Thursday, December 18, 2008

346: Sesi Meluah-luah

Penah rasa tak best? Tak seronok? Tak segala-segalanyalah? Mestilah pernah, ye tak. Sebenarnya aku pun tengah rasa macam tu. Selalu rasa, kadang-kadang layan - kadang-kadang malas nak pikir. Tapi sesekali tu pikir jugek.


Ada antara kekawan kita yang lama kita kenal, nampaknya lebih terbuka dengan kawan-kawan yang baru mereka kenal. Macam emo pulak stetmen ni eh. Taklah. Benda ni dah banyak kali berlaku pada aku, tapi aku anggapkan saja itu hak masing-masing. Mungkin pada dorang, aku sesuai untuk jadi kawan masa gelak-gelak je. Untuk hari -hari yang sedih, mungkin aku tak kelihatan meyakinkan untuk diajak berkongsi. Sementelah aku pon tak berani nak bagi pendapat lelebih, memandangkan pendapat aku kekadang tu ekstrem eheh.

Mungkin aku tak seistimewa itu di mata dorang - kot? Wutever.

Pun sebenarnya bukan masalah besar. Cuma bile pikiran kosong dan takde mende nak dipikirkan, aku akan memikirkan hal kecik ni. Apa agaknya yang silap pada aku eh. Aku biase dengar kawan-kawan aku berkata aku ni tak serius. Oh ada yang kata aku gila. Tak pastilah maksud dia aku gila ke atau gila-gila. Yang penting ada maksud dalam mana-mana pun kan.

Tapi takpelah, masing-masing ada pendapat. Dan mungkin itu satu pendapat untuk aku.

Aku masih bersama dengan mereka semua. Hampir semuanya. Walau sesakit mana sekalipun perlakuan yang dah dilakukan, jarang aku berlalu pergi. Jarang, bukan tak ada. Tapi... takpelah.

Nak menganggap sesiapa sebagai bestfriend rasa macam satu beban untuk aku. Aku harap aku ada. Well... dalam hati aku ada beberapa orang yang aku anggap istimewa sebagai sahabat. Biarlah dalam hati. Aku pernah terluka dengan sahabat yang mengaku bestfriend aku, dan aku harap aku takkan hadapi lagi keadaan macam tu.

Apa rasanya kalau ada orang menyampaikan, yang so-called bestfriend kau berkata kau menghalang dia dengan si polan kekasihnya itu semata kau mahukan si polan itu?

Aku terluka sampai sekarang. Walaupun akhirnya antara dorang pun dah takde jodoh, aku masih lagi terluka. Aku sangka jujur dan telus aku itu akan dihargai kerana untuk aku itulah yang terpenting, rupanya.. Dalam diam-diam aku kembali menjadi sekadar teman biasa sahaja tanpa dia sedari. Kalau dia perasan. Tapi pun aku tak berhenti memaafkan. Kerana aku pun mengharapkan kemaafan atas kejujuran aku yang mengundang prasangkanya.

Soalan yang tak terjawab.

Soalan mudah sangat. Tapi susah sangat dijawab. Mungkin kerana malas mahu menjawab. Mungkin rasanya soalan itu tidak perlu dijawab. Kerana ditidakjawapan itu juga adalah satu jawapan. Ntahlah. Suka hati kaulah.

Ok cukup.

Badan aku sakit-sakit. Sakit betul, bukan sakit lawak-lawak. Kalau nak diikutkan, malas aku nak bercakap benda ni. Sebab... ermm lecehlah nak cakap. Yang penting, orang macam aku ni kalau cakap benda serius pun mesti orang lain anggap lawak jugek. Takpelah. Badan sakit, urutlah sendiri. Hati sakit pun urutlah sendiri (boleh ke urut hati??? ape-ape jelah hehe). Apa aku nak cakap sebenarnye ni??? Bengong betoi ahahahaah!!

So!

Badan aku sakit (eh cakap lagi). Melarat-larat pulak. Ah. Cite lainlah. Orang lain pon sakit jugek, ye tak?
:ahaha:

20 comments:

Rya said...

Yang penting, orang macam aku ni kalau cakap benda serius pun mesti orang lain anggap lawak jugek.


~sy stuju smua tapi yg sy quote tu lagi banyak stuju. betul cakap akak tu..slalu gak jadi kat sy tp takdela sy ni b'kerjaya joker pong!

Mr PenyuBiru said...

Penah rasa tak best? Tak seronok? Tak segala-segalanyalah? Mestilah pernah, ye tak.

yup, pernah. bila masuk blog nie.muahahaha..

Masy said...

rya,
apo nak buek dah naseb badan huhuhuh

penyu,
eleh rasa tak best pon, meroyan gak klu aku tak apdet lalalaala~

Jard The Great said...

kak melayan perasaan plak pepagi nih..

true frens mmg hard to come by.. hehe..

aku jenis kejap on kejap off... loss contact pon ade.. sbb asyik2 jumpa org baru.. then bila jumpa balik.. mcm tak pernah berpisah plak.. heran.. ehehe..

kak.. tak payah bnyk fikir la.. kan ade famili.. hehe...

