Friday, February 27, 2009

369: Alkisah semalam


Mr Sivaji merenung pinggan nasik aku yang masih berbaki separuh. Ada daging kambing yang tak habis, dan tulang ayam yang tak dikokel dengan jayanya. Berkerut-kerut dahi dia - macam tak puas hati je.

I rasa tak bestlah tengok you makan macam ni, Mas
Nape?
Taklah. I tengok dari tadi you macam takde mood je. Makan macam tak selera, tak sedap ke?
Biasa je, kire ok la - not bad.
Sambung hisap rokok. Tapi macam tak selera je? You tengok ni *tunjuk pinggan dia* Haa ni baru namanya selera. Haaa yang tu *tunjuk pinggan staff lagi sorang* itu laaaaaaaaaaagi selera
Hehehe
I tengok you makan macam.. ape eh..
Tak menjiwai watak
Haa.. macam tak menjiwai. Tak sihat ke?
Ermmm.. perut rasa tak bestlah Mr Sivaji
Nape? Nak uk-uk?
Hahahahahah. Itu dah setel dah pagi tadi
Ceh~ Tak pun you order benda lainlah. Murtabak nak? Nampak sedap je.
Takmolah.

Aku pun tatau laa nape. Tapi memang semalam rasa semacam je tubuh badan aku neh. Masa gi ke opis-opis kat KOMTAR sanun, rasa seram sejuk je badan. Nak muntah pun ade. Jantung punya kencang berdebar memang mengalahkan genderang mau perang. Alahai... ape kene laa aku ni. Pastu rasa macam penuh angin je satu badan. Bukan angin nak marah, angin betul la. Sakit je dada aku sebab angin-angin tu semua takmo nak kuar. Buat hape dalam kat dalam tu, buat pusat peranginan kot. Huhu.

Oh.. Semalam aku ke Penang lagi. Hehe. Oleh kerana ade orang lain drive, aku cuma ganti mamat ni (sebab kesian tengok dia ngantok giler) dari area Gunung Semanggol sampai Tapah je. 1 1/2 jam sajork. Pastu Mr Sivaji plak.

Hana, setel sudah urusan kita. Hehe.

Minggu depan macam kena pergi Penang lagi. Minggu satu lagi macam kena pegi Terengganu pulak. Macamlah. Tapi macam iye je. Badan penat. Nak kata ape. Nature of work bak kata orang tuh. But still, aku suka apa yang aku buat sekarang.

:okay:


# ok la.. senang cakap. aku memang ade rasa cam terkecik ati. sebab aku pikir, sesibuk mana pun aku, cepat atau lambat - mesti aku akan bagi perhatian gak. bukan lama, tak sampai seminit pun. susah kot. tapi bila aku kaji pulak kedudukan aku dalam situasi ni, aku pun jadi malas nak bising walaupun kadang-kadang tu ter'rebel' gak. biaselah jiwa kalau dah kacau tu. aku memang tak reti nak cakap mende ni pada yang berkenaan memandangkan aku rasa kadang2 tu mende ni bukan isu pon. it just.. ntahlah. kalau aku yang macam tu, mesti lain pulak keadaannya. tapi kalau aku dibuat macam tu, aku jugak yang kene paham. sape nak paham aku? sape lagi - aku jelah. huhu. give and take. tapi kadang-kadang aku rasa aku yang banyak kene 'take'. bukan merungut, cuma nak bagitau je. aku ni pun satu hal. ntah sampai bila nak macam ni.

Wednesday, February 25, 2009

368: Ape cer?~

Salam semua..

Kecanggihan teknologi sekarang ni sebenarnya memang memberi manfaat pada kita yang menggunakannya. Dah tentulah semua orang pun setuju. Aku pun setuju. Internet contohnya. Menjadikan aku mengenali kamu dan kamu dan korang sume. Dan dengan internet juga aku mengetahui apa yang menjadi tanda tanya dalam kepala otak aku selama ini.

Otak pun rasa terapung. Hehe. Aku tak pastilah apakah perasaan ni. Blur ke ape ke. Biase je kot. Yang pasti, apa yang aku mahu tahu - yang tak mungkin aku akan dapat jawapannya kalau aku tanye direct pada orangnya - dah pun aku tahu. Tak sangka pulak aku boleh dapat apa yang aku inginkan. Hehehe.


Aku happy laaa aku dah tau~ Tapi yelah. Terasa aku cam jahat pulak. Takpelah, benda dah lepas.

Cite lain.

Patutnya arinie aku ke Penang lagi. Penang dan Alor Setar. Tapi tataulah Mr Sivaji pegi dengan sape. Mesti dia kesian kat aku sebab dalam dua hari ni aku asik jadi supir jeeee gi Putrajaya. Kalau dia bawak aku pun senornye bagus gak. Aku ni dah laa ade urusan yang tak berkesudahan lagi dengan dak Hana tu.

Nampaknye lain kali jelah beb.. huhu~
:sigh:

Monday, February 23, 2009

367: Apsal tah~

Salam sume:hi:

Dalam beberapa hari ni, susah betul aku nak tidor. Maksud aku, nak nyenyak laa. Sejak aku susah nak tidor masa malam nak ke Penang aritu, sampai laaaa ari ahad semalam - memang itulah penyakit aku.

Asik terjaga je. Panas sangat kot. Dan tetibe telinga jadi sensitip sangat. Ade jugak sesekali aku tersentak dari tidor sebab terdengar bunyik jantung sendiri, voleh gitu?? Pastu malam ahad ritu lagi laaaa pulak. Ada miskol sekali je pon, terus ilang mengantok aku. Huhuhu. Kesudahannya beberapa hari ni ku rasakan tubuhku seperti tidak berapa nak sihat. Bukan demam. Tapi... camne eh? Kepala berat, badan panas sket. Tapi alhamdulillah semalam hujan lebat sangat. So malam tu sejuuuuuk je. Tidor pon nyenyak. Syukur...~

Selera makan pun dah kurang sket. Kekadang tu aku laparrrr sangat, tapi bila makan - takleh nak abes. Sebu je perut. Rasa nak muntah. Apekah ini?

Sabtu aritu aku tunjukkan ubat pada Kintan. Pastu aku cite laa yang orang-orang lain makan ubat ni diorang rasa berdebar².

kalau berdebar² tu dadah tu Ctah! kata Kintan. Terus dia amek nama ubat tu. Katanya nanti dia checkkan. jangan makan lagi ubat tu, tunggu orang check, kata dia lagi. Aku diam je sambil angguk-angguk tanpa bermaksud apa-apa.

Aku berenti ke makan ubat tu? Hehe. Sambil taip ni, baru je aku telan lagi sebijik. Ade lagi sebijik lagi barulah abes stok. Cadang-cadang nak order lagi. Sebab belum nampak kesannya.

Ingatkan nak cite kat korang pasal aktiviti ujung minggu aku, tapi gambar² sume kat cik Kintan. Tunggu dia email laa nanti aku apdet eh!
:okay:

Nak jawab tag si Jarah ni hah.

Instructions:
Go to your photos folder in your computer. Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder. Put the picture on your blog and description of it. Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Bercirikan bizi bodi bukan tag ni? Gambar dalam folder orang pon nak tau :p hahahahaha. Folder keenam dalam komputer ni adalah gambar² masa aku gi outstation 3 hari ke JB tahun lepas. So ni laa gambar keenam dalam tuh.

Hah, puas ati? Nak tag sape eh.. Jap pikir..

..


..


..


..


takpelah, aku tak tag sesapa. Heh.

Friday, February 20, 2009

366: So Yesterday

Salam sume..

Semalam aku ke Penang, nengok site. Mati² laaa aku ingatkan gi Alor Setar (sebab Mr Sivaji kata gitu). Bergerak dari rumah aku dalam pukul 4.20 pagi gitu - ke umah Mr Sivaji. Kendian amek sorang lagi staff (baru ni) kat RnR Sg Buloh dan shoot ke sanun.

Sebenarnya malam tu aku susah betul nak tido. Sibbaik takde boipren, kalau tak memang aku kaco diri beliau itu hueheheh. Panas giler ah! Rasa nak meniarap atas lantai tapi takleh laa mempertaruhkan kesihatan aku. Huhu. Sepanjang perjalanan pulak aku takleh nak tidor walaupun ade rasa mengantuk, sebab aku co pilot huhu. Kebetulan topik yang Mr Sivaji borakkan pagi tu sangat² menarik untuk didengar. Aku teruja sampai saket kepale sebab tak cukup rehat.

(ada banyak benda dia cerita sebenarnya. antaranya mestilah pasal family. Mr Sivaji memang rajin memuji wife dia. walaupun dah 27 tahun usia perkahwinan, tapi memang nampak dia betul² appreciate his marriage. masa dia dok bercerita, aku terpikir gak - mungkinkah agaknya aku akan dapat suami yang akan terus memandang aku dengan pandangan yang sama walaupun nanti aku dah tua. masih sayangkan aku walaupun dah bercucu. huhuhu. yaaa tacing di situ yaa kawan²)

Sampai di tempat kejadian around 9.00 am. Ada setengah jam lagi sebelum agenda seterusnya, aku cadang nak membuang tapi..... toilet... huhuhu lagi. Dalam pukul 10 pagi baru laa kitorang gerak gi tengok site. Oh lupe nak cakap, aku jumpa dak Hana - dah tentu²lah sebab kami kan kerja ala² sekongkol gitu. Half way masa tengok site tu aku masih ok lagi. Tapi bila dah lepas makan (pun tak berapa beriya sangat sebab aku tengok lauk² tu sume cam berputar² gitu - pening kot) aku pun tidooo laa dalam bas. Hahahaha. Tapi tak lama laa pun. Jadilah, daripada takde langsung.
Balik ke Shah Alam tengahari tu jugak. Mr Sivaji soh aku drive. Maka drivelah aku dari Penang sampai ke hentian ape tah yang lepas Tapah tu. Dan jejak kaki dalam umah lebih kurang pukul 7.56 malam.

Cite pasal piknik yang bakal dijalankan.

Lupe nak letak email aku. Apa² hal korang emaillah kat masyita4180@yahoo.com ye.Kite berbincang kat sanun je eh eh?
:woooh:

Wednesday, February 18, 2009

365: Ayoh kita berpesta!!

Tu dia tajuk.. ala² lupa diri dan maruah gayanya! Hehehe.


Gini ceritanya.. Ekcely daripada cuti Thaipusam aritu aku dah teringin nak gi piknik mandi-manda. Tapi tak terungkap dengan perkataan. Pastu aritu dok berbual dengan kanda Kurzz via YM, terkeluar lagi cite ni. Oleh kerana ada geng yang berminat, ku contact sohabat yang kelihatannya amat gemar dengan aktiviti membasahkan tubuh ni iaitu si kurus Anul.

Berdasarkan perbincangan sederhana pendek kitorang semalam, cadangnya nak bermandian di Ulu Yam pada ari Ahad, 8 Mac 2009. Bila dah masuk dalam entry ni maknanya aku nak ajaklah korang yang tengah baca ni untuk menjoinkan diri bersama². Rasanya kita buat stail potluck laa eh? Dak Anul tak aci wooo dia nak bawak paper buat alas je hahahahaha!

So camne uols? Meh laa join! Kalau ade cadangan untuk ke tempat lain, pun dialu-alukan. Tapi takmo Hutan Kanching eh sebab aku dah penah pegi (lagipun kang aku tacing kat situ sape nak layan huhu). Kirenye ni cam Gath-Picnic laaa gitu. Sape² yang tak pernah jumpe aku, lagi syiok kalau join. Malaslah aku nak bagi contoh hahahaahha.

Kalau berminat, droplah komen dan cadangan korang kat sini. Sape² yang serius, sila tinggalkan email supaya aku leh contact korang direct by sms (takleh by call, suaraku begitu berharga hihi). Nanti boleh kita bincangkan untuk arrange transport kaa (bukan sewa bas, ni kes tumpang² kete ke), nak jumpa kat mana, sape nak bawak ape, tema pakaian ke dan lelain lagi.

So guys, hit it!
:lamagawa:

Monday, February 16, 2009

364: tekalah umur ai berapa lalala~

Salam sume..

Mengantuknyeeee ya Allah... ampunkanlah dosa aku kalau kerana dosa aku mengantuk macam ni (mungkinkah?). Kalau nak diikutkan, aku tatau nak cite ape. Ade jugek satu cite ni hah tapi nanti kang korang kata aku perasan lak padahal memang betul per kejadian tu berlaku. Ah tak kire, nak cite gak!

(Anne, Minnie - jangan muntah ok hahah)

Ok. Alkisahnye lepas aku dengan Anne berloba-loba kat Midveli dengan Dyana, kitorang pon pulanglah ke pangkal jalan. Pastu terasa nak singgah PAS sebab nak beli sebijik barang yang aku janji nak belikan untuk abang aku. Macam biasa bila dah tiba kat PAS, dah tentu kami akan melaksanakan tanggungjawab sosial iaitu melawat Minnie kat kedai beliau. Kebetulan masa tu dah maghrib, so aku pon pegilah solat dulu sebelum meneruskan aktiviti wajib kitorang bile berjumpa iaitu makan (lebih kepada bawak Minnie gi makan sebab tanpa kitorang, aktiviti makan untuk dia adalah mimpi sajork ahahha).

Cite bermula masa ni la.

Aku pegi sorang² je ke surau tuh, naik lif. Masa aku baru sampai tu kebetulan ade laa dua tiga ketul bebudak lelaki ni kuar dari entah mana tah (lepas tu baru aku tahu diorg kuar dari area tangga). Kendian salah sorang budak tu pon tegur aku.

kak, surau kat tingkat berapa eh?
tingkat 5

Pause dalam dua tiga saat, pastu dia pun sambung.

awak keje sini eh?
Geleng
belajar?
Geleng
sorang je ni bole laa ngurat
Senyum. Situasi ni biasalah. Aku tengok baju budak tu. Oooo keje kat situ. Dekat je dengan umah aku.
dah kawen ke?
belom. Aku rasa poyo giler ah keadaan ni. Rasa nak gelak guling² pun ade tapi nantilah.
wooo ok laa tu. boleh laa saye ngorat. bole ke?
Senyum macam tadi. Aku bukan senyum malu² ok. Senyum tengok telatah budak² nih.
ok laa senang cite - kuar henpon - saye nak nomo tpon awk
Hoooooooo mek terbeliak.
cepatlah, saye dah abes gentle ni.
errr..

Bla bla bla. Ikut sampai dalam lif. Desak² lagi. Last-last tu aku bagi je. OoOo suke diingatkan bahawa aku bagi atas beberapa sebab. 1st, untuk elakkan dia folo aku sampai surau tuh (reputasi ok), and 2nd - sebab hp aku leh block nombor. Hahaha. Kalau dia kaco² and aku rasa menyampah, aku block jelah nombor dia, ape susah ye tak?

Nak cite part yang paling best sebenarnya. Hahahaha. Dia tanye umur aku berapa.

teka le
21?
bukan
22?
bukan
ok laa last - 23. muka cam budak² je


Hahahahahahah!! Itu jelah aku nak cite lalalalalala~
:woooh:

Thursday, February 12, 2009

363: JB - Leher - Kawen - Bogel - Perak

Salam sume..

Tengahari hari Isnin aritu, aku dapat sms daripada Mr. Sivaji. Aku diarahkan ke JB esok pagi. ‘Pagi’ dalam konteks opis aku ni biasanya pagi-pagi buta. Blind morning kata orang kampung aku.

Maka keesokan pagi butanya lebih kurang pukul 3 pagi, maka bangkitlah aku dari pembaringan yang berbahang panas pada malamnya untuk mandi manda. Sangat semangat semasa mandi bukan sebab aku ‘lapar’ sangat nak ke JB, tapi memang panas giler ah ding dong. Tunggu punya tunggu, nak dekat sejam kemudian barulah mereka yang berkenaan tiba di rumah untuk mengutip aku yang sedang menyejukkan diri dalam kereta. Heh. Panas dowh.

Singgah di Kota Tinggi sebab 2 orang opismate aku ada meeting di situ. Aku dan sorang lagi terpaksa naik teksi ke JB. Layan mata laa sepanjang perjalanan yang sejam tu. Ngantok giler. Dah sampai sana, belek² fail projek sebab aku memang tak tahu progress projek ni sejak aku balik daripada site aritu. Huhu. Dapat idea sikit² je sebab report tuh bukan aku yang buat. Huwaaaa!!

Alhamdulillah meeting berlangsung dengan santai. Ketua projek tu pon nampaknya easy-going. Walaupun dia tu kang sket² tanye aku (huwaaaaa rasa nak pengsan je tiap kali beliau menyebut namaku yang catchy ni), tapi aku pasrah. Mungkin jurus muka-konfiden-tau-padahal-blank aku pada hari tu amat menjadi. Apapun, aku ada rasa sedikit terkilan sebab tak sempat menjamah karipap sardin yang disediakan. Ini berlaku kerana aku dipanggil dengan tegas oleh pihak pengurusan kumbahan supaya menghadap mereka dengan sepantas kilat impak maksima. Atau dalam erti kata lain, aku dah rasa nak terkucil sesangat. Hehe.

Petang tu jugak balik Shah Alam. Sempat jugak aku melayan sate goreng sepam sebelum bergerak-gerak khas. Sedap. Macam sate. Dah tu.. takkan rasa macam pam pulak, ye tak?

****

Sakit leher aku datang lagi. Macam biasa, datang tak bagi salam. Biadap betul. Tapi aku macam biasalah, redha sesaja. Bila ramai yang cadangkan aku makan kalsium sebab aku asik krem je, mak aku pon ape lagi – dengan gopoh dan gelojohnya beliau membelanja laa aku kalsium sepam (sepam lagi). Tapi akak ipau aku suruh aku makan magnesium jugek, kata beliau, it takes two to tango (dia tak kata macam tu tapi aku anggap macam tu la). Kalsium dan magnesium bagaikan sepasang kekasih; Uda dan Dara, Romeo dan Juliet, Mawi dan Ekin, Norman Hakim dan ..errr... dan juga .. oh malaslah nak masukkan unsur politik.

Maka atas sebab² keserasian yang wajib dikekalkan, aku pun menyambar gabungan keduanya. Agar kita hidup bahagia. Jangan Pisahkan, bak kata Deddy Dores dan Mayangsari.


Sebijik ubat je dah sebesau ibu jari aku. Mahal pulak tu. Nasib baik mak aku belanje. Ehehe. Mekasih mak!

***

Nampaknya ramai dah update pasal perkahwinan blog-selebriti a.k.a Chika. Maksud aku, orang-orang yang pergilah. Mekasih Kak Maya dan Anne yang sudi menemankan aku ke sana. Kalau nak harap aku datang sorang, memang takde makne. Eheh.




Sempat snap dua ketoi je, pastu bateri kamera pun kong. Ape punya sengal ler aku malas nak charge malam tu. Memang gambar aku dengan pengantin takde. Tak sempat. Huhu~ Aku cilok² je jumpe Chika dalam bilik perantin. Sangat happy bila dia menyeru namaku yang catchy tanpa ragu² bila dia ternampak aku memandang dia dari kejauhan (kat pintu bilik je).

Kak Mas!

Mek terkesima sambil mengalirkan airmata - bagaikan tak percaya pulak. Kenal eh? Tu laaa sape soh letak gambar sendiri dalam blog (kata² untuk diri sendiri). Kan orang dah kenal. Hihi. Suke sangat tengok mekap yang simple. Kaler tema yang unik. Dan kari kambing kegemaranku turut berada di tempat kejadian. Walau bagaimanapun, aku tak hentam bebetoi makanan kenduri. Tipikal me – memang kurang selera makan kat kenduri kawen. Kecuali kalau kau suap aku. Siapa kau? Kau la. Hahaha.

Tak dapat berlama-lama walaupun di dalam hati ada cinta. Eh. Ade keinginan untuk stay lama². Masalahnya kakak belom solat zohor. Sangat bimbang dikompangkan di akhirat, maka kakak pulang dulu sebelum sempat bergambar bersama pengantin. Sian sangat kan kat diriku? Takpelah. At least aku dah sampai dan memenuhi jemputan di samping memenuhi perot dengan makanan. Oh ya, dan subinier juga berjaya memenuhi telapak tangan. Hehe.

Selamat Pengantin Baru, Chika! Moga kekal bahagia sampai bila2.

Sape² yang nampak dan berupaya mengecam aku kat kenduri Chika pastu tanak tegur, sila ketuk ketampi atas pelamin. :okay:

***

Ada orang ugut aku semalam. Katanya nak super imposekan gambar aku dengan orang bogel, pastu nak sebarkan kat internet. Kalau betul laaa lelaki neraka tu buat dan korang terjumpa, bagitaulah aku. Nak jugak aku tengok (eh tengok ‘diri sendiri’ dosa tak?hihihi). Pray for me, guys. Moga-moga dia carikan body yang lawa untuk aku. Kahkahkahkah!!

Super impose konon. Eja ‘BOGEL’ pon tak reti, ada hati nak pedajal aku. Hark ketuihh!~
:siga:
***

Ok ok. Sikit je pasal politik. Hal kat Perak tu kan. Korang perasan tak? Semua orang dok kecoh sana sini – demo laa, report polis laaa, nak saman Sultan laaa (mengong betoi). Tapi kan, ade laa orang tu rileks je. Cam takde mende. Cool laa pulak. Cam CoolRhino.

Agaknya dah nak pencen ni memang macam tu eh? Dulu masa arwah abah aku nak pencen daripada tugas guru besau dia, aku tengok bizi jeee beliau. Tapi yang ni, rileks la pulak. Cuma ujung-ujung aritu je baru dengar sora dia. Hurrmmm~

Nama sama. Tapi tetap berbeza.

Monday, February 09, 2009

362: Jawab tag

Salam sume..

Masa belek² blog Kak Mya aritu, baru perasan dia ade tag aku. Alkisah memang tak perasan laa sebab akak aku sorang ni rajin bebenau apdet blog, dengan gambar satu bakul sekali upload hahahah. Kekadang tu aku rasa panjang giler entry beliau tapi tertipu sebab banyak gambar itu menjadikan entrynya panjang. Korang paham tak? Tak paham sudah. Hahahaa.

Tagnye begitu kemudahan sekali.

RULES:

The rules are simple. Use Google Image to search the answer to the question below. Then you must choose a picture in the first page of the result ( Gambar dekat 1st page je), and post it as your answer.. then tag 6 other blogger/ reader/ people...
the tag start.. now!

i'm.. (plain)
i really want to go to (korea) hihi

my favourite place (home) --> berangan laa nk ade umah cenggini

my favourite things (my bed, my cam n my house)

my favourite drinks (coffee)

my favourite food (domino's) --> sbnrnye tgh tingat nk mkn ni huhu; nak nipiss

my favourite color (brownish)

i live in (shah alam)

i was born in (melaka) --> tp bkn kat dpn A Famosa ni laa

my school / college (UiTM)

my favourite series (Criminal Minds)

my hobby (travelling)

i wish (i'm happier than today)

Sape nak buat tag ni, dipersilakan..

Friday, February 06, 2009

361: Personal Network


Salam sume..

Selain dari blog, aku yakin sangat² korang ada membina network lain dalam internet ni - betoi tak? Friendster, MySpace, Facebook, Fotopages, WAYN, Hi5 dan segala macam laman lagilah yang tak dapek den nak listkan satu². Untuk aku, Friendster aku je yang aktif, yang lain tu sume aku tak layan sangat. Fotopages pun dah lama tak apdet since Acai kata Fotopages ni hakmilik Israel (info lanjut gi laa tanye beliau). Tapi sejak akhir² ni, ade satu akaun hola-hola aku tetibe je jadi aktif.

Korang ada Tagged? Ekcely ntah bila aku register Tagged ni pon aku tak ingat. Bila tengok² balik rupanya dah lama gak akaun Tagged aku ni - since 2006. Cuma lately ni je ntah apsal tah rancak pulak kat situ. Kalau tak silap aku sejak 2 bulan lepas kot, tetibe je kotak mesej aku didatangi dengan macam² jenis mesej dari entah sape². Kirenye kalau dulu aku invisible, so skarang ni macam kat atas stage la pulak (itu perumpamaan je, bukanlah nak kata tetibe jadi artis plak).

Ada mesej yang pendek, yang panjang - yang cam harem, yang best. Hah. Ada satu mesej yang dapat ni memang powerlah. Meh aku tepek sat kat sini sebagai pedoman dan panduan untuk kasanova² di luar sane ehehe (eh aku tak kata budak ni kasanova tau).
Hi..assalamualaikum..ape kbar? nama sy k***i..so ashemed,don't know how to start my words ;-) Actually i nie susah nk online..suddently tertarik dan suke bila terpandang u..if u dun mind to gv me hand to built the friendship, much appreited ya ..i sincere..my number 012*******.u? i promised to keep it as P&C..n also my number ya.. Dont know why dalam ramai2 kt sini dengan u jugak yg i minat dan excited untuk nak berkenalan dan berkawan..hopefully u sudi terima i sebagai kawan baik u..i pun sebenarnya susah nk bg no phone i nie..tapi.entahlah..tengok u macam ade chemestry je.i cuma yakin dengan diri i jer..hope u tak salah anggap yer..its my pleasure to friend with u.... =) ikhlas dr i...its ok...i jenis tak suka memaksa..yg i tahu,i akan hormati u seadanya.kalau terbuka pintu hati u..just leave ur number here..sure i will hope n waiting for u..n i will sure to not bothering u when u're busy..i faham..sometimes tu i pun quite busy..byk commitment pada keje..;-) hope u sudi..gudluck in ur life... take a gudcare..;-) salam ikhlas dari sy.. luv, *k***i*
Tu dia.Terkesima tak? Hahahaa. Aku masih tak contact lagi budak ni. Try usha² profile dia, pergghhh hensem dowh mamat ni. Biau betul. Tapi takpe. Kendian² tu banyak gak mesej² gini yang aku dapat. Mostly dalam English which I doubt ntah betoi kaa tak budak² ni tulis kaa atau kopipes mana² kaaa atau memang automatik dorang send kat sume orang.

Aku cukuplah tak berkenan kalau ada orang asek dok ulang² soklan yang sama. Cam aritu aku siap sound (slow jelah) sorang mamat ni sebab sepanjang berbual tu, ade laa 3 kali dia tanye aku keje ke blajau lagi? Watdehel laa. Letih aku nak jawab soklan sama berpuluh² kali.

Keje ke blaja?
Keje katne?
Dok katne?
Keje ke blaja?
Keje katne?
Dok katne?
Keje ke blaja?
Keje katne?
Dok katne?
Keje ke blaja?
Keje katne?
Dok katne?

Adoi laaaa.. Letih! Tapi yang paling jahanam skali kalau dorang mesej, pastu tanya nama aku apa. Takleh kaa study sket profile aku before tanye soklan² kurang bijak cenggitu. Bukan complicated mana pon profile aku tu. Takat nama je pon. Aiyoooo. Tapi yelah. Aku rasa mende² ni bukannya something serious - eventho ade yang gunakan network gini untuk cari jodoh (macam Penyu hihihhi). Cumanya, takkan laaa ko antau mesej kat orang yang ko tatau namanya? Bukankah tindakan tersebut agak harem jadah sedikit sebanyak?

Dats why aku appreciate sangat orang yang mesej aku kat network² gini DAN sebut nama aku. Barulah aku terasa macam ko bercakap dengan aku. Ini dah laa main terjah je, pehtu leh plak tanye nama aku sape. Jawapan simple aku kepada soklan simple macam tu ialah : ape kata awak pegi baca profile saye dulu, voley?

Leceh tau!~
:tsk:

Wednesday, February 04, 2009

360: Tak Akan Lagi

Usai solat maghrib, aku mencapai Al-Quran yang sedia menanti untuk dibacakan. Menyentuhnya kali ini, entah mengapa tiba-tiba membuatkan aku terkenangkan dia. Hati jadi bisu. Menghela nafas panjang. Dan aku pun mula membaca kalam Allah ini.

Habis beberapa muka dan menyudahkan bacaan dengan doa, tangan mencapai telefon yang tersadai di atas katil. Berkira-kira mahu menghantar sms atau tidak. Aku pilih salah satu sms untuk disampaikan, dan terus menekan butang ‘send’.

Sementara menunggu balasan, fikiranku menerawang. Aku berharap, moga dalam beberapa tahun ini, kematangan bakal membezakan pendirian dia. Dengan kemuliaan pada hati dia yang pernah aku saksikan dulu, aku benar memohon dalam hati – moga kali ini layanannya akan menjadi manis.

Tak lama. Sms pun berbalas. Santun, malangnya nomborku tidak dikenali. Aku terasa-rasa kesamaannya seperti tahun-tahun lepas. Dan setelah aku kenalkan diri, santunnya pun lenyap. Semua jadi sunyi. Menunggu, dan tunggu lagi. Kemudian aku utuskan sms – mungkin yang terakhir.

Kalau tak ingat, takpelah. Kalau ingat tapi tak nak ingat pun takpe”.

Memutar semula apa yang telah berlaku antara kami. Memang mengelirukan. Entah mana agaknya kesilapan aku pun tak pernah dia suarakan. Tak pernah dikhabarkan. Seolahnya hari ini dia di hadapanku, dan esoknya jejak dia pun bagaikan tak pernah wujud di dunia ini.

Dia, ketika itu. Insan yang mengatakan, merasakan tiada langsung perubahan. Menafikan setiap gerak hatiku yang beberapa kali aku suarakan padanya. Sedangkan yang berkata itu sendiri tahu, kebiasaan yang dikatakan itu sudah terhakis – lama. Dan malang, kerana hanya aku yang menyedari.

Melihatkan tingkahnya begini, benar-benar membuatkan aku tersenyum sinis. Kau tahu, aku benar impikan impak yang berbeza akan datang dari manusia sebaik dia. Rupanya ada juga manusia yang mulianya mungkin hanya terkesan pada insan terpilih. Yang pastinya bukan aku. Tapi sekurang-kurangnya berilah pengertian. Aku pun bukan mahu menuntut dia melunaskan setiap patah janji yang pernah ditabur pada aku dulu. Cuma aku mahu melaksanakan apa yang aku pernah katakan pada dia satu masa dulu.

Kita kawan untuk kahwin. Tapi kalau tak jadi kahwin, kita tetap kawan.

Dia setuju. Ya. Aku memang telus dalam beberapa perkara, termasuk hal ini. Dan setiap kata-kata yang aku ucap, sedaya upaya aku kotakan. Aku bukan bercakap kosong. Bukan.

Nampaknya dia lebih mudah didekati andai aku insan yang tak dikenali. Sejurus mengetahui yang tak dikenali itu aku, nampaknya...

Paling tidak, katakan saja kau benci. Kan itu lebih mudah untuk aku membuang kamu.

Inikah berakhirnya
Hidupku yang ku rasa tidak secantik potret yang terlakar di kaca
Inikah makna cinta
Datangnya berbunga bunga belum dijamah pahitnya jelas terasa

Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang

Dari satu hujung ke satu penghujung berlari
Tapi hanya makin ku jalani
Jalan jalan yang sempit sekali
Imbasan warna warni cerita cerita dalam hidup kita
Hingga paling kelam kan terpapar di slot akasia

Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang

Jauhku fikirkan tentang kita tanpa kita
Sedalam dalam kita mencari jawapan yang sama
Mungkin berbeza antara jalan yang ditentukan
Namun ku percaya jika mata ditutup di situ ada cinta

Berpasangan insan telah dijadikan
Dalam satu jiwa bakal mewujudkan
Bermusim kegelapan dapat dipinggirkan
Namun kita manusia senang dibutakan
Menyintai bukan untuk disakiti
Sejambak bicara harus ditepati
Carta belaian jiwa dilonjakkan tinggi
Tak menjunam jatuh menghempas ke bumi
Sejati itu yang kau ucapkan
Sebuah melodi dan hanyalah satu ungkapan
Kata kata lontaran sekadar ukiran hiasan
Takkan berbunyi bila bertepuk sebelah tangan
Setinggi mana tak guna nak dikecapi
Tiada dua satu jiwa tiada erti
Tiada lagi rekaan khayalan mimpi ngeri menyelubungi
Hanya meniti hari meneliti hati


The Fabulous Cat - Slot Akasia

:astig:

# poyo!

Monday, February 02, 2009

359: Bohsannyee~

Salam sume..

Aku macam tatau nak tulis ape. Aku ubuh je gambar² masa ke Hulu Terengganu aritu eh. Sape ade soklan, angkat tangan.

Kat pekan sehari pon nak posing
Eh suka ati aku la, dengki apsal? :p


Takot² berani. Kira berani² buah la?


Nampak tak aku yang ketakutang tuh? Hahahaha~



Sibbaik sedor diri motif datang nak wat keje, kalau tak.. Dah lama aku terjun chikungunya (sebelum tu pikir panjang dulu, bawak ke tak baju spare eheh)


Bahasa Melayu lama. Banyak tak paham dari yang paham. Huhu~


Cantek. Nampak tenang je kan? Tapi inilah spot orang mati lemas yang ramai. Ade pusar air katanya kat tengah nun. Tema tempat ini aku namakan : Tempat yang tenang jangan disangka takleh mati lemas.


Posing konon padahal nak nanges dah ahahahahaha (tipu laa tu nak nanges). Aku takot ok. Sebenarnya sebelum pegi aku sangat eksaited nak menyusuri Tasik Kenyir ni. Tapi bila dah sampai dan dah tau hakikat sebenar tasik ni, serius aku rasa seriau. Huhuhu~



Mokcik the dreba bot yang mengagumkang. Hehe.
Gi la tengok ikang tu.. kata mokcik.
Tak mboh la mokcik.. nok balik huhu kata aku yang ketakutang.
Mokcik pong gelokkang aku. Huhuhu~


Sorga dunia!
:woooh: