Monday, March 30, 2009

380: Please Pray~

Aku ada satu cerita yang sepatutnya didahulukan daripada mana² cerita yang happy dalam entry² sebelum ni sejak aku balik dari Ganu aritu. Aku harapkan ia akan jadi lebih baik, tapi kehendak manusia memang jarang akan dipenuhi sepenuh-penuhnya.

Awal bulan aritu, Kak Ina dah pun selamat melahirkan anak sulung yang ditunggu² sejak tahun 2006 tuh. Cuma masalahnya anaknya lahir tak cukup bulan, dan dia terpaksa di'gunting' (arrkk pengsan pengsan). Aku tak sangka pun yang akan ada keadaan sukar lepas tu huhu. Khabarnya anak dia tak sampai 1 kg pun - adehh keciknye. Huhu~ Dan semalam aku diberitahu yang usus anaknya bocor pulak. Kesiannyeee baby.. huhuhu. Kemungkinan besar dia akan dibawa ke HKL hari ni jika keadaan dia dah stabil (baby baru baik demam kuning).

Sejak aku dapat berita kelahiran anak Kak Ina sampailah sekarang, aku still tak berani nak call dia. Bukan sebab aku tak peduli, atau terlampau sibuk sangat sampaikan takde masa langsung nak angkat telefon dan telefon dia. Bukan. Aku sebenarnya tak sanggup nak dengar Kak Ina menangis dalam telefon :( Serius, aku takde kekuatan macam tu.

Dalam hal-hal yang menyedihkan kawan-kawan aku, aku percaya ramai yang akan melihat aku sebagai manusia takde perasaan. Mungkin sebab aku nampak macam tak kisah. Tapi dalam hati, aku pun tak tahu nak cakap camne.

Aku cuma berani SMS Kak Ina. Dan aku mintak maaf sangat-sangat pada dia atas kelemahan aku yang satu ni.

org x brani lg nk call akak, org takot nanti org nangis bile akak nanges - camne org nk bg akak semangat klu dh mcm tu :( Sambil menaip SMS tu pun airmata aku dah bergenang. Aku kesalkan sungguh kegagalan aku menyiapkan diri untuk bersama-sama berkongsi kesedihan dengan dia. Mak aku kata aku kedekut kasih sayang. Ntahlah betul ke tak, tapi kalau dah mak aku cakap camtu - betul kot? Ntah.

Sebab tu aku segan, malu kalau ada kawan-kawan aku yang anggap aku bestfriend dorang. Aku ni manusia yang terlalu banyak kekurangan, banyak kelemahan sampaikan satu masa nanti, semua kekurangan ni akan menyebabkan kawan-kawan aku terasa hati dengan sikap aku yang nampak macam tak peduli. Tapi jauh di dalam hati aku, aku sebenarnya percaya bahawa aku ni masih lagi manusia yang punya jiwa dan perasaan. Cuma mungkin aku tak pandai nak tunjukkan yang aku peduli, dan tak berani tunjukkan kerana memang aku pengecut (?). Ntah.

akak baca msg Mas ni pun dh nanges. See? Teruknya aku - yang berani menemani hanya pada waktu senang, tapi menyorok² dan hanya mampu memandang dari jauh masa dia kesedihan. Kalaulah ini dosa, moga Dia ampunkanlah aku. Aku memang tak mampu.

Kawan-kawan,

kata orang, doa manusia kalau diulang-ulang insyaAllah akan dimakbulkan. Doa daripada 40 orang manusia katanya lebih mujarab. Aku tak pasti, adakah orang yang membaca blog aku ni seramai 40 orang? Tak pasti. Tapi aku mohon, selepas anda semua membaca entry ni, sama-samalah kita berdoa agar anak Kak Ina selamat hendaknya (nama anak dia pun aku tak berani nak tanye, teruk kan aku ni huhu). Sebagai salah seorang kawan dia, aku tau bermacam-macam kesedihan yang dia lalui. Penyakit ayahnya pun belum sembuh lagi, sekarang anak pulak. Selama ni pun aku hanya mampu mendengar cerita dia dan bercakap benda² yang aku rasakan wajar.

Tapi sekarang, aku hanya mahukan doa² kita semua untuk membantu dia. InsyaAllah.. moga Allah perkenankan hajat yang satu ni... Amin..~

37 comments:

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

Amin. amin, amin. Semoga baby Ina diberikan kesihatan dan dirakmatiNya.

arianna adrizal said...

amin~

Masy said...

kak zal, anne,
amiiinnnn~ tengkiuu :)

Rozita said...

dugaan tu datang dari allah utk menguji kita..sabar lah ye..
kita sama2 berdoa demi kebaikkan semua..ibu & anak..

p/s..muka korang hampir serupa..kat gambar atas tu :)

achik said...

moga baby cepat sembuh..
moga dipermudahkan semuanya..
insya-Allah..

Masy said...

kak rozita,
tu lah.. tp kita ni mampu menyabarkan, org yg mengadap tu jelah yg tau camne perasaan dia kan.. huhu

p/s: heheh ramai gak yg ckp camtu :)

achik,
insyaAllah... moga2 Allah perkenankan.. amiinn...~

HEMY said...

susahnya cabaran tu...tp ni sebab anak dia bila ALlah tanya 'kau betul mahu ke dunia'..anak tu sanggup dan jawab ya..walaupn mcm tu...

semoga tabah la Kak Ina. Nauzubillah jgn kena kat aku..aku ni tak tau tabah mana ntah

Masy said...

anul,
itu laaa kan.. aku pon tatau laa klu aku yg kene camni, huhuhhu.

Acai said...

Subhanallah, besarnya dugaan kak ina tu..smoga beliau tabah hadapi dugaan ni..kita yang bercakap ni kekadang lebih mudah berbanding org yg mengalamaninya..doa sy mengiringi kak ina..amin..salam buat kak ina kak ye..

kad0k. said...

semoga ina tu tetap tabah ye..ujian dari tuhan tu..kesian baby..

Masy said...

acai,
mmg besar dan byk pulak tu dugaan utk dia :( akak kesian btl kt dia, n kadang2 smpi kelu lidah x tau nk ckp ape lg utk tenangkan ati dia :(

amiiinn amiinn... thanks acai..~

kadok,
harap2 camtulah bro.. sama2 kesian. dia pun dlm pantang lg tu huhuh

NONIE AZIZ said...

harap ina kuat menghadapi dugaan dari-Nya. semoga baby sihat dan selamat. Amin.

rya said...

doa sy utk kakak ina itu & babynya..

Masy said...

kak nonie & rya,
amin... moga2 dimakbulkan doa kita semua, insyaAllah... mekasih ye.. :)

Purpleheart said...

Semoga anaknya itu diberi peluang untuk hidup dengan sihat seperti bayi yang lain.. amiin

Monkey D Luffy said...

Semoga Baby selamat

Masy said...

kak PH, kapten,
insyaAllah.. amiiinn... mekasih sbb sama2 mendoakan :)

kakLuna said...

ye lah..akak pun ada pkran cam tu gak..akak sedar, sms tak cukup utk menenangkan perasaan org tu. kita kene berada di sisi dan menyokong apa juga keperluannya.

kalo tak mampu...pd akak, sms pun x perlu...sbb ia mmg tak membantu..jd akak akan cuba buat sesuatu yg lebih dr sms.

baru la namanya teman sama susah sama menangis.

Mak Su said...

maksu paham perasaan ko, maksu pun selalu rasa mcm tak boleh nak menyumbangkan perasaan bila orang dilanda kesedihan, sebab takut diri sendiri tak terkawal.

jgn risau pasal anak tu, anak buah maksu pun ada juga yg lahir tak cukup bulan, insyallah OK. dun worry.

maksu doakan kakina dan anaknya sihat sejahtera :), aminnn

aNIe said...

Sian Ina...takpelah Masy...marilah sama2 kita doakan agar kedua-dua ibu dan anak akan baik sepenuhnya...

Doa ikhlas dari akak buat Ina dan anaknya...tabahkanlah hatinya...semoga ALLAH memperkenankan doa kita semua...Amin

Sierrauniform said...

kasihan dia, semoga dia sabar, Allah sedang menguji dia dan keluarganya.

Masy said...

kak luna,
mmg org rasa ape yg org sms tu sbnrnye xde mende.. tp yelah.. huhuh

org x pandai mende2 ni :(

maksu,
takut kita x tkawal satu hal, takut kita tsalah cakap - nk ckp lain, sekali dia tsalah paham ke..huhuuh

insyaallah.. amiiinn amiinnn~ mekasih maksu :)

kak anie,
org pon harap camtulah kak.. sian dia. dlm pantang ni pon katanya x mcm pantang. x selera makan, susah hati..

amiinnn...~ mekasih kak anie.. :)

rembo,
mmg sian kan? dah lama mharap dpt anak skali diduga mcm ni.. aku pon harap2 dia sabar.. huhuhu

Jard The Great said...

kak.... mmg susah nak buat reaksi muka yg sama2 susah.. huhuhu..

ad3ck said...

err klu sy kat tmpt akak pong mgkn akan buat sedemikian.

Mr PenyuBiru said...

err klu sy kat tmpt akak pong mgkn akan buat sedemikian.

tetiba aku rasa geli biler panggil ko akak.haha

Masy said...

jard,
huhuhu mmg susah.. nak2 pulak jenis yg keras ati cam akak ni huhu :(

ad3ck,
kire bolelah kot? huhu

penyu,
sadap u! haha

Semut Api said...

Salam Mas,

Amin...Anak yang lahir mampu menjadi sumber kekuatannya kalau bukan dari teman2 sekalipun..

Mya said...

semoga ina tabah menghadapi dugaan nie. dan semoga baby cepat sembuh. amin.

Masy said...

salam semut api,
amiinn... mmg itulah harapan sume yg mengenali dia. moga2 Allah perkenankan doa kita semua, insyaAllah~

kak mya,
org pon harap camtu gak kak.. amin.. mekasih kak~ :)

Ms Minnie said...

amin..

acik ila said...

Semoga baby Ina akan cepat sembuh.. InsyaAllahhh..

p/s:- best ke Tomok nyanyi sampai dapat imuniti? :D

suara said...

Salam Masy...

Kak su pun sama macam masy, ada ketika hanya hati yang berbicara, berdoa dan berkata-kata, tapi tak terluah. Rasa peduli yg tak mampu ditunjukkan, mmg kelemahan kak su juga.

Buat Ina, banyakkan berdoa dgn menyebut asma Allah. Kerana sesungguhnya Allah akan makbulkan doa hambaNya yang selalu menyeru 99 namaNya. Tulus dari hati, kak su doakan agar Allah berikan kekuatan pada Ina dan baby untuk menempuh dugaan ini.

noorlara said...

takut mendengar tangisan, tak tahu macamana nak menghadapi, nak memujuk, cuba sekali. Perasaan berani adalah anjakan dari rasa takut.
Semoga baby tu selamat

Uncle Lee said...

She's beautiful! Lee.

flush said...

moga yg terbaik berlaku keatas kak ini.. tiap satu perkara itu ada hikmahnya walau pahit utk ditelan..

ps: aku tak pernah sampai spore lagi..

Masy said...

minnie,
amin gak~

acik ila,
harap2 mcm tu lah kak.. tp doktor kata anak dia tenat :(

p/s: best laaaa... hohohooh

salam kak su,
kita serupa ye.. huhuh

mekasih utk doa kak su.. moga dimakbulkanNya, insyaAllah..

kak noor,
oleh kerana keadaan kritikal, sy mmg x berani kak. huhuhu~ mekasih utk doa..~

uncle lee,
yup! :)

flush,
aku pon doa2 mcm tulah..sian sgt kat dia. huhuhu

p/s: aku baru je masuk thailand kelmarin hihihi~

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!