Wednesday, February 04, 2009

360: Tak Akan Lagi

Usai solat maghrib, aku mencapai Al-Quran yang sedia menanti untuk dibacakan. Menyentuhnya kali ini, entah mengapa tiba-tiba membuatkan aku terkenangkan dia. Hati jadi bisu. Menghela nafas panjang. Dan aku pun mula membaca kalam Allah ini.

Habis beberapa muka dan menyudahkan bacaan dengan doa, tangan mencapai telefon yang tersadai di atas katil. Berkira-kira mahu menghantar sms atau tidak. Aku pilih salah satu sms untuk disampaikan, dan terus menekan butang ‘send’.

Sementara menunggu balasan, fikiranku menerawang. Aku berharap, moga dalam beberapa tahun ini, kematangan bakal membezakan pendirian dia. Dengan kemuliaan pada hati dia yang pernah aku saksikan dulu, aku benar memohon dalam hati – moga kali ini layanannya akan menjadi manis.

Tak lama. Sms pun berbalas. Santun, malangnya nomborku tidak dikenali. Aku terasa-rasa kesamaannya seperti tahun-tahun lepas. Dan setelah aku kenalkan diri, santunnya pun lenyap. Semua jadi sunyi. Menunggu, dan tunggu lagi. Kemudian aku utuskan sms – mungkin yang terakhir.

Kalau tak ingat, takpelah. Kalau ingat tapi tak nak ingat pun takpe”.

Memutar semula apa yang telah berlaku antara kami. Memang mengelirukan. Entah mana agaknya kesilapan aku pun tak pernah dia suarakan. Tak pernah dikhabarkan. Seolahnya hari ini dia di hadapanku, dan esoknya jejak dia pun bagaikan tak pernah wujud di dunia ini.

Dia, ketika itu. Insan yang mengatakan, merasakan tiada langsung perubahan. Menafikan setiap gerak hatiku yang beberapa kali aku suarakan padanya. Sedangkan yang berkata itu sendiri tahu, kebiasaan yang dikatakan itu sudah terhakis – lama. Dan malang, kerana hanya aku yang menyedari.

Melihatkan tingkahnya begini, benar-benar membuatkan aku tersenyum sinis. Kau tahu, aku benar impikan impak yang berbeza akan datang dari manusia sebaik dia. Rupanya ada juga manusia yang mulianya mungkin hanya terkesan pada insan terpilih. Yang pastinya bukan aku. Tapi sekurang-kurangnya berilah pengertian. Aku pun bukan mahu menuntut dia melunaskan setiap patah janji yang pernah ditabur pada aku dulu. Cuma aku mahu melaksanakan apa yang aku pernah katakan pada dia satu masa dulu.

Kita kawan untuk kahwin. Tapi kalau tak jadi kahwin, kita tetap kawan.

Dia setuju. Ya. Aku memang telus dalam beberapa perkara, termasuk hal ini. Dan setiap kata-kata yang aku ucap, sedaya upaya aku kotakan. Aku bukan bercakap kosong. Bukan.

Nampaknya dia lebih mudah didekati andai aku insan yang tak dikenali. Sejurus mengetahui yang tak dikenali itu aku, nampaknya...

Paling tidak, katakan saja kau benci. Kan itu lebih mudah untuk aku membuang kamu.

Inikah berakhirnya
Hidupku yang ku rasa tidak secantik potret yang terlakar di kaca
Inikah makna cinta
Datangnya berbunga bunga belum dijamah pahitnya jelas terasa

Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang

Dari satu hujung ke satu penghujung berlari
Tapi hanya makin ku jalani
Jalan jalan yang sempit sekali
Imbasan warna warni cerita cerita dalam hidup kita
Hingga paling kelam kan terpapar di slot akasia

Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang

Jauhku fikirkan tentang kita tanpa kita
Sedalam dalam kita mencari jawapan yang sama
Mungkin berbeza antara jalan yang ditentukan
Namun ku percaya jika mata ditutup di situ ada cinta

Berpasangan insan telah dijadikan
Dalam satu jiwa bakal mewujudkan
Bermusim kegelapan dapat dipinggirkan
Namun kita manusia senang dibutakan
Menyintai bukan untuk disakiti
Sejambak bicara harus ditepati
Carta belaian jiwa dilonjakkan tinggi
Tak menjunam jatuh menghempas ke bumi
Sejati itu yang kau ucapkan
Sebuah melodi dan hanyalah satu ungkapan
Kata kata lontaran sekadar ukiran hiasan
Takkan berbunyi bila bertepuk sebelah tangan
Setinggi mana tak guna nak dikecapi
Tiada dua satu jiwa tiada erti
Tiada lagi rekaan khayalan mimpi ngeri menyelubungi
Hanya meniti hari meneliti hati


The Fabulous Cat - Slot Akasia

:astig:

# poyo!

29 comments:

Rya said...

:' )

Mr PenyuBiru said...

la..ko ke antor sms subuh tadi. mana aku nak ingat, aku tengah mamai lagi. nak antor sms pun agak² lah, bagi aku mandi dulu, solat subuh dulu... bagi aku get ready dulu.keh3..

Masy said...

rya,
nanges ke? :)

penyu,
poyo laa :p aku rasa itu adeck kot yg sms ko tu heheh. cube check balik :D

Mr PenyuBiru said...

laa..dah maghrib ek, ku ingat subuh lagi.hehe..

Masy said...

nyu,
lenkali baca biar betul2 ahahahah~

Rya said...

habukla..
mana mai pun ntah.
habuk masuk bila baca entry akak..

HEMY said...

byk entri terlepas...aku follow blog kau..tapi tak terhapdet plak kat dashboard aku..

aku dh wat komen marathon..ko cek kat entri lepas wiken mu wiken ku jua tu ekkk

besa la laki ni..kdg bukan taknak kawan balik..tp cm..tak tau nk cakap..kena plak dh ada awek lain..pompuan pn camtu juge..tgok org la

Masy said...

rya,
iskk yg pegi baca blog akak kat tepi jalan tu nape ehhehe

anul,
ramai org ckp gtu, aku tatau laa ape masalah tah huhuhu

nanti aku baca sume komen ko :)

aku pon tpikir cenggitu. takpe laa.. malas nk pk dah~

Rya said...

laa yeke..
aiseh, rasa macam betul dah tempat parking tadi : p
sy pun tak bape pasan dah ada mana; citer kita sama tak serupa..

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah

Masy said...

rya,
heheheh apedaa...

ada yg sama ke? huhuh

pakkaramu,
salam ziarah.. sile2

achik said...

huhuhu..

Jard said...

dah dpt ke blom album fabulous cats nih?? ehehe..

Jard said...

okok.. ku dah cuba memahami entri nih.. hmm... jawapan ku simple jer.. dah takde jodoh.. huhuhu... =p =p

Masy said...

achik,
huhuhu jgk

jard,
lom gik. nk tunggu ko adiahkan laa utk blated bday akak aritu eheheh

Masy said...

jard,
ya betoi.

arianna adrizal said...

apa tu tadi, kita kawan sbb nk kawen?? tamo kawan dgn hakak la.. nnti kena kawen!

muahahahahhahaha~

hanisakura said...

eheheh..hmmm..i pun slalu gak jg cenggini..uhuuhuh..xperlah kan..

Masy said...

anne,
aiyooooo ade ati nk kawen dgn akak upenye wakakakkakakakka!!! syuh2 g sana :p

hanisakura,
takpelah.. lupekan sajork ;)

ad3ck said...

akak. betul ke "kita kawan sbb nk kawen"? tolong jelaskan kak?

Masy said...

ad3ck,
ni dlm kes akak dgn dia je. sbb kitorang dperkenalkan utk tujuan itu.. sesi perjodohan laa gtu kirenye hehehe.

tp akak kawan dgn ko ni bukan ler sbb akak nk kawen dgn ko ok? hahaha

Lan Rambai said...

tak pernah pulak aku dengar ayat "kita kawan sebab nak kawen" ni.

acai said...

nape orang rasa sedey baca post ni,huhuuhu..agaknye moood pun ngah weng gak,hehehe..jomlah kak blanje sy,kekkee

Masy said...

lan rambai,
sbb ko kawen pastu kawan gaknye ihihi

acai,
jgnlah sedih adikku. meh dtg melanje akak, akak lapau ni hehe

RaFFLeSiA MeRaH said...

yeyyyyy...walaupun dia x jadi kawin dgn boypren dia, dia tetap akan jadi kawannnn.....alhamdulillah......mgkin jodoh dgn org lain....

kakpiah said...

sedap lagu nih..
eh? aci ker komen centu?
hehehe..
tp kalo akak..
x jd kawen..
x mo kawan..
emosi kan?
hikhik...

Masy said...

kak RM,
tak brape yeeyy la kak sbb dia mcm takmo kawan dgn kita je - mcmlah dia yg frust huh!~

kakpiah,
mmg sedap pon hehehe
ooo ade sikit emo di situ hihi. tp sy pon penahlah gtu gak, cumenye yg ni kesnye lain sket. ahhh taknak kawan sudah :p

Azhar Ahmad said...

Alahaiiii, jiwangnya.....

Masy said...

azhar ahmad,
ehem ehem biaselah hahahah