Wednesday, July 15, 2009

418: Aku pun mimpi gak laa :p

Anul tak pasal-pasal mimpi aku eh. Macam ja-han-ams pulak tu mimpinye wakakakkakaka! Sabau jelah aku. Ko ni mesti terlalu memikirkan yang pelik-pelik pasal aku sebab tu mimpi camtu heee~


Orang kata, mimpi tu kadang-kadang petunjuk. Panjang umur, orang rindu, petanda apa-apa ke - macam-macamlah. Tapi aku peratikan kan, bila kita mimpi best ke tak best ke - mesti kita percaya result yang best-best je. Kan kan hehe.

Tapi laa kan. Aku pernah bermimpi satu kes yang sampai sekarang aku masih tatau apa maksudnya. Mimpi tu aku boleh ingat sebijik-sebijik sampai sekarang. Mak aku kata mimpi yang tak elok, tak payah cerita. Akhirnya lepas seminggu, aku memang takleh tahan arr. Tanda tanya dalam kepala otak tu tak mampu aku layan sorang², kene ade geng bafs sekolah gak. So aku cite kat sorang member aku. Dia pon terkoma-koma nak tafsirkan hehe.

Mimpi ni dah lama dah. Zaman aku lepas SPM. Kalau ade sapa-sapa leh tafsirkan, bagitaulah ye.

Satu hari yang hening. Aku bersiar-siar di Paris (kanmain mimpi padahal backgroundnye aku tengok macam kat Bandar Baru Sentul je). Kebetulan kat bawah hotel tu ade karnival. So aku pun berjalan laa menjamu mata. Sampai kat sorang pakcik ni, aku terpikat dengan lukisan dia (bukan dia). Lepas nego, aku sambarlah sebijik. Rasa proud giler sebab terer cakap english wakakakakakakka.

Lepas beli, aku tengok nun kat depan tu macam ade keramaian lain pulak. Ramai betul orang duduk berkumpul mengelilingi sebuah kolam (cam kolam renang). Kat kolam tu ada jambatan kecik yang merentasi - kecik je, macam batas sawah. Pastu ada dua orang Arab yang berpakaian macam orang Greek berdiri mengadap kolam tu, di antara kedua-dua mereka ada sorang lelaki yang nampak macam terhormat laa. Keliling kolam tu pon ade tiang-tiang besau, greek style.

Sorry Mr President, ini jelah gambau yg paling hampir dengan mimpi aku tuh. I mean, pakaian dan tiang tu laa..

Kemudian ada sorang makcik datang dan pegang tangan aku - ajak aku join skalik. So aku pun bersila sama-sama dengan dorang. Kat tempat kitorang berkumpul tu, ada banyak haiwan-haiwan besi yang hidup dikurung dalam sangkar. Perghhhh ku ketakutan tapi makcik tadi kata takde mende. So ku tunggu jelah.


Aku tengok dua orang Arab tadi. Bercakap-cakap dengan encik lelaki yang dihurmati itu, kemudian mengangguk-angguk. Lepas tu, dua-dua mereka terus terjun ke dalam kolam - sekejap je pastu terus naik balik. Then kat kepala dorang diletakkan daun zaitun ala-ala mahkota gitu dan semua orang bersorak.

Aku pun bertanya pada makcik tu, apa sebenarnya yang budak-budak Arab tu buat.

dorang dah murtad. selamba je makcik tu cakap.

Aku yang terkejut terus bangun dan nak blah dari tempat tu. Tapi makcik itu masih lagi pegang tangan aku, dan haiwan besi yang hidup tu pon macam nak terkam aku. Untuk mengelakkan dari terperangkap, aku cakap je yang aku nak balik sebab belum check in hotel lagi (padahal dah check in dah). So makcik tu daripada muka garang terus senyum dan lepaskan aku.

Berlari-lari manjalah aku balik ke hotel. Entah kenapa, koridor hotel tu macam dah roboh separuh - so aku terpaksa berjalan pelan-pelan untuk mengelakkan diri daripada mati jatuh bangunan. Malangnya tah sape tah minah-minah lesbo pegi dok kat bilik aku, voley gitu?? Grrrrrrrr~ Tapi takpelah, aku pon takmo dok situ. Nak balik!!

TING!!!! Mimpi abes.

Ada sape-sape leh tafsirkan?



27 comments:

Mr PenyuBiru said...

setelah aku teliti dan selusuri cerita mimpi ko tu, semuanya babak tu hanya mainan tido kecuali babak yg last, ala babak yg minah² lesbo duk kat bilik hotel ko tu. babak tu menurut taksiran aku, ade minah lesbo minat kat ko.hahaha...larikksss!!

achik said...

pergh.. dasat la kak masy leh ingat mimpi tu secara detail..

Masy said...

penyu,
cetssss!! tp kire aku hot laa kan sbb ade lesbo minat aku wakakakakkka

achik,
mimpi yg ni je akak leh ingat detail huhuh

blackpurple @ jowopinter said...

Mimpi mainan tidur. Tidur mainan mimpi. Eheh.

Rozita said...

ish..payah nya nak tafsir kan mimpi yg ini

Masy said...

BP,
oo camtu plk eh hahaha

kak rozita,
aneh dan menganehkan uhuhuh

rya said...

err..
peringatan kot? agar tak hanyut sama dek permainan duniawi? eceh ayat.. tak tercapai dek akalla kak apa tafsirannya. jurus tafsir cikgu tak sempat ajar.. ih ih ih.

HEMY said...

ko lesbo ke??aahahahahaha!!!!

emm..mungkin ko tgh berpegang pada satu benda masa tu..masa mimpi tu datang..tp ko cuba lepas dr pegangan hidup tu

jadi mimpi tu ibarat apa situasi ko masa tu..tp last2 ko tak 'murtad'. ko terus ngan pendirian ko di kala itu.

hmm
hmmm

ymn said...
This comment has been removed by the author.
ymn said...

1 - aku rasa mimpi tu mgmbrkan jiwa ko yg serabut aka kelam kabut masa
tu .

2 - mimpi basah tak der kr?? hahahaha

3 - smlm kak rosma kata dia mimpi aku .. pelik hahaha

4 - pernah mimpi aku x??

Jard The Great said...

klakor la komen si ymn...

aku rase... mimpi itu bermaksud.. ko terlepas dari ditipu org......

Jard The Great said...

eh.. kurang ajarnya aku... pls change 'ko' tu akak.. ehehe.. baru sopan skit..

Abang Long said...

Umpama mimpi dalam mimpi.

chii said...

ada org kata..kalo kita ingt ngan detail mimpi tu..tade pape..tp tah ar

Monkey D Luffy said...

kasihan si lesbo ko tinggalkan

Masy said...

rya,
mungkin jugek eh?

anul,
mmmmm.... nanti aku recall balik situasi aku masa tu..

yaman,

1. boleh jadi
2. penah mimpi mandi kat sg. basah lencun!
3. sape kak rosma?
4. stakat ni belum lg :p

jard,
klu gitu kire mimpi eloklah heheh

abg long,
lagu tuuu ehehehehe

chii,
ooo ye ke? teori tu akak x pnh dgrlah pulaks. tp klu betul, pon bagus gak hehe

Masy said...

kapten,
oit oit fitnah tu! haha

aRaBeLLa said...

panjang gile mimpinye..huhu

ymn said...

facebook/rosmah.rosni

ad3ck said...

takde sebarang tafsiran, hanyalah semata-mata mainan tidur eheheh. tak tak ;p.

Masy said...

arabella,
ehehehe tu lah eh

yaman,
oooo tak kenal

ad3ck,
ok laa klu gitu hehe

Manje aka Kunc0p said...

k.masy mimpi camtu sebab nak masuk tdo tu terlupa cuci kaki dan tangan . tu sebab haiwan besi tu nak ngap.... teeheehee

Masy said...

kuncop,
apsal nk kene cuci tangan pulak? ni petua baru nie wakakakakakkaa

yOnnA said...

errr tafsiran?
jgn buat benda yang menyumbang ke arah murtad hahaha

mimpi ni mcm2 kan kak? kadang2 tu sampai tak tertafsir kan? bila nak cerita x reti, tp mimpi tu dok berlegar2 dalam otak :D

Masy said...

yonna,
hahahahaha

tu lah. tu blom cite akak mimpi Rain dtg tumpang rumah, mimpi antu, bla bla bla~

Mya said...

sebagai penafsir mimpi tak bertauliah, akak rasa itu mimpi adalah mainan tidur.

sekian pendapat akak.

Masy said...

kak mya,
sy pon nk setujulah. sekian persetujuan sy. hahaha