Monday, July 13, 2009

417: Ada Apa Dengan Sahabat?


Perkara yang paling sukar dijalinkan pun adalah perkara yang paling mudah untuk diputuskan.

Persahabatan.

Kadangkala aku pelik bebenau bila melihat kawan-kawan aku yang pernah akrab satu masa dulu, sekarang bertegur pun taknak. Jangankan kata nak tegur, nak jumpa pun tak mau. Bila jadi macam ni, selalu aku cuba mencari kalau-kalau aku pun ade berbuat macam tu pada kawan-kawan aku. So far takde kot? Kot laa..

Kalau kata anda terluka, ingatlah sedikit kebaikan kawan itu satu masa dulu. Takkan takde langsung kebaikannya yang terlekat dalam hati. Sikit pon takde? Hmmm..

Aku sendiri pun pernah terluka dengan kawan aku. Kalau laaa nak jadikan point untuk putus kawan, ade je. Tapi entahlah. Bagi aku, selagi perbuatannya taklah melampau sangat, aku akan cuba laa pertahankan. Dan aku akan cuba balas jugak. Wakakakaakak. Aku jahat, jangan tak tau.

Satu masa dulu.

Umur aku 13 tahun. Baru masuk asrama. Takde homesick² segala. Aku happy je. Hahaha. Apatah lagi aku ade kawan-kawan yang datang daripada sekolah rendah yang sama - kampung yang sama. Salah seorangnya dia tu la. Minah ni memang senget sket hahaha. Tapi aku macam biasalah, menerima je seadanya memandangkan aku pun cam senget gak kekadang. Aku kenal dia pun bukan sekadar tahun tu je. Sejak aku darjah satu. Bear in mind, aku kenal dia sejak umur aku 7 tahun.

Musim histeria. Siapa-siapa yang histeria akan popular secara mendadak. Mana laa tak popular. Korang bayangkan tengah-tengah sibuk prep, tetibe ade orang terjerit. Mana yang lebih mendapat tumpuan - kerja sekolah ke ataupun budak yang terjerit tu? Sendiri mau ingat.

Satu hari. Dia pulak histeria. Sekali. Dua kali. Masuk kali ketiga, aku rasa minah ni dah merepeklah. Macam ade agenda. Agenda ape? Hmmm...

Untuk aku, kalau ko nak glemer - sukati ko lah. Tapi boleh tak jangan babitkan aku, apatah lagi kalau cara nak glemer tu adalah cara yang terpaling keji (antara taktik yang keji laaa). Dan satu masalah budak-budak asrama (bukan semua), akan percaya bulat-bulat apa yang budak histeria cakap. Kalau dia kata orang tu bodoh pon, orang tu percaya agaknya. Bodoh betul.

So dia sebut nama aku. Fine. So dia kata budak-budak asrama benci aku. Fine. So dia kata orang benci sebab aku jahat. So???? Kalau betul, kenapa mesti hantu tu yang bagitau? Kenapa tak orang yang benci aku tu cakap kat depan muka aku? Ingat aku lemah sangat ke takleh terima. Aku ada macam-macam pengalaman masa sekolah rendah yang orang dewasa pun tak tahan untuk alami (mak aku sampai menangis bila dia dapat tau apa yang pernah jadi pada aku masa aku sekolah rendah - apatah lagi bila dia dapat tau tu semua pun bila aku dah Form 5).

Aku tak lemah sangat la. Lemah outside la kot, tapi tough laa inside. Intell inside laa katakan. Haha.

Aku pun sedia maklum. Memang ade je senior-senior yang tak suka aku masa tu. Sebab aku ni tak heran laa dengan raging-raging ni semua. Ko marah aku, aku buat muka. Sukati aku laa muka aku. Leceh betul.

Berbalik pada cerita histeria tadi.

Maka mereka yang tak suka aku tu pun melompat-lompat laa gembira sebab ketidaksukaan dorang pada aku dipersetujui dan diapprove dek hantu-hantu tu semua melalui dia. Bodoh. Oleh kerana satu kebodohan dah dilayan, maka terjadilah satu lagi kebodohan rentetan peristiwa tu.

Malam tu jugak. Kami diarahkan berkumpul dalam surau. Lepas ucapan lahanat dari ketua kami yang aku hormati (serius aku hormat kakak tu, tapi lepas malam tu - pegi jahanam la), beliau menghulurkan mikrofon kepada aku. Dan tak pasal-pasal, aku dipaksa meminta maaf kepada semua budak asrama.

Jahanam ke apa diorang ni????

Aku pandang dia. Dia masih lagi dalam mode histeria laa konon. Lemah la tu. Aku memang tak mahu buat benda bodoh. Apsal pulak aku nak minta maaf?

saya takkan minta maaf untuk benda yang saya tak buat.

Itu kata aku. Bertambah lebat laa bulu-bulu kat badan mereka yang meluat dengan aku. Maka keluar pulak kenyataan - selagi aku tak mintak maaf, semua orang tak boleh keluar dari surau. Sekali lagi bodoh. Kau nak paksa aku, kau libatkan orang lain pulak??

Aku berat hati. Tapi aku kesiankan semua orang. Walaupun budak-budak dorm aku ramai yang sokong, pun aku faham masing-masing ada banyak benda lain nak dibuat berbanding terjebak dalam hal yang tak masuk akal ni.

Aku capai mikrofon dengan harapan mikrofon tu rosak.

saya TERPAKSA cakap ni. walaupun saya tak salah, tapi saya minta maaf. puas?

Muka-muka celaka tu semua tersenyum-senyum. Seronok la tu. Dia aku tengok bukan main lagi dipeluk-peluk. Macam George Bush yang diraikan kerana berjaya membunuh Saddam Hussein. Cilake sangat. Dalam hati aku - aku takkan maafkan kau sampai bila-bila!~

Tapi suatu hari. Aku dapat peluang untuk balas. Sebenarnya bukan niat aku nak membalas apa-apa. Aku cuma mahu selamatkan orang lain, agar tak terkena macam aku. Dan akhirnya lakonan pun terbongkar. Sekarang dia pula yang diarahkan meminta maaf - sama seperti apa yang aku alami. Dia buat. Aku minta dia mengaku yang memang dia sengaja nak kenakan aku.

Sampai ke sudah tak mengaku.

Dan mereka yang menggalakkan apa yang dia buat dulu pun tersipu malu. Takde sorang pun yang datang minta maaf pada aku. Yelah, senior - mana nak minta maaf. Ada laaa yang dulunya pandang muka aku pun tak sudi, akhirnya cuba-cuba nak tegur aku. Sorry to say, aku takleh nak terima hipokrasi macam ni. Pun begitu, taklah aku ignorekan sepenuhnya. Cuma kalau terlebih usaha nak berbaik dengan aku, memang aku tak layan. Plastik je semua ni.

Aku pun bukan cantik - tak macam dia - sebab tu orang lebih percaya dia dari aku. Boleh - idealogi macam tu? Itu pemikiran diorang.

Kemudian dia pindah.

11 tahun kemudian. Hari Raya kedua. Aku dikejutkan dengan kehadiran dia di depan pintu rumah aku. Sejurus ternampak aku, terus dia berlari dan memeluk aku dalam tangisan. Aku tergamam, tapi aku masih lagi gembira berjumpa dia. Tapi kemesraan itu aku cuba tidak plastikkan.

Dua tahun dari tahun itu. Dia menyatakan hasrat. Untuk menjadikan aku madunya.

Cukup sampai situlah cerita aku.

Apa yang aku cuba nak sampaikan. Memutuskan hubungan persahabatan memang mudah. Memang ada saja jalannya. Tapi aku cuba. Dan aku selalu meminta - andaikata mana-mana sahabat yang aku kenal memang tak layak menjadi sahabat aku - maka hanya Allah sahaja yang akan menjauhkan mereka daripada aku.

Aku tau, ada yang berkata - tak rugi pun kalau takde kawan macam dia. Hey... kita tak tahu macamana nasib kita nanti. Dapatkah kau fikir, andaikata kau dah terbujur menjadi mayat, dan ditakdirkan hanya dia saja yang ada untuk menguruskan jenazah kau, mampukah kau bangkit dan menolak tangannya?

Aku berkata ini pun untuk menginsafi diri sendiri.

# aku masih lagi bersahabat dengan dia. yang dah lepas tu, kita cubalah buat-buat tak ingat. dan aku pun tak pernah mengungkit hal ni pada dia.

33 comments:

Mya said...

huhuhu...

*mood sedih plus sebak*

momentinlife said...

antara keburukan asrama ni..

ramai yg menyibuk, dlm hal2 peribadi org lain.. sgt2 menyibuk plak tu..

caring la konon.. hampeh!~

* owh kamu sgt suci.. sy xmampu berbuat mcm kamu.. huhu

Masy said...

kak mya,
huhuhuhuh

wafa,
tu laaa. menyibuk pastu jadi batu api. bagus laaa sgt perangai tu.

*tak suci mana pun. eh tp suci la. cuma tak mcm yg cik wafa maksudkan la kot. hu~*

HEMY said...

mmg patut pn ko mintak maaf gaya camtu..tp leh plk diorg tersenyum puas kan..bodo tol

tp nape ko nye pglmn stok madu2 ni..ahahaha..jadi madu ku la..hohehohe

chii said...

mcm2 ar perangai org ni...chii tade ar plak pengalaman sahabat yg sadis camtu..minta2 dijauhkan..aamin

madu?? huh? ishk..cam da terdesak je

Masy said...

anul,
dorg tu mmg da lama dendam dgn aku, mau tak senyum2. heh.

hahahahah oit ni budak yg sama la.

chii,
bagus laa klu takde, mintak2 kekal la camtu eh ;)

madu HPA sedap. haha

ymn said...

bab2 klasik nie .. lupakan jerlah biarkan jer jadi klasik .. : )

kueh bakar said...

kaca memang susah nak buat....
pecahkan sonang jerk..
ada yg boleh gam balik..
ada yg hancuss terusss

Masy said...

yaman,
ya bener :)

kueh,
klu bole gam pon dah x sama macam asalnye kan kan ehehe

kingbinjai said...

alaaa wei ko tak cite macammana ko kenekan dia!

Jard The Great said...

mase uni dulu.. ade sorang pompuan nie.. ermm.. bole tak aku kate die agak gempal? dan die gelak.. die selalu jek histeria... huhu..

last2x.. die kahwin dgn budak surau yg jadi idaman mase tu... lelaki itu yg selalu azankan kat telinga die mase die kena histeria.. aku tatau camner lak diorg jatuh chenta..

histeria bole dibuat-buat ke?

Jard The Great said...

gelak ==> Gelap... salah taip

Masy said...

king,
aku x kenakan pun la. itu dia sendirik yg menempah maut - aku tukang amek je tempahan tu hahahaha

jard,
errrkkkkk jelesnye! tp dah jodoh. org kata klu dpt lelaki ensem means pompuan tu buruk. klu akak dpt suami ensem sok, paham2 jelah eh. hahahahha

ape tokleh plk. tgk org blakon kat tv tu jadik org histeria. mcm tu la konsepnye.

rya said...

rasa bersalah ke apa sampai nak buat madu tu? ayakk ngeri ah..

Mak Su said...

laa....tak seronot ler mcm tu

Masy said...

rya,
err taklah. ade kes lain. hehe

maksu,
celah mana yg x seronot tu maksu? :)

achik said...

kat asrama saya dulu pun penah ada kes berlakon ni.. bukan berlakon histeria, berlakon pengsan kalau x silap.. motif sbb malas gi prep je kot.. apa la..

tang jadi madu tu terkedu jap.. huhu..

adeh mati2 saya baca 'DILA'.. rupanya 'DIA'.. sengal sengal!

aRaBeLLa said...

ade gak spesis manusia camtuh eah..sabar je lah..huhuhu

INDERA KENCANA said...

Kemesraan yang diplastikkan?

Plastikkan tu adakah seperti bunga plastik? beg plastik? atau bekas kedap udara plastik?

ekekekeke... abang bergurau jek dek..
Bila mau sekret resipi lagi?

zino said...

memaafkan ada lah lebih baik...dan tak rugi apa apa pun...

zonaku said...

heheheee.. terima keburukan teman anda dahulu yer....

penah kene gak dl....
tp disebabkan kami lebih byk keserasian tu.. sapa pun x dpt nk pisahkan kami...

Acai said...

slm kak, selamat pagi..:)
Kak, biasanyalah orang yang selalu akrab gila pastu bleh jadi musuh or tak tegur langsung tu ramai pompuanlah :P sy takde kawan lelaki yang camtu lagi..tapi kawan perempuan sama ada kat ofis atau masa belajar dulu mmg selalu jadi camtu..

Emm, pasal dia tu sy takmo komen pape..:)

Anonymous said...

wah dasat gak pengalaman akk di asrama tu ekk...iskkkkk...siap blakon2 histeria lgik...fuh...
ape pun best baca cara akakk tulis citer ni...sungguh menarik sekali garapannya...
bila nk wt novel?sy akn jdik yg pertama beli...:P

-sofea-

ad3ck said...

sebab tu laa sy suka kawan dgn kak! ;p.

Sierrauniform said...

tah betul ke tak diorang(ada exp sama org histeria) ni histeria kena sampok dek jin/jembalang tanah mana..hadoiilaa..

takpelah dah kalau orang yg putuskan takkanla kita nak pujuk rayu dia plak kan..kita hidup ni sementara je, kalo rasa kita hidup lama lagi 1000 tahun buat la apa ko suka nak buat(bunyi sinikal nih)

huh letih aku mbaca entry cerita skulah ko ni tot, panjangggg tolll..

Rozita said...

berkasih biar satu
berkawan biar seribu
semua nya ada batasan..
tak salah memaafkan..suatu yg amat disukai tuhan

KAMATO said...

Zaman sekolah, kadang2 tak berfikir panjang

Masy said...

achik,
hahahah klu kes camtu, simbah air je.

achik mmg sengal!! hahahah

arabella,
uishh.. ada.. mesti ada.. :)

abgku indera kencana,
mcm Plasticman laa lebih kurang hihihi

bole bole. bile? :D

abah angkatku zino,
ade certain kes boleh, ade certain kes lain pulak pepatahnye. org kata 'boleh memaafkan tapi takkan boleh melupakan'. mcm kes ni la. hehe

zonaku,
yaa.. harap2 org lain pun akan terima akak seadanya daku hihi

baguslah camtu ;)

salam acai,
oh ye? pompuan emosi lebih kot. tp ade gak kawan2 lelaki akak yg x bertegur. ke dorg pompuan? wakakakakkakakak

sofea,
auwwwwww tulis novel? klu akak compilekan semua entry dlm blog ni buat buku, bole tak?

ad3ck,
waaaaaaaaaa betul ke ni? tengkiuuuu *sambil kesat airmata*

rembo,
ade yg betul, ade yg berlakon. alaa... klu kita dah biase tgk, senang je detect org blakon ni hehehe

tu pon aku dah pendekkan sket tu haha

kak rozita,
insyaallah begitulah :)

Masy said...

kamato,
ye betul.. kes budak2. so bolehlah put aside :)

Mr PenyuBiru said...

aku pun pelik. masa aku duk kolej dulu, aku ngan roomate aku kawan biasa² jer. tapi ngan orang lain aku bleh mesra.err..komen aku lari tajuk tak ni.hehe

Masy said...

penyu,
hahahaha lari sket laa tp masih dlm kategori kawan2 tu, boleh laa hehe

yOnnA said...

uhh kakak. akak mmg kuat ah. akak boleh lagi terima dia??? omggggggg!!
yonna ni perang mulut je, sampai ke sudah tak ckp sepatah haram dengan mereka. heeee. hati tak pernah terbukak nak berkawan mcm dulu walau kenangan lama dok la berputar2 dalam otak ni T___T

mmg yonna tabik akak ah sebab boleh terima org yang pernah buat naya kat akak. yonna sendiri x mampu buat. hee

but still, susah nak kukuhkan sesebuah friendship. kadang2 faktor masa,jarak.kerja,komitmen dengan org lain.. semua tu menjerumuskan ke arah broken friendship :)

Masy said...

yonna,
to be truth sebenarnye bkn senang. tp akak malas nk pk dan ungkit benda lama2. lgpon akak tgk dia selamba je, tah2 dia pon dah lupe hehe.

apepon cite tu masa kitorang umo 13 thn, period pon blom lg - akk anggap saje ketidakmatangan dia masa tu mjadikan dia begitu :)

pon sbnrnya bkn senang nk memaafkan. mebi ni special case kot sbb akak da kenal dia dr kecik. hmmm~

btl la eh. harap2 yonna berusaha kekalkan persahabatan dgn sahabat yg berhak :)