Tuesday, December 09, 2008

343: Mak kata biar orang buat kita, jangan kita buat orang

Salam sume..

Tapi aku bukan orang macam tu. Memang biasanya kalau orang wat jahat dengan aku, aku akan pastikan dia pon akan menerima nasib yang sama. Hahaha. Tengok mood macamanalah. Ada yang aku usahakan untuk balas, ada yang aku tunggu peluang baru aku balas, ada yang Allah Taala tolong balaskan. Sayangi Tuhan anda, kerana Dia sahaja yang bersama kita sepanjang masa. Pesanan ikhlas ni. Eheh.

Korang tau apa cabarannya kalau ko berumur 28 tahun dan belum kawen lagi? Yaaaaa kata-kata nista daripada manusia yang terpelajarlah kononnya tapi bila bercakap hal kawen ni, terus kepala otak gostan ke zaman Charlie Chaplin.

Aku tak berapa pahamlah apsal ada orang yang terlebih menyibuk hal kesinglean aku padahal mak aku yang kadang-kadang kecoh tu pon boleh sit back and relax sambil layan tv9 dekat di hati. Nama je duduk kat kota metropolitan (haa hamek ko) tapi.. ermm. Orang-orang Sungai Udang, Melaka lagi sporting tau.

Sukalah aku nak menyatakan kat sini. Bahawasanya dorang ni tak tau ataupun buat-buat tatau sebab kepala otak tersumbat pokok baobab ke hape lah kan. Tentang perjalanan hidup yang masih panjang, tentang takdir Tuhan yang kau tatau akhirnya nanti, tentang masa depan yang tak kompem cemerlang, gemilang dan terbilang selama-lamanya. Apa dorang pikir, dah kawen tu dah selamat la? Konon dah lepas laaa 'seksa'? Penah pikir ke kalau Allah nak jadikan kau hidup malang lepas kawen, kau akan malang jugek - sooner or later.

Anak-anak memasing pun perempuan jugek. Kalau aku doakan anak-anak ko tak kawen, agak-agak best tak? Yang bercakap tu pon macamlah kawen awal, kawen lambat gak umur 30 tahun. Ade aku mengata? Takdek. Dalam ni je aku cakap, tu pon stetmen je bukan menyindir ke hape.

Ada lagi. Mengata kitorang anak dara tua eh. At least aku muda daripada yang bercakap tu. Jauuuuuh lagi muda tau. Jangan le nak sombong sangat, ko ingat laki ko tu tak kemana. Kalau tetibe laki ko pasang lain, aku akan jadi orang pertama yang ucap tahniah kat ko sebab dapat madu. Hah ni dah mula laa aku nak doa yang bukan². Nama je dah Hjh, tapi bercakap macam orang takde agama (opsss beratnye tuduhan). Maksud aku, macam orang tak percaya Qada' Qadar Ilahi. Belajau sampai obersi tapi pemikiran menjunam dalam laut. Baik belajau kat ITM je stendet aku, tak perabih duit pinjaman (eh don't mention PTPTipoo, aku pon guna gak haha).

Serius aku tak paham ape penyakit dorang ni. Aku tak kawen lagi pon nak sibuk apsal. Aku mintak duit ko ke bayau duit umah duit kete aku bulan²? Mintak ko belanja pon tak penah tau. Pastu bila ada family day kaa function ka, mula laaa bercakap macam aku hadap sangat laki memasing. Hello! Sorry to say, laki ko not my taste okeh. Bagi free pon aku takmo (tapi kalau bagi free jadi driver ke mungkin aku pertimbangkan kot). Ko tu yang takot bayang-bayang sendiri. Kalau rasa tercabar dengan anak dara, pi laaa upgrade diri sendiri. Bukan takde duit, bukan takde masa. Pehtu nak cuak-cuak lak dengan orang ape kes??? Meh aku bagitau. Baju kalau dah berbunga², tudung tu kasik plain eh jangan pakai tudung bunga². Tengok, bagi nasihat free lagi.

