Wednesday, June 03, 2009

404: sebenarnya kalau kau asyik fikir negatif, memang sentiasa akan negatiflah jawabnya

Dah pertengahan tahun. Hidup aku masih lagi macam ni.


Banyak aura negatif berlegar-legar di sekeliling aku sekarang. Sesekali aku juga terjerumus sama menegatifkan keadaan. Dan selebihnya aku cuba berdiam, cuba untuk tidak mengeruhkan suasana. Cuba untuk tidak memihak mana-mana. Bukan kerana aku tiada pendirian. Kerana inilah pendirian aku.

Mudah kita mencari salah dan silap orang. Seperti mudahnya kita meluruskan telunjuk ke muka orang juga. Sayangnya yang menuding itu terlupa - atau sengaja terlupa - satu masa dulu, dia pun pernah berada di situ. Malah sebenarnya masih lagi di situ. Yang dibahaskan tiada yang relevan (bagi aku - at least tidak semuanya relevan). Andai kau kata dia kurang di situ, adakah kau punya kelebihan di situ?

Kau pun sama macam dia. Atau sebenarnya lebih teruk.

Terpulanglah. Kau, dia, mereka - semua ada pendapat dan ketidakpuasan hati masing-masing. Aku juga ada. Tapi inilah pendirian aku buat masa sekarang. Kerana ini adalah terbaik. Untuk aku, biarlah aku cuba perbetulkan apa yang silap pada diri aku (atau sekurang-kurangnya aku berfikir begitu). Kalau kau mahu aku bantu untuk membetulkan, boleh saja.

Tapi, bolehkah terima?


:yawn: aku ngantuk lagi laaaaa.. malam tadi giler banyak nyamuk. dah la panas. mungkin dah tiba masanya aku gunting rambot kot. saket kepala. huhu~

24 comments:

ymn said...

1st hahahaha..

1 - suka lagu don henley tu ...
2- time2 nie negatif ok .. klu positif leh kena kuarantin (hahahaha)
3 - puaskn ati diri sndri 1st .. baru pikir org lain ..

haruan tasek said...

aura negetif... kena cas dengan aura positif = normal semula

Abang Long said...

Teringat kepada kata - kata seorang perunding motivasi.


"Usahakan untuk menukar pemikiran positif kepada PEMIKIRAN MAKRUF."


Bila timbul rasa negatif, 'bercakaplah' dengan ALLAH.

Masy said...

yaman,
1. aku pon
2. ahh H1N1 laa plk ahaahh
3. betul..

haruan tasek,
ade cas positif x? ;)

abg long,
ooooooo mcm tu pulak eh....

achik said...

kalau dua dua negatif, makin lama makin menjauh sbb negatif negatif akan menolak.. so sorang kena jadi positif la baru la jadi neutral..

Jard The Great said...

gi 'ground'kan aura negatif tu.... istilah elektrik plak neh...

hehehe...

Acai said...

kak, sypun pembawa aura negatif kat ofis..sbb aircond bangunan mati, panas gile, pastu nak marah je,hahaha

Masy said...

achik,
teori magnet ni. hehehe

jard,
kuar istilah elektrik pulak dah hahaha

acai,
hahaahhhahaa kat tmpt akak ni sejuk giler. meh laaa tmpang ekon kat sini acai hehehe

@xiM said...

betol betol betol...

so pikir kan yang positif ajaa okeh..

TC

arianna adrizal said...

skrg ni sana sini mmg bnyk aura negatif. mengamok sana, mengamok sini.. hu~
teori ala2 saintis sy mengatakan sbb cuaca panas. pale otak sumer da biol.

Masy said...

@xim,
yeahh begitulah caranye :)

anne,
mebi la. sbb tu darah sume menggelegak. tp kesian laa cuaca yg disalahkan. huhu~

Mya said...

sometimes.. silent is the best.. :)

zino said...

apa kena mengena nyamuk dengan rambut.. hehe

HEMY said...

satu prinsip org yg berjaya...take responsibility instead of blaming others...

aNIe said...

Masy...jgn dilayan aura negatif tu..keluarkan ion2 positif supaya keadaan menjadi neutral

kueh bakar said...

owhhh! berambut pendek?

Masy said...

kak mya,
yaaa. bak kata KRU - diam adalah pintar. hihi

abah angkatku zino,
ntah. hahahhahahhaha

anul,
betul2. tp biasenye ramai yg suka menyalahkan. aku pon camtu kot. kot laa hehe

kak anie,
bukan takan ion, malah proton juge terbabit same heeheh

kueh,
cadangan je.. tp tatau laa bile :D

Led said...

tingat dolu2 time nk memaham kat matematik pasal positive negative ni, dungu yg amat sampai kena buat carta hafalan...

Zareda Norman said...

Masy

Ingat satu perkara... manusia ni semua tak sama... ada negatif dan positif jugak

Jadilah diri sendiri..

noorlara said...

kita selalunya fokus kepada hal negatif yg kekadang peraturannya hanya 5 sedangkan kebaikan yg 95% dikesampingkan....susah nak ubah mentaliti masyarakat ...

Sierrauniform said...

yaa betul kak noorlara..saya setuju dengan anda..

apa yang ko negatifkan tu dol a.k.a ahmad nisfu?

debikdebuk said...

...


Ko buat rambut mcm aku...


facebook ko apa link?


..

13may said...

ada masa kita kena perlu negatif...

contohnya ujian air kencing masa interview keja...kena negatif...hehhe hehhe

masyita4180 said...

led,
aisey.. gua smpi kene hanto tuisyen baru pandai sket. hahaha

kak zar,
betui tu. dlm diri manusia ada dua2 - kene pandai kontrol br leh belen ;)

rembo,
oit aku sudin laa hahahah

debik,
ko search Masy Abd. selamat mencari :D

13may,
hahahaha betul gak!~ lg satu, klu ujian AIDS. harap2 negatif gak ;)