Thursday, February 12, 2009

363: JB - Leher - Kawen - Bogel - Perak

Salam sume..

Tengahari hari Isnin aritu, aku dapat sms daripada Mr. Sivaji. Aku diarahkan ke JB esok pagi. ‘Pagi’ dalam konteks opis aku ni biasanya pagi-pagi buta. Blind morning kata orang kampung aku.

Maka keesokan pagi butanya lebih kurang pukul 3 pagi, maka bangkitlah aku dari pembaringan yang berbahang panas pada malamnya untuk mandi manda. Sangat semangat semasa mandi bukan sebab aku ‘lapar’ sangat nak ke JB, tapi memang panas giler ah ding dong. Tunggu punya tunggu, nak dekat sejam kemudian barulah mereka yang berkenaan tiba di rumah untuk mengutip aku yang sedang menyejukkan diri dalam kereta. Heh. Panas dowh.

Singgah di Kota Tinggi sebab 2 orang opismate aku ada meeting di situ. Aku dan sorang lagi terpaksa naik teksi ke JB. Layan mata laa sepanjang perjalanan yang sejam tu. Ngantok giler. Dah sampai sana, belek² fail projek sebab aku memang tak tahu progress projek ni sejak aku balik daripada site aritu. Huhu. Dapat idea sikit² je sebab report tuh bukan aku yang buat. Huwaaaa!!

Alhamdulillah meeting berlangsung dengan santai. Ketua projek tu pon nampaknya easy-going. Walaupun dia tu kang sket² tanye aku (huwaaaaa rasa nak pengsan je tiap kali beliau menyebut namaku yang catchy ni), tapi aku pasrah. Mungkin jurus muka-konfiden-tau-padahal-blank aku pada hari tu amat menjadi. Apapun, aku ada rasa sedikit terkilan sebab tak sempat menjamah karipap sardin yang disediakan. Ini berlaku kerana aku dipanggil dengan tegas oleh pihak pengurusan kumbahan supaya menghadap mereka dengan sepantas kilat impak maksima. Atau dalam erti kata lain, aku dah rasa nak terkucil sesangat. Hehe.

Petang tu jugak balik Shah Alam. Sempat jugak aku melayan sate goreng sepam sebelum bergerak-gerak khas. Sedap. Macam sate. Dah tu.. takkan rasa macam pam pulak, ye tak?

****

Sakit leher aku datang lagi. Macam biasa, datang tak bagi salam. Biadap betul. Tapi aku macam biasalah, redha sesaja. Bila ramai yang cadangkan aku makan kalsium sebab aku asik krem je, mak aku pon ape lagi – dengan gopoh dan gelojohnya beliau membelanja laa aku kalsium sepam (sepam lagi). Tapi akak ipau aku suruh aku makan magnesium jugek, kata beliau, it takes two to tango (dia tak kata macam tu tapi aku anggap macam tu la). Kalsium dan magnesium bagaikan sepasang kekasih; Uda dan Dara, Romeo dan Juliet, Mawi dan Ekin, Norman Hakim dan ..errr... dan juga .. oh malaslah nak masukkan unsur politik.

Maka atas sebab² keserasian yang wajib dikekalkan, aku pun menyambar gabungan keduanya. Agar kita hidup bahagia. Jangan Pisahkan, bak kata Deddy Dores dan Mayangsari.


Sebijik ubat je dah sebesau ibu jari aku. Mahal pulak tu. Nasib baik mak aku belanje. Ehehe. Mekasih mak!

***

Nampaknya ramai dah update pasal perkahwinan blog-selebriti a.k.a Chika. Maksud aku, orang-orang yang pergilah. Mekasih Kak Maya dan Anne yang sudi menemankan aku ke sana. Kalau nak harap aku datang sorang, memang takde makne. Eheh.




Sempat snap dua ketoi je, pastu bateri kamera pun kong. Ape punya sengal ler aku malas nak charge malam tu. Memang gambar aku dengan pengantin takde. Tak sempat. Huhu~ Aku cilok² je jumpe Chika dalam bilik perantin. Sangat happy bila dia menyeru namaku yang catchy tanpa ragu² bila dia ternampak aku memandang dia dari kejauhan (kat pintu bilik je).

Kak Mas!

Mek terkesima sambil mengalirkan airmata - bagaikan tak percaya pulak. Kenal eh? Tu laaa sape soh letak gambar sendiri dalam blog (kata² untuk diri sendiri). Kan orang dah kenal. Hihi. Suke sangat tengok mekap yang simple. Kaler tema yang unik. Dan kari kambing kegemaranku turut berada di tempat kejadian. Walau bagaimanapun, aku tak hentam bebetoi makanan kenduri. Tipikal me – memang kurang selera makan kat kenduri kawen. Kecuali kalau kau suap aku. Siapa kau? Kau la. Hahaha.

Tak dapat berlama-lama walaupun di dalam hati ada cinta. Eh. Ade keinginan untuk stay lama². Masalahnya kakak belom solat zohor. Sangat bimbang dikompangkan di akhirat, maka kakak pulang dulu sebelum sempat bergambar bersama pengantin. Sian sangat kan kat diriku? Takpelah. At least aku dah sampai dan memenuhi jemputan di samping memenuhi perot dengan makanan. Oh ya, dan subinier juga berjaya memenuhi telapak tangan. Hehe.

Selamat Pengantin Baru, Chika! Moga kekal bahagia sampai bila2.

Sape² yang nampak dan berupaya mengecam aku kat kenduri Chika pastu tanak tegur, sila ketuk ketampi atas pelamin. :okay:

***

Ada orang ugut aku semalam. Katanya nak super imposekan gambar aku dengan orang bogel, pastu nak sebarkan kat internet. Kalau betul laaa lelaki neraka tu buat dan korang terjumpa, bagitaulah aku. Nak jugak aku tengok (eh tengok ‘diri sendiri’ dosa tak?hihihi). Pray for me, guys. Moga-moga dia carikan body yang lawa untuk aku. Kahkahkahkah!!

Super impose konon. Eja ‘BOGEL’ pon tak reti, ada hati nak pedajal aku. Hark ketuihh!~
:siga:
***

Ok ok. Sikit je pasal politik. Hal kat Perak tu kan. Korang perasan tak? Semua orang dok kecoh sana sini – demo laa, report polis laaa, nak saman Sultan laaa (mengong betoi). Tapi kan, ade laa orang tu rileks je. Cam takde mende. Cool laa pulak. Cam CoolRhino.

Agaknya dah nak pencen ni memang macam tu eh? Dulu masa arwah abah aku nak pencen daripada tugas guru besau dia, aku tengok bizi jeee beliau. Tapi yang ni, rileks la pulak. Cuma ujung-ujung aritu je baru dengar sora dia. Hurrmmm~

Nama sama. Tapi tetap berbeza.

27 comments:

Rya said...

JB - sate goreng tu selain rasa sate musti rasa goreng sama kan?

leher - ha'ah, bosar tul ubat, jangan tersangkut kat tekak plakla.. : p

kawen - next!

bogel - eh serius ke kak? siuman ke tak org tu? tapi macam artis la plak eh..la la la la la

perak - haa tu la pasal kan? well.. : p

hanisakura said...

ehehehhe..ader stalker la plak.. stalk la org tu balik. tanye die biler nak letak? dah buat ker blum? touch up cantek2 sket ye.. n etc, etc, etc.. kasik die rase, best ker org dok nyibuk 24 jam >:) hahaha.. bosan la layan stalker nih..

Masy said...

rya,

JB - takde plk rasa goreng. betoi ni

leher - setakat ni lom sangkot lg ehheh

kawen - ok ok

bogel - betoi la. tp tataulah dia serius ke tak.

perak - haa perasan pon hihi

hanisakura,
eleh bkn best pon nk stalk org giler. tak mencabar minda. bdebar2 nk tunggu gambar bogel ai ni wakakakakkakakakakka

meera said...

agak2 bley abis ke pil sebotol tu?

Masy said...

kak maya,
isk mestilah boleh. tu stok 3 bulan tuh. hehe

achik said...

pasni mesti ramai yg sesat kat sini bila gugel perkataan BOGEL.. hahaha..

oh2 apa ke saiko org yg ugut akak tu.. sakit otak betul!!!


si dol tu pun cam dah maleh nak amik tau.. x sabar nak bersara kot.. boleh gi sambung joneymoon ngan bini dia.. haih..

achik said...

pembetulan..

*honeymoon*

;p

Masy said...

achik,
sesak laa trafik ke blog akak pasni wakakakaka!!!

betoi la. akak rasa aritu dia x smpt kot nk hanimun kan?

Mya said...

tumpang wish kat sini.. selamat pengantin baru chika.. :)

acik ila said...

hi masy.. everytime dtg blog masy.. mesti kena catch up a lot of thing.. macam best je masy kat tasik kenyir tu..

arianna adrizal said...

tingin gak nk tgk gambar bogel tp pakai tudung. muahahhahhahahha~

Masy said...

kak mya,
mekasih *sipu2* hahahaha

kak ila,
tu laaa sape soh dtg lambat2 hehehhe

anne,
jgn kata en, akak lg teruja nk tgk. dah laaa gmbr pandangan sisi je pulak tu. mesti challenging abes nk wat gmbr tu hahahahhahah!~

ad3ck said...

ehehehe minat betol cerita pasal bogel tuh. sungguh sensasi.

err jgn salah paham plak!! ;p.

Mak Su said...

ucapan selamat pengantin baru jugak buat Chika :)

besaunyer ubat... kerat 18 ler nak makan.

Masy said...

ad3ck,
mmg sajeee laa tu nk kene luku haha

maksu,
:)

malas la nk kerat2. sy telan je terus ehehe

Mr PenyuBiru said...

wah! jika gambar superimpose ko tersebar luas nnt, tentu ko akan jadik blog-selebriti paling hot. err..itupun kalu muka ko dimpose ngan body yg cantik aa.hik3..

Masy said...

penyu,
huahahahahaha means ko bakal mmpunyai mmber pornstar nanti. harap2 dia tampal muka aku dgn badan yg cun2 dan putih. aku tgh imejin badan bogel paler pakai tudung. hahaahhahahah!!~

Jard The Great said...

waaa... kak pegi jugak ek??? hehehe..

Anonymous said...

uikhh....ape diskas nih...B*g*l togel semua kuar nih...uhuhuh..patutla rase panass jer arini...erm..
*tgh tunggu tuan punya blog nih nk wt pengumuman mcm blog chika ;)
****Z

Masy said...

jard,
ha'ah pegi. ko pegi x?

kurzz,
tu laa eh. sy pon rasa panas gak. ehehehehe. aa pengumuman eh... takpe2 kasik org yg lebih tua dulu *sambil pandang kurzz* huahahahahah~

en_me said...

hi akak masy tewww.. arini friday the 13th.. ati2 dijlnraya.. salamms dr me dikejauhannnns..

Masy said...

en_me,
aiyooooo tu sume karot jee... kite org Islam marilah berpegang pada agama kita heheh~

Ungku Nor said...

akak tak sabau nak tengok gambau super impose tu jer..;p

13may said...

http://13maysakitkepala.blogspot.com/2009/02/111.html

Masy said...

kak ungku,
klu x sabau, pekata akak buat satu hahahaha

13may,
worait2

NONIE AZIZ said...

teringat aku dulu kena makan vitamin B complex, C, E apa kejadah lagi samapi akak tak yah makan nasi sebab dah kenyang makan vitamin...

Masy said...

kak nonie,
bole kenyang eh mkn vitamin? camni leh kurus ni heheh