Monday, January 12, 2009

352: Entry ini serius dan panjang

Tahun 2006. Sehari sebelum Raya Haji. Pagi itu aku bangun setelah semalamannya berbaring di katil. Mabuk akibat perjalanan sehari suntuk pergi balik ke Cameron Highlands pada hari sebelumnya. Enggan makan, dan memikirkan tentang makan. Dan aku bangkit dengan kebuluran. Sebenarnya mak yang mengejutkan, katanya sepupu aku dan rakannya akan datang pagi ini untuk membetulkan ‘wiring’ di rumah yang terlalu tua. Selepas mencuci muka, aku terus ke luar untuk menyapu.

Elok separuh jalan, mereka pun tiba. Sambil memakirkan motor, sepupuku - Aren bersuara.

Eleehhh buat-buat rajin pulak menyapu.. Mentang-mentang orang bujang nak datang..
Takde maknenye aku nak buat-buat rajin depan kau
Betul per.. Tak pernah pun aku tengok kau menyapu bila aku datang
Itu sebab kau datang bila aku dah abis menyapu, ada pahamkah incek?
Pagi-pagi menyapu konon. Dah mandi ke belum ni?
Nyibuk ah! Yang kau ni pagi-pagi buta datang rumah aku apsal.
Hahahahaha! Oppss.. sorilah Jal. Kitorang memang gini, gurau kasar.. biaselah sedara. Tak gitu, Syita?
Haa memang.. ni pun tak berapa kasar lagi ni. Patutnya dah ade yang cedera time ni
Assalamualaikum Syita.. hehehe. Apa kabau kau?
Waalaikumsalam. Sihat je..Dah dah, masuk. Wayar-wayar tengah menunggu.

Dan itu pertama kali aku melihat dia. Sekilas. Habis menyapu, aku terus ke bilik. Cadangnya mahu bertanya pada mak tentang program memasak rendang memandangkan kali ini aku akan memasaknya sendirian. Semua tenaga kerja (kakak-kakak ipar sekalian) tidak dapat pulang. Nampaknya mak sedang memberi arahan pada dua orang manusia itu. Aku sendiri tak pasti apa yang aku repekkan sepanjang beberapa saat aku berada di antara mereka. Tetapi aku sedar dia merenung dan tersenyum bila sesekali aku bergurau kasar dengan sepupuku itu.

Terus ke dapur, dan mula mengisar, memotong dan membuat apa-apa yang patut. Tak lama kemudian, dia memasuki ruang dapur, diikuti oleh Aren dan mak. Kebetulan suis utama terletak di dalam stor berhampiran dapur, makanya kebanyakan masa dihabiskan di dalam stor. Dia – Jal, memilih untuk berada di stor manakala Aren di dalam bilik. Sebaik sahaja mak meninggalkan aku sendirian, Jal pun..

Syita ye..?
Ha’ah.
Belajar lagi ke dah kerja?
Kerja dah.. tapi kalau nak anggap student pun boleh, takde masalah..
Hehehe..

Dan bicara pun berkembang antara aku memasak dan dia bekerja. Soal kerja, belajar, tempat tinggal – hampir semuanya. Sebenarnya agak kekok untuk aku. Bukan kekok untuk berbual. Pertamanya, aku memang belum mandi lagi. Kedua, aku sedang dalam proses untuk memasak – sendirian. Dan gabungan kedua-duanya membuat aku kurang selesa. Sesekali bicara terganggu bila mak masuk ke dapur. Tapi bagus untuk aku, kerana aku belum lagi bersarapan. Selamba saja aku membawa sepiring kecil nasi goreng dan makan di depan pintu dapur.

Woii pompuan ni.. Makan depan pintu pulak kau! Aren dah mula bising.
Suka hati aku laa.. Nak makan depan pintu ke bawah pintu ke.
Kau ni kan, patut laaa tak kawen-kawen lagi tau
Eleehh yang bercakap tu macam laa da kawen
Kau ni Ren.. Budak tu baru je nak makan. Dari semalam dia tak makan tu. Mak mempertahankan aku. Heh.
Ala.. saje je nak usik dia, Mak Ude. Tapi nanti takde orang nak kawen dengan kau sok..
Aku sudah membuka mulut untuk menjawab, tapi terhenti bila terdengar Jal bersuara dari dalam stor.

Siapa kata takde orang nak kawen dengan dia? Aku nak.

Terus terhenti suapan aku. Aren dan mak ketawa. Aku tak pasti sama ada dia sedar atau memang sengaja mahu mak aku mendengar. Apa lagi, Aren pun seronok mengenakan kami. Aku pula seperti biasa, dah terlatih dengan hal-hal begini. Walaupun terkejut, tapi tak perlulah aku serlahkan ‘keterkejutan’ aku di depan mereka. Seketika kemudian, semua orang kembali meneruskan agenda masing-masing. Aren pun berkali-kali dihalau oleh Jal ke tempat lain, katanya mengganggu ‘urusan’.

Syita, Jal tanya kau ade boyfriend tak?
Boyfriend? Oooo ramai..
Kau dengar tu Jal. Ramai. Kau nak jugak ke?
Ramai? Alahai.. melepas ke ni.. Kata Jal, sayup kedengaran.
Kau ni nak jadi sedara aku ke hah? Kau nak jadi sedara aku perangai kau kena betul-betul sikit.

Hehe. Aku sibukkan diri dengan urusan rendang yang belum ada kesudahan. Sambil-sambil itu, aku layankan juga segala macam persoalan dari Jal. Setakat bersembang kosong, bukan masalah besar bagi aku. Akhirnya bila rendang sudah masak dan aku menutup api, Jal menjengah dari dalam stor.

Dah masak ke?
Dah.. Lepas saya mandi kang saya hidang. Kena makan, nanti mak saya kata apa pulak.
Awak yang masak, mestilah saya nak rasa.
Orait.. Kalau gitu kena tunggu.

Usai mandi, aku ke dapur. Potong sedikit ketupat segera untuk Aren dan Jal, dan mencedok rendang ke dalam mangkuk. Letak atas meja, dan berpatah semula ke dapur untuk mengambil pinggan. Langkahku terhenti bila menyedari Jal berdiri di hadapan pintu dapur, dua belah tangannya didepangkan, menghalang aku melangkah.

Hishh.. Terkejut orang. Jom makan!
Syita.. boleh tak bagi nombor telefon awak kat saya?

Aku terpempan. Jarak antara kami tak begitu jauh, dan tiba-tiba aku berasa sangat malu bila ditenung begitu. Mata bertentang. Kali ini barulah aku dapat melihat wajah dia sepenuhnya. Manis juga. Untuk aku, dia masih lagi dalam kategori ‘ada market’. Heh.

Boleh tak?
Ha?
Saya nak nombor telefon awak – (keluarkan handphone dari poket) – berapa?
Ermm.. awak mintak kat Aren eh? Dia ada nombor saya.
Ala.. kenapa pulak kena mintak kat dia..?
Kalau nak.. kena usaha. Senyum. Dah, jom makan.

Rupanya, Aren sudah memasang telinga entah dari mana. Sepanjang petang, aku dileter-leter memandangkan aku masih belum lagi menyerahkan 10 digit berharga hakmilik aku itu.

Bagi jelah Syita oii... Penat laa aku nak layan dak Jal tu hah
Kau bagi le.. Aku dah kata kat dia, mintak kat kau
Henpon aku dah ilang laa.. aku takde nombor kau.
Diam. Takpe, suruh dia mintak kat mak aku. Hahahaha.

Malam itu, mak bercerita. Jal itu usianya sudah 30 tahun rupanya. Mengejutkan, kerana aku menyangka dia sebayaku. Bapanya ustaz. Dan dia masih mencari cinta. Katanya pada mak, dia belum pernah berjumpa dengan gadis yang mampu meyakinkan dia untuk menamatkan zaman bujang. Setiap perempuan yang ditemui, ada saja yang tak kena. Dan mak nampaknya terkejut – tapi agak gembira – bila Jal menampakkan minatnya pada aku. Walau bagaimanapun, mak kurang bersetuju atas satu perkara. Dan kurang menggalakkan. Sebenarnya aku juga punya pendapat yang hampir sama dengan mak, cuma bagi aku – ini semua atas kehendak Allah. Kalau dah tertulis ada, maka adalah.

Semenjak dari hari itu, aku tak mendengar apa-apa yang serius dari dia. Sesekali Jal masih datang ke rumah untuk memantau sistem ‘wiring’. Kata mak, kalau dulu dia terikut-ikut Aren menggelar mak dengan panggilan Mak Ude, tapi kini sesekali Jal tersasul – atau mungkin sengaja, aku pun tak pasti – memanggil mak dengan panggilan ‘mak’. Biarlah, bukan luak pun..

Hampir dua tahun berlalu, tahun lepas aku bertemu dia lagi. Kali ini di kenduri perkahwinan adik Aren – bulan November lalu. Aku hampir saja tidak dapat mengecam dia. Tapi bila aku lihat dia juga merenung dari kejauhan, aku yakin aku tak tersilap orang. Cuma pandangan itu tidak diteruskan dengan kata-kata. Hanya sekadar pandangan dari jauh.

2009.

Semalam. Mak menelefon dan bercerita. Di luar pengetahuan kami, rupanya Jal telahpun berkahwin. Tak pasti bila. Mungkin tidak lama selepas pertemuan kami di rumahku. Mungkin, aku hanya mengagak. Dia sudah punya dua orang cahayamata sekarang. Malangnya, ikatan perkahwinan yang terbina itu hancur di tengah jalan. Atas desakan keluarga mertua, dia dan isteri akhirnya berpisah. Khabarnya, ibu bapa Jal telah berpindah ke kampungnya di utara, manakala Jal masih di Melaka, menetap di rumah yang ditinggalkan keluarganya. Anak-anaknya tidak dapat dipastikan, sama ada bersama Jal atau dipelihara bekas isterinya.

Entah apa puncanya hingga tergamak mereka menghukumnya begitu. Kalaulah ini terjadi dengan alasan yang sama (dengan alasan mak semasa dia cuba memancing aku dulu), aku rasa ini sangat tidak adil untuk Jal. Pekerjaan. Alasan mak dulu adalah kerana pekerjaan dia. Untuk mak dan aku pada ketika itu, segalanya masih belum terlewat. Tetapi apabila perkahwinan telah berlaku, dan zuriat telah bercambah, perlukah alasan itu dijadikan senjata untuk merungkai sebuah perkahwinan?

Aku terbayang wajahnya semasa pertemuan di majlis kenduri yang lalu. Renungan sepinya yang hampir tak berhenti tatkala aku memandu melewatinya. Tiada langsung senyuman pada raut wajah dia, dan aku sangkakan itu kerana dia kepenatan setelah seharian membantu menguruskan kenduri. Rupanya....

Apapun, aku mengharapkan moga Allah memberi ketabahan kepadanya selalu. Diberi kekuatan, menyamai kekuatan yang setiap hari kita harapkan untuk penduduk Gaza yang diserang kafir laknatullah. Moga ditanamkan keyakinan dalam diri Jal, diperkukuhkan jatidiri untuk dia menempuhi dugaan akan datang. Dan aku berharap, hubungan dia dan anak-anaknya tidak diputuskan seperti mereka memutuskan hubungan dia dan isterinya.

Insyaallah..~ 
 
 

46 comments:

Rya said...

okeh, sy suka cerita anda.. ; )

Wish we all have dynamic life!

Anonymous said...

huhuhu...
sian jal..andainye pekerjaannya yg dipergunakan utk merobohkan satu ikatan suci yg telah dibina..dh ade anak tu....uwaaaa...x terkata dh..

-sofea-

Masy said...

rya,
klu suke, byrlah royalti hehehe

yeah.. harap2 gitulah..

sofea,
tu laa.. sian dia. padahal dia tu baik orgnye.. huhuhuh

ad3ck said...

jap. tengah baca. tak abes lagi.

Mr PenyuBiru said...

tak abis baca lagi neh.nnt ku datang sini semula.rushing!
btw,mana gambar ko terjun tasik tu ?

Masy said...

ad3ck,
takpe2 take ur time eheh

penyu,
yaaaa ptg2 kang baca balik.

terjun tasik? tasik mane plk neh

hanisakura said...

PElagi k.masy..masuk line la :p..pakej tuh :P

Mak Su said...

tak tahu nak cakap aper :(

Masy said...

hanisakura,
ahahahaha ade pulak idea mcm ni ye :D

maksu,
sy sedih utk dia, sian dia :(

debikdebuk said...

Apasal ko tak ikut terjun mcm 'budak2' tu? teringin aku nak tengok... kalau malu, ko emelkan aje kat aku.... teringin tau aku nak tgk... hahahhahahahha.....

Ungku Nor said...

mana tau lak kan..
sekali kalo awk terima dia seeklas hati, tup-tup dia jadik kontrektor ternama best in Melaka, Spore & JB! and some say Batam..

rezeki orang kita takleh nak jangka, ye tak?
ehehehe

Masy said...

debikdebuk,
ko ingat aku ade ke gambar2 celah montot cam ko tu hahaahahha!!

kak ungku,
aisey.. dia proposed thn 2006 kak. thn ni takde pulak. klu tak, bole dipertimbangkan. hahahahaha

betul2.. rejeki dan tuah org x nmpk di kaki beliau.. itu adelah tuah di kaki ayam sahaja..

NONIE AZIZ said...

menyentuh jiwa la masy...harap Jal akan bertemu jodoh yang amat sesuai...rasa2kan korang ada kimia la dik...cuma masing2 tak berani...betui dak...ahak...menjunum plak hari...ahakss...

Masy said...

kak nonie,
sian dia kan? tp akak ni spekulasi pulaakkk.. gigit kang hahahahah! ntahlah kak. saya neutral je hal ni dari dulu. layan dia mcm tu sbb pikir dia kawan sepupu sy, n dia baik dgn mak. itu je..

Anonymous said...

alaaaa k.masy...ok ape dia...akk sukeeeee ngn dia kan...ahaksss....

-sofea-

13may said...

meleleh ayaq hidung baca...selsema...hehhe hehhe

ps: best la citer nih :)

Masy said...

sofea,
wahhhh memandai2 je budak ni, sebat montot tu kang hahahahaah!!~

13may,
awat hang.. baru pas mengurat nyah eh? hihihi

ps: cite betul ni weh :)

RaFFLeSiA MeRaH said...

suka akak baca cerita masy ni, mcm cerita novel pulak rasanya....saspen jer nak tahu akhirnya tuuu...ape2 akak doakan jodoh masy x lame lagi....x kira la dgn sape sekalipun, yg penting jodoh tu atas kurniaan tuhan yg esa....k...

noorlara said...

apalah baru naik Cameron Higlands dah mabuk ank dare ni... cian dia ahhh.
Kisah lalu, hati terkang mulut tersebut, pengalaman dan kata bijak pandai kalau kita tingatkan seseorg itu petanda diapun ingatkan kita gaks.... deng deng denng

Jard The Great said...

alala... kak masy... ade chemistry tak tu???

kesian la kat jal tu.. aku bersimpati.. dier keje ape smpi mak kak masy tak brapa setuju??? pemandu teksi?? lumayan tau keje tu.. huhu..

ceh..suka-suki jer aku buat andaian..

Masy said...

kak RM,
sy pon dah terasa2 cam novel laa pulak cite ni. hurrmm~

insyaallah. amiiiinn utk doa akak :)

kak noor,
balik hari tau kak. lalu jalan Tapah tu. kwn sy sampai lembik badan dok muntah2 hahaha.

aaaa len mcm je kekata akak ni hahahah!!

jard,
ni lg sorang, babap kang :p

dia keje sndiri, wat wiring. kire keje x tetaplah. klu ade org panggil baru dia ade job. tp akak x tau laa klu dia ade keje lain. x sempat nk korek2 hehehe

TedungS said...

wei salam, pekaba? huih, panjang sungguh cerita hang ni, tp bes la. kalau jal tu ngurat hang balik amacam...? :)

Masy said...

salam abg ted,
waaaaa long time no see u laaa. hehehhe best eh.

errrrr... itu.. aa... errr... jap aku tdo dulu hahahhaha!!~

aNIe said...

Masy...walaupun entry ni panjang...akak baca sampai habis...sbb nak tau apakah kesudahan cerita Uda & dara ketika itu...rupanya...kesudahan cerita tidak seperti yang akak jangkakan...

Moga Jal akan menemui kebahgiaannya satu hari nanti...

Ms Minnie said...

jodoh, rezeki, ajal, maut... hanya dia yang tau kan...

kadang-kadang jodoh depan mata kita tak nampak, yg jauh yang kita kejar...

Semoga dapat yang terbaik utkmu!!!! Amin...

Mr PenyuBiru said...

1. gambar yg last tu bukan terjun tasik ke? hehe

2. dulu masa kat kampung, aku suka makan kat bendul pintu.syok sambil melihat keluar.tapi kan, aku dapat gak kawin.kawin awal lak tu.so,tahyul tu automatik buster!

3. ko ni..dah ade orang nak layan je la. jal pun jal la. keh3..


ps : skang baru bleh baca ngan tenang.

Masy said...

kak anie,
mesti akak ingat dia dgn sy eh hehehehe

insyaallah, gtulah didoakan..

minnie,
betoi tu.. tu sbb aku tgh bukak mata luas2 kot laa ade depan mata. tp x nmpk gak lah. aku bajet beliau org bunian kehkehkeh~

amiiiiiiiiiiiiiiiin~

penyu,

1.tu terjun sungai. kat Singapore.

2. errr tang mkn dpn pintu tu bkn ke apply pada pompuan je? lelaki pon ke? tp mmg tahyul laa tu..

3. itu dulu laaa.. apedaaa

hanisakura said...

bkn saye je rupenyer mendoakan begitu..ramai lg rupenyer :p. hehehe

sofea said...

hihihihi...sy pon nk doakan akk jugek laaa...ahaksss..
wireman ekk..lumayan tau keje tu skali dpt job...mmmm...
*terbayang2 jal yg sweet*...wink-wink..:P

Masy said...

hanisakura,
doa yg baik2 takde masalah.. haaa ni cam doa semcam je ni hahahah

sofea,
ewaaahhh bkn main lg eh! nak akak kenalkan ke? ;) wink wink wahahahaahhah!!~

achik said...

a'ah la kak masy.. cam baca novel lak.. ingatkan hepi ending tadi.. saya dah bayangkan benda lain.. [tetiba akak nak umumkan akak dah bertunang ngan dia ke.. hehehe]

takpe la.. mana tau ada kesinambungan dari cite ni nanti.. muncul hero baru lak ke.. hehehe.. saya tunggu hepi ending akak.. :)

HEMY said...

huuuu...susah kan laki ni..pekerjaan kena cek la lagi..huhuhu

takpe la nk jadi ketua rumah kan..

nnt aku gi umah kau aku pnggl mak ekk..ehehehe

Masy said...

achik,
haaa mesti dah debar2 masa baca td kan? wakakakakakakkaa!!!

yaaa akak pon tunggu gak ni mana laa hero akak x smpi2 lg neh heheh

anul,
betul tu.. org laki klu keje x menentu, susah nk dpt kepercayaan org. mmg kene keje keras, dah itu tanggungjawab, nk wat camne huhuh (sibbaik aku pompuan huhu)

panggil laa.. bole ko jadi adik aku hahahaahah!!~

razifembi said...

pehhhh ceritera yang sukar dijangkakan....

masy, nak tanya...

gambar yang budak2 terjun tu gambar apa....macam bogei bogei jah..wakakaka

Masy said...

razifembi,
haa.. mmg bogel pon.. tp tu sume patung tu.. hehehe

HappyIrfa said...

salam masy..
macam baca novel lak..sian jal.

Sham said...

Huh... mcm baca novel cintan.... sedey.. sedey

Masy said...

salam kak irfa,
huhu sian dia kan kan ~

sham,
sabau sabau jgn nanges tau ;)

NONIE AZIZ said...

akak pun terasa yang Jal tu akan jadi milik Masy...hahahaha...ada jodoh tak kemana Masy.. kan sofea kannnn?kan? kan? kakakakaka

Sastri said...

setuju dengan komen Nonie... :D

zino said...

dengan serious nya baca... ingatkan tak perasan tahun yg terlibat.. ingatkan part one tu 2008 ke..

Masy said...

kak nonie,
dahh... spekulasi pulak daahh hahahaahhha!! tp bab jodoh2 ni sy no komenlah kak, klu ditolak2 pun tp dah jodoh, ape nk wat ye tak heheh

sastri,
tu dia lg sorang!

abah angkatku zino,
hehehehe taklah.. memang kejadian dolu² :)

suara said...

Salam masy...
melompat dari blog kujie.

Rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut tu di tangan Allah. Kita manusia hanya merancang dan berusaha. Dalam rumahtangga, yg berusaha kenalah semua pihak. Suami, isteri dan keluarga (mak ayah, adik beradik dll) juga perlu berusaha. Paling tidak, dgn doa. Kita juga sama... berdoa utk kebaikan.

p/s: suka baca hasil penulisan masy.

Masy said...

salam suara,
betul tu.. nk harap kita je yg pertahankan pun susah. apa2pun tu sume jodoh.. klu dah ditakdirkan jodoh smpi takat tu je, ape nk buat... berserah je la. mungkin ade yg lebih baik menanti di sanaaa di sanaaa di saaaanaaaa ;)

p/s: mekasih2.. sy suke klu org suke hehehe

kueh bakar said...

kadang semenet pun dah cukup untuk kite suka pada org...

Masy said...

kueh bakar,
betul tu.. :)