Thursday, May 28, 2009

402: Buka Dada

Tahun 1996. Kursus Kepimpinan Pengawas Asrama - sumewhere in Melaka.

Salah satu aktiviti yang paling aku boring dan rasa nak skip - berkawad pagi-pagi. Pergh aktiviti yang sampai sekarang aku tak nampak apa faedahnya. Sorilah kalau korang suka. Aku tak suka. Bukan tak suka sebab pagi, tapi sebab kawad.

Ramai fasilitator. Abang-abang dan kakak-kakak. Boleh tahan. Ada sorang abang ketua kawad yang sombong dan bajet hensem. Susah betul nak tengok dia senyum atau bermuka manis. Mungkin dia saje-saje buat sombong sebab tak mau ternoda dengan cinta remaja. Aku agak saja. Oleh kerana tak tahu nama dia, kami gelar dia 'Pianggang'. Siapa tak tahu apa itu pianggang, boleh merujuk pakcik gugel imej.

Satu pagi yang hening. Berkawad. Lelaki di barisan depan, perempuan di belakang. Yang ni aku setuju. At least bukan punggung kami yang diskodeng. Kami pula skodeng punggung dorang. Hahahahahahahahaha~

Kemudian, Encik Pianggang pun memeriksa barisan. Barisan lelaki sahaja. Kebetulan aku berada di barisan paling depan (perempuanlah) makanya apa yang berlaku di depan sana, mata helang aku ni akan menangkap dengan pantas dan tuntas.

Encik Pianggang berhenti di depan seorang budak lelaki. Aku pandang mulut dia.

bukak dada. kata Encik Pianggang.

Budak lelaki yang diarahkan 'bukak dada' itu pun tunduk. Tangannya mencapai butang baju sendiri. Dahi aku berkerut. Huh?? Aku nampak Encik Pianggang menahan senyum.

bukan bukak macam tu, macam ni. kata Encik Pianggang lagi sambil menggayakan aksi bukak dada yang sebenar. Budak lelaki tadi mengancing semula butang bajunya yang telah dileraikan dan menurut perintah Encik Pianggang untuk bukak dada.

Berair mata aku menahan gelak. Aku perhatikan fasilitator-fasilitator yang lain juga berlari ke belakang dan ketawa berdekah-dekah. Yang lain-lain di dalam barisan aku tertanya-tanya sesama sendiri, terlepas peluang menonton acara bukak dada yang paling asyik di dunia sebab tak beri perhatian! Rugilah korang weh!!! Hahahahahahah!!


:ahaha:

Tuesday, May 26, 2009

401: Point Perborakan Semalam

Salam..

Aku ke Penang semalam. Ada macam-macam lah yang diborakkan sepanjang perjalanan memandangkan semua yang pergi tu tengah mengantok giler.


Otw balik, my opismate yang drive (yaa aku berjaya menyelamatkan diri ahaha). Untuk menemankan dia dan mengelakkan aku tertidur, ku baca paper yang sempat aku beli kat Petronas berhampiran. Oh cite isteri Akhil Khay nak mintak cerailah. Hurmm...

Kemudian perbualan tertumpu pada isu poligami. Oh ye.. my opismate is Chinese so banyaklah hal poligami yang dia tanyakan. Alih-alih dia tanya aku:

Mas, if one day ur hasben wants to get marry again, u kasik tak?
Aku pandang dia. Kalau i pulak yang kene jadi 2nd wife, u rasa macamana?
Waaaaa.... lagi susah laa.. macamana hoh, u mau ka jadik 2nd wife?
Wife dia bagi ke?
Ok.. Let say his wife bagi u kawen dengan hasben dia, u mau?

I rasa i kene pikir lagi setahunlah. Tahun depan baru i bagi jawapan. hahhahahaha

Bak kata sorang member aku, daripada jadi andartu, baik jadik 2nd wife. Untuk aku, dua-dua ada cabarannya. Dua-dua situasi kau tetap kene kutuk, but if u choose to be someone's 2nd wife, at least u have somebody to share ur sorrow with.

What say you? (MiLd, pinjam tagline heheheh)



Otw balik, kami bertiga singgah di R&R Tapah untuk solat dan minum. Oleh kerana tadi bercerita pasal poligami, macam biasalah - akan termasuk jugek cerita tentang kebujangan aku. Hadoih.. hahahaha~

Mr. Sivaji mula mengeluarkan pendapatnya tentang aku - secara peribadi bak kata dia. Aku just dengar je tanpa memberikan sampukan kata-kata macam selalu.

I strongly believe there's a lot of people who attracted to her, because she has a good look and good figure also (good figure????? u meant it ke kutuk ni huhu). For me she has a good attitude, but for Malay man - i mean most of it - will feel afraid of her. For Malay culture, she is too open - in a good way actually. But biasalah, Malay man cannot accept it.

Haa.. why?? My opismate asked.

Not because she fierce or what laa.. Because she has a strong personality. She has her own opinion, she speaks her mind. She's not that type yang 'yes bos yes bos'. If she doesn't like, she tells. Some man will feel threaten laa.. Untuk i, takde ape pon.

For me, Mas is sweet. Cuma belom jumpa jodoh lagi, betol tak? She looked at me. Aku senyum je sambil angguk2.

Another thing that makes her different from other Malay girl is, if i compliments her, she just accept it. You know orang perempuan Melayu biasanya malu nak terima pujian, but she's ok with it and not carried away with flatters. Cool laa kirenye. Tapi when it comes to work and she's not doing well, i taruh laaa betul2 macam orang lain gak. But still she's not being sensitive. And.. she is headstrong. You know headstrong ah? Keras kepala.

Panjang lagi sebenarnya. Tapi tak laratlah nak taip sume. Aku just nak cakap - aku sebenarnya tak sangka plak Mr Sivaji boleh mengkaji aku sedalam tuh. Hoh. Itu pendapat dia dan apa yang dia nampak pada aku sepanjang hampir 6 tahun ni. Mungkin betul, mungkin tak - aku tak pasti hehe.

Oh ye. Apa beza 'headstrong' dengan 'stubborn'? Aku macam ada jawapan tapi saje nak tanye pendapat korang.

:bringiton: Come come tell me hehe.

Friday, May 22, 2009

400: Mengapa Saye Ailebiu Fesbuk

Salam jumaat sume..

Cite pasal Fesbuk (malas nak taip bebetul). Aku memang baruuu je ade akaun fesbuk tu, dalam sebulan ade kot? Itu pon setelah berkali-kali menerima racun majmuk dari setiap pelusuk dan lapisan masyarakat (sebenarnya kawan-kawan), akhirnya aku tumpas jua akibat perbuatan ND. Errr maksud aku, perbuatan dia menginvite aku ke fesbuk laa..

Minggu pertama, aku memang agak blank laa jugek apsal laaa aku gi buat akaun fesbuk ni. Aku tengok fesbuk ni tempat kita nak lepas tensi lah kalau dah ko tensi wat keje tu. Lepak-lepak kat fesbuk jap layan kuiz, itu jelah aku rasa. Kendian baru aku tau, rupanya ade tiga orang abang aku sudah ada akaun fesbuk, dua daripadanya sangatlah aktif wal harem al jadah. Hahahaahah~

Tapi yang paling takbleh blah..

Klik la untuk pertumbuhan gambar yang sihat.

So far, aku tengok ramai gak kawan-kawan aku yang abang aku ni add jadik kawan dia plak. Siut betoi. So... untuk kekawan blog guwa yang diadd oleh abangku itu, jangan cite plak pasal blog baby kat dia. Gigit pinggul korang kang. Diam-diam sudah laaa eh.. Cukuplah sekali Bancik aku terlepas masuk kandang ke sini. Yee... yang 'B' tu abangku nomo 3. Tataulah amende yang dia nak spykan aku neh. Huhuu~

ape laaa yang dua ekor ni dok merapek hahah~

Oh ye. Kenapa ailebiu fesbuk. Aku ailebiu sebab via fesbuk ni aku dapat berinteraksi dengan abang-abang aku - especially yang nomo 3 tulah. Walaupun kitorang sama tarikh lahir, dan dia romentik (hahahaha dengan aku pon romentik woo - takde laa sampai bagi bunga tapi ade laa cara dia tunjuk dia sayang kat aku hahaaha), tapi dalam keadaan sekarang - bukan senang nak jumpe dia. Taukah dia pernah datang kat opis aku untuk ucap Happy Birthday kat aku dulu? Siap jumpe Mr Sivaji lagi haahahah. Depan Mr Sivaji dia dok peluk-peluk aku, malu ai dowh~

Same goes to my other brother - dak Nan itu. Susah nak jumpa dia (aku sebut jumpe means jumpe kat Melaka laa.. aku tak rajin pon nak gi umah dorang tu heheh).

Siot betoi gi upload gambau aku yang ni. Memalukan but at the same time, aku gelak je tengok. Sian abang aku, belom sempat tukau baju sekolah dah kene layan adiknye yang keboringan setelah seharian dok umah. Hehehe.

