkan kedua² tangan ko ke dlm poket seluar (err..poket seluar ko tau) ataupun silangkan kedua² tangan ko kat belakang supaya dia bertepuk sebelah tangan.tentu tak berbunyi.

Ungku Nor said...

toksah layan je bebeh!

sakitnya ati baca ayat dia, rasa cam nak sumbat dia dalam lesung dan tumbuk lumat-lumaaaaaaattt je..heeiiiii.

Masy said...

kakluna,
ooo da x jauh ek dgn umah akak upenye. site kitorang kat area2 bkt jambul tu jugek ehehee

penyubiru,
klu aku tepuk kat kepala dia bole? ke kat cengkerang ko ke?

kak ungku,
mmg tak layan pon kak. lps ni klu dia ckp lg bab kawen2 ni, tau laaaa sy nk bahasakan (tp ayat baik lg tuh).

mmg saket ati huwaaaaaaaaaaaa!!

achik said...

ish.. cam cilanat je ayat dia.. bajet cam bagus sangat..

~mardihah~ said...

errr..bak kata 13May, tak terkomen

tp mcm ada 18 juta kali s**l aje.heheh

sabau2 bawak bertenang. Mengucap ya...allahuakbar...hehehe

cak..taraaaaaaaaaaa

Masy said...

achik,
bikin didih darah je kan huhuhu

mardihah,
hahahahah byknye! :D

tu mengucap ke ajak takbir tu hehehe.. mmg tengah sabo ni meh sabo same2 ehehehhe

zino said...

sabar je lah.. tak baik sebut perkataan tu.. sebut berulang kali lagi le tak baik nya..walau macam mana marah sekali pun kita kena sopan..sabar..dan tenang..

yg baiknya tak perlu respond dengan apa yg dia cakap.. sebarang tindakbalas kita akan lebih menyeronakkan dia utk terus mengusik , mengacau, mengganggu dan sebagainya..

jom pekena neskepi ais bagi sejuk sikit hehe

Al-BIMA SAKTI said...

salam,

elok tu... tak suka, cakap tak suka... terus terang... biar dia reti base... watpe nak fening kepala...

Masy said...

abah angkatku zino,
eheheh (malu) jgn mare ye abah. ni bile dah marah je baru sebot - TER.. tak sengaje heheh (malu lg)

mmg tak respond pon abah, masalahnye lg galak pulak dia. sy sound sket je tu, blom kasar2 lg..

haaaa bila bila? nk order kambing bole? ;)

salam al-bima sakti,
cume tataulah dia reti ke tak tu.. ermm~

ad3ck said...

kak masy cuba check extremetracking lagi sekali jap. nak tanya ade rekod baru tak kul 8.30 pagi?

Masy said...

ad3ck,
tarikh arinie mmg ade, tp exact time 8.30 tu tak surelah sbb akak nyer extreme trckng ni timingnye biol sket ehehe. nape?

ad3ck said...

emm mgkn dia lambat update kot. nnt bile rekod tuh da kuar akak bitau eh.

sepi said...

errr.... tarik nafas dan istifar banyak kali akak bila baca n3 masy kali ni...

bg tau kat dia - GET LOST...
soh soh soh... suruh dia men jejauh...

Masy said...

ad3ck,
aaa ok ok. tp apsal ek? ni mesti search nama sendiri ni eheehh

kak sepi,
sy pun tarik napas sampai kembang satu badan ni hehehe

akak tolong halaukan bole? ;D

indera kencana said...

Dah nak beranak ke bini dia? Cepat je masa berjalan ek? Sedor-sedor dah nak beranak dah bini... Ciisss, dasar jantan kabaret!!

Saya cadangkan kat Ita, ehhh.. apa tetiba je panggil Ita ni?? errr.. Masy, cakap kat mamat kabaret tu, kata kat dia, yang sudah tu sudahlah. Tutup buku lama. Bukak buku baru. Utamakan isteri terutama dalam keadaan tengah sarat macam tu. Sayangi isteri anda dan anda akan disayangi oleh semua orang. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa abang sendiri. Hehehehehe....

Susah mamat ni tau... yang pentingnya Masy jangan layan dia la. Dengar je citer dia sebagai kawan tapi siapkan limit. Kalau dia bangkitkan soal nikah kawen ni, stop bercakap dengan dia. Nanti dia paham-paham sendiri la...

Pasal jodoh tu, toksah la nak dipikir-pikir sangat. Jodoh ni betul2 macam mati. Kalau dah kata esok si A kawen, memang betul2 si A kawen. Kalau dah kata takde jodoh, bercinta 10 tahun pon tak jadi mende. Toksah la pikir sangat. Tu suma rezeki...

Lan Rambai said...

ishkk minah ni.. ko kan oang melaka... ko cakap je kat dia

tolong jangan ganggu aku lagi jantan sial...

kalau dok cakap lembut.. sampai bila2 pun dia akan simpan harapan sial dia tu.

ishkk.. apsal aku lak yg cakap sial ni.. aku bukan org melaka lagi!

Masy said...

indera kencana,
ermmm tgh tunggu taim je tuh..

penat dah bang ckp mcm tu.. dah naik jemu dah. naik jemu ni bosannye lg teruk drpd naik ketebang 12 jam. limit2 tu sume sy dah set cume kekadang tu bile bengang, sy layankan sket so sy leh 'pukul rata' dia kat tmpt2 tertentu heheh

yg itu sy sokongggg!~

lanrambai,
hahahahah emo nampak? mcm tu laaa aku emo bile aku dah teka nama anak ko, tetibe je ko kata adiah kensel. mmg sama spesis laa ko dgn Penyubiru tu, dengki tgk aku menang hahahahah

wehh... maapkan jelah ali rustam tuu hahahahha

sepi said...

masy... akak tak leh nak tulih kat c/box masy,cos dia kuar separuh jer... tulung2.... atau pc akak yg demam???

Masy said...

kak sepi,
alamak dah dua org ckp mcm tu arinie.. tp kat sy ni ok je kak.. sistem kat tmpt akak x sapot ke huhuh

noorlara said...

hai, hangin satu badan nampaknye tu, kalau akak senang jek sembur jek dia ngan racun serangga barang sebotol yau mamai sebulan kah kah kah, kalau boleh dielakkan sejauh-jauhnye kawen ngan laki org, cari bala je, ala teruna idaman melambak di pasaran Malaysia lagipun kalau macam masy tu berebut punye tak cayer cuba le offer. (tp betulke citer tentang masy tu? musykille plak)

Masy said...

kak noor,
dua badan angin kak ahahahahah. hai.. klu dpn mata, sy jalan je uhuhuhu.

errr cite sy yg mana satu akak musykil tu? meh sini sy rungkaikan satu persatu hueheehheh

kuncop said...

woh~!!! marah nya sampai banyaknya kuar sipot. teeheehee...

aNIe said...

Masy...akak ni baca pun nak ketawa...nak marah...nak maki...macam2lah...dah lah masy...kalau ade yang nak pi aje kawen mcm kata masy...biar dia tau masy tak perlukan pertolongan dia...eiiii...sakit hati aje bila baca ayat dia..macam le kita tak laku kalau dia tak tolong...

Masy said...

kuncop,
hah ade sipot ke? hahahahahah *gigit tangan kuncop*

kak anie,
hehehe ok laa tu bole ketawa kak heheh. ni tgh pk2 nk kawen laa ni heheheh LOL

Sierrauniform said...

sial sangat dia tu, bersyukur lah dapat jadikan ko kawan dia..

ko pi lah jumpa bini dia(fasa membaikpulih hubungan baik)

ko soh dia jangan ganggu hidup ko lagi(fasa memutus hubungan kawan)

Masy said...

rembo,
hahahahahaha

malas aku, nk watpe huhuhu