Wednesday, September 24, 2008

320: Kad Raye

:hi: Salam sume..

Semalam dok baca kat blog abah angkatku Zino pasal kad-kad raya yang dia terima. Fuh boleh tahan jugek jumlahnya tuh hehe. Tahun ni aku tak dapat sangat, which I don't mind bcoz yelah skang ni sume orang nak berjimat cermat. Main antau SMS ataupun e-card tu dah kira ok laa tu. Yang penting ingatan kita pada orang, kan kan kan.

But still, dapat kad yang boleh diraba-raba dan dibaca bila-bila masa ko teringat memang lagi syioklah. Kalau dulu, kirenye sape yang dapat banyak kad raya memang habis cun laa tu. Tiada yang cun melainkan cun-cun belaka. Atau mungkin dalam kes-kes terpencil, ada orang poskan kad raya untuk diri sendiri untuk mengcover ketidakcunan diri sebab takde kad raya langsung yang dikirimkan untuk dirinya itu (bukan aku ye). Tak kisahlah, yang penting hepi ye~

Untuk aku sendiri, baru je dapat 4 keping hehe. Dan dengar-dengar khabar dari suratkhabar (tipu tipu), ade 2-3 lagi yang masih dalam perjalanan. Kesian kad raya, tengah puasa ni kene jalan, dah la panas. Isk~


Haaa.. ini ler gambar kad-kad daripada mereka yang prihatin hihi. Mekasih bebanyak ye. Tapi arinie aku nak highlite kad yang berkaler-kaler itu, daripada adik kita dak Chika hihi.

Petang semalam aku amek kad beliau kat peti surat (aku tak berapa suka pegi kat peti surat rumah aku sebab kat depan dia ade tempat cam ala² tangki dalam bangunan yang menakutkan - terpaksa laa aku tunduk kalau lalu situ huhu). Sampai keciciranlah murtabak yang aku beli kat situ akibat terkejut melihat kadnya yang fancy dari luar. Terus terkenang zaman sekolah dulu. Camnilah stail kitorang masa mengirim kad, kirenye nak nampak kreatif laa kan kan *eh ni bukan kutuk Chika tau*

Balik rumah, dan bacalah kad kiriman beliau. Alahai ade pulak sepit-sepit kecik dalam tu, kemungkinan akan aku keluarkan sebab nak sepit kat mana-mana yang boleh semua orang nampak hehe. Tapi ayat Chika yang aku rasa nak sengih sampai rabak otot mulut adalah..


"I love kakak's blog because its funny". Ahahahahaha. Rasa macam baca borang peraduan pulak la dik Chika ;D Macam slogan pulak : i love kakak's blog because..... (tidak lebih dari 20 patah perkataan) hehehe. Ayatnya pendek-pendek membuatkan kad ni rasa cam separa formal pulak walaupun ade unsur-unsur lawak hehehe. Tapi memang fancy habislah kad ni, tetibe je rasa nak beraya secara meriah dan meletop-letop.

Apapun, mekasih yaaaa.. Cuma ada rasa kurang best sebab takdok alamat, so tak dapatlah nak balas. Aaaaa pekata nanti Chika bagi alamat eh? Akak bersemangat waja nak balas ni. Tapi takdelah nak fancy-fancy kot, macam tak sempat je nak berfancy hihih. Tapi kalau mau, akak tampal ketupat reben dalam tu, amacam? ;)
:okay:

Cite lain.

Aku start cuti bermula jumaat ni. So rasanya inilah entry terakhir sebelum aku bercuti, malaslah nak taip-taip lagi memandangkan tatau nak cite ape lagi dah esok. Lagipun semangat nak beli baju raya tengah berkobar dan berkibar ni. Tak sabau rasanya nak gerak gempur Jalan TAR jumaat ni. Akan ku usahakan jua untuk menyambar baju raya yang aku idamkan itu (ntah ade ke tak le tu huhuh). Selagi tak dapat, takmo balik raya!!! *choyyy*.

So kawan-kawan dan rakan taulan, di sini macam biasalah ayat klise tapi ikhlas nak aku taipkan : Selamat Berhari Raya dan Maaf Zahir Batin. Kalau ade salah silap aku, korang anggap jelah aku wat silap mata. Kalau takde, korang peluklah aku tanda caring huehehe. Moga dikurniakan keberkatan olehNya dalam sambutan Aidilfitri kali ni, Insyaallah..~


i said: sy berubah kang baru tau haa..
he said: no need to, dear. u r special in ur own way ;)


dear????? dimaafkan memandangkan dah nak raya.

Monday, September 22, 2008

319: Fuh~


Salam sume..

Dalam bulan puasa kali ni, aku tataulah apsal aku cepat ngantuk. Tidur sampai kekadang tak sedau-sedau diri (kadang2 ye). Menakjubkan bila aku mampu melakukan perkara-perkara berunsur pakej seperti tengok tv sambil tido, tido sambil tengok tv, sahur sambil tido, tido sambil sahur, melakukan aktiviti ***** sambil tido, tido sambil ***** dan macam-macam lagi kelakuan sarkas yang jarang berlaku di bulan-bulan lain. Sibbaik aku tak solat sambil tido.

:yawn:

Dan satu lagi. Agak-agak heran juge bila melihat tenaga berjalan yang tinggi di bulan puasa ni. I mean.. sejak dua menjak ni lah. Aku yakin perubahan tenaga dalaman ini akibat misi aku yang belum selesai. Aku nak cari baju rayalah woi. Argghhh ape ke susah betul tahun ni nak cari baju raya.

::(

Tak macam tahun-tahun lepas di mana selera aku bersikap tak-kisah-la-baju-ape-janji-murah, tahun ni konsep selera aku bertukar menjadi lantaklah-kalau-mahal-janji-nak-pesen-tu-jugek. Tak ke sikap begini membunuh semangat perayaan yang semakin meledak di lubuk jiwa? Aku pon heran apsal yang aku lorat nau nak baju tu jugek padahal mak aku dah kata, raya pertama ni dia nak aku pakai seluar panjang. Dengar tu... seluar ok bukan baju kurung. Menderita jugeklah organ otak aku memikirkan kenapalah tahun ni mak aku begitu rugged sampai nak soh aku pakai pakaian kasual di pagi raya? Kalau kata alasannya nak aku buat keje dapur, bukan ke memang raya pertama aku kat dapur je? Sampaikan kalau ade tetamu nak jumpe aku, dipersilakan merafak sembah ke dapur.

:argh:

Cite lainlah.

Semalam aku bertemu jua dengan Kak Tipah. Selain daripada tujuan utama adalah untuk penyerahan barang berharga, kitorang berbuka puasa bersamalah jua. Ermm.. kak, orang rasa peliklah dengar sore akak. Rasa lain betoi dengan bayangan orang sebelum ni huehehehe. Tapi takpe, tetap comel jugek *aik motif puji memuji ni pon tatau??* Hahahah~

Sape yang rasa baby ni garang dan sumbung masa 1st time jumpe, bolehlah bertanya pada Kak Tipah sama ada benarkah stetmen itu. Ai bukan garang yu, ai cume malu je ihihihihi~ Tak gitu Kak Tip? ;)

Insyaallah nanti leh ler jumpe lagi. Bile idong tumbuh panjang sket (cam Achik kan malu nak jumpe ai sebab takde idong :p), boleh laa kite bermesra dengan lebih lanjut lagi eheheh.

Gambar? Trylah tanye Kak Tip. Dia je snappy2. Aku tak bawak kamera satu hal, pastu boleh tak nebes sampai lupe yang henpon canggih aku tu ade kamera gak? *eh mek nebes ke malas? ah mana² lah hehe* Apepon tengkiu ye akak sebab datang ler jugek jumpe baby yang ermm.. ermm... aaaa... errmm... kiut ni.
:okay:

Petang ni aku amek half day. Jenazah sepupu aku tu sampai petang ni. Insyaallah akan disolatkan di Masjid KLIA dan dikebumikan di Presint 20, Putrajaya.

So semua.. jaga diri hiasi peribadi, dan selamat beramal~

edited: tadi aku terjumpa entry tentang abg Hisham kat sini dan sini. Dan ade lagi sebenarnya.  Ada beberapa kesilapan info tentang arwah dalam entry aku sebelum ni.. apapun, terima kasih utk sahabat2 beliau.. 

Thursday, September 18, 2008

317: cite pasal juadah la pulak

Salam sume..:hi:

Sana sini kat kebanyakan blog yang aku masuk, insyaallah akan ada yang bercerita pasal kenangan-kenangan masa berpuasa zaman kekanak ribena dulu. Best jugek ye. So macam biase, bila dah baca tu mestilah aku pun tak pasal-pasal terbawa²lah nak mengimbau nostalgia zaman hot petite aku dulu ehehe.

1980-an. Kalau cerita pasal makan, lebih kurang je macam orang lain. Cuma masa tu air wajib masa berbuka adalah air bandung + jagung. Kekadang bandung cincau. Tapi bandung jagung tu lagi sedap. Bab air memang arwah abahlah yang incharge memandangkan beliau mane laa tau masak. Bab makan pulak, macam-macam ler ado. Biaselah yang kat umah tu kalau balik, kan sumenye anak² jantan yang perkasa yang nak membaham. Tapi perkasa-perkasa dorang pun, tak seperkasa aku yang biasenya akan jadi orang terakhir meninggalkan meja hehe.

ni ala-ala laaa.... gambar sume encik gugel yang bagi :)

Dessert ala-ala wajib pulak ialah pengat. Tak kisahlah pengat pisang kaa pengat keledek kaa pengat keladi kaa. Feveret abah dan aku ialah pengat keledek. Selalu makan gitu je, kadang-kadang makan dengan nasik (pengat pisang sajork).

Cuma bila aku cam dah besar sikit, kewajipan tang pengat tu dah dikurangkan sebab mak aku kata tak eloklah. Bukan tak elok makan, tak elok mewajibkan jenis-jenis makanan yang kena ada. Padahal salah satu tujuan berpuasa kan ke untuk menginsafi nasib orang-orang yang tak bernasib baik. Ada ke pernah jadi orang miskin wajib makan pengat? Bunyiknya macam lari konsep gitu kan. Hehe.

gulp..!~ *telan air lior sambil tutup mata*

Masa berpuasa ni jugak akan keluar satu lauk sayur yang aku tak berapa nak suka. Alamak ape ek nama dia. Haa.. sayur lokio. Rupa paras dia cam bawang yang ade daunnya skalik tapi tang bawangnye tu kecik jelah. Punyalah tak syiok benda tu. Tapi mak aku suka betoi masak sayur tu time pose. Paling tak syiok sebab memang kena paksa makan. Selagi tak abis, ko mimpilah nak blah tinggalkan meja makan *sadislah hidup* Oh.. cuba jugak gugel kat tenet gambar sayur tu tapi takdelah. Cikai betoi tenet ni kan.

Masa kekecik tak suka. Dah besar ni cam teringat lak nak makan sayur lokio. Oh... sape-sape yang nak dapatkan anak tapi selalu keguguran tu, boleh le amalkan makan sayur lokio ye ibu-ibu. Insyaallah.. (eh silap cenel ke ape ni).

Sebenarnya takde idea nak tulis ape, voley gitu?
:tsk:

Monday, September 15, 2008

316: entry tamak lg hehe



Air laut biru warnanya
Ikan sapi ditaruh tepi
Cinta mulut tiada gunanya
Cinta hati dibawa mati.
Aku berjalan seorang diri. Ingin mencari cinta sejati.

Terpisat-pisat aku membaca SMS ni pukul 2.51 pagi. Aku mengesyaki penghantar SMS ni mungkin spesis kelawar. Ataupun sedara Batman, atau terasa dirinya kelawar – atau mana-mana haiwan eksotik mahupun spesis terancam mengikut citarasa beliau. Aku ni mengantuk la syaiton. Apekejadah SMS berbalas pantun ni yang dihantar pada aku. By the way, ade ke ikan sapi? Minyak sapi taulah aku. Ke nak cakap ikan sepat? Ke ikan sepi? Ade ke ikan sepi? *garuk paler*

Sebenarnya ini SMS ketiga dari nombor yang sama. Entah sape-sape tah. Aritu masa dia call, aku dah cakap terang-terang bagitau yang dia salah nombor (sebab dia sebut nama orang lain). Pukul 5.00 pagi yang sama (lepas berpantun), dia call lagi.

Dah makan?
NI SAPE NI?!

Tuuutt... terus putuskan talian telepon. Hah tau takot. Oleh kerana dah ada rasa jengkel merayap di dalam rongga tubuhku di samping untuk mengelakkan aku menjadi perempuan saiko kerana tidurku selalu diganggu pada waktu puncak, maka seperti biasa.. aku daftarkan saja nombornya dalam ’Reject List’. Kan senang.

Oh.. korang nak tak henpon yang sebegini canggih dan murah pula? Meh aku war-warkan (dengan harapan ada laa mana-mana wakil Samsung terbaca blog aku dan menawarkan aku kontrak sebagai jurucakap a.k.a jurutaip iklan berbayar dalam blog). Aku menggunakan henpon Samsung SGH-E690 Edge Tri Band ye rerakan. Sesuai untuk anda yang banyak berhutang kad kredit mahupun dengan Along. Disclaimer: Eh eh tapi aku takde utang kad kredit eh, kad kredit pon takdok. Setakat ini, inilah satu-satunya perkhidmatan yang disediakan di dalam henpon ni yang membuatkan aku tak teringin langsung menukar henpon *sambil memberi kucupan kudus pada henpon* Lagipun beliau nampaknya amat tough, terjatuh sampai bersepai bateri pun masih mampu mengukir senyuman walhal aku sebagai tuannya dah pucat gigi dah – yelah kalau rosak tu sume duit tuh.

Berbalik pada makhluk yang entah siapa itu. Ya dia masih gigih ngirimin SMS ke guwe *motif cakap Indon???* Semalam dia hantar lagi. Lebih kurang pukul 2.28 pagi. Tak reti tidor ke hape mamat ni? Kalau ye pon takleh tidor, boleh tak jangan dengki sama orang yang khusyuk dan kosentret tidor? Ada masalah dendam kesumat ke tengok orang lain tidor? Pukul 5.00 pagi aku bangun untuk bersahur. Dan nampaknya beliau ade telefon aku rupanya. Untung apabila PA tak berbayar aku dengan senang hati merejek permintaan hatinya untuk mengganggu aku. Muah – sekeping kucupan ku layang sekali lagi untuk henponku. Haruslah aku bagi dia kad raya tanda terharu *saiko*

*************


Sabtu lepas aku rasa tak berapa nak sedap hati. Mungkin salah masak kot hati ni, patut goreng je. Lepas sesi berbalas SMS, maka pastilah – punah sudah kasih sayang.

Ah propa je tuh. Ekcely aku cadang nak tempahkan mak aku baju raya sepasang, memandangkan kain yang aku belikan untuk dia kat Terengganu lebih kurang 2 tahun lepas masih kekal je rupabentuknya. Akak yang nak jahitkan ni pun aku bagitau dah lama, sejak sebelum puasa lagi. Cuma tak berkesempatan nak jumpe dia sebab anaknya asik demam je. Ermm.. akak ni pun bukan orang lain, ala-ala bestfriend aku jugek masa kat ITM dulu.

Oleh kerana lagi dua minggu je tinggal sebelum aku balik kampung, dan belum ade tanda-tanda dia nak datang amek kain ni, tu yang aku sms tuh. Sekali dia balas, tak dapat nak jahitkan. Adeh.. kebas jap badan aku. Aku bukan marah tapi ade rasa sikit menggelegak – nun jauh di sudut hatilah. Bukan apa beb, last week aku dah tanya – sempat lagi ke dia nak jahit. Dia yang kata ok. Adeh... mek terkesima sambil tertidur. Last-last aku fikir.. takpelah. Balik nanti aku bawak jelah mak pegi beli baju dah siap. Cumanya mak aku ni cerewet bab-bab baju ni. Biasalah orang tua. Tengok ape jadi dengan baju yang aku belikan tahun lepas. Akhirnya jadi baju raya akak ipar aku lak. Sesukati dia jeee pegi bagi baju tu kat akak ipar aku. Memendam rasa je aku dengor. Isk~

Petang semalam. Tengah aku melayan blues, tetibe je akak tu sms. Dia kata dia boleh jahitkan baju mak aku sambil mintak maap. Teruslah blues aku bertukar menjadi blues gang. Hehe tipu tipu. Dikontotkan cerita, kain tu sekarang berada di sanun, di rumah akak tuh. Moga-moga dapatlah mak aku pakai baju tu nanti, insyaallah...

***************

Dah lama tak kena cramp kan? Jumaat lepas kena lagi. Kebetulan aku tengah melintas jalan, rasa nak betulkan kain pulak. Ape ke bijak laksana sang kancil, aku gunakan tangan kanan untuk betulkan kain sebelah kiri. Hambek ko, tergeliat di situ. Otot kat area tiak ke lengan tu tergeliat. Macam aku penah bagitau dalam entry ’Cramp’ aritu, once aku tergeliat nanti aku rasa nak pitam. Patutnya bila dah camtu, aku kena duduk atau baring. Tapi takkan aku nak baring atas jalan kot? Terpaksa laa gagahkan diri jugak melintas jalan. Masa tu kepala aku dah rasa pening dah.

Cadang nak cucuk duit kat ATM kendian baru gi bank in kan pulak. Kene beratur laa pulak. Walaupun sorang je, tetap aku tak tahan. Badan pun dah sejuk, mata dah berpinau-pinau, dan deria pendengaran macam dah susut skit – means aku dah separa pekak. Sebelum aku tergolek pitam kat situ, baik aku bertindak. Dengan comelnya aku dok bercangkung kat depan bank tu. Hahahaha. Tak peduli dah aku dengan pandangan masyarakat. Pastu bangun dan cucuk duit. Terpaksa gunakan tangan kiri sebab tangan kanan takleh nak angkat, apatah lagi nak tekan-tekan. Kendian paksa lagi diri masuk dalam bank, setelkan ape yang patut.

Kene drive pulak lepas tuh. Hurmmm.... Sampai sabtu, tangan kanan masih takleh nak angkat tinggi. Alhamdulillah.. semalam dah beransur pulih. Jangan jadik lagi dah le, sakit weh. Rasa nak terajang je orang yang lalu lalang depan aku *tataulah ape motif* Ahahahah bengong.

Ape cite weekend uols?

Friday, September 12, 2008

315: Zero


Salam sume..

Dalam minggu ni, aku rasa zero sangat. Kosong. Patutnya sebagai seorang Islam, takde istilah jiwa kosong nih. Yelah.. hati patutnya terisi iman dan ilmu *aik nak berfalsafah pulak. Tapi itulah aku sekarang. Hurrmm..~

Mungkin aku terlalu harapkan orang kot. Jadinya bila macam ni, aku rasa cam takde tempat nak bersandar. Lecehlah. Aku rasa aku seorang yang melecehkan bila dalam keadaan sekarang. Aku sendiri pun tak suka orang yang leceh, tapi rasanya tak mungkin pulak aku tak suka pada diri sendiri.

Padahal dalam internet ini, nama aku ditafsirkan seperti berikut:

Your name of Masy*** contributes sensitive, creative, and idealistic qualities to your nature that could be expressed in a variety of literary or artistic fields. You desire harmony and refinement in your environment and in all your personal associations. Although mentally quick and intuitive in recognizing the thoughts and feelings of others, you experience a lack of fluency in verbal expression in responding. Kind but shy, you appear calm but suffer inwardly from nervous tension that saps your strength. As a result, you experience moods of depression and self-pity and often avoid facing issues. A lack of confidence leads to procrastination, a need for support and encouragement from others, and a vulnerability to be taken advantage of in many situations. Physical weaknesses resulting from the use of this name centre in the heart and respiratory organs, or in the fluid functions.
Errrkkk...~

Cerita lain.

Ada beberapa sohabat bertanya bila nak buat majlis berbuka pose cam tahun-tahun lepas. So dengan ini aku memberi ruang. Nyatakan pandangan dan pendapat anda - di mana dan bila kita nak buat majlis tu. Wah majlis konon. Ala-ala ler.. takkan nak panggil 'party' pulak kan. Aku sebenarnya cam teringin nak berbuka kat Putrajaya (wah tak hagak). Tapi mebi tu dengan kawan-kawan aku yang lain kot. Yang dengan korang ni, kita buat area KL jelah ek. Depan muzium ke, dalam library ke, atau mungkin dalam Istana Budaya. Atau Masjid Negara *tunduk insaf*. Yang penting, pastikan tempat cadangan anda itu ade tempat solat. Kalau tak, korang akan berhadapan dengan manusia stress sepanjang malam. Huhu..

Oleh itu, kotak cadangan dibuka secara rasmi bermula.....



1..




2...




3...





.. sekarang!~:okay:

Wednesday, September 10, 2008

314: entry yang tamak

*gambar takde kene mengena dgn entry, harap maklom*
Semalam Mr Sivaji nampak girang semacam je lepas balik meeting, padahal aku dengar banyak ammendment nak kene buat. Nak kata kene sampok setan, setan sume dah kene ikat. Makanya aku bajet beliau mungkin baru dapat projek mana-mana yang memungkinkan syarikat mendapat pulangan juta-juta la kot? Tapi hasil perbincangan meja empat segi dengan my senior planner, takdelah sampai juta-juta, juta tu adalah. Itu pun bila dikira-kira dan dicomparekan dengan kerja yang akan dibuat, macam tak berbaloi pun ada jugak. Cumanya tatau laa kot ade lagi yang Mr Sivaji belum war-warkan. Ah takpelah, janji masyuk.

Berbalik pada kegirangan beliau. Sambil tersengih tanda hepi, dia datang mengendeng kat tempat aku - nak tengok aku YM ke tak la tu kot. Pastu sambil gelak-gelak dia pun berkata..

Mas, I rasa ni semua salah you lah
Eh apsal plak
Yelah.. Kan I dah suruh you ngurat Mr Lim tu. You tak layan dia sebab tu dia sengal tau tak

Apeplaaaaaaakkk
Tapi ape salahnya kalau you kawen dengan dia. Kaya tu

Eleh tak heranlah saya dengan kaya dia *weeek*
Banyak duit tu Mas! Pastu nanti you dapat pahala pulak sebab Islamkan dia

Suruh dia wat plastic surgery dulu
Hahahahaha you ni kejamlah


Eh eh suka-suka hati je orang tua ni. Meroyan dah datang macam tu lah. Itu pun petang semalam aku terdengar-dengar dia nak bawak aku gi meeting kat Melaka esok (esok khamis kan?).

I ingat nak bawak Mas. Nak suruh dia ngorat Mr Lim.

Sungguh tiada makna. Kang tak siap keje aku kang dia bising lak.

:sigh:

*********

Aku berbuka dengan Minnie semalam. Sementara menunggu dia habis sembahyang, aku terpandang sorang remaja perempuan (memanglah perempuan hoho). Kulitnya gelap, ala-ala India. Tapi bila aku terpandang betis dia, ermmm..

Bersih betul. Takde bulu-bulu sabut, mahupun sebarang parut. Bersih sangat. Dan aku teringat kata-kata sorang kawan aku, orang yang berkulit gelap ni memang bersih kulitnya - pada dasarnyalah. Walaupun nampak hitam tapi sebenarnya halus je kulit dorang.

Lepas tu kebetulan henpon dia berbunyi. I tell uols, suara dia pun sedap. Intonasinya lembut, ada ciri kesopanan dan kesusilaan serta tak mengada-ngada. Aku sukalah. Eh bukan suka yang macam gitu, tapi aku enjoy dengan apa yang ada di hadapan aku. Yelah nak harap aku bercakap macam tu memanglah takde. Aku tak pandailah nak cakap lembut manje ni. Ada sape-sape leh ajar baby cecara nak bersuara merdu dan disukai ramai? ;D

Macam biasa, situasi ni (tengok gadis biasa suara sedap) pernah berlaku zaman-zaman hot and spicy aku dulu hahaha.

Dulu. Masa aku tengah makan-makan dengan beliau. Ada sorang budak perempuanlah juga lalu kat situ. Dia menuju ke public phone dan menelefon siapa-aku-tak-peduli. Bila dengar je suara dia, heh. Nampak kontras dengan personaliti dia yang kelihatan macam... gadis liar *oppsss.. ala-ala je*

awak dengar tak suara dia
kenapa?
sedap kan suara dia
ye ke
ye.. lembut je.. sopan sangat *aku wat muka terharu*
ala.. awak kalau cakap dengan saya pun macam tu jugek..
eh ye ke?

Heh. Eh apsal aku cite pasal beliau ni. Next!~

*******

Semalam (semalam lagi!). Budak-budak opis dah berkira-kira pasal cuti raya. Memasing dah heboh dah nak cuti padahal puasa baru seminggu lebih hahaha. Oleh kerana dah semua dok kecoh pasal cuti, aku pun secara tak sengaja terbabitlah sekali - takkan nak melawan arus perdana kot ;)

Lepas belek kalendar 3 kali, aku pun mengumumkan tarikh percutian raya aku dengan penuh yakin dan bersemangat.

Hah!!! Dua minggu??
Ha lah
Lamanya cuti
Cuti gua banyak laa.. sukati laa nak cuti sebulan pon
Ha'ah laa cuti dia banyak

Banyak tahu? Campur yang carry forward daripada tahun lepas, cuti aku ade 28 hari lagi okeh. Diulangi - 28 hari ye rakan-rakan. Ni kalau kawen ni kompem laa cuti sebulan hahahahaah!! Tapi nama je dua minggu, cuti yang nak diambil tu dalam 8 hari je. So ade 20 hari lagi. Nak gi mana ek?

Nak gi mana konon. Duit ade ke?
:sorry:

Monday, September 08, 2008

313: Saya M, dan ini bukan blog Goda

Salam semua..

Pertemuan empat mata dengan abangku Indera Kencana minggu lepas sedikit sebanyak memberi idea pada aku. Ada yang bernas, ada yang mengarut hehe. Ada beberapa perkara yang dikatakan oleh encik Indera kita yang aku gagal untuk menjawab 'on the spot'. Walaupun dia tak tanye kat sini, tetap jualah daku ingin menjelaskannya. Boleh eh?

kata dia.. : Mas nampak lebih serius berbanding dalam blog. Dalam blog nampak gila-gila tapi bila jumpa lain pulak.

kata aku - yang sebenarnya: Saye memang gitu abang Indera. Untuk pertemuan pertama, tak ramai yang akan kata saye 'sweet' walaupun saye tak garang hehe. At least untuk 10 - 15 minit pertama, saye gunakan untuk observe personaliti tetamu saye. Itu pun bergantung pada mood. Kalau mood kureng, mungkin dalam masa setengah jam kot. Apatah lagi bila bertemu dengan kenalan dalam kategori bapak orang ni, saye perlu berhati-hati sket. Bukan takot kene ngorat, tapi pemikiran manusia 20-an dan 30-an lain caranya. Ada orang serius dan tak suka orang yang kelakar, jadi saye kenelah tengok keadaan. Hehe.

kata dia.. : Kenapa Mas tak tulis buku?

kata aku - yang sebenarnya: Sama je macam yang saye cakap aritu. Masalahnya idea. Apa yang saye nak tulis? Macamana gayanya? Ade ke orang nak beli? Ade ke publisher yang nak terbitkan? Tapi tak dapat dinafikan, menghasilkan buku adalah impian saye hehe. Dah lama, dan setakat ni belum pernah diceritakan. Saye ade masalah keyakinan diri. Ape kata saye bukukan je entry² dalam ni (?) - tapi bukan semualah hehe. Selain daripada menghasilkan buku seperti tu, saye sebenarnya teringin nak bukukan sajak-sajak yang saye pernah tuliskan sejak zaman sekolah dulu. Terutama sekali sajak yang pernah memenangi pertandingan (oooo bukan saye yang hantar, cikgu saye yang hantarkan) dan sajak yang mengakibatkan cikgu BM saye memandang saye dengan serius seraya berkata..

Masy, awak tak pernah hantar sajak awak ke mana-mana majalah? Kenapa tak hantar?

Orang lain lebih tahu kelebihan saye berbanding saye sendiri. Bukankah ini tandanya saye ini kurang keyakinan diri? Berdoalah. Semoga suatu hari nanti, impian ini akan jadi nyata. Jangan lupa beli ye kalau betul-betul ade, hehehehe *berangan*

Encik Abang Indera juga memberitahu rasionalnya dia berahsia sampai menjadikan namanya Indera Kencana. Cuma aku masih tak tahu kenapa Indera Kencana menjadi pilihan. Nanti ceritalah ye ;) Menjadi anonymous dalam dunia blog pun rasanya mencabar dan seronok juga. Kita dapat bercerita sebebas-bebasnya tanpa perlu memikirkan adanya orang yang akan tahu - dengan syarat nama dan tempat dinamakan dengan nama lainlah. Berbanding sekarang, aku perlu berfikir panjang sebelum entry-entry dalam ni dikeluarkan - terutama sekali entry-entry tacing. Heh. Kalau takat entry mengarut, tak payah pikir ah.. Sukatilah nak mengarut kan hehehehe~

Mungkin suatu hari nanti aku akan membuka blog dengan nama yang lain pula. Contohnya - Tempurung Lutut, Kerisik Hangus, Taik Pusat, Bulu Betis, Perawan Sepi (hahahahahahhaha), Kuda Padi, Mentol OSRAM, CD Pinjam, Green Dragon, Chocolate Moist Cake, Cawat Besi ataupun Alas Cawan.

Apa-apa saja yang mampu merahsiakan jantina serta tidak menggambarkan langsung siapa aku. Ada lagi ni nama-nama dalam fikiran. Misalnya Ibu Roti, Kelopak Mata, Lori Hantu, Kain Kapan, Anak Tudung, Kerongsang Terpinggir, Pengorek Duka, Platipus Gembira, Mentibang Pemalu, Manik Murah, Kari Kambing (alamak sedaplah pulak) dan lain-lain lagi.

Aku nak sambung berfikir untuk nama baru dan blog rahsia. Hahahahaha!!!!


:wave:

Thursday, September 04, 2008

312: Entry Separa Bisu

Salam sume.. 

Aku malas nak tulis pape secara panjang. Ku tulis sikit-sikit dan ku tampal gambar banyak-banyak, bolehlah ek? I think I'm not in a mood for love.. errr.. for writing kot hehe. Ku bimbang tulisanku akan jadi melankolik, melodrama dan seterusnya meletuskan gelombang mual lantas mengakibatkan pekatan berunsur masam pedas bernama muntah memancut dari lohong tekak kamu, kamu dan kamu jua. Nanti batal puasa, kau salahkan daku (aku lagi huhu). Atas kesedaran itu di samping ingin menunaikan tanggungjawab sosial, nah - ku tampal gambar-gambarku bersosial di Desaru minggu sebelum ni bersama sedikit penceritaan. Peace!~ v(^-^)v



Aktiviti mandi manda terganggu - ekcely aku dah rasa terganggu sejak awal. Sebab memang tabiat aku bila mandi kat mana-mana kawasan bertakung, mesti aku 'raba-raba' air tu (sebab masa kecik penah terpegang ekor pari dalam air laot - mek masih trauma ok). Dan masa aktiviti QC air laut tu, aku terasa samting yang.. errr... susah nak cakap. Dan end up aku nampak menatang kat gambar kedua tu sepanjang pantai. Macam jeli tapi sangatlah banyak dan kecik. Lebih kurang cam gel dalam pampers budak, atau dalam sanitary napkins. Budak-budak lain serta merta mengalami kegatalan kulit. Aku? Tak rasa ape sampai sudah. Mebi kulit aku ada unsur-unsur kulit kerbau kot. Ntah.


Last-last mandi kolam je. Bolehlah. Alang-alang dah basah, biar sampai lencun. Itu pon aku malas nak mandi lama-lama. Nak kejar Ezora punye pasal :p

Esoknya nak balik. So posing sampai lebam.


Dan gambar terakhir yang aku agak suka la..

Tuesday, September 02, 2008

311: Salam Ramadhan..

:hi: Assalamualaikum!



Chaaaak!!! Alaaa aku tak sukelah blogger yang macam ni :( huh!! Tapi hentam jelah ek? *skang dah ok sbb aku guna yg lama yeahuuuu*

Ekcely dalam masa beberapa hari aku berjauhan dengan encik blog, macam-macam menda yang aku nak tulis. Ada yang sampai aku nanges² lagi - punye laa menghayati watak gitu! Last-last ade ke aku nulis kat sini? Harom takdek hahahah!!

Ni pun dah berapa jam aku ngadap ini monitor, namun kesudahannya buntu sudah. Manaah gamal~


Ok lah. Mana yang terlintas jelah ek?

1. Bila kita rasa kita disakiti. Sesakit-sakitnya. Dan kita pun dok berfikir apa salah kita sampaikan manusia itu sanggup melukai jiwa kita yang comel dan fragile ini. Setelah puas meratap hiba dan berkotak-kotak tisu kita dan tisu orang lain habis menjadi mangsa, akhirnya barulah kita dapati rupanya kita yang terlebih bereaksi dengan situasi. Err bukanlah setiap kali, cumanya adalah kadang-kadang. Klise orang lelaki - ahh tu mesti period la tu. Period? Tak jadi masalah bak kata Kaisara (eh betul ke dia cakap camtu). Padahal rasanya semua orang pun ada ketikanya bermoodkan jelly dan agar-agar kurang gula batu - lembiklah senang cakap. Apa point aku ni? Entahlah hehe.

2. Melakukan kebaikan bukan sahaja dengan berbuat baik pada orang, tetapi apabila kita membenarkan orang berbuat baik pada kita - itu juga satu daripada cabang kebaikan. Membenarkan orang lain mengutip pahala sementara kita mengutiplah jugak segala pemberian. Kira win-win situationlah ni. Cumanya janganlah selalu sangat menjadi tangan yang menerima. Sesekali tuh jadiklah tangan yang memberi. Again, apa point aku? Hehehe.

3. Membiarkan bukan bermaksud benci, atau sudah lupa. Atau dilupakan. Sesekali waktu yang ada digunakan untuk menilai kembali kewajaran setiap kejadian. Menimbang semula keadaan. Mungkin ada yang kita terlepas pandang, yang menjadikan nilai diri kita menyusut. Kalau berat badan menyusut tu oklah jugak. Apa pulak point aku ni?

4. Aku dah takde point dah ni rasanya. Selamat berpuasa - lahiriah dan batiniah hehe. Moh ke masjid! Tahun ni insyaallah aku akan cuba berterawih kat surau dalam kawasan umah baru ini. Mari berkenalan dengan jiran-jiran anda, walaupun mungkin jiran anda tak tahu anda sebenarnya anda sama 'floor' dengan dia *sigh* Kesian aku!~
:tsk: