Wednesday, May 28, 2008

274: capai-capaian

Berbual di alam maya dengan sorang sohabat baru-baru ni, aku diasak (waiceh!) dengan soklan:

apakah kejayaan hidup ko yg ko kecapi awal berbanding usia ko.yg ko rasa la ko dh dpt berbanding rakan seusia ko.

Huhuh~

Soklan ni memang selalu jugak berlegar dalam paler otak aku. Apa pencapaian aku? Apa yang aku ada, yang mampu aku banggakan?

pikir-pikir nak jawap hape..hmmfss~


Jawapan aku pada dia, aku rasa semuanya biasa. Kerjaya pun biasa-biasa, setakat punya kereta dan rumah - dia pun ada. Apatah lagi yang dua aku sebutkan itu bukanlah sepenuhnya hasil duit aku, lagilah aku rasa macam takde apa je.

Untuk dia pulak, dia berbangga dengan pencapaian kerjaya walaupun tak stabil (aku rasa dah stabil dah, mebi dia nyanyuk hehe), dan memiliki rumah dalam usia seperti kami - single pulak tu - memang cukup berjayalah dia rasa. Hehe. Aku rasa dia memang patut rasa macam tu, memandangkan dia ada semuanya dengan inisiatif sendiri. ataupun orang lelaki memang selalu pikir pasal mende ni sebab nak motivate diri sendiri?

Walau bagaimanapun. Aku tetap bersyukur menjadi aku. Mungkinlah ada masanya orang macam aku akan rasa cemburu bila tengok hidup orang lain lebih senang. Tapi setakat tu jelah. Memandangkan tiada keperluan untuk aku hidup mewah-mewah, so aku hidup macam ni jugak. Aku fikir ada benda yang lebih penting untuk aku tambah, selain dari bab duit-duitan ni. Bukanlah takmo kalau jadik senang, tapi...

Aku percaya sebagai manusia, kita memang dah diciptakan dengan kelebihan di satu tempat dan kepincangan di tempat lain. Takkan ada manusia yang sempurna selengkap-lengkapnya. Takkan. Kalau kau kaya, kau sihatkah? Kalau kau sihat, kau bahagiakah? Kalau kau bahagia, sempurnakah imanmu? Ah.. memang warna-warni hidup dicalit di buku takdir kita dengan bukan penuh sepenuhnya.

Heheh. Apapun aku rasa aku di paras hidup yang normal. Hidup aku tak susah, dan tak juga sesenang mana. Cukup makan sampai tisu adipos (lemak) membiak dengan pantas dan bahagia, ada tempat tidur yang kecik tapi mampu membuatkan aku tidur-lena-pagi-senyuman, dan ada tempat kerja untuk aku tuju setiap hari. Dapat bagi duit kat mak, sesekali ada mood dan ada duit terpijak, belanja anak-anak buah aku makan² (tang ni setahun sekali boleh laa.. anak buah aku ramai, belanja selalu boleh papa kedana wahahahah!!). Dan ada jugak hutang piutang yang sesekali mengganggu mimpi - ala² tidur tak pejam, makan tak bukak mulut, macam orang lain jugak.

Rezeki orang, lain. Rezeki kita pun lain jugak. Asal tak menyusahkan orang dan orang tak susahkan aku, kira ok la tu ek ek?


pic: credit to kasyah


So, hadapi hidup dengan senyuman. Walaupun sesekali kemurungan, hehehe. Meh nyanyi reramai!~

Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah

Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku

Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah

Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinari lah kiblat ku

Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu..

Kiblat - Hazami

Monday, May 26, 2008

273: murah rejeki, amin....~


Ingat tak aku pernah dilanda kemurungan aritu? Sangat murung sehingga tidak berselera untuk berloba-loba apatah lagi berhorey-horey terutama sekali apabila malam menjelang. Ekcely, ia adalah biasa untuk aku tidak keluar malam, tapi setelah diajak dengan ugutan, cekikan, pijakan dan tumbukan pun aku tidak berganjak, maka ternyatalah sesuatu yang bapak serius sedang menjangkiti organ bulat di kepalaku yang bernama OTAK (otak bulat ke?).

Sebenarnya. Aku sangat kerisauan. Dan sesekali kerisauan itu menerbitkan butiran kaca cair dipanggil ayermata di celahan mataku - bukan matamu mahupun mata dia, mereka dan keluarga mereka. Berat di dada memikirkan kesempitan fulus sedangkan waktu untuk berpindah randah sudah hampir tiba (dada pun boleh berfikir ok, jangan pikir kotor!).

Ha? Pindah?

Ye.. aku nak pindah rumah lagi. Rasanya yang terakhir, melainkan kalau dah kawen sok laki aku ajak dok kat umah dia (eh?). Sebab rumah ini bukan rumah sewa lagi. Ini rumah aku - harta Ahmad Albab ke 299 yang diwasiatkan kepada aku (tipu). Ulang semula yang benar: ini rumah aku. Heheh.

Aku risau mengenangkan segalanya. Duit rumah, nak pasang grill, lampu, kipas, langsir, dan perkara-perkara lain yang aku rasa penting untuk rumah tu. Balance akaun aku lak dah tinggal ciput (mana pegiiiiiii laaaaaaaaa duit aku ribu² dulu tu huwaaaaaa). Pikirkan bayar bulanan untuk rumah tu, dan ragam manusia yang bakal menyewa pun buat aku tak lalu makan. Aku betul-betul buntu giler, tapi ada banyak hal tu tak terluah dengan kata-kata. Kekadang tu nak jugak share dengan sape-sape, tapi rasanya macam tak membantu je. Lagi kusut fikiran aku adalah. Huhu~

Tapi namanya rezeki kan. Mungkin mak nampak aku susah hati, atau dia dengar dari nada suara aku dalam telefon. Memang aku takleh nak menipu kalau aku susah hati, walaupun sedaya upaya aku buat biasa je. Itu pun kalau orang perasanlah hehe. Jadi dengan rasa segan, aku terima jugak duit pemberian mak - sebenarnya dia bagi untuk aku pasang grill. Pun tak cukup, tapi baiklah ada daripada langsung takde :)

Khamis lepas, berbincang dengan abang aku - yang last tu lah. Cerita pasal grill dan lampu-lampuan. Upah pemasangan lampu dan kipas dah settle sebab dia boleh pasangkan.

grill ko tokleh pasangkan ke?
boleh..
betoi ke?

betol.. guna lidi bolehlah..

Hampeh betoi.

Dan kemudiannya barulah dia memberi kenyataan yang membuatkan aku tak segan silu melompat-lompat dalam opis. 99% kos grill ditanggung halal oleh beliau. Kenapa 99%? Dia bagi satu amaun, dan kalau ada lebih, aku laa tambah. Mak girang nyah!

tetibe ko jadi hensem laaa...
hahahahah siot je!


Oleh yang demikian, duit pemberian mak aku gunakan ke jalan yang lurus dan diredhai Allah, iaitu membeli lampu-lampuan (yang kemudiannya dinamakan lampu riak oleh abang-abang aku) dan juga kipas-kipasan. Separuh dah pasang, belen akan disetelkan oleh sohabat abangku pula.

amek kat www.mycutecow.com/. ini barulah riak! lawa lak tu huhuh~

Dan objek bulat dalam kepala terus lagi bergolek memikirkan sumber kewangan lain. Setiap bulan aku mengacu pisau ke leher pemiutang, meminta dia memulangkan duit aku yang dipinjamnya hampir 5 tahun lalu. Tipu je. Aku sms. Cuma kali ni aku bertindak lebih jauh - dengan bini dia sekali aku sms mintak duit aku. Pedulilah kalau kau kata aku kejam, kau lagi kejam sebab biarkan aku melutut meminta duit aku sendiri. Dan akhirnya petang semalam dia sms, dah bank inkan duit aku. Kalau betul, alhamdulillah..

