Monday, July 06, 2009

414: Beijing - Day 5; Final~

Hari kelima dan terakhir.

Sarapan terakhir. Sadis kunun² padahal dah terbayang roti canai dah hahaha. Hari ni awal sket sebab nak kene check out skalik. Kendian kitorang terus gerak menuju ke Tianjin. Walau bagaimanapun kang ade gak singgah lagi beberapa tempat.

Oleh kerana nak mengelakkan berlakunya pertembungan dengan lagi satu grup daripada Mesia (errr Melaka secara tepatnye – matilah kat obersi pon jumpe orang kampung! Huhu) di restoran nanti, tak pasal-pasal kitorang kene lunch awal daripada waktu yang sepatutnye. So aku tak mamam nasiklah, just mamam lauk je. Yaaa dah ujung-ujung ni barulah rasa jemu dengan lauk dorang. Hehehe. Alaa lagipun kenyang bekpes tadi tak abes lagi.

Dan hari tu jugek aku berkesempatan merasa satu haiwan yang dah lama aku teringin nak bela since pertemuan pertama masa gi bercuti kat Pangkor tahun 2004 dulu (wah kenangan lama gitu) iaitu...


Yaaaaa inilah soklan pertama kuiz aku huahahaa. Apekah nama menatang ni? Rupanya agak huduh dan inesen. Rasa dia pulak cam sotong kembang gitu. Not bad lah tapi aku tak lahap sangat sebab nak rasa je. Lagipun tak pedas, rasa tak menambat nafsu gitu. Hihihi. Lepas makan, kitorang spend about 10 – 15 minutes kat bawah restoran tu just amek gambar je. Hehehe.

Oleh kerana nak kene gerak Tianjin (ingat.. Tianjin – Beijing jaraknya 2 jam perjalanan ye), maka teruslah kami gerak-gerakhas ke sana. Bukan sebab gelojoh nak check in, tapi kitorang ade satu lagi tempat yang nak disinggahi sebelum ke airport. Snack Market ke ape tah nama tempat tu? Lupa sudah. Nantilah klu dah ingat aku betulkan. Wakakaakaka~


Tempat ni lebih kurang cam CM laa kalau kat Mesia. Macam tapi lain la sket. Eh macam tak kena je perbandingan ni. Macam Jonker Street kot? Haaa bolehlah. Tempat ni bolehlah digunakan sebagai tempat terakhir untuk perabih duit-duit china yang tak perlu dibawa pulang ke Mesia. Aku ade laa beli sikit (sangat) barang – sekadar nak abiskan duit yang memang dah abes pon. Huhu.


Kat sini tak sama macam Yashow Market di mana hampir semua boleh berbahasa inggeris (silap-silap cakap Melayu pon boleh). Kat sini ko jadi bisu la. Nak bargain kalu, translaternye ialah kalkulator. Hebatttttt~ Nombor-nombor juga mampu menterjemahkan suara hati ok. Tapi harganya tak laa semurah tempat-tempat sebelum ni. Stendet CM laa tu. Spend time kat sini dalam sejam setengah kot. Kendian terus shoot ke airport.

Bla bla bla. Flight kami delay setengah jam. Sempat laa aku tido dan nyaris bermimpi kat kusi menunggu tu hahaha. Mau taknye, mek tido baring siap. Ade aku kesah orang nak kutuk? Eh ade ke orang kutuk? Lantaklah. Kang yang sakit badan aku jugek, bukan orang yang menyaksikan – tak gitu? (eh emo tetibe).


Walau bagaimanapun, encik pilot telah melaksanakan tugas dengan super cemerlang kerana berjaya tiba di LCCT awal 10 menet daripada timing asal. Aku rasa memang dia guna gear 5 laa sepanjang jalan (jangan percaya). Hahahaha. Tapi flight balik ni ada macam-macam kemusykilan.

1. Sejuk giler. Gilerrrr punye sejuk. Lapisan langit ke berapa agaknya encik pilot bawa kami aritu eh? Saye takleh nak tido sangat walaupun saye pindah ke seat belakang semata-mata nak tidor baring. Sejuk laa encik. Tak rasa ke? Ke saye takleh tidor sebab orang kat seat belakang sane tu asek nak beromen je? Opssss..~

2. Aku cadang nak mamam BBQ ciken tu lagi tapi dah abes. So aku makan jelah ape yang ade. Dan order milo jugek. Kendian abang pramu kata harga semua skalik = RM4. Memula ingatkan aku yang pekak, tapi bila dapat duit belen RM46, kompem. Kompem dia..... errrr... dia salah kira ke? Tapi aku tak cakap pape sampai arini. Oooo agaknye sebab tu aku asek demam je sejak balik ni. Huhuh~

Harga nudel yang tak sedap = RM14
Harga milo instant = RM4

Anggap je dia blanje, takleh eh?

3. Masa pegi ade sorang je abang pramu (itupun diragui status abangnye). Tapi masa balik, ehek ehek ramai la pulak. Tapi tulah. Tak menggoyah iman pun. Errr kecuali abang pramu yang tanya aku beli apa sebenarnya ni sebab aku terhegeh-hegeh peluk beg kanvas yang ku jadikan hand carry. Hehehe. Dah la comey, peramah pulak. Cabut nametag tu kang baru tau *nakal tak ai* hahahahah~ Tapi kakak pramu pon ramah-ramah belake. Siap usik aku lagi – cantik topi baru – sebab aku terlupa aku sangkut mask aku tu atas kepala (bodoh sangat hahaha). Baru dapat bonus kot dorang? Hehe.

4. Ramainya orang. Pelik kejap jelah. Bila dipikirin semula, takkan laa semua orang yang naik masa flight pegi tu akan balik dengan flight yang sama. Mesti ade orang len plak yang baru naik flight aritu. So tak pelik dah. Heh.

Sampai kat umah tepat pukul 12 malam. Belek-belek gambar sampai pukul 2.35 pagi. Gedik sangat. Hahaha.

Ok tamat dah.

Soklan seterusnya..


1. Tengok betul-betul gambar kat atas neh. Ada satu perkataan yang dieja dengan salah. Sila bagitau aku apa jawapannya. Senang je ni.



2. Apekah fungsi sebenar incek bola di atas ni? Atau dalam kata lain, apekah benda ini? Clue nya.. 'elektrik'. Hehe. Manje laa ni siap ade clue berbagai :p

Haa aku bagi soklan pikir-pikir dan belek-belek je. Takde soklan fakta pun, senang kan? So sume orang yang rasa dirinya layak, sila bagi jawapan kat email SAHAJA. Jawapan kat komen dikira sebagai faul. Hahahahahaa. Tapi nak komen, komen jelah. Cuma jawapan je jangan tulis kat sini. Tapi kalau nak tulis gak, gasak koranglah (ni apekah takde pendirian ni??)

Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum entry aku yang seterusnya iaitu 8 Julai 2009. Kirenye once aku dah upload entry baru, penyertaan ditutup serta merta. Ok?

Good luck eberibodi!~

25 comments:

ymn said...

hahahaha ..

aku tau jwpnnya ...

soklan ptama ... lobster??


ehh .. 1st hahaha

Masy said...

yaman,
kene jawab sume laa klu nk join kuiz :p hahaah

momentinlife said...

kna betul semua jwpn ke??

no 1 xtau ah..
(aiseh! bajet soalan 2 & 3 betul..haha)

Masy said...

wafa,
mesti laa hehehe. tp ape2pon tgk keadaan masa tu. klu takde sorg pon betul semua, at least yg paling hampir pon bole laa eheheh

Mak Su said...

aramak, maksu lemah ler bab2 soalan ni, maklumler, otak dah tepu :(

achik said...

tgh malasa nak pikir-pikir dan belek-belek.. ;p

Masy said...

maksu,
takpe takpe ade dua hari lg nk pk lalalala~

achik,
moga2 tak malas lama laa hahahahah

Monkey D Luffy said...

ko makan landak ker?

hehe

Rozita said...

akk tak mau jwb soklan ye..

dah nak balik mesia ke?

Masy said...

kapten,
uishhh ko ni. hahahhahah

kak rozita,
sape yg dah nak balik mesia kak? sy dah balik dah ni hehehhehehe

Mya said...

nombor 2 dengan 3 rasa betul dah..
tapi nombor satu tu? bagi hint sikit la baby..

HEMY said...

soalan pertama...jawapan dia..tapir laut

soalan kedua..dia salah eja crystal..

soalan ketiga..pencukur ketiak..

Masy said...

kak mya,
hehehe ok laaa hintnye.. 'timun'. dah.. cukuppp ahahahahahha. semoga berjaya ;)

anul,
tu diaaaa hehehe

ymn said...

gamat ..?? ya ya minyak gamat diperbuat dr .. tulah jwpnnya ..

yeah .. dpt JED (mcm mana nak claim ??)

ahhahaa

Masy said...

yaman,
bagi jawapan utk ketiga2 soklan laa... ape ni jawab satu2 :p

zino said...

tak ada masa nak fikir la.. kalau tak jawab boleh dapat hadiah tak? hehe

Masy said...

abah angkatku zino,
hehehehe itu kene tgk nasib jgk, klu subinier ade belen bolelah kot hihii

HappyIrfa said...

wah..best ada contest lagi..akak pun nak wat jugaklah..tgh pk apa soklan yg patut di buat contest.

Masy said...

kak irfa,
buat best2 tau.. nak adiah perfume huahaaahha hadiah x agak2 :D

Manje aka KuncOp said...

patut ar senyap jer k.masy, rupa melencong, opsss i mean melancong ke cina rupanya....
jawapan satu.. nampak macam kway teow jer.
jawapan dua.. love tu patut eje luv [visi manje]
jawapan tiga.. tempat bara, teeheehee...

Masy said...

kuncop,
ehehehehehe

momentinlife said...

1 kali percubaan je ke?

Masy said...

wafa,
nak berkali-kali pon bole tp keputusan akhir adalah muktamad. heheh

Jard The Great said...

alaaaaaaaa.. dah tutup ke????

Masy said...

jard,
tu laaaa hahahahahhah