Monday, November 24, 2008

339: Ceramah Kesihatan Percuma


Salam sume.

Haaaa meh nak betulkan fakta dalam entry sebelum ni. Ekcely encik tu bukan nikah ler, dia bertunang je. Je? Hahahahahahah!! Haruk kat opis ni bile dapat tau senornya aku sedikit rukuk (bukan menonggeng eh) masa mendengar perkhabaran itu. Kali ni sah laa dia bertunang, berita disahkan oleh tuan punya badan. Hahaha aku harap jangan laaa orang yang bertanya kat dia tu pegi story pasal aku plak. Dah takde maknenye :D

Meh kita story lain nak? Taknak pon mesti kata nak jugek, kecuali pada rokok.

Bercerita pasal rokok. Aku percaya ramai antara uols yang membaca blog zuhud aku ni adalah perokok - yang lelaki aku pastilah - yang perempuan tatau la pulak. Dan dah pastilah korang akan menyalahkan rakan sebaya, hormon remaja yang penuh rasa ingin tahu itu yang mengakibatkan korang menjadi penagih sampai sekarang, kan kan kan. Takkan nak blame diri sendiri kot... ade ke yang mengaku? Ahahahaha.

Zaman skolah dulu, aku ade jugek sorang kawan yang tahap ingin tahunya kadang-kadang tak tercapai dek akal remajaku. Alaa taklah teruk sangat, just dia teringin nak merokok. Aiyoo deyyy.. ko tu perempuan. Tapi yelah syiapalah aku ini untuk memintal buih yang memutih...... menjadi permaidaniiii (dah lama tak nyanyi lagu Exists, jangan mare).

Satu hari, aku didatangi adik angkat aku yang satu dorm dengan dia. Kak, orang nampak atas katil Kak *** ade rokok. Dia smoking eh? Ah sudah.... bahaya ni. Kalau orang lain pegi bagitau warden, sesia je member aku kene kick. Aku soh budak ni senyap-senyap je sementara aku pegi slow talk n pillow talk dengan dia. Bila aku bertentang mata dan bercakap dengan kawanku ni (ahh aku sebut S jelah eh), dia cam gelabah puyuh sket. Dan aku tau member-member aku ramai yang dah tau pasal mende ni tapi cam biasalah. Bila hal yang melibatkan S, dorang akan suruh aku gi cakap dengan S sebab dorang kata (dorang cakap laaa bukan aku) S lebih dengar cakap aku - means kalau aku serius, dia boleh serius.

Tapi entah macamana terkantoi jugeklah kat warden. Ntah mulut balaci mana pegi ngadu kat warden, aku pon tataulah. Makanya demi sohabat ini, kami (aku dan kekawan yang jadi Biro kat asrama) pergi berkampung kat umah warden malam tu. Sampai aku tertidur-tidur masa berbincang tu hahahahaha. Punyalah nak selamatkan dia. Last-last dia sendiri yang mintak keluar dari asrama. Ceh.

Sebenarnya aku tak suka kalau S ni jadi outsider. Korang bayangkanlah dia dok asrama pon dah cam gitu, apatah lagi kalau dok luar kan? Tapi aku bising-bising pon kalau dah dia nak, tak dapek den nak nulong. Sambil tu aku mintak tolong classmate kitorang, C untuk tengok-tengokkan dia.
Dah sebulan dia dok luar, satu pagi aku tengok S datang ke sekolah dalam keadaan yang .. ermmmm bengkak mata. Kekawan yang lain dok tanya-tanya gak kat dia tapi dia memang tak bagitau. Dan macam biasalah, aku jugek yang kena jadi pengorek rehsia. Heh. Aku rasa ini mesti pasal kes rokok itu.

Mula-mula aku tanya, memang dia takmo cakap. Last-last..

apak ko jumpe ke?
huh?
rokok. apak ko jumpe?
.... (diam). Hurmm (angguk)
dia cakap ape?
..............
dia pukul ko?
.............
citelah S. takkan dengan aku pun ko takmo cite..
.......... dia belasah aku.

Lepas dengar cerita dia yang amatlah ringkas tu, aku korek cite kat C pulak. Alkisahnya bapak dia masuk ke bilik dia nak cari IC ke ape tah, tapi jumpe rokok pulak. Separuh nyawa jugeklah S kene balun dengan apaknya sang bekas askar itu. Malam tu dia lari ke rumah C. Tataulah aku dia tidur kat umah C ke ape.

Tak habis kat situ, beberapa minggu sebelum SPM, dia kantoi lagi. Kali ni kantoi kat sekolah. Dan aku dengar cite, kes dia disenyapkan sebab memikirkan dia pun nak amek SPM. Aku rasa kalau tak sebab ihsan cikgu-cikgu, S kompem takleh amek SPM. Berterima kasihlah dengan cikgu anda.

Itu dulu. Sekarang aku boleh kata, S antara kawan-kawan aku yang berjaya. Tapi dia bukan berjaya sebab rokok yee.. hahahahah!!! korang janganlah pikir camtu plak. Belasah kang. Kalau ade kekanak yang baca blog Kak Baby ni, haa jangan nade-nade nak try icap okok oteh? Okok tak cedap laa.. icap cucu laa cedap. Badan sehat, otak pon cerdas dan pintar. Sekian, ceramah kesihatan untuk hari ni.


# Kelas aku sebenarnya kelas agama di sekolah biasa. Semua perempuan (dalam kelas aku je). Makanya setiap kesalahan - walaupun kecil dan kekadang bukan salah pun (contohnya cikgu ternampak ko berborak dengan budak lelaki) pun boleh jadi isu yang besar sampaikan boleh dibawa ke perhimpunan. Apatah lagi isu merokok. Kalau S rasa tersinggung dengan cara aku masa sesi muhasabah diri tu, aku rasa dia faham - aku buat semua tu bukan untuk dia saja. Tapi untuk nama baik kelas kitorang jugek. Cayang kawan aku S! Memuah!!~
:okay:

26 comments:

Acai said...

nasib baik sy tak merokok sekarang,hehe..:) tapi dulu masa sekolah merokok baru ada gaya..gaya mutu keunggulan,hahahah..kalau pi hospital serdang bleh tengok dalam balang kaca, paru2 orang merokok dan tak,hehe..memang real dibedah dari orang sebenar..:) best oo, bleh insaf..

arianna adrizal said...

nape S?
bukan A? P? O?
huhu

Ungku Nor said...

heh..seb baik akak tak merokok.

kalo tak, siap la tinga akak tanggal ntah bape kali dengau Masy bermuhasabah diri kat akak..hehehe

Masy said...

acai,
bagosss budak acai ni hehee. tp betul le, masa tu kan klu bole isap dadah pon nk try jugek hahahahaha.

anne,
sbb nama dia start urup S. ada mafhum? hahahaha

kak ungku,
haaaa sile sile klu nk dgr sy bg ceramah kesihatan hahahaha

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

Kawan yang baik seperti Masy nilah yang kak suka. cayangggg... dia... muahhh

Masy said...

kak zal,
eheheheh mekasih kak :)

Rya said...

er, ceramah ni ada sedia lunch tak?

Masy said...

rya,
ade.... lg setengah jam lunch kan? jgn lupe gi kuar bli makanan ok? hihihi

Admin.Jomss said...

ko percaya tak aku tak merokok?

Mak Su said...

syukurlah dah berjaya ek

Masy said...

admin.jomss,
ntah, ko laki ke pompuan? kene check blog ko ni

maksu,
alhamdulillah :)

13may said...

pow rokok sebatang :D

Jard The Great said...

pergghh....pompuan smoking?? pergghh!!

Masy said...

13may,
bagi aku henbeg dulu ler hahaaha

jard,
masa tu je.. tp skang xde pon hehe

indera kencana said...

Berikut adalah lawak jenaka dalam Malajalah Ujang seploh tawon lepas

Adik : Abang Mat, ayam boleh makan tak?

Abang Mat : Ayam memang boleh makan.

Adik : Kambing?

Abang Mat : Kambing pon boleh makan.

Adik : Lembu?

Abang Mat : Lembu? Boleh la..

Adik : Kucing Abang Mat?

Abang : Cehhh.. buduh!! Kucing mana boleh makan.

Adik : Abis tu kalau dia tak boleh makan, macam mana dia nak idup?

Abang Mat : (Aku belasah pulak budak neh kang)

**Apa kaitan kucing dengan rokok, hah??** garu pala.

Masy said...

abgku indera,
rasa mcm nk belasah abg indera pulak. ada kaitan tak dgn komen abg indera ni? hahahahaha

achik said...

saya x merokok.. percayalahhhhhhhhhhhhh.. ;p

oh2 si ezad dah kuar exist kan???

Jard The Great said...

kak..ku blom terima pon alamat kak.. huhu.. game tu dah nak berkurun dah dlm simpanan ku.. antar kat jard_ness@yahoo.com k.. hehe

Masy said...

achik,
hahaha yee percaya2

ha'ah. klu nk tau apa2 yg terkini pasal exists, bole ke website dorang. linknye ade kat tepi nun. heheh

jard,
ye adikku, kakak dah email dah ehhehehe

Hasnul Efendi Md Yusof (ANUL) said...

aku ada kawan dulu rokok sbb macho...cam bebal pn ada dengar!!

no offence smokers!!!ehehehe

*lastsul*

Lan Rambai said...

aku isap rokok. setiap kali org sebut pasal rokok aku rasa nak merokok. ustaz kata org yg merokok ada something kat otak dia yg dah hilang dan digantikan oleh rokok.... oooo baru aku sedar kenapa aku tak mampu nak tulis panjang2 macam ko.. sebab kat opis ni aku tak boleh merokok. dulu masa mula2 bukak blog aku tu... opis aku semua jantan.. so boleh merokok...

err.. komen ini adalah komen terpanjang dari aku kat blog orang untuk tahun ini... kalau tak silap aku lah...

er,, aku nak pi isap rokok jap.

Masy said...

anul,
hahahaha masa budak2 dulu sume x sabau nak besau, tp dah besau xde sape plk yg x sabau nak mati (haaa lain mcm je ayat aku ni) hihihi

lanrambai,
laaa ingat pasal rokok jugek rupenye hahahah

ad3ck said...

akak nak kata ada peluang lagi kan? kan? kannnnnnn?

♥ QasiehFirdaus ♥ said...

ckp siang pandang2, ckp mlm dgr2. hahah

KAKTINY said...

tulung pi ceramah kat adik2 kaktiny sat.. masuk kete diorang.. bau...eee.... cam nak muntah hijau dah.. eeee..geram tau..

Masy said...

ad3ck,
lebih kurang gtu laa hihihi

qas,
tgh pndg2 jeling2 arr ni hihih

kaktiny,
skang dah x reti arr kak nk ceramah. ai malu aww~