Wednesday, November 26, 2008

340: Jawab tag Zaida dekat di hati ahaks

Salam semua~
Aku wat entry yang berschedule memandangkan masa koang baca entry ni, aku dah ade kat Melaka dah ni. Ada seminar yang mengujakan (tipu.. aku seminar semalam). Aku suke. Dan esok lusa aku cuti pulak - kamis jumaat aku cuti sebab nak ngabihkan cuti yang banyak. Rasanya Isnin aku nak amek EL lah. Tengoklah macamana.

So.. ini entry menjawab tag Zaida. Berangan laaa ex ade depan mata tanya soklan-soklan gini. Ehehehe..


1.Hi..how are you?
Fine

2. Hey! You wanna go to the mall?!
Bole gak. Nak belanje ke?

3. I LOVE U
Ulang lagi skali? Tak dengarlah.

4. DO u want some cookies?
Mesti tak sedap ni

5.Can you take me a picture?
Motif?

6.Help me in my work?
Kalau bole tolong, bolehlah..


7. Here's my gift to you...
Tengkiu

8. Let's just be text mates
Ape-ape jelah, jangan housemate dah lah

9. Do you want me to buy you an ipod?
iPod je? Bagilah banglo sebijik

10.Let's sit together in the bus
Ha? Kete awak mana?

12. You're still pretty...
ehem.. baru tau kee... :p

13.I still LOVE you!
*sangap*

14.Can I visit your house?
Buat ape?

15.Do you love me?
Jap eh nak gi toilet, tetibe rasa nak berak pulak

Aku nak tag this to...

1. Jarah
2. Ad3ck
3. Kak Ungku
4. Kad0k
5. Rya

Buat tau. Balik cuti ni aku check blog korang, anggaplah ni kerja sekolah ok. Kalau tak buat...


:inlove:Don't miss me!~
(semalam aku jumpe dia. Ok je, takde tanye soklan mengarot cam kat atas tu hahah)

Monday, November 24, 2008

339: Ceramah Kesihatan Percuma


Salam sume.

Haaaa meh nak betulkan fakta dalam entry sebelum ni. Ekcely encik tu bukan nikah ler, dia bertunang je. Je? Hahahahahahah!! Haruk kat opis ni bile dapat tau senornya aku sedikit rukuk (bukan menonggeng eh) masa mendengar perkhabaran itu. Kali ni sah laa dia bertunang, berita disahkan oleh tuan punya badan. Hahaha aku harap jangan laaa orang yang bertanya kat dia tu pegi story pasal aku plak. Dah takde maknenye :D

Meh kita story lain nak? Taknak pon mesti kata nak jugek, kecuali pada rokok.

Bercerita pasal rokok. Aku percaya ramai antara uols yang membaca blog zuhud aku ni adalah perokok - yang lelaki aku pastilah - yang perempuan tatau la pulak. Dan dah pastilah korang akan menyalahkan rakan sebaya, hormon remaja yang penuh rasa ingin tahu itu yang mengakibatkan korang menjadi penagih sampai sekarang, kan kan kan. Takkan nak blame diri sendiri kot... ade ke yang mengaku? Ahahahaha.

Zaman skolah dulu, aku ade jugek sorang kawan yang tahap ingin tahunya kadang-kadang tak tercapai dek akal remajaku. Alaa taklah teruk sangat, just dia teringin nak merokok. Aiyoo deyyy.. ko tu perempuan. Tapi yelah syiapalah aku ini untuk memintal buih yang memutih...... menjadi permaidaniiii (dah lama tak nyanyi lagu Exists, jangan mare).

Satu hari, aku didatangi adik angkat aku yang satu dorm dengan dia. Kak, orang nampak atas katil Kak *** ade rokok. Dia smoking eh? Ah sudah.... bahaya ni. Kalau orang lain pegi bagitau warden, sesia je member aku kene kick. Aku soh budak ni senyap-senyap je sementara aku pegi slow talk n pillow talk dengan dia. Bila aku bertentang mata dan bercakap dengan kawanku ni (ahh aku sebut S jelah eh), dia cam gelabah puyuh sket. Dan aku tau member-member aku ramai yang dah tau pasal mende ni tapi cam biasalah. Bila hal yang melibatkan S, dorang akan suruh aku gi cakap dengan S sebab dorang kata (dorang cakap laaa bukan aku) S lebih dengar cakap aku - means kalau aku serius, dia boleh serius.

Tapi entah macamana terkantoi jugeklah kat warden. Ntah mulut balaci mana pegi ngadu kat warden, aku pon tataulah. Makanya demi sohabat ini, kami (aku dan kekawan yang jadi Biro kat asrama) pergi berkampung kat umah warden malam tu. Sampai aku tertidur-tidur masa berbincang tu hahahahaha. Punyalah nak selamatkan dia. Last-last dia sendiri yang mintak keluar dari asrama. Ceh.

Sebenarnya aku tak suka kalau S ni jadi outsider. Korang bayangkanlah dia dok asrama pon dah cam gitu, apatah lagi kalau dok luar kan? Tapi aku bising-bising pon kalau dah dia nak, tak dapek den nak nulong. Sambil tu aku mintak tolong classmate kitorang, C untuk tengok-tengokkan dia.
Dah sebulan dia dok luar, satu pagi aku tengok S datang ke sekolah dalam keadaan yang .. ermmmm bengkak mata. Kekawan yang lain dok tanya-tanya gak kat dia tapi dia memang tak bagitau. Dan macam biasalah, aku jugek yang kena jadi pengorek rehsia. Heh. Aku rasa ini mesti pasal kes rokok itu.

