Wednesday, April 30, 2008

267: apa pendapat korang?

credit to http://xkcd.com/52/

:ha?:Aku masih memikirkan tentang kewajaran tindakan aku andaikata aku privatekan blog ni. Hati masih berbahagi. Perlukah? Aku cuma taknak bahagian ini diketahui. Cukup sekadar mereka tahu aku ada blog (itu pon kalau diorang tau la), tapi tak perlulah tahu di manakah blog aku itu berada.

:ha?:Kenapa nak privatekan?
Macamana nak cakap eh.. Macam ni la, senang cakap - kadang² blog ini adalah tempat aku bercerita perkara yang aku tak berapa sudi nak cerita dengan orang keliling aku. Atau dengan sesiapa saja. So banyak benda yang aku cerita kat sini, realitinya orang di keliling aku tak tau. Dan dah tentu aku tak mau mereka tau - sampai bila². Melainkan kalau aku dah mati pastu dorang nak baca, lantak pi laa kan. Tapi janganlah pulak lepas baca, datang kat kubur aku sambil maki-maki. Sape soh baca, kan?

:ha?:Pastu kenapa macam takmo privatekan pulak?
Ahahahahaha~ Ada satu sebab tu tapi takmolah aku cakap. Lagipun semalam aku dipujuk oleh pembaca senyap blog ni supaya jangan diprivatekan - nanti beliau boring. Halu halu~ Blog baby ade peranan seperti TV rupanya hehehe. Tak kisahlah. Cumanya aku memang perasan jugak ada pembaca bukan blogger yang selalu singgah sini. Rasa tak adil pulak kan kalau private². Tengok, aku ni memang menjaga kebajikan peminat hahahaha~ *pengsan baca ayat poyo sendiri*

:lamagawa:Aku masih menimbangkan lagi kes ini. Andaikata aku privatekan, aku sendiri akan cari korang yang dalam list kat sebelah ni dan mintak email - itu pun kalau interestedlah. Sebab aku perasan jugak beberapa orang sohabat kat dalam list aku yang jenis menerima kedatangan aku tapi tak datang pun umah aku (umah orang lain boleh pulak dorang pegi). Hah, itu adalah ayat penyata yang menunjukkan aku kecik ati (biasalah, dalam hati ada taman, uweekk). Siapa makan kurma, dialah yang terasa tamar ok. Oh ye, ni email aku : masyita4180@yahoo.com. Kalau sape² nak bank inkan duit, nanti aku bagi nombor akaun via email. Eh?

:lamagawa:Dan andaikata aku tak privatekan, aku mohon dengan serius. Anda yang mengenali aku in person, yang berpotensi berjumpa aku secara live dengan kadar yang mudah, agar tak membangkitkan hal-hal dalam blog ni semasa perjumpaan kita. KECUALI! Kecuali mende yang best-best jelah. Atau kalau dalam perjumpaan tu hanya ada kita-kita saja. Kalau nak bincangkan, nak tanya ke ape ke, tanya je aku kat YM. Bukan apa, nanti kang orang yang tak tau aku ada blog terdengar isu-isu panas ke hape ke - tetibe dia interested nak cari blog aku, camno? I tak rela diselidik. Tapi kalau Anne yang hari-hari aku jumpe tu, nanti kita nego kendianlah ahahahahah~

Monday, April 28, 2008

266: Gath aritu punye cite :)

Salam sume!:hi:

Sepertimana yang dijanjikan dan digembar gemburkan dalam entry lalu, maka aktiviti mini gath anjuran Anul (yang sesekali nampak cam anjuran aku plak ahahahah <-- tumpang glemer Anul) berlangsung dengan jayanya. Kehadiran agak meriah la jugak, dalam 10 orang gitu. Yang hadir pada hari tu ialah aku, Anne, bdk umah aku, Qasiehfirdaus, Kak Maya, Shai, Sodep, Kurzz dan sudah semestinya ketua darjah kita, Encik Anul dan Cembamnye hehehe. Walaupun aktivitinya tak banyak mana - just makan, tengok wayang, makan lagi dan bergambar-gambar, tapi tetap best jugek. Dan memasing ada yang tak pernah jumpe, tapi masih lagi kita berborak dan gelak ketawa macam dah biasa jumpe hehehe. Lepas beramas mesra dengan dorang, aku dan dua bodigad meneruskan perjalanan ke Big Apple, kendian baru balik heheh :woooh: Lepas ni ketua darjah kalau nak wat gath, kene laa siap² dengan aktiviti hehe. Kesian gak aku tengok ketua darjah, cam memalu je. Ko malu ke Anul? Aku pun pemalu jugek per.. tapi kaber² ahahahahah~

Gambar? Aisey.. aku tak bawak kamera la.. Lupe nak charge baterinye itu. Oh oh dah jumpe dah chargernye heheh.

cube cari aku katne hehehe~

Malamnya aku keluar lagi, kali ni menemankan member berdating (ape kes dating bawak aku? hohohohoh). Dan semalam iaitu hari Ahad, aku pergi lagi ke warehouse tu - hari last laa katakan. Oleh kerana dah gaji, maka cadar + comforter super single berharga RM79 (harga asal RM400++) telah ku rembat walaupun aku keciwa kerana takdek kaler merah seperti yang aku hajati.

Untuk gambar-gambar, nanti korang pegilah tengok kat blog Anul, Kak Maya dan Qasieh ek! Dorang je yang bawak kamera hehehehe.

*********

~edited~

KEKAWAN~ AKU RASA AKU AKAN PRIVATEKAN BLOG NI DALAM JANGKAMASA TERDEKAT, DEPEND PADA KELAPANGAN AKU UNTUK EDIT. KENAPA EK? SEBAB AKU DAH TERBAU-BAU SORANG BUDAK OPIS AKU AKAN BUKAK BLOG JUGEK, DAN OLEH KERANA AKU AMAT SECRETIVE (BETOI KAA EJAAN NI) PASAL BLOG NI KAT OPIS, AKU RASA INI ADALAH CARA TERBAIK, KALAU TAK HIDUPKU TIADA PRIVASI LAGI HUAHAHAHA (NAK PRIVASI TAPI BUKAK BLOG - TENGENG TAK). SO.. HARAPAN HATIKU KORANG SILA EMAILKAN EMAIL MEMASING PADA AKU. ADA SAPA2 KA YANG TATAU EMAIL BABY?:tsk:

AKU HARAP SUME YANG DALAM LIST AKU AKAN RESPON. TOLONG YE?

#kak maya, bole ka tolong baby wat mende ni?

Friday, April 25, 2008

265: tentang semalam dan esok

busu kemurungan lg ke??

Episod kemurungan aku nampaknya mula kendur-kenduran, tapi taklah bererti dah totally ok. Semalam aku n opismate pegi ke Metrojaya Warehouse Sale kat Seksyen 15. Lagiiiiiiiiiii la murung ok sebab aku ni blom gaji lagi, sangat²lah tekanannya bila menyedari hakikat diri dan poket bahawasanya aku hanya layak memandang je

Tapi betul ke aku pandang je? Takde maknenye~ Akhirnya aku belasah gak seketol blusher n loose powder yang masing² berharga RM10 je setiap satu. Ada jugak blusher yang rega RM5 tapi kalernye tak seswai dengan kulit aku yang sangatlah 'Asia' ini. Ini pun ada cadangan nak pegi lagi arinie sebab area cadar² tu aku tak pegi lagi semalam. Eh sape² nak pegi, sempat lagi sebab mende ni sampai Ahad ni tau. Aku siap tanye lagi kat pekerja² situ, dorang kata jangan risau barang habis coz hari² dia akan topap yang baru okeh Aku tengok orang lelaki pon ramai yang datang, tapi dorang serbu area perfume - perfume lelaki memang banyak. Memang murahlah kot, kalau tak takkan dorang sapu dua tiga kotak tetiap sorang (ke sebab dorang dah gaji?).

Malam tadi saje je ajak bebudak umah gi makan kat luar. Dah lama tak makan luar ye baby hihihih.

Pasal gath lak. Update tentang gath loba² Anul ada di blog beliau ye. So far yang dah dicadangkan ialah (aku kopipes stret jelah drpd Anul):

Venue : Mid Valley ( reason:bowling, movie, parking) <-- korang mainlah ek, aku tgk je hehe
Time : 12 noon (ok..feel free to suggest the time)
gathering post : KFC
Way to know who are the joiners : angkat dua tangan dan jerit kuat2 (sy kacak atau sy cantik)

See u ols tomorrow k!

Wednesday, April 23, 2008

264: (ini nomo van kat umah melaka ni hihi)

aku tak gemuk laa.. baju tu yg membuatkan aku kelihatan gemuk. tak caye tanye Anne :p

Ada beberapa perkara yang nak disebutkan:

1st:
Surau di tempat aku ni (nak sebut kariah bole ke?), yang dikunci sejak tahun lepas - akhirnya telah pun dibuka untuk kegunaan harian. Alhamdulillah. Aku perasan dah dibuka ari ahad aritu. Waktu zohor, jemaahnya macam solat Jumaat pulak :) Aku tak singgah untuk join, sebab? Pikir sendiri laa.. takkan tu pon nak cite kot :p

Apepun, syukur alhamdulillah~

2nd:
Alkisahnya dak Anul yang masih lagi dilanda mimpi ngeri akibat memungkiri bahagia untuk join majlis berbuka pose anjuran komuniti blog aku (eh meluat laa ayat ni, cam popular sangat je) tahun lepas, bercadang untuk menebus maruah beliau dengan menganjurkan sendiri gathering untuk blog dia pulak. Of course sebagai sohabat yang berhemah, maka aku turut terpanggil untuk mewar-warkan agenda ini di sini tanpa sebarang bayaran. cuma ko kene amek gambar aku manyak² laaa Anul :p Sape rasa nak pegi, yok! Dan kalau ade lokasi yang cantek menarek tertarek da bomb (ade pakej makanan, view lawa dll) sudilah kiranya berkongsi di sini ya! Ataupun cadangkan terus kat blog kepala aktiviti kita ini iaitu di sini ---> ANUL DA BOMB

Anul kata nak tengok wayang, benarkah? *kelip² mata tanda caring dalam kemurungan*


3rd:
Aku perasan orang sekeliling aku kekadang macam tak puas ati tengok aku dalam kemurungan kali ni. Nak dekat dua minggu ni, hampir semua pelawaan untuk ajak aku kuar minum - aku tolak tanpa berfikir panjang. Kekadang tu aku fikir jugaklah, tapi sama je - aku takmo gak kuar. Biasanya kalau aku takmo kuar tu, bila kekawan aku akan pancing dengan ayat "aku belanja laa" mesti aku kata ok punye. Tapi kali ni.. isk.. So, sape yang berjaya ajak aku kuar dalam masa sekarang, memang beliau tu amat bestlah tu. Kira diva la ahahahaha.

(dlm YM aritu..)

Real ** : bile kite nak kuar dating2x nie?
Masy Abdullah : mana nk tau
Real ** : malam ni?...
Masy Abdullah : malam ni aku nk masak laaa
Masy Abdullah : esok nk p piknik
Masy Abdullah : malas nk kuar
Masy Abdullah : kecuali klu ko nk bagi RM500 kat aku, aku kuarlah kejap
Real ** :
Real ** : RM500 aku bleh kasi,tapi ko kenela kasi jugakkk <-- ayat berunsur lucah ni
Masy Abdullah : yelah, aku kasik ko can kuar dgn aku
Masy Abdullah : ok la tu
Real ** : kuar baru RM20
Masy Abdullah :
Masy Abdullah : murah sgt, dok umah lg best
Real ** : kuar RM20 kan ade balance la RM480
Masy Abdullah : ah takde
Masy Abdullah : klu mlm ni, 500
Masy Abdullah : klu lain kali, ko kene blanje aku je
Real** : Nak keneeee nieeee


Tapi kalau demi hal yang kedua tu, aku akan gagahi - insyaallah. Ko doa tu angkat tangan tinggi² sket Anul ahahahahah~

Kesian gak tengok muka-muka yang kehampaan bila aku tolak ajakan dorang. Tapi nak wat camne, aku takde ati nak kuar. Nak beli makanan pon takde ati. Aku cuma mau baring dan tengok tv. Itu sajer.

Monday, April 21, 2008

263: Cuti cuti Nogori~

"stakat posing ala Majalah Buah-Buahan ni, picisan je utk i", kata Muffin (bukan nama sebenar)

Plan yang agak last menet jugaklah untuk ke Ulu Bendul neh. Ekcely projek ni projek lapuk, dirancang lama dah sebelum kitorang ke Langkawi (see.. yang jauh dah setel, yang dekat setahun kendian baru nk buat). Selain Ulu Bendul, projek yang masih tertangguh adalah projek Sunway Lagoon. Itu tunggu aku masuk umah baru kot baru best.

Untuk piknik kali ni, aku telah memblow away kekawan dengan memvolunteer masak bihun goreng, dan satu menu tambahan yang tak dimintak langsung iaitu agar-agar laici. Lepas solat subuh, terus memasak, kemas beg, mandi, bersiap dan shoot ke Putrajaya. Kendian dengan member ini pecut ke Tol Senawang, berjumpa dengan 2 orang lagi dan singgah di Petronas untuk kutip sorang lagi. Kendian baru terus ke Ulu Bendul.

Sampai sana, tak mandi dulu sebab sejuuuk nau. Masing-masing lapar, so makan dululah.


Kendian baru laa mandi..

.. dan lagi....


aku bukan saje2 eh angkat kaki tu. nampak budak dumok tu pegang kaki aku? sikit lagi mau lemas looorrr.. :p

Kendian sambung makan lagi..


errr.. sorilah.. by dis time bihun aku dah abes pon ditala dek budak2 ni. bagus bagus.

Pastu sambung mandi balik...

Lepas dah kecut kaki tangan sumer, berentilah mandi dalam pukul 2.00 (sebenarnya berenti sebab dah hujan heheh). Lepas solat zohor, terus ke JJ Seremban - nak tengok wayang pulak. Masa ke sini, ade dua orang yang aku teringat. Yang 1st mestilah bukan Kak Ungku, yang 2nd barulah Kak Ungku hihi. Sorilah kak, tak inform pon orang datang situ. Paham2 jelah ek ;)

Tapi dengan penuh kejujuran, sungguhlah tak best tengok kat situ. Opss..~ Lepas tengok wayang, dalam pukul 7.20 malam gitu, terus shoot ke PD pulak sebab nak tido umah member aku ni. Tapi bukan terus ke sana, layan makan dulu... ehem orang belanja best arr..

Datang jejauh ke PD, last2 makan sate kajang gak. Minah ni wat aku nak tergelak besau ar.

Esoknye, atas permintaan aku yang mengada ni, member aku pon bertungkus lumus reramai memasak nasik lemak kangkung untuk aku. Ahaks!! Best2. Aku? Tido laaa.. sebab semalamnya aku dah bangun awal tau, pastu malam tadi aku takleh tido tau. Apsal tah aku ni, asalkan tempat baru je musti susah mau tido padahal kepala aku dah saket neh.

Lepas makan, lepak2 makan lagi, minum, makan lagi, menjelang pukul 12 kitorang pun beransurlah pulang..

Kami bertiga je yang stay overnite kat umah member sorang ni. Yang sorang lagi dikutip encik tunang. Insyallah nanti jumpe lagi ok!~



Friday, April 18, 2008

262: tak stabil

credit to www.chandrossgallery.com/


Punca masalahnya satu je - duit. Tapi punca yang satu ni memusnahkan berpuluh-puluh perancangan yang aku buat dalam beberapa tahun ni. Dan lagi mengusutkan bila kebanyakannya perlu dipenuhi secepat mungkin, atau dalam erti kata lain.. dah tak lama lagi la...

Jadi bila ada menda yang tak dapat diselesaikan, macam orang nak terber*k - dok teran² tapi tak kuar, ko paham kan ape rasanye? Sangatlah tak best dan silap haribulan rasa nak marah pun ada. Macam aku pulak, ada tambahan perasaan lain jugak - biasalah ada rasa mau tacing *adekah aku emo?* Tapi aku rasa emosi aku ada reasonlah.

Beberapa hari ni aku tercari-cari seseorang, tapi aku tak jumpa. Pastu semalam Mr. Sivaji ada mengeluarkan kenyataan secara umum kat opis, tapi kenapa dia suka nak tuju² kat aku ek? Kenapa dia mesti kata especially untuk Mas sebab dia rajin bla bla bla (rajin tu menyindir tu bukan puji) aku takmau la tulis apa sebenarnya sebab kang aku tacing balik. Heranlah, dalam opis ni semua orang pun buat apa yang aku buat, cuma bezanya kelmarin Mr Sivaji nampak aku buatlah. Aku pulak tak rasa menda tu salah sebab aku baruuuuu je buat. Mende yang bukan dosa pun. Kepala otak aku dah laa kusut, lagi mau attack aku ka? Aku pandang sepi je muka Mr Sivaji sepanjang dia berkata-kata tu. Pastu gaknye dia nampak kot aku tak suka dia highlightkan nama aku. By dat time, it's too late for apologize (nyanyi ok). Hati aku dah terluka pun hukhuk~

Pagi ni aku tersangatlah bengang. Kalau dalam waktu biasa mungkin tak berapa kot. Tapi aku tetap tak suka kalau orang dok usik² kete aku sambil menganggap menda itu lawak. Letak sampah kat keta aku kelakar ke? (dan ada mende lain lagi, aku sebut yang ni je). Apa kata kalau aku pelempang muka ko, kelakar tak? Nak dating, dating jelah. Ko ingat kita ni dah kenal, dah pernah makan sama kuar sama gelak² tu kira ada tiket laaa nak buat tu sume. Adakah tuan di sana merasakan dengan berkelakuan begini, kita akan jadi kawan rapat, i mean jadi kawan huhahuha cam orang lain? Tuan tak pikir ke, aku ni suke ke tak tuan buat macam ni? Tuan nak mampuskah??

Memang bila aku berada dalam situasi caca marba macam ni, aku tak reti nak luahkan direct pada orang yang ingin aku ceritakan. Aku cuma harap bila aku cari, dan aku mau berbual, orang yang aku pilih itu sudi bersama. Tapi yelah kan.. aku pun kena faham, masa orang-orang ini bukan terhad untuk aku je. Hidup dorang pun bukan untuk aku. Kita hidup untuk diri kita sendiri. Makanya marilah memujuk diri sendiri. Dan bukalah blog. sangatlah selfish dowh, cari kawan bila tensen je? aku pon keji jugak *tunduk insaf*.

Mari belajar mendamaikan hati sendiri. mari mari cik adik mari mari cik abang, kita menari lagu pinang muda~

Wednesday, April 16, 2008

261: Gambar Sebenar

ingat Alfi? dah besau dah budak ni.. kiut dan sangat peramah, especially dgn pompuan hehe


Gambar poolside BBQ kat entry sebelum ni dah tentu² aku cilok dari tenet. Yelah mana ada dalam family aku 'kutu'runan mat saleh, apatah lagi mat cincang, mat rempit dan sekufu dengannya. So semalam selepas sesi YM dengan abangku itu, maka di bawah aku paparkan sebahagian imej sebenar pada hari kejadian.


by dis time, dah berjaya memanggang


aku juge nyaris terjun selepas snap gambar bebudak ni *nanges kerana gagal


antara haiwan yang terkurban dalam sesi pemakanan


ensem laa konon, weekk :p


dah letih mengipas guna sokkabau, abah Alfi mengipas guna kipas Alfi, voley??



.. dan inilah hasilnya. tetibe je rasa lapau *telan air lior

Gambar mekanan yang len aku tak sempat snap. Sebab?


Masy Abdullah: pastu bateri pon abes..
az*an abdullah : tu laa...

Monday, April 14, 2008

260: Pesta Muda Mudi + Carrot Kucing


Jumaat malam, aku menerima sms daripada abang aku itu:

Salam Ude, Bancik & Masy (nama penuh laa)..jemput ke Kemensah ##### petang esok..pesta muda mudi antu maznah..poolside BBQ..


Yeahoooo!! Makan pree! Aku pun ape lagi, merikues agar sape² mensponsor mayat kambeng untuk hidangan esok. Aku sponsor bebuahan dah laa betoi tak, orang bujang mane laa boleh sponsor banyak², dah laa angkut sorang hihi~

Pagi lepas dah siap semua urusan di rumah, aku menyetelkan pulak urusan yang dirahsiakan tu. Sampai tengahari. Cadang kalau abes awal bolehlah aku terus shoot ke sana, malangnya abis lambat sket dari jangkaan awal. So, balik umah dulu, solat Zohor dan berambos. Hujan lebat. Berpakat dengan Angah untuk jumpa depan Zoo Negara memandangkan aku tak ingat pon jalan nak ke umah Abg Nan ini. Sambil tengok je zoo.. ooo siaplah ko, ada masa aku masuk nanti - akan datanglah huhu *sayu

Kendian together² ke umah beliau. Bancik dah sampai. Acara bermula lambat sket sebab nak tunggu ujan reda dulu. Bila dah start, nak menyalakan bara tu sikit punye hazab. Sampai kuarge Ude dah sampai pun blom leh nyala lagi. Tapi berkat kesabaran dan teknik mengipas arang yang jitu, berjayalah jua akhirnya. Maka mayat kambeng, ayam dan sosej pon digelimpangkan di atas jaring. Oh ye.. aku tak bawak kamera sebab charger bateri kamera aku lesap. Sungguh walang di hati baby hingga ke saat ini. Tapi takpe, aku guna je kamera abang aku hehe. Kebetulan sepupu aku pun datang (ekcely adik ipar dia pun dok situ), maka tak semena² dia dan family pon joinlah :)

Menu aritu:
Bihun goreng (aku tak merasa sebab kenyang sgt) - tuan umah
Marinated ayam (pon tak merasa gak) - tuan umah
Coleslaw - tuan umah
Spaggeti n marinated mayat kambeng - family Bancik
Home made dadih - Angah
Bebuahan bernama tembiks (dua bijik okeh, berat giler)- adek manes namanya Masy
Air sirap bermayonis (hahah tipu je) - tuan umah
Cekedis dan sosej - aku tatau lah, tuan umah jugek kot?
Bahan penambah perisa (sos, thousand island dll) pun rasanya dr tuan umah

Ahaks! Tuan umah dan puan umah memang rajen dan baek ati. Tu pun nyaris² ada potato salad, malang untuk aku sebab puan umah kesuntukan mase *nanges

Syoknye tengok bebudak ni terjun tiruk dalam kolam. Rasa nak join je tapi takde member. Kak Chik aku memula poyoooo je nak terjun lepas maghrib, last² tak jadik pun. Musti Bancik tak kasik ni. Huh!~

Menjelang maghrib, semua selesai. Aku tido situ. Sambil lepak depan tv layan AF (ini pestaim dalam hidop aku layan AF, sunggoh buang masa), burak²lah. Kendian mak tanya, apa nama tomato yang kecik tu?

Aku : Tomato ceri?
Mak : Bukan
Aku : Cili burung?
Mak : Bukanlaaaaah
Akak ipar : Sedapnye cili burung (hah perbualan ala² lari topik)
Abang aku : Carrot kucing

Ahahahahahahah!!! Aku tau korang tak paham amende carrot kucing tu. Ekcely masa aku kecik dulu (tadika rasanya), aku ternampak 'sesuatu' pada kucing. Aku manalah tau amenda tu kan, aku rasa bentuknya macam carrot, maka berdasarkan pengetahuan yang terbatas - almaklumlah kanak² - aku menamakan 'benda' itu sebagai carrot kucing. Clue untuk menda ini adalah : hanya ada pada kucing jantan. Korang paham tak?

ini bukan carrot kucing ok :p

Adoiii saket perot aku gelak malam tu. Macamana laaa dia boleh ingat lagi mende ni. Aku dah terlupa dah.

Aku : Eh, tapi orang ke yang cakap?
Abang aku : Memang takde orang lain lagi dah yang sudi cakap menda keji macam tu

Gelak lagi sampai hancor organ dalaman.

Esoknya brekpes kat luar sama², kendian gi umah Angah amek barang² mak. Dan mak aku menamatkan percutian loba² beliau kat KL - genap seminggu :)

Tamat. Ending cam anti klimaks je?

Wednesday, April 09, 2008

259: .......

ini gambar masa gi dinner lastwik. aku tiada mud untuk melawa okeh. sekali pandang cam bibik je???


Isnin aritu aku terkesan beberapa berita yang sepatutnya membuatkan aku tumpang gembira jugak. But I end up crying dalam surau. Sangat dungu rasanya. Takleh nak ungkap apa sebenarnya aku rasa dalam ni, cumanya rasa sangat sendiri dan seorang. Dan semakin aku gali, semakin teruk pulak kadar tangisan ittew. Perkara yang aku patutnya tangiskan 2 tahun lepas pun, aku combinekan kesedihannya hari tu. Tah pape tah aku ni.

Memandangkan muka aku cepat je sembab kalau nanges (walaupun sekejap), maka baiklah aku benti. Sambung wat keje ada pekdahnye huhu~

Cite lain lak ek.

Aku tak jadi pun pegi umah abang aku tu hehehe. Sesungguhnya aura lamb chop ittew tidak setanding dengan CSI dan Prison Break. Kang aku gi umah dia, kompem kene berebut tv dengan mereka dan mak aku jugek. I am veryyyy mengada pasal ni. Hihi sekali lagi - sungguh tah pape tah aku ni

Semalam sambil bekerja, sempat lagi berYM dengan abang aku. Memula tu cite pasal keje, pastu melarat pasal mak aku. Sengal betol laaa beliau ni ahahahah.

az*an abdullah : semalam org call mada.. (mada:mother)
Masy Abdullah : aa...ape cite
az*an abdullah : dia ada ura2 nak tidur kemensah sebelum balik melaka..
Masy Abdullah : nk bawak g zoo ke?
Masy Abdullah : nk ikot!
az*an abdullah : bawak mada naik gajah..
az*an abdullah : pasti gajah tu menyesal dtg malaysia..
Masy Abdullah : hahahha
Masy Abdullah : itulah padahnye memilih malaysia
az*an abdullah : baik dia kerja kat uganda je aritu..
Masy Abdullah : ataupun kat dumai
Masy Abdullah : atau dubai
az*an abdullah : betul..
az*an abdullah : pastu org pikir2..
az*an abdullah : baik korang semua dtg..
Masy Abdullah : bole2
az*an abdullah : bancik seluarga.. (dia memang saje eja gini)
Masy Abdullah : sume g zoo
Masy Abdullah : angah ude
az*an abdullah : yup..
Masy Abdullah : dak along?
Masy Abdullah : muat kaa umah
az*an abdullah : leh dtg brekfes hari sabtu..
Masy Abdullah : ke camping kat dataran?
Masy Abdullah : sabtu ni ke?
az*an abdullah : camping atas gajah tu la..
Masy Abdullah : hahaha
Masy Abdullah : eh sabtu ni takleh tau
az*an abdullah : apsal?
Masy Abdullah : sabtu ni org ade ##### (dirahsiakan hehehe)
Masy Abdullah : heee~
az*an abdullah : keji betol la..
Masy Abdullah : ptg bole le
Masy Abdullah : pagi je
Masy Abdullah : tp nk bekpes tu xleh ler
az*an abdullah : bagi je gajah tu pijak..
Masy Abdullah :
Masy Abdullah : tp klu kompem sume dtg, org kensel jelah ##### tu
Masy Abdullah : i mean, postpone
az*an abdullah : lum kompem lagi la tapi..
az*an abdullah : tapi ingatkan lepas bekfest tu, org antau la mada balik melaka..
Masy Abdullah : oooo...
Masy Abdullah : tido sane laa mlm tu?
az*an abdullah : mana? melaka?
Masy Abdullah : ha
az*an abdullah : tengok keadaan dulu..
az*an abdullah : kalau tak, petang tu balik kl la..
Masy Abdullah : oooo ok..
az*an abdullah : jap lagi tunggu mada YM..
az*an abdullah : boleh bincang ngan dia progrem seterusnya..
az*an abdullah : eh, mada YM ke?
Masy Abdullah : gile kee aaaaaa
Masy Abdullah :
az*an abdullah : antujenah@yahoo.com
Masy Abdullah :

Ahahahaha bodo betoi. Takleh nak bayangkan mak aku main YM. Ahahahahaha!!!~

Monday, April 07, 2008

258: tolong pikirkan tajuk entry ni



Last week balik Melaka. Takde apa yang best sangatlah pun, mende² biase je. Makan tido makan tido umpama di sorgawi donia. Semalam, masa aku tengah bersiap nak balik, mak yang tengah dok perati aku berbunyik.

kalau mak ikut ko, macamana?
????

nanti ko antau mak gi umah bancik, ok tak?
oooo... hah, jomlah
tapi boleh ke?

laa.. apsal takleh plak?

cube ko tanye kak long, dia cuti berapa lama?

mak tanye le

alaaa.... segan la. nah, ko bawak kuih ni bagi kat dia, pastu ko buat² laa tanye dia


Mak aku siap bagi skrip laa pulak. Ekcely akak ipar aku tengah cuti sakit lagi. Bila aku tanye, rupanya dia cuti sebulan.

mak tanye, kalau dia nak ikot orang balik, bole ke?
laa.. ape pulak takleh, kak long tak kisah

mak le soh tanye, takot kak long marah kot hahahaha

hahahaha ade pulak, pegi jelah kalau dia nak ikot


Ape laa mak aku ni kan. Dengan menantu pun nak takot hahaha. Ala, bukan takot tapi dia risau la tu. Kalau Kak Long keje, sian kat dia kene masak bila balik. Kalau mak ada, memang hari² mak yang masak lauk tengahari. So.. pelagi, bersiap!

Sepanjang perjalanan tu, tetiba mak kata, selama ni dia selalu kesian bila tengok aku pegi balik sorang². Habih nak wat camno, dah anak ni bujang lagi hah. Kang kalau aku angkut je jantan memana lagi haru, tak gitu kekawan? Lagipon bukan aku drive daripada Timor Leste kaa ape kaa, takat Shah Alam je.. masih dalam kategori picisan lagi heheh. Mak aku siap berpantun lagi (inilah akibatnya kalau mak tu cekgu hueheheh).

Rumah kecil tiangnya seribu
Rumah besar tiangnya sebatang

Waktu kecil ditimang ibu

Waktu besar ditimang gelombang


Aku maleh nak usik mak aku - tak rasa macam kene timang pun? Hihihi. Pendekkan cerita, sampai pun kat umah Abang Chik haku. Maka mak pun mengambil kesempatan untuk memaksa aku tido umah beliau ini. Huhu lagipun dah malam, ok jelah. Sibbaik ade bawak baju spare.

Borak-borak sambil tengok tv. Abang Chik pun kata..

esok malam ko tido laa sini lagi
ha? apsal plak

jom arr....

...... (
malas nak bangun awal laa)
esok malam ade lamb chop. angkat² kening
keji tauuuu merachon orang dengan kambeng

hehehhehe.. dah ade dah dalam peti es tu, malam esok kot baru nak masak

alaaa....
kalau kak chik ko sihat laa..

Diam. Alaaa..... saje je tau!
hahahahha.. tido sini jelah esok ek?


Aku belum buat keputusan lagi. Memancing aku dengan lamb chop adelah salah satu perbuatan yang tidak bermoral ok!~ Tapi memang selalu macam tu lah, kalau aku pegi umah abang² aku - tak kiralah yang mana pun - mesti ada pakatan yang nak menghalang aku balik. Apa kes? Tapi ini adalah satu rachon yang hebat ni. Kalau kat umah Abg Nan dulu, dia pancing aku dengan zoo. Ahahahaha.

Thursday, April 03, 2008

257: entry tidak fokus~

1st, thanks untuk semua yang ucap takziah untuk aku dan family. Kitorang - sebenar²nya tidaklah terlalu meratapi. Arwah nenek dah 94 tahun, dan memang dah sakit tua lebih kurang setahun dua ni jugak. Walaupun ada rasa sedih, tapi untuk aku semua ini berlaku dengan hikmah. Lepas ni mudahlah mak aku nak berjalan². Mak aku tu kalau aku balik, memang nampak dia stress sebab dah lama tak keluar rumah, bila aku bawak dia pegi jalan sikit pun dia dah happy. So lepas ni kalau dia nak lepak lama² kat umah abang² aku pun dah senang. Boleh rehat pepuas laa beliau lepas ni :)


cilok kat http://www.tutor.com.my


Dua hari ni aku ke Kota Tinggi, biasalah urusan kerja. Yang tak syok tu, pagi sebelum aku pegi, aku try laa start kete kecikku itu. Sekali tak bole daaa... Menurut pengalaman dan juga pertanyaan, nampaknya bateri kete aku dah kong Dan sehingga entry ini ditulis, aku belum menukau lagi bateri kete ittew. Ada sape² yang rasa kacak dan vergaya ingin menolong baby? Tapi abang aku kata senang je nak tukau. Hurrmm..~

Time ni laaaaa nak buat hal. Baru nak loba² dengan duit elaun, kene bagi kat kete plak!


Apa lagi nak cite dengan korang? Aku sudah melunaskan kehendak aku untuk meraon² kat Muzium Shah Alam minggu lepas. Syok wooooo (aku laa rasa syok hihi). Tapi sayangnya tak bawak kamera, sebab tak sangka plak kat muzium bole amek gambar. Bukan tak bleh ka? Pastu aku siap bole tanya budak yang keje kat situ, kot² ada keje kosong kat muzium tu Yang budak tu bole pulak melayan, siap mintak nomo telepon aku - nak tanya kat pegawai atasan laa bagai. Kaget kejap aku hehehe.


Lepas ni aku nak pegi...
Muzium Kesenian Islam - tapi aku tak tahu laa katne. Sape yang tau dan sudi nak bawak aku?
Muzium Negara - jangan tak tau, aku tak penah pegi kat sini hihi
Pusat Sains Negara - harapan yang tertangguh sejak zaman berchenta lagi
Perpustakaan Negara - saje!
Istana Budaya - aku tak penah tengok teater tauk. jakun tahap jaki jipang.
Zoo Negara - baru terpikir ni ha


Tak silap aku, sekarang ni tengah ada Pesta Buku kat PWTC kan? Dah bertahun² tak pegi siot. Dulu zaman kanak² memang tetiap tahun arwah abah bawak pegi Pesta Buku kat KL nih. Tapi abah siap bagi limit brape banyak buku aku boleh mintak, kalau tak kopaklah beliau sebab nafsu aku untuk membeli buku masa tu sama banyak macam orang beso pegi shopping baju Tahun ni takleh laa plak pegi sebab dah janji dengan mak aku nak balik Melaka minggu ni.

Eh, ape cerita pasal nak beli buku ni? Beli bateri kete dulu laaa woiiii huhuhuhu~