Itu yang tua. Yang kawan-kawan sendiri pon nak mengata jugak apahal? Jangan ler buat-buat lupa masa ko susah ati dulu apa ko buat. Abes suami orang boipren orang - yang tua muda sume ko bedal bawak kulu kilir. Sebab desperate sangat nak kawen kan masa tu. Pehtu bila aku cakap aku desperate nak kurus, voley pulak tanye aku "desperate nak kurus ke desperate nak kawen?". Huh. Dan jawapan aku pon senang je, "aku bukan pompuan sundal yang dah gile **** sampai dok desperate nak kawen". Kamon la.. Aku sayangkan kawan-kawan aku, aku harap janganlah antara korang yang buat aku benci hanya sebab ni. Aku tak kisah kalau ko cakap setakat cakap. Tapi aku kenal isi perut korang mana yang aku kenal dah lama. Dah terlalu lama aku peratikan. Kalau bercakap dengan aku tu, ade je nak menyindir aku itu ini. Kalau aku ignore je ko, tau pulak ko kecik ati?

Umur kalau panjang, insyaallah panjang lagi masanya akan datang. Ko seronok mengata sekarang, ko tunggulah nanti pembalasan si pitung. Aku tak mendoakan - as for now. Bak kata ex boipren aku si Justin Timberlake - what goes around, comes around.

We'll see.
:astig:


# aku bukan baik sangat, dan aku pun tak jahat sangat. cuma aku harap, bile aku boleh respek orang - orang akan buat perkara yang sama. tak susah pun. give and take. dalam hidup mana bole giiiiiveeeee jeee atau takeeeeeeeeee je. adil tu penting, beb!

29 comments:

ad3ck said...

Alah, org camneh jgn diikutkan limpa eh silap, hati sgt kak. Mgkn akak rasa tersentuh bila dorang tanya2 camtuh, tp klu dilihat dr sudut lain, mgkn niat dorang tuh nak amek berat. ;)

just my 8 cents.

Jard The Great said...

perggh...penat gak aku bc n3 nih... nih semata2 tak nak tersalah komen..

hehe.. well.. ku pon masih single.. ramai gak yg single-mingle nih..(lebih 30-an pon ade).. org cina kawen lewat 30-an org tak bising2 pon.. hehe..kaya+bahagia jek org cina yg kawen lewat nih..

nways.. aku setuju part org tak leh sibuk pasal idup kita. Our lives, our control. So peduli la ape org kata. kan? kan?

ehehe...

Anonymous said...

ala kak baby,
standard la org camni. keje lain xder, so suke benor la maik tau hal org, sebok bg komen bagai...aku pon selalu gak kena cam ko nih. kdg tu nk je aku jawab soklan2 standard depa tu (BILA NAK KAWEN?) dgn soklan jugak- KO TAU BILA KO NAK MATI? (maknanya-semua menda2 tu kan URUSAN ALLAH) mana nak pi tau bila jdnya.
tp aku cuma ingat satu jer- mak bapak aku sangat sporting dlm bab kawen ni. xder nak desak2 aku ker, dok tensen2 sbb org dok tanya hal anak2 depa yg x kawen2 lagi ka...depa relax ja..siap backing kami lagi. tp x lupa nasihatkan supaya amik pot gak menda ni. jgn wat tak tau langsung sbb Perkahwinan tu dpt menyempurnakan sebahagian drpd Agama.

so kak baby, selagi mak ko leh relax2 cool jer, lantak le org nak cakap apa. kawen tu bukan dpt 'settle down' segala-galanya tp permulaan langkah ke dunia yg lebih mencabar. sapa yg kata kawen tu selesai masalah adalah ORG YG BODOH + JUMUD

hana

Ungku Nor said...

awak kawen ke, awak tak kawen ke, tade jadik isu kat akak.
awak tetap Masy sengal yang akak sayang sejak dulu sampai bebila, insyaAllah.

ehehehe..nape cam poyo je ayat akak kali ni aaa..;p

HEMY said...

ler..kawin pn isu..apa da kes..tak dugem langsung

baik kata masy montok ke kan..sekurg2ya masy syum simpul je smbil perati diri kat cermin mid valley..

ehehe..tp gambar tu masy..miaooww..montoks ah..ehehehehe

Mak Su said...

maksu paham perasaan ko.... kekadang, pada pendapatan maksu, balas jer dgn keji, biar meleleh taik telinga dorang yang asik asik dok heran, heran, heran. tak de benda nak fikir ler, tak dak life kaedahnyer. udah, udah, mana yg boleh balas, ko proceed jer, tapi ya ler, kata orang, tengok2 ler. kang orang kata tak hormat orang tua plaks, dah durhaka plaks. ish... serba salah, ek

arianna adrizal said...

huh~ sebok ar dorang tu kan.

eh tp pesal kusi tu cam senget jeeee.. hahahahhahahahhahahaa~

HAPPYIRFA said...

salam masy..
ko tak paham?akak lagi tak paham.
tp akak ada adik yg umo 25 tahun tp belum kawin..akak slalu backing dia kalau mak akak duk tanya bila nak kawin.akak slalu cakap kat dia.
'kau nak wat apa2 ko buatlah skrg.
sok dah kawin byk benda ko xleh buat lagi..kena mintak izin itu ini'.dia pun dah phobia dgn mslh rumah tangga org keliling smpai dia pun takut nak kawin..tp akak xkisah pun sbb akak rasa dia x susahkan org pun.

Lan Rambai said...

nanti bila ko dah kawin.. lepas setahun dua tak der anak.. kena tanya pasal anak lak.. lepas tu bila dah ada anak.. bila nak tambah lak.. bila dah tambah... apsal ko ni banyak sangat anak???... mesin beranak ke apa ni?.. bila anak dah boleh kawin... kena tanya lagi.. bila nak sambut menantu.... lepas tu cucu... lepas tu cicit... lepas tu baru nak tanya bila nak mati agaknya. hidup kita ni memang macam tu masy... sentiasa ada yang nak tahu perkembangan kita.... tu tandanya kita ni glamer ahhh hahaha

Mr PenyuBiru said...

dalam hidup mana bole giiiiiveeeee jeee atau takeeeeeeeeee je. adil tu penting, beb!


so, bila ko nak bagi hadiah plak kat aku? ehehehe..

KAMATO said...

jodoh tu di tangan Tuhan....

Sierrauniform said...

mak aih..ko ada simpan ke sajak pokok baobab aku tuh?

tak pernah aku baca entry ko seteliti entry kali ni, sungguh mengesankan..


dengau sini tak yah port la org mcm tu, enjoy zaman single ko puas key, not to say married xbest tp it is 2 diff planet, truly.

Rya said...

kawen belum tentu bahagia..
tak kawen pun belum tentu tak bahagia..
kan?

kes jeles pasal takleh meronggeng secara solo atau kes sendiri yang takut dengan bayang sendiri..
abaikan kak..
mari kita enjoy kategori solo ini..yihaa!

Azzam Supardi said...

Aku sokong cakap mak ko tu, 'biar orang buat kita, jangan kita buat orang'. Tapi kalau kita buat 'orang-orang' untuk halau burung macam kat bendang tu? Boleh?

blackpurple @ jowopinter said...

Betullah. Jangan kita buat pada orang. Orang buat pada kita, maafkan sajalah, itupun kalau munasabah untuk dimaafkanlah.

Aku pun baru jer nak masuk 30 tahun. Ok jer. Ha ha ha!

Titicaca said...

aku tak setuju dgn komen adeck. amik berat hape???? tp ko buat donno je laaaa...
macam aku ni, lepas kawen belum ada anak, org sibuk dok tanya bila nak ada? macam la aku buleh petik suis peti ais, kuar anak hahaha..tapi la ni, aku dah maleh nak layan dahh...mak aku pon tak bising2..yg tak berkenaan lak yg sibuk2..pehal??? tp kengkawan aku x de lah se'laser' kawan ko tu..hahaha..mostly understanding..alhamdulillah..
ceh! cam n3 aku laks ..hahaha

~shahirah (ahem!)

en_me said...

hi adek maness ittewww.. salam aidiladhaaa..

noorlara said...

masy,
mereka yang tak suka melihat org lain gembira berjaya dan sejahtera tu sebenonye mengidap sejenis penyakit. Tiada sebarang ubat yg bleh dapat kat spital melainkan kembali kepada kehendak agama islam iaitu persaudaraan dan tanggungjawab bersama untuk mengujudkan jemaah yg bersatu padu.
Kekadang tu hangin gak ngan species begini!!!!

ayobkelubi said...

yang aku tak tahan is ex bf justin timberlake,pergghh hamlau betul.hahahaha

indera kencana said...

Hina sangatkah ku pada pandangan kwarga moooooo. Hingga sewenang tomahan dilemparkan. Deng deng deng deng deng deng deeeennng <-- efek drum/bass.

Ooooo ex dia Justin Timberlake rupanyer...

achik said...

kita yg x risau pasal x kawen lagi, diorang lak lelebih 'risau' kan.. nyampah tul.. macam la kalau x kawen ada bagi kesan kat hidup diorang.. haih..

zino said...

ajal maut hidup hati dan jodoh segala nya di tentukan oleh Allah.. cepat lambat dia juga yg tentukan..

memang tak akan habis kalau kita bercerita tentang mulut orang.. pasal tu org tua dulu pernah kata.."mulut tempayan boleh di tutup"

so tak perlu nak layan sangat.. makin kita layan makin kita sakit hati.. bila kita sakit hati hati kita jadi tak keruan.. kita benci orang tu kita marah orang ni.. dan sedikit pun tak datang faedah kepada kita..

doakan kan je org org macam ni cepat cerubah dan insaf dengan takdir dan ketentuan Allah..tak payah dok balas apa yg org buat kepada kita.. biar dia mendapat pembalasan dari Nya nanti..

acik ila said...

ehhh sapa ngata adik akak nie.. meh akak luku2 kepala dia.. :)).. masy jgn dilayan sangat dorang tu.. akak dulu pun kawen lewat gak.. sblom kawen, mulot depa mak aiihhh.. mmg x de insurance.. sabar je lah masy.. betul ckp masy.. what goes around comes around.. so be cool babe.. :D

Masy said...

ad3ck,
amek berat lain dek uit.. amek berat x kutuk2 huhuuh

jard,
malas nk layan sgt, nyakitkan ati je kan kan

hana,
tu lah. aku pon hrap2 mak aku mampu bertahan. klu dia pon goyah, aku tatau laa camne nanti huhuuh

kakungku,
sayer pon cinta sayang habisss laa dgn akak *hugs*

Masy said...

anul,
ahahahahahaa montok sesajee je ko ek

maksu,
sy biar jelah maksu.. Allah kan ada, biar Dia tolong balaskan :)

anne,
takde keje kot.

eleeehhh dengki laa tu hahaha

salam kak irfa,
ermm tu lah kak. kekadang tu bile org2 cam kitorang ni emo, sedap2 je dorang kata 'haa tu sbb x kawenlah tu'. abeh klu dah memasing mulut cam hamjadah, katak pisang pon boleh meletop. huhuh

Masy said...

lanrambai,
hahahahahaha tu lah, aku pon rasa aku glemerlah, tak payah susah2 masuk Idola Kecil. eh, ahh apa2 jelah hahah

penyu,
nk bg eh? tunggu laa aku ade mood nanti huahahhah

kamato,
amat betul tu :)

rembo,
aku ingat lg hahahah

ermm yelah. sbnrnye mana2 pon ade pro n kons. so lantaklah kan

rya,
sakit jiwa kot dorang tu hahahah

jom, kita enjooyyyy~

Masy said...

azzam,
ikot suke ko la azzam, klu ko nk jadi orang2 tu pon aku takde halangan haha

BP,
tgk hal jugeklah ye tak. jom kite rilek2 hehehe

titicaca,
doang ni tak paham gaknye rukun iman - percaya pada qada' dan qadar. aku rasa nanti aku nk buat entry tazkirahlah hahahahah

en_me,
hai hai hai.. salam salam :)

kaknoor,
itulah. padahal rasanye masing2 ade byk hal nk dipikirkan, apsal nk susah2 pikirkan hal org. tahpape tah huhu

ayobkelubi,
hahahaahahah jgn jelesssssss :D

abgku indera,
ehehehhe semua org bawak bertenang ye :D

achik,
dorang nak tolong sponsor kot? nk kene tanye ni hahahahahah

abah angkatku zino,
betul la.. abah tolong carikanlah eh? boleh? ;)

acik ila,
akak gi pukul dorang tau! ahhahah takpe2. biarkan je huhu

kakLuna said...

mak akak pulak pesan..sblm kita nk tanya org tu, try to be in her shoe dan tanya lak soklan tu pd diri kita, apa perasaan kita..

kdg2 mungkin kita caring tp bila kita dh nmpk seseorg tu mghadapi dilema mcm tu, simpan lah soalan tu di dlm hati, krn ia pastinya bkn perkataan yg ingin didengari oleh org tersebut.

wah gitu lah falsafah makcik arpah binti kontak, mak akak.. :)

Masy said...

kakluna,
begitu berfalsafah sekali makcik arpah, terkesima secara duet sy dbuatnye hehehe. tp betul la tu..

terer mak akak speaking eh? try to be in her shoe. hebatttttt *tabik spring toing2* :)