Monday, March 30, 2009

380: Please Pray~

Aku ada satu cerita yang sepatutnya didahulukan daripada mana² cerita yang happy dalam entry² sebelum ni sejak aku balik dari Ganu aritu. Aku harapkan ia akan jadi lebih baik, tapi kehendak manusia memang jarang akan dipenuhi sepenuh-penuhnya.

Awal bulan aritu, Kak Ina dah pun selamat melahirkan anak sulung yang ditunggu² sejak tahun 2006 tuh. Cuma masalahnya anaknya lahir tak cukup bulan, dan dia terpaksa di'gunting' (arrkk pengsan pengsan). Aku tak sangka pun yang akan ada keadaan sukar lepas tu huhu. Khabarnya anak dia tak sampai 1 kg pun - adehh keciknye. Huhu~ Dan semalam aku diberitahu yang usus anaknya bocor pulak. Kesiannyeee baby.. huhuhu. Kemungkinan besar dia akan dibawa ke HKL hari ni jika keadaan dia dah stabil (baby baru baik demam kuning).

Sejak aku dapat berita kelahiran anak Kak Ina sampailah sekarang, aku still tak berani nak call dia. Bukan sebab aku tak peduli, atau terlampau sibuk sangat sampaikan takde masa langsung nak angkat telefon dan telefon dia. Bukan. Aku sebenarnya tak sanggup nak dengar Kak Ina menangis dalam telefon :( Serius, aku takde kekuatan macam tu.

Dalam hal-hal yang menyedihkan kawan-kawan aku, aku percaya ramai yang akan melihat aku sebagai manusia takde perasaan. Mungkin sebab aku nampak macam tak kisah. Tapi dalam hati, aku pun tak tahu nak cakap camne.

Aku cuma berani SMS Kak Ina. Dan aku mintak maaf sangat-sangat pada dia atas kelemahan aku yang satu ni.

org x brani lg nk call akak, org takot nanti org nangis bile akak nanges - camne org nk bg akak semangat klu dh mcm tu :( Sambil menaip SMS tu pun airmata aku dah bergenang. Aku kesalkan sungguh kegagalan aku menyiapkan diri untuk bersama-sama berkongsi kesedihan dengan dia. Mak aku kata aku kedekut kasih sayang. Ntahlah betul ke tak, tapi kalau dah mak aku cakap camtu - betul kot? Ntah.

Sebab tu aku segan, malu kalau ada kawan-kawan aku yang anggap aku bestfriend dorang. Aku ni manusia yang terlalu banyak kekurangan, banyak kelemahan sampaikan satu masa nanti, semua kekurangan ni akan menyebabkan kawan-kawan aku terasa hati dengan sikap aku yang nampak macam tak peduli. Tapi jauh di dalam hati aku, aku sebenarnya percaya bahawa aku ni masih lagi manusia yang punya jiwa dan perasaan. Cuma mungkin aku tak pandai nak tunjukkan yang aku peduli, dan tak berani tunjukkan kerana memang aku pengecut (?). Ntah.

akak baca msg Mas ni pun dh nanges. See? Teruknya aku - yang berani menemani hanya pada waktu senang, tapi menyorok² dan hanya mampu memandang dari jauh masa dia kesedihan. Kalaulah ini dosa, moga Dia ampunkanlah aku. Aku memang tak mampu.

Kawan-kawan,

kata orang, doa manusia kalau diulang-ulang insyaAllah akan dimakbulkan. Doa daripada 40 orang manusia katanya lebih mujarab. Aku tak pasti, adakah orang yang membaca blog aku ni seramai 40 orang? Tak pasti. Tapi aku mohon, selepas anda semua membaca entry ni, sama-samalah kita berdoa agar anak Kak Ina selamat hendaknya (nama anak dia pun aku tak berani nak tanye, teruk kan aku ni huhu). Sebagai salah seorang kawan dia, aku tau bermacam-macam kesedihan yang dia lalui. Penyakit ayahnya pun belum sembuh lagi, sekarang anak pulak. Selama ni pun aku hanya mampu mendengar cerita dia dan bercakap benda² yang aku rasakan wajar.

Tapi sekarang, aku hanya mahukan doa² kita semua untuk membantu dia. InsyaAllah.. moga Allah perkenankan hajat yang satu ni... Amin..~

Friday, March 27, 2009

379: Mimpi je..

:hi:

Sebenarnya, beberapa hari lepas aku mimpikan orang tuh. Errr ntah apsal tah. Nak katakan aku dok teringat kat dia, takde le sangat (aikkk apsal stetmen cam stetmen kantoi neh??). Mebi sebab siangnya, ada tersebut pasal dia kot. Kot laaa..

Alkisahnya masa kat opis. Petang tuh kami bersibuk-sibuk menyediakan surat untuk diposkan pada macam-macam jabatan untuk satu projek kecik yang kami handle. Sambil menenyeh surat dalam sampul pos express tu, aku selak laa antara banyak² surat tu - saje nak sibuk. Dan kebetulan aku terperasan nama aku pun disenaraikan dalam surat pemberitahuan sebagai salah sorang yang akan handle mende ni. Bukan exact handle laa pun, terbabit laa kirenya.

Pastu aku pun terpikir. Errr...~

kat ***N ade {nama projek} ke eh? aku tanya kat opismet
ermm.. eh tak mustahil ada
aku telan air liur. hauslah :p
ha'ah eh? Mas tak tanye ke dia? kot laa ada, kite kene mintak feedback gak
errrr kene ke? malaslah
. tapi rasa cam tak patot plak, macam tak pro gitu hahaha
alaaa apa salahnye. heheheh. ape nama dia? lupe plak
sarokhan (bukan nama sebenar hahahahaha) aku jawab sambil wat² tak interested
haaaa sarokhan. kalau betul, kitorang antar Mas jelah jumpe dia
errrrr... takmo ah huhuhuh
. ye ke takmo? *wat muka gusip kat diri sendiri*

Ekcely kalaulah betul-betul jumpa pun, aku rasa takde masalah kot. But still, kalau boleh diminimakan kemungkinan untuk itu, lagi bagus. Sebab apa eh.. Kalau boleh, aku mahu yang masih menyimpan perasaan tu (kalau ada lagi) biarlah aku je - bukan dia. Bukan apa.. aku tak attached dengan sapa² lagi dan aku tak perlu jelaskan apa² pada sesiapa. Err aku bukan kata dia ada hati dengan aku lagi, tapi bila berjumpa tu... Cara dia pandang aku, dan bercakap tentang aku - sikit sebanyak masih lagi macam dulu. Mek guguplah.

Ah bukan nak cite pasal perasaan ler. Mimpi.

Aku mimpi dia berprofession lain. Uniform gitu. Motif laa mimpi beruniform bagai. Hohehohe. Tapi tang dia bawak kete takde bumbung tu, rasanya aku penah mimpikan benda yang sama 6 tahun dulu. Masa tu member tu vangga laaa aku mimpi dia bawak kete macam tu hahaha.

macam ni laaa rupenye dalam mimpi tuh

Gaknye kalau aku cite kat dia, mau laa tersedak² dia gelak. Hehehehe. Tapi aku takde laa macam Anul mimpi nak make out laa ape laa takde maknenye. Dalam mimpi tu, aku just sms je dia yang aku nampak dia (tapi pastu berbalas² sms tu pakai kertas - sms zaman batu kot?). Setakat tu je laa hehehe.

Errmm.. rasa macam nak termenung pulak. Hehe~

Have a great weekend!~

Wednesday, March 25, 2009

378: Menghitong Hari~

Hari ni dah 25hb. Maknanya kurang 3 bulan dari sekarang. Sejak bulan lepas, aku cuba mengumpul duit. Bimbang laaa, bimbang bila tiba masanya aku takdok duit nak dipegang.


Nak kata aku bertungkus lumus sangat pun takde laa sangat. Almaklumlah. Tak berapa nak rajin. Hahahaha. Tapi boleh dikatakan, elaun aku pegi ke sana sini bulan lepas dan bulan ni, aku tak berapa nak sentuh. Nasib baik laa selera makan aku ala² takde masa kat Ganu aritu. Selamat duit aku. Syabbas bettiiii *sambil tepuk perot sendiri* Duit claim bulan lepas pun sama, belum terusik lagi. Tak berani nak usik. Huhu~

Kalau sungguh bagai dikata, insyaAllah gaji akan masuk arinie. Kalau betul lah. Dan kalau betul, aku kene asingkan duit belen gaji bulan lepas untuk mengelakkan berlakunya adegan berloba-loba yang lama sudah aku tinggalkan (lama ke? huhu). Dan nasib baik jugek takde sale skang ni - eh ye ke? Ntah la. Aku pun dah kurang rajin merayap ke JJ. Takotttt. Takot terguda dengan keindahan bersoping.

Harap-harap kesihatan aku baik sajork - batuk je sket. Aku perasan perubahan sistem tubuh badan aku yang ada masanya sensitip bukan main. Risau gak kalau-kalau gastrik datang menyerang lagi. Janganlah ko sakit wahai tubuh dan organ-organ dalaman. Aku nak pakai korang lama ni. Banyak lagi mende belom selesai. Huhu~

Pasport pun belom buat lagi. Minggu depanlah.

Semenjak kes 373 tu, aku memang cuba menyorokkan apa saja kesukaran daripada pengetahuan dorang. Dan berkenaan perkara di atas pun, sebenarnya aku dah cakap kat mak - jangan bagitau sape-sape. Tapi aku rasa, dorang macam dah tauuu je? *huhu* Apa laaa mak aku ni, semangat perkongsian beliau ni memang menebal betoi sampai terlupa permintaan aku yang penting tuh.

:tsk: huuuu~

Aku tak bagitau bukan sebab aku eksen ke ape ke. Tapi demi nak mengelakkan terperangkap dalam situasi yang tak syiok. Aduih... serba salah.

perghhh dilema ni~

Takpe baby, takpe... cool down.

:astig:

Monday, March 23, 2009

377: Henpon sape neh?


Dua minggu lepas. Satu malam di Hulu Terengganu. Discussion. Tapi tengah 'take 5'. Aku yang ala-ala mengantok-tapi-kang-bile-baring-takleh-tido-sampai-pukul-3 pagi tu mencari apa-apa saje benda yang boleh menarik perhatian. Kendian ternampak seketoi henpon asing di atas meja. Ku ambil dan ku belek serta cuba mengenali beliau secara mendalam.

sape punye ni eh?

Dua ketol budak lelaki a.k.a opismet aku wat bodoh je. Tak pastilah sama ada memang bodoh apabila malam menjelma ataupun suara aku terlalu merdu dan syahdu untuk didengari. Ulang lagi skali.

sape punye henpon ni?

Dua-dua pandang. Mata ke kerang tu? Heh. Ntah. Simple je jawapan. Ku belek lagi. Curious laa pulak.

Ko punye eh Pok?
Tak ah

Lel? pandang yang sorang lagi.
Saye punye ni hah. tunjuk henpon.

Ku belek lagi.

Kak A punye kot.. kata si Pok.

Aku angkat kening seblah. Hoh? Sejak bile dia tukau henpon? Diam.

Akak tengok sms eh.. sambil pandang dua-dua. Buat tak tau je! Ooooo buat tak tau eh.. Aku pun tengok sms. Kosong. Inbox, Sent, Draft - sume kosong. Ceh~ Try tengok call in, call out. Pon kosong gak. Hoh??

Masing-masing takmo ngaku ye.. Takpe... Sambil menaip, aku sebut kuat-kuat apa yang aku taip.

YES TOMOK dan hantar ke 333....

Henpon di tangan aku tetibe hilang, dirampas! Hahahahahh!!!

Siottt jeee nak sms Tomok plak!! Sibbaik tak send lagi, wat rugi 50 sen orang je! Kata Pok.

Nak soh ngaku henpon sendiri pon susah. Poyo betoi.

:ahaha:

Friday, March 20, 2009

376: La la la kerja - Tomok :D

Salam sume..

Dalam kegawatan ekonomi dunia sekarang, dah macam-macam impaknya terhadap manusia terutamanya yang bergelar pekerja dan dah tentu jugak menjejaskan kemasukan income dalam sesebuah family. Simpati aku untuk mereka yang terpaksa menghadapi kesannya dengan teramat kejam, khasnya mereka yang hanya punya satu mata pencarian itu saja. Inilah dunia. Aku pun sesekali rasa seriau jugek, tapi alhamdulillah.. setakat ni semuanya ok, harap-harapnya berterusanlah begitu.

Syukur.. dalam kegelisahan orang lain memikirkan apa kesudahannya kedudukan ekonomi masing-masing, opis aku nampaknya berada dalam kedudukan yang agak selesa. Apatah lagi semalam kami mendapat berita gembira yang dah lama ditunggu-tunggu. Projek di Perlis nampaknya sudah pasti menjadi milik kami :) Dan setakat ni, kebanyakan projek-projek yang kami dapat adalah 'projek datang menyerah diri', bukannya 'projek datang dicari'.

Kerja yang dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh tanpa unsur rasuah, insyaallah akan diberkati :) Haaaaaa sape laaa dulu yang macam tak percaya opis aku boleh dapat projek besar satu masa dulu tanpa rasuah tu, bawak-bawak laa bertaubat. Kekadang aku pon macam tak percaya je bila tengok orang-orang gomen yang selamba mintak duit 'parking' (haaa ni pon istilah yang aku baru tahu beberapa tahun lepas). Tak rasa bersalah ke bila tengok anak bini/suami makan hasil duit haram? Isk3. Esok-esok anak ko jadi jahat, laki / bini ko buat perangai - jangan salahkan orang pulak. Eh.. melalut sudah.

Kalau nak ceritakan pengalaman kat Hulu Terengganu aritu, macam panjang pulak. Jap, aku try pilih apa yang patut.

Bila bercerita pasal nature of my work, ada sesetengah orang rasa macam tak sanggup je. Especially bila ada masanya ko kena pegi ke tempat-tempat yang huluuuuu giler, pastu masuk hutan kaaa masuk kandang kaa ladang ayam kaaa apaaa kaaa. Tapi tang ladang ayam tu rasanya cam nak tobat nasuha je. Aku rasa macam nak terkena penyakit selsema burung bila masuk ladang ayam pepagi huhuh.

Kalau ko tengok keje aku dari sudut cerah (bright side), sebenarnya ko akan rasa seronok. Apatah lagi bila ko berjaya cari apa yang ko nak, rasa macam nak buat kenduri kesyukuran 3 hari sambil sujud je kat tempat kejadian (tu perasaan aku masa jumpe ladang ternakan itik setelah dua hari meronda dan Kg Lerek yang takde dalam map kitorang huhu). Dan bila kedatangan ko disambut dengan baik, dilayan cara orang kampung yang baek ati, pastu sambil berbual secara tak sengaja ko akan mendengar suara hati orang kampung - musti ko terharulah. Err aku terharulah, tak tau laa orang lain. Heheh.

Dan rasanya inilah 1st time aku dapat masuk reban itik (reban ke??) errr itu pun sebab aku yang mintak kat pokcik tu heheh. Alkisahnya kandang kambingnye kat belakang reban itik (reban kee??) tu, kenalah masuk baru leh amek gambau kambing. Yaaaa haiwan-haiwan kat situ pelik-peliklah. Setahu aku laaa kan, itik tu bukan ke tabiat dia memang sukakan air? Tapi itik-itik kat situ tak boleh kena air. Pehtu kan kambing takleh kena air, nanti dia demam kan? Kambing-kambing kat situ pulak suke mandi! Pehtu manja plak tu, dah macam kucing pulak aku tengok dorang ni, siap melese-lese kat pagar tu pehtu ajak borak pulak.

kambing yang cuba menagih kasih sayang aku - dan dia bjaya buat aku usap² idong dia hehe

Kalau diikutkan, mana-mana kerja pun ade pro and cons. Cuma kalau boleh, pandanglah bahagian yang pro itu. Dan bersyukurlah kita sebab masih lagi punya kerja untuk dibuat dan gaji untuk dihabiskan tetiap bulan hehe. Keje aku dapat jalan-jalan - sambil buat keje dapat pengalaman baru. Aku suka :) Korang suka tak keje korang?

:okay:

# tapi yang aku tak suka dalam keje aku ialah bila kena wat survey pelancongan. aku tak suke interview dlm hal ni. tak best. tak bestttttt!~ lenkali aku cite plak bahagian yang tak best dlm keje aku. huhu~

Wednesday, March 18, 2009

375: Sebenarnya apa?


Susulan entry 373 aku hari tu, ramai yang tertanya-tanya. Dan tak kurang yang bertanya terus pada aku - personaly - apa yang berlaku? Berbeza dengan keadaan sebelum ini yang mana biasanya aku tidak keberatan untuk bercerita, tapi kali ini aku memilih untuk mendiamkan saja. Bila tidak terjawab, maka ada antara anda yang mengeluarkan stetmen "baik tak payah tulis kat blog kalau taknak cite". Aku senyum saja. Dan aku tak marah, sebab aku meletakkan diri aku di tempat anda. Mungkin aku pon akan cakap benda yang sama.

Dalam hidup aku, rasanya belum ada sesiapapun yang tahu seluruhnya cerita tentang aku. Semuanya. Segalanya. Sebab aku jarang menjadikan hanya seorang kawan aku sebagai tempat bercerita. Mungkin sesetengah cerita aku selesa meluahkan pada kawan A, dan bila perkara lain aku senang berkongsi dengan kawan B. Tetapi rasanya belum lagi terjadi, kawan A dan kawan B mengetahui kedua-dua cerita. Jarang.

Kalau kau mahu tahu seluruhnya tentang aku, rasanya kenalah dikumpulkan semua kawan-kawan aku dan bolehlah bertukar-tukar cerita. Heh.

Bukan kerana aku tak percaya. Cuma aku melihat kesesuaian. Kau pun tentu frust kalau kau bercerita tentang hati dan perasaan pada orang yang selalu mendahulukan hal dia je berbanding mendengar cerita kita. Itu contohlah.

Apa yang tersirat di balik entry 373 itu akan jadi begitu sajalah. Bukan masalah pun sebenarnya. Cuma hati aku masih belum berhenti rasa terkilan. Dan belum mampu lagi berhenti dari menangis kalau sesekali aku teringat. Aku sekadar terkilan, tak membenci pun. Aku masih boleh bertahan kalau hanya aku yang dipersoalkan, tapi...

Aku menangis bukan kerana kasihankan aku.
Aku menangis mengenangkan kekurangan aku yang tak mampu berbuat apa-apa.
Aku menangis memikirkan keadaan aku yang tak mampu membela nasib dia.
Aku menangis memikirkan pandangan orang terhadap dia. Sangat² tak adil.
Dan aku menangis setiap kali memikirkan semua tu.
Bukan setakat lemah, tak berdaya. Memang aku tak mampu berbuat apa-apa.
Perasaan kasih sayang ni satu sen pun tak dapat merubah pandangan orang terhadap dia.
Betul-betul aku rasa tak berguna. Langsung tak ada nilai.

Memandangkan aku terkesan ada yang kurang senang, dan setelah difikir-fikirkan.. Aku rasa selepas ini aku akan cuba meminimakan cerita-cerita sedih. Bukan kerana tak sedih sebab aku pun tak yakin di masa akan datang aku boleh bergembira 24-7.

Daripada menimbulkan kemarahan orang atas keengganan aku berkongsi, rasanya lebih baik begitu. Ni bukan merajuk tau. Bukan. Aku memikirkan kebenaran kata-kata tu. Untuk apa menulis dan membiarkan tanda tanya. Macam nak cari publisiti pulak - macamlah artis :p

Akan datang. Aku dah tak boleh lagi meluahkan kesedihan pada mak. Pada abang-abang aku. Dan pada kawan-kawan aku juga. Pada blog pun. Belajarlah menghadapi sendirian. Mungkin aku perlu menulis diari kembali.

Kembali mencari yang ditinggalkan lama dulu.

# sebenarnya aku teringin benar untuk bercerita. tapi terasa besar halangannya. dari hati.
:astig:

Monday, March 16, 2009

374: Mana aku?







5 hari berturut² di sana. Urusan kerja, pun sedikit sebanyak melupakan urusan peribadi. Tinggalkan airmata yang tak sudah² dikeluarkan dua hari dua malam.

Terlalu banyak untuk diceritakan. Dan terlalu banyak juga yang tak mampu diceritakan. Nantilah...


# cherish the life we have, for as long as we should live...

Wednesday, March 11, 2009

373: Luluh~


(auto-publish entry)

Selain jadam, hempedu, peria, makanan hangit, dan sebagainya - ada satu lagi benda yang pahit jugek.

Kebenaran.

Hari ni aku dapat satu lagi kebenaran. Bukan kebenaran merancang eh. Maksud aku, the truth. Dan apa yang aku tau ni betul-betul menyentap perasaan.

Tak sangka. Walaupun memang sebelum ni aku ada terasa keadaan macam tu, tapi aku berharap dan menanam percaya, di dalam kalangan yang dipercayai - terutamanya yang berkaitan dengan aku - tak mungkin, Insyaallah, akan wujud hal-hal macam ni.

Tapi manusia kan tetap manusia. Di wajah mungkin riak kita sama, tapi di hati - di mulut, siapa tau?

Sangat menyedihkan. Sangat-sangat memilukan. Rupanya kebersamaan kita selama hampir 24 tahun ini tak mampu menyatukan hati sesama kita dalam erti sebenar-sebenarnya. Aku sedih, sangat-sangat. Airmata tunggu nak jatuh tapi kenalah tahan. Hati aku hancur sangat. Ini yang aku tau, yang aku tak tau?

Kalaulah mak tau, macamana pulak hati dia? Kalau yang lain tau, apa kata mereka?

Kebenaran ini bukan setakat menyedihkan, tapi meletakkan aku dalam situasi yang sukar. Apa yang aku ada hampir setiap satunya ada ehsan orang lain. Dan orang lain itu pun bukanlah orang lain sebenarnya. Aku memikirkan bagaimana hidup aku selepas ni. Macamana aku akan menolak dan menerima.

Yang akan bergolak kehidupannya lepas ni tentulah aku. Boleh saja yang di situ berkata buat tak tau je, tapi senangkah aku untuk berbuat macam tu?

Selama ini aku memandang semuanya sama. Dan percaya kita semua bahagia. 24 tahun ni, aku sayangkan semuanya sama. Walaupun antara kita semua ada bezanya. Sikit pun tak terlintas rasa tak puas hati, rasa geram, rasa yang tak elok. Dan bila mengetahui yang ada berasa begitu pada aku, benar-benar meluluhkan hati.

Serius aku mahu menangis betul-betul. Kalau selepas ini aku menolak kebaikan yang datang dari orang lain yang bukan orang lain itu, apa alasan aku? Apa yang aku nak kata? Sedangkan aku tau walau apa sekalipun alasan, mereka lebih tau tentang aku. Aku mau mengelak keadaan ini lama dulu. Tapi mengenangkan aku menerima pun atas sebab yang bukan kesalahan maka aku iyakan saja.

Rupanya..

Bingung. Aku sedih, sangat-sangat.

~060309~

Friday, March 06, 2009

372: benar-benar..

Yang sebenarnye..

Aku rasa sedih. Kadang-kadang sangat sedih. Kadang-kadang sedih sajerk. Terpulang pada tahap pemikiran aku pada hari tu.

Aku pun tau aku tak berhak. Walau seminit pun masa yang aku cuba rebut-rebutkan tu, memang aku tak berhak. Dan sepatutnya sedih ini pun tak perlu untuk dirasai.

Tapi..

Aku cuma ada perasaan ini. Jadi aku biarkan saja ia mau merasa apapun. Dan setelah berminggu-minggu menahan, petang semalam terlepas jugak.

Bila jadi macam ni, aku semakin bencikan diri aku. Kerana aku pernah berkata : if one day I cried because of someone, the only person I have to blame is myself - because I let he/she play such a big role in my life.

Salahkanlah diri sendiri sekarang.

Kawan-kawan sekelian,

Blog ni akan begini dengan entry ini tanpa diupdate. Insyaallah panjang umur, 16hb aku akan apdet - kalau aku tak sibuklah.

Moga bertemu lagi.

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warna bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia selamanya

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Laskar pelangi takkan terikat waktu

Laskar Pelangi - Nidji

Wednesday, March 04, 2009

371: dah Rabu dah???

Mas dah bangun? Be at my house at 415.

SMS Mr Sivaji aku baca dengan mata separuh terbukak. Kecoh laa ini orang, aku tau laa - ni merungut dalam hati. Rasa nak merungut lagi tapi tak jadi bila aku tengok jam masa tu dah menunjukkan pukul 3.50 pagi. HAAAAAAAA???????????

:waaah:

Aku set alarm pukul 3.30 pagi! Apsal laaaa tak dengar pon? Ooo.. agaknye bunyik lagu yang aku dengar tadi tu alarm laa tu.. Masa mamai² tu aku ingatkan aku mimpi huhuhuhuh. Bila Anne keluar je dari bilik air, gua pun terus laa meluru masuk dan mandi dalam keadaan speed. Tapi sabun dan gosok gigi ditinggal jangan ok.

4.10 am aku dah ade dalam kereta. Gila-gila punya speed, bagusnya keluar time ni adalah tiada orang yang akan ajak aku berlumba di jalanraya. 4.16 am aku dah sampai. Sampai kat opislah (Mr Sivaji tukau tempat pulak). Tengok² dia tengah layan teh tarik kat kedai sebelah. Aku yang dah nak putus napas ni pun joinlah sekali sambil tunggu sorang lagi staff yang akan jadi driver rasmi pada hari tu hehe.

Around 4.40 am kami pun gerak - tanpa Mr Sivaji - ke RnR Sg Buloh untuk mengutip sorang lagi staff. Tapi kaaannnn... ade laaa orang tuuuu kaaannn... salah jalan laaa pulak. Tu laaa aku cakap lalu NKVE tu dia pegi lalu Guthrie pulak. Ku pikirkan memang dia tau la, yelah kan budak lelaki selalunye camtu. Sekali salah daaa... Tak pasal² rugi sejam nak patah balik tau *sambil jeling² kat tukang drebar* Hohehohe~

Sebenarnya kitorang ke Alor Setar, bukan ke Penang hehe. Salah info plak.

Meeting start pukul 9.30 pagi. Dan kitorang sampai lambat, pukul 10.00 pagi huhu. Bila masuk area Juru nak ke Alor Setar tu memang ramai laa pulak mangkuk² jamban yang tak reti nak berambos dari lane kanan. Ko dah tau ko tu lembab cam siput sedut masak lemak cili api, ade hati lagi tu nak dok lane kanan. Oleh kerana bukan aku yang drive, lagi laaaaa aku tensen lalu dengan kuasa veto yang ade di tangan dan mata, ku arahkan sajork encik driver mencilok sane dan sini. Dan juga merachon beliau untuk guna hi-beam, hon dan speed untuk menghalau siput² ni sume (nyaris² aku yang tekan hon tu - sibbaik dihalang, hehe).

Tapi yang buat aku rasa cam frust ialah.. meeting tu sejam je! Pukul 11 pagi dah abes dah. Wei weiii!!! Korang tau tak aku ni datang dari jauh? Buang masa aku je bangun pagi² keliwon (haa ade ke pagi keliwon??), last² meeting sejam je? Huhu~

tensi tau!!!

Nasib baik laaa balik tu kitorang singgah Muzium Negeri. Terubat laa sket rasa sebal kat dalam jiwa ni hah. Singgah sebab Mr Sivaji suruh eh, bukan saje². Tapi aku secara tak langsung dapat la melawat muzium walaupun tak dapat nak belek satu persatu barang kat dalam muzium tu sepenuh hati. Tak kisahlah, janji ado.

.... bla bla. Terus balik Shah Alam. Sekian (malas nak taip lagi hehehe). Jangan lupa undi Tomok kat OIAM. Yaaa... Taip YES TOMOK dan hantar ke 33399 sekarang. Ayuh!!~ hahahaha
:woooh:

Monday, March 02, 2009

370: Ubah sket je

Salam sume..

Haaa.. blog dah tukau kulit. Ok ke camni? Aku rasa cam samting wrong pulaklah skin blog aku nih. Cam ade yang tak kena dengan jiwa aku je. Hurrrmmm nanti aku pikirkan ape yang tak kena tu. .
:ha?:

Sebenarnya dari minggu lepas, aku rasa paru-paru aku ni macam cedera parah je. Ni sume gara-gara akak kat opis ni gi sembur Ridsect dalam toilet sebab banyak semut. Tempat aku ni dah laaa tak jauh je dari toilet, pastu kalau ke toilet memang lama sebab banyak hal nak mengadu dengan pintu jamban tu hah. Satu hari suntuk aku menyedut bau kimia tu. Peparu baby ni dah laa sensitip sket dengan mende² gini - asap kaaaa rachon kaaa boleh bikin aku demam. Tapi yang ni sudah bikin aku vatok²lah.

Nak gi check doktel takot kang dia mengesan kes lain lak memandangkan jantongku aritu kan berdegup kencang dag dig dug. Takot doktel ingat aku kene darah tinggi kaaa padahal ni sume pasal ubat yang aku makan tuh.

Oh ye. Berdasarkan pemerhatian sendiri, dapatlah aku simpulkan bahawa pengambilan neskepe, kopi dan rerakan beliau selepas aku mengambil ubat itu - akan mengakibatkan degupan jantongku menjadi rancak dan laju semacam. Serasa jantong mau terkeluar gitu. Makanya beberapa hari ni aku takdelah minum neskepe tarik lagi lepas makan ubat tuh. Hasilnya, kurang sket laaa kadar kelajuan dag dig dug. Huhu~
:sweaty:

Kawan-kawan,

Pasal ke Ulu Yam tuh. Kenapa macam tak ramai eh? (heheh). Jangan sampai tinggal aku dengan Anul je yang pegi dah laa. Hahahaha ai tak rela berkeadaan begituw. Tidakssss..~ Macam aku cakap aritu, pape emaillah ye.

Esok aku ke Penang lagi. Letih laa pulak.

:yawn: