Friday, October 31, 2008

329: patutnye nak apdet isnin tp kesian kak sepi tunggu lama eheheh

Malam tadi sume pakat tengok episod akhir Kekasihku Seru. Aku? Aku tengok jugek.. tapi lepas tu tau-tau je dah abes. Apsal ek? *pikir jap* Ohhh... aku tertido laa time tu. Sebenarnya aku pon tak paham kenapa sejak akhir-akhir ni mudah betul aku terlelap depan tv. Pastu kang bile aku dah siap-siap baring, takmo lak tido terus. Ape laa mata ni, cium kang *sambil cuba mengucup mata sendiri*

Dan tiap-tiap ari dalam minggu ni aku rasa mata aku ketaaat sangat waktu pagi - masa dah sampai opislah. Ngantuklah tu. Ni mata aku tengah terbedik-bediklah ni cam mata penyubiru.

Cite lain. Kene ler serius.
:yawn:

Kekadang la kan. Kekadang tu hampir-hampir nak dekat selalulah jugek. Aku macam tak brape nak paham ape laa yang ade dalam kepala hotak mamat sorang ni. Kalau ikotkan memang aku takde masa nak pahamkan, tapi bila dah selalu ni rasa macam nak wat research la pulak. Bukanlah nak jaga tepi sepender orang, tapi tu lah, macam nak jaga pulak ahahahaha.

Macam ni lah aku wat ringkasan tentang kejadian ni la eh sambil berharap makhluk berkenaan dah lupe pasal blog aku nih. Ringkas yang tak berapa nak ringkaslah. Sape yang kenal tu kenallah ek. Aku nak cakap jugek.

Dia ni hah. Kawan aku. Nyaris laa jadik 'teman tapi mesra' laa konon² gitu tapi tak jadik(ayat aku ni cam sinis tapi aku ada rasa luka di situ hueheheh). Sebab tak jadik tu adalah kerana pada pertemuan kami julung-julung kalinya sejak lost contact 16 tahun tu, status dia ala-ala pending laa. Paham ke aku cakap ni? Tak paham takpelah, bukan masuk pekse pun. Hiks.

Takpelah kan. Takkan sebab dia pending camtu aku dah takmo kawan dia? Nanti kang orang kata aku cari dia sebab nak ajak dia kawen lak ahahahah cam harom je. Jadinya berkawan laa kami seperti kebiasaannya manusia lain berkawan. Tapi laa kan. Oleh kerana aku ade aura menarik yang cambest (perasan), maka dia dilanda dilema. See, aku ingatkan aku je yang boleh dilema pasal orang, rupanya orang lain pun boleh dilema pasal aku. Hahahah ayat separa riak di situ. Kesan dilema tersebut, dia macam mintak aku stay laa.. maknenye bagi dia can memilih laa. Wah cam pilih perwakilan gitu.

Pendekkan cerita sependek Abang Brahim, dia pun pilihlah. Dan aku sebagai calon simpanan dah tentulah tak terpilih walaupun aku best. Hahahaahah still nak kata aku best gak tuh. So.. dah laa kan. U made ur own choice, then live with it la betoi?

Maka bertunang dan berkahwinlah akan dia dan pilihan dia. Yang menyakitkan ati aku dengan betul-betul sakitnye, dalam tempoh dia bertunang dan dah kawen dan dah nak timang anak sulung ni, dok sebut-sebut lagi pasal nak kawen dengan aku. WHAT THE FRUIT??? Nak mamposkah. Atau saje-saje nak test hormon aku kot-kot hormon andalusia tu kalau banyak kirenye ade can laa mau makan aku.
:bringiton:
Sesungguhnya aku pon tak teringin nak semakkan palotak aku dengan cerita kawan aku yang sorang ni. Yeee.. aku tau korang mesti kata, jangan layan, tak payah kontak bla bla bla well bende-bende tu aku memang dah sedia maklum. Tapi sila considerlah dia tu kawan aku yang aku kenal sejak umur 10 tahun. Sungguh tak patutlah kan bila dia da kawen aku takmo kawan dengan dia? Macam tak relevan keadaan itu. Lagipun aku dah matang ler beb (agaknyelah). Aku bukan lagi manusia itu yang bile ex boiprennye kawen, dia terus ilang selama 3 tahun sampailah ex boiprennya mencari dia semula dalam kesamaran. Eh ni dah masuk cite lain lak ni. Ok fokus fokus.

Aku ni teringin benar nak cakap kat dia, walaupun mebi niat dia tu adelah sebab takmo aku mati dalam keadaan takde laki ke ape ke, sebenarnya aku tak mau pun dia susah-susah pikirkan option ni. Kalau bini dia mati sekalipun (wah mintak jauhkan - aku bagi contoh je), aku rasa memang aku takmo laa kat dia. Bukan aku kerek, tapi cube ko jadi aku?

Dah laa ko suruh aku tunggu, pastu ko rijek, pastu ko nak amek balik? Masa ada peluang dulu ko dah takmo, bile dah takde ruang ni ko gedik-gedik pulak. Pastu bila aku macam dah nak merimau, siap nak tolong carikan pulak untuk aku. Yeee.... aku nampak laa niat baik dia tu ala-ala sharing and caring tapi takmolah. Rasa tak syiok.

Aku tak perlukan perhatian yang semacam ni daripada dia. Aku nak kitorang ni biasa-biasa aje. Biase-biase means.... biase-biaselah. Kite borak, kalau gedik sangat nak tau status aku - sampai situ jelah. Tak payah nak lelong diri sendiri ke, nak lelong aku kat kawan-kawan ke, ape-ape jelah. Dengan orang lain mebi takpe, tapi dengan orang yang ade sejarah ni rasa tak best betul. Macam seswatuh je.

OH ye.. dia kata bini dia bagi kawen lagi satu (haaa yelah tu belom setahun kawen dah bagi, ntah ye tidak). Tapi syarat ketat.

org tu: tp dia letak syarat yg ketat laa..
org tu: 1.mesti tak lawa sgt..

org tu: 2.org yg susah..

org tu: 3. org miskin

aku: oww no 1 tu dah pass laa sbb sy lawa hahaha
aku: sy tak miskin pon ahahaha gelak lg
org tu: 4.to be review..
aku: secara amnya awk leh kawen dgn org lain tp bkn sy laa
:tsk:
See. Aku takde kene mengena pon dengan syarat-syarat tu. Watpe lagi nak cari aku untuk hal ni. Baby rasa merinding tubuh badan di samping rasa gemuruh jiwa semangat membara untuk memarahi orang. Tapi yelah. What ever it is, he's still my friend, and like my other friend's said, will forever be my friend.

Ye.. ye... aku tak layan laaa..


Esok aku ke Penang. Aaaa lawatan aku ke muzium semalam nantilah nexwik aku cite. Itu pon kalau aku rajinlah. Tapi rajin kot sebab nak tunjuk gambo² kat situ ihihihihi.

Selamat berhujung minggu yaa~

Thursday, October 30, 2008

328: Kepanasan~

Salam sume...

Fuh panas betul cuaca dua tiga menjak ni kan? Aku ni memang takleh tahan kalau panas-panas ni kecuali goreng pisang panas je aku suke. Ini disebabkan suhu badan aku memang dah ekstra dua-tiga degree tahap kepanasannye berbanding manusia normal, yang mana ia membuktikan bahawa sememangnya aku ini mamalia berdarah panas. Sangat kesianlah aku bila berhadapan dengan situasi yang mencabar minda dan IQ ini.

Kepanasan semacam ni secara tak langsung mengganggu kualiti tidur aku di kala malam bulan mengambang. Tensen uols bila tidor ko asik terjaga sebab panas. Natijahnya, aku akan kemengantukan bila kat opis sampai rasa nak membasahkan keyboard dengan air liur basi jer. Malam tadi aku siap mandi lagi sekali baru ler bole tidor. Dan alhamdulillah nyenyak sampai ke subuh. Tapi tetaplah jua panas tu terasa membuatkan aku asek pegi keje awal je dua tiga menjak ni (sebab bangun awal dari kebiasaan ler).

Sangat panas. Banyakkan minum air, pasang kipas laju-laju (sape ade aircond setkan suhu 10 dg ek) dan pakai baju seksi-seksi masa kat umah. Eh ni bukan aku laaa.. hehehehehe *sambil cari-cari baju seksi nak pakai malam ni*

Semalam.


Semalam aku dok melepak kat library Shah Alam. Aik lepak bukan sebarang lepak, ini lepak ade keje ler. Dah tentu ler time opis hour. Bestnyeee laaa hai dok kat library. Rasanya dah berkurun lama dah jejak kat tempat-tempat cenggini. Sedih bila memikirkan yang sekarang ni aku macam dah terlupa dengan hobi aku yang suke membaca-baca nih. Yelah sekarang ni aku pon perasan, aku sibuk dok tengok TV je. Tu pon dah kira mujur takde estro, kalau tak mau ler aku tak kuar umah kot. Sungguh tak ilmiah dan menjana pemikiran betoi pangai aku skang. Takpe, not too late to do samting about it. Eceh speaking lak, baru pegi library satu hari je tu hahahhahaha~

Kalau takde aral melintang pukang, insyaallah arinie aku akan ke muzium pulak. Pasal keje jugeklah tapi bukanlah bermaksud aku dah bekerja kat sinun, okeh~
:woooh:

Dah, tatau nak borak ape dah. Mek nebes.

Tuesday, October 28, 2008

327: ermm~




Paham laa kan mukadimah cite aku ni hah? Heheheh malas nak taip pepanjang. Senang cakap, boleh tahan jugek kenduri dak Aline ni. Aku rasa mana-mana aku pegi pon, belum jumpe lagi pengantin yang kecoh macamlah bukan kenduri dia seperti sohabatku ini. Adeehhh naik pening paler nak soh minah ni senyap. I wonder kalau aku kawen sok aku pon macam dia? Tak kot.. hehehe

Yang penting, aku dan kekawan (kecuali Nurul yang malang) tak pulang dengan tangan kosong. Regardless goodie bag itu, kitorang jugek berjaya membawa pulang.. wang kecil wang kecil. Aku cadangkan sape-sape yang nak kawen lepas ni pastu tingin nak wat aksi-aksi baling duit + gula-gula agar menggunakan duit kertas ye rerakan. Sakit siot kuku kaki aku kene lontaran duit syiling *atoi atoi tiru anak Debik hihihi* Tapi sape-sape yang kene tang kepala tu lagi malanglah ahahahahah~

Ok, tamatlah kisah. Balik kali ni pon ade lagi perbincangan meja bulat. Aku rasa dorang ni serius laaa pulak. Sebab bila aku gelak-gelak, dorang tak gelak pon? Huhuuh. Benarkah ini semua ataupun sekadar ilusi optik. Apapun, kita tunggulah permulaan (maybe) cerita ni bulan depan. Adeh adeh nebes huhuhuh.

Apa lagi nak cite dah lupe dah huhuhu~

Friday, October 24, 2008

326: Persuratan yang tersurat :p

Haaa... sudah-sudahlah perasaan bermotifkan melankolik. Apepun mekasihlah untuk komen-komen uols yang memberangsangkan tu. Donwori dude, aku ok je. Just nak mengadu kat belog ni je hah. Yang aku tulis tu gabungan macam-macam mende – means bukanlah aku fikirkan tiap-tiap hari sekaligus *oh hai.. aku tak rajin nak pikir selalu, kesian kat palotak aku – fenat beliau*

Ok cite lainlah ek. Macam yang korang dah sedia maklum, kan aritu aku beraya dengan kesakanan yang agak melampau ehehehe. Minggu kedua cuti tu, most of the time aku spent kat umah je sebab aku dengan mak wat pose nam. Bila dah petang-petang tu kan macam mengantuk. Bile tak ngantuk, aku watpe lak eh.

Yee.. aku dok mengopes lemari aku tu hah. Macam-macam kenangan ade dalam lemari tu. Segala maknika khazanah dari zaman rumaja hinggalah ke zaman tak brape nan ado remajanya ni ha. Album-album gambar, majalah sekolah (ala ade satu je pon – tapi syiok nak belek sebab itu majalah 1st skulah rendah aku hehe), mainan-mainan yang pelbagai di mana kebanyakan koleksi aku dah dirembat secara haram oleh anak-anak buah aku, gambar konvo yang tak ber’frame’ sampai skang, CD cite jepun dan cina, kaset-kaset, dan yang paling utama skali.....


.. surat-surat yang aku pon tatau apa relevannya aku nak simpan lagi. Ade 3 kotak – semua surat dan kad-kad raya, kad bday dan segala macam jenis suratlah sejak sekolah menengah sampai sekarang aku simpan. Errmm.. skang ni dah takde le dapat surat, kalau ade pon surat saman MBSA dengan insurans bla bla bla bla bosan. Bila dok belek-belek, aku memang takleh menahan molot daripada senyum dan kadang-kadang gelak menengok kekreatifan budak-budak dulu.


Sweet je kan? Masa tu memang majalah Ujang tengah hot. Ade laaaaaa kan orang tu siap gunting mana-mana page yang kaler cantek-cantek tu, buat sampul surat. Meriah ai tell yu. Kalau aku dapat surat dia memang hepi one kind, kalah dapat surat boipren (sementelah boipren aku pon cam ampeh masa tu). Sapeee laa kan orang tu hahahahahaha *aku tau ko tengah baca blog aku ni*



Ini surat pertama aku dapat daripada Abg Sham (entry tu ade episod ye klu korang ingat lg). Aikk.. abangku Indera jangan nak mengaku eh. Korang tengok tahun berapa yang encik pejabat pos tepekkan kat surat tu.1995 tu... Kirenya masa tu aku umur 15 tahun. Oh macam tak percaya je aku pernah berumur 15 tahun. Dah bertahun-tahun umur aku dok berpuluh-puluh je huhu *matilah meroyan*

Ada satu surat ni bila aku baca balik, aku cam terkesima pulak. Meh aku salin balik sebijik-sebijik isi surat tu eh.

Bismillah walhamdulillah.. (tulisan jawi ni)
Seringkasnya buat kawan.
Selawat dan salam buat Nabi Muhammad. Dialah ikutan, panduan seluruh alam. Sempena keputeraan baginda, mari kita insafi. Berapa banyak sunnah yang sengaja kita tinggal?

Moga cuti terbaru, tambah ilmu. Biar amalan dan iman berganda. Bakti pada famili bukan selalu selain dalam cuti. Tentu banyak rancangan, banyak tidak sampaian.. Tentu sekali kerna Tuhan dah tentukan. Apapun, pasti ada isi sebalik cuti yang kosong.

