Friday, April 24, 2009

389: Jawapan Kasih a.k.a Menjawab Taggies

Salam sume..

Tak tau nak apdet ape. Pehtu kebetulan pulak kakak-kakakku ini iaitu Kak Mya n Kak Tips sudah mengetag haku. Sibbaik le pulak tagnye same je. Yaa semudah ABC jelah kan hohehohe (pastu rasa cam ade utang satu tag dengan Kak Mya tapi tatau apekah. wat² lupe je bole kot, kak? hehe)

Tag yang bermotifkan history of blogging gitu kot. Jawab jelah.


Nyatakan usia blog baby.

Start berblog tahun 2005. Insyaallah bulan Ogos ni, genaplah 4 tahun umor blog baby ni. Takde sape nak anjurkan parti loba-loba ke?



Terangkan kenapa baby berblogging


- kene terangkan ke?



- ok la.. sebab utama masa tu adalah semata-mata sebab aku nak menulis. aku suka, tapi aku tak berani nak hantar kat mana-mana publication untuk dipublishkan (errr.. ekcely penah la sekali dua hantar tapi macam takdok respon - so aku terpikir, mebi tulisan aku belum cukup bagus untuk disiarkan).

- kendian kawanku, Pak Bear bukak blog. beliau adalah kawan aku since sekolah menengah - walaupon kitorang bukan satu skolah, tapi memang kamceng semacam ah - sebab tu aku tak pernah delete link dia walaupon dah berkurun lama dia tak apdet blog. dan dialah orang pertama yang racon aku untuk bukak blog. pastu bile start melepak di blog Deanz (ini link lama eh) dan dapat kawan² yang rajin merachon aku untuk berblog, setelah ku pertimbangkan, maka...

tada!


inilah dia blog aku yang korang tengah baca ni. suke tak? ;)


Nyatakan blog pertama yang baby baca

mebi blog Pak Bearlah kot. ntahlah, tak pasti. hehehe



Letakkan entry pertama blog baby

Gi korek sendiri takleh ke? Pemalas betoi arr.. Hah amek ni, ku tepekkan semula (sambil tutup muka tanda blushing)

Inilah dia.

Dia – kawan aku
Aku – kawan dia jugak

Dia – lelaki

Aku – perempuan (kiut..!haha)
Dia dan aku – kawan lama

Usia persahabatan – hampir 18 tahun


Kisahnya…


Beberapa tahun lepas, dia berkata; kalau aku meminang kau, mesti mak ayah kau suka.
Beberapa saat lepas itu, aku menjawab; kalau kau meminang, kita berkawan setakat ni je.

End of conversation.

Beberapa tahun lepas perbualan itu, dia berkata lagi; aku pernah sangat2 sukakan kau, dan aku yakin kau pun sukakan aku waktu itu.

Beberapa ketika lepas itu, aku berkata; maaf, aku tak pernah ada hati dengan kau,
you are too confident.
Tak puas hati, dia bertanya; kenapa? Kita serasi, bisa berbual berjam-jam tanpa jemu.
Demi memuas
kan hati, aku menjawab; ya, kita serasi, sebagai kawan, SAHAJA.

End of conversation, again.

Beberapa minggu lepas, dia berbicara dalam wadah yang bisu; kita akan buat kad kahwin sama-sama, jangan lupa!
Sedetik itu juga, aku membalas; dahlah, aku nak tido!

Seketika kemudian, telefon berbunyi.


"Janganlah marah”
"Aku tak marah"
"Jangan marah"

"Aku tak marah. Ta
pi aku dah kata, jangan sebut pasal ni lagi. Aku tak suka."
"Aku minta maaf”

"
It’s okay"

End of conversation, again?


Hujung minggu lalu, dia bicara lagi; kau free tak hari ni?
Aku membalas sekali; aku kat Melaka.

Senyap.

Dalam hati aku; ARGGHHH….!!


Aku menghargai perasaan orang lain terhadap aku. Sangat-sangat. Benar-benar. Tapi jangan memaksa, jangan mendesak. Aku tak suka. Sangat-sangat. Benar-benar. Aku tak memaksa orang melupakan perasaan mereka terhadap aku, kerana aku sendiri sedar, bukan mudah melupakan rasa manis menyayangi insan yang hadirnya walau hanya sekadar suara, tetapi mampu menyegarkan hari-hari murung. Tapi jangan mendesak aku hingga sesak aku dibuatnya, serba-salah tingkah aku rasanya, jangan. Kerana aku sendiri tidak pernah mendesak orang lain menerima luahan naluriku. Aku bimbang, aku, kau – kita sebenarnya – tidak akan serasi lagi, walaupun hanya sekadar kawan, natijah desakan dan paksaan yang membabi buta.

When will this kind of conversation end? *sigh*

Entry pertama yang ada 22 komen. ok laa tu :)


Huraikan entry tersebut

Nak huraian laa pulak. Huraikan sendirik takleh? Hahaha.. Yelah²~
Entry yang 100% meng'hilite'kan sebab utama aku membukak blog. See. Langsung takde sesi pengenalan diri berbagai-bagai. Stret to da point je.


Letakkan satu pic yang baby paling suka dalam blog nih!

Aku suke semua pic dalam blog aku. No offense k :D Ok laaa aku ubuh satu. Tapi sebenarnya aku suke semua. Tapi dah kata kene ubuh satu, aku ubuh la satu.

Ni hah.

Oleh kerana takde soklan kenapa aku suke pic ni, so kita proceed jelah kat soklan seterusnya.

Harapan baby

Moga duit kat Nuffnang tu cepat²lah meningkat. Asek² RM31.50 je. Leceh arr camni. Orang len ku tengok bukan main lebat lagi income Nuffnang. Huh!~



Pas tag nih kepada sesapa yang baby nak.

Takde limit kan? So.. sila jawab ye wahai...



Lepas jawab tag, sile bagitau kenapa suka / tak suke masuk blog baby ni. Ini adalah arahan! Hahaahahhahaah. Sekian~
:devilishgrin:

# pagi ni tataulah kenapa jem semacam. setengah jam masa aku terbuang kat area rumah aku je. cerempet betul. huhu.

23 comments:

Jard The Great said...

aku suka masuk blog baby sbb penggunaan bahasa melayu kak mmg besh.. aku kagum.. aku nak try pelajari..hahaha...

then tulisan akak jujur.. =p =p

Jard The Great said...

yeah 1st!

Rya said...

oit!
tag secara berjemaah!
takde paksaan kan?
; p

Masy said...

jard,
oh benarkah begitu?? ai malu tp tengkiu. jgn lupe buat tag ni hah! ahhahhahaha

rya,
lalalalala
klu nak paksa gak, amacam? ;)

Qas said...

baby

wajibalghunnah ke buat tag????

:D

nanti ai buat ye. ade juga yang sudi mengetag

ygbenar
babylagitiutmiut :D

Mya said...

nuffnang baby 31.50? tak percaya arh!

Masy said...

qas,
wajib wajiiiiibbbbbbbb

kak mya,
betul kak.. watpe nk tipu huhuhuuhuhh :((

aNoi said...

huwaaaaaaaaaaaaaaaa


kena tagg jugakkkkkkkkkkkkkkkkk

Anak Pendang Sekeluarga said...

salam.....saya x de kt list tu...<_>

eL said...

perghh habis semua orang ko tag. 1st entry sampai 22 komen? gila hebattt. ko gi bisik kat dorang eh ko wat blog? hehe

Masy said...

aNoi,
hahahahahah buat jgn x buatttt :D

APS,
sy tag awk jugeklah tau. nanti sy masukkan dlm list kat tepi tu hehehe

eL,
masa tu aku dah ade geng2 blog so dorg ade masuklah :) tp mmg pon aku bisik2. lps tu nyesal sbb bisik2 kat mmber2 pehtu nk meroyan kene kaber hahahahhaha

izman said...

salam singgah. nak belajor dari org dah lama blogging

NONIE AZIZ said...

masy: aci ke tag ramai-ramai macamni...hahaha..apapun akak suka baca gaya masy punya penulisan..org kata berjiwa...awwwhhhh...akak suka jiwa2 ni...

Masy said...

salam izman,
errr sy taklah lama sgt... baru nk masuk 4 thn.. tp klu rasa bole bljr pape dlm ni, takde hal :)

kak nonie,
aci kata ok je hahahahaa. huhuhu sy mmg jiwang orgnye hahahahha mekasih kak :) jgn lupe jawab tau!!~

tipahvogue said...

humang aih, ramainya dia tag!! bagus2, sila amalkan slalu!! ahakssssss

Uncle Lee said...

Hello Masy, just dropped by say hello. Have a great weekend, Lee.

zino said...

blog anak (angkat)sendiri.. mesti lah suka masuk.. nak tau dia happy ke sihat ke.. apa apa ke.... hehe..

tapi nak jawab yag tu... susah la sikit.. hehe

acik ila said...

babyyy??? arrghhh... awat hang pi tag semua org kat list tu masy??? hermmmm.. ntah tahun bila akak nak menjawab soklan2 tag tu.. dah tu soklan tu tanya baby lak tuh.. aarrrggghhhh...

btw.. akak kalau ada masa suka masuk blog masy nie.. best gak follow citer2 masy nie.. x boring gitu :D..

Masy said...

kak tipah,
fair n square gtu hahahhahaha

uncle lee,
hello uncle.. good day to you :)

abah angkatku zino,
heheheeheh kene le amek tau ye tak :)

alaaaa bile2 senang nanti buatlah ye ;)

acik ila,
ahahahah sbb malas nk pk nk pilih sape, sy tag laa sume org hahahahha mane de tanye saye.. pkataan 'baby' tu akak tukar le jadik 'aku'. kan dah jadik tag akak tu heheh

yeayyyy klu suke ai pun suke hihihi thanks kak :)

HEMY said...

caish..ramai nya ko tag..ptut aku tak terpandang nama aku...ehehehe..maaf..ko tak guna nama blog..lambat skit la aku buat..ahahaha

Masy said...

anul,
macam2 alasan laa ko ahahaahahh. buat jgn x buattt

Shifa said...

sebbaik x kena tag sebab selalu jd silent reader jek.. hikhik..

Masy said...

shifa,
ooooo cengelat ehhhhh :p tp thanks :)