Monday, June 30, 2008

287: urgghhh...~

   


 

Berbuku perasaan aku pagi ni. Tuhan.. Kau tenangkanlah hati aku yang rasa nak mengamuk ni. Dalam kata nak tenang pun, aku speed macam nak rak gak tadi, habis semua lubang aku langgar (maafkan baby, Fahrin). 



Aku bukanlah nak berkira. Tapi bila dah dua kali dan dengan selamba, serius aku rasa nak naik darah. Seiring dengan kenaikan harga minyak (ah cerita basi). Tak boleh ke kalau aku ikhlaskan aje?


..


..


..





Wak lu!~




Tak tau nak cerita ape lagi dah. Abes tenaga aku menyipak montot tanda marah. Marah ke? Ntah la. Sape-sape. Tolong suapkan aku makan supaya aku dapat bertenang. Hehe.



Apsal blogger ni lenmacam je pagi ni hah? Aku nak justify tulisan pon takleh. Bengong ke hape. Huh~



edited:



itu tadi. sekarang pukul 10.25 pagi waktu tempatan Shah Alam. klu tadi gear kemarahan adelah gear 5, tetapi setelah mendapat nasihat daripada pintu jamban dan juga diri sendiri, tahap kemurkaan telah menurun kepada gear 3. slow² arrr nak turunkan, rush sangat kang saket plak.



Meh la cite pasal wiken aritu ek. Alkisah biase je pon wiken aku. Gi slimming (opsss! tapi dah turun sket tau) pastu gi layan wayang. Apa lagi, layan Sepi laa... Memang best, tapi tahap kesedihan dan kesebakan masih dapat dikontrol (tatau la betul2 dapat kontrol ataupun terpaksa kontrol sebab ade org kiri kanan huhu). Lepas makan makanan yang berkhasiat di Johny's, layan mata la. Tengok baju kasut segalanya. Alahai cantiknye henbeg, sibbaik aku tengah mengamalkan gaya hidup sihat. Cuma tataulah berapa lama boleh tahan. Harap2 boleh tahan lama. Uhuksss~



Sebenarnya dari hari khamis aritu nak demam tapi tak demam2 gak. Tensen guwe. So ari Ahad aku gunakan untuk mencosume seberapa banyak air termasuklah air Campur 100 (100 Plus) untuk menurunkan kepanasan dalaman innih. Dok umah jelah memandangkan bila dah minum air banyak2, kadar kemasukan dan pengeluaran ke toilet turut meningkat. Alhamdullilah tak jadi demam. Tapi.. suhu badan aku masih belum mencapai suhu bilik lagi. Secara amnya, masih panas dalam lah ni. Dan rongga kat idung tu.. bukan lubang idonglah, ape namanya tah tu - masih saket lagi, tapi dah berkurangan.






Kalau dapat layan mata dalam ertikata melayan mimpi, kan best. Nak jadi PM lah. Boleh tido merata2.



Friday, June 27, 2008

286: Kelakarkah?

Sebelum aku mula berbicara ni, aku nak mintak maaflah kalau² ada yang tersinggung atau akan rasa tak syok bila membaca nanti. Mungkin sesetengah orang tak boleh terima bila benda ni dibincangkan, tapi untuk aku - aku cuma mahu tahu.

Aku nak cerita pasal...Pad a.k.a sanitary napkin. Bukan masalah pad ni. Tapi masalah mentaliti manusia sekarang yang masih tak berubah lagi.

Dalam keadaan dan situasi sekarang yang bebas dengan segala macam benda yang tak semenggah - seks bebas, pesta liar, sumbang mahram, keruntuhan akhlak jurus ke 10, belum kira kes rasuah dan telan duit rakyat sana sini - bila tiba tentang menstruasi + pad dan rakan-rakannya, masih lagi masyarakat kita berpura-pura jumud dan konservatif.

Mau cerita pengalaman aku kah?


Ekcely hal ni berlaku dah banyak kali. Tapi yang paling terkesan dalam hati aku berlaku beberapa tahun lepaslah. Di Hulu Selangor (kampung sapalah tu). Aku dan member² opis diarahkan untuk membuat survey (hal kejelah) kat sana. Oleh kerana keputusan bekalan encik pad tu, maka aku pun mengajaklah budak-budak ni menemankan aku ke 7E. Oh ye, kami berempat ye - 2 lelaki 2 perempuan suci. Tujuan aku untuk singgah tu tak pulak aku khabarkan pada lelaki² tu sebab.. yelah malu jugak.

Bila aku melangkah masuk ke dalam 7E tu, terkejut jugak sebab kebetulan semua yang bertugas dalam 7E tu lelaki belaka. Aku segan ni, tapi dalam kepala otak aku berfikir "alaa... budak ni semua mesti dah biasa dengan perempuan nak beli pad, apede hal". So aku dengan selamba ayam pun capailah sebuku roti tersebut dan meletakkannya di depan kaunter. Terperasan jugak muka budak-budak ni cam terperanjat. Eleh macam tak pernah tengok orang beli pad. Lepas bayar, aku pun blah.

Dan nak dijadikan cerita, salah seorang daripada member lelaki ni masuk ke 7E selepas aku keluar. Bila dia habis berurusan dan masuk ke dalam kereta, dia pun bertanya pada aku.

ko beli ape tadi Mas?
nape?
masa aku masuk tadi, aku tengok semua orang tengah gelak²
......
ko beli ape?
pad
itu je?
ha
apsal dorang gelak plk?
mana aku tau. pad tu kelakar kot.

Cam hanjeng sangat kan. Bukannya aku beli kondom kaa atau barang-barang yang sewaktu dengannya. Aku sangat tak faham kenapa masih ade lelaki yang berasakan menstruasi tu satu benda yang kelakar. Kelakar ke? Aku tak nampak ape-ape yang kelakar pun.

ape laa dorang ni
rilek laa Mas. dorang tu bodoh
ntahnye. ape nak heran. mak dorang tak period ke
akak aku pun period gak. tak pelik pon

Bukan semua berfikir macam tu. Kesian. Miskin pengetahuan ke, atau memang... bodoh. Maaflah kalau aku merasakan orang yang semacam ini senteng pemikirannya. Menstruasi tu kan tanda kesuburan. Tanda mampu melahirkan. Melahirkan itu kan perkara mulia. Yang melahirkan juga manusia yang tergelak-gelak tadi. Kau ketawakan perkara yang kau ketawakan, bukankah sedikit sebanyak kau mentertawakan kelahiran manusia ke dunia. Kelakar ke kehidupan kau?

Lain kali pergi sekolah jangan ponteng kelas sains.

:anongnangyari:


# filim Sepi dah kuar. jom nonton donk ah!~

Wednesday, June 25, 2008

285: Cramp.. Krem..?


Menurut wikipedia yang baru aku telusuri (ewah) sebentar tadi, cramp ataupun kekejangan adalah... alahai malas nak translate, meh aku tampal je kat sini.

Cramps, sometimes called Charley horses, are unpleasant, often painful, sensations caused by contraction or over shortening of muscles. Cramps can be caused by cold, overexertion or low calcium level in blood (especially for adolescents where they need calcium for both blood and bone maturing). Illness or poisoning can also cause cramps, particularly in the stomach, which is referred to as colic if it fits particular characteristics.
Kenapa cerita pasal cramp lak pagi-pagi ni ek? Cam Medik TV lak hehe.

Alkisah. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, aku selalu sangat cramp. Setakat sikit-sikit ok lah, cuma pernah juga aku cramp masa dukung anak buah aku - nyaris jatuh budak tu sebab tangan aku dah tak mampu nak ampu dia.

eheh jatuh ala² cantiklah :p

Beberapa bulan sebelum ni, aku tataulah area mana kat dada aku ni - cramp jugak. Takleh bernafas dan bergerak hampir seminit. Seksa tahukah? Dan selalunya kalau area lengan dan dada cramp, aku akan rasa macam semahu pitam, sejuk badan dan panas sket kat tengkuk. Manakala kalau kat jari kaki tu biasalah, kita patahkan je, betui tak? Setakat ni rekod cramp jari kaki yang paling hebat pernah dilakukan oleh encik jari kaki adalah 5 kali cramp dalam masa sejam. Dan 5 kali aku patahkan jari tu, semuanya meletup2 *terasa diri seperti alien*

Kalau ikutkan ayat di atas tu, kiranya aku kurang kalsium. So kene makan kalsiumlah.


:tsk: Macam orang tua daaa kurang kalsium. Korang ade suggestion lainkah?

Monday, June 23, 2008

284: bau sabun pun boleh termenung

Malam tadi aku ke ruang ampaian, cadangnya nak ambik semua sidaian aku semalam. Masa aku angkat satu persatu baju-baju tu, haruman sabun pencuci sape tah menerjah masuk ke lobang di idongku yang mancung ni. Aih.. macam pernah bau, dan macam pernah ingat suasana macam ni. Dua tiga minit jugak aku kat belakang tu, memikirkan. Dan mengenang.


Teringat zaman baru masuk asrama. Hehe. Baunya beginilah. Hari Jumaat adalah hari cuci-cuci untuk aku. Dan untuk kebanyakan kawan-kawan aku jugak. Semacam berpesta pulak hari jumaat itu nanti. Apatah lagi kalau hujan, dan dah tentu pak guard takde sebab ke masjid. Sakanlah main hujan, silap-silap berkubang dalam lopak depan library tu.