Anonymous said...

ala kak..mengapa kau termenung..mengapa kau bersedih..kawan ada berjuta2 lemon lagi nun, tgk aku ni kawan byk lari dah pun, ilek je (@0@)!


jaga hati kawan susah kan..tapi tak apelah.buat baik dibalas baik, buat jahat buruk padahnya..

aku ni: mrs hasmi

Masy said...

jard,
ahahaha ni feeling semalam, auto publish je ni huahahah

tp betul laa tu.. biar jelah hihi

rembo,
kwn ko atlet ke pakat2 lari ni hehehe. xpe2 aku best, sape takmo kawan aku dia laa rugi lalalalala

HappyIrfa said...

salam masy..
pd pedapatan dan pemandangan akak..
hehe.susah nak gembirakan hati smeua org.dulu,lama dulu akak ada kawan.ala2 best friend kononnya.tp bila akak ada boifren dia macam pulaukan akak.x ajak akak join apa xtvt.tp di blkg akak dia kata akak lebih pentingkan boifren.tp akak nak tanya gak,kalau dia berada di tpt akak,rasanya dia pun mesti buat benda yg sama.cuma mgkin dia x sedar.sampai 1 tahap dia pulaukan akak,kalau jumpa perli/sindir..dan hampir 2 tahun dia x tegur akak..dan sekarang,dia dah minta maaf..tp kami x spt dulu lagi..dan akak cuba elakkan baik sgt dgn sesorang takut pisang berbuah 2 kali(best apa pisang berbuah dua kali kan?)..pjg komen ni..

zino said...

sakit sakit tu pasal apa jangan chikukunya.. sudah le.. penyakit tu sekarang memang menjadi jadi.. bila kena sampai tak boleh gerak di buat nya.. segala sendi di tangkap nya..

tak usah dok fikir kisah2 lalu buat sakit hati je dah le tak boleh nak utut hehe.. fikir kan dan rancang masa depan.. happy kan hati tu..

Masy said...

salam kak irfa,
betul la kak. kadang2 tu cuba jugak, tp selalu tu sy ikutkan ati sy. huhuhuh

abah angkatku zino,
ermm bukan kot. cam masuk angin, tp makin melarat pulak huhu

aaaa betullah kan.. baik pikir bile nk jmpe abah ni hehehe

KAKTINY said...

ckp pasal sakit ni.. sakit hati?.. + pasal kawan.. adoh mak.. penyakit yang tak ada ubat.. tapikalu sembang (luah rasa kononnya...) dgn asben kaktiny.. dia kata.. "aalh.. pedulikan lah diorang".. senangnya cakap.. tak kena kat dia.. cuba kalu kena.. apa dia nak buat.. dia lelaki takperlah.. hati kering.. kita ni pompuan.. kalu tak.. tak ler nama pompuan kalu tak sensitif.. kang jadi cam dia gak kang.. tak sensitif.. hah.. tido sendiri.. baru padan muka.. masa tu rasa tak 'sakit hati' bila takder 'member'..

eh eh.. ni aku nak tulun pujuk ker atau menambah 'derita' dan cerita plak...

ampun baby yer... jom layanz sup joni jom.. hehehheee...

HEMY said...

alllaaaaa..sakit lagi ke baby..kan i dh urut smlm

eh..u kata jgn bgtu sapa2 ek?alamak...tertekan publishhhhhhh

Masy said...

kaktiny,
ahahaha sy jawab yg last tu laa eh.. haa bile tu bile.. jgn la ajak gi tmpt yg sy tatau, kang sesat kang ehehe

anul,
ahahahaa budak ni aku pijak kang baru tau :D

Sastri said...

stetmen pertama tu, huuu... sangatlah pernah...

nak kongsi dengan masy, takde nombor tefon arr...

Masy said...

sas,
ermm stetmen pertama yg mana tu ye? meh sini tukau2 nomo tpon ;)

en_me said...

ammvoiii akak ittewww.. jangan tenong tenong one uooolsss..

Masy said...

en_me,
mana ade tenung... pandang je kat kamera tu eheheh

PEMBURU CINTA said...

I x paham la.. Napa kia nak gembirakan hati kawan. 1st thing gembirakan hati kita. Bila kita gumbira kita akan rasa satu dunia gumbira.

Remember, siapa yang tahu banyak rahsia kita. Tentulah best friend kita. Best friend kita juga adalah musuh yg nyata bagi kita . Kita kena hati2.

Bak kata org tua2 buat baik berpada2 buat jangan jangan sekali atau sekali- sekala la.

Yang penting kita kena pikirkan pasal diri kita. Jangan pikirkan sgt pasal kawan2 ni.

Dan yg paling penting enjoy life.

Selamat bercuti krn i nak g bercuti

zino said...

nak jumpa abah ni senang je.. bila sampai sogo tu beritau kata nak belanja abah ke apa ke .. hehe

Acai said...

Slm kak, rasanya bukan akk sorang rasa camni..sypun penah rasa camni,hehe..tapi sy punye perasaan tu kebal skitlah nak rasa kecik ati,hehee..:) alaa, lumrah manusia kak, ebnda tu diluar kawalan kita..tak semua yang kita suka akan kita perolehi..ada hikmahnya tu..

Masy said...

pemburu cinta,
yelah kan.. apa2 pon yg penting diri kita.. huhu

abah angkatku zino,
heheheh yelah abah, nanti klu sy turun KL, sy bgtaulah ye hehehehe. TT ok tak? :)

salam acai,
alaa akak pon kebal jugek cume kekadang tu termellow tu stendet lee kan hehehehe.. yee benar tu. sokong2 sambil tgk pokok buah naga acai ehehe