Monday, March 31, 2008

256: Sebenarnya..


Ingat entry lepas, aku ada bagitau yang mak aku suruh balik? Sebenarnya sebab nenek aku dah nazak (mak kata 'macam orang nazak'), dan akak ipar aku yang kat rumah tu pun sakit jugak. Tujuan mak suruh aku balik adalah untuk tolong dia jaga kedua-dua orang sakit tu. Tapi macam yang aku bagitau jugak, aku pun tak sihat. Kesan ubat selsema dan batuk yang mengakibatkan kepala aku weng-weng atau dalam bahasa mudahnya 'kepala takde isik dan kurang daya fokus' memustahilkan aku untuk memandu pulang - sorang pulak tu. Walau bagaimanapun, rasa bersalah yang menyelubungi aku membuatkan aku rasa sangat tak best. Telefon mak - 3 kali tak berjawab. Sangat takot.

Esoknya aku cuba telefon lagi. 2 kali - pun tak berjawab. Aku dah mula sedih laa ni, ntah-ntah mak ingat aku saje² tak nak balik. Lalu seperti biasa dalam hal ni, pada sape lagi aku nak mengadu kalau bukan abang sendirik? (sibbaik ada YM, kalau tak takde maknenye aku nak telefon dia semata² nak mengadu).

Masy Abdullah: org tpon mak dr smlm x angkat
Masy Abdullah: adekah beliau merajok???
Masy Abdullah:
az*an abdullah: iye ke?
az*an abdullah: call la lagi nanti..
Masy Abdullah: baru jap ni call pun x angkat
Masy Abdullah: huhu~
Masy Abdullah: xpe nanti org call dak along
Lupa pulak Along ada telefon. Sibbaik dapat jugak cakap dengan mak aku. Aku dah macam nak nangis dah bercakap dengan dia. Well.. korang pun faham kot apa perasaannya kalau mak sendiri merajuk? Tapi sebenarnya mak aku tak merajuk pun. Dia tak jawab sebab tak perasan aku ada call (lagipun baru je nak berjinak² dengan henpon hehe).

Tengahari tu, Abang Chik call - bagitau yang nenek meninggal. Aku tahu tentulah aku kena balik jugak, terpaksalah aku mintak izin Mr. Sivaji untuk angkut si Melur buat escort - just in case tetibe aku rasa nak terpengsan ke masa drive. Tapi sibbaik juga Angah call, ajak balik sama.

Sampai kat rumah, dah selamat dimandikan pun. Lebih kurang pukul 6 petang jugak baru dikebumikan. Sedih? Ada sikit... rasa sedih, sebabnya aku rasa dalam 3 - 4 tahun ni, ada sesetengah benda yang aku buat @ cakap tu - menyakitkan hati nenek aku dan tentu-tentunya aku tak terucap kata maaf pada dia kecuali hari raya. Cumanya aku harap setiap kali aku suapkan dia makanan, basuhkan kain baju dia yang terkena kencing, tukarkan lampin, dalam setiap duit belanja bulanan yang tak culas aku hulurkan untuk dia - hati dia akan sentiasa memaafkan aku. Aku juga dapat tahu daripada mak, dia ada wasiatkan barang kemas dia - entahlah rantai, gelang ke cincin aku pun tak ambil tau - sebab ada satu benda yang aku buat untuk dia dulu - yang dia kenang sampai mati. Aku rasa teruknya diri aku, sebab rasanya belum pernah aku belikan dia apa-apa untuk budi dia menjaga aku masa kecil, masa mak abah pergi haji dan .... bila-bila jelah.


*sigh* Serius, aku rasa aku sangat jahat. Apapun, alfatihah untuk arwah - Hjh. Che' Mah bt Md. Deros~

Wednesday, March 26, 2008

255: weng-weng~


Aku masih lagi tak sihat. Isnin lepas, aku gi laa amek MC walaupun sebenarnya taklah teruk sangat kot? Dahtu Anne kata bole je amek MC (eh, Anne tu bos aku ke? bwahahahaha). Dah dapat MC, bukan nak balik rumah terus. Aku shoot pegi Muzium Shah Alam. Hahahahaa giler giler. Konon² nak masuk sesorang laaa.. tekad laaa kan kan. Sampai kat depan pintu muzium tu, tak jadik masuk plak. Rasa spooky n creepylah itu muzium. Apetah lagi pepagi buta tu mana ada orang lain yang teringin nak gi muzium - gaknye aku sorang je orang Malaysia dalam negara ni yang pegi muzium pepagi (selain orang yang keje muzium laa). Maka niat pun dibatalkan, dan baliklah aku ke rumah setelah membeli sedikit makanan untuk camping dalam rumah. Ubat selsema itu.. isk isk isk... memang buat aku tido sampai petang. Malam pun tido awal - pasal ubat tu laaa..

