Wednesday, December 24, 2008

348: Entry terakhir sebelum '09

Salam sume.. 1st of all, thanks untuk sume komen positif anda dalam entry negatif aku sebelum ni, appreciate dat so much!~

Sebelum aku merapu lebih jauh, aku nak cakap sesuatu. Al kisah ada sorang sahabat aku yang tersayang sudah terasa dengan apa yang aku tuliskan dalam entry 343. Sian dia sampai menangis-nangis baca entry aku yang punya ayat kasar sekasar buruh kasar tu. Tapi boleh aku cakap sikit?

Aku tak mau hipokrit dan menafikan yang entry tu takde kene mengena langsung dengan kau. Ya.. ada di antaranya (bermaksud bukan semua ya) memang aku cakap berdasarkan apa yang berlaku antara kita. Tapi aku tak kata aku benci kan..? Aku mengaku, memang ada perkara-perkara yang kau cakap dan buat tu menyentuh hati aku. Tapi aku rasa, aku pun apa kurangnya. Kita pun bukan sama-sama maksum.

Aku percaya, kita sama-sama cuba menjadi sahabat yang terbaik. Aku rasa aku pun cuba, tapi mungkin aku kurang berusaha. Kau faham jelah.. aku malas. Aku jarang cari kawan-kawan aku tak bermakna aku lupa dan buang, sama juga macam kau. Aku beranggapan saja walaupun kata-kata kau kekadang memang buat aku berjauh hati, tapi mungkin kau tak maksudkan macam tu.

Apa yang aku tulis dalam entry tu, sebenarnya benda-benda yang dah lama aku simpan. (mungkin aku patut tulis "membaca dan terluka adalah tanggungjawab sendiri" hahahahah).Dan aku rasa aku perlu luahkan sebab kadang-kadang people don’t take me seriously. Aku kecewa bila saat aku berkata benar tentang perasaan aku, orang-orang yang aku pandang sebagai teman pula mentertawakan aku. Macam perasaan aku ni takde nilai je. Kesian aku. Huhu.

Pernah tak terfikir kenapa aku tak mahu menangis depan kawan-kawan aku? Antara sebabnya, sebab aku rasa akan dipandang rendah je. Tapi ada juga manusia yang beruntung, yang aku percaya dia takkan gelakkan aku kalau aku menangis depan dia – dalam telefon atau di mana-mana. You know who you are ;) Ahhh.. aku dah mula merepek.

Back to the story. Kalau kau terasa hati sangat-sangat dengan apa yang aku tulis, aku mintak maaf ye, Odah. Aku harap kau janganlah simpan dalam hati, sebab apa yang aku simpan tu pun aku dah keluarkan. Kau masih lagi anggap aku kawan baik kau, aku sangat-sangat hargai – apatah lagi selepas apa yang aku dah buat – entry tu khususnya. Selagi aku anggap kau kawan aku, seteruk mana pun perkataan yang kau ucap untuk aku, aku halalkan je semuanya. Sebab kalau aku betul-betul benci, betul-betul marah, kau pun tahu aku takkan layan kau lagi. Tapi aku layan kau lagi kan... means kita ok laa, betul? Kau pun minta maaf semalam, dengan seikhlas hati – aku maafkan.

Dah-dah jangan nangis lagi. Kang bos kau nampak kang, mesti dia ingat aku apa-apakan kau pulak. Hehehehe.

Oklah, tamat. Skang cite pasal aku plak.

Aku kan dah apply cuti. Aku anggap dah lulus jelah, bole gitu? Matilah perasan ade share!~ Walau bagaimanapun, ini adalah entry terakhir aku sebelum masuk ke tahun 2009. Scary giler aku rasa!! Huhuhuhu!!

Kalau Mr. Sivaji luluskan cuti aku – dan kalau dia tak luluskan pun, aku akan luluskan jugek – maka aku akan start bercuti sampai 31st Dec laa kan. 1 Januari 2009 pulak, aku dan beberapa orang opismet akan ke Terengganu, ada kursus selama 2 hari kat sanun. Means minggu depannya iaitu 5 Januari 2009 baru aku masuk opis. Di mana, sehari sebelum itu iaitu 4 Januari 2009 adalah besday aku *ehem panjangnye intro* hahahahahahha!!!

So pada sape-sape yang nak bagi adiah, belanja makan, pegi zoo, round PSN, ajak berkelah ataupun pergi memancing di laut dalam, atau nak seprais aku dengan bunga + coklat + teddybear + perfume + voucher spa yang dihantar ke opis (macam ade sorang kakak tu penah buat dulu heheh), anda boleh melakukannya pada hari tersebut. Errr kalau nak hantar bunga kat opis tu, hantar le ari Isnin eh. Bunga lily tau! Eh, siap order pulak hahahahah!! Aku sukeeee aku sukee lalalalalalalala.

Kalau nak bercerita pasal tahun 2008 ni, ntahlah. Tak adil kalau aku kata tahun ni tahun sedih aku padahal yang paling teruk sedihnya pun baru-baru ni je. Manakala prestasi bulan-bulan lain agak ok bagi aku. Tapi memang tahun ni tahun terpokai aku lah, ni sume gara-gara masuk rumah baru. Takpelah. Sekurang-kurangnya Allah bagi aku kesempatan untuk punya rumah sendiri dalam umur 28 tahun. Syukur..

Tahun ni juga banyak drama. Dalam hal-hal jodoh terutamanya. Heh. Ade sape-sape nak buat skrip ke? Boleh jual ni, tapi mebi tak berapa laku laa sebab semua kisah aku bukannya happy ending pon ahahahaha.

Aku harap, tahun depan tak mengecewakan. Dan kalau masa itu tiba, aku tau aku terpaksa mengecewakan, dan terkecewa juga. Tapi aku percaya, kita sama-sama maklum, mungkin ketika itu, ia adalah yang terbaik untuk kita. Ditakdirkan kita hanya bertemu, bukan untuk bersatu – mungkin *sigh*.

Sebelum menutup tirai 2008, terimalah persembahan sedara Penyubiru di Aquaria aritu. Selamat tahun baru, semua!
video

32 comments:

ad3ck said...

ha'ah samalah kita! till then see you. please dont mish me. ahahahahaa. err 4 jan 2009 buzzday yang ke berapa? ;p.

Masy said...

ad3ck,
ahahahah klu mish pong dendiam dah laa ahahahah!! haa lupe plk nk nulis, bday yg ke 29 sudah. tua sudah. adeh adeh haha

Rya said...

ni nak wish sebeday in edban kot2 tak sempat psl sy pun mau bercoteyy..yihaa!

Birthday Wish

It’s your birthday time again;
It’s true; there’s no denying,
Another year has come and gone;
You know that I’m not lying.

So for you, the birthday person,
Here’s what I want to say:
I hope this birthday’s the best one yet,
In every delightful way.

So happy birthday to you.
Have lots of birthday fun!
May your birthday wishes all come true,
Even if you have a ton.

By Karl Fuchs

kakLuna said...

wah rya siap ada sajak Fuchs(alamak camne nk pronounce ni)hehe

akak...akak cuma nk ucap, happy holiday dan kirim salam kat tapak sulaiman kalo jumpa kat mana2 la ye

Masy said...

rya,
tengkiu somac!! :)

kak luna,
sy try gak nk sebut tp nape rasa cam mencarot ni hahahah

oo tengkiu2 :)

Rya said...

akaka..
dah agak nama tu musti timbul spekulasi rambang punya, tu yang pilih poem dia tu. ekceli, sy pun tatau cane nak sebut..err, fcuk ke fush ke? wuteva pung, isi poem lg penting. kak masy! semat smart2 poem ittew d ati mu!

huh, panjang..

Mak Su said...

selamat hari jadi... didoakan yang baik2 saja buat Masy :)

selamat bercuti :)

Masy said...

rya,
ahahahaha apepon thanks eh :)

maksu,
in advanced ye.. mekasih bebanyak :)

en_me said...

hepi advanced birthday my dear masy masy ittewww.. don sengal sengal selalu k

RaFFLeSiA MeRaH said...

nak cuti dah kerr??

Masy said...

en_me,
mekasih ye.. aaaa hehehe kekadang sy akan sengal jugek.. maka bertabahlah! ehehhe

kak RM,
yup.. mulai esok :)

Anonymous said...

salam
beb, adatla berkawan ni kan...ko terlps tulis ke beb coz ko trus letak nama 'odah' tu...(musykil aku nih)
aku harap ko ttp brutal walau apapun yg jadik okes? aku doakan semua cita2, harapan dan impian tercapai. apa yg jd pd 2008 ni, anggap la sebagai 1 ujian dan pengalaman hidup. (aku x citer pon ko dah tau nyer laa...)

thn dpn ko dh 29 kan? ko jgnla pikir yg 29 tu tua beb..tu nombor jer..hati tetap mau muda (tp igt2 la mati tu :p)
aku doakan ko sukses sentiasa.

hana

hanisakura said...

Uhuhu..awlanyer besday..Hepi future besday..eheheh.. nak menjawab soalan sblmner..i xder blog..ehehe..x minat :p..bace blog minat la.

Lan Rambai said...

29 adalah tua bagi org yang berumur 15.. tapi bagi aku yang kurang sikit 40 ni... laaa... ko baru nak masuk 29?.. budak lagi rupanya hahaha.

zino said...

selamat bercuti... dan selamat hari lahir in advance... semuga panjang umur murah rezeki dan di pertemukan jodoh amin..

achik said...

selamat bercoti2..

jaga diri..

acik ila said...

hi masyyyy.. akak dah lama x jengok blog masy nie.. nie semua penangan games kat facebook lah.. ehh dah dekat dah b'day masy.. akak doakan moga masy panjang umur & dimurahkan rezeki..

wish u all the best ya dik.. :D

HappyIrfa said...

salam masy..
wah sakan cuti.semoga kembali berblog di tahun baru dgn ceria

azriey said...

selamat bercuti, selamat berkursus, selamat menyambut tahun baru Hijrah 1430 & Masehi 2009 & lastly happy birthday :)

Semoga ceria selalu...

noorlara said...

masy,
udah udah takde maknanye ngatakan tahun 2008 ni tahun yg menyedihkan kerana tentu telah ada peristiwa manis yg mengisi tahun bertuah ni, apapun hakak doakan tahun 2009 adalah tahun terbaik buat masy yeeee, meh syiom pp dia skettt...selamat berhujung menggu

blackpurple @ jowopinter said...

Happy birthday in advance. Nak hadiah apa? He he he!

Selamat Maal Hijrah 1430 juga...

arsaili said...

Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.

Abang Long said...

Bila semuanya sudah 'diluahkan', rasa lega tak ?

Yang penting tidak ada perasaan benci dan marah yang terpendam.

Sierrauniform said...

Salam maal hijrah
Selamat menyambut tahun baru 2009
Semoga rezeki kamu diperluaskan dan boleh lah belanja aku makan sedap2 kan...
Amin..

Ungku Nor said...

adiah?
alamak..akak dah bajet untuk bebudak ni nak masuk sekolah laaa..
selebihnya dah bajet untuk masuk poket ajaib akak..takleh nak kuar sesuka hati..nanti kena marah dengan doremon, ahakss.

kekdahnya tahun 2008 awak ni ada la tempias tahun 2008 Linda Onn sesikit eh?
lalalala ;p

kingbinjai said...

salam maal hijrah

kad0k. said...

selamat tahun baru sis..:)

fiezafadilla said...

selamat tahun baru... marik kita pandang ke depan yok...

Jard The Great said...

hepi birthday!!!! muahahaha...

Masy said...

mekasih sume.. letih nk balas sesatu.. cam malas lak hehe tp klu rajin kang baby balas ler eh? nk taip entry sat huhuh

Mr PenyuBiru said...

patutlah ku asyik tersedak jer masa coti² ari tu. cess!

Masy said...

penyu,
best tak? hahahahhaha