Bila kau hilang cuti begini, sukalah aku tanya: “Kau busy?”. Realitinya macam tiada rutin. Ntah apa-apa.. Aku kagum. Sedikit suka, banyak syukur. Tanpa kampus, hidup kau terurus. Tanpa fakulti, gerak kau berbakti. Dalam keluarga, kau terbeza. Begitulah: bumi dipijak, langit dijunjung. Masuk kandang kambing mengembek, balik kampung masuk tempurung, hidup bagai terkurung, macam tension tapi itulah untung.

Bila aku dikata berhubung semata mereka selain kau, takutku bertambah, kerna lagi kuhubungi, lagi tinggi syak kau di hati. Dan apabila *** tahu konfrontasi kita, aku takjub: “Dia perlu tahukah?”. Ada hak yang terabai, ada batas yang terlangkah. Jika aku pandang kau Islam, ada bezakah pada amal dan adab?

I’ve no fun, but I try to be like sun. It’s hot but everything need it.. Whateva, tak guna memaksa jiwa merdeka. They say, “Why you still with them?”.. Dan satu-satunya jawapan aku; “They had been my friends, they are still friends, and they’ll be my lovely friends foreva..”

Thanks dengan panggilan, surat kiriman dan e-mail. Kau sedarkan aku,”untuk jaga hati kawan, kita tiada modal selain ihsan”... Jika cinta buat Tuhan, kasih buat insan, dan sayang pada benda atau haiwan... aku pasti kasihkan semua kawan-kawan aku.

Maaf jika bingit dengan suara aku; bengang pada tulisan aku. Sehingga sekarang, aku tak pernah niat untuk menyakiti hati. Sebaliknya aku cuba...

Banyak lagi perlu dipelajari. Salam juang. Thanks, friend.

Tu dia. Puitis dan halus mulus bahse kawan aku ni. Surat ni aku dapat tahun 2000. Means kami masing-masing berusia 20 tahun masa tu. Bayangkan budak lelaki umur 20 tahun tulis macam ni. Member aku ni laa yang mengajar aku menulis surat sampai 2-3 helai depan belakang setiap kali berbalas surat dengan dia. Takleh balas pendek-pendek nanti dia komplen. Hahahaha tapi bukan dengan dia je aku prektis tulis panjang-panjang, dengan kawan aku yang buat sampul surat guna page dalam majalah Ujang tu pon sama hehehe.

Kalaulah zaman sekarang ni ada orang yang sudi tulis-tulis surat macam dulu mesti seronok kan? Aku pon dah terlupa perasaan masa dok menunggu posmen datang kat umah. Rindunya..
:inlove:

Wednesday, October 22, 2008

325: cite lain~

Dah la kot cite pasal raya heh. Tapi kalau ade aku citelah lagi.

Lama tak wat entry mengadu. Ada rasa nak mengadu kat blogku yang hanya menerima chenta satu hala je (yelah aku jer chentakan dia tapi dia wat tatau pon huhu).

Belog,
ko tau tak? mesti ko tak tau kan. meh aku bagitau. sejak bulan puasa aritu kan, aku perasan gak satu situasi yang aku tak gemor. ala ko tau laa kan aku ni walaupun brutal tapi jiwaku tetap  bergenre sensitip, sebab tu aku tak suka orang buang sampah merata-rata - nanti alam sekitar tercemar (takde kene mengena). ko tau, aku kurang senang kalau orang bercerita depan-depan aku tapi macam tak bagi aku amek tau konon-konon macam rahsialah gitu. tapi mende ni tak terapply pada semua situasilah. kalau dah takmo aku tau, ape kata jangan cite depan aku - kan senang? semudah ko makan dan telan. ntahlah belog, provokasikah ini? ke aku sensitip?

Belog,
aku ni sensitip sangat eh? ko tau masa aku cuti raya aritu, ada laa satu ari tu aku kecik ati dengan mak padahal mak cakap sikit je. terus aku diam je ko. ko kalau tatau pangai aku meh le aku cite. aku kalau kecik ati kan, aku diaam je sebab kalau aku bercakap kang aku nanges. eleeeh cembeng lak aku ni ek hahaha. tapi betul ler. sian mak aku kene pujuk aku. eh dia pun bukan pujuk aku cam boipen dok mujuk2 tu. dia cuba laa ajak gak aku borak. tapi susah la belog kalau aku dah start diam tu nak soh aku bercakap. tapi demi laa takmo nyusahkan mak, aku bercakaplah jugek tapi sikit jelah. oleh kerana aku bercakap jugek, makanya aku nanges laa pastu. cam jahanam la ini pangai ahaha. tapi tak le aku nanges depan mak, kang tacing lak dia. dia tu lagi cembeng, bercerita drama kat aku pon bole nanges.