Pernah sekali aku dipanggil mengadap warden sebab hal ni. Bising - kalau demam sape yang susah? Saya, aku kata. Warden pening kepala. Kebetulan minggu tu ada nazir datang melawat asrama. Dan yang paling tak best, puan warden mengambil kesempatan bercerita tentang kenakalan aku pada nazir yang juga kebetulan - adalah bapak sedara aku. Cet!

dia ni memang nakal, rotan je cikgu.

Aparaaaa..~

Masuk ITM. Kadang-kadang berputus asa menengok baju setimbun tulang dalam baldi. Tidur pun tak cukup, apatah lagi nak basuh baju. Dan beberapa kali aku terlintas nak hantar dobi je baju-baju tu, dan akhirnya tetap juga aku terhegeh-hegeh membasuh tengah malam seorang diri. Daripada sedekahkan duit pada kedai dobi, baiklah aku heret diri aku membasuh. Huhu. Penat penat penat~

jgn pk bukan² eh!

Pernah dengar kisah orang kena kacau hantu masa membasuh baju? Aku pun pernah.... dengar jelah. Tapi tak pernah alami, dan tak teringin pun nak alami. Kadang-kadang terbayang juga, tapi rasanya bayangan setimbun baju tak berbasuh lagi ngeri kot. Bayangkan baju-baju tu berkulat, dan anai-anai membuat busut di atasnya. Terdengar bunyi anai-anai sendawa kekenyangan sambil berinteraksi, kemudian dengan rakus mereka kembali memamah pakaian. Bila diselak satu persatu baju, akan ada bubuk-bubuk yang turut menikmati setiap material baju, kain dan seluar dan .... dan..... errr... dan.... tudung.

Bau sabun. Bikin aku termangu di ampaian.

Thursday, June 19, 2008

283: layan tag pulak

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh~

Kak Tipah Mentipu telah mengetag aku. Biasalah tag ni kan ala² nak korek resia gitu hehe. Tapi takpelah, asalkan jangan tanye mende mengarot, ape salahnye ye tak?

Meh layan.

7 tentang diriku
perempuan
suci
comel (org kata bukan aku hihi)
anak bongsu
garang
menggoda (muntah). manje kot
single. tau tak single? :p


7 yang menakutkan aku
buat dosa
gambar mayat
cerita pengalaman melahirkan anak
injection
nyusahkan orang
jobless
lonely (luas maknanya ni, pikir sendirilah ek)


7 lagu-lagu yang aku suka (alamaakk gua ada banyak ni beb!)Seperti Dulu - Exists
What Hurts The Most - Rascal Flatt
Aku Tanpa Cintamu - Mirwana (nasyid pon layan tau)
Karam - Zabarjad
Aku Ada Kerna Kau Ada - Radja
Here Without You - 3 Doors Down
Cherish The Love - Papa Bear


7 mende aku suka sebot
harooom jadah
motiff??
takde maknenye
vodoh cam pisang (objek bodoh bole bertukar menjadi 'ayam' dan 'hanjeng' ikut gred)
alhamdulillaaaaahh
syaitoooon
bole laa


7 perkara yang amat bernilai
pengalaman
pengetahuan
duit
segala berkaitan famili dan kekawan
perasaan
nyawa
harta benda dengan usaha sendiri dan yg org bagi jugek :)


7 perkara pertama berlaku dalam hidup ni (aiikk macam penah jawab)hidup
gi sekolah
eksiden
blajau memandu
kene belasah
berchenta
maki polis

Takmo tag sesiapa boleh? Adakah aku akan dipandang tinggi oleh masyarakat hihi. Cam matured je jawapan aku. Skema laa pulak huahahahah. Takpelah. Kak Tip, puaskah atimu sekarang? Hihi~
:woooh:

Tuesday, June 17, 2008

282: Salah Faham


Aku rasa, salah satu perkara yang agak rumit untuk kita lakukan ialah menghuraikan kekusutan tentang salah faham orang terhadap kita. Sukar bila tujuan kita menerangkan dianggap sebagai 'self-defense' ataupun untuk 'cover' diri. Terutamanya sekali apabila salah faham itu berkait tentang hal jiwa-jiwa (bukan anak Mohd Jiwa tu ek).

Untuk aku - satu masa dulu - aku macam tak peduli pun. Lantaklah. Tapi bila dah lebih dari 3 orang yang memandang aku dengan pandangan yang salah, aku pun mula tertanya-tanya - adakah dorang yang mudah menjatuhkan hukuman atau aku yang menjadi puncanya?

