Wednesday, July 30, 2008

298: Apekeyyynye?

Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Sungguh megah lagaknya

Helang mendabik dada

Membelahi angkasa

Dengan gaya perwira


Bila saja engkau menghampiri
Burung lain terbang lari
Kau merasakan dirimu gagah
Hak yang lain tak kau endah
Mengganas engkau di angkasa

Dengan gaya perwira

Terbanglah engkau tinggi

Sampai ke mana lagi
Ingin engkau jelajahi


Sehingga kau terlupa

Yang tinggi jatuh jua

Bila tiba ketika

Kau ke tanah akhirnya


Usah kau lupa diri

Bahawa langit itu tinggi

Nanti lemas sendiri

Nanti lemas sendiri
:woooh:
Terbang Helang - Sharifah Aini


Amacam, sesuai tak lagu ni dengan senario politik semasa? Hahahaha. At least lagu ni jauh lebih elok daripada lagu nyanyian kumpulan Carburator Dunk apekejadah tu? Heh. Kita ada pelbagai cara untuk menyindir dan menegur. Terpulanglah pada kita nak pilih cara elok ke atau cara yang kureng, tak gitu anak-anak ayam?

Dan semalam sebenarnya aku bukanlah saja nak menyindir. Tapi entahlah kenapa terlepas (lagi!!) pulak kata-kata yang agak tak syiok. Hahaha. Mulut aku ni perlukan kunci firaun agaknya.

Camnilah.. alahai orang yang sama jugak yang pernah aku umpat dalam entry sebelum ni hahaha. Aku bukan ape beb. Orang lain pun banyak keje gak. Berlori lagi banyak dari dia. Tapi takde laa cam dia. Dia tu hadap satu projek je tau. Kalau keje dia, semua orang kene freeze untuk tolong. Berlumut je ukiran jiwa gua bila ingat beberapa bulan lepas, kitorang bersengkang mata terkangkang kaki tangan sume menolong dia siapkan hamjadah dia tu siang malam. Last-last hantar lambat gak. Gambir sarawak betol. Dahlah keje sendiri tersadai, keje yang ditolong pulak berciciran. Eh?

Tapi ada dia nak tolong wat keje orang lain? Harom! Dahlah semalam Mr Sivaji meroyan. Akak emo sampai nanges² kene marah, dia sedap² je pulak nak menambah beban keje orang tu. Haaaa angin gua sibbaik tak naik kat kepala - sebab hal aku ala² ok sebab Mr Sivaji tak meroyan kat aku hoho. Alasan dia best je - akak banyak keje nak edit report ni. Alahai kak oi, takat edit report tu apedehal. Leceh je mende tu tapi takdelah sampai takleh nak buat ape langsong. Anto nexwik pulak tu. So ape lagi aku pun...

Meh la orang tengok ape yang susah sangat edit report ni. Kasik orang buat jelah *sambil mengendeng kat partition dia* Senyap seketika! On the way balik umah, member aku pun cakap, "fuhh ayat Mas tadi memang takleh blah laa hahahaha! Pedasss je orang dengar". Heh. Tak sengaja, voley?? :p Tapi kalau dia mintak aku editkan report tu arinie, takde hal ler. Aku rela memberi space untuk keje dia asalkan dia tolong jugak orang lain. Jual ikan punye orang. Tatau ka jual ikan tu ape? Selfish la.

Bila aku dah terlepas cakap tu, tetibe terbayang muka anak-anak beliau. Ha kan aku dah kesian. Kesian laaa aku marah mak dorang. Eh mana ada marah, tegur je *sambil smackdown beliau sampai pengsan*

Ah malas nak cite pasal makhluk itu.

Semalam jugek aku asik wat silap je pastu gigil tanda nebes. Aku salah bank in laaaaaaaa duit!! Mampoossss..!!! Patutnya duit tu aku bank in dalam akaun aku untuk bayar segala macam utang. Sudahnya aku pegi bank inkan dalam akaun utang kete aku pulak!!!
::(::(::(

gambar xde kene mengena dgn entry. sekian :)

Monday, July 28, 2008

297: kehilangan weekend..

:waaah: ::( :galit: :sobrakana: :anoto: :ayokona: :hilo: :scream::takot:

Alahai... takde maknenye hujung minggu ni tau tak. Aku kat opis ni. Jumaat malam, Sabtu siang, Sabtu malam, Ahad siang, Ahad malam. Memang malang.

Sian mak aku. Oh ye. Petang tadi mak aku sampai, dia tido umah aku hehehehe. Tapi kesianlah dia. Aku tak dapat nak layan sangat. Masa dia sampai, aku kat opis. Berkejaulah aku balik. Siapkan air untuk dia berbuka puasa, kendian bawak dia keluar makan. Pas hantar dia balik, aku ke opis semula.

Sian mak aku. Sibbaik ada orang kat umah tu. Tapi kesian jugek. Tadi aku call, mintak mak asingkan siap² bantal aku. Rasanya lambat lagilah aku balik. Huhuhu. Sian mak aku. Huhuhu~

Esok dia puasa. Kalau tak, boleh aku balik jap tengahari tu antau makanan. Tapi bolehlah, aku balik kejap ke jengah beliau. Huhuhu. Sian doh mak aku!

:tsk:

------

Berdamar dah satu badan nih. Aku pon godeh-godehlah blog. Saje nak tengok apa yang membuatkan orang terdatang ke blog aku neh. Ada yang memang taip terus url aku (teringin nak tau siapa hehe - macamlah ex aku tau blog nih hihihi). Tapi ada juga carian songsang yang termasuk kat sini..



Penyakit risau tak kurus pon boleh sampai ke blog aku nih?! Hahahahahahah!!! :ahaha:

---

Ahh gelak² pulak.. keje manyak agik. Mak aku dah tido kot skang. Sian mak aku. Huhuhuhu~

Friday, July 25, 2008

296: Jumaat dah..

:hi:

Salam sume..



Hari ni Jumaat, penghulu segala hari. Harap-harap kita semua bernafas dengan tenang dan berjiwa redha dengan segala apa yang telah melanda diri.



Untuk entry sebelum ni, aku ucapkan terima kasih atas semua komen korang. Banyak yang menenangkan dan memberi jalan. Tapi bagi yang mengetahui 'detail', aku ucapkan terima kasih lebih RM5 daripada yang lain heheh. Dan solution masing-masing semuanya sama. Masalah aku tetap satu - aku lembut hatilah. Aku tak sanggup. Tapi kan....



:devilishgrin:



Pagi tadi aku pergi keje cepat. Bangun seperti biasa tetapi bersiap extra pantas. Dan aku pergi keje sorang. Hahahahaha aku tersengih laksana arwah bapak mertua angkat aku - Almarhum Hussien Abu Hasan. Siapa yang tahu detail, tahulah apa yang aku sengihkan. Hehe. Aku bukan balas dendam la. It just.. ermm..



:anongnangyari:



Dan dalam entry sebelum ni juga aku cakap nak uji sahabat aku. Oh.. ramai pulak yang minta diuji kali ni hihi. Apapun terima kasih untuk semua yang bersungguh-sungguh mahu membantu. Terima kasih sangat-sangat. Aku sampai menangis depan PC ni sebab korang nak bantu aku - serius. Harap-harap budak opis aku tak nampaklah, kalau tak jatuh stendet aku sebagai budak brutal kat opis ni hoh.



Berbalik pada ujian tadi. Aku cuma mahu uji dia saja. Tapi kalau dia gagal pun, aku faham - sebab dalam keadaan sekarang, bukan semua orang senang. Eh.. tapi dia bersetuju tanpa bertanya dan tanpa syarat. Dalam masa 24 jam, bantuan pun tiba di depan pintu (sebenarnya boleh je kurang daripada tu, tapi tetibe dia terfikir pulak pasal moral dan etika - not his fault; and of course not mine also laaa). Sejurus sebelum aku keluar dari kereta beliau, beliau berkata:



takpe beb.. dulu lu selalu tolong gua.. sekarang turn gua pulak tolong lu..


Huhu. Aku mintak tolong dengan dia bukan sebab nak minta dia balas budi. Bukan. Aku cuma berpegang pada kata-kata dia dulu - bahawasanya kalau tiba masa aku dihimpit kesusahan, orang yang pertama perlu aku cari adalah dia. Hey dude.. janganlah bercerita soal hutang budi. Segan doh. Apapun bantuan kali ini membuatkan aku benar-benar memahami kesusahan dia dulu. Dan aku juga memahami betapa dia menghargai apa yang aku lakukan untuk dia dulu. Susah nak digambarkan dengan kata-kata. Kau tau apa yang kau bagi, seolah kau bagi oksigen masa aku dah nak mampos sebab lemas.



Orang itu masih begitu. Dan untuk seseorang yang lebih pentingkan kecantikan daripada lukanya hati sahabat.... aku pun tak tahu nak komen apa. Aku harap aku salah menilai benda ni. Sebab aku percaya aku berhak mempunyai kawan-kawan yang baik walaupun aku taklah baik sangat - tapi aku tak jahat sangat jugak tau. Susah juga kalau pernah terhutang budi ni. Banyak benda terpaksa aku pendam.



:astig:



Moga aku salah nilai. Aku harap kau tetap orang yang baik, beb. Walaupun sebenarnya aku dah nak muak dan jelak dengan keadaan ni.



Kita tutup entry ni dengan gambar ni hehehe..



Quite proud of maself. Still manage to smile and have fun eventho.. dalam ati.. Tuhan saja yang tahuuuuu perasaankuuu berperang dengaaaaaann suasanaaaaaaaaaaaaaa *nyanyi laa weh*


gambar sume kat dalam album-aku ini. enjoyy~

Wednesday, July 23, 2008

295: jom fikir-fikiran


Ada beberapa orang kawan-kawan aku bertanya, kenapa aku kelihatan kurang gembira selepas balik dari bercuti di Kuching. Sejak pulang, PC aku memang sunyi. Langsung tiada muzik seperti biasa. Pada mereka, aku memandang. Mulut terasa-rasa nak menjawab, tapi hati menahan-nahan; sebab bila aku cuba menyampaikan, semuanya jadi celaru. Dan akhirnya satu perkataan sahaja yang mampu aku katakan – entah.

Dalam keadaan sekarang, sebenarnya sukar untuk aku jelaskan. Boleh, tapi sukar. Setiap perkara berhubungkait, dan sedaya upaya aku cuba merungkaikan. Mungkin hari ini adalah hari yang tepat untuk aku uji sejauh mana nilai persahabatan yang selalu orang dok perkatakan. Mungkin. Tengoklah, kalau keadaan terlalu mendesak.

Masalah lembut hati. Selalu membuatkan aku terbungkam. Sedangkan aku sedar, aku perlu pertahankan hak aku. Tapi serba salah. Manusia hanya memikirkan kekurangan dan kesempitan sendiri, tetapi enggan meletakkan situasi sukar aku dalam pemikiran mereka. Cubalah sekali, bayangkan kau berada di posisi aku sekarang. Hati aku sakit. Jiwa aku menjerit-jerit mohon pengertian. Meminta – sekurangnya sekali – kau lihatlah aku. Pandang aku sedalamnya. Janganlah mengambil kesempatan dengan sikap ‘tak apa’ aku. Aku bimbang. Bimbang kesabaran akan berakhir. Bimbang pengakhirannya juga akan mengakhiri semuanya. Hanya kerana satu perkara sahaja.

Kalau bersuara, katanya berkira. Kalau berdiam, aku nampak seronok saja kau memijak perasaan aku. Aku pijak ko kang. Atau adakah kita manusia itu – yang selalu meminta dimengertikan tetapi tidak pula mahu mengerti?

Dalam hubungan sesama manusia, inilah sesuatu yang selalu menyadung aku. Yang seringkali menjatuhkan aku. Kerana aku selalu cuba meletakkan diri aku di tempat kau. Dan aku berasa tidak patut kalau aku menjadi aku. Dan sudahnya aku juga yang merana. Aku juga yang tertekan.

Hal mak aku pula. Bukanlah kami bergaduh. Tak pernah. Sesekali aku atau dia merajuk, perkara biasa. Cuma dalam keadaan sekarang, aku jadi sangat mahu mati. Kronik sangat ke? Bukan. Entahlah. Aku tak pernah bercerita dengan sesiapa tentang hal ini. Tentang hati aku. Tentang apa aku rasa setiap kali kalau berlaku perkara begini. Tak pernah. Hatta dengan diri sendiri pun aku tak pernah meluangkan masa untuk membincangkannya. Biarlah. Aku tak mahu merungut tentang hal ini – terutamanya di sini. Cukuplah sekadar begini.

Ya, aku sedih. Dan aku hanya mampu berpaling di sini untuk menghilangkan kesedihan. Atau sekurang-kurangnya menyurutkan kalaupun tidak menghapuskan sepenuhnya. Aku mahu menangis, tapi aku letih.

Oh ya. Kau. Yang senang-senang membuatkan aku susah hati hampir setiap hari. Moga Allah akan membalasnya. Dengan beban kesusahan 10 kali ganda lebih dari apa yang aku rasa sekarang.

Hari ini aku perlu berfikir lagi. Untuk hidup aku esok. Dan hari-hari seterusnya.

I want 11 Sad Steak, please!~

Monday, July 21, 2008

294: ..

1: Arwah Laksa Sarawak @ Waterfront. Aku tak taulah betul ke rasa camtu, cam bihun kari je?
2: @ Kampung Budaya
3: Itu Orang Utan, takkan tak kenai kot... hohoho
4: Sape pesan kek lapis aritu? Nak amek le.. jangan rebut² ok. Banyak lagi tu..


Salam semua..
Aku pergi bercuti dengan spoil di awal hari - sebelum jejak kat atas ketebang. Effect tu. Taklah effect mood, cumanya kerisauan tu sentiasa mengisi reruang kosong di minda *poyo* Oleh kerana itu, kepala aku agak weng sket. Seumur hidup aku tak pernah mengkaraokekan diri, kat sana aku layan (tau mak aku ni mampossss gua). Tu belum lagi kes aku naik ke pentas kat Kampung Budaya layan menari pulak. Eh dua kali laa aku menari nara kat sane. Lantaklah. Stress tu. Ditonjolkan dengan stail etnik.

Scene atas pentas - sambil menari ye

Encik penari: Nama awak sape?
Aku: Mas
Encik penari: Dari mana?
Aku: Shah Alam
Encik penari: Lama ke kat sini?
Aku: Esok last day (mengah laa sambil menari sambil borak)
Encik penari: Alaaa.. (pause) Saya nak ikut awak balik, boleh?
Aku: Errkkk.. (sumbang terus langkah gua)

Hahahahaha time tersumbang tu memang takleh blah. Ekcely bukanlah pasal terkejut sangat, tapi memang kebetulan kaki aku terseliuh masa kat Airport Kuching nun. Tambah lagi dengan melecet sana sini. Lagi laa sumbangsih gayaku.

Gambar banyak. Tapi nantilah ye, aku upload kat Fotopages sikit². Dan akan dimasukkan ke dalam entry sikit-sikit kalau ade permintaan - fuh perasan laa pulak ade orang nak mintak.

Cerita lain - tapi berkaitan.

Sebelum gerak pulang, aku dah cuak giler dah ni. Tapi tetap tak tergambar di wajah - kerana filem kita wajah kita dan wajahku bukan filem *geleng paler* Dan ketakutanku menjadi kenyataan apabila aku melangkah masuk ke rumah dan menyaksikan...

Huwaaaaaa..!! Kaler dah betul dah pakcik, tapi area tu agak kurang tepat. Yang kat lorong tu dah betul dah. Takmo laa satu umah ijau gitu. Dah laaa kuantiti cahaya matahari yang hadir setiap hari memang kurang, ni dah macam Gua Niah laa pulak gelapnye. Takleh jadi ni. Cuba berkompromi dengan pakcik dan alhamdulillah berjaya diubah - walaupun tak sepenuhnya sebab... ingat abah aku ade share dengan Bank Negara?? (baca: aku takde duitlah). Tidak sekali-kali.


Dah fix tapi kosnye tetaplah aku yang menanggung. Roadtax pun dah mati. Aku pun rasa mau mati.

Mari mati. Demi perjuangan hakiki.


# mak macam merajuk dengan aku. aku ni dah laa rasa nak terjun bangunan memikirkan hal-hal ni semua, time ni laa dia nak merajuk dengan aku. sapa-sapa, tolonglah hulurkan berita gembira. rasa malas nak bernafas esok pagi.

Wednesday, July 16, 2008

293: babai sumer (^_^)v

:hi:
Salam sumer..

Saja nak respon pada beberapa komen dalam entry lepas yg berpendapat kenapa aku tak layan je / bagi peluang pada TengkuJUH tu. Untuk aku, kalau dalam awal perkenalan pun dia dah putar belit cerita (malas pulak nak cerita pebenda yang dia kelentong tuh), agak-agak akan datang dia nak jujur ka dengan baby? Dan lagi satu, stail membajet diri sendiri bagus tu memang... errr... tak lalu laa aku. Next plz.

Ok. Cerita lain pulak ek. Hehe.

Esok aku dan seopis akan menerbangkan diri kami ke Kuching, Sarawak memiau untuk family day - tataulah family day kaaa opis trip kaa mana-manalah. Yang penting free huehehe. Barang lom packing lagi ni. Tapi takpe. Malam ini akan ku dedikasikan kehidupanku untuk mengepack segalanya. Ala macamlah nak pindah sana, ye tak? So far aku belum ada sesuatu yang selesa untuk dipakai di kaki modelku ini - untuk perjalanan jauh la. Aritu dah nampak dan dah try, cambest je. Tapi tulah.. asalkan yang aku suka jee mesti kaler putih. Apsal?? Apsal?? Terpaksa laa aku timbang-timbangkan nak beli ke tak (75% hatiku kata musti beli huhu). Ahhh.. persetankan tu sume~
Cerita pasal ni, teringat pulak kisah semalam. Alkisahnya aku bercadang nak pinjam MP3 player opis - saje laaa kot² rindu nak dengar lagu masa kat sanun wahahahahah!~ So aku pun tanya laa kat akak ni. Tapi laaaa punya laa kerek macam laa MP3 tu dia punya. Kalau hal pesenel takleh - kata beliau. Baby hanya mampu terdiam sepi. Yang syioknye bukan aku yang emo, orang lain lak yang emo siap sound dia lagi:

ooooo kedekot dengan Mas ek! lepas ni akak JANGAN pinjam laptop dia lagi!

Hahahahah giler emo! Tapi bila dia cakap gitu, aku pun terus teremosi sama la. So aku pun sambung:

JANGAN cobak² nak pinjam kamera kaaa kereta kaa.. lepas ni pandai² sendiri.
eh.. apsal plak..
betul laa.. barang² saya untuk hal pesenel saye, apsal plak opis nak guna? beli sendiri aaa
kalau nak, sewa. dah takde pinjam-pinjam lagi!
-
kata orang yang emo tadi.

Huahahahah!! Keji keji. Memula tu aku kompius gak, nape akak yang emo ni jadi emo lak padahal kan hal aku. Rupanya dia bengang sebab dia pun pernah nak pinjam MP3 tu - untuk hal opis tapi akak yang pegang MP3 tu kerek giler! Gua kompius beb! Dia guna takpe plak. Apa ko ada share kaaa? Kang aku curik kang baru tau. Tak pun sorokkan kat mana-mana, biarkan minah ni menggelebah cam bebola ikan. Aku buat kang... *tumbuh tanduk Hellboy*

:devilishgrin:

Kalau ikutkan, aku rasa aku masih sopan lagi pada akak ni. Walaupun kekadang aku rasa aksi beliau cam hanjeng-hanjeng sket, tapi aku boleh tolerate lagi kot. Mebi sebab dia tua laa tu satu hal. Lagipun bukannya jahat, cuma kadang-kadang tu je aksi beliau tu menyebabkan pendarahan di ruang hati hoho. Dan lagi satu, aku pun tak suka kalau orang pandang aku macam aku ni kurang ajar sangat. Tapi dalam kata aku sabar-sabar pun, sebelum gi Kota Tinggi aritu - untuk pertama kalinya - aku sudah tersound beliau. Yang bestnye, takde plak rasa bersalah - cuma rasa tak best je sebab aku gagal mengawal amaroh masa tu.

Aku geram mestilah bersebab. Dah laa tak terbabit, pastu nak mengapi-apikan aku pulak. Tak tau ke aku bengang masa tu? *tak tau kot, aku kan suke gelak² je*. Bila petrol yang harganya naik sudah dicurahkan ke anak api, maunya tak menjulang kemarohan aku.

akak ni dok situ diam-diam bole tak? dah laa tak pegi, cakap banyak pulak.

Tu dia.. bila mulut aku mengeluarkan bisa ular. Menyampah laa bila aku terlaser camni. Dah tentu bila aku berkata atau bereaksi sesuatu yang negatif, aku akan rasa tak syiok sebab aku tahu.... kalau seminit lagi masa diberi untuk berfikir, insyaallah menda-menda tak syiok tu mampu dikawal dari bertebaran merata-rata. Takpelah, raya nanti aku bagi kad raya hehe.

Eh, malaslah nak maroh-maroh. Esok nak coti-coti Mesia lalalalalala~ So.. everybody, please miss me ok. Pastikan aku cukup kasih sayang kerana apabila aku kurang kasih sayang, aku akan kurang ajar ahahahaah!! Ok laaa.. till next week. Jaga diri, hiasi peribadi. Stop killing the animal because if you stop, the buy can stop too (ayat Apek ni). Daaa~

:wave:

Monday, July 14, 2008

292: hulahup!!


Salam semua..
Adeh.. macam-macam cerita laa sepanjang kepergian aku ke Kota Tinggi. Aku pilih satu jelah..

Inilah punca kenapa aku tak masuk opis jumaat lepas. Tali kipas putus daa... Tersadai di Hentian Sebelah Tangkak tah berapa jam. Boring.. boring. Tapi sempat laa bersuai kenal dengan abang polis yang kebetulan tengah ejas timing nak wat road block hehe.

Apapun, mungkin ini trip terakhir ke Kota Tinggi memandangkan projek ni pon dah hampir sampai ke penghujung. Cuma kalau ade meeting kecik-kecik dan Mr. Sivaji ngade-ngade nak angkut aku pegi, maka berkesempatanlah ke sana lagi. Akan rindu sama nasi goreng udang (walaupun aku tak makan), seafood yang nyam-nyam, aktiviti shopping dan... ape lagi? Makan-makan jelah yang best hehe. Oh tubuh, kenapa tamau mengeluarkan metabolisme yang tinggi agar aku tidak dibayangi rasa bersalah untuk makan banyak-banyak.

Cerita lain.

Sebenarnya benda ni bulan lepas. Aku tak cerita pun sebab rasanya tak penting. Tapi.. err tetap tak penting tapi nak cite gak~

:woooh:

Dalam bulan lepas. Ada tiga makhluk yang menghubungi via telepon - ape lagi kalau tak aktiviti beli jiwa. Agak menghairankan sebab ketiga-tiganya macam dah kenal je aku. Yang 1st tu siap boleh keluarkan kenyataan "masih tegas dan garang macam dulu jugak" pada aku. Wah macam dah kenal lama lak. Yang seken dan third memang tau nama aku sesiap *dah kenal pastu nak berkenalan, motif??* Pandai eja lak tu. Betul pulak tu. Ok tu semua takde mendelah. Malas nak layan dan malas mau fikir jugek. Aku cuma nak cerita pasal mamat kedua ni je (sebab yang 1st dan 3rd kekal misteri - momok kot).

Ujung minggu baru ni. Aku baru perasan yang mamat ini telah memiskolkan diri beliau di telepon aku masa aku kat Kota Tinggi. Hari sabtu - entah laa gatal miang jari jemari aku ni, aku gi tanye lak dia. Teruslah beliau call. Macam takleh blah je mamat ni. Tapi takpe, kita tengok dulu.

Sekali beliau kata mau MMS laa gambar beliau. Aku silekan je. Dapat je gambar beliau, gua hampir mauk pengsan!! Kenapa? Sebab dia adalah mamat ini. Adeh.. hidup lagi budak ni! Ingatkan dah transfer gi Guatamala ke, Timor Leste ke, rupanya masih maujud lagi di KL neh. Dengan sepantas cahaya aku mendaftarkan nombor beliau ke 'Reject List' henpon. Heh. Alamatnye sampai mati laa aku guna henpon ni *poyoooo poyooo*

nape tak angkat call i?
i ada buat salah ke?
i salah ckp ke?
salam.. nape tak angkat?

:waaah:

Aiyaakk!!! Tolonglah Tengku, jangan ganggu patik - hamba pacal yang hina ini. Syuh syuh gi main sana dengan dayang-dayang. Patik tak rela hidup di istana tuanku. Dan patik tak rela diejas oleh tuanku. Tolong!!! Katakan 'tidak' pada rokok.

Tapi katakan 'ya' pada pokok.

Wednesday, July 09, 2008

291: Demokrasi Terpimpin

Negara demokrasi. Katanya berhak bersuara demi hak peribadi. Yelah. Betullah tu. Tapi tengoklah tempat dan kewajaran berkata-kata. Dan kepada siapa kata-kata dilemparkan.

Anda sayang keluarga anda? Kalau ada yang tiba-tiba menyondol kedamaian keluarga anda, adakah anda akan menyondol makhluk tak berapa seksi itu semula?

Ini keluarga. Aku adiknya dan dia abang aku. Dan kamu siapa? Sedarakah? *tak ingat pun*

Just take a gooooood care of your family, would you? Mind your word and language. See the doctor if necessary. Strongly recommended. Read my lips - back off!

I hate myself when I said those things. And it makes me admired your attitude – for being someone who never give a damned to think about it - at all. Seems like everybody loves everything about you, ek?
Demokrasi abah hang!

Orang kata.. Terlajak kereta boleh gostan, terlajak taip - sendiri mau hengat. Jom makan pengat!~

Oh sedapnyeeee..!~

Ha.. aku akan ke Kota Tinggi hari ni sampai Jumaat pagi. Jumpa korang Jumaat nanti ya! Memuahhh *tiru Anul* hihihi~

Monday, July 07, 2008

290: A.K.U bukan K.A.M.U


aku bukan kamu
yang punya emosi satu
satu hari emosi tiga
atau mungkin berganda-ganda

aku bukan kamu
setiap hari jadi tetamu
datang aku tidak diajak
hanya dinanti bila nak beranjak

aku bukan kamu
senyum manis bak madu
garit wajah jarang berperisa
mungkin aku perempuan biasa

aku bukan kamu
kerana kamu pun bukan aku
kalau dah kamu jadi aku
takkan aku nak jadi kamu?


:astig:



# kekadang rasa tak berhak dengan perasaan sendiri. perasaan ini ada sebab, tahu? aku bukan saja2. selamat hari isnin. have fun.

Friday, July 04, 2008

289: milik siapakah bday ini...~





Petang 2 Julai 2008. Masa bersantai depan tv sejurus pulang dari kerja. Tiba-tiba aku melompat dari sofa, sambil menggapai handphone. Adoi laa... Apsal laaa boleh lupa ni. Jari jemari yang satu masa dulu mendapat pujian akibat keruncingannya tetapi kini dikutuk masyarakat setelah menembamkan diri - menaip kata-kata sakti berbaur caring dan penuh kasih sayang.



dude, bday anda ye arinie? kan? kan? kan? :send:



Tunggu. Ah kesalnya. Kan tengahari tadi kami ada bersembang. Kalau wish dalam YM je kan dah boleh save 10 sen. Hahahah berkira nak mampos! Oh, ada balasan.



ye.. yang ke 23.. sama dengan Saiful.. hehehe..



Ceh! Yelah. 23 tahun, pada 13 tahun yang lalu. Selamat Hari Jadi untuk abangku Nan yang ke 36 tahun. Tuo dah. Hahaha!



itulah bday boy.. errr... boy ke? :p yang kejatuhan itu





Oh, hari ni pun bday Abg Chik. Yang ke 39 tahun.



err.. that man, not dat boy.. hehehe~




Selamat Hari Jadi abang-abangku. Dua-dua pembuli jalanan (jalanan aku jelah). Moga Allah memberkati dan merahmati kehidupan uols (eh?) dunia dan akhirat. Dimurahkan rejeki melimpah ruah - supaya ruahannya tersampai pulak ke dalam hidup aku huahahaha!!!!



:woooh:



Malam tadi. Penyambut birthday ke 23 tahun menelefon.



busu!

ha

ko pegi sms sume adek badek kita, soh bgtau bday dorang dgn bday anak-anak dorang skali

nak watpe plak?

nak rekodkanlah. nanti senang, tak payahlah tetiap tahun nak tanye

(aii perli nampak) org ke yg kene sms?

ye lah

apsal soh org plak? apsal tak ko je yg sms?

sebab.... ermm.. sebab ko dok umah baru

ee apedaa alasan tak relevan. ape lak kene mengena dok umah baru dgn sms? gila ka?

hahahahah yelah ko dok umah baru, mesti laa berbau baru

patutnye cakap le sebab org lawa ke.. menawan ke.. baru le semangat

(gelak 15 saat tanpa henti) dah! dah! sms tau? nanti forward kat org

yelaahh yelaaaahh!!



Dari kecik sampai ke besau asik membuli aku je! Sibbaik bday anda. Huhu~




 kami bertiga :)




kami berdua - baby dan abangnye Nan



# apa program minggu ni?

Wednesday, July 02, 2008

288: carian popular minggu ini

Rasanya perkataan yang paling popular dalam internet minggu ini adalah:



Saiful Bukhari

Liwat

Anwar Ibrahim

Kondominium

UNITEN (kesian... tak pasal² terbabit sama)

dan apa lagi? Yang pasti bukan campuran semua perkataan itu ya --> Saiful Bukhari Liwat Anwar Ibrahim Kondominium UNITEN. Tidak.. tidak..






Aku takmo cite pasal dorang ni. Eh kau cari maklumat pasal ni ke? Sorilah, aku bubuh perkataan je. Mungkinkah trafik ke sini akan meningkat? Mari gelak berjemaah, jangan lupa luruskan saf.



Tengok orang memfitnah sana sini. Arwah abah dulu pun pernah juga difitnah macam ni. Cuma bukanlah liwat. Kes orang 'straight'. Faham tak ni? Hehe. Senang cerita, fitnah membuntingkan anak dara orang masa zaman muda-mudi beliau. Muda tetapi dah beristeri dan beranak (mungkin berpinak jua). Sakit hati sampai sekarang sebab aku sebenarnya pernah berbual dengan pakcik hanjeng tu dalam telefon, tapi aku tak tau tujuan dia telefon tu untuk memfitnah. Kalaulah aku tau... ingin aku nyatakan dengan sopan santun..






Pakcik Hanjeng, pakcik maukah kalau saya cari 10 bohjans multi-races untuk merogol isteri dan anak pakcik sepanjang hayat, di samping menjadikan pakcik sebagai dessert dalam hidangan katilnya(kalau bohjan tu sudi la)?





Alkisah lagi. Arwah abah dulu Ketua Cawangan. Ketua apa? Hehe. Dan rumah aku menjadi markas. Markas ape? Yang penting bukan markas tentera. Dan zaman itu memang zaman jatuh-menjatuhkan. Dan abah pun antara insan terpilih yang ingin dijatuhkan. Surat layang, dan panggilan-panggilan telefon memfitnah abah yang dijawab oleh mak, semuanya digelakkan dek abah. Mak apatah lagi.



Memang tak dinafikan manusia yang bunting itu memang wujud, dan memang dia dibuntingkan - di rumah kami. Tapi BUKAN abah aku punya kerjaan la weh. Dia itu pembantu rumah kami, dan itu perbuatan tunang dia. Diakui oleh SIRIM, AIM dan UMNO. Eh? Kenduri menikahkan pun mak dan abah yang uruskan. Pakcik Hanjeng, cerita tu zaman 70-an laa, sikit punye retro ka? Tapi yelah.. bukan ke memang budaya dorang ni membangkitkan benda - benda yang salah pulak tu.



Yang penting, cerita fitnah tu sume habis macam tu je.. Pakcik Hanjeng adalah orang kampung mak abah jugak, tapi aku tak dapat nak berkenalan dengan beliau. Dah tentu mak abah tak mahu reveal identiti dia pada kami adik beradik. Takpelah, buat dosa masuk neraka, tak gitu Pakcik Hanjeng?



Err aku namakan dia Pakcik Hanjeng, berdosakah?





"Sesungguhnya mengada-adakan pembohongan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang yang pendusta" - (An-Nahl: 105)