Terharu tiba-tiba bila tengok dak Nan tulis 'my lil sis'. Tatau la apsal. Terharu sampai airmata ada bertakong laa kat bijik mata ini. Bukan apa, biasalah.. Kadang-kadang aku rasa bila dah besau-besau ni, takde orang heran pon kat kite - lain la masa kecik dulu.

Rupanya, I'm still 'little' for them. Masih diawasi dan dispy walaupun dah besau. Hehehe.

Fesbuk yang menconnecting people begini - aku sangatlah hargai. Sape yang buat fesbuk ni? Meh baby cium sket kat ubun-ubun tu. Hahahaahahh~

:okay:

# patutnye bole je entry ni jadi entry tacing, tapi saje malas. hahahah~

Wednesday, May 20, 2009

399: Cermin di Sisiku

Salam sume..

Saje nak meluah-luah lagi arinie. Ekcely mende ni kecik je tapi selalu sangat jadik sampaikan aku dah rasa macam nak berangin sket la.. sket je..
:siga:

Aku cukup blur betul kalau ku lihat side mirrorku diusik orang. Takat terlanggau sket tu ku masih boleh bertahan lagi. Ni siap sampai terkelepet abes tu yang bikin gua emosi sebentar. Pastu kalau side mirror tu belah aku (cik driver), kojo sonang yo tu. Masalah sikit kalau belah penumpang tu hah yang dikelepetkan, tak ke ko rasa mau marah² dengan gaya manja? Grrrrrrrrrrrrrr ku menderam kemarahan lagi.

pakai side mirror camni kang baru tau

Lagi satu, aku agak sentap sket laa kalau budak² motor langgau side mirror aku bila-bila masa di jalanraya. Kalau dorang toleh dan angkat tangan kat aku [pastu bukak full face tu skali muke ensem cam Faizal Hussein plak pastu bagi no phone kat aku bla bla ok ni dah mula masuk Akademi Fantasia versi Masy] pastu say sorry ke, ok la jugek. Ini selamba papa je berambos. Tu kalau dapat peluang tu, mau laa aku patahkan pulak dorang nyer side mirror, pastu hempas ke bumi, pastu lompat² atas side mirror tu sampai berkecai, lepas dah berkecai aku sepak² ke merata alam. Ehem! *betulkan tudung* Imaginasi tak seiring dengan imejlah.

Tapi kan, ade la sekali tu. Kes TERlanggau side mirror masa kat trapit lite le ni. Ade la sorang pakcik ni terlanggau sampai terkelepet. Memula cam nak sentap gak la, tapi lepas dia angkat tangan say sorry tu aku ok je [see, aku ni pemaaf gak orangnye hoho]. Sekali pakcik tu siap gostankan motor dia, pehtu betulkan balik side mirror aku. Alalalala pakcik janganlah camni. Aku dah buat isyarat dah nak kata tak payah, tapi dia betulkan gak. Buat saye serba serbilah eh serba salahlah.

errrr... malulah ai camni pakcik huhuhu
:blush:

Erm.... selagi kete aku ade side mirror, potensi beliau untuk disenggol-senggolan cubit-cubitan adelah amat tinggi. Pasrahlah wahai Fahrin *tepuk-tepuk bahu beliau* dan sabarlah jua Baby *Fahrin pulak tepuk bahu aku*. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman manakala separuh lagi iman yang tertinggal itu, terpulang pada kita untuk memenuhkannya.

Sekian tazkirah arinie.

Oh hampir lupa. Salam takziah untuk Kak Ina atas kepulangan ayahandanya ke rahmatullah pagi semalam. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman - Alfatihah~

Monday, May 18, 2009

398: sape kate takde duit takleh soping haha

Salam sume..

Macamana wiken uols? Best ke dok? Wiken aku kire woraitlah gak. Start dari malam jumaat sampailah ke malam ahad, ade je mende nak wat.

Alkisah, jumaat malam aritu, aku, Anji n Piyan berjumpa dalam sesi temuramah dan temumarah kat Shah Alam ni gak. Dorang ni kekawan aku masa skulah rendah dulu. Cam Anji ni boleh dikatakan dah biaselah jumpe memandangkan satu kariah kat Melaka nun (fuh kariah tuu.. amende kariah tu? Hahah). Cuma Piyan ni laa yang da lama aku tak jumpe. Rasanya last jumpe masa kitorang sama-sama satu kelas tuisyen zaman skulah menengah dulu. Tu pon sebab cikgu tuisyen aku yang bawak aku gi belajau kat skolah dak Piyan, kalau tak memang tak jumpelah.

So.. lebih kurang 10 tahun gak tak jumpe eh? Lain sket laaa nampaknye beliau. Walaupun ketumpatan tubuh tu cam takde beza, at least nampak muka dia bersih sket. Seri pengantin kot? Hahaha. Insyaallah kalau takde aral melintang pukang, kitorang yang bujangan ni akan meraikan majlis beliau awal bulan depan. Aku datang bawak perut 6 pax aku ni jelah. Heheh.

Malam tu dak Anji bermalam kat rumahku yang kecil itu. Esoknya, lepas ku bawak beliau sarapan (oo mekasih la melanje baby), ku bawak pula beliau untuk menjalani sesi terapi minda. Kat mane lagi, JJ Bukit Raja laaa..~

Cakap terus teranglah eh. Aku memang takdek duit memandangkan duit claim aku tak dapat2 lagi (rasa nak marah pulak, cilanat betoi). Tapi selepas menarik2 duit daripada akaun simpanan aku yang asik menyusut je tu, kire ok la. Yang tak syioknye, JJ tengah sale la pulak. Dah laa sale, kitorang ade pulak buku diskaun yang ajaib sebab tatau camne leh ade kat umah aku. Anji memang dah aim nak beli itu ini. Aku ni tengok jelah sambil wat senaman kaki – meround2 tanpa hala tuju. Konon2 takmo laa pandang pape, nak tunggu gaji konon. Sekali baru le aku perasan, yang buku diskaun tu boleh guna sampai 17 Mei je iaitu esoknye je. Loh.. ja-han-ams betul ler!

Tetibe je kan. Ade orang membuat stetment. Begini bunyiknye ye rerakan.

Ko nak beli ke dik kasut tu? Ko amek je, nanti guna jelah kad kredit aku.

Wahwahwah. Ko tau tak bahaya stetment ko tu? Tapi betul gak per alasan beliau. Sale tu sampai esok je. Sangat tak bijak ok kalau aku tak beli pada ari kejadian tu. Lepas ku pilih satu, ku nampak pulak lagi satu. Tapi aku takde wat keputusan pape. Tetibe je kan. Ade orang wat stetment lagi.

Satu je? Ko amek jelah dua dik, senang. Aku bagi ko pinjaman tanpa faedah ni.

So akhirnya. Dua pasang kasot, selai baju. Lepas sale dan guna juga kupon diskaun, secara rasminya aku berhutang dengan Anji sebanyak RM83. Giler ah ding dong. Tapi yang ekstremnye masa kat kaunter bayaran ler. Kitorang siap bukak buku diskaun tu atas kaunter lagi, pastu orang-orang yang beratur nak bayar sume berkerumun tengok aksi berbelanja gaya hebat tuh. Tabik spring jugek kat adik cashier tu sebab dia pun bertungkus lumus menyelak buku diskaun tu demi memastikan misi berbelanja dengan berhemah kitorang itu terlaksana dengan jayanya. Hihihih.

Lepas tu sambung ke kedai atok pulak. Guardian n Watson ler. Minah tu nak beli mascara, dan secara tak pasal-pasal aku plak jadi model untuk menggayakan mascara. Oh ye. Mascara adelah satu-satunya alat mekap yang tiada dalam simpanan aku. mengapakah?

Kalau pakai, secara otomatik aku akan bertukar menjadi Rozita Che Wan. Memang lepas je amoi Watson tu tenyeh mascara kat bulumats ku, sume orang dok pandang je aku huhuh. Mesti dorang ingat aku ni oberdose mascara kot. Secara peribodinya, aku tak pakai mascara sebab aku takmo orang anggap aku ni makai bulumats pelesu. Adekah aku bersipat show-off di situ?? Tak kot. Tapi kalau ade dinner ke ape ke, bole je nak tenyeh. Pinjam Anne punye la tapi. Hahahaha.

Kendian sambung makan pulak. Kat tempat kegemawan Anji – Nando’s. Kebetulan Anne ade bagi kupon diskaun (lagi!) aritu, so merasalah mamam. Sayangnya yang paling besar diskaun tu takleh redeem kat situlah, kene mamam kat SACC (ni yang rasa nak pegi lagi ni).

Sekianlah Hari Berbelanje Secara Berhemah bersama hos anda, Masy dan rakan setugas – Anji.

Ahad jumpe Jard. Nantilah aku cite. Ehehehe.

Friday, May 15, 2009

397: Suatu Hari Nanti..


I don't know, but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me

Everyday I love you


I never thought that dreams came true
But you showed me that they do

You know that I learn something new

Everyday I love you


'Cos I believe that destiny

Is out of our control (don't
you know that I do)
And you'll never live until you love

With all your heart and soul


It's a touch when I feel bad

It's a smile when I get mad

All the little things I am

Everyday I love you


Everyday I love you more

Everyday I love you

'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't
you know that I do)
And you'll never live until you love

With all your heart and soul


If I asked would you say yes?

Together we're the very best

I know that I am truly blessed

Everyday I love you

And I'll give you my best

Everyday I love you


Lagu ni dah lama kan. Tapi tak pernah pun aku amek tau liriknya. Selalu tu dengar je tapi tak pernah cuba menghayati.

Taukah bahawa kebahagiaan boleh datang dan pergi macam tu je, macam angin lalu. Semalam mungkin kita sangat bahagia sampai terlupa dunia akhirat. Tapi boleh jadi hari ini kedukaan yang lama disimpan dalam peti tu akan diumpil selaknya yang dah berkarat tu oleh orang lain.

Setiap saat dalam hidup bagi mereka yang pernah dilukai, pasti akan berusaha sedaya upaya - bergelut dengan perasaan dan kenyataan untuk melupakan. Yang berjaya, akan teruskan hidup. Dan yang gagal, akan terus tersangkut di alam fantasi. Bagaimana pula dengan yang sudah berjaya, tetapi realiti kehidupan yang lama ditinggalkan itu terus-terusan menariknya untuk kembali ke masa silam?

Sekuat mana pun hati, tentu akan tersentuh bila mengetahui hakikat bahawa rupanya dalam hati dia, pernah menyimpan hasrat untuk memiliki. Sedalam mana hakikat kelukaan yang pernah dia benamkan dalam jiwa, tetap juga tercuit rasa hati yang pernah menyayangi.

Kita sama-sama tahu. Cinta tak semestinya bersatu. Kerana cinta di hatimu itu pun pada asalnya memang bukan untuk aku. Dan itu pun kita sama-sama tahu. Aku datang dan diterima bukan kerana aku betul-betul kau mahukan. Aku tahu itu, dan aku yakin kau pun sedar.

Teruskanlah sayang kehidupanmu. Sampai satu saat nanti, aku harap kau pun akan meraikan kebahagiaan aku melupakan perasaan ini.

Hari itu akan datang, aku yakin. Insyaallah..~
:anongnangyari: # di hati kecilku berharap kau masih sebahagian dari hidupku..

Wednesday, May 13, 2009

396: Aku kalau dah menipu, memang skrip yg terbaik la..

Dari minggu lepas aku dah apply cuti untuk esok. Biasanya aku isi borang cuti sehari sebelum aku cuti. Tapi kali ni aku saje je isi awal². Mana nak tau rupanya ..

Esok aku kene standby ke Perlis. Untuk pertama kali, aku cakap kat Mr Sivaji aku takmo pegi. Serius aku takmo. Bukan sebab aku takmo pegi, tapi sebab aku takmo lepaskan cuti aku. Dah beberapa hari ni dia dok sebok korek kenapa aku nak cuti. Laaaa sukati aku laa cuti aku. Aku cuti sehari je pon. Belen cuti aku banyak pulak tu. Kang ujung tahun aku amek cuti sebulan kang baru tau huhu.

Masa hantar Mr Sivaji ke klinik pagi tadi pon dia tanye lagi. Aku tak nak tipu dia ok, so aku kata aku takmo cakap pape. Dia seboookkk korek lagi. Aku rasa macam nak...~


Tensi laa! Akhirnya lepas dia kuar dari kete aku, dia pon cakap.

kalau u segan nak cakap, u sms je reason u.

Ceh. Bizi bodi betoi la. Bos sape ni? Sila kutip balik! Makanya sepanjang jalan pulang ke opis, aku berpikir sama ada nak berkata benar (which is nanti menyusahkan aku balik sebab mesti lepas cuti Mr Sivaji nak korek² lagi. aku tak suke ah nak kongsi my personal life with him. it's all mine ok), ataupun terpaksa kelentong beliau gak.

Kat dalam kereta lepas parking. Aku terus sms dia. Well... korang rasa aku menipu ke aku bercakap benar? Hahahaah~
Tengoklah macamana petang ni. Kalau tak boleh jugek..
:sigh: Tataulah nak buat ape lagi dah.

Monday, May 11, 2009

395: Bunga² Yang Mencabar Minda

Semua orang pun tengah cerita pasal hari ibu. Heh. Aku macam biasa je, takde pun sambut-sambut. Aku tak romentik weh. Hahaaha. Tapi kebetulan masa aku gi Tesco ari Jumaat lepas, ternampak pulak bunga daisy sedang berkembang mekar bertiga. Harga sepasu pon tak mahal (aik macam kedekut pulak?) <-- kedekut ade sebablah. Oleh kerana hati sendiri pon bagai digaru dengan kulit durian, makanya aku beli jelah sepasu. Dan jalan-jalan lagi beli alas pasunya pulak.

Mak, kalau mak tak suke, baby nak ameklah. Itu skrip aku sebelum bertolak balik ke Melaka.

lebih kurang camni la kaler dia~

Tapi mak aku suke la. Sibbaik dia suke. Kalau dia tak suke pon aku suke gak. Huahahahahah ape laa anak buruk siku dan perangai.

Dan sementara menunggu ketibaan rombongan kehormat dari KL tiba, aku dengan mak gi bengkel - nak anto kete aku untuk diserviskan. Aku bajet RM100 je weh. Sekali jadik RM400 plak. Ni sume gara-gara kene ganti tayar 3 bijik sekaligus. Tu kire nasib baik laa aku ade tayar spare, kalau tak mampus nak ganti sekali 4.
:tsk:

Nak tak nak kene le minjam duit mak, voley??? Sabau jelah uhuh. Time tu laa topap abes. Malas aku nak topap. Petang semalam baru le topap tu pon tak macam biasa. Ah lantaklah. Dan semalam masa on da way nak antau anak buah aku ke U, dia tegur plak:

aircond busu ni macam tak rasa sangat je. gas aircond dah nak abes ke?

Ah sudahhhhhh. Apa lagi laa kete aku neh. Huhu. Pehtu kene gelak la sedas dengan dia.

Nak kene ganti gas plak, busu. Duit lagi.
Ah sadap u. Hahahahaha

Kalau jadiklah trip bulan depan ni, alamatnye aku pakat amek gambau jelah. Huhu~
:tsk:

Bunga daisy, bunga tayar..
Bunga duit, bila mau mari neh????!

Friday, May 08, 2009

394: Masihkah kau ingat?

Beberapa minggu lepas, aku berborak dengan Anne pasal kenangan zaman kekanak - atau spesifiknya cerita pasal minat membaca masa kekecik dulu.

Aku tak pastilah orang lain macam mana, tapi masa kekecik dulu aku (dan Anne rupanya) cukup minat membaca hasil karya Enid Blyton. Best tu. Eh aku mati-mati ingatkan dia lelaki, rupanya perempuan eh. Hardy Boys, Nancy Drew, Alfred Hitchcock pon best jugek. Kalau yang dah siap translate dalam bahasa, ada siri 5 Sekawan (ke Penyiasat?), Asrama Tengku Asyikin (yang ada watak Tengku Anne yang giler kerek tu ahahhaha), Siri Salma dll.


Oleh kerana masa kekanak aku dulu aku hanya sempat bersama abang-abang aku selama 5 tahun je (5 tahun tu kirenye ade laa yang dok umah tu tetiap hari), so kene la cari alternatif supaya tak boring (aikk kecik² dah tau boring ke? :p). Sebagai cikgu, mak aku laa yang banyak mengajau itu ini start umur aku 5 tahun tuh. Menulis, mengeja, membaca, tulis jawi (aku ingat lagi mak aku ajau aku tulis jawi kat dapur sambil dia memasak hehe), menjahit (tapi pandai time tu jelah, dah besau tak reti pon jahit baju) dan macam-macam lagilah.

Abah pulak senang je. Bile aku dah pandai membaca, dia bagi galakan dari segi supply buku-buku. Dan biasanya hadiah harijadi aku pun adalah buku cerita yang mana aku memang suke giler ah. Kalau kawan-kawan aku masa skulah rendah dulu bercerita mak apak dorang bawak gi fun fair, aku takde pun. Pesta Buku laa tempat kitorang berkubang. Dan abah memang kena bersedia untuk berbelanja besar kat sana sebab anak dia ni berselera besar. Sampaikan pernah sekali masa kitorang pegi kat Pesta Buku PWTC, abah dah sound awal-awal - "abah bajet RM50 je tau, jangan amek lebih²". Hahahaahah~

Aku mula membaca buku yang agak tebal (yang lebih 100 m/s) masa aku darjah 2. Memang rasa tak konfiden - sebab dalam pemikiran aku, buku tebal ni banyaknye perkataan. Muntah la pulak nanti. Tapi abah kata, sampai bila nak baca buku nipis je? Kalau baca buku nipis dua tiga buah pun, sama je macam baca sebuah buku tebal. Ye tak ye.. So.. mulalah.

Genre buku eh. Kalau dah Enid Blyton, Hardy Boys, Nancy Drew dan Alfred Hitchcock mestilah kisah penyiasatan. Siap berangan nak jadi spy tuh. Rembo, ko mesti ingat punyelah macamana kita nyer darah penyiasat masa skulah dulu hahaha. Bukan ape, biasalah kalau dah membaca tu mestilah rasa penghayatan tu ade lebih sket. Tapi Enid Blyton ada jugak hasilkan karya berlatarbelakangkan kisah budak² asrama (Sekolah Tengku Asyikin dan Sekolah Seri Melur).

Adeh. Aku sangat yakin aku masih simpan lagi buku-buku tu sume tapi kat mana eh?

Oh ye. Janganlah ingat aku terer sangat baca buku English. Yang aku baca tu semuanya terjemahan. Hanya buku Ladybird je yang aku baca pure English pastu pening sendiri sebab tak fokus sebab tak brape faham. Hahaahah.

Tapi bila dah besau sket, pahamlah. Best per. Hehe.

Berbeza dengan budak-budak sekarang. Tak payah tengok orang lain la, tengok anak-anak buah aku dah cukup dah. Ada pun nak menurun perangai ulat buku aku (itu kata mak aku), ada beberapa kerat je. Si Adan salah sorangnya yang bangun tido je, terus capai buku. Hahaha. Yang lain, bangun tido terus mengadap tv.

Rugi kalau tak suka membaca buku. Ilmu, perbendaharaan kata, pengalaman baru - segalanyaa ada dalam sebuah buku (yang bagus jelah). Takkan rugi walau seminit pun kalau diluangkan.

Oklah, renung-renungkan dan selamat beramal. Hahah~
:okay:

Wednesday, May 06, 2009

393: Nilai saye seringgit

Beberapa kali dalam beberapa minggu ni, aku rasakan diri aku semacam. Bukan demam ke ape ke. Ntahlah.

Cuti panjang Hari Pekerja. Aku tak balik kampung pun, ada sebabnyelah. So dalam 3 hari tu, aku asik bangun lewat je pagi². Biasanya time cuti, paling lewat pun aku bangun pukul 9. Tapi kali ni, pukul 10 pun mata rasa kelat lagi.

Banyak sangat yang terpendam.


Kadang-kadang sebelum solat isyak dan tidur, aku cuci toilet pulak. Malam tadi pun aku buat lagi. Berus lantai, berus jamban itu, sampai pukul 11.45 mlm. Kalau tak kenangkan arinie nak keje, tak mustahil aku cuci dinding toilet tu jugak. Ye aku tak suka toilet kotor.

Tapi kenapa tak tunggu hujung minggu? At least tunggu siang? Aku pun tak tau.

Malam tadi aku mimpikan seseorang. Aku cuba juga nak ingat siapa dia. Sebab perasaan aku dalam mimpi semasa bersama dia itu, adalah bahagia. Aku tahu dia adalah seseorang daripada 'buku sejarah' aku, tapi tak pasti siapa.

Daya ingatan aku dah lemah.

Dalam mimpi tu jugak, aku saksikan orang mati overdose dadah kat pasar malam. Dah dua kali mimpi macam ni. Ape kene mengena dengan aku plak? Aku tak consume dadah, dadih ade la. Ke orang tu mati overdose dadih?

Mungkin dalam diri aku, ada banyak benda yang belum clarify lagi. Aku mahu selesaikan, tapi bila aku cuba - aku rasa aku tak diberi peluang. Aku cuma berpeluang untuk memberi ruang pada orang lain supaya dapat selesaikan. Apa aku tak berhak ke untuk bercakap soal hati aku?


Aku cuba juga untuk lupakan. Tapi hujungnya nanti.. ermm..

Mungkin bila datang masanya untuk aku clarify, aku pun dah takde hati nak bercakap. Takpelah, tentang aku takde apa yang penting. Aku sihat. Aku kekurangan. Aku tak ada value yang setanding. Apa-apa jelah.

Harap hujung minggu ni dapat jumpa Alfi. Alfi, tolong Busu ketawa ye!

Monday, May 04, 2009

392: Hadiah

Salam sume...

Suatu hari. Malam tu, macam (tak) biasa aku OT. Memang dalam dua tiga minggu ni, aku akui jadual agak ketat. Juggling dengan dateline yang bukan setakat satu, tapi tiga – memang buat aku terpaksa juga OT. Kalau tak OT kat opis, aku bawak balik kerja² tu semua dan cuba siapkan sepanjang hujung minggu. Tak kisah pun, bukannya ada sape-sape yang tunggu kat rumah, ye tak? ;)

(terima kasih untuk kawan-kawan yang temankan aku dengan YM – susah2 je hehe)

Menjelang pukul 10.30 malam, aku putuskan untuk pulang. Masalah printer memang tak dapat aku selesaikan. Daripada aku dok tercongok sampai pagi tapi tak boleh nak buat ape, baik aku balik. Selepas mengadap Mr Sivaji yang sedang menunggu dan menjelaskan apa yang patut, aku pun berkemas-kemas untuk pulang. Tengah elok aku berkemas, tetibe..

Mas~

Aku menoleh. Alamak.. Mr. Sivaji nak soh aku buat pindaan apa-apa lagi ke ni? Huhuh.

Nah, ni untuk u

Aku menyambut beg plastik tertulis British India Home yang dihulurkannya. Menjengah ke dalamnya.

(ni lepas dah letak kat umahlah hoheho)

Sama macam kat opis ni. Ekcely lepas I beli dua, rasa macam tak sesuai pulak nak letak dua-dua kat depan tu,macam semak je. U ameklah.
Hehehehe. Mekasih Mr. Sivaji


Mr. Sivaji memandang ke arah rakan sepejabat yang kebetulan berada di situ dan mendengar segalanya.

Sori eh Melur (nama tipu), I tak bagi kat u sebab u duduk umah abang u. Mas dah ade rumah sendiri. I’ll give u samting else later ok?
It’s ok.. Saya tak kisah pun hehe

I bukan ape. I tell u, I memang dah selesa dengan Mas. I tau I boleh cakap pape je dengan dia sebab dia takkan perasan punye. So u jangan kecik ati pulak.

Taklah hehe


Tak payah la nak gosip-gosip :p Mr. Sivaji memang macam tu. Ada benda dia akan bagi orang lain, ada benda dia akan bagi aku. Dia akan bagi apa saja pada staff dia, terpulang pada penilaian dia – apa yang sesuai untuk siapa. Sebelum ni dia bagi aku mende ni.


Ape nama benda ni hah? Aku panggil je akar kayu, kayu – kayu kayan pon bolehlah. Ini pun daripada British India gak. Tapi takde proof laa, sebab takde engrave kat kayu tu hahaha. Alkisahnya masa mula-mula dia letak mende tu kat opis, Mr Sivaji tanya – aku suke tak? Hoh mestilah aku suke. Memang stail-stail gini laa yang aku dok angan-angankan untuk rumah aku sendiri tapi tu lah.. ntah bile nak jadi nyata la angan-angan tu sume. Pastu Mr. Sivaji pun tanye,

U suka tak mende ni?
Suke!

Kalau camtu, u ameklah belen yang kat tepi pintu tu

Boleh ke?

Bolehlah. Tapi jangan amek yang dalam tempayan tu pulak
Ok ok hehe. Mekasih Mr. Sivaji hehehehe


Awal bulan lepas, aku dah jumpa pasu yang seswai giler untuk kayu ni. Tapi masa tu gwa takde duit la pulak. Makanya ku anggapkan ku takde jodoh dengan pasu tu. Tapi semalam aku teringat kat pasu tu. Serius ni. So aku pon pegilah PAS sorang-sorang (macam biasalah) dan terus tuju kat kedai tu. Malangnya dah takde dah :( Mek sedih. Mek rasa gurisan jiwa (tipu ah). Aku harap aku akan jumpe pasu yang serupa lain kali.

Kalau tak serupa pun, at least ada iras-iras. Bak kata orang, bila kita kehilangan sesuatu – insyaAllah, Allah akan kurniakan kita sesuatu yang lebih baik dari itu.

Betul tak?

Oh ye. Tahniah laa TOMOK sebab menang OIAM. Aku dah sejuk-sejuk tangan malam tu, nebes toksah cakaplah – macam laa aku Tomok! Tapi tensi siot, only 2 out of 10 sms aku yang dorang kira. Kalau nak claim balik boleh tak? Dah laaa sms rijek tu terus masuk sampai nak dekat subuh – tak lena tidor aku dibuatnye malam tu. Huhuhu.

# Takziah untuk abah angkatku atas kepergian ibu mertuanya pada hari Sabtu lepas. Moga roh almarhumah dicucuri rahmat. Alfatihah~