Wednesday, December 30, 2009

470: ni yang gua rasa panik ni

Salam sume..

Selama aku cuti hampir seminggu ni, macam biasalah - mesti ada orang yang akan lepak kat hotspot aku ni hah. Nak wat camne, dah kedudukan tempat aku ni best. Dari meja aku, aku boleh memantau aktiviti semua orang (yang dalam kawasan ni laa.. yang kat depan sanun takde la aku nampak), tapi takde sape pon boleh memantau aktiviti aku. Hahahaha kecuali kalau tetibe aku tergelak², then berpusu-pusu laa Mr and Mrs Bzbodi menghampiri tempat aku.

Best la tu konon hehe.

Semalam kan aku kembali menghunus senjata kat sini. Dan cam biasa aku bukaklah tenet. Serius aku tetibe tak sedap ati. Sebab list-list url yang aku biasa telusuri (aummmm skemanye mak) dah bertukar ok. Aku tak peduli laa dorang nak lepak sini dan nak search ape pon. Masalahnya dalam list tu ade laaa url blog aku ni skali.

Dan semalam url blog aku tu takde dalam list. Korang paham ke ape yang aku cuba nak luahkan ni?

Ada kemungkinan tak mereka ni menggodeh² blog aku sepanjang ketiadaan aku kat opis????

Semalam juga. Berkali-kali blog aku diterobos oleh orang yang sama - errr agaknyalah. Sebab IP same. Selang sejam, dia akan gugel blog aku ok.

Ni yang tetibe aku rasa nak private je blog ni. Awas loh, kalau aku dapat tau dorang godeh-godeh blog ni, seriously - i had to do something. Ayat panik ni.

Enuff.

Sebelum melangkah ke tahun 2010, ingin aku riak sedikit walaupun takde laa ape sangat.

Masuk fesbuk lastwik. Tengok laaa segala maknika request yang dihantar dek kawan dan lawan (eh ade ke lawan? ntah). Sedang dok ignore-ignore mana yang patut, tetibe mata bundarku terpesona dengan seketul request yang suci dan kacak ni.



Owwwhhhhhh~ *terkutik² lalu jatuh pengsan* Kendian cepat-cepat sedar lalu mengapprovekannya tanpa sebarang persoalan hohohohohoohohho.

Sekian.

Tahun 2009 ni ada beberapa perkara yang aku kesalkan. Andai dapaatttt ku undurkaaan putaran doniaaaaaaaaa pasti ku ubah semuaaaa kata-kata dan tingkahlakukuuuuuu (nyanyi). Kalaulah hidup ni boleh di'undo', aku akan undo perkara-perkara tu sume.

Kalau ada yang menyesal, ketahuilah! wahai makhluk di muka bumi Allah ini - aku sejuta kali lebih menyesal lagi berbanding kekesalan yang terhimpun dan terhimpit di dada kamo dan kamo itu. Dan aku tau, yang menyesal tu masih tak menyesal pun memunculkan diri kat blog ni. Jangan ingat baby tatau ye. Nak ape lagi? Aku kan jahat. You hate everything about me, rite? Gi la baca blog budak baik je. Kat sini hanya ada aku yang tak berubah macam itu jugak.

Aku cakap apa yang aku rasa dan perlu untuk dicakapkan. Dan aku takkan hipokrit dengan bercakap benda 'baik' semata-mata untuk membuatkan orang suka pada aku. Aku carotkan pada orang yang patut dicarotkan, dan kalau diri sendiri tetibe rasa aku bertindak melulu, meh la aku tanya.

Kenapa bila aku carotkan so-called-friend mu itu, ko nampak aku jahat. Tapi bila mereka carotkan aku, ko tak nampak apepon?

Jap nak nyanyi.

oh donia iniiiiiiiiiiiii penoh kepalsuaaannnn oh mungkinkah tiada keekhlasaaaaaaaan

Aku pun tatau la kenapa aku nak lagi bercakap hal ni. Ok la. Tahun depan aku takkan cakap apa-apa lagi. Kalau korang ternampak mana-mana entry aku yang berbaur perkara di atas, tegurlah aku. Nanti aku delete ASAP. Ok?

Thanks uols. Selamat tahun baru 2010. Aku takde azam-azam de. Semua azam lama yang mana lom tertunai tu aku carry forward. Jimat.


Monday, December 28, 2009

469: aku apdet walaupun ku cuti. hebat bukan? ;) dan rasanya ini entry terakhir dlm 2009

Salam sume :)

Sape-sape yang ada menambah (add) aku di dalam fesbuk mungkin ingat tentang status aku yang pernah menyebut pasal wishlist untuk besday baby yang akan datang. Dan akhirnya langsung aku tak tulis pun apenye wishlist aku tu hehe. Somehow, I fell it’s inappropriate to tell everybody about it. Macam aku mintak-mintak pulak.

Dalam pada berfikir-fikir, aku terperasan dua barang yang sentiasa mendampingi aku itu sekarang berada di dalam keadaan tenat. Agak tenatlah, takde la nazak sangat. Atas sebab tu, aku pun takde la ajar diorang mengucap. Mulanya macam nak tunggu sape-sape bagi la konon (sebab gerak ati aku mengatakan ade orang yang macam nak bagi). Tapi bila mengenangkan YES ni selalu je abes sebelum besday aku, risau la plak. Mana la tau, kot aku je rasa orang nak bagi, last-last kang takde plak. Berposak la nak tunggu bulan brape tah baru ade sale balik. By dat time, barang-barangku yang mengalami susut nilai tu pon ntah-ntah dah jadi baja kompos.

Tengok, purse aku dah mengalami kecacatan kekal dah. Ini pun bday present gak ni, 2 tahun aku latam sampai cedera parah. Hehe i love you sayang *tetibe

So, berdasarkan gambarajah di atas, dapat disimpulkan bahawa kondisi tubuh beliau sememangnya melayakkan beliau ditukar ganti, bukan? Kebetulan pulak lepas aku, Anne dan Kak Ila gi nonton Sherlock Holmes dan solat – seperti biasa dah tentu la kami akan terjebak ke lembah pershoppingan. Terjebak je, bukan terjerumus pon :p Maka setelah menjamu mata, tibalah saat-saat yang mendebarkan iaitu money spending.

Huhu.Pikir dan pertimbangkan. Akhirnye, setelah muhasabah diri dan analisis kewangan serta keadaan semasa – selain analisis SWOT (sile gugel kalau berminat nak tau ape maknanya) turut diaplikasikan dalam proses membuat pertimbangan – maka keputusan dicapai dan purse kilat rona hijau bertukar tangan. Sistem barter pun berlaku. Aku bagi duit, salesgirl bagi purse. Suka sama suka. Munasabah betul tindakan ni kan.

Kaler ijau ni.. moga perpindahan ini akan memberi ong terhadap kehidupan baby *ntah ape la kene mengena tukau purse dengan ong. Hmmmmmmm~

Abis kisah memakbulkan kehendak sendiri.

Lepas aku belek barang-barang aku (mana yang dapat la, nak belek sume kang tak jadi keje plak), aku dapati ade satu hal.. Tatau la perangai ke, habit ke atau dah memang takdir Ilahi. Aku agak sensitip dan terlebih kasih sayang pada kepunyaan aku yang kecil-kecil. Contohnya sepit rambut, getah rambut dan jarum peniti yang ade kepala warna-warni tu. Ni contoh la..

Sepit ni dah berapa tahun tah aku guna. Bukan takat rongak, siap dengan retak menanti batu belah batu bertangkup dah ni. Tapi ntah la kenapa, inilah sepit rambut yang bertahan tak rosak dan tak hilang. Harap janganlah jadi pape. Aku ni bukannye reti beli sepit rambut banyak-banyak buat back up.

Getah rambut. Pun dah ala-ala mintak nyawa hahaha. Aku bukan takde beli getah rambut lain. Ada.. tapi semuanya hilang. Ini je yang tak ilang. Misplaced tu ade la. Tapi setakat ni alhamdulillah jumpe balik. Hehe.

Benda-benda kecik. Kalau aku salah letak dan terhilang – pastu bila cari tak jumpa – sebenarnya jauh dalam hati aku sangat rasa kehilangan dan murung. Cam over la plak kan? Tapi aku ni macam ni lah. Apatah lagi yang kecik-kecik ini laa yang sentiasa bersama aku doplohpat jam.

Mungkinkah aku terlalu memerhatikan benda-benda kecik, sampai ketiadaan yang besar pulak tak aku endahkan?

Ok. Tiba-tiba hilang kata-kata. Tamat.

Thursday, December 24, 2009

468: dan padaku ditanya kenapa..

Salam..

Cuti seperti cuti yang biasa. Cuma kali ini diberi kesempatan olehNya untuk menghadirkan diri - melawat sahabat yang kehilangan ibunya tanggal 22 Disember 09. Tak sangka berguna pula cuti aku ni. Dapat bersama walaupun aku tak dapat nak buat apa-apa - sekadar berada di sisi si sahabat dan memberi semangat.

Alfatihah untuk almarhumah bonda Norita.

Semalam.

Sebelum pulang. Aku ditanya - kenapa nak balik?




Hehehe :)

Wednesday, December 16, 2009

467: monolog pada tiang : siri ketulahan jiwa

jika kanda menjadi tiang, biarlah dinda tetap menjadi dinda - tukang amek gambau tiang ni. kerana dinda akan berada di sini sentiasa, menghayati betapa kacaknya kanda megah berdiri. dan jika ada aweks lain yang cobak² mengusha kanda, biarlah dinda sendirian berpencak silat gayung seraya menghempas DSLR mereka ke bumi dan menginjaknya dengan telapak suci dinda ini. semuanya demi chenta dinda pada kanda. bener ni donk ah~


Salam..

Aku rasa kondisi jiwa aku sekarang agak tak menentu. Bukan laa bermaksud aku bad mood, atau stress, atau apa-apa jelah yang tak best. Tak tau nak cakap apa.

Zero.

Satu masa dulu. Masa aku darjah dua. Entah kenapa hari tu aku berdiri depan cermin, dan merenung diri sendiri seluruhnya. Dan tiba-tiba aku macam tersedar sesuatu. Yang aku ini adalah nyata, dan menanggung sepenuhnya apa yang aku lakukan - sepatutnya. Yang suatu hari nanti akan mati.

Dan amalan serta dosa akan dihitung satu persatu. Menyedari aku akan dewasa suatu hari nanti. Dan mungkin abah dan mak pun tiada lagi di sisi. Abang-abang mungkin akan sibuk dengan dunia masing-masing. Agaknya di mana dan bagaimana keadaan aku 20 tahun lagi?

Kemudian aku pun duduk. Tiba-tiba takut untuk dewasa. Pandang cermin - pegang muka, pegang rambut.

eh rilek rilek.. aku baru 8 tahun, dosa mak abah tanggung lagi

Terus bangkit dan berlari ke luar. Sambung bersuka ria.

Selepas 21 tahun.

Aku pun tatau nak kata apa. Blank. Panik. Eh panik ke? Taklah. Cuma sendu aku tengok situasi aku ni. Serius nampak macam takde value. Dari mana-mana sudut pun. Terkesima siot. Naik angin gak ni kadang-kadang. Bila nak berubah?

Confident level daripada level taiko terus terjunam ke level beginner.

I've dealt with my ghosts and I've faced all my demons
Finally content with a past I regret

I've found you find strength in your moments of weakness
For once I'm at peace with myself

I've been burdened with blame, trapped in the past for too long
I'm movin' on

I've lived in this place and I know all the faces
Each one is different but they're always the same

They mean me no harm but it's time that I face it

They'll never allow me to change

But I never dreamed home would end up where I don't belong
I'm movin' on

I'm movin' on

At last I can see life has been patiently waiting for me
And I know there's no guarantees, but I'm not alone

There comes a time in everyone's life

When all you can see are the years passing by

And I have made up my mind that those days are gone


I sold what I could and packed what I couldn't
Stopped to fill up on my way out of town

I've loved like I should but lived like I shouldn't

I had to lose everything to find out
Maybe forgiveness will find me somewhere down this road

I'm movin' on


I'm movin' on

I'm movin' on

I'm Moving On - Rascal Flatts (klik la klu nak tgk vid)


Aku harap aku seberani ini. Tapi (dan asyik laa bertapi²).. hmm..~

Aku cuti esok sampai Rabu depan insyaAllah (suka-suka amek cuti padahal bos takde. sendiri sain bole? :p). Sape nak ajak berhula-hula tu, rasanya esok sampai Sabtu bolehlah. Ahad - Rabu tu aku di KL dan akan pulang ke tanah leluhurku. Ehem. Paham ke ape aku cakap neh? Hahahahahah.

Apa-apa hal, call jelah. Jangan menyamar, nanti aku berang. Sekian.


yang nak gi obersi tu, take care. jangan lupe subinier. merangkap adiah besday *serahkan wishlist utk dipilih*


edited~

guys, leh tolong x? tolong pilihkan 7 - 10 entry aku yang best² n bagitau aku, boleh? ASAP tebal ni hehehe. tinggalkan kat komen eh? thanksss memuahhh~

Monday, December 14, 2009

466: my life is a series of lessons i need, happening in perfect order. saje boh tajuk entry panjang² hahaha

Ya.. Jumaat lepas, Selangor cuti. Apa aktiviti gua?

Dah lama tak gi Sunway Pyramid. Itu pon atas idea Zonaku. Harapkan aku, nak yang dekat-dekat je haha. Walhal macam laa jauh sangat pun SP tu dengan Shah Alam. Plannya untuk nonton muvie..

Anul kensel last minit – kuar sendirian dengan segerombolan perempuan bukan muhrim mungkin menimbulkan fitnah kepada pemilik title tunang orang neh. Poyo je ayat aku ni hehe. Takpe, mebi next time.. err.. ntah bila la tu?

zona, aku letak wig ni ko marah tak? nak kaber mata ko tu hehehe

Gigih tu pakai heels, berjalan dari pagi sampai petang. Ni sume Anne la punye pasal. Menderita kaki gue. Tapi syukurlah aku beli mende alah yang alas kasut tu apetah namanye, kalau tak... belum tengahari aku dah kena beli selipar kot. Oh ye, kasut tu laa yang Kak Ila bagi raya aritu hehe~

Gi nonton.

Pilihan kami yang pertama ialah Ninja Asassin. Tapi ade yang midnite je. Motif laa sangat nak tengok midnite tapi pagi-pagi dah sampai kan.. So plan bertukar kepada Storm Warrior. Yaaa.... patutnya aku dapat tengok free je cite ni tapi dah takdok rejeki, kena laa beli (hukhuk – sambil pandang Anul – hahaha).

Nak mintak aku komen cite ni ke? Aku suke je. Aaron Kwok dan Ekin Cheng masih lagi hot di mataku walaupun dah berumur. Ehem. Chentaku bukan di atas kertas, chentaku getaran yang sama. Begitu ye. Eh kejap. Pasal cite ni. Aku suke la.. tapi, macam ade sambungan lagi je. Huu...~

Lepas tayangan, gi solat. Tunggu Wafa tiba dan pegi makan. Jalan-jalan lagi dan bersurai. Oh thanks Zona untuk menda-menda tu, lom guna lagi hehe.

sekali lagi terpaksa mengalter wajah mulus cik Zona, ko tak marah kan kan?

Sabtu.

Rancangan pertama gagal. Takpelah, dah boleh agak (hu..). Rancangan kedua turut gagal, pun dah boleh agak (huhu..). Apa nak buat? Tetibe je aku bingkas dari pembaringan lalu membuat keputusan drastik untuk ke Puchong – nak betulkan tinted kereta gua yang dah dibanjiri gelembung udara.

Untung jugak aku walaupun tiba kat kedai dalam pukul 11++, tapi akulah kastemer pertama yang hadhir. Oleh kerana masih di dalam warranty, Fahrin dianugerahkan perkhidmatan percuma sajark. Dah laa free, siap tukau plak terus tinted tu – gelap sket. Tu kalau tukau satu kete kan bagus, barulah matching.

Anganan begini dinamakan, ’diberi betis, mahu drumstik’.

Namun begitu, malang tetap mencemburui Fahrin. Lalu terkantoilah kesan hentaman pada badannya tatkala beliau dikeluarkan dari kedai tersebut. Kete aku kene langgar ke, atau melanggar? Ahhh.. tak kiralah.

tergamak kao wahai pelanggar.. musibah bakalan menimpamu tao!! aku menjaga beliau bagai menatang minyak Ron97 yang penuh selama 4 tahun ni, sukati ati apak sedara jiran koo je pi kucup tubuh beliau eh? grrrrrrrr~


Sapelah yang kejam tu huhuhuhuhuhuhuhhu.

Yang tercalar dan luka itu adalah hatiku. Bak belati berachon yang ditusuk secara brutal tepat ke jantungku yang sedang dag dig dug dengan bertubi-tubi. Lantas aku pun menangis airmata darah yang jumlahnya menyamai 15 baldi secara pukal.

*nanges*

Apapun, kesakitan dan keperitan jiwaku tidak menghalang aku dan Anne untuk keluar menonton lagi malam tu, kali ni My Spy pulak menjadi pilihan. Blog sape aritu aku baca dia kata dia senyum je tengok cite tu? Tapi aku gelak sungguh-sungguh ni. Tak dinafikan laa ade lawak yang tak payah gelak (itu pun ada orang kat depan aku tu gelak sampai hilang pertimbangan), tapi overall ok la. Takde laa sampai keluar dari panggung dengan kekesalan yang sarat di dada. Tidak. Insyaallah.

Beberapa minggu yang tinggal sebelum tibanya 2010, aku cuba untuk susun jadual supaya aku boleh amek cuti. Aku dah apply pun, kiranya nanti tiap-tiap minggu aku akan kerja dua tiga hari je. Tapi nampaknya kena rombak balik. Hmm..

Jom, ada sape-sape free nak ikot aku pusing-pusing KL? Pusat Sains tak jejak lagi ni, Muzium Negara pun belum. Pegi sendiri kang *tetibe*

Wednesday, December 09, 2009

465 : Masy, I Love You

Tahun 2000. Tahun kedua di UiTM, semester ke 4.

Semester kali ni, studio kitorang akan menjelajah kawasan Morib untuk kajian dan study. Aku jakun, tak penah gi Morib masa tu hoho. Ini trip pertama yang me'maksa' kitorang bermalam di tempat kejadian. Oleh kerana kawasannya itu bernama Morib, lecturer pon decided supaya kitorang bermalam dengan konsep camping.

Aku tak penah camping. Eh, macam tipu pulak.

Sebelum pergi, bizilah kitorang dengan persiapan nak ke sana. Barang-barang untuk survey - map yang bermacam-macam tajuk, questionnaires yang bermacam-macam sektor, barang-barang camping... dan jugak..

... idea untuk mendenda orang.

Katanya kan bermalam kat sana, tepi pantai pulak tu. Dah tentu laa nak wat aktiviti hula-hula sebelum tidur. Dan satu aktiviti yang dah dipilih tu adalah bola berachon. Setiap orang kena bagi idea apekah jenis denda yang akan dikenakan bila sesiapa antara kitorang yang terkena rachon itu. Heh.

Morib.

Petang. Aku, Adah, Carl dan Shah menyusuri pantai Morib yang tak berapa nak indah dan diragui tahap pH airnya (masa tu la... sekarang ni tatau le camne) untuk mencari pelancong² yang bakalan ditebak dengan soklan² ilmiah. Sambil-sambil tu berbuallah kami sepertimana adat manusia biasa bila berjalan together-gether. Salah satu perkara yang kami borakkan - pasal denda tu laa..

Ko buat denda ape weh? tanye Shah
bla bla bla bla
ko Carl?
aku senang sajaaa.. siapa yang kena, dia kene cakap I Love You kat sapa-sapa
hahahahahahahahaha

Nampak simple, tapi berat tu.

Marita.. (Carl ni budak Sarawak, degey betoi panggil aku Marita, dah macam Margaritta je)
Ha
Errr.. kalau laa aku yang dapat denda aku tu, aku cakap kat kao la bole ka?
Ape aku plak? Pi laa cakap kat Jaja, dia kan skendel ko. Bila lagi nak luah perasaan hihih
Alaaaa.. taknak laa. Aku malu la. Aku pikir mudah kalau cakap kat kao sajak, bole la ye?
Bayar laa bayar bayarrr...
Sial la Marita ni
Oit! Ha karang pi cakap kat orang lain, jangan cakap kat aku
Ok laa sori sori. Bole eh? aku seganlah sama orang lain
hmm..bole la. tapi kalau akupon dapat denda tu, aku cakap kat ko tau. ok tak?
bole bole heheh. so, kira deal la ni?
Sukati ko laa.. Kalau kang gaduh dengan Jaja, jangan cari aku plak eh
Deal~

Malam pun menjelma *jeng jeng jeng sound efek*

Lepas makan-makan dan discussion, kami pon bersantai di tepi pantai. Zaman tu takde iPod kaa MP3 ka, so lagu dipasang menggunakan radio gaga. Tak ingatlah radio apa. Tapi semua orang pon dah ready untuk mulakan permainan. Bola yang dah disaluti rachon dikeluarkan sebagai tanda mulanya permainan yang tak ganas ni.

Err.. aku debar-debar sudah. Takot aku plak yang dapat denda si Carl tengeng tuh huhu.

Muzik bergema. Bola pon pening dipas-paskan dengan pantas. Adrenalin menggetar jantung semua yang terlibat. Dan beberapa orang pun dah selamat didenda dengan jayanya.

Kemudian, tak disangka-sangka (atau ade orang nak kenekan ke, wallahualam), muzik terhenti semasa bola di tangan Carl. Hahahahaha. Dengan separa tabah, beliau pon memilih kertas di dalam tin untuk mendapatkan denda yang bakal dikenakan. Gitu.

Kertas dikeluarkan. Zack sebagai kepala buapak, membaca denda tersebut dengan kuat.

PILIH MEMBER YANG BERLAINAN JANTINA DAN KATAKAN I LOVE YOU PADA DIA DENGAN NADA YANG ROMANTIS

Hahahahahaahah!!! Kena kat diri sendiri pulak! Semua orang pon dah bersorak sorai, apatah lagi bila dorang dapat tau yang denda tu si Carl sendirik yang buat. Kira macam senjata makan tuan la ni.

Sambil memegang bola, Carl berjalan dalam bulatan manusia. Aku dah rasa nak meletop sebab menahan gelak, sebab once denda tu dibacakan - Carl terus pandang aku, macam mintak persetujuan je hahaha. Orang lain pulak, sangkakan yang dia akan pergi terus pada Jaja.

Depan aku yang tengah bersila dan menopang dagu, Carl berenti.

Marita, I love you

Wohoooooooooooooooooooooooooo!!!!! Classmates gua bersorakan tanda terkejut.

Carl, tak cukup romantis aaaa.. ko berdiri, Ctah duduk. ko melutut laa baru romantis. Ctah, ko berdiri. Zack memanaskan keadaan. Cissssssssssskek punye budak. Tapi aku bangun gak ah. Kata sporting kan? Wak lu. Malu plak tetibe. Hu~

Carl melutut, sambil memegang bola laksana Romeo memegang jambangan bunga - lalu disuakan pada aku.

Marita (hulur bola), i love you
mekasih mekasih.... yeah... u all should. eh? hahahha
korang ade pape ke ni? yang lain buat muka skendel.
tak ah.. ni dah termaktub dalam perjanjian siang tadi, kang laa aku cite
oooooooooooooooooo.... ingatkan ade skendel lain plak dalam kelas ni
tak ahhhhh

Dan permainan pon diteruskan. Kesian plak aku tengok budak dua orang tu (Carl dengan Jaja laa). Tapi yelah. Kadang-kadang kita rapat tak semestinya bercinta - ni refer pada dorang la.

Kan.

*tetibe je abis. kan dah kata aritu gua blank*

Carl yang ku panggil Calcutta - paling kanan yang pegang beg tu. hehe

Monday, December 07, 2009

464: Gua blank~


Ngantuk....




























.. dan hilang kata-kata nak berbicara. Voley?

Wednesday, December 02, 2009

463 : livin' la vida LOCA

Salam semua..

Aku rasa, kesenyapan dan kediaman kadangkala satu bahasa yang paling mudah untuk difahami. Tapi bila terkena kat diri sendiri, itulah satu-satunya perkara yang buat kita tertanya dan teraba-raba. Hep.. baik-baik sket tangan tu, jangan nak meraba pulak.

Orang kata, diam tu tanda setuju.
Tapi kata aku, kadang-kadang tu diam bukan sebab setuju, tapi sebab tak tau macamana nak cakap tak setuju dengan cara yang tak melukakan hati orang.

Orang kata, diam tu pintar (err.. ni KRU yang kata)
Tapi kata aku, ada masanya berdiam tu menjadikan kita bodoh dan sesat.

Orang kata, diam-diam ubi berisi.
Tapi aku kata, kalau ubi memanglah berisi. Kalau manusia? Takut kang diam-diam rupanya dah mati.

Orang kata, diam besi - berkarat.
Tapi aku kata, emas tu pon romannye cam besi. Dia diam gak, tapi takde pon karat.

Orang kata, ko bole diam tak??
Aku kata, errkk..~

Ada masanya, memang aku memilih untuk diam. Walaupun aku jarang berdiam. Dan ada masanya jugak, aku akan jadi terlebih sabar. Terlebih berdiam. Akhirnya sabar dan diam itu menjadi senjata yang makan tuan - membunuh aku secara senyap.

Takpelah..

Dan aku juga sedar, banyak yang aku lepaskan bila aku memilih untuk diam dan simpan. Bila aku rasa sedih, cemburu dan terluka - dan kemudiannya memilih untuk diam - sememangnya hanya aku yang menanggung padahnya.

Apepun, aku rasa tetap dan masih lagi ok. Memandangkan kalau aku memilih untuk berdiam itu adalah atas pilihan aku sendiri. Bukan saje-saje berdiam untuk menampakkan aku cool ke, atau nak tunjuk baik depan orang dan menampakkan orang lain jahat di mata orang lain pulak. If I do something, I'll do it to please myself. Errr but of course sometimes I did anything to please someone dear to me - almost anything.

A quiet personality sure isn't what you need to attract attention.
-Bill Budge-

Tapi aku bukan attention seeker, got it? Orang lain tu tatau la aku. Lalalala sambil menebas rumput di laman jiran dengan jujur dan telus.

Ok dah. Sebenarnya nak cite mende lain tapi jari aku ni suke melalut yang bukan-bukan.

*tarik napas... hembussss.. hmmmffssss* Dengan nada yang tak marah dan tenang, aku mulakan ayat ni ye.

Macam ni lah kawan-kawan.. Aku tau ada antara korang yang kenal aku, dan malangnya aku tak kenal korang sebab korang yang tak kenalkan diri. SMS je tak sebut nama, takkan terus expect aku kenal kot? Ko ingat ko DIVA? - Adik : drama Sutun. Apa salahnya bila aku tanya elok-elok, jawab je. Rasanya sape² yang kenal aku, tentu dah tau - kalau aku kata aku takkan layan lagi bila soalan aku tak berjawab, I really mean it bebeh.

Nak main tarik tali, pi main dengan Elyana.

♥ ♥ ♥ main tarik tali malu untuk memulakan luahan hati kita lalalalala ♥ ♥ ♥


So, ade sape-sape nak ngaku ada SMS aku raya haji aritu?