Thursday, February 28, 2008

247: Rehat Jap~




Aaaa susah laa plak nak letak gambo, nanti aku try ubuh sume dalam fotopages ek. Skang ni tenet wat hal lak, rasa nak lempang laju² je pihak yang terbabit tu. Memain ek dengan perasaan aku. Lemau tau.

Ade sebatang jari kaki aku ni sakit nau rasanya. Nak kata patah, bole je gerak-gerak. Tapi sakit woo.. sangat menyeksa bila aku pakai kasut huhu. Rasanya aku kot yang silap pertimbangan aritu, konon nak patahkan kasik bunyik, gaknye terseliuh terus. Sungguh comel melihat sebatang jari itu tembam di sebalik jemari kaki lain yang kurus sket daripada beliau hehe.

Rasa nak nyanyi. Meh nyanyi berjemaah.

Dalam lembah yang gelita
Tak nampak wajah
Apatah nak ku melangkah
Merangkak pun payah
Percik api menyala
Bagai satu petanda
Jauh mana kan aku damba

Dalam jiwa yang cedera
Tak nampak cinta
Apatah nak ku gembira
Tersenyum pun paksa
Bibit kasihmu dinda
Susah mana pun aku
Akan menyusurinya
Oh...

Airmata ku tahan
Mengalir lesu dalam kalbu
Dingin lalu membeku
Menjadi bukti luhur niatku

Dalam hidup yang gelora
Tak nampak dosa
Apatah nak bercinta
Merindu pun dera

Kerdip sinar di mata
Bagai satu petanda
Sukar mana kan aku puja
Oh...

Hanya kepadamu
Tinggal harapan kasih
Buat diri ini
Kembali berasmara

Oh...
Menjadi bukti luhur niatku
Oh...
Menjadi bukti luhur niatku

Fiq - Bukti


Thursday, February 21, 2008

246: sambung cite Medan

malaslah nak cite lelebih, cam tade mood lak. kite layan gambar, sambil tu aku cite sketlah ek? hehehe. satu lagi, sila ignore date kat gambar ek, aku lupe nak tukau setting ahahahah~


jutawan baru, tengah pening mengira harta berjuta-juta


1st hotel di hari pertama, kire ok la.. hotel takde aircond sbb tempat ni dah sedia sejuk


posing jap b4 jalan-jalan kat pekan.. ape ek nama pekan tu tah. belakang tu Danau Toba


Danau Toba daripada pandangan mata burung hud-hud


2nd day, kat Pulau Samosir. Ni kat perkampungan Batak, sume orang memandang Minnie dengan penuh selera wakakakakkakaka~


malas nak suruh orang snapkan, aku snap je sendirik. ehehehe


depan Muzium Batak. aku, Minnie dan Kak Ina (from other group)


ni rombongan makcik² kayo, tapi dari Indonesia jugek. dorang baru lepas menari tuh


ni namanya pokok Avocado yaa anak-anak. tingin nak petik tapi tak tau sape punye pokok



next station, Simarjarunjung. sape tingin nak try Bandrek (teh halia yang pedassss amat), bole la test. perut aku pening, kaber-kaber je rasa nak muntah tu huhu


Air Terjun Sipisopiso. Wow!!


sejuk doh kat sini. aku pakai sweater satu ari suntuk tak bukak-bukak. aku, Dyana dan Kak Ju


2nd hotel, Grand Mutiara. yeayy!! bilik beso, jamban beso, aku sukee (^_^)v pun takde aircond sebab sejuk laa... bukan sebab hotel ni miskin



end of 1st and 2nd day. esok-esok aku sambung lagi heheh~

Tuesday, February 19, 2008

245: Horas!!

tensen ade sebab ni tau


Horas!! *sambil kibar kain 3 kali*. Semalam aku cuti laa.. untuk menjana kembali kekuatan dan tenaga yang lupus akibat kepergianku ke Medan aritu. Syoknye coti... sampai rasa nak sambung lagi je hahahahaha.

Korang jangan ingat sume best je gi Medan ni. Aku nyaris-nyaris tak jadik pergi sebab pasport aku tak cukup 6 bulan. Ala.. kan ke kalau nak gi travel kene pastikan pasport tu ada nyawa at least 6 bulan sebelum expired. Muka aku dah pancit dah (tak caye tanye Minnie ahahaha). Kan Malaysia buleh laa dorang lepaskan, tapi dorang dah warning awal², kalau kat Indon kene tangkap, pandai² arrr... huwaaa huwaaaa!!~

Tapi kat sane bukan kene tangkap neng, tapi kene paw. Ku pikir stakat RM20- Rm30 apedehal kan, tapi dorang skang pon dah bijak sifir. Abeh RM100 aku kene paw. Brengsek. Tapi mengenangkan adalah lebih sadis jika aku dihantar pulang, maka pejam mata jelah *sambil airmata mengalir lesu dalam hati* huhuhuhuuh~

Gambar banyak la.. Tapi aku banyak posing kat kamera orang je. Memang tak brape nak ada mood mau posing kat kamera sendiri. Brengsek! Pasal RM100 je boleh effect mood posing aku ek, mood makan tak pulak effect pape. Yang penting, akibat shot RM100 tu, maka sesi soping-soping aku pon tergendala laa jugak. Bukan tak soping langsung la, tapi subinier untuk abang-abang aku memang tak dapatlah nak beli (konon nak bagi yang spesel sket, last² abok pon tarak! korang pegilah sendirik ek).

lambat sket laa mau epy, tapi lawan beb! mesti epy gak! hohohohoh~

Grup aku ade pat orang je pun, tapi sepanjang tour ada satu lagi grup yang saing skalik. Ironinya, grup satu lagi tu orang Melaka (eh ni tak brape nak ironi laaa), dan 3 orang tu adek bradik. Ok, the truth ironinya adalah, ada sorang adik dorang tu (tak join laa ini trip) ialah schoolmate aku, siap kelas sebelah-sebelah lagik. Hah, sebesar-besar dunia ni boleh plak terjumpa ye. Heheheheh :D

Aku dah tak tau nak cite ape. Nantilah aku pikir. Kalau dah ingat, sok-sok aku apdet lagi pasal ni sumer wokeh!~

Monday, February 11, 2008

244: Seronoknye akaun Nuri, saye mesti pileeehh!!~

Bestnye coti! Tapi tulah, ape ertinye syok kalau tak amek gambar, ye tak? Aku laa tu, malas nak bawak balik kamera. Malas malas malas!~

Pagi khamis yang indah, mak dah call soh balik lekas. Katanya Angah dah nak gerak dah, nak bakar sate. APA?? SATE??? Aku pon cepat laa siap (macam cepat, takde laa cepat pon). Sampai umah dalam pukul 11.40 pagi. Huh, sorang pon tak sampai lagi. Dah nak gerak kunun, cet! Sementara nunggu, aku pon siapkanlah bara untuk sesi pemanggangan. Sikit lagi bara nak tukau jadi abu, mereka pun tiba, saing plak dengan abang aku yang last tu. Maka memangganglah akan mereka sate-sate itu. Sate, dadih dan buah tembikai habis sepantas kilat impak maksima. Arghh tipu.. tipu. Sate bertahan sampai malam. Rasa macam kedai plak.

Tetiap ari ada je agenda makan-makan. Aku amek gak sikit-sikit, tapi yelah. Sikit-sikit lelama jadik bukit gak kan. Ada gaklah anak buah aku ni tegor, aik.. sikit je Busu? diet ka?. Aku senyum je, macam diet la.. tapi kang kalau sedap, tambah lagik. Hehe.

Semalam bawak mak dan anak-anak buah aku gi PD. Aku tak angkut sume laa.. mana muat kete kecit tu. Dorang jelah mandi mande, aku tengok je. Takat mandi kolam, malas aku. Nak gi mandi laut takot bertambah lak tona warna kulit aku nih. Huhu~

*****

Balik kali ni, teruk betoi aku dirachon oleh abang-abangku supaye menukau kete. Eleh.. yang sorang tu bukan ape, dia nak beli kete aku laaa.. nak bagi wife dia. Apsal lak nak amek kete aku? Keji tau!~

saje laa tu.. orang baru tukau tinted kete
ala ape susah, kete baru sok mintak laa kat salesman tu
.......
camnilah.. kalau ko sayang sangat kete ko tu, pekata ko belikan kete baru untuk Kak Nana, jimat duit orang. Gelak jahat.
itu bunyiknye macam orang sayang sangat kat Kak Nana plak. Motiffff??
Akak ipau aku dah gelak. takde motifff...!

Daripada belikan orang, baik aku beli untuk diri sendirik. Sengal :p

Khamis ni aku nak gi Medan. Nak pesan? Apa? Tak dengarlah *tutup mata, telinga dan sume pancaindera*. Ok takde ek, terima kasih :D Doakan keselamatan guwe di perantauan ya!~

Monday, February 04, 2008

243: Dah ade tenet!

[aku upload entry yang dah lama aku taip. korang jangan muntah plak hahahha]


Perit mataku memandang pintu yang terkunci. Sedangkan angin yang bertiup dari tingkap ini langsung tidak aku peduli.


Aku rasa ramai antara kita yang kadangkala akan jadi macam ni. Terlalu fokus pada sesuatu yang kita tidak miliki, sedangkan apa yang kita miliki sebenarnya lebih dari itu. Asyik memikirkan tentang kurangnya pendapatan, tiada harta sendiri, kurang masa bersukaria, tidak pernah melakukan itu ini kerana kekangan dan tuntutan kerja, takde boipren (hehehe). Sampaikan aku sendiri pun selalu terlupa, walaupun pendapatan itu tidaklah bertimbun, sekurang-kurangnya aku ada pendapatan. Tiada harta, tapi jalan untuk mendapatkannya insyaallah ada. Masa bersukaria? Heh… kadang-kadang tu terlebih. Boipren? Alaa... boipren2 angkat kan ade hahahaha (amboih!! takde maknenye :p)

Kenapa kita selalu memuramkan diri atas sesuatu yang bukan hak kita, padahal ramai orang yang berangan hendak berada di tempat kita. Ermm.. tak bersyukur.. terlupa?


Salah siapa atau apa yang mengakibatkanmu semakin menjauh? Andai aku punca onarnya, sampaikanlah rasa terkilanmu…


Dalam suratkhabar Kosmo! aritu, ada disebutkan tentang sisi positif rasa bimbang. Kau ada rasa bimbang, dan kau gusar rasa itu menjadikan kamu manusia pasif? Rilekslah :) Orang yang sederhana gembira boleh mencapai kejayaan dan panjang umur berbanding mereka yang terlalu gembira. Bukan aku yang kata, tapi Dr. Ed Diener dari University of Illinois yang cakap macam tu. Pegi tanya dia. Pendapat aku pula – yaa correct correct correct, kalau terlalu pasif pun boleh pendek umur ;)

Yang penting, dalam hidup ini biarlah bersederhana. Islam pun menuntut umatnya agar bersederhana. Bak kata orang-orang tua, “suka-suka membawa duka”. Eh, relevan ke? :D


Di meja ini kita pernah bersenda. Aku berjenaka dan kau tertawa ria. Hari ini di meja yang sama, mengapa kau diam saja? Puaka manakah yang menyumpah kawasan ini hingga kau sebisu itu?


Orang selalu berkata, segala-galanya terpulang pada pilihan sendiri. Tapi bagaimana kalau kamu tak mampu membuat sebarang pilihan. Kerana memang tiada pilihan. Kerana yang hendak dipilih memang tidak boleh dipilih. Kalau saja kamu membuat sebarang pilihan – mana-mana pilihan, ia akan menyembamkan kamu ke lembah natijah yang pasti tak mampu kamu tanggung. Kamu sanggup?

Aku masih belum sanggup.


Benci sungguhkah kau padaku? Sehinggakan wajahku kau kerling sekadar sahaja. Nampakkah kau luka yang berdarah di tanganku?


Biasalah, masa bercinta, masa tengah suka, semua nampak penting dan perlu. Kuku yang dipotong sompek pun akan ditegur, apatah lagi kalau sakit pening. Saat perasaan semakin surut, perhatian juga semakin menyusut. Yang sompek dulu, sekarang nampak biasa saja. Peduli apa? Sakit pening? Pandai-pandailah. Memandang pun kalau boleh tidak mahu, apatah lagi hendak berlama-lama. Ah... balik rumah tidur lagi best!~

Sekecil-kecil benda yang remeh akan jadi semantik dengan nyawa – itu kalau ada cinta. Kalau bosan yang lebih menebal, arghhh... apa? Kau mau mati? Silakan, jalan terus, belok kiri, lot yang kanan sekali tu memang lubang kubur khas untukmu, sayang. Semoga tenang di sana, sila jangan ganggu aku lagi.

Hehehe.. aku pun pernah macam ni.. :) (pernah kena ke atau mengena?)


“Jumpa lagi” kataku dan disambut senyum tawarmu. ”Andai kamu sudi bertemu lagi” aku bersuara lagi, kali ini aku terus pergi – enggan menyaksikan reaksimu. Cukuplah..


Bila tiba masa untuk berpisah, perlukah kamu lakukan dengan cara paling kejam? Sedangkan hati yang bakal kamu lukai itu adalah hati milik insan yang pernah kamu sayangi – amat kamu sayangi. Atau memang sengaja kamu lakukan begitu, kerana mahu dia membenci, memudahkan dia melupakanmu? Tahukah bahawa hati yang mencintai, walau sejuta ilham dan tindakan kamu lakukan, ia hanya mampu menyedihkan tapi tidak mampu menghapus cinta itu.

Berpisah sudah cukup menyakitkan. Perlukah kata dan perlakuan yang membunuh perasaannya diteruskan? Tidaklah sampai hendak menunjukkan rasa kasihan, sekurang-kurangnya fikirlah..

Dalam satu ruang masa akan datang, kamu dan dia pasti akan bertemu lagi. Relakah kamu berhadapan dengan kebencian dan dendamnya?


Duduk depanku. Tangannya erat memegang sekuntum bunga. Hatiku rasa mekar, adakah itu untukku?
”Bunga ini untuk dia. Apa pendapat kau?”
Layu....


Aku tabik orang yang mampu berhadapan dengan cinta lamanya – selamba. Maksud aku, berhadapan, bereaksi biasa seolah rasa dulu tak pernah wujud. Padahal pada orang itu kan kamu pernah menabur janji, memohon dia memberi peluang dan akhirnya setelah bersawang, berkarat dan berkulat dia menunggu, kamu cuma berkata “tak jadiklah”. Heh. Cambestlah, rasa macam nak buat lagi je kan kan~

Senyum di depan, tak bererti yang lalu telah dilupakan. Takkanlah parut yang tertinggal hanya kekal sebagai bekas luka, pasti kesakitannya dulu juga masih lagi memeritkan. Agaknyalah.

Mungkin dulu aku pun pernah buat orang macam tu kot? Dulu laaa.. dulu.. paham tak? :p


Tanpamu juga aku mampu bahagia, walau mungkin tidak sebahagia waktu kamu ada bersamaku. Jika kamu bisa saja bergembira tanpaku,mengapa tidak aku?


Tanpa kita sedari, sebenarnya kegembiraan dan ‘mood’ kita sehari-hari sedikit sebanyak dipengaruhi oleh orang di sekeliling. Kalau tak kamu, rasanya aku macam tu kot. Adakah itu disebut sensitif, atau memang lumrah? Tidaklah 100% bergantung kepada mereka, cuma kadang-kadang.

Tidak adillah aku pada diri sendiri kalau aku terlalu memikirkan atau mempedulikan tindakan orang di sekeliling. Dan tak patut juga kalau aku langsung buat tak tahu. 50% mungkin (nampak tu siap bold lagi hehe) akan memberi impak, manakala 50% lagi terpulang pada aku untuk bereaksi terhadap impak tersebut. Sama ada hendak beremosi atau meng’kayu’kan diri.

Pagi yang gelap itu dah terang, aku adikmu dan engkau abang :D