Semalam keje. Makan ubat jugak, tapi tak tido. Sudahnya kepala aku weng-weng seharian. Rasa cam gula kapas je terapung di udara (eh gula kapas leh terapung ke?). Kejap kang panas, jap sejuk badan aku ni. Maka untuk menceriakan diri sendiri di samping memang ada hal, aku pun berchatting laa dengan abang aku. Saje laa paste sket kat sini.

az*an abdullah: org khamis ni ada interbiu kat singapore...jgn marah..
az*an abdullah: (tepuk tangan)
Masy Abdullah: ewahwahwahwah
az*an abdullah: (happy)
Masy Abdullah: tu dubai tu ape cite
az*an abdullah: (happy)
Masy Abdullah: eh dumai ke dubai?
Masy Abdullah: :p
az*an abdullah: yg singapore ni rasanya untuk dumai la..
az*an abdullah: hq kat s'pore..
az*an abdullah: ada ofis kat kl..
az*an abdullah: ada projet kat dumai..
Masy Abdullah: dumai indon kan
Masy Abdullah: weh dumai ke dubai
az*an abdullah: dubai la..
az*an abdullah: mangkuk betul..
Masy Abdullah: (giggle)

Suka-suka ati sedara dia je panggil aku mangkuk. Padahal dia pun mangkuk gak, kejap Dumai kejap Dubai. Hahahaha~ Sibbaik abang aku

Malam esok, ada Tn Guru Nik Aziz kat Masjid Shah Alam. Jumaat pulak beliau akan beri khutbah masa solat Jumaat. Sape² yang sudi, moh le kite mengimarahkan masjid.


#mak call tadi soh aku balik, umah Melaka huru hara plak skang. tapi kalau aku balik, macam menambahkan huru hara je sbb aku pun x sihat. adehhh pening paler aku

Monday, March 24, 2008

254: Sian!


Jumaat lepas. Aku bercadang nak lepak je kat umah malam tu. Serius punya cadangan ni. Memandangkan malam Malidurasul aritu aku dah kuar dengan orang-orang yang sama. Lagipun Jumaat aritu cerita best-best kat TV, lagi laaa aku malas nak kuar.

Tapi ada laaa antara dorang tu yang siap ugut-ugut nak putus kawan laa ape la. Aku serius takmo kuar ni ingat aku main-main ka? Aku tau tujuan dia ajak aku kuar tu. Sebab ala-ala nak mempergunakan aku. Bila aku kuar, ada laa orang yang sudi jadi driver - itu EKK (sila rujuk entry sebelum-sebelum ni kalau tak paham). Aku tak suka sebenarnya. Sebab 1st. aku kalau boleh nak mengurangkan jumlah pengeluaran aku dengan itu budak, yelah kan dah laa aku takmo menerima chenta muda beliau, lagi mau kuar selalu ka? Sesekali bole arr. Nanti kang dia ingat aku nak kasik can pulak. 2nd - aku memang takmo kuar laaaaaa. Bila aku dah cakap melebihi 3 kali aku takmo kuar tu, maknanya.. I really mean it laa baby. Susah sangat ka mau paham aku?

Tapi akhirnya aku kuar la jugak, tapi aku kata kuar makan je. Pastu aku nak balik. Tapi ini budak-budak kata nak pegi men bowling plak. Degil tahap keldai betul. Aku kata lagi - nak pegi mana pon pegi laa, tapi antar aku balik. Dah.... memasing takde mood pulak. Kalau korang kat tempat aku ape mau kata? Pastu aku bagi pilihan: aku memang tak sudi nak men bowling. Kalau tengok wayang tahan le lagi. Andaikata berdegil gak nak men bowling, dipersilakan anta aku (aik macam takde pilihan gak je? ahahahaha). Last-last setujulah mereka nak gi tengok wayang.

Elok je sampai kat simpang, eh eh kete ni nak gi mana plak? DORANG NAK JUGAK MEN BOWLING!!!! Geram betoi aku ni. Tapi dah 3 lawan 1, apelah daya aku. Walau bagaimanapun, oleh kerana dari awal tadi aku kata aku takmo men, maka memang takde sape leh paksa aku men. Ko tergolek laaa kat lane bowling tu pon aku tak peduli. Dorang beratur kat cashier bowling tu, aku selamba je kata nak jumpe member kat bawah. Sibbaik Minnie ade lagi kat kedai. Maka aku pun melepak laa kat kedai dia sambil mencurah rasa. Bak kata Minnie - rugi aku tak bawak kamera, kalau tak bole amek gambar muka ko skang ni. Wooo gelakkan aku Elok je aku rasa dah nak reda rasa marah tu, dapat plak sms daripada dorang - pasni nak sambung tengok wayang plak. Woiiiii!!! Melampau betul laaaaaaaaaaaaa

Bengang tak tau nak cakap. Aku ni dah laa rasa-rasa cam nak selsema, angkut aku sana sini. Gua tengah takde mood nak ronggeng² ni! Tapi macam aku cakap tadi, 3 lawan 1, aku nak kata ape? Ikut jelah. Tapi idak le pulak aku tunjukkan muka aku yang bengang neh, ntah le apsal boleh pulak aku bersabau je. Sabau pun.. bila ada peluang aku perli balik. Huh!~ Last-last sampai umah dalam pukul 4 pagi. Isk!!!!

Esoknya aku bercadang nak pegi Muzium Shah Alam. Ada pameran apetah. Ye, aku memang suka pegi muzium, tapi bukan selalu dapat pegi (sebab sape yang nak layan pun?). Aku pun ajaklah yang 2 orang ini sajork. Apa kata beliau bila aku cakap nak gi muzium? Buat muka pulak. Takmo gi la tu. Aku pun kata.. kalau orang ajak macam² ek, malam tadi angkut orang kuar sampai pukul 4 orang tak kata ape pun. Dan biasalah.. bila sampai pada kehendak aku tu, kene postponelah. Aku sangat sedih ok. <-- memang bergenang pun airmata aku time makan tuh. Mengalah lagi. Takpelah, nanti aku pegi je sorang. Bukan mati pun pegi sorang. Untuk mengelakkan aku lagi, maka aku takkan ajak sape-sape lagi dah, senang cite.

Aku bukanlah manusia emosional, at least aku pikir aku orang macam tulah. Tapi selepas anda membaca cerita aku kat atas ni, boleh paham tak kenapa aku sedih macam ni? Tak teruk sangat pun sedihnya, tapi tetaplah ada rasa. So, adakah aku yang salah kalau sesekali aku suka pegi berjalan sorang-sorang? At least aku dapat buat apa yang aku suka, bukan buat apa yang orang lain suka.

Dan Ahad aku demam, arinie pun aku demam.

Wednesday, March 19, 2008

253: Tacing laa plak~


Baru-baru ni, aku dan sorang member diajukan soklan tentang tacing oleh Encik Kes Kedua (yang akan disebut sebagai EKK - sekiranya ada - dalam perenggan seterusnya - wah dah macam klaus dalam agreement lak). Apakah perkara yang akan membuatkan pompuan tacing dengan tindakan lelaki. Ala.. ni kes nak beli jiwa laa ni

Untuk aku, mende-mende nak mentacingkan (ampun encik DBP) pompuan ni sepatutnya berlaku secara natural, bukan dirancang. Nak rancang pun boleh je senornya, tapi kalau tak kena gaya, silap-silap kene gelak pulak. Dan benda yang spontan biasanya lebih kuat sengatannya dalam hati, ada paham encik-encik sekelian? Jadi, hal ni merupakan satu bonus untuk lelaki yang muka-ganas-tapi-dalam-hati-ada-taman. Kenapa? Ok ni hanya pendapat aku je ye, tak semestinya mewakili semua makhluk bernama perempuan. Sebabnya, untuk akulah, aku tak berapa gemar sangat lelaki yang romantik 80 harakat ni, lemau aku. Better dalam perbuatan, ada niat untuk tunjukkan rasa caring dengan ikhlas. Camno tu? Pikir sendiri laa.. aku bukannya lelaki, aku hanyalah perempuan yang menerima kecaringan dan keikhlasan yang ditaburkan secara rawak itu huahahahaha

Bila EKK tanya gitu, aku pon menggali laaa kenangan lama-lama zaman hot aku dulu (sekarang suam-suam je hihi). Ada banyak jugak yang Encik Kenangan Lalu (lepas ni EKL ye) buat tu memang membuatkan aku tertacing seraya berkata what a man *kelip-kelip mata tanda terharu*. Saje laa aku nak cerita kat sini sebagai contoh kejadian dan panduan bagi lelaki-lelaki di luar sana yang mencari modal mentacingkan awek. AMARAN : Contoh yang aku bagi ni ialah samting yang korang takleh nak rancang, jadi sila pikir di luar kotak macamana nak aplikasikan inti kejadian ke dalam kes korang nanti ye.

1. Sebelum EKL dan aku beralih ke peringkat yang serius, kita kawanlah dulu, betoi dak adik-adik? Ok-ok stret ke ceritanyalah.

Satu malam, kami - kekawan seopis bercadang nak menghadiri tahlil arwah nenek salah sorang daripada kami. Dan perjalanan nak ke rumah dia tu berakhir dengan semua orang salah jalan - sesat laa senang cakap. Oleh kerana esok kerja, dan masa tu pun dah lewat, maka kitorang pun membuat keputusan untuk balik jelah. EKL balik Segambut, aku tumpang kereta member yang nak balik ke Klang. Yang syioknye, aku dan geng ni sesat larat ntah ke mana tah, tau-tau dah kat area Kelana Jaya. Masa tu aku memanglah tak reti jalan-jalan ni sume (even skarang pun masih blaja lagi - tapi skarang jauh lebih berani dari dulu), dalam kata nak rileks, jauh nun di sudut ati baby, baby amatlah risau okeh. Tapi takleh laa tunjuk takut, nanti member aku ni lagi takut hehe.

Makin lama makin sesat. Dan hati aku makin tak keruan dan ketahuan. Tetiba je henpon murah aku menggeletar - eh, bergetar, vibrate aaaa.. Tanda kemasukan SMS. Aku pun baca.

syg, dah smpi umah ke?

Ko agak ape aku rasa? Lega yaaaaang amat!! Dalam keadaan tu aku memang perlukan seseorang untuk meluahkan kerisauan, dan EKL macam tetau plak aku tengah ilang akal nih. Siyes rasa nak nanges masa tu (ehek, cembeng!!). Maka kesempatan pun diambil untuk mengadu domba, menceritakan kegundahgulanaan dan bla bla. Dia pun terus-terusan berSMS dengan aku sampailah aku tiba di rumah, solat Isyak dan tidor. Lapang ati rasanya, dan dapat tidor dengan nyenyak bagai dinyanyikan oleh Exists (eh, bole tido ke kalau Exists nyanyi hehe)

See? SMS je, bukan susah pun

2. EKL dan aku dah ke stage seterusnya.

Pagi. Masa bersiap nak ke opis, aku dah rasa tak sedap badan. Nak demamkah? Ntah. Tapi aku balun je jugak gi opis. Sampai je opis, aku terus baring kat sofa. Tutup mata, layan laa tido sat. Tak lama lepas tu, EKL pun tiba. Pastu aku dengar dia kata, aikk pagi-pagi dah tido kat depan ni? Aku senyap je malas nak layan, layan mata lagi best hihi. Then member aku ni tolong jawab, dia tak sihat. Demam ke wak? Aku mendongak pandang dia, haaa.. Aik gile serak sore aku. Pagi tadi ok je. Lantaklah.

Pastu senyap je. Tak dengar pulak bunyik kasut dia naik ke tingkat atas ke, gi toilet belakang ke. Aik, mamat ni gi mana pulak (sempat lagi berpikir tu hehe). Sambil layan mata, aku rasa macam ada orang dekaaaaaat je dengan aku ni? Bukak mata aa jap.

... dan aku nampak dia sebaik saje bukak mata. Tengah duduk kat kusi yang ditarik menghadap aku. Dan menunduk merenung. Dan aku nampak kerisauan, dan kesian, dan macam-macam lagi. Hehe, aku suka demam secara tiba-tiba heheheheheheh

Macam biasa, aku yang degil yang amat ni memang takmo gi klinik bila diajak. Takpelah, itu bukan moral of the story. Apa yang tacingnya? Memang dia tak buat apa pun, dia cuma pandang aku je. Tapi itu pun dah buat aku tacing. Itu namanya pandangan kaseh syayang dalam versi mute kalau adek-adek tak paham. Kecaringan dalam senyap, yang bukan plastik.

See? Pandang je, bukan susah pun

Sekali lagi. Ini contoh aje, jangan plak ade yang ngade-ngade nak soh awek yang demam kuar jumpe korang semata-nak nak tunjuk caring, atau upah member gi bawak awek ronda-ronda sampai sesat. Tu namanya cari nahas

Sekian, dah dah gi buat keje

Monday, March 17, 2008

252: Pagi yang sengal


Pepagi macam biasa, aku akan jadi tukang bukak pintu opis merangkap suis dan sebagainya. Agak sengal apabila aku dapati (tu dia ayat skema dah kuar) suis aircond tak nyala. Sadis lagi bila radio pon takde bunyik - suis rosakkah? Dan lagi sadis bila network dan internet pon tak berfungsi. Gile ke hape opis aku ni?

Tapi skang dah ok la. Setelah dipanggil encik yang berkenaan. Encik ni memang saje sabotaj ke hape ni? Opsss statement berbaur fitnah, harrooooooomm ok!

Aku rasa nak meluahkan perasaan, tapi tak tau nak start macamana, dari mana dan apa. So.. kita biarkan jelah mende-mende ni ek. Hukhuk~


....



....



...




Tapi aku summarykan jelah ape dia mende yang bergentayangan dalam klotak aku, yang bila dipikir-pikirin - yaaaa rupanya itu masalah ya.

1st - sorang kawan aku menawarkan suaminya untuk aku. ye, aku ditawarkan menjadi MADU.

2nd - tawaran berkahwin oleh sorang budak yang muda 3 tahun dari aku. sejak akhir-akhir ni nampak makin serius. aku takmo la... ada sape2 bole fahami kenapa aku takmo? :(

3rd - oh yang ni biarlah aku simpan di dalam peti. kes ini pun agak berat. lebih berat dari yang tertera di atas :(

Jadi sekarang urat otak aku dah berselirat macam wayar-wayar kat atas tu. Heee...~


tolong selamatkan aku. serius.

Wednesday, March 12, 2008

251: Konflik Identiti


Belum cukup kubuktikan
Sebelum kukatakan
Kaulah pujaan hatiku

Di belakangku tersimpan
Perasaan mendalam
Tentang dirimu untukku

Bagai langit yang tak pernah bertepi
Begitupun cintaku padamu

Ku tak akan pernah bisa 'tuk mengingkarimu
Dan melukai dirimu
Selama disisimu
Seandainya kau tahu
Betapa cintaku
Betapa ku merindumu
Seumur hidupku

Tatapan ku tak pernah
Lepas dari dirimu
Walaupun dalam tidurku

Selamaku disisimu
Ku ingin kau bahagia
Dalam dakapanku selalu

Bagai langit yang tak pernah bertepi
Begitupun cintaku padamu

Selama Di Sisimu - Ihsan


Sudah-sudahlah cite pasal pilihanraya ek? Kang orang kat atas sanun tak pape, kita kat bawah ni dok bercekau sesama sendiri tak tentu hala. Apapun, ayat terakhir sebelum aku masuk cite lain adalah.. The tribe has been spoken *sambil tangkup tempurung atas obor*

Cite lain.

Balik dari Melaka aritu, aku singgah di R&R Seremban untuk solat. Hah selalunya tak penah pun singgah sejak drive sorang ni (dah 2 tahun lebih jugak). Lagipun aku biase solat dulu baru gerak, tapi pada hari kejadian ada perubahan agenda sket. So... singgahlah..

Lepas solat, aku dihampiri sorang budak pompuan (memang laa, nama pun surau pompuan), yang kemudiannya menyapa aku..

Makcik, ni telekung makcik ke?

MAKCIK????!! Jerit aku sekuat-kuatnya. Semua yang ada di dalam surau memandang aku. Aku terus mencekik leher budak tu sambil sebelah tangan menarik rambutnya kekuat. Budak itu senyap je, heh kesian la plak. Mana mak kau? Mana????? Aku menjerit lagi. Geram betul aku!!

-stop-

Aku tipu je hahahaha. Aku terpempan je kejap, kemudian baru aku perasan. Oh.. aku pakai baju kurung, sebab tu dia panggil makcik. Hawau betul. Time aku pakai cam muda-mudi pandai plak bebudak ni ejas title aku ek.

Err.. taklah, surau punya.

Pasrah siot! Hahahaha.

Tapi yang lagi cam hawau tu bila anak-anak Mr. Sivaji (start dari nomo 3 ke bawah) pun panggil aku Auntie. Hello... aku ni dengan akak sulung korang tu beza 4 tahun je tau? Auntie abah lu!

Sekian. Entry seorang gadis rumaja bernama Masy yang masih keliru tentang status beliau sebagai manusia perempuan yang telah dewasa. Bukan tua ye :p

Monday, March 10, 2008

250: senyum sket :)

(kredit to www.piazzadellarte.be)


Ok. Abes dah pilihanraya.
Tapi mengantuk lagi ni.
Aku sefamili bertonggoh depan TV malam pengumuman.
Sampai pukul 3.30 pagi je aku bertahan.

Rasanya sana sini orang akan buat komen pasal keputusan pilihanraya.
Aku pun kalau ikutkan nak jugek bagi komen seketoi dua.
Tapi tetibe malas lak, ahahaha.
Cuma aku rasa gumbira
Bila orang-orang yang dulu bukan main bongkak mengutuk
Angkuh nak mampus
Eksen tak hengat
Sekarang kat mana? Nyuruk kat klinik kaa...
Nyuruk kat Batu Caves kaa...
Mana..? Mana??

Nak tergelak pun ada
Di pintu pagar tempat mengundi
Bukan tempat mengundi aku, tempat mengundi mak aku
(yaa.. kitorang tempat asing-asing)
Penyokong cap timbang menyapa dengan teriak
Dan mengucapkan 'jangan lupa..'
Lupa ape? Lupelah heheh

Di celah-celah penyokong cap timbang
Ada juga penyokong bulan purnama
Tak banyak cakap, bagi salam dan angguk
Ye angguk tanda setuju tauu.. ;)
Eh, aku macam kenal je mamat ni
Laa.... abang aku rupanya :D
Rugi aku terlupa bawak kamera

Di tempat aku membuang undi takde plak
Maksud aku, orang merayu undi depan sekolah
Polis tak bagi kot
Tapi tempat mak aku tu boleh plak?
Tak kisahlah heheh

Cuma aku nak tumpang tanye sket.
3 orang menteri yang kalah tu kan..
Jawatan dorang pun keguguran skali ke hape?
Ke jawatan tu berdasarkan budi bicara encik PM kita?
Sila jawab
(dari aritu dok soal jawab mende ni, just nak tanye korang plk)

Kat SUK Selangor dari semalam berkepung
Aku rasa ada laa orang tengah nyuruk kat dalam tu
Nyuruk diri ke nyuruk dokumen?
Alamak.. kurang asamnyer ayat ni
Kang kene tangkap plk :D

Kene ke?
Bukan ke Shah Alam orang bulan purnama yang pegang?
So.. sukati aku laa nak cakap ape
Lalalalalalala~
(sambil pandang kiri kanan kot ade pulis lalu)

Thursday, March 06, 2008

249: Keajaiban Shah Alam

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas ya tetuan dan pepuan sekelian :)




Boleh agaklah kan sape yang buat magik tu? Ikutkan darah muda aku ni (ehem muda lagi ok), nak je aku gi gunting poster bergambar penimbang tu tetengah malam. Tapi hakikatnya, bukankah tetengah malamlah dorang sibuk beroperasi? Naik meluat tak boleh nak cakaplah. Malam tadi lagi syok. Mat-mat rempit yang kononnya cuba dibersihkan 'kerempitan' pun sama-sama membantu kempen - kononnyalah. Bising macam &$^)*(%&*&0. Apa ko pikir ko dah jadi polis ke setakat pakai jaket keselamatan (alaa yg glow in the dark tu). Siap marah-marah pemandu kete yang nak jalan - semata-mata nak beri laluan pada mat rempits yang berkoyan mengusung bendera penimbang tuh. Aku tengok macam takde keje je, ke hulu ke hilir bawak bendera - memekak lagi. Dalam setengah jam tu ada laa 5 kali dorang lalu lalang kat sini. Motif???? Sayang sangatlah kat penimbang tu? :p

Oh yaa.. pasal banner ajaib yang hilang tu. Sebenarnya digantung oleh parti hijau-putih, ayat pantun tentang kes penutupan surau di kawasan aku ni. Sebelum sempat aku nak hapal, dah ilang dah banner-banner tu sume dipuput bayu malam (Acai mesti tengah tengok blog add aku lagi skali wakakakak). Untuk yang belum maklum, surau di kawasan aku ni dah selamat ditutup sejak tengah tahun lepas (tak silap aku la) sebab pergolakan dalaman. Arghhhh.. Sayangnya sebab aku rasa, surau ini sangatlah makmur dengan jemaah setiap malam. Kalau dulu kereta berderet memenuhi bahu jalan, sekarang yang tinggal hanyalah bahu jalan. Mesti bahu jalan tu pelik dah takde kete nak parking atas dia. Tak pasal-pasal satu kawasan menanggung dosa. Wat the *^&^^. Oppsss budaya mencarut bukan budaya kita ya :p

Takpe.. Kau turunkan yang kecik, yang besar pulak naik. Walaupun semalam rebah - tak taulah rebah ke atau direbahkan - tapi pagi tadi dah naik balik.



Daripada pantun, kita pendekkan je ayat - kasik orang mudah faham. Kotlah ada yang tak faham kan.. hehehehe...



SIAPA YANG TUTUP SURAU KAMI, TANGGUNGLAH DOSA DI AKHIRAT NANTI. Simple, moga yang memangkah kat sini memangkah sebab sayangkan surau kita tu. Hukhukhuk~

Monday, March 03, 2008

248: Sejuk!


sape punye pic ni? pinjam ek?

[edited]

Semalam memang takde idea nak tulis ape. Ekcely arinie pun sama. Kadang-kadang tu sebelum tidur, dalam klotak aku ada ayat yang bermain-main - mintak dituliskan. Tapi selalunya aku akan biarkan ayat-ayat melankolik tu pudar dibawa mimpi (aicehhh..). Cuma malam kejadian di atas tu je, aku bangun - cuma gunakan lampu hp - aku tuliskan ape yang ada dalam kepala masa tu. Kalau ikutkan panjang lagi tu - biasalah lepas dah tulis, baring balik - ada plak ayat sambungan - tapi dah malas aku nak layankan. Kang ntah pukul brape plak aku tido hehe.

Kalau korang bukak balik entry aku tahun lepas, dalam area time-time macam ni, aku tengah bergelut dengan keadaan yang sungguh tak best. Dan selepas setahun, aku sebenarnya kene hadap lagi - anjakan dari kejadian tu daripada orang yang sama. Tapi syukurlah sakit tu tak berapa. Kekadang tu macam tak percaya aku pernah sedih teruk tahun lepas. Sedih je, bukan frust menonggeng pon.

Kebetulan ada pulak yang berbaik hati berkata sesuatu yang membuatkan aku lupa mende-mende tu. Mekasih ye, untuk orang itu. Ya, dia tak tau pon aku tersengih-sengih sambil makan sate malam tu lepas dia berkata-kata. Aku pun tak letak harapan. Cumanya kata-kata dia dah banyak membantu aku mengalihkan perhatian daripada dok terkenang hal yang tak best tu.

Masalah aku pulak sekarang ni (korang jangan hepi dulu). Selalunya aku cuma akan hepi untuk perkara itu dalam jangkamasa yang singkat. Adalah sehari dua je kot, pastu perasaan aku jadi biasa. Risau gak memikirkan, tak normal ke aku ni. Mebi sebab perasaan aku dah rosak teruk dikerjakan dek jejantans di luar sana, membuatkan aku belum mampu lagi nak maintain perasaan lama-lama (tak kisahlah sedih ke gumbira ke). Kalau yang sedih tu, baguslah tak payah nak sedih lelama. Tapi bila tang hepi pon takleh nak hepi lelama, agak keji dan sadislah jugak. Ermm...~

Tak jugak menyalahkan mereka yang pernah melukakan hati. Setiap orang yang datang dan pergi dalam hidup aku sebenarnya banyak berperanan membentuk sahsiah diri aku sekarang (perghh ayat, meluat lak aku baca). Lepas membuatkan aku rendah diri, sakit ati dan bla bla, aku jadi kuat jugek akhirnya lepas tu - walaupun mebi tak sekuat Badang ataupun jin hijo Super Power.

Entahlah.