Friday, July 03, 2009

413 : Beijing - Day 4

Hari keempat kurang aktiviti membeli-belah - errr at least for me laa. Sebab rata-rata aku tengok, asalkan berenti je soping, asalkan soping je berenti. Banyak betoi duit dorang ni. Takde duit, swipe credit card, takde credit card swipe duit (eh?). Sibbaik aku takde credit card, kalau tak kompem terjebak sama dalam arus pershopingan (DBP harap maaf) itu.

Destinasi pertama adalah ke satu universiti (rasanyalah - ke betul? betul kot. betul3) perubatan china untuk sesi urut mengurut. Ahahaha. Silap betui laaa eh. Patutnya urut mengurut ni diletakkan semalam ataupun hari kedua, especialy lepas kitorang dah jalan macam nak tercabut ligamen kaki. Ni belum pape dah urut, motif??

Namun begitu aku suke je walaupun urut tu tak rasa menda pon, aku urut kaki aku lagi best daripada budak ni. Tapi yelah dorang kata tak berasa tu sebab dorang guna tenaga dalaman. Haaa yooolah.. :p
Rendam kaki dulu dalam air herba ape tah, kalau panas lagi sket lagi masyuk (laaa banyak komplen pulak). Air yang diorang bagi ni sedap. Cam manis-manis sket. Hehehe. Pastu baru laaa datang budak-budak ni urut. Tak tentu arah kitorang yang satu row ni panggil budak-budak pompuan, kalau tak merasa laaa lelaki urut kaki - tak seswai sangat. Aku seperti biasa kalau ade mende je nak komplen, aku cakap jelah kan (tapi tak semua la). Ku persoalkan kenapa budak ni ubuh minyak panas kat sebelah je lutut aku - sian lutut aku lagi satu dilututtirikan. Isk3. Tapi pastu dia ubuh gaklah. Hehe~

Pastu merasa laa dicheck oleh sifu-sifu sekelian. Memang agak suwey laaa row aku ni dapat nyonya yang check kitorang ni ala-ala je. At least dia ade gak laa rasa nadi aku. Ade laa sorang member aku ni lagi malang - nyonya tu pandang je tangan dia, voley gitu? Kau Clark Kent kah boleh tau orang sakit apa tanpa pegang? (Errr Clark Kent boleh check orang ke?) Sentap ok!! Aku rasa dia malas nak check sebab kitorang muda lagi kot. Mesti tak berkendak nak beli ubat dia yang super mahal tu. Aikk mana tau ni? Hahahahahah~ Walau apapun, aku bersetuju laa dengan hasil diagnosis beliau terhadap aku. Betul la tu. Huhuhuhu~

Pengembaraan diteruskan (mengembara laa sangat) ke Tea House. Aku suke. Hihihi. Di sana kitorang diajar cecara nak minum teh which is baik laa aku dok Mesia, nak minum teh kalu, togok jelah kan. Ni siap diajar cara pegang cawan cinonet tu (tapi kiut je laa caranya hehe) dan bagaimana menghayati jenis-jenis teh. Ada teh nak kene ada bunyik 'slurrrrrpppp' kekuat time minum baru betul, ada teh yang kene minum sket-sket bla bla bla. I wonder how Japanese have their tea pulak? Huuu~

Nampak tu kesungguhan di wajah baby? Gua tak main-main masa belajau okeh. Wakakakakakak~
Menjelang waktu lunch, kitorang shoot ke satu kedai germstone milik rakyat Malaysia berhampiran Stadium Sarang Burung ittew. Mengagumkan dan membanggakan kerana kami dimaklumkan bahawa dia adalah satu-satunya warga asing yang berjaya membuka perniagaan di sana (ayat skema memang takleh blah kan). Kenelah faham, China kan negara komunis. Semua perniagaan kat sana hakmilik kerajaan. So it's something laa kalau orang luar boleh bukak kedai sendiri kat sana.
Haaa layang-layang tu aku eksen je, tak beli pon. Pun tetibe ade rasa nyesal sebab tak beli. Hmmmm sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian? Sambung sendiri.

Jade tu diberikan kepada kitorang sebagai tanda penghargaan. Ekcely we managed to meet the bos himself. Hehehe. Bak kata dia, dia betul-betul rasa macam kat Mesia bila tengok orang pakai tudung. So tu yang dia tanya kitorang ni berapa orang, pastu terus panggil staff dia dan nah.. amek ko.. Jade ni memang aku dah aim masa kat kedai jade semalam tu tapi tak beli sebab mahal nau, tak madan kecik *nanges* Alhamdulillah dapat free pulak. Dan hari tu dia kasik harga murah giler-giler kat barang-barang kemas yang dia jual. Giler kau sebentuk cincin white gold dengan batu emerald ke ape tah dia jual 100 yuen je (ke 50? nanti check balik). Tapi aku tak beli la.. Dunia je tu (padahal duit dah kopak).

Lepas abis dorang soping, baru le kitorang gi lunch kat restoran milik bos tu kat bawah kedai dia tu je. Siap ade pulak dance show tapi aku tak snap gambau sebab aku lapaulah. Menari gelek-gelek lagu industan plak tu. Hahahahaahaha.

Dah kata dekat dengan stadium kan, so.. kitorang just jalan kaki menyeberang jalan ke sana. Tapi tak sampai dekat sangat pon sebab masa dak suntuk - lagipon panas giler ah ding dong ko mesti tak tahan nak jalan jauh-jauh. No wonder ramai yang tak sihat masa tu. Huhuhu. Takpelah, jauh pun jauh laa janji adoooo~

Kendian bergerak ke Masjid Nianjin - masjid yang tertua di China untuk solat zohor. Rupa parasnye lebih kurang macam Forbidden City, memang ade possiblity nak sesat kalau masuk huhuhuh. Dan mokcik-mokcik kat masjid tu pon sangatlah super mesra. Aku tak ingat kat kamera sape tapi ade laa satu pic yang kitorang amek dengan mokcik nyonya tu, beliau siap tarik kepala aku soh bersandar kat bahu dia - voley?? Hehehe. Sangat eksaitednya beliau dengan kedatangan kami. Aku rasa sebab kat sane dah takde orang-orang muda yang ke masjid. Errr sebenarnya memang pun. Ada dua tiga kerat je kat semejid tu, semuanya tua-tua renta gitu (jahat ke aku kata tua renta? huhuhu). Apa nak jadi la.. hmmmmm.

Makcik tu nomo 3 dari kiri. Hepi sangat nampaknya beliau. Siap cadangkan tempat nak posing lagi. Sweet amat! Hahaahaha~

Dari situ kitorang sambung ke acara soping-soping lagi (laaaa ade lagi?? aku ingatkan dah tamat). Takpelah. Aku pon nak cari memory card untuk kamera aku neh. Penuh sudah. Hahaahhaha~
Tengok laaa tu Kintan sampai tertonggeng-tonggeng pilih barang. Sampaikan dorang siap bagi bangku kat dia hahaahah. Kat sana aku beli ape eh.. Jam, selendang (eh ni orang belanje), fridge magnet (ni pon orang belanje - oppssss) dengan lukisan kecik (tapi ade laa orang tu kan tertinggal kat dalam bilik otel dia, da sampai kat airport baru bagitau aku, tak ke hangin satu badan hahahahahah).

Lepas tu balik dinner, dinner terakhir sebelum berangkat pulang ke Malaysia esoknya..

Bersambung lagi ;)

20 comments:

ymn said...

1st ..
hahaha

kang lunch baru baca :)

Masy said...

yaman,
hahahaah tahniah~

HEMY said...

caish...dpt jed free tu...tak adil!!!ahahahahaha

aku tgok dr update follower td..ingat ko wat test air kencing gayanya..upanya minuman obat yeeeeee

Anonymous said...

wawawa...dpt jed free gtu...beshhh bangattt....nape x beli belah kedai dia...rugiiiiiiiiiii sbb murah gila kannnn...hehe

~sofea~

Masy said...

anul,
hehehehhe

cehh ko ckp camtu tetibe aku cuak plk, ntah2 dia bg minum air kencing plk?? *choyyyy*

sofea,
kat situ batu2 tu sume dibuat barang kemas. ala kat sane mmg akan sentiasa menyesal. kadang tu rasa da dpt murah, tp ade tmpt lain lg murah. tensiiii~ ;p

achik said...

wah, dpt jed free.. seb baik x beli ek.. ekeke..

rya said...

bestnya..
agak2 semua org malaysia gi kedai dia memang dapat satu barang free ke?

Jard The Great said...

err.. kak tak beli bnyk brg pon.. hahaha...

ape la agaknye sebenier tu ek?? takkan tanah dari beijing kot?? ehehe

Mak Su said...

Wow! seronotnyer urut-urut... maksu ni last urut lepas melahirkan baby w jer

Masy said...

achik,
haaa tau takpe hahaha

rya,
haa itu akak pon x surelah. nanti rya try aa pegi ehehehe

jard,
mmg x byk pon hehe.

ade laa hehe

maksu,
urut kaki je maksu, klu urut cam maksu tu satu badan ke eh?

Mr PenyuBiru said...

fridge magnet yg ko bagi aku tu,ko dpt free gak ke.hehe..

aku pun sama cam hemy. ingatkan ko kena test ujian air kecing oleh polis CAD sane.maklumla diorang tgk korang seme excited lain macam je.hehe

Masy said...

penyu,
lalalala mane leh bgtau hahahahahaha

cehh :p takde maknenye. klu ye pon, ape kes aku nk snap gambau air kencing aku? giler kee hahahaahahah

en_me said...

sonoknyerr akak masy jalan jalannns tewww.. uhuhu

Monkey D Luffy said...

banyak sangat... nak komen apa yer

momentinlife said...

Gambar Layang2 itu sgt chomel.. =p

chii said...

meriah sungguh =p

wahh..bestnye batu jade tu..dpt free lgik ..ishk

Uncle Lee said...

Hello Masy, can see you girls really having fun in China.
And shopping must be exciting too as prices are cheap I guess.
I have yet to visit the country of my ancestors.
Maybe satu hari.
You keep well, best regards, Lee.

Masy said...

en_me,
sonok sonok hihi

kapten,
haaa pikir la sndirik hihih

chii,
best2 ;)

uncle lee,
yaaa u should!~ ;)
klu pegi nanti bgtau tau, nak kirim barang hihihi~

u too, uncle :)

Mya said...

akak gak la tak berapa nak minum chinese tea ke, japanase tea ke.. huhu...

Masy said...

kak mya,
sy bole je hehehhe