Akan ada dalam satu ketika dan keadaan, aku akan rasa tertarik untuk menghampiri. Bukan untuk apa, aku rasa teringin untuk berkawan dengan orang itu. Mungkin kerana caranya, mungkin kerana aku lihat semua orang pun seronok berkawan dengan dia, atau mungkin aku rasa rugi kalau tidak bersahabat dengan orang itu. Aku cakap secara am la ye. Ataupun mungkin sebenarnya aku tak berniat apa-apa, tapi orang itu terasa seolah-olah aku cuba menghampiri (ini kes perasan la kot).

Tapi salahkah kalau aku macam tu? Aku nak kawan jelah, bukan nak ajak kau kawen. Cara aku mendekati pun rasanya tak keterlaluan. Bukan macam kucing yang datang meleser kaki sesiapa. Agaknya cara aku salah kot?


Aku terasa nak bercakap sebab ada beberapa kejadian yang berlaku. Antara aku dan orang sekitar, dan juga antara aku dan rakan-rakan cyber. Masa awal tahun aku di UiTM, ada juga sorang sahabat yang pada mulanya ok je dengan aku, tiba-tiba dingin. Dan aku pula bukannya peduli sangat sebenarnya, cuma tak syioklah sesama kawan sekelas pun nak sejuk-sejuk. Rupanya dia sangka aku ada hati kat dia. Ni yang malas berkawan dengan orang ada rupa sikit, asalkan orang baik je dia ingat kita syok. Dan kali terakhir kami berjumpa masa reunion beberapa tahun lepas, sikap dia masih lagi sejuk kuku beruang. Macam hensem sangat <-- ayat aku dalam hati yang tak faham kenapa dia rasa macam tu.

Dan sekarang berhadapan dengan rakan cyber pula. Sampai sekarang sebenarnya aku masih lagi terasa dengan 'amaran' salah seorang dari kamu yang membaca blog aku ni yang melarang aku 'meminati' dia secara bersungguh-sungguh. Dah lama, dah bertahun-tahun tapi aku masih lagi terasa tak best. Sebab rasanya aku tidaklah mengganggu dia. Keterlaluan kalau itu yang menyebabkan dia berkata begitu. Akibatnya sesekali aku rasa tak peduli dan tak mahu lagi menjengah ke 'rumah' dia. Aku tak berkira sangat hanya kerana dia pun tak berapa nak menjengah ke sini, tapi aku ada rasa sedikit terhina bila memikirkan kedatangan aku seolah-olah mengiyakan kata-kata dia.

Baru-baru ni pun begitu juga. Bezanya aku tidak terasa seperti dulu. Cuma semakin membuatkan aku mencari-cari di manakah salah laku yang aku pamerkan - yang membuatkan dia ini dan dia-dia yang lain memikirkan aku seperti itu. Salah aku kot. Bak kata sorang kawan aku dulu:

cara kau melayan tu memang menggoda orang


Menggoda? Aku??? Try sebut depan mak aku, dijamin beliau akan gelak terguling-guling di tengah laman.

Heh. Masalah. Baik salah, tak baik pun salah. Bila aku 'plain' je orang kata aku garang, sombong. Tapi bila baik, orang kata aku nak mencari chenta pulak. Inilah cabaran jadi orang single, tau tak.

kau ni garanglah
kang aku baik kang ko kata aku nak mengorat

....

Serba salah~:anongnangyari:

Friday, June 13, 2008

281: Hitam Putih Kehidupan

Aku sedang berpinau bijik mata mengadap PC masa Mr. Sivaji datang dan menegur.

Mas, macamana projek R&D tu, ada buat pape tak arinie?

Aku pandang dia sekilas, sambil kepala otak mengira-ngira costing hamjadah dan mulut pun macam baca mantera semerah padi menyebut hektar, ekar, unit bla bla bla - aku geleng je. Memang aku tak buat ape pun sebab nak kosentret mende ni. Ada sesetengah orang dalam situasi aku mesti akan angguk. Hoh aku malas nak mengiyakan yang tiada, dibuatnya dia nak tengok kang mampus aku. Pastu dia cakap kat sorang staff yang kebetulan ada di sebelah dia.

I suke tengok Mas tensen, masa tu nanti kulit dia jadi putih hehe~

Syial je. Mr. Sivaji ni memang suke laa kutuk² tona kulit aku. Aku tau laaa dia cerah, aku mendung. Kecoh betoi.

cekik kang!!


Jangan marah, Mas! Jerit beliau dari kejauhan - lari la tu. Malas aku nak layan :p

Isnin dan Selasa depan (half day) aku takdok. Ke manakah agaknya kakiku akan melangkah minggu depan? Kita tunggu episod yang akan datang.


:wave:

Thursday, June 12, 2008

280: emotion = emosi = emo = hemoh²


It's over and done
but the heartache lives on inside

And who's the one you're clinging to
instead of me tonight?


And where are you now, now that I need you?

Tears on my pillow wherever you go

I'll cry me a river that leads to your ocean
You never see me fall apart

In the words of a broken heart


it's just emotion taking me over

Caught up in sorrow lost in the song
but if you don't come back
Come home to me, darling

don't you know there's nobody left in this world to hold me tight

nobody left in this world to kiss goodnight

Goodnight, goodnight


I'm there at your side,

I'm part of all the things you are
But you've got a part of someone else

You've got to find your shining star

And where are you now, now that I need you?
Tears on my pillow wherever you go

I'll cry me a river that leads to your ocean

You never see me fall apart

In the words of a broken heart

it's just emotion taking me over
Caught up in sorrow
lost in the song
but if you don't come back

Come home to me, darling

don't you know there's nobody left in this world to hold me tight

nobody left in this world to kiss goodnight

Goodnight, goodnight


destiny's child - Emotion



bz. kene stebek arinie dan esok. c u.

Tuesday, June 10, 2008

279: ...


Pernah tak anda rasa. Apa yang anda mahu dan tahu, dan perlu untuk tahu dan anda teringin untuk dapatkan jawapannya. Tapi persoalan akan terhenti pada satu tahap. Di mana jawapannya anda dah boleh agak. Cuma ada sesuatu yang menahan desakan hati yang mahu tahu dengan jelas. Kerana hati tidak mahu terluka lagi. Sedangkan mungkin kalau persoalan itu terus diutarakan, maka segala jawapan yang diinginkan akan anda dapati.

Sungguh benar aku mahu tahu apa dalam hatinya insan itu. Tapi aku bagai dah terasa jawapan yang aku tidak mahu. Jadi aku terus saja menyepi. Bukan kerana aku berniat untuk berdiam sebegitu. Tetapi kerana mungkin apa dalam hatinya dia itu akan mengguris hati aku pula. Dalam keadaan aku tidak sepenuhnya tahu apa sebenarnya pun aku sudah terasa duka. Jadi aku pun bertanya pada hati, perlukah aku tahu kebenarannya?

Dulu. Situasi ini pernah juga aku rasakan, tapi mungkin dalam suasana berbeza. Aku tahu aku akan terima jawapan yang paling tidak aku mahukan. Namun aku desak juga. Dan akhirnya luka itu terasa sampai sekarang.

Jadi perlu apa aku desakkan lagi jawapan yang bakal memudaratkan kesihatan jiwa aku? Kalau insan itu merasakan dia amat bahagia sekarang, maka teruskanlah. Tidak sekali-kali aku berdiri menghadang dia pergi. Kerana aku amat sedar dan tahu di mana letaknya diri aku.

Tapi hati tetap luka. Hati tetap terguris.


kalau bukan sekarang, akan datang pun akan rasa juga akhirnya..

Monday, June 09, 2008

278: multi-story (ade ke perkataan ni?)

Sangap! Malas nak tulis panjang-panjang.


umah aku lom mekap abes lagi. sapetah aritu nak aku tunjukkan gambau umah aku, ni jelah rupanya skang. langsir pon takdek lagi. mebi lepas ciom paklah, jeanne akan bagi langsir ke, karpet bulu2 ke, sape tau kan.. *harapan berbunga realiti*



aku dan kengkawan. kenduri kawen adik Siti *puan punya anak*. ni semua member skolah aku neh. Siti adelah geng paling rapat masa zaman aku menganggur dulu hehehe. kulu kilir carik keje kat bandar Melaka, ko ingat tak?? :p


kat kenduri umah Suria. ini semua kekawan satu kelas zaman skolah jugak. bezanya Suria adalah kawan aku since skulah rendah, tapi dorang ni sume geng skulah menengah. err Suria pon satu kelas dengan aku masa skulah menengah. hah pi mai pi mai tang tuuuu jugek hehe~


dengan Kak Aida, mummy dorm kami bertiga. heh, katil dekat-dekat je sume ni masa kat asrama dulu heheh~

Puan Suria kawen gak akhirnye, ceh! Takleh tahan bila minah ni call aku seminggu sebelum kenduri dia - "aku nak mintak izin keluar dari kelab bujangan korang ni". Hahahah kalau aku tak izinkan, ko takmo kawen ke Oya?? Takde maknenye! Nak amek gambar pon kene beratur, tak penah dibuat dek orang~


Bestnye kawen bawah pedang! Aku pon nak gak, tapi takmo kawen dengan cik pulis, bole ke? Eh laki ko pulis ke? Tak sempat arr nak tanye. Apepun, Selamat Pengantin Baru beb!!!

:inlove:

Friday, June 06, 2008

277: Minyak Naik, Naik Minyak??

ok gak kalau ade kenderaan yang pandai berdikari camni~

Hehehe semalam sana sini blog yang aku masuk bercerita tentang kenaikan harga minyak yang mengakibatkan aku nyaris kantoi semayang maghrib pada hari kejadian. Beratur di stesen minyak sejak pukul 6.45 petang hinggalah pukul 8.00++ baru dapat isi minyak. Sepanjang aku berkereta, rasanya inilah pertama kali aku bereaksi bila harga minyak naik. Sialan ah! Terlepas aku nak tengok Ezora.

Bila seorang penonton TV3 menyatakan pendapat bahawa elaun timbalan perdana menteri serta perdana menterinya perlu dipotong, aku setujulah sesangat. Eh tapi kenapa tak semua menteri pun kita buat macam tu? Dan jugak pemegang² title Datuk yang dapat elaun jugak tu - daripada huhahuha tambah bini sana sini, beli jet beli satelit beli segala macam benda dalam dunia ni, lebih baiklah membantu meringankan beban pundak masyarakat marhaen macam aku ni. Pahala pun dapat, selamat dunia akhirat (eh aku tak jamin).

Dan Malaysia - lepas ni toksah ngengada nak antar so-called 'angkasawan' lagi ye. Minyak mengantar seorang manusia ke angkasa (tak jejak bulan pun) tu aku rasa satu Malaysia pun boleh pakai dalam setahun ni. Banyak cara lain nak tunjukkan Malaysia Boleh. Skang dah rasa macam Malaysia Boleh BLah pulak. Nak suruh rakyat ubah gaya hidup, pemimpin kenelah tunjukkan dulu. Bukankah KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN? Semoga lepas ni peluang rakyat untuk terserempak dengan pemimpin² dalam LRT, monorel, bas henti-henti dan juga teksi akan lebih cerah. Bolehlah kita ambil autograf, posing bergambar dan canang satu kampung.

Lepas ni duit hantaran pun melambunglah ek? :woooh:


Aku takde pape nak bagi pada beliau selain daripada..


Memuah!!! Sayang Pak Lah sesangat!! Lepas ni saya akan menyertai kempen Kami Sayang Pak Lah bersama-sama Ani Mayuni. Memuaaahhhh!!!!

Wednesday, June 04, 2008

276: entry untuk kawan

"Wohooooooooo pengantin dah sampai, siap berpayung bersama tu!!!" teriak kawan-kawan aku yang dah berkumpul dalam bas sebaik sahaja aku dan Ejal menjejakkan kaki ke dalam besi buruk milik UiTM itu. "Diamlah korang! Aku lempang kang tak pasal je!", sambil mengelap air hujan yang bersisa di baju aku berkicau, macam biasalah aku dengan perangai aku. "Ejal! Ko buat ape aaa kat Ctah? Kanmain lama lagi kitorang tunggu. Best tak? Camne performance dia?", aku tak ingat siapa yang bertanya, tapi hati aku menyumpah-nyumpah melihat perangai budak-budak ni, rasa nak kunyah je dahi diorang. "Ahahahaha ada laaaa... ko budak-budak mane boleh tau. Kitorang buat maksiat je sikit, kan Ctah kan kan kan?", Ejal menjawab dengan gelak tawanya. Hampeh betul, ahahah!!

Kemudian mereka pun mengusik kami dengan menyanyi beramai-ramai.

Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan
Berdua jalan kaki saat turun hujan
Basah baju kita basah hati kita
Mesranya berpayung daun pisang

Kusungguh merasakan mesra malam itu
Walau basah bajuku rela aku rela
Betapa mulia hatimu oh dinda
Demi kekasihmu rela berkorban
Siapa tahu nanti tuhan meberkati
Daun pisang menjadi payung sutera
Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan~

"Banyaklah korang punya daun pisang", aku menjawab sambil menahan tawa. Siamang betul.

Persahabatan aku dan Ejal ni memang mengundang tanda tanya. Tak dinafikan kami rapat, tapi mereka tak jelas kenapa kami boleh berkawan tanpa terbit rasa apa-apa. Ala... ingat kalau lelaki dan perempuan tu berkawan, semua nak jatuh cinta ka? Takde maknanya okeh.


tapi takde laa sampai polok² camni.. hilang akal ke hape :p

Asalnya kami berkawan rapat kenapa ye.. nanti jap aku fikir. Oh.. asalnya dia nak mengurat member kami tu. Hehe. Dan aku jelas dengan kedua-duanya, dan aku tak mahu sesiapa rugi dalam kes ni. Dahlah, abaikan je. Yang penting, lepas kejadian itulah persahabatan kami jadi rapat - rasanyalah. Taklah rapat sampai nak kemana je pun berdua, cuma bila dia ada masalah (yang biasanya akan berkaitan dengan kewangan dan cinta asmara), memang dia akan cari aku. Manakala bila aku tertonggeng-tonggeng kelam kabut menyiapkan projek di studio, dia akan membantu - kalau dia tak sibuklah. Hehe.

Oleh kerana aku dilantik menjadi 'Menteri Kewangan'nya, maka kadang-kadang dengan tak sengaja aku akan termasuk campur juga bila tiba hal-hal urusan PTPTN dia tuh. Tahukah dia itu boros? Maksud aku, mana-mana lelaki remaja berusia 19 tahun di dalam kelas aku pun akan jadi hilang arah dan akal bila mendapat duit pinjaman RM2,500 untuk satu semester.

Satu hari, aku diajak dia untuk berbincang di makmal komputer. "Aku nak beli handphone", kata dia. "Hah? Hei.. ko tau tak.." belum sempat aku membebel, dia memintas. "Chop... chop.. Aku tau kau mesti nak marah aku. Tapi kau tengok ni, aku dah listkan apa aku nak buat dengan duit ni supaya kau tak bebel", ujarnya sambil mengeluarkan satu kertas kecil. "Kau tengok, aku dah bajet baeekk punya, duit aku cukup sampaikan boleh bayar yuran ITM semester depan". Aku terdiam. Heh. "Sampai dah buat macam ni, aku takmo cakap papelah". "Ctah, aku dah fikir panjang dah.. aku jamin duit aku cukup. Aku takkan pinjam duit kau lagi, kau jangan risau." Aku senyum je. "Lagipun... ini kan duit aku, so patutnya suka ati akulah.. kau faham kan?" Oo.... "Oklah kalau kau dah cakap macam tu. Pape sok jangan kata aku tak bagitau pulak ye" "Tak.. janji!"

Dan fenomena telefon bimbit pun melanda studio kami tahun itu. Memiliki gadget itu adalah simbol kemampuan dan kemajuan, kerana zaman tu bukan semua orang ada handphone. Ejal pun antara mereka yang bergaya dengan telefon bimbit. Kemudian mereka semua pun mem'provoke' aku supaya membeli juga. Tapi macam aku cakap, bukan semua orang ada handphone zaman tu. Aku pun tak berapa teruja nak memiliki handphone. Setakat nak telefon mak abah, aku guna telefon UiTM je - reverse charge. Hahaha.

Beberapa bulan kemudian, Ejal menghampiri aku di studio - berbisik dan mengajak aku ke cafe fakulti. Setelah dua tiga kali menyedut air, dia pun membuka mulut. "Aku rasa kau mesti marah aku punya.." Aku mengangkat kening. "Apsal lak? Kau nak pinjam duit aku lagi ke? Kata cukup sampai semester depan.." aku bersuara, nada sindiran. Dia terdiam, menyedut air lagi dan bersuara perlahan. "Ala.. yelah aku silap, aku takmo dengar cakap kau." "So, boleh tak aku nak cakap benda yang kau takmo dengar aritu?" kata aku. "Cakaplah.. aku redha heheh". "Sebenarnya aku nak cakap aritu. Memang laa kau boleh tulis, listkan semua benda yang kau nak buat. Tapi satu kesilapan kau, kau tak terfikir langsung benda yang mampu terjadi di luar rancangan kau. Memandangkan kau dah sound aritu - kata itu duit kau - aku malas nak cakap lagi..." Dan sama-sama terdiam.

Habis pengajian di UiTM, masih lagi juga sesekali keluar minum bersama. Hingga pernah mengundang rasa cemburu pada jiwa seseorang. Dan kebetulan apabila musim putus cinta melanda, kami sama-sama bersantai menonton wayang dan nyaris berkelah di Hutan Lipur Kanching. Bercerita sambil makan-makan, tersentuh juga jiwa gothic aku bila terperasan genangan airmata jantan dia tu. Isk~ "Takpe.. biar menangis sekarang, daripada menangis kemudian", nasihat dari aku - untuk dia, dan merangkap untuk diri sendiri. Hehe..

Dan minggu lepas, dia sudahpun melangsungkan perkahwinan. EJAL! Sorilah aku tak pergi. Aku berada di persimpangan empat sabtu aritu. Aku macam nak pergi, tapi aku penat, tapi aku keluar gak tengok wayang, aku tunggu sahabat lagi sorang yang memula kata nak pegi dengan aku tapi last-last aku tak tau dia pergi dengan siapa, tetamu ajak aku pergi dengan dia tapi semangat aku dah layu. Aku banyak alasan eh? Ahahahahah!! Sebenarnya aku lebih suka kalau sabtu tu majlisnya di rumah kau laaa.. Apsal bebudak ni sume malas pegi kenduri rumah kau?

Apapun aku mendoakan dia bahagia sebahagia bahagianya. Dan janganlah isteri itu menyakiti dia seperti yang sebelum ni. Malas aku nak tengok dia menangis, nanti kang aku tacing tak pasal-pasal jugak hihi. Selamat Pengantin Baru sohabat. Dan terima kasih sebab kahwin, senang hati aku hahahahah!~

encik baju merah. belum kawen lagi dah gomok. habislah ko lepas ni~


Hah lepas ni jangan ade sape pulak tanya aku lagi bila nak kawen dengan Ejal, letih aku nak memahamkan diorang ni.

# epy bday Kak Maya!!~ :inlove:

Monday, June 02, 2008

275: dah pindah!~

ini BUKAN rumah aku huhu~

Macam-macam cerita dalam tiga hari ni. Tatau nak cite mana satu ahahaha (macamlah orang heran pon). Yang pastinya, jumaat lepas aku amek EL terancang - untuk uruskan hal-hal rumah jugak. Punyalah huru-hara hidup aku siang tu sampai terbeli set Big Mac sampai dua set. aku tatau laa aku ke yang sengal ataupun budak amek order tu yang sengal. aku kot?. Akhirnya aku dan rerakan yang masih ada kat umah tu pun selamat berpindah randoh ke rumahku. Menjelang pukul 3 pagi baru le dapat tidor. Tak sempat nak baca yasin kaa apa kaaa.. huhuh~


sesak napas bila berangan nak wat macam ni kat umah aku :D


Sabtu. Heh. Pagi sabtu, aku dan Anne mengeluarkan diri untuk aktiviti sarapan. Kemudian aku dapat sms daripada bakal jiran. Eh eh ada kat sini? Balik ke rumah aku, aku saje menapak ke rumah bakal jiran. Merayap pulak. Hampir setengah jam, beliau call - dan ada depan rumah. Lepas memfolo beliau makan tengahari, balik umah sat - siap² dan shoot ke JJ Bukit Raja. Kita layan wayang pulaks~

Ada beberapa benda yang diucapkan dek bakal jiran membuatkan aku rasa nak tersengih-sengih lak. Bukanlah terawang-awang ke hape, it just... ape ek.. it makes me wonder. Takpelah, lain kali kita pikir:devilishgrin:

Tengah malam, menerima kunjungan tetamu. Dan sorang tetamu menginap di rumah aku. Tetamu yang tak join tidor umah aku tu (dia nak, aku tak bagi.. weeeekkkk!! *jelir lidah*) pun tetibe je berkata sesuatu yang membuatkan aku tersengih gak.

tu laa dulu aku suka kat kau, kau tak layan..

Ahahahah~ Tetamu ni memang lemau sket. Kalau dulu dia perhati dengan hati, dia akan nampak sebenarnya dalam masa 2 tahun tu aku dok usha dia. Ngok betoi! Nantilah, ada masa aku wat entry pasal ini budak heheh.

Ahad, selepas membawa aweks tetamu itu sarapan, dan dia diangkut keluar, aku meneruskan aktiviti pengemasan yang tertangguh. Sebelum tu sempat lagi shoot ke kedai perabot. Huh, dalam kata takde duit tu.. huhuhuhuuh.. Kendian kesengalan melanda lagi. Aku boleh plak nak menghala ke rumah lama. Lagi sket nak sampai baru laa aku tersedar dari lamunan. Najis betul la... perabih minyak je! Sepanjang petang mengemas bilik ajork. Kumbah, simpan dan buang. Sebelum maghrib, siap semuanya. Malamnya takde buat apa yang dahsyat sangat kecuali siapkan baju untuk kerja arinie dan sempat pulak basuh baju - nak dekat pukul 11 malam baru tergerak hati nak wat laundry, voleyyy??:sweaty: Akhirnya menjelang pukul 1 jugaklah aku tido huhu~

Dan pagi tadi aku try keluar rumah seperti biasa - maksudnya sama timing macam aku dok umah lama dulu. Ermm... dalam 10 minit jugak sampai opis. Lebih kurang. Mebi sebab cuti skolah kot? Kita tengok esok macamana heheh~


# sebenarnya sebelum berpindah, aku terjumpa diari aku tahun 2004. tahun terakhir aku menulis diari. hanya bulan pertama yang bertulis, itu pun penuh dengan ikon sedih. aku pun terlupa yang dia memungkiri janji untuk berjumpa aku pada malam harijadi aku tahun tu. tapi aku ingat, aku terlelap selepas menangis malam tu. dan diari itu aku buang. sorilah my friend - diari hadiah harijadi aku daripada kau tu terpaksa aku buang. harap kau tak kecik ati.. aku tak perlukan memori sedih macam ni untuk teruskan hidup aku sekarang.