Friday, January 30, 2009

358: Outstation


Salam sume..

Mata aku mengantuk lagi rupanya. Tapi aku tetap jugek datang opis macam biasa, walhal kalau aku sms kat Mr. Sivaji untuk datang lambat pun rasanya dia paham.

Aku bukan cuti panjang tauk. Aku cuti sampai hari Isnin je, petangnya dah balik ke Shah Alam sebab esoknya aku kene pegi ke Hulu Terengganu pulak. Perasaan bercampur baur la.. hepi ade, sadis ade. Mana taknye. Pegi jejauh sanun tapi gaji tak dapat lagi. Sibbaik ade elaun. Tapi..

Sebelum bertolak tengahari tu, aku dan sorang staff lagi yang datang amek aku kat umah - pegi ke opis dulu. Tengok² Mr Sivaji pon ade tengah layan teh dengan staff yang sorang lagi. Aku pon joinlah dorang.

Mas, you ikot i eh? Mr. Sivaji kata.
Apsal plak?
Sebab i nak you ikotlah. Tak boleh?
Ah malaslah
Ehhhh kurang asam budak ni. Apsal takmo?
Sebab Mr Sivaji tak masukkan gaji lagi. Aku selamba baca paper.
Cilakooooooooo . Kata Mr. Sivaji.

Padan muke ko!:ahaha:


# minggu depan aku sambunglah eh. penat lagi ni. uhuhu.

Friday, January 23, 2009

357: Serba salah, tapi suke. hehe~

:hi:Salam sume..

Dah beberapa hari aku bawak breakfast ke opis. Bukan main rajin lagi, melarat² sampai seminggu pulak kali ni. Tapi banyak maksud tersirat bila bawak breakfast ni. 1st, memanglah sebab dos kerajinan sudah over. 2nd, sebab ade makanan nak dibawak. Tapi yang 3nd, sebab nak save bajet laa kan kan.

Ape ke sengal Mr Sivaji, dia akan release kitorang nyer gaji lepas CNY. Terus laa aku rasa mau terpengsan-pengsan dan menghentak kaki dalam masa yang sama, sila imejin (me: such a drama queen). Tapi rasanye cukup laaa setakat RM50 nak balik Melaka. Minyak kete penuh lagi, cuma minyak untuk balik nanti jelah dengan duit tol. Tol lalu PD RM9.90 x 2 = RM19.80. Campur minyak RM30 = RM49.80. Ade belen 20 sen. Sape mintak aku belanje kat Melaka nanti still boleh dapat gula-gula 4 bijik. No harm. Sibbaik abangku yang tersayang tolong topapkan untuk aku malam tadi. Kalau tak, aku takde pape masalah pon. Cuma terputus hubungan dengan dunia luarlah kejap ehehe. Alamak, charger kan rosak??!! Sebila pulak nak beli ni. Huhuhu~

Bunyik macam aku susah sangat je kan? Kekadang tu aku pun rasa gak camtu. Cumanya aku rasa dalam banyak perkara, aku masih lagi boleh dikira ok. Kalau takde duit nak beli makanan pon, at least kat umah aku ade jugak stok makanan walaupun tak banyak cam budak² umah. Kalau takde stok, kekadang tu dak Anne selalu bawak balik makanan daripada opis dia. Haaa ko makanlah, silap² tak abes. Kalau takde topap, kat Meksis skang dah boleh mintak advance. Tapi kene make sure baki bawah 10 sen ler. Aku aritu ade belen 16 sen, nak mintak advance tak lepas. Hampeh hahaha!!

Kalau boleh, aku pon takmo abang aku ni tolong aku selalu². Aku takmo nanti dia ingat, aku bercerita dengan dia sebab aku nak mintak dia topap. Contohnya macam malam tadi. Aku sebenarnya mintak tolong dia bagitau kat Angah pasal satu hal ni sebab aku hanya boleh sms sesama Meksis je (apedaaa Angah, dulu dah elok² guna Meksis gi tukau lak). Kenapa mintak tolong dia? Sebab.. hanya 3 orang je adik-beradik aku yang guna Meksis : baby (aku la), abangku ini dan juge Along. Along tu kat Melaka, motifff nak mintak dia sampaikan? Takde laa kan. Dan abangku ini memang paling dekat umahnye dengan Angah. Elok je dalam setengah jam lepas aku sms dia, dia plak sms aku balik:

Org masukn kdt 10, dapat?

Adeh abangku... serba salah aku dibuatnya. Memang laa aku happy giler bila dia topapkan tu, sape tak suke kan? Tapi aku sebenarnya bimbang, kot laa akak ipau aku kata ape nanti. Mebi dia tak kata papelah memandangkan akak ipau aku tu pon boleh tahan jugek kalau manje²kan aku ni (sebab dia takde adik pompuan). Cuma aku jelah rasa tak best - kalau selalu. Kadang² takpe. Hehe.


Banyak benda yang aku bimbang tentang pandangan akak² ipau aku. Bila abang-abang aku terlalu bagi muka kat aku ke, selalu sangat support aku ke, atau belikan aku barang² yang aku sebut (sampaikan aku dah tak berani nak sebut mende mahal² depan Angah sejak dia belikan aku laptop dulu). Aku harap dorang tak kata aku yang bukan²lah eh? Aku sayang dorang sume - abang² aku dan bini masing² hehe. Dan harapnya dorang pandang aku dengan pandangan yang sama, moga² takdelah rasa curiga kot laa nak kata aku saje nak numpang senang hidup dorang. Huhuhu~

Pagi-pagi Jumaat ni emo apsal? Ni sume gegara gaji tak masuklah ni!
::(


# syukur apa adanya..

~edited~

memang mcm kompem je gaji aku tak masuk arinie. dan lagi skali, abangku hulur bantuan tanpa aku mintak - macam biasa. takleh nak kata ape² dah ni, terharu sampai rasa nak nanges dalam diam huhu~

Wednesday, January 21, 2009

356: Mungkin ini entry terakhir..

… pasal kepergian aku ke Kota Tinggi atas urusan keje laa. Bukan entry last kat blog ni. Amboi.. suke la tu aku nak stop blogging! Hahahaha!!

Sebenarnya ari Isnin aritu Mr Sivaji soh aku standby untuk ke Kota Tinggi. Tapi biasanya kalau dia cakap camtu, 90% kemungkinannya aku memang akan pergilah. Dan malam itu bertolaklah kami berempat ke Kota Tinggi. Kali ini aku jadi co-pilot. Macam tak biasa. Hehe.

Mun dengan Pok kalau nak tido, tidolah”, kata Mr Sivaji dengan berhemah.
Saya?”, aku bertanya dengan penuh inesen.
You tak boleh!”
Huhu

Pembentangan di hadapan bekas Exco semalam berlangsung dengan amat jayanya. Tak sangka, sebab selama ini memang kitorang dimomokkan dengan kecerewetan beliau. Sampaikan pagi sebelum presentation tu pon dah terasa tekanannya. Akhirnya Mr Sivaji dipuji melambung² dek beliau, mintak² lepas ni boleh dapat projek lain pulak kat Johor hihihi. Tahniah Mr Sivaji!

Kalau dalam perjalanan yang panjang, biasalah – Mr Sivaji suka berbual, mengutuk, membebel dan menasihatkan aku. Kadang-kadang, bila mood dia baik, aku memang suka masuk ’jarum’. Contoh jarum yang penah aku cucuk ialah pasal trip ke Kuching. Hahahaha!! Best betoi bila memikirkan. Kali ni aku dah try masuk jarum untuk kek birthday aku yang dah terlepas tu. Hehe. Tapi tak tau laaa boleh termakbul ke tak tuh.

Cite lain.

Bila sampai di rumah malam tadi, cadangnya aku nak charge bateri henpon yang dah kong tahap bunuh diri sendiri. Tapi apeke malang nasib, charger guwe buat hal pulak. Dah laaa aku tertinggal henpon dalam kete sampai kene turun balik amek, parking jauh sepelaung dalam ujan, skali charger pon buat hal ke? Cissssssssskek betoiiii!!

Tapi mujurlah. Berguna jugak benda² yang Kuncop bagi aritu. Dan mujur jugak Minnie ada bagitau aku apa gunanya benda² yang Kuncop bagi tu. So berjaya juga aku charge henpon aku dengan menggunakan laptop. Terasa begitu maju dan berpengetahuan tinggi skalik gayanya. Ahahahaha.


:sweaty:

Skarang mau tidor. Tapi masa korang baca ni aku dah bangunlah.

# selamat ulangtahun...~

Monday, January 19, 2009

355: Wikenku, wikenku jua

Salam sume..

Hujung minggu aku kali ni ade colour sket. Bukanlah colour kebende pun. It just.. colour²lah.

Hampir² saja perancangan ujung minggu aku lebur, tapi alhamdulillah berjaya juga dilaksanakan walaupun ada satu perancangan terpaksa dibatalkan atas sebab² keselamatan. Tu dia, serius tak serius kaa alasan. Apapun, yang pentingnya rancangan untuk memasak kali ni berjaya jua. Oh ya, tiada gambar makanan ye dalam entry kali ini - don't worry pipel. Heheh.

Memula pagi sabtu tu memanglah cam malas² nak keluar beli barang. Tapi mengenangkan ikan bawal yang mak aku bagi daripada hari tu tak masak² lagi, maka terpaksa jualah aku menggagahi diri ke Jayen berdekatan. Beli laa barang sket... dan jugak barang² untuk masak breakfast esok (aku kalau dah start rajin, memang berpanjangan selama dua hari - dua hari je kot).

So, menu lunch ari sabtu tersebut adalah ikan bawal sweet sour, kacang buncis goreng dan jugek dramet ayam guring. Aku tak amek gambau sebab dah sah² laaa aku yang masak - ohh kecuali guring ayam tu dan nasik jelah (Anne sile percaya ye). Korang tak payahlah tanye Anne, bukan dia ade pun masa kejadian tu hehe. Alhamdulillah semuanya diterima dengan cemerlang oleh tekak budak² ni. Dan tekak aku jugek. Kononnya masak lebih untuk makan malam skali, huuuuu harapan. Masa lunch tu je dah tinggal dua tiga senduk je nasik, kacang buncis satu beg plastik tu pon abes gak, tinggal ikan bawal tu sket sebab ikan tu sihat tumbesarannya. Kagum betui aku nengok budak² ni makan. Tahniah ye adik²!

Dah memang rejeki Minnie yang datang bermalam di umah aku laa. Dia datang time aku rajin. So merasalah dia makan sarapan kat umah aku. Pagi tu aku masak mee goreng je. Tataulah tekak orang lain camne, aku rasa best je tapi tak pedas le pulak. Ahhh.. perdulikss. Lepas Melodi, kitorang ke JJ Bukit Raja menonton filim Maut. Ermm.. what can I say? Bole laa cuma kalau ko harapkan sepenuh pengajaran dalam cite tu macam yang diwar²kan, takde laa sangat. Kalau uols baca sinopsis, cite tu ade 3 segmen gitu. Cuma bahagian kedua je yang betul² bikin sentap kalau orang² yang bergelumang dengan maksiat menonton cite tu. Haaa ko tengok laa neraka tu. Aku pon cam merinding gitu. Rasa nak kuar cepat² gi solat Asar (padahal lom masuk waktu lagi). Yang lagi dua cite tu biase² je. Siap ade orang gelak² aku cam tak paham pulak kenapa dorang gelak. Isk~

AJL!!! Beberapa tekaan aku score dengan jayanya! Aku yakin Faizal Tahir akan menang Persembahan Terbaik. Tapi tak sangka laa plak dia leh menang Vocal Terbaik. Tapi bolehlah kot memandangkan tak nampak vocal sape yang power malam tu - walaupun aku suke jugek kalau Kak Ziana menang. It just.. masa starting lagu tu, Kak Ziana cam gigil je. Nebes kot dah lama tak masuk AJL. Apepun, Kak Ziana tetap best jugek!. And Meet Uncle Hussain menang! Hahahaahhaha! It sumting yang penah aku cakap (tak ingatlah pada sape) - "entah² Meet Uncle Hussain menang AJL". Sekali masin kaa mulut guwe? Oleh kerana itu, aku berharap agar Faizal Tahir dan Meet Uncle Hussain menyerahkan 20% daripada duit kemenangan korang tu pada aku. Alaaaa insentif laa untuk aku sebab aku sebut koang menang. Bukankah kata² itu juga merupakan satu doa? Hehehhehe.

(cilok kat gua.com.my)

Aku ade mimpi sesuatuh laa malam tadi. Bukan pasal AJL. Tapi rase sayulah mimpi itu. Jangan jadi betul² dahlah. Huhu. So... ape cite korang?
:woooh:

Friday, January 16, 2009

354: Sampai sudah!~

Semalam, dalam aku terkocoh-kocoh nak balik awal - sebab bos bagi balik awal sebab kitorang mintak sebab semalam Khamis dan malamnya malam Jumaat dan walaupun aku takde aktiviti bla bla malam Jumaat aku kene balik cepat² gak sebab takot nanti Mr Sivaji berubah fikiran - kakak sorang ni hulurkan aku sebungkus kiriman. Yang dah ponot-ponyot sampai aku pun tatau nak kategori bende tu sebagai 'parcel' atau gumpalan.

Cadangnya nak unwrapped kat umah tapi dorang pakat² datang kat tempat aku dan suruh aku bukak tang tu gak. Hishh aku dah laa nak lekas ni tapi bukak jugeklah. Oleh kerana benda tu berbentuk gumpalan dan aku pun nak cepat, aku main soyat je pembalutnya hahahahha. Cam bebudak omputeh dapat adiah taim kismes tu laa. Dah lama aku tak soyat pembalut adiah sejak budak² sebab nanti mak aku marah hihi. Seperti yang ku jangka, itu adalah kiriman dari En. Penyubiru. Ahahaha.


Gambar diambil bila dah sampai rumahlah. Adegan soyat-soyat tak dapat dirakamkan memandangkan kamera berada di rumah. Ehehe. Patut laa Penyu kata nak kejau posmen aritu, rupenye dia combinekan skalik adiah meroyan ni dengan adiah sebeday aku. Hahahahaahhaha keji keji.


Pakat² adiah berunsur penyu hah. Sibbaik pensil pink tu pon tak diubuhnya penyu. Hihihi~ Tapi sayangnya, ada satu adiah Penyu yang cedera dalam perjalanan. Aku tak terkejut sangat laa memandangkan kotak buatan tangan pengkau Penyu tu pon dah tak serupa kotak dah masa tiba kat tangan aku.

Sian dia. Abeh muncung depan tu. Siap boleh menulis dengan muncung tu kalau nak sebab isiknya macam kapur gitu. Merasa laa tangan aku dikapurkan dek muncung penyu cacat ini. Ahaksss.


Yeeee Encik Penyubiru. Siap dah sound awal-awal tuh soh aku berterima kasih hahahhhha. Mana taknye, korang rasa kebetulan kee perkataan Thank You tu dibuat kepala kotak tu hah? Aku ni masih mempunyai deria keenam tau untuk menyelami hati seekor penyu.

Tapi serius ni laa eh *ehem*. Terima kasih En. Penyu... Lain kali bagi aku barang best² tau!
:okay:

Wednesday, January 14, 2009

353: Tutorial Panjang Yang Tak Dibayar

Salam sume.

Dak Ad3ck mintak aku buat tutorial pasal Photoscape. Dah macam lecturer laaa pulak kan. Untuk tidak menghampakan peminat tegar yang dahagakan ilmu yang dikatanya hanya aku yang tahu (ni aku tambah sendiri), maka bertungkus lumuslah aku membongkar semua manual demi mempersembahkan entry berilmiah ini (tipu laa tu). Apedaa lemau dak Ad3ck, orang len akak ajau thru YM je, dengan ko siap kene wat entry plak. Poyo betoi hahah~

Sebelum memulakan pelajaran arinie, ingin aku tekankan dengan jari telunjuk di sini bahawasanya aku amatlah tak pandai mengajau orang hal-hal ilmiah ni. Kalau mengajau hal mengarot-ngarot, memang aku ade ijazah untuk itu (ha tipu tipu). So, kalau IQ korang di bawah paras 25, sile amalkan makanan berzat tinggi seperti kismis, habbatus sauda, madu lebah dan produk tenusu serta kacang badam juga bagus ye untuk membentuk minda yang cerdas. Campuran susu panas dan serbuk badam sememangnya amat sedap dan berkhasiat, dan terbukti berkesan kerana mak aku pernah buatkan aku dulu masa aku nak SPM dan hasilnya matematik aku dapat C3 sedangkan sebelum itu aku semedang dapat F9. Eh, panjangnya intro. Well... entry ilmiah memang macam ni, jangan kaget,ok?

Ok. Kite teruskan ye. Pantas pantas.

1st of all sebelum pembelajaran. Perkara penting yang sangat-sangat. Buku teks yang diperlukan sudah tentulah software itu sendiri. Sile install Photoscape secara percuma di SINI. Kalau nak bayau gak, sile contact aku. Dah install? Cantekkk *sambil pandang cermin*

Kite terus menjawab soklan Ad3ck ye. Beliau bertanya bagaimana aku memasukkan capture / dialog / tulisan-tulisan sekelian pada gambau-gambau dalam entry aku tuh. Mesti aku wat cantek kan, sebab tu dia tanye HAHAHAHHA gelak jahat. Oppp fokus fokus - *ehem* - cari ikon EDITOR ye sebagai permulaan. Kendian dah boleh pilih gambar yang anda mahu. Aku dah pilih, korang dah pilih? Oh ye, jangan lupe klik setiap gambar untuk tumbesaran gambar yang sihat.


Sekarang, nak masukkan capture tu kan. Ad3ck curious pasal mende cam jerit-jerit tu, kakak pilih kat sini..


Kuiz kali ni. Cari perkataan ‘Balloon’ ye adik-ad3ck. Nampak? Klik tau kat situ. Nanti adik-ad3ck leh pilih rupa paras dan cecorak belon yang adik-ad3ck suke, sesuai dengan selera adik-ad3ck ataupun mana-mana bentuk yang mampu menonjolkan imej adik-ad3ck ye.


Setelah mempilih (aik cam Chika je). Salah. Setelah memilih bentuk belon yang anda gemari, anda dah boleh menaip-naip di dalam belon tersebut. Kalau takmo taip pon takpe, biar je belon tu sesoang, takde hal punyelah. Namun demi pembelajaran yang lebih efisyen, Kakak Baby perlu menaip di dalam belon itu untuk memperjelaskan lagi setiap langkah yang telah Kakak Baby nyatakan tadi. Contoh kat bawah ni hah..


Pastu dah terer tu, pelagi. Hiaskanlah dengan landskap kejur dan lembut, gula icing atau apa saja yang anda mahu untuk memuaskan hati dan napsu serakah anda – towards this particular Photoscape okeh. Saye tak terbabit dengan aktiviti-aktiviti songsang yang lain. Serlahkan peribadi anda serta nyatakan ideologi anda yang telah puas anda pendamkan selama ini dengan menggubah gambar pilihan anda sesuka hati.

Oleh kerana saye (kejap saye kejap aku kejap kakak, apekeheyy nye?) lebih berkonsepkan simple future tense but nice looking, maka ini sajelah yang saye lakukan dengan gambar fotofit tadi ye. Biase je.


Ok, jelas sudah? Kalau tak paham jugek, sile print dan baca selepas anda mengaji malam ni tau. Ulang-ulang sampai pandai. Oh ye. Membaca tanpa praktikal juga dikira tidak praktikal. Gunakan tulang empat kerat anda – maksud sayer – tulang yang berkerat-kerat di tangan untuk menggodeh Photoscape ini.

Ekcely mende ni simple. Way too simple compare to Photoshop. Untuk orang yang nak-pandai-edit-gambar-cecantik-tapi-malas-nak-hadap-lelama-sebab-bosan, anda disyorkan mendalami ilmu Photoscape ini secara santai. Percayalah. Anda bakal diangkat sebagai Diva di opis anda kerana tak pasal-pasal anda dilihat lebih berilmu daripada orang yang pandai Photoshop padahal Photoshop tu lagi leeeee leceh. Tak caye tanye aku.

Dah pandai? Tak reti-reti nak adiahkan aku CD Fabulous Cat sebagai tanda terima kasih? CD Exists ke? Hahahahah!~
:devilishgrin:

Monday, January 12, 2009

352: Entry ini serius dan panjang

Tahun 2006. Sehari sebelum Raya Haji. Pagi itu aku bangun setelah semalamannya berbaring di katil. Mabuk akibat perjalanan sehari suntuk pergi balik ke Cameron Highlands pada hari sebelumnya. Enggan makan, dan memikirkan tentang makan. Dan aku bangkit dengan kebuluran. Sebenarnya mak yang mengejutkan, katanya sepupu aku dan rakannya akan datang pagi ini untuk membetulkan ‘wiring’ di rumah yang terlalu tua. Selepas mencuci muka, aku terus ke luar untuk menyapu.

Elok separuh jalan, mereka pun tiba. Sambil memakirkan motor, sepupuku - Aren bersuara.

Eleehhh buat-buat rajin pulak menyapu.. Mentang-mentang orang bujang nak datang..
Takde maknenye aku nak buat-buat rajin depan kau
Betul per.. Tak pernah pun aku tengok kau menyapu bila aku datang
Itu sebab kau datang bila aku dah abis menyapu, ada pahamkah incek?
Pagi-pagi menyapu konon. Dah mandi ke belum ni?
Nyibuk ah! Yang kau ni pagi-pagi buta datang rumah aku apsal.
Hahahahaha! Oppss.. sorilah Jal. Kitorang memang gini, gurau kasar.. biaselah sedara. Tak gitu, Syita?
Haa memang.. ni pun tak berapa kasar lagi ni. Patutnya dah ade yang cedera time ni
Assalamualaikum Syita.. hehehe. Apa kabau kau?
Waalaikumsalam. Sihat je..Dah dah, masuk. Wayar-wayar tengah menunggu.

Dan itu pertama kali aku melihat dia. Sekilas. Habis menyapu, aku terus ke bilik. Cadangnya mahu bertanya pada mak tentang program memasak rendang memandangkan kali ini aku akan memasaknya sendirian. Semua tenaga kerja (kakak-kakak ipar sekalian) tidak dapat pulang. Nampaknya mak sedang memberi arahan pada dua orang manusia itu. Aku sendiri tak pasti apa yang aku repekkan sepanjang beberapa saat aku berada di antara mereka. Tetapi aku sedar dia merenung dan tersenyum bila sesekali aku bergurau kasar dengan sepupuku itu.

Terus ke dapur, dan mula mengisar, memotong dan membuat apa-apa yang patut. Tak lama kemudian, dia memasuki ruang dapur, diikuti oleh Aren dan mak. Kebetulan suis utama terletak di dalam stor berhampiran dapur, makanya kebanyakan masa dihabiskan di dalam stor. Dia – Jal, memilih untuk berada di stor manakala Aren di dalam bilik. Sebaik sahaja mak meninggalkan aku sendirian, Jal pun..

Syita ye..?
Ha’ah.
Belajar lagi ke dah kerja?
Kerja dah.. tapi kalau nak anggap student pun boleh, takde masalah..
Hehehe..

Dan bicara pun berkembang antara aku memasak dan dia bekerja. Soal kerja, belajar, tempat tinggal – hampir semuanya. Sebenarnya agak kekok untuk aku. Bukan kekok untuk berbual. Pertamanya, aku memang belum mandi lagi. Kedua, aku sedang dalam proses untuk memasak – sendirian. Dan gabungan kedua-duanya membuat aku kurang selesa. Sesekali bicara terganggu bila mak masuk ke dapur. Tapi bagus untuk aku, kerana aku belum lagi bersarapan. Selamba saja aku membawa sepiring kecil nasi goreng dan makan di depan pintu dapur.

Woii pompuan ni.. Makan depan pintu pulak kau! Aren dah mula bising.
Suka hati aku laa.. Nak makan depan pintu ke bawah pintu ke.
Kau ni kan, patut laaa tak kawen-kawen lagi tau
Eleehh yang bercakap tu macam laa da kawen
Kau ni Ren.. Budak tu baru je nak makan. Dari semalam dia tak makan tu. Mak mempertahankan aku. Heh.
Ala.. saje je nak usik dia, Mak Ude. Tapi nanti takde orang nak kawen dengan kau sok..
Aku sudah membuka mulut untuk menjawab, tapi terhenti bila terdengar Jal bersuara dari dalam stor.

Siapa kata takde orang nak kawen dengan dia? Aku nak.

Terus terhenti suapan aku. Aren dan mak ketawa. Aku tak pasti sama ada dia sedar atau memang sengaja mahu mak aku mendengar. Apa lagi, Aren pun seronok mengenakan kami. Aku pula seperti biasa, dah terlatih dengan hal-hal begini. Walaupun terkejut, tapi tak perlulah aku serlahkan ‘keterkejutan’ aku di depan mereka. Seketika kemudian, semua orang kembali meneruskan agenda masing-masing. Aren pun berkali-kali dihalau oleh Jal ke tempat lain, katanya mengganggu ‘urusan’.

Syita, Jal tanya kau ade boyfriend tak?
Boyfriend? Oooo ramai..
Kau dengar tu Jal. Ramai. Kau nak jugak ke?
Ramai? Alahai.. melepas ke ni.. Kata Jal, sayup kedengaran.
Kau ni nak jadi sedara aku ke hah? Kau nak jadi sedara aku perangai kau kena betul-betul sikit.

Hehe. Aku sibukkan diri dengan urusan rendang yang belum ada kesudahan. Sambil-sambil itu, aku layankan juga segala macam persoalan dari Jal. Setakat bersembang kosong, bukan masalah besar bagi aku. Akhirnya bila rendang sudah masak dan aku menutup api, Jal menjengah dari dalam stor.

Dah masak ke?
Dah.. Lepas saya mandi kang saya hidang. Kena makan, nanti mak saya kata apa pulak.
Awak yang masak, mestilah saya nak rasa.
Orait.. Kalau gitu kena tunggu.

Usai mandi, aku ke dapur. Potong sedikit ketupat segera untuk Aren dan Jal, dan mencedok rendang ke dalam mangkuk. Letak atas meja, dan berpatah semula ke dapur untuk mengambil pinggan. Langkahku terhenti bila menyedari Jal berdiri di hadapan pintu dapur, dua belah tangannya didepangkan, menghalang aku melangkah.

Hishh.. Terkejut orang. Jom makan!
Syita.. boleh tak bagi nombor telefon awak kat saya?

Aku terpempan. Jarak antara kami tak begitu jauh, dan tiba-tiba aku berasa sangat malu bila ditenung begitu. Mata bertentang. Kali ini barulah aku dapat melihat wajah dia sepenuhnya. Manis juga. Untuk aku, dia masih lagi dalam kategori ‘ada market’. Heh.

Boleh tak?
Ha?
Saya nak nombor telefon awak – (keluarkan handphone dari poket) – berapa?
Ermm.. awak mintak kat Aren eh? Dia ada nombor saya.
Ala.. kenapa pulak kena mintak kat dia..?
Kalau nak.. kena usaha. Senyum. Dah, jom makan.

Rupanya, Aren sudah memasang telinga entah dari mana. Sepanjang petang, aku dileter-leter memandangkan aku masih belum lagi menyerahkan 10 digit berharga hakmilik aku itu.

Bagi jelah Syita oii... Penat laa aku nak layan dak Jal tu hah
Kau bagi le.. Aku dah kata kat dia, mintak kat kau
Henpon aku dah ilang laa.. aku takde nombor kau.
Diam. Takpe, suruh dia mintak kat mak aku. Hahahaha.

Malam itu, mak bercerita. Jal itu usianya sudah 30 tahun rupanya. Mengejutkan, kerana aku menyangka dia sebayaku. Bapanya ustaz. Dan dia masih mencari cinta. Katanya pada mak, dia belum pernah berjumpa dengan gadis yang mampu meyakinkan dia untuk menamatkan zaman bujang. Setiap perempuan yang ditemui, ada saja yang tak kena. Dan mak nampaknya terkejut – tapi agak gembira – bila Jal menampakkan minatnya pada aku. Walau bagaimanapun, mak kurang bersetuju atas satu perkara. Dan kurang menggalakkan. Sebenarnya aku juga punya pendapat yang hampir sama dengan mak, cuma bagi aku – ini semua atas kehendak Allah. Kalau dah tertulis ada, maka adalah.

Semenjak dari hari itu, aku tak mendengar apa-apa yang serius dari dia. Sesekali Jal masih datang ke rumah untuk memantau sistem ‘wiring’. Kata mak, kalau dulu dia terikut-ikut Aren menggelar mak dengan panggilan Mak Ude, tapi kini sesekali Jal tersasul – atau mungkin sengaja, aku pun tak pasti – memanggil mak dengan panggilan ‘mak’. Biarlah, bukan luak pun..

Hampir dua tahun berlalu, tahun lepas aku bertemu dia lagi. Kali ini di kenduri perkahwinan adik Aren – bulan November lalu. Aku hampir saja tidak dapat mengecam dia. Tapi bila aku lihat dia juga merenung dari kejauhan, aku yakin aku tak tersilap orang. Cuma pandangan itu tidak diteruskan dengan kata-kata. Hanya sekadar pandangan dari jauh.

2009.

Semalam. Mak menelefon dan bercerita. Di luar pengetahuan kami, rupanya Jal telahpun berkahwin. Tak pasti bila. Mungkin tidak lama selepas pertemuan kami di rumahku. Mungkin, aku hanya mengagak. Dia sudah punya dua orang cahayamata sekarang. Malangnya, ikatan perkahwinan yang terbina itu hancur di tengah jalan. Atas desakan keluarga mertua, dia dan isteri akhirnya berpisah. Khabarnya, ibu bapa Jal telah berpindah ke kampungnya di utara, manakala Jal masih di Melaka, menetap di rumah yang ditinggalkan keluarganya. Anak-anaknya tidak dapat dipastikan, sama ada bersama Jal atau dipelihara bekas isterinya.

Entah apa puncanya hingga tergamak mereka menghukumnya begitu. Kalaulah ini terjadi dengan alasan yang sama (dengan alasan mak semasa dia cuba memancing aku dulu), aku rasa ini sangat tidak adil untuk Jal. Pekerjaan. Alasan mak dulu adalah kerana pekerjaan dia. Untuk mak dan aku pada ketika itu, segalanya masih belum terlewat. Tetapi apabila perkahwinan telah berlaku, dan zuriat telah bercambah, perlukah alasan itu dijadikan senjata untuk merungkai sebuah perkahwinan?

Aku terbayang wajahnya semasa pertemuan di majlis kenduri yang lalu. Renungan sepinya yang hampir tak berhenti tatkala aku memandu melewatinya. Tiada langsung senyuman pada raut wajah dia, dan aku sangkakan itu kerana dia kepenatan setelah seharian membantu menguruskan kenduri. Rupanya....

Apapun, aku mengharapkan moga Allah memberi ketabahan kepadanya selalu. Diberi kekuatan, menyamai kekuatan yang setiap hari kita harapkan untuk penduduk Gaza yang diserang kafir laknatullah. Moga ditanamkan keyakinan dalam diri Jal, diperkukuhkan jatidiri untuk dia menempuhi dugaan akan datang. Dan aku berharap, hubungan dia dan anak-anaknya tidak diputuskan seperti mereka memutuskan hubungan dia dan isterinya.

Insyaallah..~ 
 
 

Friday, January 09, 2009

351: high taste??

Salam semua..

Ada orang suka menuding jari pada orang lain untuk melindungi diri sendiri. Ape jenislah orang macam ni eh? Padahal orang yang dituding tu tak berdecit langsung pasal isu yang dia cakapkan tu. Isk~

Ada orang. Kata aku high taste. Pasal pilih lelaki laa nak buat suami. Masalahnya, ada aku kata apa-apa ke? Yang hari-hari aku dengar, orang tersebut dok kata 'takmo laaa orang kulit gelap, takmo laa orang pendek, takmo laa polis, isk taknak dah orang gemok bla bla bla' - macam laa orang-orang yang dia sebutkan tu nak kat dia. Hari-hari tau. Apsal aku plak dikatanya high taste?


Yang aku pernah cakap, aku suke lelaki kurus tinggi, kalau pakai spek rabun kire bonuslah. Itu je. Takde plak aku kata takmo laki itam kaaa kelabu kaa sabarudin tukang kasut kaa. Pastu ade pulak nasik tambah, kata aku cari yang chinese look je. Pulak??? At least aku tak kata aku takmo jenis orang gini-gini. Kekadang tu dah memang ditakdirkan lelaki yang aku suke tengok tu chinese look, nak wat camne?

Lagipun kalau betul aku high taste, suka ati aku laa taste aku. Kalau aku takde boipren skang sebab aku high taste laa konon², biar la kan. Aku tak kacau boipren orang dah kire syukurlah. Alah.. benda ulang-ulang, kalau korang rasa bosan - aku yang mengadap ni lagi laa terguling-guling kebosanan.

Dah memang kau tu high taste, sampai sume orang tau - jangan nak ngate aku plak. Sepak sampai cedera parah kang baru tau. Hai.. sabarlah hati.. Biarlah aku memaki-maki beliau dalam hati dan dalam blog je. Jangan sampai ketahuan pulak. Kalau ketahuan pun.. argghh malaslah nak pikir. Hari-hari aku dok dengar cerita pasal taste kau, tetibe aku pulak yang high taste? Memang High-5 laa tahap mangkuk tersebut. Huh!


Kat luar aku try to be cool je. Kang kalau aku start bercakap kang silap-silap leh jadi gaduh. Malas aku nak layan mangkuk ajaib berkata-kata yang ntahpape pasal hal ni. Tak matang. Aku tak attack orang, dan menjadi kemusykilan melihat orang seronok nak attack aku. Siap suruh aku terima budak itu. Ah ni lagi laa aku malas nak cite.

Yang bestnya. Kang dah cakap aku high taste itu ini, dorang patah balik. Oww.. jodoh tu takdir laa apa laa. What's wrong laa with these people?

Kesimpulannya:
~ tinggi, kurus, specky, chinese look (konon²) adalah ciri-ciri idaman orang high taste. gitu?

Poyolah.

# aku dah jelak siot. rasanye aku nak beli dartlah. leh baling² bile tensen. tapi nak letak kat mane laa pulak kat umah tu hurrrmm. silap² baling kang kene Anne pulak hahahah

Sebenarnya ade lagi satu mende yang aku cam nyampah² tapi macam malas pulak nak cite. Nanti kang dikatanya aku ni banyak aura negatif. Padahal aku 50-50 hahahah. Tak percaya? Semalam aku dok try satu kuiz ni.. and it came out with this results.. Aku paste resultnya jelah ye?
  • YOU are a person who is keeping things to yourself.
  • YOU are a bit more choosy on friends and only hangout with those whom you think are on the same frequency.
  • what YOU want in YOUR life is half still in dreams and fantasies.
  • YOU are weak in YOUR life and tend to be fragile.
  • YOU have a few good friends in YOUR life.
  • YOUR last relationship is not a good one and is not memorable to YOU.
  • when YOUR partner is around, YOU stick to him/her most of the time.
  • when YOUR partner is not around, YOU still flirt around with others.
  • Average ego..!
  • Humble personality.
  • average bond with YOUR friends.
  • YOUR partner is pure and good in YOUR heart.
  • YOUR partner is a very soft, smooth and humble person.
  • YOU seek YOUR partner whenever YOU meet problems.


Ada yang betul kot?. :okay:

Wednesday, January 07, 2009

350: baby yang tengah senyum. tapi tak tentu lagi hepi lama² :D


Salam sume..

Hai.. sapelah yang baik ati bagi adiah ni? Aku rasa nak tergolek memerang je masa member ni hulurkan adiah dalam kete. Dan bertambah rasa nak melompat-lompat laksana bebola katak lepas unwrapped the present. Aiyoooo makcikkk!!! Ko tau tak mende ni ade dalam wishlist aku?? Errr aku tak penah pun revealed wishlist aku ehehehehe, takat wishlist tempat² nak pegi adelah. Apepun, mekasih laa sebab adiah and belanja makan kat Sikret Resipi malam tadi. Mekasih bebanyak, dari Kemboja ke Ethophia. Haaa Acai! Akak takmo dah Sikret Resipi, nak makan kat tempat lain plak lalalalala~

(masih terharu lagi sambil belek² mp3 player tanda tak percaya)

Oh ye.. lupe plak. Untuk semua yang wish via sms, call, YM, friendster dan especially kat entry sebelum 2009 tu, mekasih bebanyak ye. Yang paling surprise rasanya bila Kapai call aku all the way from sumwhere in Arab Saudi. Aku tataulah nama tempatnya. Tapi begitulah. Terharu lagi. Dan kali ni.. sume abang-abang aku ingat besday aku. Bagus bagus. OOoo.. Angah lewat sehari. But still, ade jugek :)

(masih terharu lagi sambil belek² mp3 player tanda tak percaya)


Maaflah, terover excited pulak. Baby tak biase dapat adiah dalam wishlist. Jadi baby mau gerak dulu.

(masih terharu lagi sambil belek² mp3 player tanda tak percaya)

:puppyeyes:

Monday, January 05, 2009

349: Aku dah 29. Menakutkan.

Salam semua..

Apa kabau sume? Harap sihat belakalah hendaknya.

Cuti panjang kali ni aku habiskan depan tv. Menonton DVD Gilmore Gilrs series sampai terpengsan-pengsan. Hehehe. Aku suka Dean. Sayangnya tak panjang jodoh dia. Hurrmmm~
Dah lama tak menulis, sampai dah tatau ape nak cite. Jap nak pikir..

Dah masuk 29 tahun ni, aku terpaksa mengaku sesuatulah. Ok.. memang sikit-sikit ada rasa takut. Tapi taklah sampai makan tak kenyang mandi tak basah bla bla bla. Ia adalah ketakutan yang biasa. Aku harap aku boleh hadapi benda ni sambil tersengih-sengih. I wonder how it would be next year - I mean on my birthday, again. Masih takutkah ataupun teruja? Alamak.. baru fikir dah takut dah hahahaha.

Cerita lainlah ye? Cerita pasal aku pergi seminar kat Terengganu, ok tak?

Al kisah, flite kitorang pagi tu adelah pada pukul 7.05 pagi. Means sebelum subuh aku dah kena gerak ke LCCT - betul? Aku pergi sane menumpang kereta member, abang beliau anto. Dan nak dijadikan cerita, abang beliau secara kompius telah melanggar lampu isyarat merah. Bagi menambah perisa, ade polis kat situ. Nama pun tahun baru kan... hehehe. So merasa laa beliau saman RM300. Pagi-pagi dah ada hal. Huhu. Aku tak pernah kene kejau dengan polis, so masa kejadian tu aku ade sedikit rasa teruja. Tahpape tah aku ek. Ehehehe~

Kat airport macam kelam kabut. Oleh kerana kene tahan dengan polis tadi, makanya kitorang lambat sampai. Check in, pastu nak solat subuh dulu. Berkejau-kejau ke ketebang. Aku tak pernah order nasik lemak dalam ketebang, dan kali ni aku order sebab lapau sangat. Lagipun bimbang tak sempat makan, sebab once dah sampai sana dah start seminar. Kang perut aku bunyik² kang sape yang malu? Perut aku jugek yang malu. Makan, dan mekap secara pantas dalam ketebang kerana memang tak mekap ape-ape pon sejak dari rumah tadi huhu.

Touch down pukul 7.55 pagi. Shoot ke Permai Inn. Check in. Terus daftar, dan bersedia untuk seminar. Menteri Besar datang. Ucapan. Minum, makan. Gi qada' hajat dan beristinjak. Seminar pun bermula..

Tengahari ada lawatan teknikal - part ini laa yang aku excited nak pergi seminar ni hehe. Mula-mula dikhabarkan upacara round² naik bot dibatalkan sebab hujan. Tapi selepas aku merungut-rungut selama 15 minit (dorang tak dengar laa..), syukur cuaca elok sikit. Optional, boleh naik bot, kalau takot mati boleh naik bas je. Ye... aku rela mati demi kepuasan diri (padahal solat jamak belum lagi tuh isk²). Maka naiklah kami..


.. dan menuju ke sini..


Ku pikirkan penuh le satu masjid dengan kristal, rupanya aku terkuciwaa... Pastu jalan-jalan pulak kat Taman Tamadun Islam..


Tak banyak sangat gambar. Kat dalam tu most of them naik tram. Aku sebagai pemudi yang masih perkasa dan bersemangat juang - dah tentu say NO pada tram; errrr masa kat dalam TTI tu laa.. hehe. Rugi kalau ko naik tram dalam tu sebab ntah laa.. aku rasa tak syiok. Bukannya dia berenti, padahal kalau ko berenti kan best leh amek gambau, menelaah masjid-masjid tu sume pastu round dalam tempat pameran. Barulah ade makna sket. Takat bayau RM10 (kitorang free laa) pastu dok je dalam tram jamu-jamu mata, pada aku memang tak berbaloilah. Unless ko mengandung kaa.. untut kaa... buasir atau sembelit serta sampar ayam, mungkin boleh dimaafkan. Ceh, siap bermaaf-maafan pulak semata-mata hal tram.

Kita tamatkan kisah seminar. Esoknya seminar habis tengahari - yelah kan ari Jemaat. Flite kitorang lak malam. So siangnya dihabiskan untuk mencari kopok lekor dan juge tempat wajib bagi para pelancong cam kami ni... Pasar KePayang. Sapelah yang sebut 'KEPAYANG' tu ek.. I wonder.. hahahahahahahahh!!


Pergghh berkenan jugeklah aku sedikit sebanyak yang design terkini kaler kuning tu. Batik shiffon (aaa ade pulak laaa kawan aku ni tanye - batik shiffon tu kek ke kain. adoi laaaa hahahahahahah). Aku ni memang tak kuar duit langsung kat sane, just beli kopok lekor je. Tapi bila nampak kain ni...


.. macam suke plak. Tapi aku tak amek terus sebab memang aku takde duit nak beli, just chop je. Masalahnye skang, kain tu akan sampai ke tangan aku dalam 17hb ni padahal aku senornye takde duit. Dan nak meminjam semata-mata nak beli kain ni macam tak relevan la pulak. Aku dah pikir-pikir sejak aku berambos balik Shah Alam, kalau memang sampai 17hb tu bonus aku tak masuk lagi separuh, terpaksalah aku let go je kain tu. Huhuh, maafkan kakak ye, kain. Bukan niat membalas derita..~

Apa cerita korang?