Orang mungkin akan mengata, aku yang dah bekerja ni pon masih mengharap dan terima je bantuan abang-abang dan mak aku. Ala.. Jawapannye:

mak aku kata : mintak jangan, tapi kalau orang bagi jangan tolak *aku ikut ckp mak aku je*
abang aku (2) : sape yang nak sponsor set bilik tido plak?
abang aku (3) : ko nak sofa tak? nanti Ude antau
abang aku (4) : *tak cakap pape huahahahaha*
abang aku (5) : nanti orang antau aircond kalau member orang ade lebih. ko nak pasang langsir riak jugak ke?

Jawapan aku pulak: Dah takde duit tu buat jelah cara takde duit, jangan eksen plak bile orang nak bagi.

Kesimpulannya, korang takde ke nak sponsor aku apa²? Huahahahahahha!!~

:ahaha:


# sebenarnya masih risau lagi..

Thursday, May 22, 2008

272: biar kelabu mata, jangan hitam hati

Dalam perjalanan balik ke rumah semalam, kami berborak tentang masalah kewangan. Dan dah tentu laaa kes penyelewengan yang berlaku baru-baru ni (dan siasatan yang masih on going) akan terselit jugak celah-celah cerita. Kes panas laa katakan heheh..

Dalam nada bergurau, kami mengeluarkan dialog ini tanpa skrip~

apa kata Encik Sivaji upkan gaji kitorang : dia
betoi betoi
: aku
kalau tak kitorang songlap duit Encik Sivaji
: dia
betoi betoi
: aku
kitorang lagi licik tau daripada Penyeleweng (bukan nama sebenar) : dia
betoi betoi
: aku
hohohohooh
: dia
kalau Penyeleweng licik cam belut, kitorang pulak licik cam ikan keli
: aku
betoi betoi.. siap ade sengat lagi
: dia
ikan keli goreng berlada : aku
Diam.
sedaplah pulak ikan keli goreng berlada : aku
apa ni cite pasal lauk pulak!!
: dia

****

Aku ni bila sampai bab mekap, memang tak berapa nak cemerlanglah. Walaupun sekeliling aku adalah gadis-gadis yang mahir dan unggul dari segi pemekapan, tapi aku masih gagal mengaplikasikan ilmu itu sume pada diri aku.

Dari segi pembelian barang mekap pun, aku macam tak berapa nak terer dan berkehendak jugek. Tapi when it comes to lipstick.. aku agak spastik sket hehehe...

Masa arwah abah ada lagi, beliau teramatlah pantang kalau tengok aku cuba-cuba nak pakai gincu. Pernah skali aku tenyeh cikit je (tu akak ipar aku punya gincu laa tertinggal kat melaka heheh), beliau soh aku lap balik. Kalau tak, takleh kuar ok. Sian aku huhuh~ Tapi menantu² dia kalau pakai, tak pulak dia kata pape. Yelah kan, menantu. Bukan bini dia hihi.

Pernah gak aku tanya abah, apsal anti semacam je dengan lipstik. Ada kes ngeri ke? Beliau kata, zaman dulu-dulu takde lipstik, orang tenyeh kertas merah kat mulut. Menyampah giler la beliau dengan aksi tersebut sampaikan dah zaman lipstik ni pon dia nyampah gak. Abeh tu.. ape plak kene mengena aku dengan zaman dulu?

So.. lepas abah dah takde, aku tanye mak - boleh ke kalau aku nak pakai lipstik? Ke kira menderhaka jugak? Mak kata - pakai jelah. Horreeyyy! Eh, cam jahat je cakap horey?

Sekarang... gincu² ku ada laa sikit....




Sikit je kan..? Ke banyak? Ala.. tak berapa kot.. Hehehehe.. tu pon ade seketol dua aku dah buang, ada yang bagi orang. Bukan ape, bibir i yang manje ni takleh pakai sebarang je. Kalau dah start tak best, toksah laa guna. Wat saket molot je. So far jenama yang aku takleh nak guna ialah in2it, Silkygirl ni pon cam takleh sangat tapi bolehla... Before nak pakai lipstick ni sume, kene pakai Vaseline dulu. Leceh laa aku ni. Huhuhuu~



Kaler pun kat area² coklat, oren. Pink ade laa sikit je. Tah kenapa mata aku mudah tertarik kalau gincunya kaler coklat. Mak aku sikit punya boring ke tengok gincu kaler pucat² ni. Last-last aku beli jugaklah seketoi kaler merah. Yang betoi punye merah tapi bukanlah merah mak ngah macam zaman dulu tu

Dah dah! Pasni jangan beli lagi.. huhuuhuhu (yelah tuuuuuu)~

Tuesday, May 20, 2008

271: cuti, kezutan dan dot dot dot

Sebelum aku mula bercerita ka apa ka.. kita layan ni kejap...


video


Heheh sesekali membuli kanak-kanak ni syok gak. Especialy encik Muslim kita ni.... hahahaha.

Pagi tadi sambil aku bersiap-siap, macam selalu aku dengar Sinar FM. Tetiba Krill sebut tentang ubat untuk menangani kemurungan. Sikit punya teruja kaa aku nak tau. Lepas abis satu lagu, dia pun reveal laa apekah 'ubat' tu. So.. ubat untuk menangani kemurungan berdasarkan kajian sapetah dia sebut tadi, adalah KAWEN. Ceh!~ Tak membantu langsung.

:tsk:

********

Jumaat lepas, sesuatu yang serius berlaku di opis aku. Sangat serius, dan aku sama sekali tak menjangka akan berhadapan dengan situasi ini. Rasanya semua geng kat opis aku pun macam tu jugak. Kami sampai ke petang dok termenung memikirkan kejadian ni.

Itulah akibatnya bila nafsu menguasai diri. Bila kehendak mendesak dan kata-kata syaitan lebih kedengaran berbanding iman yang wujud dalam diri. Sampai hilang pertimbangan, hingga hilang harga diri gara-gara terlalu menurut kata hati.

Dunia sekarang memang dah berubah. Ramai orang di sekeliling kita yang mampu untuk bergaya, dah tentulah kerana masing-masing mampu. Apa yang nak diikutkan sangat rentak orang, kalau dah tentu diri sendiri kurang berbanding mereka. Mengapa mesti meletakkan maruah diri dalam kelas yang terhina untuk mendapat kemuliaan sementara. Untuk aku, biarlah aku nampak tak 'kelas', takde taste ka, 'cheapskate' ka, asalkan setiap sesuatu yang aku telan, pakai dan tunjukkan pada orang itu hasilnya datang daripada sumber yang halal. Yang bukan diseludup dari akaun orang lain tanpa pengetahuan pemiliknya.

Perlukah malu dengan manusia, pentingkah? Pastikah akan disanjung kalau bertindak begitu? Tak ke mana pun perginya kita kalau keredhaan manusia yang kita cari. Tapi siapalah aku untuk mempersoalkan tindak tanduk orang, sedangkan aku sendiri pun belum tentu betulnya.

Cuma satu yang aku harap. Aku mohon pada Allah, dalam keadaan aku yang sesekali terdesak, janganlah sampai aku juga bertindak dengan cara yang sama.


peace no war lah dude!~

Wednesday, May 14, 2008

270: Lima je? ;D

betul ni nak LIMA je? :p

Cik Bawang yang baek hati, comel, mulus, tulus dan berbudi pekerti mulia dengan secara kurang sopan dan gangsternya telah mengetag aku demi untuk mengorek sejarah peribadi aku. Ceh, ceh dan ceh lagi ahahahahah!~

So benda yang beliau bz bodi nak tau adalah tentang 5 perkara pertama yang jadi dalam hidop kita. Kira 1st experience la? Sebab perkara pertama yang jadik kat aku adalah aku hidup hehe. Ok laa.. hentikan loyar buruk, moh kita jawab jelah tanpa banyak songeh~


first time nek ketebang

masa tu umur 6 tahun, wat umrah. tak ingatlah ape perasaannye, jap pk~ ermm.. eksaited kot. tapi aku ingat yang aku tak berapa gemar taim nak tido sebab tak selesa. bila aku nak baring kat lantai, cik pramugari tak bagi lak. leceh betoi! pastu duduk je, boring boring. so bila aku boring, aku selamba papa je jalan-jalan dalam flight (buleh gitu?). saje nak jengah mak aku yang syok² melepak kat kusi 1st class huhuhu~ dan semua yang berlaku semasa wat umrah adalah first time untuk aku :)


first time eksiden

masa darjah 2. time tu abah singgah kat kedai, dia soh aku gi bli sokkabau. sebagai pengguna jalan yang berhemah dan diajar, haruslah aku pandang kiri-kanan-kiri sebelum melintas. tapi adekah ko dapat menyangka, lepas pandang kiri yang terakhir tu ade motor datang dari belah kanan? tetau je aku dah tertiarap atas jalan, tudung skolah aku ade kat ujung jari. tapi aku cool.. bangun, capai tudung dan terus masuk kete. abah aku lagi cool, wat tatau je anak kene langgau moto ni! dia kuar, hulur RM50 kat mat motor yang langgau aku tu (baguih dok ada, langgau aku dapat duit), pastu terus bawak aku gi skolah. eh, aku tak cedera, tapi motor mamat tu cedera la. no plat patah, lampu signal pecah dan lain-lain lagi. gagah laa aku, setanding Ironman hohoho~

tapi aku rasa aku lupelah beli sokkabau tu ahahahahah!~


first time belajau komputer

darjah 3. di zaman Apple. komputer takde mouse tauk. kene hapal step by step segala command² yang pelik. mak tak bagi aku masuk kelas tu, tapi abah suruh (apatah lagi dengan klotak degil aku yang memang nak join kelas komputer). mana leh aku tak join, anak guru beso mesti laa join sebagai contoh yang baik untuk murid² lain eheheheh~


first time travel jauh sorang²

darjah 6. ala taklah jauh pon, takat Melaka - KL je. tapi aku pegi sorang naik bas. semuanya semata-mata nak pegi Pesta Buku kat PWTC. tengok! kekecik dulu gigih datang sorang jejauh lak tu. ini dah dekat, dah takde masa dah huwaaaaaaaaaaaaaaa!!~


first time kene belasah teruk

darjah 2. aku rasa abah ade problem kot hari kejadian tu, dan malanglah aku sebab terlambat siap ke sekolah pagi tu. abah aku memang punctual orangnya. oleh kerana kegagalan aku carik seblah stokin pagi tu, aku kene belasah kaw-kaw punya secara berperingkat - dua jenis hanger (yang plastik - patah, ganti dengan yang besi pulak sampai bengkok), ranting pokok rambutan (hancur!), last skali dengan payung panjang - habis rosak payung tu. abah hanya berenti bila mak aku kata - abang ni nak bunuh anak ke?! aiyooo.. saket woo huhu~ bila aku dah besau dan disahkan oleh doktor ade scoliosis, abah rasa bersalah banget - dia ingat dialah punca aku ada scoliosis. padahal takde kene mengena pun heheheheh~

Dah cukup LIMA kan? Ha? First love? Kalau cite pasal first love, dah jadi ENAM. Tag ni kata nak LIMA je kan kan kan? Lalalalalalala~

:devilishgrin:


# dan rupanya aku masih mampu menangis utk dia. hati masih berdarah tersagat setiap kali aku sedar, segala yang pernah jadi milik aku kini bukan hak aku lagi. semua itu, semua yang dia tulis, yang dilafazkannya - semuanya, yang sama - pernah menjadi kepunyaan aku. aku benci, kerana aku gagal membenci dia, yang mengakibatkan aku gagal melupakan dia.

kan elok kalau kau tak pernah mencari aku semula, supaya aku pun tidak terus-terusan merisik keadaan kau lagi sekarang..

Monday, May 12, 2008

269: aku dah balik ni..

:hi:

Adeh ngantoknye! Aku pon tatau laa nape aku tak cover balik ketidakcukupan tido masa balik outstation aritu. Mak heran nyah! Dah laa tido lambat, bangun awal pulak. Huhu~

Banyak tak banyak, ada jugaklah kisah-kisah selama aku kat JB. Darkz, sori ek tak contact awak pon hehehe. Siang kerja, malam merambu. Menjengah sisi indah dan jeliknya kota JB - rasa cam pelancong pun ada. Sesekali malu gak nak kuarkan kamera, tapi bedal jelah hehe.

Mana satu nak cerita ek? Ok laa.. aku cerita kejadian masa pagi sebelum kitorang nak bertolak ke JB..

Alkisahnya, subuh tu sebelum gerak, kenalah isi minyak kan? Maka kami yang sekereta ni pon tugede-gedelah ke Petronas yang berhampiran. Aku keluar nak cucuk duit sambil beli air kotak, sementara akak tuan punye kete itu pon mengisilah akan minyak tersebut ke kereta beliau. Abes je urusan aku, ku lihat beliau dah masuk kete dan orang lain pon sama. Bila aku pun masuk, beliau pun jalanlah. Tetibe dengar bunyik..

GRAAKKKKK~ *lebih kurang camtulah bunyik dia*

Aku pandang akak tu, dia pandang aku. Kami semua berpandangan selama beberapa saat *ahahahahah*

bunyik ape tu kak? aku
err.. tangki minyak tu
tak tutup ke?

bukan...


Koma aku. Ape kes ni? Pastu nampak mamat attendan pam tu datang berlari-lari anak gadis sambil ngejas samting.

nozzle
nape?

lupe nak letak kat tempat dia hehe

HAAAAAAAAA????!


Aiyoohh! Aku tatau laa nak gelak ke hape. Selama ni kan aku asek laa dapat email gambar woman driver yang bawak nozzle tersangkut kat tangki minyak, sekarang giliran aku pulak merasai sendiri pengalaman tersebut. Genre perasaan aku masa tu adalah kelakar panik ye kekawan. Keliru sungguh, nak gelak ke tak masa tu. Tapi aku tak gelaklah, sebab aku tatau sejauh mana seriusnya kejadian ni. Kot laa kene bayar ribu-ribu ka, kot laa kene blacklist kete takleh isi minyak lagi kat situ ka, ape kaa huhu~ Kata mamat attendan tu, kena bayar RM100. Tapi dia cakap pun tak konsisten, kejap kene bayar RM100, kejap kene RM150. Last² akak tu tak bayar pun lalalalalala~

Nyesal plak tak snap gambar nozzle tercabot hehe..~

Yang lain tu cerita biase kot. Kalau ingat nanti aku ceritalah esok² wokeh!
:yawn:

Monday, May 05, 2008

268: ada macam2 ni~

Benarlah seperti kata Puan Zaida kita, bahawa sepanjang cuti Hari Pekerja tu aku habiskan dengan makan tido je kat umah ahahahah. Malas la nak kuar. Walaupun aku ajak2 ayam je member aku tu kot2 laa dia nak kuar ke - beli makananlah, aku kebulur takpe perut aku, kang orang tu kebulur kang sian plak - tapi untungnya beliau pun malas mau keluar. Maka sesi mengopes dapur pun bermula. Memula ingat nak masak megi je, korek punye korek ade pulak benda yang kalau dimasak akan menghasilkan bihun goreng. Tak lama pun aku masak, tau2 dah siap je hehehe~
:sweaty: Yang syoknya malam tu laa.. Aku perasan gak dua tiga menjak ni, aku asik mencederakan diri sendiri (tak sengajalah). So malam tu kena lagi, kali ni aku TERsiram plak air panas mendidih kat perut aku yang comel ni. Tu laa.. instict sendiri tak mau ikot. Dalam ati aku dah berdetik dah "terbalik jugak jag ni kang", sekali sikit punya masin kaaa ati aku?? Sibbaik lom ubuh gula lagi, kalau tak.. huhu~ [tak silap aku, kalau ada gula, suhu air panas tu akan jadi lebih panas, betoi kan?] Ni pon dah bertanda laa purutku, panjang pulak tu! *usap2 perut*

Ari sabtu, tekak rasa nak bermewah2 sebelum kemudiannya akan menjadi murung semula akibat kurang duitlah. So pergilah aku dan kawan ini makan2 kat sikret resipi, bayar sendiri2 la memandangkan Acai takde, kalau tak leh soh Acai bayarkan. Tak gitu adikku? *kelip² mata tanda caring ahahahahahha*

Lepas makan, ku mencari hadiah untuk budak umah yang nak pindah itu. Dan sambung jalan2 lagi. Akhirnya aku terbeli....


.. dua² yang dalam gambar di atas. Cik perfume dan selendang santek. Motifffffffff beli benda² ni???? *hantuk paler kat dinding* Seingat aku laaa, aku tak pernah lagi beli perfume yang regenya melebihi RM20 - tatau laa aku ni kedekut kaa ape. Ala.. lagipon perfume² yang orang bagi masa birthdays aku tu pon tak abes2 lagi. Bukannya pakai macam nak rak pon. Tapi kali ni...

Kalau korang selongkar entry lepas2, aku ada sebot betapa chentanya aku terhadap cik bunga bernama Lily. Oleh kerana itulah, mindaku terpaku bersama kaki semasa daku melangkah ke dalam Bodyshop itu seraya otakku menuturkan "eh bestnye bau jadah ni, macam pernah ku hidu tapi di mana ya". Beberapa menet kendian, barulah aku tau.. Bau yang nyaman itu datang daripada perfume Aqua Lily yang baru jee terdapat di pasaran. Dan apabila kawanku menawarkan kredit pembayaran ansuran mudah, hampir sejam kendian barulah aku berkata iya dan menyambar sebotol perfume itu *peluk perfume kekuat*

Huwaaaaaa!!~ Ape ni!! Mengapa mesti aku terbabit dalam hal2 sebegini?? Aku tak rela berhutang (tapi dah hutang pon ahahahahah~ mengong). Terpaksa laa sambung lagi kemurungan huhu~

:hilo:

Aku nak mengadu sket. Apalah nasib aku berhadapan dengan manusia yang suka sangat cite pasal "bilalah aku nak kawen" x 1000000 kali, "bile laa nak ade boipren" x 23000000 kali, "nak ushalah mat tu" x 45000000 kali dan senang cite, asek sebot pasal hal2 kawenlah. Pendek kata, dalam 10 benda yang dia cakap, aku boleh jamin - 6 tu mesti sebot pasal kawen. Aku bukan sensitip weh, tak kisah pon. Tapi kalau celik mata cakap pasal kawen, nak tido cakap pasal kawen, tak terasa sesuatukah??

kita kene sebut Mas.. ni doa ni.. nanti kita cepat dapat jodoh - dia kata
yelah.. tapi kalau asek sebot je doploh pat jam, rasa cam menyampah plak - aku kata

Betoi kan? Cakap dalam ati je takleh ke? *garuk paler* Banyak lagi yang terbuku di dalam hati ni, takpelah.. Nanti aku cerita berperingkat2. Itu pon kalau blog ni...

Hah! Cakap pasal blog ni. Aku rasa untuk masa sekarang ni, aku tak privatekanlah ye. Cuma kalau terlepaslah blog ni pada orang-orang yang aku tak mau mereka tau, masa tu aku terpaksalah privatekan. Ehehe..~

Entry ini akan bertahan sampai minggu depan, insyaallah. Sebab hari Rabu - Jumaat aku akan berada di JB, hal kerjalah. Sape2 kat JB tu yang tingin nak belanje aku, silelah contact - tu pon kalau free laa.. hehehe~

See ya! :wave: