Wednesday, August 27, 2008

310: Life Goes On dude~

Salam semua!~

Pagi ni aku check email. Dan salah satunya daripada dia.

We won! And our victory is decisive and overwhelming. I share in the joy felt by all Malaysians on this historic day. This is a victory for the people. And it’s great to be back! On March 8th Malaysians voted for a New Dawn. Today, on the eve of our independence day, we have reasserted that call. We celebrate our nation’s independence in the spirit that our founding fathers intended - a nation of one and a people united. In the face of the greatest adversity, our campaign focused on the issues that matter to Malaysians. Our calls for national unity, good governance and a vibrant democracy have silenced the voices of racist chanting, those who profit from the abuse of power and exploit the politics of fear and deceit. We have promised a New Dawn for Malaysia and we will deliver on our promise. We will forge ahead on our Malaysian Economic Agenda to revive the economy, and to uplift the poor and the marginalized of all races. We will restore the integrity of the judiciary, fight corruption and build a truly unified nation. We will be a government that is totally committed to realizing the people’s aspirations. With the success of the eight of March and tonight’s resounding victory, I daresay we are indeed ready to face the challenges of the future, together. We could not have won without the firm, unwavering support of our friends in the Pakatan Rakyat and the tens of thousands of Malaysians – Malays, Chinese, Indians, Ibans, Kadhazans - who have come to Permatang Pauh to work hard for this victory. I truly appreciate your courage, conviction and valour; and congratulate your commitment to our shared principles of freedom, justice and democracy. This may be one small step for Permatang Pauh but one giant leap for the people of Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Tahniah DSAI. Itu je aku nak cakap :)

Yang memusykilkan aku, sape laa pulak yang register email aku kat beliau ye? Ni mesti keje abang aku ni. Ke ade orang lain? Tapi takpelah. Bila ada apa-apa isu berkaitan, selalu je aku dapat apdet dulu hihi.

Mulai pagi ni sampai jumaat, aku akan berada di Desaru. Hal kerjalah. Tapi sambil² tu bolehlah cuti-cuti mesia hehehe. Bagus jugek di saat kekontangan matawang ni, dapat duit elaun. Dan rejeki Minnie le semalam sebab dia ajak aku kuar makan tanpa mengetahui yang aku dapat elaun. Maka tertunailah janji aku nak belanja beliau am am kat Asiari. Aku soh makan nasik tak mau, gigit pinggang kang. Apepun, aku berpuas ati bila beliau berpuas ati dengan makanan kat situ. Vietnamese style dude.

Cite lain.

Aku rasa korang ada pengalaman yang sama macam apa yang bakal aku cakap jap lagi. Iaitu akan ada kawan dalam circle of friends yang jenis suka sangat nak tau apa korang buat. Let say.. mana korang pegi, dengan sapa, wat ape bla bla bla. Aku tak kisah kalau pertanyaan itu bercirikan 'caring' sebab zaman aku serumah dengan Kak Ina dulu, dia memang macam tu. Sebab dia rasa bertanggungjawab untuk jaga aku (yelah aku kan adik hihi). Dan kalau aku TERbalik lambat sampai tetengah malam, memang masaklah esok kene bebel dengan beliau hehe. Tapi yang aku cam ala-ala kelemasan kalau pertanyaan tu bertemakan 'bz body'.

Bertambahlah kelemasan andai pertanyaan itu bukan setakat ditanya pada aku, malah pada orang lain jugak - semata-mata untuk tahu ke mana aku pergi. Takkan aku nak keluar gi mana-mana pun kene kecoh satu dunia kot? Perlu ke aku nak cerita semua. Aisey... Ke dia rasa aku macam dia? Kalau boleh segala benda nak cerita kat semua orang. Opss ini dah macam mengumpat pulak hahahah.

Eh Kak Ina ni macam tetau je aku sebut pasal dia. Baru jap ni dia call hahahaa.

Akak macam terasa-rasa je Mas sebut nama akak. Betul tak? Nak cite ape?
Ahahahah memang pun. Mana tau niiii???!

Hahahahaha instict kuat laa!! Nak cite ape? Cepat cite!


Hehe. Bila macam ni memang terasa ketiadaan Kak Ina. Ekcely dia pun - dalam YMnya - dah banyak kali menyuarakan hal yang sama. Betapa sebenarnya kitorang memang terasa ketiadaan masing-masing. Bila kami ada masalah, dalam kejauhan pun masih juga mencari untuk bercerita. Kalau dulu memang aku lebih suka keluar berjalan-jalan dengan Kak Ina. Sekarang, dalam banyak hal aku lebih suka bersendiri. Pun bukanlah aku nak membandingkan kawan-kawan yang ada sekarang dengan dia, cumanya keakraban itu lain.

Akak tak suka kat sini. Akak pindah sana balik ek? Kita dok satu umah cam dulu, nak?
Gilo ko apo akak ni, macamlah Abg Na*ri nak bagi

Hehehe saje je sebut..


Takpelah. Jauh mana pun. Persahabatan tetap bertaut. Saye ada kawan yang saye anggap macam kakak sendiri. Dan dia juga ade saye, yang dia anggap macam adik kandung.

Sesekali memang aku akui aku letih dengan keadaan yang agak plastik bila berhadapan dengan orang lain. Bukan dengan semua, cuma segelintir je. Tapi yelah ape nak buat, ape-ape pun hidup mesti terus.

Tapi janganlah risau ye. Persahabatan aku bukanlah plastik. Perasaan aku juga. Semuanya dibuat daripada besi waja berperisa pandan. Heheh.

Alamak kecoh arr. Aku benci siot situasi ni. Meluat sunggoh. Tapi takpe. See you all on Monday wokeh! Amma.

Monday, August 25, 2008

309: Lutut Mengkarung Goreng Tepung

Salam semua..

How's your weekend? Wiken aku ok la. Jumaat aritu aku mimpi tasik. Tau tasik? Aku mimpi pegi vacation, dan bas yang bawak kami reramai tu singgah di 3 buah tasik. 3 tau. Dan tasik tu cantiklah amat. Orang kata mimpi air-air ni rejeki ek?

Sabtu. Aku memang tak bercadang nak kuar jejauh atau kuar lelama. Sekadar pegi ke umah Cik Kintan nak amek gambar2 masa gi Kuching aritu. Elok je aku tengah transfer, dia ajak lunch kat Hotel Concorde. Eh bukanlah dia belanja, tapi kampeni dia ada voucher ke hape tah, ada belen satu. Aku 60-40 je masa tu (60 tu takmo pegi, percaya tak?). Setelah diracun sambil membuat muka masam tanda stress setelah aku kata takmo, akhirnya pegi jugeklah aku. Kenapa agaknya aku takmo pegi ek?

Saje je. Aku malas nak bersosial pada aritu. Takde keinginan. Nak jalan sorang-sorang je kalau boleh. Tapi akhirnya tersosial jugak huhu. Lepas makan, temankan dia pegi beli TV. Pastu singgah solat kat umah dia, dan akhirnya ke IKEA. Tak ku sangka terlepas sampai ke sana. Heh.

Tengah sale ek? Aku ni takdelah beriya sangat pun memandangkan duit tu macam ade takde je. Tapi bile dah tengok kasut tu 70% dah diskaunnye, agak bahlul dan tongonglah kalau aku tak beli. Pastu memang dah lama bercadang nak beli lampu, macam kat bawah ni..

Konon² RM9.90. Ha yelah tu. RM9.90 tu tang bulat tu je, lom masuk mentol dgn wayar tu hah. Tapi tetap jugek aku suke jalan-jalan dalam tu. Sambil teguk² air liur tanda haus dan jugek tanda tak berapa nak ada duit uhuhuh. Apepon, aku suke. Suke tengok. Kalau dapat beli lagi hensem kan. Oh ye.. aku jugek TERbeli karpet. TER tu sebab aku memang cadang² nak beli next visitlah (macam le ade duit by dat time muahahaha). Tapi ini budak Kintan sudah offer ansuran mudah pulak. Dan memikirkan jarang berlaku kejadian karpet cantik berharga RM360++ berkurang menjadi RM150++, aku pun belilah. Senyum dalam tangisan gak ni hah. Berhutang ni tak syiok ler.. huhu.

Itu jelah.

Oh.. aritu ade orang mintak award dari aku ye. Ok laa aku bagi sekarang. Ini untuk semua. Sape tak amek letak kat blog, siap korang. Aku akan kecik ati sambil mogok tak makan nasik sepanjang puasa ni hehe.

Bolehlah ek? Aku tak sekreatif mane, tapi bolehlah sket² huhu. Sape takde blog tu, sile buat wallpaper kat PC memasing ye, ini arahan tauk! Hahahahah diktator dah keluar sarang ni.

:okay:

Friday, August 22, 2008

308: 3rd Year :)

Salam semua ....



Ada sket poyolah kata-kata di atas ye? But i really mean it, bebeh! Arinie ulangtahun ketiga si Kotakhujan. Sukses bernafas sepanjang 3 tahun ini - dia menyara kehidupan dan menjana nyawanya dengan kehadiran serta contengan umat manusia dan kerajinan aku juga. Eh rajin ke? Huehehehe..~ Marilah kita hepi2 hehe.

Dalam masa 3 tahun, beberapa award telahpun aku menangi wakakakakakak! Ala² Hajah Siti Lijah gitu. *Siti Lijah = Siti Nurhaliza daa..


Award last skalik tu aku dapat dua kali. Err tapi tak ingatlah dari sape huhu. Kalau ada yang pernah bagi tapi aku tak letak kat sini, diminta komplen kat dalam entry ni ye? Selalu je aku ni terlupa laa nak save. Ampunkan aku yang berdosa ini *pukul² dada akhbar*

Terima kasih laa pada sume yang sudi memberi penghargaan pada aku. Walaupun mek rasa blog mek agak caca marba dan tiada hala tuju serta kadang-kadang kabur dari segi penyampaian dan kosa kata, malah sesekali berunsur kosong dan tiada kelebihan, namun tetap ada juga yang sudi melampirkan diri.. errr.. memampirkan diri ke sini. I lef u ouls lah! Memuah!!!! *tiru Anul*

Wednesday, August 20, 2008

307: Ketiak Lipan Masak Asam Pedas

Salam semua..

Aku tak tau nak mula macamana. Tapi dah mula pun ek? Aku akan taip apa saja dalam kepala otak aku sekarang (of course setelah difilter). Kalau merapu, korang buat tak tau jelah.

Kenapa. Kenapa datang dan ulang lagi. Tak cukup jelaskah situasi kita. Tak cukupkah ruang yang aku bagi dulu. Dan tak cukup lagikah apa yang kau ada sekarang. Kalau benarpun ada lagi perasaan itu untuk aku, tahukah - aku sebenarnya tak peduli. Langsung. Aku tak nak dengar lagi. Dan baca lagi. Dan tahu lagi. Demi Tuhan aku tak mahu tahu. Kau tahukah?

Jangan kata aku mengambil ringan setiap kata-kata kau dulu. Sebab kau pun sedia maklum sejauh mana kebenarannya. Aku sediakan masa dan ruang - lebih dari cukup untuk kau fikir dan pilih. Dan jelas, pilihan itu telah dibuat. Dan pilihanmu bukan aku. Jadi?

Mohon. Jangan rumitkan keadaan. Aku mahu kau tetap di sini sebagai sahabat. Walaupun tak semudah kata-kata. Aku mahu kau kekal dalam senarai kenalan. Apapun yang terjadi antara kita - dan juga yang tak terjadi - hakikatnya kau pernah datang dan bawa bahagia. Dan aku percaya keadaan aku juga begitu dalam hati kamu. Kita kekalkanlah begitu.

Sebagai sahabat, bantu aku. Bantu aku teruskan hidup dengan gembira. Aku tak perlukan kata-kata itu untuk teruskan hidup. Malah itulah sebenarnya yang membunuh aku, kau fahamkah? Andai ada lagi perasaan itu, kau simpanlah kalau kau tak mampu membuangnya. Tapi aku percaya kau mampu, seperti mana kau mampu membuang aku dulu.

Marilah kita teruskan hidup. Walaupun tak bersama. Mungkin bersama, tetapi jalannya berbeza. Ini hanya sebahagian. Mungkin tak sampai pun sebahagian. Kau sudahpun memilih hidupmu, sekarang biarlah aku memilih hidupku.

Bercampur aduk dalam otak. Tak terluah semuanya. Aku benci. Bila langkahku ke depan selalu disadung. Boleh tak dok tepi tu diam-diam, hormat sket orang nak berjalan ni. Huhu~

Usah kau berpura
Di sebalik kata
Kerana ku tahu siapa diriku

Tak perlu merayu
Dengan pujukanmu
Biarkanlah saja semuanya pergi

Cukuplah sekali
Kau menghiris hati
Menghancurkan kasih
Yang telah lama terbina

Seandainya masih
Ada cinta lagi
Lupakan oh sayang

Hasrat dan perasaanmu


Rindu nan membara
Nyala dan membelai jiwa
Tiada berteman
Sepinya berpanjangan

Resah dan gelora
Jadi sahabat derita
Berakhirlah sandiwara
Kisah dusta dan dilema

Pintaku semoga kau sedar
Kesilapanmu


Kini hanya duka
Bersulamkan pasrah
Titis airmata
Tak lagi bererti

Namun di hatiku
Terukir namamu

Menjadi memori

Kekalnya abadi
:astig:

Ah dahlah. Cite lain.

Masa berjumpa dan bercengkerama dengan Kak Meera (Meera la pulak hihih), Kak Retna, Abang Sodep dan Adik Azkam (huahahah), Kak Ret dah mengeluarkan stetmen yang biasa aku dengar untuk first timer yang jumpa aku.

Ini Masy ye? Dalam gambar nampak tinggi eh?

Huahahahhahah!! Nak kata aku pendeklah tu! Hahaha gelak dulu. Aku pun tataulah kenapa orang suka imejin aku tinggi menggalah cam Anne tuh. Masa mula-mula Pak Bear nampak aku secara live masa kitorang Form 4 dulu pun, gitulah reaksi dia.

Aku ingatkan ko tinggi cam aku ke.. paling tak pun paras telinga aku ke. Upenye rendah je

Cit!! Penghinaan ni~ :P Oklaa.. untuk memudahkan korang mengimejin aku, meh aku reveal ketinggian aku eh. Dalam ukuran meter dan rakan-rakan, aku berketinggian 157cm iaitu 5' 2" ye. Jangan imejin aku tinggi sangat. Eh tapi aku taklah katik kan. Ok laa tu tinggi gitu. Tinggi stendet bak kata orang Korea. Kekeliruan kerap terjadi apabila korang ternampak aku dalam gambar - contohnya macam kat bawah ni..


Nampak aku tinggi kan? Dah tentu-tentulah aku nampak tinggi, sebab semua yang dalam gambar ni tak setinggi aku (kang cakap pendek marah lak dorang hahahaha). Apatah lagi bila aku pakai heals, lagi terserlah ketinggian dan konon-konon kepanjangan kaki. Tapi cuba analisis gambar kat bawah ni pulak..


Pun tak nampak aku pendek kan? Sebab aku dok atas kete. Kenapa aku dok atas kete? Selain dari saje je nak posing, itu laa trick supaya aku tak nampak pendek sebelah Anne tu. See. Trick je sume tu hahahaha!!

So nanti janganlah terkujut sampai terpengsan-pengsan kalau jumpe aku dan mendapati aku hanya setinggi Amy Mastura kaa (eh ye ke) ataupun Ziana Zain. Memang stendet artis je tinggi aku ni, blom layak jadi model (eh ni merendah diri ke memuji diri pon tatau laa ek?).

:sweaty:

Monday, August 18, 2008

306: heh~

Salam semua..

Flu nampaknya getting better, tapi macam ade simptom nak batuklah pulak. Ni semua gara-gara perempuan muka buruk berperangai buruk yang batuk menghala kat aku sepanjang perjalanan dalam komuter dari Shah Alam ke KL Sentral sabtu lepas. Hanjeng betul la. Tapi memang dia buruk (walaupun tak buruk sangat - aku assume dia buruk sebab perangai buruk; sukati aku la kan). Nyaris je aku nak lempang gigi jongang dia tu. Huh!!!!

Cakap pasal buruk. Korang ade tak member yang jenis suka 'up' diri sendiri? Setakat bergurau tu, aku pun sama hahahaha! Maksud aku, secara serius? Jika ada peluang - tanpa ditanya dan diminta - dia akan bercerita tentang diri sendiri. Oh aku cantik sebab tu aku taste tinggi. Ah suara aku seksi sebab tu tak suka sangat layan bercakap dalam telefon (muntah sket) dan lelain. Lemas kan?

Seorang kenalan aku bertanya, kenapa agaknya ada manusia semacam ini. Selain daripada jawapan stendet aku bahawa manusia memang dilahirkan dengan pelbagai ragam, aku juga telah menjana satu jawapan lain secara spontan yang aku rasa agak masuk akal - akal aku lah, akal korang tak taulah pulak.


Bagi aku, kadang-kadang - dan ada masa selalunya - kita memerlukan sesuatu untuk 'boost' self confidence. Terutama sekali untuk orang-orang 'kecil' - macam aku, dia, kau, kau dan abang yang pakai baju melayu coklat itu juga. Kecil dari pelbagai segi - sama ada segi empat *pause* serius - saiz, akademi, pangkat, susur galur keturunan dan macam-macam lagilah. Aku bagi contoh; tapi ini bukan penghinaan ye. Kau tengok di mana-mana institusi - siapa yang paling bergaya? Yang paling mahal tudungnya, paling menyerlah mekapnya - mesti pekerja biasa kan? Kadang-kadang bila aku pergi ke mana-mana pejabat kerajaan, tudung makcik cleaner tu nampak lagi mahal daripada harga baju aku.

Memang ada ketika dan masanya, aksesori dijadikan penjana keyakinan. Kerana manusia terlalu inginkan pujian. Pujian membuatkan kita rasa dihargai, rasa dipeduli dan membuatkan kita merasai 'sense of welcoming' (dah masuk term planning pulak ni) dalam satu-satu organisasi. Tapi ada juga yang terlupa, pujian tak selalunya ikhlas. Cuma kita pandang positif - pujian juga mampu menjadi jambatan silaturrahim antara insan.

Apapun. Ada pelbagai cara untuk meraih pujian orang. Sama ada menggunakan aksesori seperti aku cakap tadi, atau dengan selamba bercerita tentang diri sendiri - dah tentulah puji diri sendiri kan. Bolehkah kita simpulkan sahaja bahawa orang sebegini sebenarnya mempunyai jati diri yang rendah? Err maksud aku, kurang keyakinan pada diri sendiri. Apa kata korang?

Aku tak biasa memuji orang. Bimbang menimbulkan riak di hati orang yang dipuji - tak pasal-pasal aku pun dapat saham dosa! Tapi kalau memang sesuatu itu berhak mendapat penghargaan, rasanya tak salah kita meluahkannya. Aku harap sapa-sapa yang pernah kene puji dengan aku tu, janganlah kembang lebih-lebih ek! Kasihanilah aku yang tak banyak pahala ni heheh. Tapi kalau korang nak puji aku, jangan malu-malu. Walaupun nanti muka aku merah-merah hitam, tapi aku cool. Hahahaha puji diri nampak!

Kesimpulan. Penat je ko 'up'kan diri depan aku, bukan aku peduli pun.
:woooh:

Friday, August 15, 2008

305: flu~

fuh.. gross betoi!~

Salam jumaat semua.

Nampaknya makin menjadi-jadi pulak selsema aku ni. Setelah dikhutbah secara lite-lite oleh akak ipau aku semalam (thru YM) maka aku pun mengambil inisiatif untuk menelan vitamin C yang diberi oleh sohabat aku beberapa bulan lepas. Hah... nama je ade vit, menyentuhnya jauh sekalik hehe.

Dah lepas setengah tahun ni, aku rasa makin berserah la pulak. Memang dah lama berserah pon. Cumanya makin lama makin... heheh. Semalam orang itu meninggalkan jejak di laman peribadi aku (poyo kan ayat). Setelah dianalisis ayatnya tu, kirenya dia bertanya bila aku nak kawen. Puji-puji pulak aku makin cun. Perlukah? Heh.

Untuk dia memang mudah melupakan setelah sekali memohon maaf. Untuk aku, aku tak kata aku dendam ke hape ke. Kau nak bertunang, nak kawen - terpulanglah. Yang penting hati aku ni hanya aku je yang mampu ubati. Kau apa tau? Dan untuk aku kembali berpaling menjadikan dia sahabat - hanya sahabat - adakah kau rasa semudah ABC 123 alif ba ta. Memang tak pernah pun aku putuskan silaturrahim ni. Cuma... kau fahamkah? Kita takkan sekali kembali semesra dulu. Kalaupun mesra, 'jiwa'nya tu dah takde. Jahat ek aku? Meh sepak aku.

Kau takkan faham. Aku tau kau akan kata aku emosi. Tapi inilah aku. Beremosi pun tentu atas sebab, bukan menghanjeng buta. Dahlah.

Apa-apapun kita kan Peng-Yu (kenapa bukan eja 'Pangyau'?)

Iklan jap.

Haaa.. Kak Ungku! Ni jelah yang dapat amek - gambau muka mamat yang cobak mengayat baby. Oh daku girang bukan sebab dia ayat ek, tu untuk kaber² malu. Huhu~

Ok sambung cite lain pulak.

Pasal sang bebola ikan. Ada juga yang tak dapat tangkap apekejadah yang aku cuba sampaikan. Begitu keraskah metafora yang aku gunakan? Heheh. Itu kisah orang kat sini. Yang dengan seronoknya menuduh aku OT sampai tengah-tengah malam pastu tak wat keje. Memang laaaa tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuutttttt~. Oppssss... mencarut bukan budaya kita.

Aku nak sambung keje. Ah... saketnye paler.. nak bersin!!!!

Wednesday, August 13, 2008

304: kabare waakk

Salam semua..

Aku ke Kota Tinggi ler senin aritu. Malam tadi baru sampai. Itu jelah nak cakap hehe.

Lain.

Masa mak datang ke sini aritu, dia ade mereveal tentang ketakutan aku masa kekanak yang tak pernah aku ketahui. Kata beliau.. masa kekanak dulu aku pernah berkeras takmo masuk bilik air umah sedara aku sebab ada banyak paip air yang beso2 tu.. Ala.. korang mesti tau kan..

lebih kurang camni laa tp bukan camni..

Tapi memang aku tak ingatlah. Mesti kejadian tu berlaku sebelum umur aku 5 tahun. Sebab hal-hal 5 tahun ke atas ada yang aku still boleh ingat lagi.

Kan Isnin baru ni aku outstation. Cam biase setiap kali ke Kota Tinggi, kitorang akan lepak kat Hotel Mayres kat tengah bandar tu. Bukan sebab hotel tu best sangat, sebab dah memang hotel tu je yang ada dan relevan dengan keperluan. Not bad.. tapi toiletnye memang ada sikit seram-seram kukulah.

Sesampai je kitorang kat bilik, aku lepak kejap tengok tv sementara akak sorang lagi ni mandi. Lepas tu giliran aku ke bilik airlah. Memula tu rasa ok je. Sekali aku pandang ke atas,berderau darah aku!! Terus aku keluar dari toilet. Dok je atas katil. Alaaaa aku nak solat ni...

nape?
akak nampak tak siling toilet tu?
nampak. ko takot eh?
ha'ah ler.. huhuhu

alaa ko jangan pandang, wat² tak nampak je..


Alaaaa huhuhuhuuh~ Tau kah siling toilet tu dah laaaa paipnye bersimpang siur, kaler itam lak tu! Kebodohan apekah yang melanda hotel tu mengalerkan siling dengan kaler itam. Aku rasa cam ade momok bergentayangan je dalam jamban tu tau tak.
:tsk:

Huwaaaa camne ni???? Lepas lebih 15 minit menenangkan diri, aku pun menyungkup kepala aku dengan towel dan masuk jugeklah dalam toilet puaka itu. Bodohhhhh!!! Bodoooooooooooh!!!! Aku sedaya upaya mempercepatkan aktiviti dalam tu. Amek air semayang pun tutup mata sebab aku nampak laaa refleksi siling tu kat paip air. Dah laa sepanjang masa tu aku tunduk je tak berani angkat muka, tengok cermin pun tak berani. Giler ah aku ni!

Dah abes solat, aku tetap rasa tak best gak sebab tak cuci muka - cuci dengan pencuci mukalah memandangkan niat nak mandi dah terbantut. Hampeh betoi. Terpaksa laaaaaa masuk jugak tapi pintu toilet aku biarkan ternganga je.

kak, jangan nanti esok pon orang mandi bukak pintu dah la
ko jangan Mas! nak tiru stail cina taiwan aritu plak hahahaha
adehhh...


Malam tu aku macam mimpi ngeri tauk. Kalau tak kerana aktiviti-aktiviti dalam toilet tu tak boleh didivert ke kawasan lain - dalam almari atau lobi misalnya, sumpah aku tak masuk laa! Huhuh~

Cite lain.


 (pic: kredit to Kak Maya)

Dalam perjalanan malam tadi. Akak ni dok bercerita tentang benefit berkahwin dengan lelaki yang kejenya dalam kategori terkawal terjamin.


bla bla bla MAB benefit.. bla bla bla ospital swasta bla bla bla first class punye bla bla bla pencen bla bla bla terjamin bla bla bla bla RM40k bla bla bla

Pastu disampuk pulak oleh abang yang sorang ni pulak

bla bla bla kawan aku bla bla bla sanggup kene gantung keje bla bla bla benefit banyak bla bla bla bla komuter LRT bla bla bla engineer

bla bla tapi kalau dapat yang keje Petronas lagi masyuuuuk Abg Den

Aku yang dok pasang telinga dari tadi sambil mengunyah cekelat pun menyampuk.

Kalau yang keje pam minyak Petronas pun dapat ke benefit camtu?
:ahaha: Kene gelak kaw-kaw punye!!!~

Monday, August 11, 2008

303: Kisah Bebola Ikan dan Mangkuknya

:hi:
Salam semua..

Hari ini aku akan bercerita tentang sebijik bebola ikan yang cukup sifat tapi ada sedikit kurang dari segi tatacara pemikiran (yelah dia kan bebola ikan) dan hanya tunggu masa untuk dipenyekkan.

Alkisaaaaah. Alkisah maka tersebutlah kisah! Sang Bebola Ikan ini ditugaskan untuk menyelesaikan satu misi. Dan sebenarnya Sang Bebola Ikan mempunyai cukup bala tentera untuk menyelesaikannya. Tapi mengapakah agak sukar bagi Sang Bebola Ikan untuk menyempurnakan tugasnya?

A. Sang Bebola Ikan kekurangan satu organ - otak
B. Sang Bebola Ikan tidak reti PR dan CPR
C. Sang Bebola Ikan telah memburukkan reputasi bala tentera sendiri kepada General Mangkuknya
D. Sang Bebola Ikan terlalu mengagungkan General Mangkuknya.
E. Sang Bebola Ikan memang malang huahahahahahah!!!

Sang Bebola Ikan hanya sibuk dengan General Mangkuknya. Dijilat-jilat General Mangkuknya setiap hari agar berkilat. Sayang benar nampaknya Sang Bebola Ikan terhadap General Mangkuk itu. Iyelah.. tanpa General Mangkuk, siapalah Sang Bebola Ikan - hanya segumpal cebisan-cebisan ikan yang hanyir di pasar basah. Tetapi Sang Bebola Ikan juga terlupa satu perkara. Tanpa bala tentera, siapa pula General Mangkuk itu? Kalau bala tentera tidak tidak bersatu dan berhibernasi di dalam mangkuk setiap hari, adakah General Mangkuk itu akan direbut dan disanjung pula kemudiannya?

Dasar Sang Bebola Ikan. Banyak perkara yang terlepas dari pengetahuannya. Adakah dia sedar General Mangkuk yang dijilat itu amat benci jika dijilat? Apatah lagi kalau selalu dijilat. Geli tau!

Sekarang. Bala tentera ramai dah memberontak dalam diam. Sang Bebola Ikan berpeluh seluruhnya. Menjadi sebiji bebola ikan yang berair. Lembik. Dan hanyir semula. Namun tetap juga berlagak gagah perkasa.

Maka bergolek-goleklah dia cuba menyudahkan misi. Walaupun dalam kemarahan yang amat, bala tentera yang dikondem oleh beliau tetap simpati dan membantu. Tapi balasannya? Ah... memang melampau benda bulat ni! Maka dengan kuasa amarah yang amat, bala tentera berpakat untuk tidak lagi peduli dengan kesusahan Sang Bebola Ikan. Dan kelihatan sekarang Sang Bebola Ikan bertungkus lumus bergolek-golek. Tadi kedengaran General Mangkuk yang selalu dijilatnya merungut-rungut. Misi diberi sudah lama, bantuan yang ditagih telahpun diberi dek bala tentera sekeliannya - lama dulu. Namun tetap misi tetap kelihatan tiada tindakan.

Ah biasalah General Mangkuk. Lupa agaknya kisah sebelum ini. Misi pertama dulu pun begitu juga. Selama mana masa diberi, tetap tertangguh juga tindakannya. Hulurlah sebanyak mana senjata dan peralatan untuk mempersiapkan diri, namun segalanya sia-sia.

Sang Bebola Ikan. Aku rasa nak pijak je ko kasik penyek! Huh!

Friday, August 08, 2008

302: mari jawab tag

ehem!!!!

Salam semua..

Malas nak cerita apa. Maklumlah, apa aje yang ade pon. Asik-asik stebek kat opis, asik-asik penat, tak sihat, mengantuk bla bla bla cam takde warna je kehidupan aku kan? Oleh yang demikian, aku mengambil kesempatan di celah-celah kesibukan (poyo) meng'OT'kan diri ni untuk menjawab tag ND The Kungfu Panda dan juga tag yang aku teringin nak wat secara sukarelawan negara.

Tag sukarelawan dululah memandangkan macam suka je nak buat. From Kak Mya.

Google Tag FTW: Go to Google and search the phrase. Please include the double quotation marks “…” Tag friends. Please use your REAL 1st name. Use the first thing that comes up that makes sense.

Q: Type in “[your name] needs” in the Google search: “Masy needs”
A:
Masy needs financial support. Hoho amatlah benar ni! Sapotlah aku wahai orang² kaya yang budiman!

Q: Type in “[your name] looks like” in Google search: “Masy looks like”
A:
Masy looks like a beautiful place. Place?? Wutever~

Q: Type in “[your name] says” in Google search: “Masy says”
A:
Masy says he is so cool. Halamak. Sape pulak 'he' tu? He-Man? :p

Q: Type in “[your name] wants” in Google search: “Masy wants”
A:
Masy wants you to reply at least once. Errkkk... *tercekik maruku*

Q: Type in “[your name] does” in Google search: “Masy does”
A:
Masy does not contain any carcinogenic materials. Ahahahah!! Memanglah!

Q: Type in “[your name] hates” in Google search: “Masy hates”
A:
Masy hates clubbing and rave parties. No doubt bebeh.

Q: Type in “[your name] asks” in Google search: “Masy asks”
A:
Masy asks what I'm working as. Well.. some people DO owe me the answer... ermm..

Q: Type in “[your name] likes ” in Google search: “Masy likes”
A:
Masy likes 'keropok lekor pasar malam'. Aik.. camni punye jawapan pon ade? Bolehlah~

Q: Type in “[your name] eats ” in Google search: “Masy eats”
A:
Masy eats them up wholefully. Continuous pulak dengan jawapan atas ek? Hahaha!

Q : Type in "[your name] wears ” in Google search: “Masy wears”
A : Masy wears her beyond-repair slippers and refuse to change it. Fitnah fitnah!! :D

Q : Type in "[your name] wears ” in Google search: “Masy was arrested for”
A : Masy was arrested for Jakarta bombing. Fuhhhhh dasat gak ek aku! :p

Sape nak jawab tag ni, silekanlah. Hehehe.

Tag dari ND ni aku jawab mana yang aku tak pernah jawablah. Yang lain tu boleh double check kat entry² sebelum ni - tu dia perasan library lak blog aku neh. Nah ND, saye jawab ni hehe.

What is the most important thing in your life?
Kewarasan (kategori 'thing' ke ek?)

What is the last thing that you bought with your own money?
Eskrem Mingomingo perisa vanilla

Where do you wish to get married?
Di tempat yang ada bakal asben duduk bersila nak terima nikah ehehehe

How old do you think you will be permanently owned by your love?
Depends on how old I can be.. tapi tu semua ketentuan Allah kan..

Are you in love?
Not sure, voley?

Where was the last restaurant you had dinner?
Seri Hainan Seksyen 9 - agaknyalah

What is your full name?
Masy*** Abdullah. takleh taip full, takot ade org gugel nama aku hahahah

Do you prefer your mother or father?
Both

Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Faizal Hussien *muka merah² hitam menahan malu*

Christina or Britney?
Christina

Do you do your own laundry?
All the time

The most exciting place you want to go?
Korea

Hugs or kisses?
Both..boleh?

8 things I am passionate about:
1. Travelling
2. Blogging
3. Writing oh samelah cam blogging ek
4. Home deco
5. Lepaking
6. Exists
7. Money (ekcely bende ni kene nomo 2 kot hahah)
8. Sleeping - I need to sleep right now! *hentak2 kaki*

8 things I say too often:
~ dah penah jawab~

8 books I’ve read recently:
~ walaupun aku giler membaca, tapi lately takde mase ah!~

8 songs I could listen to over and over again:
1. Seperti Dulu - Exists
2. Bawaku Terbang - The Fabulous Cat
3. Selama Di Sisimu - Ihsan
4. I Want To Live - Byun Jin Sung (lagu Korea ni)
5. Cinta Kain Putih - Putra
6. Kau Mutiara Segalanya - StraT G (betoi ke eja cenggini)
takleh pk dah lagu ape. bantai jelah ape2 pon heheh

(takmo tanye kee lagu2 ape yang kalau aku dengar, aku terus off je radio? hahahah)


8 things I learned last year:
1. manusia memang komplikated - laki ke pompuan ke same je
2. bos aku giler (tapi masih terkawal ler)
3. ex boipren buang tebiat
4. jangan malu2 buang manusia yang mengusutkan fikiran
5. give and take
6. cherish the life we live
7. memang tensen klu takde duit
8. klu nak mintak utang, kene buat stail Along

7 people to tag:
A.H.M.A.L.A.S!
:wave:

Wednesday, August 06, 2008

301: rasa tak best

Salam sume..

Semalam badan aku dah ngade-ngade nak demam, and I end up tido bawah meja kat opis. Pedulikah aku akan permintaan mereka untuk membuat keje? Aaaaaa.. *pikir jap* Memula macam takmo tapi pastu buat jugaklah.. sampai pukul 6 lebih gak aku kat opis huhu.

Balik tu mandi je (lepas tengok Ezora). Fuh menggigil-gigil macam laa sejuk nau air tu. Makan roti minom melo telan penedol. Layan gak tv hehe.

Cite lainlah.

Hari ape ek aritu lupe dah, tapi dalam minggu ni jugek. Lepas maghrib, aku ke umah makcik jiran untuk melunaskan hutang cat rumah aku aritu. Ada laa belen dalam RM200 lagi uhuhuh. Bila dah masuk tu, kompem laaa borak tak hengat (tak sangke ye aku ade skill berborak dengan orang tua hoho). Kendian dengan tak semena-mena, sang pakcik pun bertanya..

Mas ni bile nak kawen?
Ewah tanya aku lak. Anak dia pun tak kawen lagi tuh. Takpe takpe aku jawab. Ini soklan ramalan tiap-tiap tahun, apedehal kan ;D
Aaa ntah le pakcik. Nak kawen dengan sape pon tatau ni, camne nak kawen. Amacam, cool tak? :p
Beliau gelak. Eh gelak lak dia. Pakcik ada anak bujang sorang yang belum kawen tau..
Hehehehe.. Eh eh..? Aku gelak pulak. Apsal aku gelak? Tak kelakau pon? Ooo untuk kaber malu kot.
Kalau tu bole le kenal-kenal.. dah suai sangat dah ni.. Ah sudah.. pakcik, saya ni Otromen Taro tau. Kekadang saya kene gi Jepun melawan resakse, anak pakcik boleh terima ke? Aku tak cakap macam tu la :p

kadang-kadang saye jadi Transformer Kancil. See, ni gambar masa saya ada misi

Ala.. entah-entah orang tu dah ade makwe mane kite tau.. Haa biasanya ayat aku ni boleh mematahkan kata-kata orang. Tengok sket.
....................... *bunyik cengkerik*
Ha kan! Berjaya!!! Hahahahaha!!!

Sebelum pakcik ni berbicara lebih lanjut, baik aku balik. Lagipun perbualan ini tak mendatangkan keuntungan (contoh keuntungan: duit RM200 tu dipulangkan pada aku kerana kos kesalahan mengecat ditanggung sepenuhnya oleh pihak tertuduh).

Itu jelah kisahnya. Cerita lain, lain kalilah kita cerita hehe.

Monday, August 04, 2008

300: dah 300 dah ek? ;)



Salam semua...

Macamana wiken korang? Best ke? Wiken aku nyaris je jadi celaka. Sibbaik aku dah balik Melaka. Eh cam ada rhythm lak. Celaka, Melaka. Eh tapi Melaka tak celaka tau! :p

Pagi sabtu tu sementara dok tunggu mak aku habis lepak kat umah abang2 aku, tetibe je Mr Sivaji call. Ada hal le tu. Aku dengar jelah. Malas nak kata apa2 - dan apatah lagi nak volunteer. Bateri badan gua ni dah nak kong dah, kasik aku rest dulu ek. So petang tu berlepaslah kami ke Melaka. Ada singgah sana sini. Malaslah nak cerita hehe.

Sampai kat umah, kene le serbu dengan budak2 ni. Aku cadang nak terus mandi, tapi dak Saadah ni dah ajak aku main pulak. Layan jelah, lagipun dah nak dekat sebulan tak jumpa. Hehehe. Cam ibu penyayang pulak aku ni huahahahahahaha *muka biru secara menyeluruh*

Malam juga aku diganggu. Syaiton betul. Menyampah kan kalau hal orang lain, tetibe je cari gua nak suruh gua figure out d solution. I mean, SETTLE the problemo. Hula hulaaaa!! Aku ni kat kampung taw, jangan kacau bole tak? Lu kat kampung ade gua kacaukah?

Malas nak pikir. Tapi terganggu laa jugek percutian gua. Sikit2lah.
:sigh:Nah amek ni sepam.

Malam tadi pun diganggu lagi. Tensi laa gua tengah tengok Supernatural kene kaco! Meh aku bagitau.. aku MENYAMPAH GILER a.k.a JENGKEL kalau orang kaco bila aku tengah:

- tengok CSI
- tengok NCIS
- tengok Supernatural
- tengok Prison Break
- tengok Desperate Housewives
- tengok Ghost Whisperer

atau dengan kata mudah, bila aku tengah tengok tv laaa... Menonton rancangan itu, bukan dok bercangkung mengadap tv tu taukah kanak2? Dua rancangan pertama dalam senarai tu dah sah2 menuntut konsentrasi yang amat tinggi dan fokus yang tepat. Kalau terganggu satu step, aku akan lost kerana tidak memahami jalan cerita, seterusnya akan membuatkan aku tensi kerana cerita kat tv takleh nak rewind. Huhu. Hanya panggilan telefon daripada Faizal Hussien sahaja yang aku terima dengan hati yang redha dan berbunga-bunga. Hoho.

Oh ye. Rentetan panggilan telefon itu, membuatkan aku kene bangun awal hari ni dan berkejar ke Bangi. Dan kemudian ke KL. Ya kawan-kawan, aku memang tak mahir jalan2 ni sume. Jadi aku sesat barat tadi sampai minyak kete yang aku bajet mampu bertahan untuk dua tiga hari ni - kering kontang.

::(

Aku rasa macam ade mende yang tak kenalah. Errmmm....~

Friday, August 01, 2008

299: adoi laaa.....



Alkisahnya inilah nasebku. Sesampai je aku kat bumi Shah Alam pukul 7.30 malam tadi (tak sempat masuk lif pon), aku dipanggil ke opis dengan kadar segera. Maksudnya, masa tu jugaklah. Tapi setelah mengaplikasikan hikmat perayataan kata-kata madu penuh beracun, aku berjaya balik jugak dan mandi - kendian baru ke opis pukul 8.30 malam.
:tsk:



Dan untuk kesekian kalinya aku tersadai kat opis sampai pagi ni hah. Ah! Nak cite pasal kisah kat JB semalamlah.



Semalam. Singgah dekat hentian mana tah untuk menyahut seruan alam (nature call). Lepas aku tamat, ada laaa pelancong² yang aku syak daripada Taiwan pun nampaknya dipanggil alam masing-masing. Elok je aku nak tacap, tah camne tah aku boleh terpandang kat toilet tu. Dan.. yaa.. aku sedang menyaksikan pertunjukan lucah bertajuk 'mari menjawab panggilan alam tanpa menutup pintu toilet'. Hurmmmm....



Nebes gua. Terus blah dan terkesima selama beberapa minit. Huhu~



Aku lapaulah. Perutku berbunyik ring-ring-ring. Dan aku ni dah dua kali menjawab panggilan alam yang 'major'. Lagilah kosong perot mek.

:antok: Ngantoklah woit. Huhuhu.