Mula-mula aku tanya, memang dia takmo cakap. Last-last..

apak ko jumpe ke?
huh?
rokok. apak ko jumpe?
.... (diam). Hurmm (angguk)
dia cakap ape?
..............
dia pukul ko?
.............
citelah S. takkan dengan aku pun ko takmo cite..
.......... dia belasah aku.

Lepas dengar cerita dia yang amatlah ringkas tu, aku korek cite kat C pulak. Alkisahnya bapak dia masuk ke bilik dia nak cari IC ke ape tah, tapi jumpe rokok pulak. Separuh nyawa jugeklah S kene balun dengan apaknya sang bekas askar itu. Malam tu dia lari ke rumah C. Tataulah aku dia tidur kat umah C ke ape.

Tak habis kat situ, beberapa minggu sebelum SPM, dia kantoi lagi. Kali ni kantoi kat sekolah. Dan aku dengar cite, kes dia disenyapkan sebab memikirkan dia pun nak amek SPM. Aku rasa kalau tak sebab ihsan cikgu-cikgu, S kompem takleh amek SPM. Berterima kasihlah dengan cikgu anda.

Itu dulu. Sekarang aku boleh kata, S antara kawan-kawan aku yang berjaya. Tapi dia bukan berjaya sebab rokok yee.. hahahahah!!! korang janganlah pikir camtu plak. Belasah kang. Kalau ade kekanak yang baca blog Kak Baby ni, haa jangan nade-nade nak try icap okok oteh? Okok tak cedap laa.. icap cucu laa cedap. Badan sehat, otak pon cerdas dan pintar. Sekian, ceramah kesihatan untuk hari ni.


# Kelas aku sebenarnya kelas agama di sekolah biasa. Semua perempuan (dalam kelas aku je). Makanya setiap kesalahan - walaupun kecil dan kekadang bukan salah pun (contohnya cikgu ternampak ko berborak dengan budak lelaki) pun boleh jadi isu yang besar sampaikan boleh dibawa ke perhimpunan. Apatah lagi isu merokok. Kalau S rasa tersinggung dengan cara aku masa sesi muhasabah diri tu, aku rasa dia faham - aku buat semua tu bukan untuk dia saja. Tapi untuk nama baik kelas kitorang jugek. Cayang kawan aku S! Memuah!!~
:okay:

Friday, November 21, 2008

338: Tamaulah sesedih, baby~

Salam sume.
Haaa.. rilek-rilek. Cam sedih bebenau je aku kan. Aku pernah cite pasal dis guy di sini dan terselit² celah entry lain. Dan semalam aku dapat perkhabaran daripada Kak Ina tentang pernikahan dia. Errmm..

Eheheheh aku taklah sesedih itu. Terkejut sket je memandangkan aritu Kak Ina dah bagitau dia baru ade gepren. Aiseyy laju betoi Mr. X ni nak menamatkan zaman bujang senang dia. Tak kasik can langsung kat aku nak mengayat barang sepatah dua kata. Bwahahahaahhah! Giler giler.
Kali ni dapat menangani perasaan dengan tangan emas. Maksud aku, dengan hati yang lapang - selapang tanah lapang dan lapangan terbang serta lapang sasar.
Memandangkan aku pon takde wat personal contact dengan dia, maka perasaanku biase jelah. Like i said, terkujat sket tu ada tapi takde laa sampai memberi impak sebagaimana peristiwa ini dan juga yang ini, atau yang sebegini pon tidak juge. Ya.. aku ok :)
Selamat Pengantin Baru ye Mr. X. (huhuu <---- eh apsal ade huhuh lg? ahahahahaha)


Ok dah cite lain lak.

Pasal cuti aku pulak. Aku ada belen lagi 8 hari yang tak boleh nak dicarryforward. Mula-mula cadangnya nak cuti 2 hari setiap minggu dalam bulan Disember. Tapi Disember ni banyak pulak cuti free. Tengoklah macamana. Aku amek cuti seminggu kaa apa kaa. Ada sape² nak ajak aku jalan²? Tapi jangan jejauh ler.. bajet ciput ni. Ajaklah aku ke destinasi bajet. Hehehehe.
Nak ajak member aku cutilah. Boleh berjalan ke sana ke sini, lari-lari kecil. Tapi mau ke mana yaaa..~
Gi sini ke...

..atau ke sini ke..

.. ataupun..

.. ke nak jalan-jalan kat sini...

hah! gi sini ke..

.. kalau nak gi sini, sape nak temankan? huhuh

... hurrmmmm.....~:astig:

Wednesday, November 19, 2008

337: jangan gugel nama skulah, plis!~

mari skodeng!~

Salam sume..

Aritu aku termiang skodeng kat extreme trekking tu, mana laa tau kot² ada lagi orang mencari Amin yang takut bersunat tu ke hahahaha. Pastu aku tengok ada orang gugel nama skulah menengah aku (abang aku termasuk kat sini aritu sebab dia gugel nama skulah rendah kitorang - aku agaklah). Godeh punye godeh, terjumpa website skulah menengahku itu. Wah! Tapi tak lawa sangatlah (eh eh selambe je kritik).


Klik untuk gambaran dan penjelasan yang lebih jelas. Harapnya boleh besar lagi la gambar ni. Sambil belek, sambil berborak dengan ex-classmate aku. Hehe.


Ahahahahah hampeh je. Ekcely aku bukannya paw dia dengan gaya samseng. Masa tu aku ke sekolah amek sijil SPM aku. Saje je mintak belanja - sebenarnya aku harapkan dia pun join skali tapi dia bagi duit je. Dapatlah RM10 hahaha. Cikgu ni nama je ajau sejarah, tapi most of time dia ajau kitorang macamana nak baca saham. Haaa gitu. Ko datang kelas jangan lupe bawak sokkabau, nanti dia bagitau le saham mana yang tengah untung skang hehe. Jangan tanya aku skang ler, aku dah tak ingat.

Pengetua sekarang. Dulu dia Guru HEM. Tak silap aku la. Bawak Merc zaman tok kadok tu and.. kat seat dia ade bantal. Ehehe. Selalu budak² ni sangkakan kete dia berhantu sebab tak nampak pemandunya ehehehe lagi. Pada dia le kitorang sekelas anto surat mintak dia batalkan pertukaran cikgu BM sebab cikgu BM yang baru tu kerek (ekcely sebab dia penah kata kitorang 'monyet'. tak seswai tauuu cikgu pompan cakap gitu). Lagipun dengan cikgu yang lama, kitorang leh main-main hehehe. Tengok, berani ke tak berani budak-budak zaman tu. Eh sape eh yang tulis surat tu, bukan aku ke? *apsal mende-mende jahat time tu mesti ade aku di dalamnya...ermmm*

Ustaz bahse arab tu sejibik macam Govinda - pelakon Hindustan tu wa cakap luu. Dengan stail lipat lengan kemeja, iras-iras dah ade tu. Tapi dia hangin je bile tau Govinda tu Hindu.

Korang jangan nak samakan aku dengan orang kapir ek
Tapi dia ensem, ustaz <-- ni Kapai yg cakap
Ah! Ensem pon kapir nak watpe. Cakap laa aku macam imam mana-mana ke.. haaa..
Yolah tu ustaz!
Emm.. Kirenye korang nak kata aku ensem la?

Cet!!! Hahahah!! Memang dia bole dikirakan ensem sket laa daripada orang lain - mata coklat gitu. Dan dia baik (puji macam nak mintak markah lebih je). Dan dia bole 'baca' kita ni orang yang macamana. Seram tuh. Walaupun begitu, mana boleh lupe time dia sikatkan tangan aku dengan sikat dia sebab aku cube nak lari takmo jawab soklan bahse arab. Argghhh keji keji!

(semua gambar cilok kat sini)

Sapa yang mengikuti blog aku dari awal, mebi leh recall entry pasal aku dan geng baling telur kat motor pakcik dining kat asrama. Hehehe. Kat tempat ni laa aku kene ceramah dengan warden (tapi beliau dah takde dalam gambar reramai tu - dah pindah Ganu). Sungguh hampeh sekali sebab kawasan tu tempat lalu lalang budak-budak skulah. Dari blok lama nak ke library, makmal dll yang ade kat blok baru and dari blok baru nak ke kantin, pejabat, bilik guru, makmal dll. Tapi takpe, aku kan gagah. Eheheh.

Alahai.. seronok kan zaman skulah? Bila dah besau ni, barulah aku terasa kebenaran kata-kata arwah cikgu lukisan aku dulu : Orang selalu kata, alam perkahwinan itulah yang paling indah. Sebenarnya alam persekolahanlah yang paling memorable. Kahwin indahnya hanya hari pertama - habis kenduri, semuanya back to normal (tapi aku rasa Penyubiru musti tak setuju hahaha). Tapi memori masa sekolah ni awak akan kenang sampai bila-bila. So, cherish your youth - jangan buat benda-benda yang awak akan menyesal nanti.

Tapi kan cikgu, saya tak pernah menyesal menjadi saya yang nakal dulu. Kalau boleh, rasa nak nakal lebih-lebih lagi hahahaah.

:woooh:

Monday, November 17, 2008

336: ada ciri keinsafan dalam entry ni hihi~


Aku bermimpi. Entah apa kisahnya aku pun tak ingat. Yang pastinya di hujung cerita, aku nampak nenek. Arwah nenek aku. Rancak berbual dalam keadaan terbaring. Aku pula sibuk betul nak snap gambar dia.

Orang nak tengok nenek senyum – kata aku. Nenek bukan setakat senyum, tapi dia ketawa besar. Mula-mula aku pun ketawa bersama, tetapi kemudian ..


Nek, Ta mintak maaf banyak-banyak..

Aku peluk dia. Aku menangis sungguh-sungguh. Rasa berat dalam dada, semuanya aku lepaskan. Terasa dia pun membalas pelukan sambil mengusap belakang badan aku.

Nenek nak kau bahagia je, Ta..Jangan sedih macam ni..

Aku terus-terusan menangis, bertambah teruk. Dan terjaga. Terasa dada berombak  - rasanya aku teresak, dan muka pun rasanya sebik. Cuma aku belum menangis betul-betul dalam tidur. Aku raba mata, terasa ada airmata di hujungnya – sedikit.

Rasanya banyak betul perkara yang tak dapat aku maafkan diri sendiri. Sebenarnya aku tak pasti, raya terakhir semasa arwah ada – sempat ke tak aku minta maaf dengan dia. Mungkin ketidakpastian sebegini membuatkan aku tak sudah merasa sesal. Macam ada satu kekesalan yang tertinggal. Sesalkah? Entahlah.

Dan ada banyak lagi perkara.

********

Tak tahulah korang, tapi aku rasa macam nilah.

Bila tengok orang Bangla kaa Myanmar kaa mana-manalah orang asing tetapi bukan makhluk asing - bekerja, aku rasa kesian sangat. Kesian dorang, terpaksa kerja macam ni untuk sara keluarga. Padahal ada antara dorang ni sebenarnya ada kelulusan, akhirnya datang kat Malaysia – kerja kuli (bukan Ku Li eh) je. Ni sume gara-gara tertengok satu rancangan kat tv9 dekat di hati tu (hahaha macam nak bodek Zaida je). Alaa.. apetah tajuknya. Aku malas nak tengok rancangan camni, kang aku termenangis kang leceh arr nak kontrol gagah.


Gambar ni aku snap bila ye.. Awal bulan aritu kot masa hantar kete aku a.k.a Fahrin gi bubble bath ehehe. Syian dia asik mandi air hujan je time tu, so bile anto dia mandi manda ni bole le dia kenal-kenal dengan gepren mana-mana ke kan – kasik can laa dia bersosial.

Lepas satu, satu kereta datang. Penat tuh, tak henti-henti membasuh kete. Tahun lepas aku dapat interview bos dorang – interviewlah sangat – alaa.. borak kosong. Pekerja-pekerja dia semua diimport daripada India (sedara Shah Rukh Khan jugeklah ni). Gaji dalam RM400 atau kurang, tak ingatlah. Tapi makan tanggung. Bunyik macam ok je ye tak. Tapi bila aku tengok kejenye tak henti-henti memang simpati jugek.

Tapi yelah. Itulah dia nak cari rejeki. Yang penting datang Malaysia jangan nak buat onar pulak.

Cakap pasal buat onar, teringat pulak masa aku ke Medan awal tahun aritu. Ade laa sorang pak polisi ni tanya soklan onar kat aku.

Ngapain orang Malaysia selalu mukul-mukul orang Indonesia? Nggak baik dong, kami kan orangnya baik-baik.

Hek eleh. Sibbaik laa aku ni datang negara dia. Kalau laaa tak ngenangkan kat tempat orang, aku bole pulak bagi dia soklan onar.


Ngapain yaaa orang Indonesia di Malaysia suka bener bunuh-bunuh orang.. larikan anak dara orang Malaysia? Ngapain yaa dong massssss.. (eh dah macam cakap dengan diri sendiri la pulak).

Tak perlulah ye tak. Rasanya semua ni ikut nasiblah. Nasib baik, jumpa orang baik. Nasib malang, kemalangan. Berdoalah semoga Allah selamatkan kita semua.

Apsal entry aku berciri keinsafan ni? Hehe.

Friday, November 14, 2008

335: Huhuhu~


Abg Chik, are you still there? Huhuhu.. jangan laaaa ambush blog orang gini huhuh. Ai rasa tercabul tau. Dah dah gi wat keje. Ape ni jalan-jalan kat blog orang lak. Kang CEO Telekom tau kang, tak pasal-pasal kene surat saman ehehe. Jangan datang lagi tau. Datang umah orang kat sini takpe, dialu-alukan. Lagipun orang ingat nak mintak tolong pasangkan lampu hehe. Eh? Cite ape ni????

Ape laaa nasibku terkantoi di tangan abangku sendiri ni. Tiada yang lebih malang melainkan malang-malang belaka huhu. Kalau dah abang aku sendiri masuk sini, camne laa aku nak wat entry jiwa-jiwa sambil mencarut-carut lagi. Terpaksa laa pulak aku menjadi wanita solehah yang sering memberi tazkirah dan takziah (errr) pada korang. Tapi setakat tazkirah tu apelah sangat ye tak. Senang-senang nanti aku wat entry bercirikan keinsafan okeh hehehe.

Laaa bukan tadi aku nak merungut ke? Ni apsal cam hepi lak? Huhu~

Oh ye. Rentetan entry kemarohan aku aritu errr atau secara tepatnya, rentetan tindakan maroh separuh masak aku aritu, nampaknya umat Nabi Muhammad tu takde tegur aku dalam YM lagi. So far laa. Esok-esok tatau lagi. Kot-kot jap lagi dia YM nak bagitau bini dia bersalin kaa mana nak tau ye tak. Tak kisahlah. Yang penting, baby dah sampaikan apa yang baby nak sampaikan. Kalau tak reti-reti bahasa gak, nanti jelah aku bahasakan dengan bahasa yang mudah difahami. Bahasa ‘baby’ mungkin?

Aaaagagaaa agaaa aaaaa daaa daaaa aaaaa gaaaaa (bahasa baby laa ni) = (terjemahan) silekan berambos ke tempat lain.

*****

Saje jelah nak cite pasal mak aku memandangkan aku pun tatau nak cite ape. Mak aku ni ade satu perangai yang dia suka buat – which is aku tataulah kat aku je ke ataupun sume adik badik aku pun kene gak. Tapi rasanya yang lain pun kene gak kot, cume situasi berbeza-beza. Macamana nak cakap ek? Aku bagi contoh dua study kes ni laa ye, yang berlaku baru-baru ni jugek

Dua minggu lepas – masa tu hari Ahad. Baru pukul 7.40 pagi (well.. kalau ari Ahad kita guna term ‘BARU’ ya.. kalau hari bekerja, term ‘BARU’ tu akan digantikan dengan ‘DAH’). Sedang best aku melayan mimpi nan syahdu, tetibe je telefon aku berbunyi lagu Spongebob. Mak aku ler tu.

Ta, cepat bukak tv9 skang
Ha?
Ko tido lagi ke?
Ha’ah
Cepat-cepat bangun bukak tv, tengok baju Mek tu cantik
(blur) Ok..
Sekarang tau!
Yelah....

Dengan pisat-pisat aku pun bangunlah, ke depan dan bukak tv. Korang mesti heran apsal aku bangun jugek padahal kalau aku tido pon, bukan mak aku tau aku tak tengok tv tu ye tak? Aaaaa harap maap ye, aku kompem kang mak aku MESTI call balik dan tanye. So aku tengok jelah baju Mek tu. Not bad.

Spongebob bunyi lagik. Kan aku dah cakap..

Cantik kan baju dia
Bole laaa
Bla bla cantik kaler dia bla bla bla (yang penting skalik) Ko tu bile laa nak pakai baju yang cantik-cantik sket
Mak kasiklah orang duit heheh

Lepas tu, minggu lepas pulak. Hari sabtu, kebetulan aku tengah drive ke One Utama pagi tu (sepagi buta pulak tu, OU blom bukak lagi hahahahah). Tetibe bunyik lagu Spongebob. Aiyoo.. Mek pakai baju ape pulak pagi ni?

Ta, bukak tv9 cepat! (sore mak aku sikit punye cemas kaa)
Orang kat luar ni mak
Laa... pegi mana?
Jalan-jalan.. ada ape kat tv tuh?
Ni haa.. dorang tunjuk orang ni pakai produk Felisa ape tu
Felisa Kosmetik
Haaa.. lawa betul muka dia
(ah sudah) Ala.. mekap memang ler lawa. Orang ni kalau mekap, bole jadi artis tau hoho
Eh lain laa.. ni elok je muka dia
Nak soh orang pakai laaa tu
Hehehe.. ko takmo try ke? Kasik cerah sket muka tu, barulah lawa anak mak
Aiyoo...abeh skang ni tak lawa ke?
Yelah maksud mak kasik cerah sket le
Malaslah. Ngabihkan duit je, baik beli nasik hihihi

Sabooo jelah mak aku ni. Ingatkan pebende laa hahahahha. Tu belum lagi aku cerita kes mak dengan Along aku soh cari image consultant – nak soh groomingkan aku. Adeh.. nak nyanyi plak rasanya. Ehem!


Huhu~

Wednesday, November 12, 2008

334: entry ni ade perkataan SIAL


Ekcely aku macam dah malas laa nak cakap pasal mende ni. Asik dok ulang hal yang sama, ayat yang lebih kurang sama. Malangnya ada orang tu pulak macam tak sudah-sudah nak cakap mende yang sama.

Aku rasa baruuu je aku cakap pasal ni dalam entry yang ni. Dan semalam dia cakap lagi. Aku pun rasanya dah naik angin la jugek sikit-sikit tapi masih terkawal.

Maka aku pun dengan penuh serius, bertanya soalan yang serius, dengan serius. Apsal laa dia tak sudah-sudah menyebut nak kawen dengan aku padahal orang umahnye pun tengah menunggu hari je nak melahirkan anak hasil perbuatan dia. Trylah teka apa jawapan dia?

Saje.. nak menolong orang yang memerlukan.


Sial je kan? Apa dia ingat bila dia tak kawen dengan aku, dunia aku dah kiamat ke? Kire macam dia jelah dalam dunia ni yang nak kat aku selama ni? Musnah sudah hidup aku selepas ketiadaan dia? Konon bajet aku tak lakulah? Errr tang laku tu aku pon tatau sebenarnya. Aku pun takleh kata aku best sangat sampai sume orang amek nomo nak dating dengan aku. Taklah macam tu (kalau sampai gitu skalik, apelah ertinya aku hidup laksana bujang senang ahahah).

Aku tarik nafas dalam-dalam, nak tenangkan hati. Kendian aku tanya lagi.

So kalau saya cakap saya tak memerlukan pertolongan awak, awak takkan cakap lagi mende tu?

Yup

Sial lagi. Masa bila aku cakap aku nak dia tolong? Ekcely aku tak perlukan pon pertolongan dia – kecuali masa kes laptop aku rosak dulu. Skang ni kalau laptop aku rosak lagi, aku akan hantar kat Minnie, aku takkan cari dia lagi. Dia nak tolong aku ape? Nak tolong aku berlaki? Nak tolong aku beranak? Ke nak tolong menyelamatkan aku daripada memegang title andartu? Bangsat betul perbuatan ni.

Ok.

Skarang saya nak cakap, saya tak perlukan pertolongan awak. Ok?

Baik kan bahasa aku? Berbudi pekerti mulia seperti Gadis Melayu tv9 (berbudi pekerti keee.. plastik sangat!). Sebab aku masih berfikir yang dia kawan aku. GOD!!!! Kenapa laaaaaaaaaaaaaa aku mesti lalui mende sial macam ni. Itu pun sebenarnya aku hampir hilang kawalan sket. Nasib baik jugek Allah buatkan aku blur kejap sampai lupa apa aku nak cakap lagi. Tapi bak kata aku..

Nanti bila saya dah ingat, saya cakap lagi – kalau awak nak dengar lagilah. – log out-

Mungkin dia sangka dia berbuat baik pada aku setiap kali dia cakap macam tu. Tapi agaknya dia tau tak, makin kerap dia cakap macam tu, aku rasa tak mustahil suatu hari nanti aku akan bencikan dia. Aku tak mau benci dia. Sebab yang berhutang emosi tu, dia – bukan aku. Bukan aku yang buat keputusan untuk pergi – dia. Bukan aku yang menelefon tengah-tengah malam dan beritahu nak bertunang dalam masa 2 minggu lagi – dia.

Seronok agaknya bermain dengan perasaan aku.

Awak jangan laa macam ni..


Macam ni pebende?? Dulu dia jugak yang cakap – rimaslah, orang perempuan ni takleh kite nak caring sket – cepat sangat jatuh cinta padahal kita niat nak berkawan je. KEPALE LOTAK KAU LAAAA. Orang yang berkawan takkan sewenang-wenangnya nak sebut i miss you i love you jadah haram tu sume. Murahan betul. Dah dia yang memurahkan mulut dengan ayat-ayat tu sume, nak kata orang cepat perasan pulak?

Kalau sekarang aku masih lagi ada perasaan pada dia, macamana? Kalau aku tetibe terus tunggu, simpan angan-angan nak kawen dengan dia, apa jadi? Kalau aku mengharap dia masuk meminang aku – dan tetibe datang meroyan aku plak – aku sanggup bermadu, hah – nak cakap apa? (aku kata KALAU eh, takde maknenye aku nak). Nak bertanggungjawab ke? JANGAN HARAP. Orang tetap akan mengata aku sesedap rasa jugak nanti, kononnya aku dok menggatal kat laki orang, padahal tengoklah sape yang cam hamjadah punye perangai dok cucuk-cucuk aku ni ha? Dan dia pun mesti akan ulang balik ayat kaler coklat kat atas tu. Tak ke cam kesial namanya?

Tu sebab bila jadi kes Abby – Norman Hakim – Memey (haaa kan tetibe je masuk kisah artis pulak), aku tak berapa nak maki dak Memey tu walaupun yelah orang kata bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan. Masalahnya kalau dah tangan yang sebelah tu gatal merenyam pegi test pukul kompang, agak-agak tak berbunyik ke? Oppp dah dah ni ape cerita pasal artis ni, aku nak cite pasal aku laa.. (eh dia yang mulakan cakap orang pulak: kata korang).

Secara keseluruhannya, belum habis lagi aku meluahkan perasaan. Tunggu bila ada masa sesuai lagi, aku akan cakap lagi – sampai aku puas ati. Aku kene kawen cepat-cepatlah, dah malas nak tengok orang dok kecoh nak ‘menolong’ aku ni.

Sorilah entry kali ni tak berapa nak supan, asik sial je. So soalan kuiz aku kali ni adalah: ada berapa banyak perkataan ‘SIAL’ dalam entry kali ni. Sial eh sila emailkan jawapan korang beserta gambar ukuran pasport (yang original sahaja) ke kantung email aku dengan kadar segera. Hadiah lumayan menanti anda. Ah jangan percaya, aku tipu je. Tapi kalau Nyunyu nak email gambo ori, silelah (poyo ah nyunyu).

Oh ye.. ni ade gambar istimewa khusus untuk Ad3ck dan jugek Debik. Enjoice...!~
 
 ni untuk Ad3ck.. jangan takot bersunat lagi tau....

ni untuk Debik... Tahniah~

Monday, November 10, 2008

333: lawa kan nomo ni, cam aku gak muahahaha

Salam semua...
Ni hah Kak Tipah dan Kak Penyubiru tag aku. Nak sangat nengok muka aku time tak ready laa gitu gamaknye tag ni hah. Cuba baca:

RULES :
1. Take a recent picture of yourself & take a picture of yourself right now.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instruction with your picture.
5. Tag 10 people to do this.

Aku cuba-cuba nak fix hair tapi macam tak nampak je. Malas nak tag sesapa. Oh.. kebetulan aku baca kedua-dua entry pada masa yang sama. Aku edit sket - just tambah tulisan tu jelah. Boleh laa ek.

Hah dah dapat tengok ni, takmo kasik adiah ke? Adiah top komentator ke? Ha Nyu? Ha? Ha? :p




Kaki luka akibat perbuatan sendiri hehe. Meh laa cite walaupun ade rasa malu-malu. Kat sinun ade ketuat. Aku rasa laa nama dia ketuat. Pegi farmasi sana sini takdok ubat. Apa punya cikailah farmasi takde ubat ketuat? Dan mengikut pengalaman zaman remaja aku dulu, aku tengok kekawan aku pakat potong mende tu guna ketip kuku je.

So.. itu laa yang aku buat. Dah makan bulan gak. Tapi mebi kali ni aku terpotong dalam sangat, so darah pon terbanyaklah yang keluar. Ekcely masa aku snap pic ni, darah tu dah beku dah tapi aku tak perasan sebab tak sakit. Dah malam baru rasa cam terkoyak gitu.

Ada sape tau camne nak matikan ini ketuat hamjadah?

Tetiba masuk cerita buku pulak. Takpelah. Otak aku pun asik merapu beberapa hari ni. Kasihanilah otakku. Berilah peluang padanya *sambil usap otak sendiri*

Aku beli bukus (plural tu takkan tak faham) ni sume masa on the way back from Penang aritu. Kat R&R Tapah di mana aku sebenarnya tak teringin langsung nak beli apa-apa. Tapi buku????

Abang kedai: beli dik... RM2 je satu
Aku : Hape???????? Biau kebetulan?
Abang kedai: betul la.. pilih pilih.
Aku: (dah tenggelam dalam timbunan buku)

Oleh kerana aku tak berapa nak berduit pada hari kejadian, maka aku sambar 5 bukus sajelah. Dan sampai hari ni, aku baru je baca sebuku. Se je? Kalau zaman remaja dulu, aku leh abiskan sume dalam sehari. Hurmm..~






Ni gambar takde motif. Suke-suke ajer.














# sabtu lepas aku gi tengok Madagascar 2 kat One Utama. Best. Malas nak cite panjang la uols. Hehe~

Friday, November 07, 2008

332: Macamana?


Ada banyak perkara yang kita takuti dalam dunia ini. Dalam hidup ini. Ada seribu satu tingkahlaku manusia terhadap kita yang mampu membuatkan kita tersungkur seketika.

Penolakan, terutama jika ia datang daripada yang tersayang. Selalu kita berhadapan dengannya, bertentang mata dan menerima senyumannya sebagai santapan nurani setiap hari. Tetapi hari ini dia berkeputusan untuk membelakangkan kita, enggan lagi menatap susuk tubuh ini yang punya jiwa mendalam terhadapnya. Kalaulah dapat kita memeluknya dari belakang, malangnya bimbang dia akan melangkah lebih jauh - menjauhi kita.

Mungkin tadi kita tidak berniat apa-apa, sekadar bersuara. Hanya ingin berkongsi, sementalah hanya dengan dia sahaja kita mahu berkongsi. Dan tak tersangka, keinginan itu mencetuskan suasana dingin seperti ini. Apa reaksi kamu?

Awan, kamu tahukah kalau hati ini punya rasa untuk kamu? Kalau setiap kali kamu berpaling mengacuhkan aku, yang tertinggal hanyalah aku yang sifar. Aku pun tahu kamu itu nun di atas, dan untuk melihat kamu - aku terpaksa berlawan dengan teriknya sinar mentari. Hampir buta mata ini pun aku masih mahu mendongak setiap hari memandang kamu. Dan jika sesekali aku menunduk pun, bukan kerana aku bosan menatap kamu. Tapi aku tunduk kerana aku mahu airmata ini jatuhnya ke bumi tanpa kamu sedari.

Aku sedar aku terlalu meminta. Mahu kamu memayungi aku sepanjang perjalanan, sampai nanti suatu masanya bila aku sudah tiba ke tanah leluhurku - dan ketika itu aku akan meminta kamu pergi. Keterlaluankah aku ini, Awan - kerana terlalu mengharapkan kamu. Yang setiap hari terlalu inginkan kamu di sini. Sedangkan siapa aku mahu memohon itu ini dengan kamu.

Aku tak mahu kamu pergi, tetapi aku juga tak mahu terus menanti. Aku bercerita pun bukan mahu menuntut apa-apa daripada kamu. Aku .. aku cuma mahu, bila saatnya aku dalam kegusaran, aku masih lagi dibenarkan berbaring di tengah laman ini dan menyaksikan kamu berarak pergi..

Bencilah aku andai itu yang terbaik untukmu.

Mungkinkah masa itu telah tiba? Di mana dia yang kamu hargai itu memutuskan untuk melangkah. Dan bersediakah kamu untuk membiarkan dia pergi?


Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tak kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Di hadapanNya, di hadapanMu Ya Allah

Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menikmati syurga
Tanpa ikhlas di hatinya

Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menyentuh nikmatNya
Tanpa tulus di hatinya

~Ungu - Sesungguhnya~
:wala:


# apa program hujung minggu ni? jom masak-masak heheheh~

Wednesday, November 05, 2008

331: tag from Lindosh

Kehemskeman Luke Perry memang evergreenlah! 

Salam sume. Lindosh tag aku. Urrkkk dah lama tak layan tag. So.. bolehlah. Korang pon musti dah boring tengok gambo-gambooo je kan ehehe. Ok mulakan.

RULE #1 People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any 1 questions that they dislike with a new question formulated by themselves


RULE #2 Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.


1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
paling kuat pon aku nanges je eheheh. takkan nak pegi bunuh dia kot.

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
sama la cam Lindosh, aku nak kaya hahaha. pastu leh arr usha Akhil Hayy ke Faizal Husin ke hihi

3. Whose butt would you like to kick?
penyubiru sebab dia batalkan hadiah top komentar lepas aku hasilkan komen beratus-ratus kat blog dia dan berjaya pulak jadik top komentor. eleh bias hahahahah

4. What would you do with a billion dollars?
give me a billion dollars and i'll tell you


5. Will you fall in love with your bestfriend?
takmo errr tapi penah gak. end up aku biarkan dia jadi kawan aku je. tapi lepas tu bila dia sungguh-sungguh nak kat aku, aku plak sungguh-sungguh reject dia hahaha. poor guy. wrong time, wrong place.

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
both. chenta satu hala mana syiok.

7. Are you gorgoues? (ni soklan aku buat sendiri hahaha)
well.... *kelip-kelip mata* hahahahah

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
secretly like tu maknenye takde sape tau la kan? like je kan? merangkumi artis jugekkah? *kenapa soklan ini ku jawab dengan soklan juge?* wat ape lagi, buat tak tau jelah. bukan dia tau pon aku ske dia kan.

9. What do you pray each day for your loved one?
moga selamat dunia akhirat.

10. What takes you down the fastest?
klu ada prob melibatkan duit. aku leh down dgn fast, dan kalau dapat solution walaupun hanya khabar berita, aku bole heal dengan fast jua adanya

11. How would you see yourself in ten years time?
38 tahun. old gracefully hahah itu pon kalau ada umur laa...

12. What do you really want at the moment of responding to this tag?
bile nak abes tag ni, ade brape soklan lg ni?

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
Lindosh yang asik kata dia itam tapi aku tengok sama je kaler dgn aku. kite bukan itamlah Dosh, kita 'mocha' heheh

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
married and rich. hah apsal takde pilihan jawapan macam ni?

15. What’s the first thing you do when you wake up?
tengok jam pukul brape

16. What’s the character must have in your partner?
yang tau bile nak lawak dan serius. bukan main belasah je ye.

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
istikharah la.. ataupun tengok sape lagi serius. kalau takat aku je syok kat dorang, tak payah pikir ler.

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
aku bole cube maafkan, tapi jangan mintak aku lupekan. time will tell..

19. Do you prefer being single or having a relationship?
aku pilih single daripada ade partner yang macam jahanam. tapi kalau dia itu precious, i choose having a relationship ler ehehehe.

20. Would you leave your family behind just to chase your dreams?
tak mustahil. tapi mak aku mesti tak bagi punya hahahahah~

Nak tag sape hah?

penyubiru
anul
achik
kak retna
sodep

Kalau sudi, jawablah.. kalau tak sudi, sudi-sudikanlah... (pasrah nampak)
:anongnangyari:
.... see.. masih hemskem lagi walaupun dah tua ehehehehe~

# epy bday untuk sape² yang birthdaynya arinie.

Monday, November 03, 2008

330: macam-macam ni..

Salam sume... Aku masih lagi mengantok..
:yawn:

... tapi takpe. Aku letak gambau dulu laa ek.

Dalam korang sedap-sedap berdengkur sambil mengigau pukul 4.45 pagi sabtu tu, aku dah bangun pon padahal mengantuk Tuhan dan aku je yang tau. Aku ke Penang, ade meeting daa. Gile hape meeting ari Sabtu, ko tanye jelah orang² kat unibersiti 'Apex' tu hehehe (titicaca je aku tak jumpe kat situ - macamlah kenal pon hoho). 3 jam meeting non-stop tahuk. Dah laa aku dok seblah Chairman (yang mati-mati ingat aku budak praktikal *ehem ehem*), memang takleh nak layan mata ler.. huhuh~

Lepas meeting, jengah site jap. Ekcely aku ade gambau spesel untuk Debik, nantilah next entry aku ubuh. Ko remind aku nanti tau Debik. Ko pasti menangis mendudu-dudu tanda terharu dengan present aku neh ehehe.

Kendian, barulah kitorang berjalan sket. Aku ternampak satu kedai lampu yang meletoplah. Apsal kedai tu takdok kat Shah Alam??? Tensi berjemaah ye, mari-mari.

Sape tak paham ape yang aku potretkan kat atas ni, tanyelah kendian ek. Aku tampal gambar je ni.

Kaktiny, mee udang Sg. Dua tuuuuuuuuu~ Sedap sedap. Aku ni tak brape 'in' sangat dengan udang memandangkan aku ni asalnya orang Sg. Udang, Melaka. Macam ketulahan gitu kan makan makanan diraja hahahaha. Tapi aku hentam gak dua ekor. Alhamdulillah takde kejadian yang tidak diingini berlaku kecuali ade rasa miang-miang sket. Bukan miang menggatal kat jantan tu ler... :p Bawah tu cendol pulut, ada di mana-mana hehe.

Ok dah abes cite Penang. Semalam aku berdating dengan Pahlawan Planet Sugus a.k.a Zargus ni sebab nak ambil barangan bukti kiriman kekasih ati beliau. Walaupun aku dah terasa macam nak demam, namun demi barang di bawah, ku turutkan jua. Meh pantun sket.

nasi lemak ayam berempah
sayang faizal husin saye belikan
meski kepala dah hampir nak pecah
demi subinier saye lupekan

Kecik comel je paperbag ni. Meh jengah barang-barang bukti yang serahkan ke tangan baby yang kudus ni.

1. beg jerut kaler oren. antara feveret kaler ai ni
2. gadget tahpebende tatau.. nk kene bagi CSI siasat halatuju entiti ni
3. highlighter flower shape. yeooowwww lenkali x payah bawak balik harta opis *opsss*
4. subinier cam kelip baju tapi comel. dah selamat gantung kat cermin meja solek ehehe
5. purse comel (siap ade tisu dlm tu hahah). pun dah guna letak scan card parking kete gue

Ada lagi...6. purse kecik gak
7. 2 ketol keychain gambo Panda. alololololo comeynyeeee
8. ni cam subinier sempena Sukan Olimpik kat Beijing aritu. tatau nak gantung katne, akan dipikirkan :D

Ada lagi...
Hah yang nomo 9 ni takkan nak explain gak kan. Pun dah selamat letak kat meja opis ni hah, tinggal nak ganti dakwat pen je heheheh.

Mekasih bebanyak ek Kuncop! Banyak betoi barangnya, ku pikirkan satu je*sambil kesat² mata tanda terharu*. cK pun.. alaa... janganlah marah, ai lambat 5 menet je - itu pon sengaja sebab masa ai wat wake up call tu, yu still tak bangun lagi padahal ai dah siap mandi tau! Jangan marah nanti ai tak bagi benda yang yu mintak tu kang hahahaahahahaah~

Fuh... wat a day..
:woooh: