Wednesday, March 18, 2009

375: Sebenarnya apa?


Susulan entry 373 aku hari tu, ramai yang tertanya-tanya. Dan tak kurang yang bertanya terus pada aku - personaly - apa yang berlaku? Berbeza dengan keadaan sebelum ini yang mana biasanya aku tidak keberatan untuk bercerita, tapi kali ini aku memilih untuk mendiamkan saja. Bila tidak terjawab, maka ada antara anda yang mengeluarkan stetmen "baik tak payah tulis kat blog kalau taknak cite". Aku senyum saja. Dan aku tak marah, sebab aku meletakkan diri aku di tempat anda. Mungkin aku pon akan cakap benda yang sama.

Dalam hidup aku, rasanya belum ada sesiapapun yang tahu seluruhnya cerita tentang aku. Semuanya. Segalanya. Sebab aku jarang menjadikan hanya seorang kawan aku sebagai tempat bercerita. Mungkin sesetengah cerita aku selesa meluahkan pada kawan A, dan bila perkara lain aku senang berkongsi dengan kawan B. Tetapi rasanya belum lagi terjadi, kawan A dan kawan B mengetahui kedua-dua cerita. Jarang.

Kalau kau mahu tahu seluruhnya tentang aku, rasanya kenalah dikumpulkan semua kawan-kawan aku dan bolehlah bertukar-tukar cerita. Heh.

Bukan kerana aku tak percaya. Cuma aku melihat kesesuaian. Kau pun tentu frust kalau kau bercerita tentang hati dan perasaan pada orang yang selalu mendahulukan hal dia je berbanding mendengar cerita kita. Itu contohlah.

Apa yang tersirat di balik entry 373 itu akan jadi begitu sajalah. Bukan masalah pun sebenarnya. Cuma hati aku masih belum berhenti rasa terkilan. Dan belum mampu lagi berhenti dari menangis kalau sesekali aku teringat. Aku sekadar terkilan, tak membenci pun. Aku masih boleh bertahan kalau hanya aku yang dipersoalkan, tapi...

Aku menangis bukan kerana kasihankan aku.
Aku menangis mengenangkan kekurangan aku yang tak mampu berbuat apa-apa.
Aku menangis memikirkan keadaan aku yang tak mampu membela nasib dia.
Aku menangis memikirkan pandangan orang terhadap dia. Sangat² tak adil.
Dan aku menangis setiap kali memikirkan semua tu.
Bukan setakat lemah, tak berdaya. Memang aku tak mampu berbuat apa-apa.
Perasaan kasih sayang ni satu sen pun tak dapat merubah pandangan orang terhadap dia.
Betul-betul aku rasa tak berguna. Langsung tak ada nilai.

Memandangkan aku terkesan ada yang kurang senang, dan setelah difikir-fikirkan.. Aku rasa selepas ini aku akan cuba meminimakan cerita-cerita sedih. Bukan kerana tak sedih sebab aku pun tak yakin di masa akan datang aku boleh bergembira 24-7.

Daripada menimbulkan kemarahan orang atas keengganan aku berkongsi, rasanya lebih baik begitu. Ni bukan merajuk tau. Bukan. Aku memikirkan kebenaran kata-kata tu. Untuk apa menulis dan membiarkan tanda tanya. Macam nak cari publisiti pulak - macamlah artis :p

Akan datang. Aku dah tak boleh lagi meluahkan kesedihan pada mak. Pada abang-abang aku. Dan pada kawan-kawan aku juga. Pada blog pun. Belajarlah menghadapi sendirian. Mungkin aku perlu menulis diari kembali.

Kembali mencari yang ditinggalkan lama dulu.

# sebenarnya aku teringin benar untuk bercerita. tapi terasa besar halangannya. dari hati.
:astig:

24 comments:

Mya said...

kadang2 ada perkara kita perlu simpan saja terus di dalam hati. disimpan tak bermakna dikuburkan.

selamat pagi rabu baby! :)

Mr PenyuBiru said...

alaa.. kalu taknak citer, janganlah bagitau taknak citer,lagi la orang nak tau pasal citer tu. so, dah terlanjur ko cakap tanak citer tu, citer je la. ko nak citer pasal kambing tu gigit ko kan masa bagi makan kat kambing tu kan?kan? hehe..

Masy said...

kak mya,
betul tuh! :)

selamat pagi rabu gak kak. sejuuukkkk~

penyu,
bkn aku yg bg makan laa.. tuan dia le bg makan.. aku berani usap2 idong dia je huehehehhe

achik said...

bak kata ada sorang blogger ni "baca je apa yang ditulis, jangan la sibuk2 nak tanya/korek info lelebih.. ada benda yg mmg nak dikongsi tapi ada yang untuk disimpan utk diri sendiri.."

yela kdg2 tanya tu sbg tanda ambil berat.. tapi jgn la sampai ala2 bzbodi plak kan.. ekeke.. ;p

take care kak masy.. bila la kita mau deting yea.. [statement pelsu bak kata kak ungku].. ;p

Masy said...

achik,
hehehehehhe yelah tp memasing pun ade pandangan sendiri.. :)

eleehhh sudah laaaa.... deting konon :p mmh janji pelesu (padahal akak pun same je hahahahah)

Qas said...

ha. bila tu nak berkumpul tukar2 cite? :D

Masy said...

qas,
nk kumpul2 dgn sape?? :p

NONIE AZIZ said...

Bagi akak terpulang...kalau rasa nak cerita...cerita...kalau nak simpan pun terpulang...macam akak kalau rasa tak perlu di kongsi dgn orang lain...baik simpan jer...bagi akak tak salah meluahkan perasaan sedih sekurang2 apa yg terbeban kat dlm hati diluahkan utk meredakan perasaan sedih tu..punca apa yg buat masy sedih tu kalau masy rasa tak perlu diceritakan it's up 2 u...bak kata orang diam lebih baik...apapun

Semoga masy dapat melupakan kesedihan yang melanda...

Masy said...

kak nonie,
ermm... tp mebi ade silap sy kot.. sbb bile kite dah start bukak cite, mmg ler org nk tau ape sebenarnya. takpe2 pasni x buat lg :)

insyaallah.. mekasih kak :)

Sierrauniform said...

aku pon tak tau aku ni golongan kawan A ke B ke X ke W ke ke ke..biasalah kalo nak citer benda sedih ni 100 entry pon takkan habis kan..

meh aku citer sdih aku lak, mesti ko taubat terus tak mau sedeh2..hehehe, i gurau:P

Monkey D Luffy said...

aku pun biasa simpan... asalkan tak mudarat... :)

Masy said...

rembo,
ko mmber Type R laa hahahaah (R = Rembo) :D

meh sini aku dgr cite sedih ko. mmg patut btaubat ler aku ni hehehe~

monkey,
bole kot kan? :) yakin boleh rakan muda!

Manje said...

kalau manje kan...
manje tulis jer kat blog untuk lepaskan geram... takmo ar simpan2.

Masy said...

kuncop manje,
klu lepas geram mmg kat bloglah tmptnye hehehe

RaFFLeSiA MeRaH said...

jgn simpan lame sgt yer...nanti meletup yg susah tuuu, dgn blog2 pun kena letup...huhuhu....

Masy said...

kak RM,
hehehhe insyaallah x :)

noorlara said...

cerita ngan manusia ada risikonye cerita jek ngan pokok ke kucinke macam hakak buat dah tentu rahsia tu akan terkubur ngan mereka. Diaripun ok tapi zaman le ni ramai yg tak menghormati privacy. diari kite pun dah ade yg gatal nak baca, tak reti bahasa....

Masy said...

kak noor,
aii betul jugek ek kak. sy slalu cite dgn pintu toilet hihihih

kadok said...

kadang2..ada benda tu lagi elok disimpan sahaja..sungguh.

tp apa pun..semoga masy ok2 aje..:)

Masy said...

kadok,
ermm setuju :)

mekasih yaaa :)

kueh bakar said...

something is better left unsaid...

Masy said...

kueh bakar,
yup.. betul tu..

Marjina said...

alah..pedulikan laa apa org nk kata..
blog akak, akak tulis laa apa akak suka..pesen lagu mana akak nak..

kadang2...ada benda kita nak menulis dlm kekaburan..sbb kita bukan nak bercerita tp nak meluah rasa..

mmg byk manusia xkn paham..sbb alang dah ckp..jgn ckp sekerat2...buat org curious je..

tp kadang2, saya hrp "orang-orang" tu paham..ada masa, dengan bercerita akan buat seseorg tu lagi sedey..dan sbg kawan, xsalah kan kalau kita hormati pendirian dia..dengan cara, biar saja dia meluah tanpa perlu dia cerita semua.. :)

Masy said...

marjina,
ermmm betul gak kan.. tgklah mcmana.. klu bole akak takmo la org ckp akak ni cam saje2 nk tarik phatian org lain dgn wat camtu.. tp nmpknye ada pon org faham ;)

thankssss :)