Tuesday, September 29, 2009

440: Beraya hingga ke titisan raya yang terakhir (konon)

Salam sume..

Dalam kata takde mood nak beraya, raya tetap laa kene raya kan. 1st of all, berbanyak-banyak mahap laa pada sape-sape yang sms aku sejak raya pertama sampai raya kelima kalau tak silap aku. Aku tak dapat nak balas bukan sebab bz bebenau (bz pun ye gak tapi bukan penyebab utama), tapi sebab line kene bar laa haha. Aku try nak bayau online, website meksis tu cam tengeng. Malas aku nak susah ati sangat, so aku buat tak tau jelah. Raya kelima baru ada mood dan masa nak turun Melaka dan bayau bil.

Aktiviti raya aritu aku ringkaskan seringkas-ringkasnya seperti berikut :

Raya ketama : kat umah sajork, layan tetamu la ape lagi. Untuk pertama kali aku tak gi semayang raya tahun ni walaupun boleh semayang sebab banyak sangat mende nak buat dan tak sudah-sudah. Ape ke tengeng laa tempat aku ni, malam raya dibantainya takde air pulak. Hansap sangat bukan? Pagi raya tu bertungkus lumus sampai tertumus-tumus siapkan nasik lemak. Ye.. spesel dishes tahun ni ialah nasik lemak. Sape punya idea letak gula melaka dalam sambal sampai sambal jadik sedap giler tu? Aku laa hahahahha.


Raya kedua : pegi umah sedara mara pulok, cam biasa.

Raya ketiga : berloba-loba bersama rakan sepersekolahanku, macam biasa gak. Hehe. Tapi kali ni ade kelainan sket ;) nantilah aku cite kendian.

malas mau edit~

Raya keempat : patutnya pegi Melaka nak bayau bil, tapi ade orang dah siap call kata nak datang. So tunggu jelah. Petang pon takde air gak, sibbaik tak lama. Bikin gue penasaran sajork. Huh!!

Raya kelima : pagi-pagi layan sedara mara yang datang jap, pastu shoot ke Melaka bayau bil, dan kendian shoot ke Bangi, gi klinik. Adeh.. ni pon ade gak kisahnya. Nanti-nantilah. Huhu.

Raya keenam
: dok umah je. Tengahari mak takde, so estro dalam bilik, aku yang punya. Hohoho. Malam, Kapai call sambil memaki comel aku sebab tak datang dia berinai. Aku tunggu Nur Kasih laa sebenarnya, takde plak. Ermm...

Raya ketujuh : sahabat kanak-kanakku dahulu, Kapai – kawen daaa. Alhamdulillah ramai gak kawan-kawan yang dijumpai (macam ilang plak). Sume pakat berkumpul kat umah aku pastu baru pegi umah Kapai. Kendian pi beraya kat umah Suria plak, dan terus ke umah Rozan – bertunang plak beliau. How dare u! (aik?? Haha). Dari situ ke umah Che’ – beraya. Penat-penat. Tapi fun, damn fun! ;) Gambar? Nantilah.

Raya kelapan : balik Shah Alam laaaa.. Shah Alam dah rindu kat aku tu :D

Apa lainnya raya tahun ni?

Yang paling memuaskan hati, bila melihat dua sahabat aku ni dah berbaik-baik. Ermm.. takpe kot aku cite kat sini? Sebenarnya Kapai dan Suria dah bertahun-tahun tak bertegur. Ada laa samting happen. Ye, aku ni orang tengah je, gua tak masuk campur. Aku dengar cerita dua belah pihak, tapi aku pun tak tahu sapa salah sape betul. Dua-dua aku kawan, dan dua-dua kawan aku ni aku kenal since sekolah rendah, rumah dekat-dekat pulak tu. Kalau korang jadi aku pun, mesti akan ada rasa sedih tiap kali raya – bila dah tak berkawan, aku kene pilih nak ajak siapa untuk keluar beraya. Kalau sebelum tu, senang je aku leh keluar dengan dua-dua sekali.

Sadis. Sian kat aku.

Bila Suria kawen, rasanya aku ada bagitau Kapai tapi masa tu Kapai kat Saudi sane tak balik cuti. Kali ni, Kapai kawen – Suria pun dah balik Mesia for good. Aku memang bercadang nak bagitau Suria – merangkap jemput skali la.. tapi apa pun, aku kena mintak kebenaran pemunya majlis, kang tak pasal-pasal orang kata aku memandai-mandai.

Malam masa berinai, Kapai call. Lepas menyumpah aku berbakul-bakul (haha), dia tanya..

Eh Ctah, ko ke yang tanye aku pasal nak jemput Suria tu?
Haa.. aku ler. Camne, nak aku bagitau dia tak?
Ermm.. takpe ke ah?
Apsal plak tak bleh? Kan kenduri ko..
Tapi dia kawen tak jemput aku pooon...
Ala.. takpe laa... jemput je..
Ko rasa camne?
Ko jemput jelah.. dia nak datang ke tak, itu hal dia. Yang penting ko jemput. Bole?
Ermm...
Aku jemputkan eh?
Aaa.. bolehlah.

Lepas abes borak, terus aku sms Suria, aku kata Kapai yang jemput (kang kalau cakap aku wakilkan, takot member rasa tak ikhlas plak). Tapi Suria tak balas. Cuak gak aku. Keras lagi ke ati kawan-kawan aku ni?

Alhamdulillah esoknya Suria datang umah aku dan ramai-ramai ke umah Kapai. Kebetulan masa kami tiba, Kapai tengah sanding. Puas aku suruh Suria pegi salam pengantin, dia takmo. Takpelah. Tapi akhirnya dorang bertemu dan berbual jugak – macam dulu-dulu.

Senyum.

Terima kasih banyak-banyak Kapai, sebab tak keras hati. Kalau kau tak benarkan aku jemput Suria, mesti sampai sekarang korang tak bertegur.
Terima kasih banyak-banyak gak Suria, pun sebab tak keras hati. Kalau kau tak datang, sia-sia laaa aku sms kau malam tu.

So, tahun depan bole la kita kuar beraya ramai-ramai? ;)

26 comments:

oranglidi said...

o, bagusla dh berbaik paik.

slamat ari raye.

mya said...

alhamdulillah suria dan kapai dah berbaik (ckp mcm kenal je akak ni kan? hehe..)

Masy said...

oranglidi,
gud for us :)

slmt ari raya.. duit raya xde ke?

kak mya,
syukur.. alaa buat2 je cam kenal kak hahahaha

Abang Long said...

Salam Syawal. Nanti buatlah cerita raya ke 9 - 32.

Tolong jawab soalan ini. APAKAH KUIH ATAU JUADAH YANG PALING DISUKAI SETIAP LEBARAN ?

TERIMA KASIH :)

achik said...

tensennya la kalau takde air..

bagus sbb dua2 tak keras hati dan berbaik semula.. :)

Masy said...

abg long,
errrr klu ade leh arr cite hehe

dah jawab kat blog abg long :)

achik,
tau takpe.. grrrrrrrrrrrrrrr

btl3 :)

en_me said...

ghitewww..

yOnnA said...

bestkan bla tgk 2 org kawan baik yang dah bergaduh bertahun2 baik semula kan kak? kita pulak yang rasa terharu hehe

masing2 dah makin besar.takkan nak simpan dendam sampai bebila kan?

Masy said...

en_me,
yee gitu2 haha

yonna,
tu laa... ingatkan sampai ke sudah x berbaik2. syukurlah :)

HEMY said...

baby tak wat umah terbuka ke??anne dh jnji nk msk ketam cili kt aku..ko jamu la aku nasi lemak smbil bilis gula melaka...heehhee

Masy said...

anul,
hahaha. aku borak dgn zonaku smlm psl mende ni, kita wat piknik nak? lgpon rancangan nk mandi manda kite dulu tu pon x terlunas lg. apa kata kao??? ayuuuhhhh~

zino said...

selamat hari raya aidil fitri... lama cuti raya tu...

banyak ke dapat duit raya ? hehe

KAKTINY said...

sabas inspector sahab.. hihihii..

satukan kembali silaturahim yg terputus.. besar pahalanya..

semoga ganjaran kebaikan menantimu dik.. (cepat temu jodoh hendaknya.. amiiinnnn...)

p/s.. kalau setakat nak self yourself kt umah kaktiny, ko dtg jer lah malam nih masy oii... makan jer kuih muih yg ada tuh.. hihihi...

Masy said...

abah angkatku zino,
selamat ari raya gak.. hehe.. ade ade.. lepaslah beli suar jeans selai hehehehehehe

kaktiny,
amin amin hehehehe

alaaa.. takmo arr kuih, kak hahaha. nak ketupat palas kaa cheese cake kaaaa hahaha ;))

Mak Su said...

maksu memerap kat rumah jer masa raya haritu

zareda said...

masy

syukur. Hari raya kan hari mengeratkan silatulrahim

Masy said...

maksu,
memerap sbb ramai org dtg kan.. ;)

kak zar,
alhamdulillah kak.. syukur sgt² :)

Jard The Great said...

susah nk lembutkan hati yg keras... tp benarla kata org.. time heals every wound.. ;p

Hafidz @ Darkz05 said...

Wah~ Tajuk entri jer da "hardcore". huhu =P

Selamat kembali dengan selamat masy =P

noorlara said...

maaflah masy akak balik sehari jek pehtu lupe le plak ade dua tiga org rakan blogger kat melaka tu, tahun lain pulak yeeee cik hadek

Masy said...

jard,
tu lah.. mari lembutkan hati hehe

darkz05,
hahah tajuk je ;)

mekasih2 heeee

kaknoor,
moga2 ada umur kita leh jmpe eh kak :)

13may said...

syukur dah baik semula :)

Sharif John said...

Selamat Hari Raya akak garang... meriahnya raya hehe

Masy said...

13may,
ko bile plk nk baik dgn aku? hahaha

john,
wpon garang namun tetap meriah rayanye hehehe... selamat ari raye gak john :D

Mr PenyuBiru said...

slmt ari raya maaf zahir batin.aku ingatkan aku dah tinggalkan komen kat sini.patut aa aku carik reply komen aku takde.huhu..

Masy said...

penyu,
selamat ari raya gak utk ko hehehe.. skrg aku dah reply hehehe