Wednesday, April 29, 2009

391: Kemaafan dendam yang terindah :D

Salam sume ~
:hi:

Menjalinkan hubungan persahabatan dengan bekas boipren / gelpren mebi antara perkara mustahil untuk kita semua. Well aku pun tak kata menda tu senang, tapi ada kalanya tak susah pun. Sebab semuanya perlu bermula dengan kemaafan - yang ikhlas. Dan ianya berkait rapat pula dengan penerimaan kita terhadap perpisahan sebelum ni.

Mengucapkan sayang tak pernah akan sukar seperti merasainya. Sebab tu aku tak akan percaya dengan mudah bila disua dengan kata-kata. Setakat cakap, sume orang bole cakap, kata aku pada manusia itu. Kata-kata yang diucap boleh dielakkan dengan hanya memekup telinga, tapi untuk perasaan yang dah diukir dalam hati - try pekup hati - bole ke? Hehe.

Memang bukan mudah. Untuk langkah pertama, beri peluang pada diri untuk sembuh. Jangan memaksa diri untuk berkawan kalau memang dalam hati dah tak mampu memandang. Tak salah pun sebenarnya. He / she should've know. Dan kita kalau di pihak yang melukakan, jangan pula mengecop dia over sensitip. Tiap-tiap manusia berbeza cara penerimaannya. Kalau dia mahu kau pergi, pergilah - jangan datang lagi.

Tapi kalau nak try datang lagi, sila cuba tahun depan. Hehe.
Memaafkan adalah jalan termudah untuk proses penyembuhan. Dan lebih mudah untuk melupakan. Kalaupun tak melupakan dia, at least melupakan apa yang dia pernah buat. Untuk kita yang menjadi si jahat tadi, setiap kali ada peluang - teruskan meminta maaf. Tapi janganlah plastik, ikhlas tu penting.

Kenapa pulak aku tetiba cakap pasal benda ni?

Entah. Mungkin kerana dalam dua tiga minggu ni, aku berpeluang untuk berbual dengan dia. Bercerita perkara yang pernah aku lalui - generally - sesuatu yang aku mahu lakukan semenjak dia pergi. Dan aku cuba menilai diri aku sendiri. Mungkin kalau dia datang lebih awal dari ini, agaknya aku takkan sudi berbicara seperti ini dengan dia. Dan mungkin jika aku tak pernah memaafkan, seorang manusia yang pernah menjadi 'somebody' dalam hidup aku, akan menjadi 'nobody' sekarang.

Aku pun bukan baik. Tetapi aku percaya juga. Dalam seburuk-buruk manusia, pasti ada kemuliaan di dalam dirinya.

next time, be extra careful, k?

Katanya seusai aku bercerita tentang ini. Sambil membalas, aku tersenyum sendirian. Bukan aku perasan dia syiok kat aku ke - taklah. Sebab satu masa dulu pun dia pernah berpesan begitu. Dan sampai sekarang, dia masih lagi menjadi satu-satunya orang yang berpesan macam tu. Belum lagi jumpe orang yang akan tambah 'extra' untuk pesanan pada aku. Hah lepas ni tak payah tiru laa. Hehehe.

Aku cuba menjadi manusia yang baik. Itupun kalau orang memandang aku dengan baik. Yang selalu memandang aku dengan prasangka tu, tak dapek den nak tolong!~

:wave:

Monday, April 27, 2009

390: Kekucingan

i don't hate you, seriously~

Entahlah kenapa, ada laa orang-orang di sekeliling aku menganggap aku neh tak suke kucing. Atau dalam erti kata mudah, aku ni anti-kucing ler. Isk3.. sampai ati wehh tuduh-tuduh aku camtu. Pehtu bile aku nak beking diri, haroom tak percaya. Kao pikir aku hanye propakah?

Sebenarnye laa kan.. aku memang takde isu pape pon dengan dak kucing-kucing ni sume. Kene ingat, aku tak suke bela kucing tak bermakna aku tak suke kucing. Lain tuh. Cumanya aku ni malas nak jaga segala apa yang berkaitan dengan kucing tuh. Lain laa kalau kat umah aku di Melaka sanun. Tak payah jaga jaga ni sume, sume kucing aku kat sana pandai berdikari, pandai cari makan sendiri. Pastu nak berkumuh pon pandai-pandai setel. Mudah, pantas dan tuntas.

Nak bela kat sini? Tak koser aku. Kang nak pikir pasal makan aku, kete aku pon nak mamam, pehtu kucing pulak? Huhu. Pastu nanti nak kemas umah lagi satu pasal. Umah yang takde kucing tu pon dah ala-ala, kalau ade kucing... ermmm *sambil melempar pandangan ke luar tingkap*
Masa kekecik dulu, aku paling ingat kucingku bernama Putat. Kiut kan? Cam mencarut sket2 pon ade gak nama dia. Tapi bukan aku yang bagi nama tu kat dia. Ekcely Putat tu kucing Mak Yam, jiran sebelah umah aku. Putat pon suke gak lepak umah aku sebab umah aku memang kekadang tu jadi pusat singgahan bagi kucing-kucing yang bermigrasi. So bila Mak Yam nak pindah, dia pun menitipkanlah pada aku akan si Putat yang memang menjadi idaman aku masa tu. Hohehohe. Tak sesia aku menyayangimu, Putat. Akhirnya kau milikku! HAHAHAHHAHAHA. Mak Yam ape kabau? Dah lame tak dengau cite hehe.

Tapi pastu dia matilah (Putat ye, bukan Mak Yam). Mati kenapa, aku pun tak ingat. Aku baru darjah berapa pun masa dia mati tuh. Sakit tua kot.

(sebelum zaman Putat, abang-abang aku kata ade seekor lagi kucing yang taiko giler kat umah tu. Pak Tua nama dia. Dia punye tahap taiko, penah skali dorang masukkan kucing-kucing yang jahat dalam bekas ape tah, pastu kebetulan Pak Tua lalu – and dia siap duduk luar bekas tu melepak-lepak tapi tak kacau pun kucing-kucing kat dalam tu. Bila Pak Tua blah dan dorg cek, rupanya kucing-kucing kat dalam tu sebenarnya dah terkencing terberak dah! Giler ah ko Pak Tua. Rugi aku tak ingat ko. Hehe)

Lepas tu, aku dah kurang berkecimpung dalam arena penamaan kucing. Sume kucing yang datang menumpang kasih lepas pemergian Putat memang takde IC. Sume takde nama. Sampailah 10 tahun kendian laa kot – atau kurang, aku try ubuh nama kat sekor anak kucing kat umah aku. Kali ni aku bagi nama glemer sket. Tai Yung. Nama cina tuuuuu. Mebi sebab dia macam chinese look kot. Hehe. Taklah, sebab masa tu aku tengah giler tengok drama cina, hero cite tu nama wataknya Tai Yung.

Si Tai Yung ni bijak tau. Masa tu zaman-zaman aku lepas SPM, so ada hari-hari yang aku akan kuar gi belajau komputer. Balik tu aku just sebut je ah yung.. ah yung aaa, member terus je datang. Huhu terharulah.

Tapi satu hari aku balik dan panggil dia, dia tak datang pon. Dan terus tak datang sampai arinie. Sedih ko. Memang terasa macam ilang anak (anak laa sangat). Aku rasa dia pergi berhijrah kot, mengembara ke, cari keje ke, gi konsert ke. Tak kisahlah Yung, asalkan ko idup – kakak tak kisah. Huhuhuhuhuuhu.


Hu.. bengkek betoi bile aku tengok gambau ni. Ni gambau masa opis aku masih kat tempat lama lagi. Banyaknye anak tucing tu, kiutt je. Sejak dorang ade masa tu, pepagi sebelum naik opis, aku akan lepak semenet dua kat bawah tu, cek-cek anak kucing tu kot laa kene geget semut ke. Kendian diusahakan cari kotak dan ubuh budak-budak tu.

Ape yang aku bengkek tu eh?

Satu pagi, aku cam biasa nak lepak semenet kat bawah tu. Aku tengok anak kucing tu tinggal seekor je! Mak dia lesap, pastu aku dengar bunyik mengiau2 kuat kat kedai mamak tu. Bunyik mak kucing tu laaaa tengah carik anak-anak dia! Sialan betul. Sape pulak dah songlap anak kucing ni?????!!
:scream:
Sakit betul ati aku. Kalau nak ambik, ambik laa semua – dengan mak dia skali, wahai cilake! Ko bangang ke hah? Sian kat mak dia, sian kat adiknye (ntah ye laa adik ke kakak ke abang ke) tu tinggal sekor. Korang tengok pastu anak kucing tu cam tak dipedulikan dek mak dia je. Mak dia mesti mengalami heart break yang teramat. Kalau manusia tu, dah meroyan kot. Cube bayangkan.. aku pernah laa bertentang mata dengan mak kucing tu. Aku tenung je dia... mata dia nampak sedih sangat.. huhuhuh. Rasa nak peluk je mak kucing tu.
:puppyeyes:
Aisey.. tengok! Tak pasal-pasal je aku emo sudah pagi ni. Hahahaa. Hu~ Dahlah, jom wat keje~

# kesimpulannye, aku tak bela kucing bukan sebab aku benci kucing ok. aku malas nak jaga je ahahaha. tapi untuk aku, asalkan aku tak menganiaya kucing tu, dah kire baik laa betoi tak?
:okay:

Friday, April 24, 2009

389: Jawapan Kasih a.k.a Menjawab Taggies

Salam sume..

Tak tau nak apdet ape. Pehtu kebetulan pulak kakak-kakakku ini iaitu Kak Mya n Kak Tips sudah mengetag haku. Sibbaik le pulak tagnye same je. Yaa semudah ABC jelah kan hohehohe (pastu rasa cam ade utang satu tag dengan Kak Mya tapi tatau apekah. wat² lupe je bole kot, kak? hehe)

Tag yang bermotifkan history of blogging gitu kot. Jawab jelah.


Nyatakan usia blog baby.

Start berblog tahun 2005. Insyaallah bulan Ogos ni, genaplah 4 tahun umor blog baby ni. Takde sape nak anjurkan parti loba-loba ke?



Terangkan kenapa baby berblogging


- kene terangkan ke?



- ok la.. sebab utama masa tu adalah semata-mata sebab aku nak menulis. aku suka, tapi aku tak berani nak hantar kat mana-mana publication untuk dipublishkan (errr.. ekcely penah la sekali dua hantar tapi macam takdok respon - so aku terpikir, mebi tulisan aku belum cukup bagus untuk disiarkan).

- kendian kawanku, Pak Bear bukak blog. beliau adalah kawan aku since sekolah menengah - walaupon kitorang bukan satu skolah, tapi memang kamceng semacam ah - sebab tu aku tak pernah delete link dia walaupon dah berkurun lama dia tak apdet blog. dan dialah orang pertama yang racon aku untuk bukak blog. pastu bile start melepak di blog Deanz (ini link lama eh) dan dapat kawan² yang rajin merachon aku untuk berblog, setelah ku pertimbangkan, maka...

tada!


inilah dia blog aku yang korang tengah baca ni. suke tak? ;)


Nyatakan blog pertama yang baby baca

mebi blog Pak Bearlah kot. ntahlah, tak pasti. hehehe



Letakkan entry pertama blog baby

Gi korek sendiri takleh ke? Pemalas betoi arr.. Hah amek ni, ku tepekkan semula (sambil tutup muka tanda blushing)

Inilah dia.

Dia – kawan aku
Aku – kawan dia jugak

Dia – lelaki

Aku – perempuan (kiut..!haha)
Dia dan aku – kawan lama

Usia persahabatan – hampir 18 tahun


Kisahnya…


Beberapa tahun lepas, dia berkata; kalau aku meminang kau, mesti mak ayah kau suka.
Beberapa saat lepas itu, aku menjawab; kalau kau meminang, kita berkawan setakat ni je.

End of conversation.

Beberapa tahun lepas perbualan itu, dia berkata lagi; aku pernah sangat2 sukakan kau, dan aku yakin kau pun sukakan aku waktu itu.

Beberapa ketika lepas itu, aku berkata; maaf, aku tak pernah ada hati dengan kau,
you are too confident.
Tak puas hati, dia bertanya; kenapa? Kita serasi, bisa berbual berjam-jam tanpa jemu.
Demi memuas
kan hati, aku menjawab; ya, kita serasi, sebagai kawan, SAHAJA.

End of conversation, again.

Beberapa minggu lepas, dia berbicara dalam wadah yang bisu; kita akan buat kad kahwin sama-sama, jangan lupa!
Sedetik itu juga, aku membalas; dahlah, aku nak tido!

Seketika kemudian, telefon berbunyi.


"Janganlah marah”
"Aku tak marah"
"Jangan marah"

"Aku tak marah. Ta
pi aku dah kata, jangan sebut pasal ni lagi. Aku tak suka."
"Aku minta maaf”

"
It’s okay"

End of conversation, again?


Hujung minggu lalu, dia bicara lagi; kau free tak hari ni?
Aku membalas sekali; aku kat Melaka.

Senyap.

Dalam hati aku; ARGGHHH….!!


Aku menghargai perasaan orang lain terhadap aku. Sangat-sangat. Benar-benar. Tapi jangan memaksa, jangan mendesak. Aku tak suka. Sangat-sangat. Benar-benar. Aku tak memaksa orang melupakan perasaan mereka terhadap aku, kerana aku sendiri sedar, bukan mudah melupakan rasa manis menyayangi insan yang hadirnya walau hanya sekadar suara, tetapi mampu menyegarkan hari-hari murung. Tapi jangan mendesak aku hingga sesak aku dibuatnya, serba-salah tingkah aku rasanya, jangan. Kerana aku sendiri tidak pernah mendesak orang lain menerima luahan naluriku. Aku bimbang, aku, kau – kita sebenarnya – tidak akan serasi lagi, walaupun hanya sekadar kawan, natijah desakan dan paksaan yang membabi buta.

When will this kind of conversation end? *sigh*

Entry pertama yang ada 22 komen. ok laa tu :)


Huraikan entry tersebut

Nak huraian laa pulak. Huraikan sendirik takleh? Hahaha.. Yelah²~
Entry yang 100% meng'hilite'kan sebab utama aku membukak blog. See. Langsung takde sesi pengenalan diri berbagai-bagai. Stret to da point je.


Letakkan satu pic yang baby paling suka dalam blog nih!

Aku suke semua pic dalam blog aku. No offense k :D Ok laaa aku ubuh satu. Tapi sebenarnya aku suke semua. Tapi dah kata kene ubuh satu, aku ubuh la satu.

Ni hah.

Oleh kerana takde soklan kenapa aku suke pic ni, so kita proceed jelah kat soklan seterusnya.

Harapan baby

Moga duit kat Nuffnang tu cepat²lah meningkat. Asek² RM31.50 je. Leceh arr camni. Orang len ku tengok bukan main lebat lagi income Nuffnang. Huh!~



Pas tag nih kepada sesapa yang baby nak.

Takde limit kan? So.. sila jawab ye wahai...



Lepas jawab tag, sile bagitau kenapa suka / tak suke masuk blog baby ni. Ini adalah arahan! Hahaahahhahaah. Sekian~
:devilishgrin:

# pagi ni tataulah kenapa jem semacam. setengah jam masa aku terbuang kat area rumah aku je. cerempet betul. huhu.

Wednesday, April 22, 2009

388: Hari ini 22 April..~

Salam sume..

Arinie birthday bundaku! Selamat ulangtahun, bunda.. Semoga Allah memberkati hidup bunda, dikurniakan kesihatan yang baik, dipertingkatkan kesabaran dalam menghandle anak bongsu (tah sape tah budak tu isk² degey nok mampuh), dimakbulkan segala doa dan diberikan ketenangan dunia dan akhirat. Amin....~

Me love you, bunda~
:inlove:

Sape² yang rasa nak bagi sesuatu untuk menggembirakan hati bunda, bolehlah menggunakan aku - maksud aku bolehlah memberi hadiah pada aku sebagai wakil. Anda bolehlah mula memilih baju, kasut, henbek atau apa saja di gerobok kegemaran aku (aku tengok je stakat ni huhu). Tapi sebelum beli tu, tanye ai dulu tau. Let me choose. Hahahaha.

******
Petang semalam sebelum pulang ke umah, aku cam biaselah ke toilet dulu. Elok je nak keluar, aku dengar bunyik budak menangis. Me cuak laa sket sebab masa tu dah pukul 6.30 petang - kot laa antu ke huhuh. Rupa-rupanya anak sorang encik ni (encik yang selalu datang betulkan PC kitorang). Alahai tombam eh... teringat kat Alfi laa pulak.

Puas laa kakak opis aku yang berdua ni dok pujuk², lagi kuat meraong budak tu hahahaha. Elok je aku datang, aku panggil je dia - terus senyap ko! Tu dia aura keibuan di situ wakakakakaka. Aku puji²lah sket kata dia ensem laa ape sume, memang senyap itu budak.

eh eh Mas, dah tak lama lagi nak kawen la ni
ha? apsal plak?
orang² tua kata kalau budak kecik rasi dengan kita tu maknenye dah tak lama lagi tau
ooooooo ye ke? tatau laa pulak

Itu orang² tua laa yang kata ye tak. Orang² muda kata ape pulak? Kalau betul, aminkan jelah - ape susah? Kata² kan satu doa. Kalau kata² yang baik, why not - betul? ;)

Tapi memang lepas tu itu budak siap senyum lagi kat aku. Kakak-kakak sekelian, jangan jeles hah hahahahah~

******

Malam tadi secara tak pasal-pasal aku mimpi pasal baby lagi. Baby yang tak diberi perhatian dalam keadaan tengah sibuk berperang tu aku laaa yang jaga. Sampai terlupa yang sebenarnya masa tu tengah sibuk berperang laa weh. Orang tengah tembak² kat luar tu!

Memang sah. Memang sah laaa kata orang. Kita ni selalu akan mimpikan benda-benda yang kita alami sebelumnya.


:sleep:

*ada masanya memang yang indah tu semuanya dalam mimpi. kalau ketika berjaga kita tak bahagia, sekurang-kurangnya kita kan masih boleh bermimpi... hum....~

Monday, April 20, 2009

387: Slomo bener!


Salam sume..

Pagi-pagi lagi dah ade aura negatif. Saboooo jelah. Bukan ape beb. Kat depan aku tadi ade laaa pakcik teksi ni hah. Slomo tu satu hal, yang wat aku rasa nak pijak je stereng kete dia bila aku peratikan jarak antara dia dengan kete depan tu boleh muat sebijik kete lagi. Tak ke hangin satu badan???

Lepas satu, satu kete masuk depan dia. Siamang gagap betul laa!! Kot ye pon nak berbaik dengan orang lain, tunggu hari lain bole x pokcik? Dah laaa jalan nak masuk ke SUK tu tutup plak. Lagi dengan jem. Arggghhhhhh!!

Sabau jelah.. huhu~

Cite lain.

Sabtu lepas. Seperti yang disarankan, aku pun pegilah jumpe doktel. Kali ni doktel kat klinik lain plak. Doktel pompuan ehehehehe. Ekcely klinik ni kat area opis aku yang dulu (sebelum pindah) so... sejarah kesakitan sume ade kat situ la.

Lepas je aku cite, doktel pon tanye : ade asma ke? Adeh.. moga-moga takde laa kan sebab aku rasa takde laa sampai tahap takleh nak bernafas, just batuk je. Akhirnya dapatlah segala ubat-ubatan. Time nak bayar tu rasa nak ter'asma' kejap bile tengok bil. Tak mahal la sebenarnya - RM61 je (je???!!). Abes laa duit claim aku huhu. Tapi takpelah, demi kesihatan. Bile dah kene bayau camtu, nyesal laaa plak tak amek duit Mr Sivaji aritu. Huhuh~

Ubat batuk kali ni agak-agak jahanamlah dari segi rasa dan perasaan. Mengantuk sesaja tapi taklah tido mampos. Ok laaa kot eh kalau macam tu? Heheheh~

guwe pon rasa slomo cam pokcik gak klu makan obat satgi


* japgi kene kuar ni. ade² sajelah bos aku neh. huhu~

Friday, April 17, 2009

386: Kokol de Kronikel

Cintamu,
Yang kurasa walau tak terucap,
Semakin dalam

Cintamu,
yang terukir di batas cintaku,
Selamanya

Tak pernah ku mencuba,

Lepaskan cintamu walau sesaat,

Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu

Ku ingin selalu dalam,

Cintamu


Dan tiada yang kan memisahkan,

Selamanya

Cintamu,

Yang terlimpas, terbias matamu

Selama ini


Adakah di hatimu,

Terbesit satu harapan untukku

'Tuk berjanji selamanya kan selalu milikku

Satu cinta,

Tak pernah kumencuba,

Lepaskan cintamu walau sesaat,

Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu

Kuingin selalu dalam,

Cintamu...


Cintamu - Dygta feat Ira


Tengah syok layan lagu ni. Mendayuuu je. Ni kalau layan time² berchenta ni musti best. Takpe, ku teruskan berangan. Hehehe.

Batuk-batuk masih berterusan sampai naik fedap aku dibuatnya. Bukan apa, jangan kao ingat aku tak berpantang. Ai berpantang ok. Pantang tok moyang aku mengata aku tak pantang macam orang bersalin time² batuk kokol neh.

Dahtu mende yang ko fedap tu, baby? korang bertanya pada aku - aku imejin je.

Fedap sebab semakin aku berpantang, makin menjadik² pulak batuk aku neh. Ubat batuk weng-weng pemberian berbayar daripada encik doktel senyom tuh dah selamat abes dah isnin lepas. Tengok, aku ni patuh tau dengan arahan doktel - soh makan 10ml, aku sukat betul² 10ml. Walaupun semasa makan ubat yang berperasa cam cilaksss itu seluruh tubuh akan terefek, namun ku gagahi jua. Malah cara makan ubat itu jua ku mematuhi undang-undang yang telah digariskan oleh mak aku. Iaitu makan ubat tanpa disulami dengan air-airan sama ada berperisa mahupun tidak.

Tapi batuk tetap batuk *terbatuk-batuk sambil menaip nih*

Oleh yang demikian, aku pun ape lagi sekarang. Semua aku bedal. Tapi taklah bedal sangat. Cam kat Kelantan aritu, aku rasa lemaaaaah sangat sebab ko dah laaa jalan jauh panas² tu, pehtu bila order air pon air panas. Tak ke semakin panas diriku ini?? Makanya aku pun orderlah fresh oren satu. Perghhhh... aku rasa memang dah lama aku tak minum ais ni, daripada sebelum batuk lagi. Asek²lah order air suam sebab terasa diri kekurangan menconsume air suam.

Aritu masa kami gadis² sunti keluar berloba² secara sopan kat Mid Valley, aku terliur tengok banana split. Terlupa plak yang sebenarnya haus, pehtu gi order banana split plak. Baguih dok ada.

Masa budak pompuan tu tengah sediakan order aku tu, tetibe je dia cakap kat aku ade satu ingredient takdok. Owww.. whipped cream dah abes. Ekcely aku tak pedulik pon ade ke tak, bukan aku suke nau. Pehtu aku try mintak budak tu oberdosekan coklat cair atas banana split guwe. Yessssssssssssssssssssssssssssssssssss berjaya!!~ (tapi bila tengok dalam gambar ni macam tak berapa banyak pon??). Banyaklah - sampai melimpah keluar. Huhu~

Pastu ape lagi? Mamamlah~

Rasa jelah.. rasa sampai habis. Hahahaha!

Dari semalam Mr Sivaji pun dah bising-bising sebab aku batuk macam takde kesudahan. Dia suggest pegi doktel kat sanun, makan ubat yang ini, offer duit (dia mengesyaki aku tak gi jumpe doktel sebab takde duit) dan sebagainya. Tapi aku suke kata-kata opismate baru aku neh.

kalau batuk ni kene bagi dia rehat
i dah bagi dia cuti per <-- Mr Sivaji kata

Itu MC laaa Mr Sivaji :p Tapi sebenarnya takleh nak cuti sangat pun. Workload tengah loading skarang ni hehe. Minggu depan ni kene standby ke Kedah. Pastu Mr Sivaji tanye aku nak ikot ke gi Perlis lagi (minggu depan gak). Aku lajuuuuuu je nak ikot hahaha. Bukan ape weh, kali ni dorang nak masuk Thailand secara sah - nak jumpe Gabenor mane tah. Aku bukan pedulik pon laa kan, yang penting nak berjalan je hohehohe. Tapi tataulah tu. Pegi pon ok, tak pegi pon takpe.

Bolehlah mengulau kalau Mr Sivaji takde lalalalala~

Wednesday, April 15, 2009

385: Inilah cerita baby

Untuk pengetahuan.

Anak Kak Ina telah pergi menghadap Yang Maha Pencipta pada hari Isnin, 13 April 2009 yang lalu pukul 2.45 pagi. Berat di hati dia untuk membenarkan doktor mencabut oksigen yang disalurkan kepada putera kesayangan, namun atas kesedaran bahawa jantungnya pun sudah tidak berdetak lagi - maka terpaksa direlakan saja.

Terima kasih untuk semua yang berdoa untuk kesejahteraan si kecil Ahmad Darwisy yang tak sempat ku temui walau dalam mimpi. Alfatihah untuk Awisy.. damailah di sana, ya sayang... :(

*****
Yer.. aku ilang lagi. Kali ni ke Kelantan pulak sepanjang dua hari lepas. Keje laa ape lagi. Takde ape pon yang nak kata syok sangatlah. Cuma makanan, dan cara perjalanan dengan menaiki Firefly je yang best kot. Aku tatau laa nape aku letih sangat kali ni. Masuk teksi je aku tido hahahaha. Route perjalanan sepanjang dua hari yang merangkumi Daerah Bachok, Ketereh, Machang, Kota Baru, Tumpat dan Pasir Mas memang ler buat aku letih dalam perjalanan.

Gambar? Ada... tapi card reader Anne pinjam lerrr.... Satgi kalau nasib baik, ade ler.. Hehehe. Ooooo ok dah dapat. Ayoh layan.

Sira pisang ni kalau kat Shah Alam.. hurrmm... sebijik belah dua = RM2 tak silap aku. Tapi kat KB, 3 bijik sehengget ok. Aku nak makan se je pon, tapi bile aku tanye..

kalau nak beli satu je tokleh ke?

Abang yang jual tu muka ceposen je sambel jawab : takdek jual sebijik. Huhuhu~ Terpaksa laaa beli sehengget gak. Mampu makan dua bijik jer, lagi satu terpaksa ler buang. Bazir betoi. Pikir² gak nak sedekah kat sape, tapi tak nampak sape² pun huhuh.

Apepon, sira pisang ni memang mabeles abes ah! Manis tak berapa manis, pisangnye pon tak lembik. Hebatttttttt~

Elok je azan maghrib, semua peniaga pakat tinggalkan je kedai memasing dan pegi semayang. TV kat kedai² pun semua dioffkan. Satu pemandangan biasa kat Kelantan kan? Kalau kat sini, jenuh laaaa nak soh orang kedai selowkan bunyik TV. Biadap betoi.

Oh ye. Masa aku kecik² dulu, aku penah dengar pasal balasan untuk orang yang bercakap semasa azan tengah berkumandang. Katanya di akhirat nanti, orang yang bercakap semasa azan akan dibangkitkan dengan muka babi. So kekawan.. kalau rasa suke nak bangkit di akhirat dengan wajah baru, bolehlah mula sekarang. Heheheh~
Tempat tinggal kitorang yang disuggest oleh pokcik teksi. Cantek kan? Ni bajet hotel tau uols. Dan sangat² strategik. Kiri kanan diapit oleh muzium (haaaaaaa aku suke aa tatau laa korang) dan depannya adalah Istana. Kata pokcik teksi, Istana tu khusus untuk majlis penganugerahan darjah kebesaran (skema tak ayat). Nak ke Pasar Besar Siti Khadijah pon jalan kaki je, dalam 10 minit jalan tak berapa laju dah sampai dah. Best².


Pegi balik satu flite dengan pokcik neh. Bile kali kedua jumpe, memang takleh tahan rasa nak gelak. Bukan ape, otomatik tangan aku akan patah sket dan akan mengakibatkan aku mengalunkan lagu..

"ku mencariiiii tak ku temuiiii"

:devilishgrin:

Friday, April 10, 2009

384: Doktel!

Rabu lepas, tepat pukul 5 petang aku bercadang nak berambos dari opis sebab nak gi jumpe Acai - nak amek kad kawen. Oww... Acai nak nikah dah esok uols. Congrate² !!
:woooh:

Macam biasa, bila nak balik kene laaa mengadap Mr Sivaji since dia memang ade plak kat opis. Kendian beliau bertanye..

u tak sihat eh?
batuk je
(definisi tak sihat untuk aku adalah demam, ataupun gabungan demam, batuk dan selsema. salah satu daripadanya tidak diterima sebagai 'tak sihat')
i dengar dari tadi u asik batuk je. sampai i pun batuk skali - kendian dia pun batuk
heeeee~
dah gi klinik? dah makan ubat? bla bla bla

errr aaa klinik blom, ubat ade ni - sambil tunjuk ubat yang Anne bagi hihi
esok pagi u pegi klinik. mintak mc kalau boleh. make sure keje u takde yang pending. ade yang tak siap ke?
(pikir jap) rasanye takde
then esok u mintak mc

Kekadang aku memang tak perasan yang aku ni sakit teruk sampailah ade budak opis ataupun Mr Sivaji sendiri yang akan sound suruh aku MC. Sebab aku tak demam. Kalau demam, mesti awal-awal lagi aku dah amek MC. Hehehe.

Makanya, pagi semalam aku gi klinik. Dan jumpe doktel yang agak boleh tahan laaa... *kelip² mata* Setelah briefing sket ape saket aku, inilah antara perbualan kami yang sempat ku catat dalam minda. Eceh.

ade makan ubat tak?
aaaa... ade tapi ubat orang lainlah heheh
(senyum senyum) batuk² ni ada kahak tak?
(pikir jap) tak. eh tapi lepas makan ubat tu ade la sket. sket je la..
(senyum sambil tulis²) suara berubah tak?
aaaaa ni doktel dengar sore saye ni, berubah tak? berubah laa sket hehe
(senyum lagi sambil tulis²) mesti saket tekak kan?
taaakkk (geleng² paler)
(senyum lebau) gatal² kat tekak?
taaaaaakkk (geleng² paler lagi)
(tahan gelak sambil tulis²) demam?
taaaaakkk (geleng² paler lagi)
(senyum sambil geleng paler) takpelah saya check awak eh
yee sile sile

Doktel ni mesti pening kot, sumenye aku jawab tak. Heheh. Lepas dia check dan bagitau nak bagi ubat apa, aku dengan wajah suram dan comel menyampaikan amanat Mr Sivaji dengan jujur dan telus.

Doktel, bos saye soh mintak MC.
(senyum giler lebau - mungkin nyaris nak gelak kot)

Salahkah aku?


Tapi ubat yang doktel tu bagi memang ah. Tak buat aku ngantuk pun, tapi.... gua jadi 'high'. Gaknye camtu kot rasanye kalau ko makan ecstacy, atau minum daun ketum. Aku nak berjalan dalam rumah pon kene pegang dinding. Ni satgi camne laa pulak keadaan aku lepas makan ubat kat opis ni. Adeehhh~
:tsk:

Wednesday, April 08, 2009

383: Once Upon A Time In Perlis Part II

Salam sume..

Aku ubuh gambau² jelah eh. Pastu akan cite sket sebagai pedoman di masa hadapan heheh.

Sebenarnya, selain dari pergi ke Perlis, kitorang jugek secara tak pasal-pasal telah menterlepaskan diri ke Thailand. Tak sengaja laaaa... Lagipun orang² imigresen kat sempadan tu tak cakap ape pong. Ekcely kitorang cari tempat soping kat Padang Besar tu hah. Alih-alih terlajak sampai ke Thailand daaaa...

Semua orang kecuakan masa tu. Of course laa kecuali aku je yang tak cuak. Hepi lagi ada. Aku sorang je yang snap sana sini masa kat Thailand tuh, orang len dah biru muka dah hahahaha. Dan oleh kerana takde sape yang ade mood nak layan aku, makanya aku ameklah gambau muka aku sendirik sebagai bukti pembelian eh kepergian. Ok laaa tu kan.

Bila kitorang dah lepas pintu gerbang tu, barulah orang len sume berani ketawa. Heh. Esoknya Mr Sivaji ade berborak dengan pegawai² imigresen kat Wang Kelian. Sume pakat terperanjat - macamana kitorang boleh terlepas masuk dengan takde pasportnye, border pass pon takdok. Kata encik tu, kalaulah ditakdirkan ada Thailand authorities tahan dan cek kitorang, kompem kitorang masuk jel time tu jugek. Huhuh. Patutlah sume orang cuak. Apelah aku ni, tak matang betoi~
Gambau campor² je ni. Pic yang bawah pic posing aku tu ialah ladang tebu ye kawan-kawan, bukan serai wangi (adoiiiiii rasa nak gelak guling² kerana memalukan diri). Tapi kalau korang kat situ pon, mesti korang tak tau tu ladang tebu. Sebab dalam kepala otak aku, kan ke kita tanam tebu dengan cara cucuk je batang tebu tu dalam tanah kan? Tapi kat ladang ni ala-ala serumpun-serumpun diorang tanam. Serius aku ingatkan serai laaa samdol <-- ayat beking diri. Alaaaa masa aku cakap serai tu ade orang setuju per. So bukan aku sorang je laa yang pikir camtu hawau. Hahahaha~
Aiseyy.. ape tah nama masjid ni. Tapi kat sana dorang panggil Masjid Hijau. Cantik kau! Nampak tak pintu kayu masjid tu? Cam pintu gudang gitu. Ala-ala pintu masjid kat Mekah tu. Bateri kamera aku hampir kong sebab banyak snap gambau kat masjid ni laa :) Kalau gi kat Sena, Perlis - carilah masjid ni. Semayang tau, jangan snap gambau je (aik perli diri sendiri ke ape ni).

Kalau gi Perlis, tak sah kalau tak cari mempelam (ke mangga??) Harum Manis. Kalau kat Melaka, spesis Melaka Delite laaa. Tapi kat sini, spesis Harum Manis ni yang popular. Tapi masa kitorang gi sane, bukan musim. So mahal sket laa kot. Sekilo RM10. Kalau musim, kurang RM2 je heheh. Oleh kerana aku memang takde niat nak beli, aku riki² belakang kedai yang terletak bersebelahan dengan parit. Eh ade pokok ceri. Ehhhh ade 3 bijik ceri dah masak laa. Terkenang nostalgia zaman kekanak masa balik kampung belah abah. Ape lagi, gua pon petiklah hehe. Free ape. Sedap ape.
Kat Wang Kelian. Aku rasa ramai yang tau kat sini ade aktiviti soping². Orang Thailand akan datang sini bersoping², gitu gak dengan orang-orang kita. Aku konon² nak laa beli spek bagi menggantikan Pradaku yang patah tiga tuh. So aku pun tanye..

aku : kak, brape ni?
akak tu : seratos
aku : haa?? *sambil terlentang pengsan dan berbuih mulut*
akak tu : eh bukan.. seploh
aku : oo..

Adakah dia ingat aku ni orang Thailand?? Grrrr~

Gambau terakhir ye kawan-kawan. Kedua-dua gambau di baris atas tu adalah gambau masa aku atas bukit kat Wang Kelian tu. Kalau korang peratikan entry sebelum ni ada pic aku tengah amek gambau kan.. masa tu aku tengah snap pic yang belah kanan tu la.. (eh ntah ye tidak). Dan gambau di bawah pula menunjukkan tulisan Banjaran Nakawan ye. Spotnye di area Gua Kelam. Mr Sivaji bawak gak kitorang singgah kat Gua Kelam tu walaupun hujan sebab aku asek meroyan sebut nak pegi Gua Kelam since pagi nak bertolak ke Perlis. Huahahahahaha. Alaa.. kalau aku tak meroyan pon, memang kene pegi pon kan kan.

Itu sajelah rasanya. Aku ni dah macam orang keje kat Kementerian Pelancongan laa pulak. Ade ke orang² di sanun nak bagi insentif atas inisiatif aku mempromosikan tempat-tempat ni hah?
:woooh: