Thursday, October 22, 2009

448 : 0

Hotel @ Penang aritu

Aku buang entry pagi tadi. Saje.

Aku ada satu perkara yang nak aku sebutkan. Sesuatu yang aku nak tau, dah pun aku dapat tau. Nak tunggu orang bagitau, memang takdelah. So, bila aku ada peluang - terus je aku yang tanya. Senang.

Tahniah.

Tapi sejujurnya aku betul-betul rasa terpukul dengan kata-kata. Menggambarkan seolah-olahnya aku ni zero. Maaflah kalau yang berkata tak berniat macam tu, tapi itulah aku rasa. Sangat-sangat terpukul sampaikan aku terpaksa take 5 - pegi semayang jap.

Terus bercerita dan cerita lagi. Aku baca dan baca lagi. Dan tiba-tiba hati jadi sangat sakit. Bukan sebab aku ni ada menyimpan apa-apa perasaan - bukan. Tapi kenapa agaknya situasi ini hampir sama dengan keadaan yang aku lalui 6 tahun lepas?

Modus operandinya lebih kurang juga. Aku dijadikan R&R je sebelum tiba ke destinasi. Ko paham tak? Dah ada tumpuan, dah kukuh. Tapi singgah pada aku bila rasa diri sangat kosong. Bila dah penuh?

Sekarang aku menjadi aku yang begini, salah akukah? Aku memang keras hati. Aku memang susah nak terima siapa-siapa, sebab setiap aku aku cuba, setiap kali itulah perasaan aku akan dihentak sampai mati. Dan setiap kali aku berhati-hati, pun benda yang sama akan jadi pada aku.

Kau kesiankan dia. Dan aku akan kembali kesiankan diri aku sendiri. Kau rasa bersalah pada dia, dan aku akan rasa seolah-olah semuanya salah aku.

Aku sangat-sangat-sangat terpukul.

Gambaran pertama : bezanya yang ada dengan semua yang pernah ditemui. Perasan tak salah seorang yang pernah ditemui tu aku? Perasan tak semua yang berlawanan dengan kemuliaan dan kebaikan yang ada tu, ada pada aku? Perasan jugak tak, sebelum semua ni aku ketahui, apa yang pernah dikatakan pada aku?

Tak kisahlah.

Gambaran kedua : kebaikan semua itu menjadikan orang lain nampak biasa. Perasan tak salah seorang yang biasa tu aku? Perasan tak siapa aku ni, kawan kan? Kawan yang dibiasakan inilah yang diR&Rkan tu.. hmm..

Dan perkara yang paling aku benci pun berlaku lagi. Aku tak faham kenapa bila orang dah buat keputusan - kemudian baru bertanya pada aku. Ada faedah ke kalau tau?

Aku tak marah, serius. Terkilan, mungkin.

Paling menyedihkan bila perkara yang dah lama aku cuba lupakan, terjadi lagi. Dan tetap orang akan menyalahkan aku kerana terlalu berhati-hati.

Siapa-siapa pun takkan faham. Dan kalau kata faham, itu semuanya berpura-pura faham.

Sudahlah.

18 comments:

Loyer Lelaki said...

dia tnya lesen tv tu

matahari said...

ntah2 nak mintak no. hp tak??? Nak berkenalan...

Masy said...

loyer,
byk laa heheh

matahari,
xde pulak. ngade2 ah tu hehe

Abang Long said...

Lebih baik berhati - hati dari memberikan hati . . .

achik said...

siapa2 pun takkan faham.. betul tu..

Masy said...

abg long,
betul2 huhu

achik,
melainkan klu penah rasa, leh paham kot.. hmmmmm

arianna adrizal said...

hmm.. wpun sy xde dlm itu drama, tp mcm 'kena pukul' jugak rsnye. hampess.

Sharif John said...

Hmm... x brapa paham la entry ni...

moment said...

kdng2 bosan dengan dugaan/ujian dunia ni..

setelah apa yg kita buat utk memastikan sejarah tak berulang, pasti akn berulang juga!

tapi kalau tak ambil peluang, risau kalau2 terlepas..

oranglidi said...

hahahha. x paham weh! rasa nak lompat je.

Masy said...

anne,
kene seketoi kat batang idong yg mancong! heheheh sadisss

john,
takpe2. tak penting pon hehehe

wafa,
tu arr.. tp yelah, apa2pun kene berani cuba. klu dah takdirNya kata akan berulang, tpaksa laa layan. hmmmm

oranglidi,
ko ni lemah la! tu laaa gi singapore x beli subinier utk aku, tu laa jadiknya hahaha

Jard The Great said...

aku cuba fhm.. tp nyata gagal..

sbb.. mungkin tiada pengalaman? aku pn berhati-hati.. smpi nk berpengalaman pon takut.. huhu

Masy said...

jard,
pengalaman tu penting woo.. klu tak, smpi bila2 kita takde pedoman. maksud akak, rujukan la lebih kurang gtu hehe

DilOt said...

org mmg pandai ckp je...

pengalaman pahit kadang2 leh wat sasau....

Acai said...

Ooo, sy dah ketinggalan ni..takpelah, yang penting kak kalau rasa terpukul ke, tersepak ke tu maksudnya akk kena sepak orang tu,hahaha..:)

Takdelah, orang yang cakap berbelit2 ni kekadang mmg susah kita nak tahu perkara sebenarnya. Sbb tu kena kenal tujuan dia kawan ngan kita sebelum teruskan ke chapter yang lebih serius..:) have a nice day kak..

Masy said...

dilot,
ya bener donk ah ;)

acai,
teringin gak, akak pukul acai bole? hahahaahhahhahahah

tu lah kan. malas nk pikir ;) acai pon - hv a nice day..

Mak Su said...

alahai.... masy, maksu nampak kesedihan di sini

Masy said...

maksu,
sikit laa.. hehehe