Monday, November 23, 2009

460: Konfius tu bagus.. macam bawang yang kita kupas selapis demi selapis..

apa yang lebih mengelirukan selain melihat penyepit kuih di dalam tandas?


Ada seribu satu perkara. Yang mampu menerbitkan kekeliruan. Adakah kita yang mengalu-alukan kedatangan setiap perkara yang dipanggil keliru itu, ataupun ia sebenarnya setiasa ada, hanya sekadar mencari peluang untuk menjelma setiap kali kita terleka?

Pada zaman sekarang di mana peluang untuk menerokai dunia adalah amat luas dan mudah, ada ketikanya kita terkeliru dan selalu gagal membezakan antara dunia realiti dan fantasi. Mungkin kita yang terlalu berlembut, terlalu berbaik sangka dengan segala apa yang datang pada kita, dan memandang apa saja di sekeliling kita dengan pandangan polos, hingga kemungkinan yang bakal memusnah dan merosakkan diri sendiri pun, kita akan terlepas pandang.

Berapa ramai yang mempunyai niat terpesong saat menghulurkan tangan dan menjanjikan persahabatan paling mulia terhadap kita? Berapa ramai pula yang pada mulanya ikhlas, namun akhirnya tumpas bila diuji dengan kesenangan dan budi? Yang berkata tulus pun sukar difahami niatnya, apatah lagi yang datang tanpa satu penjelasan.

Dalam hidup yang aku pun tak pasti berapa lama lagi bakinya, seperti orang lain – aku juga cuba hidup dengan aman, tanpa sengketa dan berusaha menyusun plot seringkas serta seindah mungkin. Sayangnya, ada banyak lagi perkara yang tak berjaya difahami. Sama ada aku yang gagal untuk memahami, atau pihak lain yang gagal memahamkan aku. Tiba-tiba ada satu masa, terpampang imej seorang aku yang sangat bodoh dan bebal untuk mengerti, apakah sebenarnya yang terjadi.

lemau sampai nak kemas sarang sendiri pon tak kosek


Untuk aku, mudah. Realistik. Tak perlu diputarbelit atau ditonggang tonggeng kata-kata hinggakan yang kecil menjadi besar. Yang mudah menjadi sukar, yang dah sedia terungkai kembali berbelit dan yang asalnya satu bertimbun menjadi beribu. Dan cubalah – walaupun sekali – berpegang pada kata-kata sendiri.

Mungkin tiada apa yang hendak dikesalkan. Memandangkan tiada budi dan belas yang terhutang. Agaknya. Mungkin juga kerana terlalu pantas dan singkat. Maka dibandingkan dengan yang terdahulu, yang terkemudian nampak kurang berharga, nampak kurang kepentingannya. Kurang atau tidak? Antara dua itu. Betullah agaknya.

Kesal, terkilan. Kerana tidak pernah mahu menganggap ini satu kesilapan. Mungkin ada yang tersilap, mungkin juga aku. Atau mungkin yang silap itu adalah kerana ada suara yang tidak diendahkan, atau mungkin silap itu puncanya kerana terlalu banyak suara yang cuba menjelaskan (atau memusnahkan?). Matlamat tak kesampaian. Suara tak kedengaran. Dan hasrat tak ketahuan.

Hidup sebenarnya terlalu singkat untuk terus bergelumang dalam kekeliruan. Dan hujungnya aku terpaksa akur, untuk melenyapkan kekeliruan – aku terpaksa mengundur. Menghilang dan berpaling. Mengalah. Dan duduk diam. Walaupun dalam hati ada rasa tidak puas dengan ketidakjelasan yang ditinggalkan.

Banyak yang bergumpal dalam hati. Banyak lagi yang mengusut di fikiran. Terlalu banyak, terlalu besar tanda soal. Tapi nampaknya mungkin ini sahaja jalannya. Satu-satunya, pengakhir tunggal bagi kisah yang tak dimengerti apa jalan ceritanya. Mohonlah pada Tuhan, agar kesepian yang telah aku hadiahkan ini akan menjadi anugerah terindah yang bakal dihargai kemudian hari.

InsyaAllah. Aku doakan.

gambar hiasan yang takde kene mengena dengan entry, harap maklom

37 comments:

.millalara. said...

tgk pic toilet bowl itu,, mahu terberi 1 peribahasa: 'bagaikan melukut di tepian jamban'

lalalala~ perkataan english sepertinya berbunyi lebih sopan dari perkataan melayu kan.. hehehe ;p

didi said...

Berapa ramai yang mempunyai niat terpesong saat menghulurkan tangan dan menjanjikan persahabatan paling mulia terhadap kita? Berapa ramai pula yang pada mulanya ikhlas, namun akhirnya tumpas bila diuji dengan kesenangan dan budi? Yang berkata tulus pun sukar difahami niatnya, apatah lagi yang datang tanpa satu penjelasan.


sangat jelas, tepat dan padat. penuh pengertian ekoran beberapa 'buah'pengalaman.namun, perjalanan masih panjang, dan akan terus berdepan dengan SITUASI yang sama.cume, sukar disuarakan ;))

Masy said...

milalara,
euuwwwww hahahahahahah keji ok :D

didi,
ermm biasalah.. nak tak nak kene hadap gak :)

matahari said...

berapa ramai sahabat yg sebenarnya kawan dan berapa ramai pulak kawan yang sebenarnya sahabat?

Alamak...konpius mcm bawang la plak pepagi ni... ;)

Masy said...

matahari,
tu pon satu persoalan yg kompius gak tu hehehehe ;)

Mr PenyuBiru said...

aku cuba kaitkan penyepit kuih koci kat dalam tandas tu dan kegunaannya. aku hanya terpikir satu je,maybe dia dia (ko kut? takpun jard sebab dia blogging tak kira masa) gunakan penyepit tu tu ambik hp yg jatuh kat dalam tu. hik3..

Jard The Great said...

nk no akaun.. mo byr hutangggggg.. ehehehe

Masy said...

penyu,
aku saspek penyepit tu utk sepit ape2 mende yg tersumbat dlm lubang jamban tu. tp bkn aku laa weh.. itu mmg kemudahan sedia ada hahaahah

jard,
nanti akak bg hahahaah. eh kata nk dating? bg masa dating arrr

moment said...

"kesenangan & budi".. hurmmm jelas betul!

*nk ikut dating!!!

HappyIrfa said...

sepit kueh dlm toilet tu untk kutip tisu yg jatuh kot..

arianna adrizal said...

dwi function tu. berhati2 beli food yg guna penyepit lps ni. mana la tau kan.. ;p

**hu~ mo byr utang? sentap jap. ciss..

Masy said...

wafa,
jelas dan nyata heheh

ayuh! bila bila?

kak irfa,
errr klu tisu jatuh, pam kan je pon bole per.. ini mesti nk amek mende2 lain hehehhe

anne,
euuuwww!

jgn sentap, kang akak pon sentap gak hahahahahh

*~ aRaBeLLa ~* said...

aku konfius dgn entry nih..

Zareda Norman said...

Masy

Dengarkan lagu Melawan kespian by siti norhaliza ok bebeh...

harap dapat kekuatan itu..

Masy said...

arabella,
akak kompius tgh hang kompius hahaaha

kak zar,
alaaaa lagu siti laa plak huhuhu

ok kak, thanksss ;)

Anonymous said...

'Hidup sebenarnya terlalu singkat untuk terus bergelumang dalam kekeliruan'

...oleh itu kejar realiti secepat mungkin.

semutapi said...

'Hidup sebenarnya terlalu singkat untuk terus bergelumang dalam kekeliruan'

...oleh itu kejar realiti secepat mungkin.

Sierrauniform said...

dang baby! aku pon keliru, see, semua orang sebenarnya keliru...kekkee

Ms Minnie said...

aku pun keliru.. sebab aku tak baca entry ni tetiba ada gambo aku.. hhahahahaha... kekeliruan.. aku pun keliru dgn semua benda dalam hidup aku.. tido je aku tak keliru.. hehe

13may said...

ko ni pandai menulis yea...tatabahasa menarik :)

Masy said...

semutapi,
ermm.. nk kejar tp badan berat, kene diet dulu kot heheheheh :D

rembo,
hahaha aku mmg suke bg org kompius, sbb asik org je buat aku kompius. kita share2 la eh? hahaha

kak ila,
klu time tdo pon nk keliru, aku plak yg keliru dgn ko nanti hahaahhah

13may,
heeee ye ke, mekasih.. ehem ehem, amacam - tpikat tak? kahkahkah :D

ad3ck said...

kegunaan penyepit tuh ialah untuk menyepit 'kuih' la kak oi. ahahahaahaha.

Sharif John said...

Betul la sis... apasal penyepit tu kat jamban ha? Tp gua suka jawapan Milla...

Bagai melukut di tepi jamban

nice one

Masy said...

ad3ck,
oit lushah ok! HAHAHAAHAHAHAAHA *sambil tempeleng ad3ck sedas*

john,
utk mengepit benda2 yg jatuh dlm lubang jamban kot..

hahaha

Shankly said...

.. mayb sbb kita yg terlalu menharap..and then bila x dpt or x sure kita jadi gelabah endingnya kita konpius dan blame circumstances ..agaknyalah kot

pasai penyepit tu .. x tercapai akalku..

Firol said...

keliru bagi pening dan jalankan minda supaya fikir the best

Masy said...

yaman,
ermmm.. agaknya laa kot..

hahahah

firol,
yup. sbb tu kompius sama dgn bawang. hehe

Mak Su said...

bila maksu serabut dan keliru, maksu akan nyanyi lagu sekadar di pinggiran

achik said...

saya pun keliru nak komen apa.. ;p

Masy said...

maksu,
aikk pulak? nape x nyanyi lagu Kabut Serangkai Mawar? ade gak bunyik yg sama (kabut & serabut, lebih kurang je bunyik)

achik,
ok laa tu.. akak plak xde laa keliru nk jawab hahaahah

Lee Novotny said...

Berdoalah kepada yang Maha Esa kerna doa itu senjata bagi kaum muslimin dan muslimat **begitu tazkirah kita untuk hari inniew hiks!!! :)

Hope u r okay noks!

p/s penyepit tu nak kepit apa tu?? kepit idung tatkala bau busuk melanda?? *ops!

Marjina said...

Mari berserabut!

Masy said...

lee,
tazkirah diterima :) thankss..

p/s: HAHAAHAHAH tak sanggup i nk guna!! better guna kaki sendiri sepit idong ok! ahaahhhaha

marjina,
ayuh!~

Jard The Great said...

erk!! apsal ku blom komen entry neh? ehehehe

Masy said...

jard,
aik baru perasan ke? hehehe

KAMATO said...

hang memang pandai bagi konfius orang....he he

Masy said...

kamato,
org len lg pandai wat aku kompius hahahahaha