Belog,
raya aritu pun banyak benda yang aku pikir. aku sayang jugek kat orang tu, belog. tapi ko tau la kan. mungkin dah takdirnya aku takkan dapat apa yang aku nak. kalau dibagi pun tak tentu aku nak. sebab sana-sini aku pergi, macam-macam benda yang aku baca, macam-macam pendapat yang disuakan kat aku, takde satu pun yang membenarkan keadaan ni. alaa tak payah tu sume, aku pon boleh pikir sendiri. tapi kan, apsal laa aku macam ni? aku rasa nak lari jejauh je belog. pegi korea kaaa.. pegi Uganda kaa... Greenland kaa.. mana-manalah. tapi aku berani ke? ko nak ikut tak?

Belog,
kalaulah boleh aku tutup mata dan terima je sape-sape, dah lama aku buat. raya aritu pun berapa banyak proposal yang disuakan kat aku? tapi macam biasalah, aku tak tolak dan tak jugek beriya pun. kalau ada, ada la. untuk perempuan macam aku, dah letih rasanya nak mengadap keadaan macam ni. ko tau pakcik jiran ujung umah aku tu aritu macam hint² lagi. ahahaha. apelah pakcik. kalau nak wat menantu cakap jelah. aku dah abes selambe dah ni hahahaha.


Belog,
kekadang malam-malam sebelum aku tido, aku pikir panjang. aku cari dan pikir apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup aku. aku cuma nak aku bahagia, aku jumpa orang yang boleh bahagiakan aku, aku nak orang yang boleh bahagiakan aku tu boleh juge bahagiakan ati mak aku sebab aku sendiri pun rasanya tak pandai nak bahagiakan ati mak aku. aku cari wajah yang aku sayang, orang yang aku betul-betul sayang. tapi selalu aku tak dapat jawapan. kosong je, belog. rasa nak salahkan orang, rasa nak salahkan diri sendiri. ntahlah.

Belog,
dulu ada seseekor yang pernah mencemuh aku. dia kata aku macam-macam tau. semuanya menggambarkan macam laa aku ni 'lawa' sangat sampai aku boleh memperlekehkan perasaan orang. aku 'halau' dia dari hidup aku masa tu. sekarang ni aku terpikir, betul ke aku orang yang macam tu eh? takkan aku nak abaikan perasaan aku untuk perasaan orang lain. lagipun dah banyak kali aku abaikan perasaan aku semata-mata nak jaga ati orang tapi apa aku dapat? kosong. nehi kabhi nehi.


Belog,
selalu aku rasa perasaan aku sakit sangat. sakit. sangat-sangat sampaikan aku rasa tak mampu dah nak tarik napas. aku terpikir kenapa aku jumpa yang aku mahu pada satu yang aku tak boleh dapat. aku dapat apa yang aku ingin tapi aku tak boleh memiliki. aku cari-cari apa hikmahnya Allah turunkan aku ujian semacam ni. sakit sangat dalam ati sampaikan kekadang terasa-rasa sakitnya kat ujung jari. kalaulah aku mampu, aku nak pegi jauh. buang semua kebiasaan aku dan bertukar jadi Miss World. eh, maksud aku - aku jadi orang lain. kalau bukan Miss World, Miss Braganza aha pun boleh.



Belog,
ni cite lain pulak. aku jumpe blog dia baru-baru ni. banyak gambar² dia dan wife je pun. aku rasa aku dah kuatlah, belog. aku rasalah. tak macam sebelum² ni. oh.. masa bulan puasa aritu, ade jugek kitorang sms. untuk aku sekadar kawan (harap2 aku betul2 maksudkan). tapi tone sms dia lain betul kali ni. ade lainlah. bunyiknye macam dia nak aku tau yang dia still appreciate aku. adekah aku gumbira? ntah. aku suspek dia meroyan. ntahlah. dia dan dia yang lagi sorang tu. sebenarnya aku pun dah tak mau tau ape 'pandangan' dorang tentang aku. ya pandangan yang biase tu takpelah, tapi hal jiwa-jiwa ni aku dah tak mau tau. dorang paham tak gaknye, belog?



dahlah belog. makin banyak aku tulis, makin banyak pulak mende yang tak patut aku dok cite dalam ni. dah ler ko wat tatau je aku cite. boringlah ko ni. takde reaksi langsong. ko bisu eh?

Belog!!
jawablah woi!
(auto-published entry)
:woooh:

Monday, October 20, 2008

324: Let those houses opeeeenn!~

Sebenarnya laa kan, selagi belum abes bulan Syawal ni, takkan abes nyer cite pasal raya ni. Percayalah cakap Baby ni. So jangan cemburukan sayer yang tak cantek ni sebab asek cerita pasal raye je dalam minggu ni ehehehe (berapa banyak NI daaa)

Hari Sabtu. Ada cadangan untuk beraya sana sini memandangkan ade beberapa open house yang diketahui agak berpotensi untuk diserang secara gerak gempur. Memula tu macam banyaklah, tapi perubahan saat-saat akhir berlaku atas beberapa sebab menjadikan jumlah open house yang bakal diserang berkurangan. Tapi bagus jugek, kita boleh spend quality times kat setiap rumah (haaa yelah tu quality times :p)

Memula sekali mestilah menyerang umah Mr. Sivaji dulu. Beliau ni memang agak malanglah, sebab dah dua tahun berturut-turut mesti hujan petus time dia wat open house. Agaknya sumpahan aku tahun lepas dicarry-forward ke tahun ni kot. Oh.. masa bergaduh dengan beliau tahun lepas, aku sumpah umah dia banjir masa kenduri kawen anak sulung dia, but end up hujan lebat time open house pulak – wutever.

Tengah aku bersiap-siap nak keluar, Mr. Sivaji call.

Mas, di mana kao?
Saye nak geraklah ni, kat umah lagi
Cepatlaaahh.... aku nak bagi kao makan ni
Yeee.. saya dah gerak dah ni ha
Nak bagi makan pon susah. Cepat sket, you kene makan banyak ni

Adeh. Majlis start pukul 2.00, takkan aku nak tercongok pukul 2.00 jugek, ye tak? Malulah ai. Takpe, apepun mesti serang dulu. Kat sana aku makan SIKIT nasi tomato lauk ayam masak merah dengan rojak buah dan jugek roti jalan dan SIKIT kuih raya seperti brownies. Spend dalam 2 jam jugek kat situ sebab hujan lebat. Kendian, balik umah – amek Anne dan terus ke Cheras. Umah sape ek? ;)

Sebelum gerak, aku dah sms puan rumah untuk bagitau beliau yang aku dan juge rombongan Cik Baby akan lambat sket. Dia ok je ehehehe. Berpandukan map yang serabut giler itu, kami pon bergeraklah ke sana. Aku tengok map yang akak tu emailkan pon sipi-sipi je sebab mek cam tak berapa pahamlah map Pirate of The Carribean tu. Sibbaik area Cheras – BTR tu kawasan survey kitorang masa wat PTKL dulu. So sikit-sikit aku pahamlah jugek kawasan tu cuma tak berapa nak fasihlah ehehe. Tapi ok wat... takde pon sesat. Just salah masuk junction dan terlepas junction je dua kali. Tepuk-tepuk-tepuk.

Alhamdulillah, lagi 15 minit sebelum majlis tamat (kalau ikutkan timing dalam jemputan tu laa), kitorang pon tiba. Dan bertemulah aku dengan Kak Tiny yang becok itu! Sore serak-serak basah yang menggamit kedatangan kami yang ramai ini begitu mengasyikkan (apsal laa aku rasa ayat aku ni cam bodek semacam je?). Cantik betoilah rumah dia. Teguk-teguk air sirap aku dengar harga umah tuh huhuh. Open house yang bertemakan ‘SELF YOURSELF’ ini nampak begitu meriah skalik. Lepas snappy2, kitorang pon bergeraklah untuk pulang sebelum aku ternampak seseorang persis dak Adi (wah persis mutiara tu). Aik.... kata rombongan ni dah balik... aku salah orang kot – itu ayat yang berlegar dalam palotak aku.

Aku pun jalan jelah.. tapi instict aku menggaru2 kepala supaya aku menoleh belakang balik. Dan yaaaaa.... memang sah! Kak Ungku dan Laskar Chenta beliau ada lagi rupanya! Hehehehe. Sayangnya tak dapat nak bergomol mesra lama-lama kat situ memandangkan destinasi bajet yang seterusnya agak-agak tak berapa nak dekatlah. Amek-amek gambar dan selamat babai sume~

Terus ke Gombak. Aje giler jem kau! Sibbaik bukan aku yang drive. Tapi dalam kata jem tu.. mata aku berjaya menangkap imej sesosok manusia yang bernama pelakon. Tak lain tak bukan... Redzuan Hashim. Oit, ade bakat tau aku ni jadi mamarazi. Betoi tak?


Takleh arr reveal nomo plate, kang kene saman lak ehehe. Tak berani aku nak snap gambar masa kereta dia sebelah kete kitorang. Nampak cam hutan sangat jee kitorang nanti. Tapi yang sebenarnya, ai malu. Ihihihii *sambil sipu-sipu malu*

Akhirnya tiba di rumah Didi dalam pukul 7.30 malam kot. Ekcely perot aku dah santak dah time tu, tapi bila tengok emak dia menghidang mee ladna yang penuh dengan rencah alam + telur mata yang indah beserta kek coklat moist yang masih panas lagi, dimeriahkan pula dengan kehadiran air nescafe kegemaranku – maka hancurlah diet aku untuk kesekian kalinya. Tapi mee tu aku share (ala-ala) dengan Anne. Kalau tak makan kang takot balik nanti teringat-ingat huhu.

Dalam pukul 8.30 malam jugek kot barulah kitorang bergerak balik ke Shah Alam. Hajat di hati memang nak sangat pegi open house anjuran komuniti kat umah aku ni hah tapi mengenangkan perutku yang dah mengening cam perut katak ni, aku batalkan ajelah niat berukhwah aku tu dengan berat hati (dan berat perut juge).

Sampai kat umah. Rilek-rilek. Pastu mandi-mandi. Lepas tu tengok ada miskol from Mr. Sivaji. So aku call dia balik. Upenye dia soh datang umah amek lauk. Lauklah sangat. Aku pegi ler jugek... orang kata rejeki jangan ditolak. Nasik tomato, ayam masak merah, roti jala dan kuah kari serta rojak buah selamat aku bawak balik. Malangnya kebanyakannya basi esoknya walaupun aku dah simpan dalam fridge malam tadi. Cuma dapat makan ayam masak merah dan roti jala (itu pon roti tu dah melekit bila tengahari). Rugi-rugi. Itulah. Walaupun rejeki dah ada di tangan, kalau dah kata bukan rejeki kita, memang tak dapat makan. Wah, berfalsafah di situ.

Hari Ahad aku langsung tak keluarlah. Nak beli paper pon malas (so sape ade beli paper semalam aku nak pinjam voley?). Aku mau charge bateri untuk kerja ehehehee.

*abah angkat, sorilah tak dapat nak ke BTR utk open house tu, takde member + tak kosek nak kuar lagi semalam. Moga cepat sembuh ye~
:okay:

Friday, October 17, 2008

323: Siri Beraya Dengan Member

Salam sume..

Sambungan kisah raya aku yang tak abis-abis tuh. Maka pada hari raya ketiga bertaburanlah anak-anak dara bekas pelajar SMKSA yang berempat ini ke serata Melaka (wah macamlah berjalan satu negeri padahal kat selected places je). Oleh kerana dorang dah janji nak kutip aku pukul 10.00 pagi, maka mengamoklah aku bila dorang tak sampai² lagi walhal jam dah menunjukkan hampir ke pukul 11.00 pagi. Grrrrrrrrrrrrrrrrrr aku menderam kemarahan.

Namun aku yang pemaaf (weekk) ini berjaya melupakan kes tersebut dengan mudah. Bergeraklah kami ke Paya Rumput, Alor Gajah untuk beraya ke rumah kawan kami, Kurma yang 'trouble maker' tu (pasal dia selalu rosakkan program kitorang huhu). Walaupun begitu, kami terpaksa menunggu ketibaan bakal pengantin dari Tangkak bagi memastikan konsep konvoi berjaya diadaptasikan dalam perjalanan kali ini.

(apsal tulisan aku berbaur melankolik ni???)

Yang pasti, kat umah Kurma aku berjaya menghabiskan sebalang kuih raya cornflakes madu dan juga berjaya memaksarela Kurma buat air seken round memandangkan air tu air ribena laa. Lepas snappy² kami bergerak-gerak-gerakhas menghala ke Durian Tunggal pulak.

Setibanya di rumah Nurul, cam biasalah. Makan-makan. Borak-borak. Gelak-gelak dan sesi mengutuk kad kawen Aline berjalan dengan lancar dan jayanya. Aline, sori ek kitorang kutuk kad kawen ko. Takpe.. yang penting ko kawen nanti ehehehehe~


Nurul keje sebenarnya pada hari kejadian. Memandangkan waktu lunch pada hari Jumaat itu adalah panjang, maka dia pon mengambil keputusan untuk memfolo kitorang beraya ke Bukit Beruang pula. Rumah ketua darjah kitorang dulu tu ehehehehe.

Adah hepy giler masa kitorang sampai. Tak sempat parking kereta, dia dah melonjak-lonjak depan pintu sambil berlari-lari mak dara. Ai sebagai anak dara sejati berasa teruja dan honoured sekali melihat kadar excited beliau yang ketara itu.

Dan biasalah. Sambungan perbualan, gelak-gelak, dan kutuk mengutuk serta sesi perbincangan hati ke hati yang serius berlaku di situ. Mengapakah aku yang menjadi subjek perbincangan serius itu, aku pon kurang pasti. Adeh deh tapi thanks uols sebab sama-sama memberi pandangan walaupun pandangan korang itu adalah something expected. Yang penting, kita sume bercakap untuk kebaikan bersama kan kan *eceh melankolik gtu*


Lepas je sesi bergomol mesra di sana, kecuali Nurul dan Adah, yang lain terus ke Jaya Jusco kat Ayer Keroh nun. Saje nak lepak. Memula cadangnya nak nonton kat MBO tu hah, tapi ade laaa sorang budak tu kaan... dia kaaannn... Still lagi berpegang pada jadual outing dia tu sejak zaman sekolah lagi iaitu kene balik sebelum pukul 6 hihi. Yelah² aku paham. Makanya kami pun lepak-lepak kat Sikret Resipi sambil makan kek. Tu dia pelahap betoi.


Ok tamat kisah beraya. Esoknya, seseorang yang dah bertahun-tahun aku tak jumpe datang beraya. Rasanya last aku jumpa dia masa kenduri kawen dialah. Ann, my ex opismate cum ex housemate cum ex roomate. Senang cite, she's more than a friend to me. Gitulah katanya dulu. Hehehe.

Dia datang bawak asben dan anaknya. Nak jalan-jalan kenalkan kekawan dia kat encik asben. Ok laa tu hehehe. Masa dia cerita pengalaman bersalin dia tu sebenarnya aku dah rasa nak terpengsan-pengsan dah tapi kontrol je. Bila dia nak up sket je cite tu ke arah kengerian, aku terus je potong "dude, ko skip je adegan tu bole tak? sile ceritakan isi penting je" kata aku sambil berdiri tanda bersedia untuk menjauhkan diri ehehehe.

Apepun mekasih Ann datang umah aku. Kalau laa asben Umi call awal 10 minit, mesti kita leh pegi umah Umi sama-sama kan kan kan.


Lepas dia balik, aku cam tacinglah sket. Sebenarnya aku sangat sayangkan kawan-kawan aku kat opis lama (dan jugek boipren lama ahaks). Serius beb! Seronok sebenarnya. Malang untuk kita ialah bos yang cam hanjeng dan hamjadah itu laa yang telah memisahkan kita sume. Cedey2. Uhuhuuhuuuhu~

Haih.. camne laa entry hepy ni leh bertukar jadi entry tacinglah. Uhuhuhu~

:anongnangyari:

Wednesday, October 15, 2008

322: Raya lagi?






Hah penat tak tengok gambar? Sibbaik leh combine2 kan, kalau tak berketahak laa korang nak melayan satu-satu (korang ke aku? mana-manalah).

Oh ya.. 1st raya aritu aku berjaya mengelak pakai suar panjang macam idea mak aku tuh heheheheh. Ok laaa tu kan. Dan raya kali ni aku berjaya mengelak untuk makan setiap kali orang datang. Orang datang je aku makan, bayangkan kalau rombongan bertali arus bagaikan arus perdana? kesian perut. Makan cikit² je.

Macam biasa, kitorang berjalan-jalan raya masa raya kedua. Sayangnya kali ni family Angah takde sebab ade special request from Kelantan (family akak ipau aku ler) untuk beraya kat sana. Kalau tak, perfect sume adik beradik aku ade masa raya kedua :(

Sape ek semalam tanye pasal duit raya? Weh... aku still dapat tau duit raya... Setelah dicampur, semua skali ialah RM150 (tak termasuk duit raya daripada Mr. Sivaji ler. Kalau campur skali kang tergolek lak bijik mata hehehe). Hah sikit je tapi syukuurrr... Aku tengok anak-anak buah aku nyer collection memang takleh celen arr collection aku dulu. Zaman-zaman student dulu, - zaman student tau bukan zaman skolah - collection aku pernah la mencecah RM300 masa raya kedua hohohoh. Dorang ni RM100 pon tak sampai. Tatau laa kot² dorang pakat joli dulu sebelum bagi mak aku (nak masuk bank ler). Tak kisahlah yang penting masyuuuuuuuuuuuuk. Lagipun budak-budak takleh pegang duit banyak² - itu kata aku tahun lepas kalau aku terdengar anak buah aku merungut pasal duit² ni.

Tahun ni alhamdulillah aku dapat bagi duit raya pada mak pak sedara aku sume. Kalau tahun-tahun sebelum ni aku asik kene sound je dengan mak aku sebab tak ngulur, tahun ni giliran abang-abang aku lak kene sound sebab mak nampak aku je yang ngulur ahahahahah padan muke korang :D Dengan duit raya yang diberi oleh Mr. Sivaji (mekasih boooooooooooos!!) lah aku dapat bagi kat dorang, termasuklah duit raya untuk anak-anak buah aku yang berkembang biak seramai 22 orang tu (tak termasuk Adan yg kat Dublin ittew) dan jugek duit raya untuk mak aku. Dan aktiviti pemasangan langsir kat umah aku kat Shah Alam ni jugek sukses akibat duit raya Mr. Sivajilah jua adanya. Mr. Sivaji, walau bagaimanapun bonus ujung tahun ni dilupa jangan ye ehehehe.

Panjanglah pulak entry. Jumaat nanti sambung lagi ek.:woooh:

Monday, October 13, 2008

321: raya sakanlah woit!~

mekasih uols...

Salam sume..

Lama giler laa kan aku cuti? Ala.. dua minggu je.. Apa yang pasti, raya tahun ni memang hepi (eh bukan ke aku memang hepi jee bila raya tiap² tahun??). Aku ingat nak upload video tapi takleh laa pulak. Nantilah esok².
Banyak sangat cerita, sampai tak tahu nak cerita yang mana. Dan banyak jugek gambar. Sambil² korang baca ni mebi aku tengah combinedkan dan masukkan jugek dalam entry ni sikit². Sepanjang minggu ni jenuhlah korang tengok gambar raya aku hehehe.



(edited)

saje2 nak try! aku nak beg merah itam tu laaa.. macam berkenan laks heheh.

moh2 try--> KLIK SINI!

**********************

Nah video!~


video

video takde motif.. saje je leh tengok taim rindu-rinduan kat bebudak ni ehehe~
:inlove:


video

abang aku kata: Spiderman masuk Islam. ahahahahah!!
:ahaha: