Monday, December 22, 2008

347: meluah lagi~

Khamis.

Selesai mengucapkan terima kasih, gagang telefon aku letakkan semula ke tempatnya. Berita yang baru aku dengar tadi, sememangnya amat mengejutkan. Walaupun pernah perkara itu berlegar dalam fikiranku beberapa bulan kebelakangan ini, tetapi bila disahkan – aku jadi hilang arah. Sakit di badan dan kepala yang sedia ada terasa semakin menekan.

Kembali ke tempat. Menghadap komputer yang kaku. Pandang jam, hampir benar ke pukul 5. Aku boleh pulang sebentar lagi, tapi aku masih lagi terpaku. Keliru. Tak percaya. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan – cuba bertenang. Sesekali perbualan rakan sepejabat aku sampuk dalam tawa, tapi terasa muka ketat pula. Jeling jam lagi, hampir 5.20 petang.

Aku kirimkan SMS. Dan penerimanya membalas dengan dua huruf konsonan yang ringkas, seakan mengesahkan lagi berita tadi. Hati aku retak. Dada rasa sebak.

Nak balik!


Jeritku. Selesai berkemas dan mengucap salam pada semua, aku terus ke kereta. Rasa tak keruan. Ke kedai berdekatan mencari bahan bacaan, alhamdulillah yang dicari akhirnya bertemu. Dalam kereta aku termenung lagi.

Nak menangiskah? Hanya bisikan dalam hati. Dan aku berkeputusan, ya.. aku mesti menangis. Mesti. Pasang aircond, cari lagu di dalam mp3 modulator. Dan teruskan perjalanan. Sakit di leher pula terasa perit, sesekali aku cuba meredakan dengan urutan. Tak berjaya.

Perjalanan ke rumah hari itu amat berbeza. Selalunya aku akan buru-buru berkejar pulang walaupun tiada siapa yang menanti di rumah. Hari itu aku memandu perlahan, dan membiarkan saja airmata berlinang. Aku berniat untuk berhenti di Taman Herba berhampiran mahkamah, cadangnya biarlah aku habiskan saja airmata di situ. Tetapi keadaan yang terlalu sunyi, aku tak sudi mempertaruhkan keselamatan. Dan perjalanan aku teruskan.

Kereta sudah diparkirkan. Aku masih membatu di tempatku lagi. Tak habis lagi airmata ini rupanya. Apatah lagi kebetulan ternampak sebuah keluarga yang baru keluar dari kereta mereka. Menangis lagi. Dan lagi. Dan entahlah lama lagi.

Sudahlah. Kesat semuanya dan keluar. Bertembung dengan anak-anak muda yang sedang membaiki motor. Entah apalah nasibku, salah seorang dari mereka merenung – dah tentulah mata yang bengkak merah ini menceritakan hati aku. Aku tertangkap rasa hairan di mata dia. Ah!! Sibuklah! Sepak motor tu kang! Dalam hati saja.

Sampai di rumah. Terus ke katil. Aku mahu tidur. Tapi yang ada hanya airmata lagi. Letih. Pindah ke ruang tamu. Onkan tv, dan baring di atas sofa. Majalah yang aku beli, ku selak sekali lalu, tak mampu lagi aku membaca. Tutup mata dan cuba lelap. Akhirnya lelap.

Malam. Termenung dan menangis lagi. Sampaikan aku keliru. Menangis kerana sakit yang mana, sakit di badan dan kepalakah atau menangis sakit di dalam. Mungkin kedua-duanya. Aku tidur awal. Mesej dari dia itu pun tiada reaksi dari aku. Yang aku lakukan, menghantar SMS untuk rakan setugas, memaklumkan ketidakhadiran aku esoknya.

Jumaat.

Pagi. Selesai sarapan aku baring lagi. Sakit. Sakit semuanya. Menangis lagi. Menulis lagi. Tak pasti mahu ke klinik atau tidak. Apatah lagi sakit di bahu terasa surut, cuma di kepala dan belikat masih lagi tegang. Apapun, menjelang pukul 10.30 pagi, aku sudah menunggu di klinik bersama pesakit lain. Melihat perempuan muda menggendong bayi untuk rawatan dan datang bersama suami, hati aku luka lagi. Terasa bergenang airmata, tapi bukan aku untuk menangis di khalayak.

Bersama ubat, aku terus pulang. Keluar makan dengan Anne (aik ade jugek nama budak ni dalam entry ni). Kemudian keluar pula menonton dengan Minnie, sambung berbelanja sampai ke petang. Menjelang maghrib, dia yang berhampiran pula mengajak aku menonton. Aku setuju saja. Pukul 9 malam dia datang mengetuk pintu. Dan kami pun pergi.

Bersama dia itu aku cuba mencari bahagia. Entahlah. Layanannya sebagai sahabat agak bagus juga. Dia pun baru tahu aku tak sihat. Dan dalam setiap tindakan malam itu, dia cuba membuatkan aku selesa. Tetapi tetap juga fikiran aku melayang-layang. Dan menambah lagi luka, kebetulan panggung yang menayangkan filem malam itu, adalah panggung yang sama – tempat kami menonton baru-baru ini. Dengan dia, bukan dia yang ini.

Barisan yang sama. Mungkin kerusi yang sama. Mata aku terus ke satu sudut lapang di dalam panggung.

Luasnya tempat tu. Kalau datang lepak bawak toto, mesti best kan?

Kata dia baru-baru ini, yang ku sambut dengan ketawa. Mengingatnya aku tersenyum. Tapi yang luka tetap terasa. Sedih.

Hampir pukul 3 pagi baru kami pulang. Sampai di muka pintu, salam perpisahan mengakhiri aktiviti hari itu. Pada dia aku berikan senyuman, yang kemudiannya aku pun tak pasti. Benarkah aku maksudkan begitu, atau itu senyuman yang terukir kerana aku fikirkan yang lain. Mata tak mahu lelap hingga 5 pagi.

Hari ini hari Ahad. Majalah yang sama masih belum dapat dikhatamkan. Padahal majalah sekecil ini biasanya sehari sahaja untuk aku tamatkan, atau mungkin dua hari. Jiwa kosong. Fikiran pun kosong. Hati pun sama. Bila mengenangkan semula, aku pun tak pasti. Sedih lagikah aku? Dan nanti aku menangis lagi. Mungkin aku terlalu terkejut. Mungkin. Sakit di tubuh masih berbaki, tapi alhamdulillah makin pulih.

Aku dah apply cuti mulai Krismas hingga 30 Disember. Semoga dapat, amiin~

Mungkin apa yang aku tulis tak sama seperti yang bakal anda fahami. Mungkin jauh menyimpang. Lega. Maafkan saja aku kerana ceritaku yang sebegini. Aku cuma perlu meluahkan saja. Dan terima kasih kerana membaca.

Entah bagaimana agaknya aku berhadapan dengan harijadiku bulan depan. Mungkinkah sambutannya hampir sama seperti 5 tahun lalu.. Entahlah.

# aku tau, bosan baca entry sedih² ni. Tapi ini jelah tempat aku bercerita. Nak buat macamana..~ :(

29 comments:

ad3ck said...

baru sempat baca 5 perenggan. jap lagi datang balik. apakah yang telah berlaku terjadi??

Rya said...

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah - buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang - orang yang sabar, (iaitu) orang - orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan : “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi rajiuun” (QS Al-Baqarah: 155 - 156)

Masy said...

ad3ck,
huhuuhhu~

rya,
huhuhu thanks~ :)

arianna adrizal said...

citer shoping sakan kat sunway tadok ke? hehehhehe.

Masy said...

anne,
hahahhaah yelah lupe lak. en cite arrr heheheh

Mr PenyuBiru said...

bukankah blog salah satu tempat tuk meluahkan perasaan yg terbuku di hati. bila kita meluahkan sesuatu, walaupun pada blog,ia sudah cukup tuk meringankan beban yg ditanggung. blog juga dikatakan satu terapi. Ada orang baca atau tidak blog ko, itu belakang kira.

eh! ad3ck tu kata bz, tapi sempat lagik bz body.haha..

Masy said...

penyu,
betul tu. kekadang bile aku sesedih, aku harap takde sape pun pedulikan entry aku. sbb nmpak aku cam kesian sgt je. tp yelah nama pon blog, org buta je yg x leh baca apa aku tulis huhu (tp klu diorg usaha, dorang leh suruh org len bacakan. ade ke agaknye?)

biaselah.. demi akak dia yg tsyg ni hahahahha~

Anonymous said...

ermm....weken yg suram ek....tpi sempat shoping sama nonton wyg..itu kire ok jgk la...ape2 pun tabahlah...
****z

HEMY said...

hmmm..entri penuh emosi, tangisan, dan luahan hati..

mampukah masy menruskan idup dengan kegumbiraan..

siapakah makhluk yg diberi senyuman di depan pintu??...

saksikan filem Masy and her tears di panggung seluruh malaysia..bukan punggung..panggung ok..

Masy said...

kurzz,
sangat2 suram. tahap suriram hahaha

anul,
asik nk tgk punggung je ko ek, belasah kang hahaahhaha

Sierrauniform said...

jangan berlebih2han dalam setiap perkara, jangan terlampau sedih, terlampau gembira, terlampau kenyang, terlampau akan jadi melampau..


cheers..

Masy said...

rembo,
tp mebi skang aku dlm zon terlampau. sabau jelah ye..

Mak Su said...

maksu baca juga entry luahan perasaan, cumanya maksu tak tahu nak komen apa.

take care Masy :)

Ungku Nor said...

kena luahkan jugak.
kalo tak luahkan nanti awak jadik mereng..err..err..macam akak..

ekekeke..sian sungguh kat akak kan?
;p

Masy said...

maksu,
takpe maksu.. tak ckp pape pon takpe :) thanksssssss

kak ungku,
haaaa tu la yg risau tuu kang mereng cam akak lak ahahahah!! tp mereng unibers ape salahnye, glemer lg~! ehehehe

Siong Berantai said...

salam kenal .. =) singgah2 la blog Siong ek... thanks!

KAKTINY said...

dah dah.. takyah nak mereng2 ala2 unibers tuh... jom kita layanz jonis.. hehehehe..

blog kan hak kita.. bg yang baca adalah sahabat yg memahami.. apa diorang nak judge.. terpulang.. betul tak?... (ko jawab tak betul.. kaktiny culik ko pegi jonis seremban... hehehehe - jawabler betul.. leh pi jonis alamanda jer.. kehkehkeh)

Masy said...

siong berantai,
fuhhh nama ala2 harimau berantai gitu~ salam kenal gak.. nanti sy dtg ziarah ye :) thanks singgah ;)

kak tiny,
hehehe jonis je, pappa rich takmo ke ajak? ;)

aaaaaaaaaaaaa alamak nk jawab ape ek. dua2 pon ganjaran jonis. klu gtu, betul jelah hahahahahah

hanisakura said...

A'kum
salam kenal :D. ni kirenye ade petikan nasihat yg member kirim kat sy. mgkn bleh merawat sket luke di hati

~"Bila engkau memandang segalanya datang dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menampakkan
ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan
hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segala-galanya untuk
sesuatu yang sia2, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retak hatimu, tapi mungkin itulah
yang Dia mahu kerana Dia tau hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk
dekat dan akrab denganNya." ~

-Mendung pasti akan berlalu jgk. Cpt or lambat jer. Mgkn blum smpi tahap sabar yg Allah mahu ad pd kiter- :p

Masy said...

salam hanisakura,
bagusnya ayat2 ni. mekasih ye.. :) insyaallah. sy pon selalu tenangkan ati dgn pikir camtu. Allah je yg tahu kenapa Dia beri sy ujian cenggini..

thanks ye!~

hanisakura said...

:P.. same2..same2 la kite saling ingat mengingatkn sesame kite :p

QasiehFirdaus said...

pasni bwk toto siap2 tau

Masy said...

hanisakura,
awk xde blog ke? meh laa share2 heheh

qas,
bole.. baklah duit hahahha

*SiRibenMerah said...

I baca entry neh sambil lap air mata.. waaaaaaaaaaaaaaaaa~

Sis masy, jgn sedey2.. take care yek.. I ada nehh.. meh sini mehhh.. I hugs akak kuat2.. mmuahhhhhhhhhhh~

*jgn nangis2 selalu.. nnt jd kassim selamat..huhuhuhu**

kakLuna said...

kenyataan tu mmg pahit tp kalo diteruskan mungkin lebih memahitkan..

noorlara said...

masy,
ingat pesan Tan Sri P.Ramli barang yg lepas jgn dikenang
kalau dikenang nanti merana

Dalam kitab suci Al Quran ada beberapa kali diulang "Laa Tahaf wa la Tahzanu" janganlah kau bersedih dan jgnlah kau berdukacita "Innallaha maana" sesungguhnya Allah bersama kita. kekadang yg menyakitkan itulah sebenarnya ubat terbaik buat penyakit kita!! Semoga semua dah ok yeee hadek hakak ni, muuuuahhh

Email - noorlara@yahoo.com - pastikan ditaip betul-betul tau, geget kang jari tu yau bungkak

Masy said...

siribenmerah,
huhuhuh sapukan airmatamu cik riben huhu~

huglah i huglah ehehehhe

kak luna,
pahit dan tidak enak, tidak seperti keropok idong huhuuh

kak noor,
huhuhuhuuhu mekasih kak.

aaaaa sy dah email dah kat email tu, akak x dpt ke? huhuhuhhu nak subinierrrrr~

Pujangga Asmara said...

waaahhhh..panjangnyer karangan...leh masuk bertanding nnt..hehe..

Masy said...

PA,
ahahahahaha btanding mcm pilihanraya pulak bunyiknye :D