Monday, January 28, 2008

242: Aku Yang Kesian

Sian doh! Takdok tenet lagi. Dahlah aritu kene mawah dengan Mr. Sivaji (yeee hormon badan beliau memang tak berapa nak belen, lagi mau mengaku diri sendiri rasional - padahal emosional), pehtu kalau sok-sok tenet akan ade kat opis pon, komputer aku takde tenet gak. Memang dengki betoi laaaaa lelaki yang rendang berbuah tu. Isk~ Tapi takpe.. dia tak tau aku dah berkomplot dengan encik tukang pasang tenet tu. Haaaa.. tengoklah nanti *muka penuh dendam kesumat*
Sabtu aritu aku layan diri - nonton filim Cuci. Ya.. biasa aja, cumanya sebagai filim pertama encik Hans, aku rasa ok laa tu. Kira kalau dalam exam, aku bagi B+ (macam markah kesian je? hehe). Oleh kerana aku tengok cite tu sensorang, aku telah berjaya jugak memperabihkan duit aku untuk kete kecikku itu. Last-last melopong jelah tengok baju-bajuan yang tengah murah akibat CNY sale huhu.
Aku masih lagi batuk kokol. Kekadang tu sampai nak putus napas hahahaha. Ni sume gara-gara tak berpantang makan. Pantang sket je, tapi bila dah berkendak sangat tu bedal je jugak. Tapi aku memang jenis lambat sket nak baik kalau batuk, setakat batuk sebulan tak sembuh tu kira picisan jelah hehehe. Apapun aku tetap akan usaha jugak untuk membaikkan kebatukan ini (wah ayat tunggang langgang).
Korang ape cite?

Saturday, January 19, 2008

241: tak sihat!~

i love ma hometown, more n more everyday!~

Salam sume..!

Kan aku cakap aritu aku nak demam. Al kisahnya demam jugaklah aku walaupun tak serius, namun kedemaman itu memberi impak yang agak 'ngam-ho' pada aku. Malangnya walaupun demam, selera makan aku tidak terjejas - mengakibatkan berat aku langsung tak terusik heheheh~

Aku apdet blog ni kat Stabak MP, Melaka. Aku harap korang tak kisah kot.. aku jap ade jap takde cam beskot. Eh, ade orang kisah ke? *pasan fofular* Aku rindu gak nak lawat blog korang. Satgi aku lawat ek..

Korang percaya kan, kekadang bila kita berniat nak mengenakan orang, akhirnya diri kita pun boleh terkena gak. On the spot kalau Allah nak balas cash. Memang terasa betul bila orang memandang sepi akan ketidakupayaan aku untuk bekerja dengan harapan aku akan terus bekerja, tapi akhirnya sikap yang macam tu memakan diri sendiri. Nak baca ke cerita panjangnya?

Kisahnya hari Rabu aritu aku pun demam. Sehari sebelum tu pun aku dah bagitau pada orang yang berkenaan tentang keadaan aku nih (ayat skema sket takpe ek?). Sepatutnya aku ke Melaka hari Rabu sampai hari ni (sabtu) untuk urusan kerja. Tapi tulah.. orang tu macam tak yakin diri je nak buat keje tu tanpa makhluk sokongan yang kerdil seperti aku (baca dengan rasa merendah diri ok). Dan bila dia call aku pagi Rabu tu, langsung dia tak tanya aku sihat ke tak, terus dia suruh aku pegi opis amek barang. Kesian kan aku? *tangisan marhaenis* Maka aku dengan sayunya pergi jelah ke opis. Sesampai je aku kat sana, tetengok Mr. Sivaji dah ade kat opis. Dia pon soal siasatlah aku memandangkan semalamnya dia sudah ternampak aku tidor atas lantai kat opis ehehehehe.

Tak payah cakap banyak, dia dengar suara aku pun dia tau aku dah demam. So dia pon terus call orang tu dan mengeluarkan arahan berbunyik:

TAK PAYAH BAWAK MAS, DIA DEMAM.

Huahahahah serius aku rasa nak lumpat katak depan beliau tapi kang nampak cam sihat lak kan? So bila orang tu sampai kat opis, aku tengok sendirik muka dia yang macam mengharapkan aku akan kata "takpelah saya rasa bole pegi, demam sket je ni". Aiseyyyyy.. In you dream laa dey! Pastu dah beberapa minit dia tengok aku tak cakap pape yang memberi sinar harapan, di samping kata-kata Mr. Sivaji yang dok membeking aku (macam aku sakit teruk je), akhirnya orang tu pasrah je lah..

Mas rehatlah..

Kata beliau dengan lemau. Isk tak ikhlas langsong! Takpe... aku pun ade ayat tak ikhlas tapi bunyik cam caring untuk dibalas iaitu..

Sorilah kak ek.. sian akak..

Hahahahaha hipokrit betoi! Ok laa korang. Aku masih belum sihat sepenuhnya. Kahak masih bertakung dengan banyaknya kat rongga dada ni. Semoga aku cepat sembuh. Dan sepatah iklan dari pihak penaja..


SHOW ZOOM IN EXISTS:

TARIKH: 3 FEBRUARI 2008
HARI: AHAD
WAKTU: 9.00 MALAM
TEMPAT: RTM ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI


Sekian, wassalam.



yang benar,
Masy~ *ahahahaha*

Tuesday, January 15, 2008

240: Salam..


Salam sume. Dah lama aku tak datang sini ek? Sebenarnya opis baru tu masih belum ade tenet lagi, sungguh ketinggalan zaman dan kuno rasanya. Tapi takpelah, memandangkan sebelum tahun 2000 aku tak kisah pon kalau takde tenet, so aku mengaplikasikan perasaan dolu-dolu tu untuk memastikan kesihatan mindaku sentiasa menten dan terpantau.
Macam biasalah. Macam-macam peristiwa dah berlaku, tapi bila dah lama ni rasa basi plak nak cite kat korang. Cuma sekarang ni ada beberapa perkara yang bermain-main di fikiran baby. Mende biasa ja, tapi takut lama-lama sok jadik luarbiasa lak.
Untuk mereka yang sebaya, atau tua daripada aku dan masih single, rasanya korang lagi mudah nak paham kenapa aku cerita / dok pikir-pikir hal ni. Yeaaa... ape lagi kalau tak hal juduh-juduhan. Leceh kan nak pikir? Takleh ke aku let it go wif da flow[tron]. Memang malas nak pikir sangat, cuma bila aku didatangi oleh beberapa alternatif yang tak mampu aku nak konsider.. errr macamana nak cakap?
Senang cite camnilah. Bila dapat orang yang aku suka, aku takleh nak bersama dia. Atas sebab yang tertentulah. Bukan sebab aku sombong berlagak nak dengan VIP je (eh? heheh) tapi yelah.. bukan semua mende yang kita nak kita leh dapat kan.. Pastu bila ada plak orang yang suka kat aku, aku pulak takde ati. Dan juga adalah sebab-sebab tertentu yang menjadi alasan kenapa aku merejek mereka ini, pun juga bukan sebab aku sombong berlagak memilih nau tak tentu pasal. No no no noooo [don't phunk wif my hearttt].
So, ape yang aku dok terpikir tu? Memandangkan sekarang aku dah 28 tahun, aku ada sikit rasa bimbang kalau-kalau sampai satu masa, aku hilang pertimbangan - membuatkan aku terima je sape-sape sebab takot jadik andartu.. eh tak syok lak gelaran tu.. aaa andalusia. Buat masa sekarang, I let my heart do the 'selection' part, and my mind to judge my heart's choice. Wah berterabor cakap omputeh hehehe. Aku harap takde tekanan daripada famili aku - untuk terima sape-sape, dan takde laaa abang-abang aku yang meraconi pemikiran mak aku. So far alhamdulillah. Walaupun aku tau ada laaa sorang abang aku tu kata aku macam-macam (hehehe biar jelah dia) tapi as a person, aku percaya aku ada hak untuk memilih - bukanlah yang terbaik memandangkan aku pun bukannya elok sangat - tapi at least sesuai dengan aku. Dan yang penting, berupaya membuatkan dalam hati aku ada taman.. hahahaha.
Aku rasa nak demamlah. Pen-off.
# achik, thanks ekk utk adiah tu ;) apsal x ubuh bateri skalik? hihi~

Monday, January 07, 2008

239: Syukran Jazilan ya ustazah!

1st of all..



..untuk semua yang wish sama ada through sms, YM, email, Friendster, bersemuka dan bermacam-macam lagi cara. Dan untuk hadiah2 pun begitu juge, dan kekawan yang mengatur sesi makan-makan untuk aku - mekasih jugek.. sehingga hari ni masih ade lagi yang wish, dan ada hadiah yang otw, makan-makan otw dan sebagainya. Kalau tak silap aku, ada adiah atas meja kat opis pagi tadi tapi tak sempat nak tengok dari siapa sebab aku rushing nak ke opis lama ni hah - sebab tu dapat apdet ni hihihi.

Aku telah berjaya menghadiahkan diri sendiri dengan CD Exists yang latest tu hehehe *lompat bintang*.

Aku harap ada keajaiban. Tapi memang takde. Kendian baru teringat.. bukankah dia memang tak pernah ingat? *ketuk paler* dah laa..

Cite lain.

Sabtu lepas, ada orang salah nomo - tpon hp aku. It's ok, tapi bila dia nak kenal laa ape laaaaaaa... aku dah start terasa .. *angkat kening seblah*. Ok lagi kot, tapi bila cara-cara cakap tu cam meninggi diri, gua terus laa rasa blur beb! Mana tak blur, ayat paling best dia cakap..

"Sorry ye I cakap ni, I takde kawan dari golongan bawahan, kawan-kawan I sume VIP, sebab tu I rasa interested nak kawan dengan U"


Hek eleh.. ingat aku heran ke? Kalau aku cite sume yang dia cakap, aku rasa korang pon leh muntah darah secara marathon. OK laa... kalau betul dia tu Tengku kaaa anak orang kaya kaa, perlu ke nak show-off macam tu? Pastu bising lak bila orang himpit dia sebab duit. Ello enche', kalau enche' tak cite pasal duit enche' yang riban-riban dalam bank tu, orang bole tau ke? :p

"Betul kan.. orang nak kat I sebab duit I"
"Ntah"
"Betul.. kalau U anak Dato', mesti ramai orang nak, betul tak?"
"Mana saya tau, saya bukan anak Dato'.. apedaaaa"


Skill mengayat masih kurang lagi laa budak ni, kene berguru dulu dengan Salih Yaakob kaa (sebab dia kawen 3 ke 4? mesti terer mengayat hehe), Haji Datok Seri K kaaa... (eh?). Tapi dah takde peluanglah beliau nak polish skill tu dengan aku, kerana sayer telah menyenaraikan nombor2 beliau di bawah kategori 'reject list'. Mekasih henpon Samsungku kerana menyediakan perkhidmatan ini *peluk hp* Sapelah agaknye kawan aku yang sangat bertuah tu ye.. bagi nomo aku kat orang macam ni, gigit pinggang ko kang baru tau!

Cite lain lak.

Aku on diet lagi. Kali ni kene 'paksa' dengan amoi slimming centre itu, siap dah buat jadual dah. Aku akan rindukan minuman berkaffein kegemawanku dalam seminggu ni huhuhuhuhuhuh~

Eh, aku belum sarap lagi laa. Jom!~

Thursday, January 03, 2008

238: sebelum 28..

pic: credit to hannah.aviva


So, esok birthday aku yang ke 28. Fuh.. macam tak cayo dah tuo camni hah (pehal cakap Nogori ni??). Syukur pada Allah, sepanjang aku hidup 28 tahun ni, aku dikurniakan kesihatan yang kira ok berbanding orang kat spital, dan kesederhanaan dari pelbagai aspek (ceh). Aku tak mintak kaya raya atau sihat tak sakit-sakit, cuma aku mohon andai aku TERkaya atau TERsakit, aku takkan susahkan sapa-sapa, terlupa diri bla bla. Apsal lain macam je intonasi ayat aku ni? Isk isk isk~

Tak sure nak azam ape tahun ni. Ah.. tang kawen tu mana boleh nak diazam-azamkan, ye tak? Soal jodoh ni lebih kurang sama macam soal hidup mati. Boleh ke kita nak berazam mati bulan 3 ka.. bulan 10 ka.. tak bleh kan? Kalau sampai masa kita nak mati, maka kita akan tertanamlah kat mana-mana lubang di dunia ni. Macam tu jugak jodoh. Kalau ikotkan klotak aku zaman skolah dulu, aku aim nak kawen umor 21. Pergh.. gila awal bila aku kenangkan balik hahaha. Aku bukan gatal laaa beb, cumanya mak aku kawen masa umor 21. Hehehe. Bestlah dia ade orang nak :p (macam tak puas ati je dengan mak aku? heheh).

Misi aku tahun lepas kurang berjaya, tapi at least aku usahakan jugak. Mende kecik je. Aku belum dapat lagi nak khatam Quran dalam hujung tahun ni, tapi awal tahun aritu adalah. Tahun ni banyak sangat aku out station, bila cuti balik kampung pulak memang tak ngaji langsung – aku segan nak ngaji depan mak aku sebab dia ngaji best sangat huhu. Mungkin untuk korang hal mengaji ni kecik je, tapi untuk aku yang pemalas ni, inilah step paling besar pernah aku buat. Aku ni malas mengaji uit. Tahun-tahun sebelum ni memang kesian kat Quran aku tuh, kekadang je aku sentuh. Aku macam takut nak mengaji, ntah apsal tah. Tapi bila nak masuk tahun 2006 dulu, aku paksa gak supaya start balik baca Quran. Alhamdulillah, sekarang ni seboleh-boleh aku baca tiap-tiap hari. Doakanlah aku rajin terus sampai bila-bila ok. Sian mak aku dulu nangis-nangis sebab aku takmo ngaji huhu. Tu sebab aku kata aku ni jahat..

Nak cite mende lain lak. Hehehehe.

Korang mesti biasa alami mende yang tak masuk akal kan? Contohnya.. tetibe je ade orang baling selipar masa ko tengah cedok nasik ka.. apa kaa..(contoh je ni). Lately ade satu mende yang ala-ala tak masuk akal jugaklah dah berlaku... atau senang aku cakap, mula meresap dalam atmosfera kehidupan (mula dah ayat meraban). Macam ni citenye ye *ketuk-ketuk mic*

Aku ada sorang kawan namanya Ah Meng.. dia juga berkawan namanya Muthu.. kami berkawan baik sama sedarjah..Heee.. taklah. Ekcely aku kenal dia sebab dia penah praktikal kat opis aku last year. Atas sebab aku ketiadaan rakan sebaya dalam opis ni sejak Kintan berhenti, maka dengan kuasa veto aku telah merachoni pemikiran Mr. Sivaji supaya menghired beliau agar aku ade teman sepermainan hehe. Nak dekat setahun jugaklah aku dok sebut-sebut, akhirnya berjayalah beliau menempatkan diri kat opis aku. Eh, tapi bukan sebab aku laa.. sebab dia sukses dalam interbiu le kan.

Perkara tak masuk akal ni bermula bila aku diperkenalkan dengan member serumah dia. Of course laa pompuan. Laa lupe nak cakap, budak ni pompuan ye. Member dia ni – aku ubuh nama beliau Melur ye (sempena nama bakal anak lembu Acai hahaha) aku rasa cam semacam je. Memula tu aku tak perasan lak yang dak Melur ni camni. Cuma yang aku perasan, si Melur ni memang rajin betoi call member aku ni.. jap nak ubuh nama.. hah..konon-konon nama dia Melati lah ek? (nama samaran ala-ala nusantara gitu). Call bukan macam call biasa tau, kiranya dalam setengah jam tu, aku rasa ada laa dua tiga kali dia call, tak pun sms – cam kapel lak. Ah lantaklah dorang kan. Lagipun si Melur tu dah nak kawen pun, dan si Melati ni baru putus tunang. So aku anggap dorang ni pompuan stret la kan? Memang stret pon.

Apa yang tak masuk akal tu? Ha... camni.. bila aku kuar mana-mana dengan si Melati ni, si Melur mesti akan call lebih kerap lagi. Korang nak tau apa motif dia? Sebab dia nak buat aku rasa lonely (sebab Melati dok layan dia je, tak layan aku). Hoh?? Ingat aku pedulik ka? Mende ni bukan aku wat assumption sendirik, tapi si Melati tu yang cakap. Itu satu hal laa. Satu lagi, kalau katakan aku ada dekat-dekat dengan Melati time si Melur tu call, minah Melur ni soh Melati cakap ‘I Love You’ kekuat supaya aku dengar. Motif???

Dia nak Mas jeles.

*ikon terjojol bijik mata* Weh! Hang ingat aku tak kawen lagi sebab aku lesbokah? Aku tak taulah nak rasa marah ke, nak gelak ke. Macam bengong je? Setakat hari ni (esok tak tau lagi), aku belum ade selera lagi kat pompuan. Isk~

Mende-mende ni kekadang wat aku terpikir. Memang minah Melur tu macam tu ka? Atau dia rasa aku menggugat persahabatan dia dengan si Melati tu ka? Tapi aku takde le kuar sangat pon dengan Melati tu sebab biasenya dorang memang asik kulu kilir berdua je, dah macam laki bini je aku tengok. Sikit kang merajuk la, gaduh la, pukul-pukul la, hempas pintu la. Kompius plak aku nengokkan sex orientation dorang ni. Conflict identity? Aku pun tidaklah mengatakan dorang tu lesbo ke hape, cuma stail pembawakan dorang dalam hubungan persahabatan ni – siyes buat aku terpinga tertanya di dalam dilema. Bukan sebab aku ni suka menyebok ye, sebab sekarang ni tak pasal-pasal je aku terkena tempias karut innew.

Pehtu aku teringat samting. Lepas aku jumpa si Melur untuk pertama kalinya dulu, dia memberi pendapat peribadi beliau tentang aku pada si Melati tu. Dia kata aku ni ada personaliti yang boleh membuatkan orang lain cepat suka kat aku. Takkan pasal tu dia rasa aku ‘mengancam’ hubungan dorang? (kira aku ni mengancam la? hahah). Isk ngarut betoi laa...~



Hai laaa manusia, ingin ku laungkan ke lubang telingamu, terus ke gegendangmu, bahawasanya saya – rakyat Malaysia yang satu ini – tidak sekali-kali terfikir untuk bersuamikan seorang perempuan, ataupun menjadi ‘suami’ kepada sorang perempuan. Saya masih lagi berselera melihat wajah Faizal Husin, Fahrin Ahmad, Roy Azman, Zaefrul apetah tu yang berlakon cite Spa Q, dan kadang-kadang wajah Mustapha Maarof masa muda pun saya layan jugak.


Lantak doranglah, jangan raba aku sudahlah ek. Kira advancelah aku skarang, bukan pompuan risau aku amek bf dorang, tapi pompuan risau aku amek.. errr... errr... bf jugek, tapi Best Friend laa kot?

Apa-apa ajelah~