Monday, June 29, 2009

411: Beijing - Day 2

Sebelum sambung cite pasal Beijing, ni saje iklan. Letak gambau je..

Ke umah Kak Nonie semalam, bday party anak dia daa.. Baguih dok ado aku dengan Anne berlenggang bawak perot je hohehohe. Tapi ade laa seswatuh ku bagi pada Nurin – hihihhihih aippp kalau Nurin tak bagitau mama, kakak bagi lagi eh *KAKAK ok…. Lalalalalala*. Oh ye.. yang berkaber muka tu ialah Kak Anie a.k.a Kak Lady. Auwww tak sangka sangat terjumpa dia kat situ hehehe. Tahniah untuk Kak Anie sebab berjaya menyebut nama baby dengan tepat sekalik! I love u laaa kakak ;)

Ok, let’s move to Beijing’s part. Hahahaha. Hari kedua. Pukul 6.30 pagi aku turun bersarapan. Pukul 6 pagi di sana terangnya macam pukul 7 pagi waktu Malaysia. Pukul 8 kami sume bergerak ke destinasi pertama iaitu Summer Palace. Kebetulan sekarang ni memang musim summer, so ngam la tu hehe. Kawasan Summer Palace ni teramatlah luas, kalau nak habiskan berjalan di seluruh kawasan tu memakan masa 7 jam. So.. kite jalan sket2 jelah.

Kemudian di tempat yang sama, kitorang naik bot untuk tengok2 kawasan tu. Penat laa kan nak jalan kaki, aneroxia la pulak karang. Bayaran untuk naik bot tu adalah 20 yuen seorang. Kalau bos ko baik, dia bayaukanlah. Tapi aku tak kata bos aku tak baik tau, aku cuma nak cakap – kalau dia bayaukan, dia adalah SUPER baik di mata aku. Wakakakakakkakakakaka janganlah waris dia baca blog aku neh huahaha. Mek bercanda aja donk ah!


Abes je round2 kat situ, kitorang shoot ke tempat lain plak. Kali ni ke kilang pembuatan pearl cream. Bukan takat pearl cream and pearl powder je, ade gak jual aksesori yang berasaskan mutiara dijual. Aku ada laaa bli sket untuk kekawan. Untuk aku, aku dapat cincin mutiara free je – save bajet di situ ye. Hehehe. Hah. Sape2 nak beli pearl cream tu, silelah contact aku ye. Ade lagi 3 botol ni. Sape cepat, dia cepat – sape lambat, dia lambat ah. Ok?

Lepas singgah solat kat Masjid Madian, trip diteruskan ke kilang pembuatan kain sutera. Ekcely bukan takat kain sutera, ada satu menda yang memang aku rasa teruja nak beli tapi mengenangkan kemampuan yang tiada, maka tiadalah aku melakukan sebarang aktiviti soping-sopingan. Barang itu adalah selimut sutera. Silk quilt. It would be a perfect gift for my mum but... takpelah. Maybe someday, I hope.. So bergentayangan jelah aku kat situ tak beli pape. Walaupun cik-cik amoi kedai tu datang bawak bantal per sume dan pujuk2 namun tetap tak berjaya merubah fikiranku. Ahakss.
Ni kat Masjid Madian tu lah. Cantek kan? Dedaunan merimbun menjalau-jalau kat dinding, klasik sangat!~

Ni gambau kat kilang sutera tu lah. Banyaknye gambau, malas pulak ku nak letak satu-satu. Huhuh~

Abes kat situ, kitorang gerak ke satu tempat yang ku nanti-nantikan untuk menjejakkan kedua-dua belah kaki aku yang tak berapa nak kurus ni sejak dari kat Mesia lagi.. hohehohe aku berjalan dengan riang walaupun penat dan kepanasan sambil menyanyi-nyanyi lalalala~

Nun di sana tersergam Forbidden City atau dalam bahase Melayunya Kota Larangan, tempat di mana kita asek dok tengok filim-filim cina selama ni – nah, skang tertonggok dengan kereknya di depan mata aku. Aku letak gambau jelah hoh, panjang kalau borak tang ni. Silekan gugel cerita selanjutnya tentang Forbidden City ok kawan-kawan. Hehe.

Berapa jam hah aku kat situ? Yang pastinya ku berjalan sampai langkah pon dah hilang rhythm. Penat penat. Penat nak mampossss dah laa panas terik plak tuh huhuhuhuhu. Dari Forbidden City, kitorang menapak ke Tian An Men Square. Memang le tempat tu depan-depan je. Tapi ni bukan Mesia deeekkkk yang ko boleh cross jalan selambe je. Kene lalu subway, dah tu kat subway pon ade scan bag jugak cam kat airport. Menjaga keselamatan kekdahnye *apsal cakap cam fefonen ni? Hahaha*. Pehtu berbaris di Tian An Men Square itu untuk bergambar.


Haaaa kat sini aku ade blurrr laa sket. Kite ni nok amek gambau laa kan, aku memule kompius apsal cam ramai nau orang-orang yang tak terbabit dengan penggambaran ni pun nyibuk2 kat tepi tu? Alkisah dorang dok menengok kami nak pose-pose ni hah. Harem jadah betoi ku rasakan. Kalau dok jejauh tu tahan laa jugek, ni dok dekat cam nak soh ajak join je. Berbulu betis beruk menengokkan aksi-aksi cenggini. Pakkal tempat orang, kalau kat Melaka memang lajuuuu je mulut aku soundkan.

Dari situ jalan lagi nak menyampaikan ke bas sanun dah la parking jauh (ingat.. kan environmental friendly tajuk album Beijing ni, bukan boleh suka-suka parking bas hoh). Patutnye singgah muzium tapi tak sempatlah kot, dah petang nau. So amek gambau depan muzium jelah.

Ade cite masa nak snap pic. Masa kitorang tengah set-up nak amek gambar, maka lalulah mamat-mamat Beijing di depan kitorang (cam biase laa pandang-pandang macam dok penah tengok orang huhu) pastu terdengar laa dialog dorang..

Congcengcongceng piao liang congceng

Haa aku paham piao liang je, so aku pon cakap ‘xi xhie’ (betoi kaa eja ni?) kat mamat tuh hahahahah. Terus amoi opismate aku terkejut.

u paham ke apa dia cakap?
I paham piao liang tu je. Dia cakap sape cantek?
Dia cakap kita semua cantek
So betoi laa I cakap xi xhie tu hehehe

Sampai ke sudah dorang dok pandang-pandang sambil sesenyum. Padan muka aku! hahahahaa.
Lastly, kitorang gi dinner dan terus balik ke hotel.

Bersambung...

Thursday, June 25, 2009

410: Beijing - Day 1

Salam sume..

Oleh kerana percutian kali ini memamam masa selama 5 hari, better aku separate cerita by day laa baru senang. Kan kan? Lagipun aku bercadang nak buat kuiz di akhir cerita aku nanti. Hohehohe. Ada small token from Beijing menanti anda. Tapi ade syarat yang small gak lah. Simple je. Hehe~

1. Hanya mereka yang kekal bagi komen dari 1st entry tentang Beijing ini sampai entry last sahaja yang layak menyertai. Means start daripada entry ni lah. Motif? Sukati aku laaaa kuiz aku. Hahahaha!!

2. Setiap orang hendaklah bersedia mendedahkan nama sebenar masing-masing kepada aku si pemilik blog (sahaja - dunwori aku tak publish nama betul korang kat sini) seandainya terpilih sebagai pemenang. Motif? Laaaa... again. Sukati aku laa hehehe.

3. Seandainya terdapat unsur-unsur penipuan - contohnya : tipu nama sebenar, pehtu terkantoi plak - otomatik gear aku akan batalkan hadiah. Mebi akan dapat gaklah, tapi aku send pic subinier tu je via email. Hohehohe.

4. Anne dan Penyubiru serta beberapa orang yang ko-tau-sape-ko adalah diHARAMkan sama sekali menyertai kuiz ni. Nak try boleh, tapi kalau betul pon sesia je sebab aku takkan bagi subinier tu kat korang. Hohehohe.

Ok, paham sudah? Dah tu je. Jom sambung cite.

Perjalanan ke Beijing bermula pada pukul 8.30 pagi. Berada di udara selama 6 jam sehingga dijangka tiba di Tianjin Airport pada pukul? Kira sendiri. Huahaha. Kitorang naik AirAsia Airbus. Seat gitu gak, tapi dalamnya luas.
.. dan ade intra-chat. Boleh wat chatroom. Ni je yang free. Kalau mo nonton muvi kaa dengar lagu kaaa kene bayau RM30. Tensi sket bila aku buat chatroom untuk opis kitorang tapi orang luar plak yg nyibuk join skali. Tak seswai okeh.

My treat - Big Bruce BBQ Chicken. Sedap ah ding dong. Errr taklah sampai ding dong. Sedap laa. Nasik Lemak Pak Nassier takde eh dalam flite ke China. Dunno why. Takot basi kot? (apedehal 6 jam je bukan 6 bulan isk² nak komplen ah).
Sebelum touch down, dah diberitahu para penumpang sekelian takleh turun dari pesawat sebab pegawai kesihatan dorang akan masuk untuk check temperature sorang-sorang. Cam scan harga gitu kat dahi memasing. And yes, ade sorang yang mebi demam onboard - so ade lima lane kena kuarantin dalam tu. Syukur lane aku slamat - alhamdulillah...

Kuarantin kat sana mengambil masa antara 3 - 10 hari, depends pada progress mangsa kejadian. Tatau ape kabau dorang yang kene kuarantin. Nasihat aku : jangan gedik gi duduk seat lain. kalau nasib tak baik, terkena lane yang ade orang demam - tak ke malang kene kuarantin? (padahal aku pon tido kat seat lain gak - tapi masa dalam flite balik eh :p)

Dari Tianjin ke Beijing mengambil masa hampir 2 jam jugak. So setelah ditimbang kati, aku berkeputusan untuk berwuduk di airport dan solat dalam bas. Sila tanya ustazah yang berhampiran untuk prosedur tersebut. Oh ye, waktu di Beijing dan Malaysia sama ye. Ade beza pon dalam 10 minit je (tapi Mr Sivaji kata takde beza langsung, ntahlah). Sekarang musim panas. Subuh pukul 4 pagi. Eh macam takde kaitan je stetmen ni.

Next!
Beijing adalah bandar yang berorientasikan mesra alam - environmental friendly. Takde asap yang berkepul-kepul daripada bas dan lori dan kereta jua. Polisi untuk bas supaya mematikan enjin ketika menunggu penumpang pun dilaksanakan. Bandar bersih, rakyat sihat. Beli barang kena beli plastik kalau mau guna plastik. Ramai yang gunakan basikal untuk ke sana sini, dan juga ada subway. So walaupun penduduknya berjuta-juta, tapi tahap kesesakan lalulintas masih amat terkawal.

Bayangkan je Kota Damansara tapi tak jem. Macam tu lah.

Lepas makan (dinner nih), kitorang gi tengok acrobatic show. Hensem budak-budak tu. Eh. Terer budak-budak tu meliang liuk dan berlompat-lompat. Kacak pun kacak. Eh. Cekap pun cekap. Heheheheheehhehe~
Kemudian terus check in di Bai Ming Wei International Hotel. Nice hotel. Tilam keras giler (ko lumpat atas tilam tak melanton langsung) tapi aku suke. Seswai untuk mereka yang mempunyai tulang belakang yang bermasalah. Mama like.

Oh ye lagi skalik. Charge SMS dari China ke Malaysia adalah RM2. So aku beli je simkad sane terus. 100 Yuen bersamaan lebih kurang RM50++. Tapi ade rasa tak puas ati plak. Errmmmm~

Bersambung lagi - nexweek kot? Hehehe.

Wednesday, June 24, 2009

409: Beijing - Sneak Preview


Esok-esoklah aku cerita. Panjang nih. Nak ke baca uols? Hehehehe~

Thursday, June 18, 2009

408: Dah lama aku tunggu


Apa yang bakal berlaku esok adalah antara perkara yang aku nanti-nantikan selama ini. Sesuatu yang aku angankan, dan insyaallah jika diizinkan Allah - apa yang aku impikan akan jadi kenyataan.

Aku tahu ada yang membantah. Terutama orang itu. Aku setuju dengan hujah-hujah dia. Tapi di satu sudut, entah kenapa aku teringin untuk menempelak. Kalau dulu dia langsung tak pedulikan hati aku, kenapa kali ni bersungguh dia pedulikan masa depan aku? Opsss emosi pulak. Hurmm.

Apapun, terima kasih kerana masih mengambil berat hal aku. Appreciate dat, dude.

Dalam hidup aku, bukan ada banyak punca untuk aku gembira. Aku cuma ada kerja, dan keluarga dan kawan-kawan. Eh macam banyak pulak? Apa-apa jelah.

Straight to the point.

Insyaallah. Penerbangan pagi esok akan membawa kami ke sini.



Aku cadang nak resiakan dulu tapi roomate aku yang baik ati tu dah pecahkan pulak dalam komen kat entry sebelum ni *grrrrrrr gigit pinggang dia kuat² sampai putus urat kentut dia* So.. takpelah. Hehehe.

Doakan aku selamat pergi dan balik. Sihat semasa pergi dan pulang juga. Jangan pesan pape weh. Malas aku nak layan - serius ni *sambil gelak kecil tengok orang² yang dah berkira² nak pesan sutera china laa apa laa* Aku cuma mau pergi dan gembira. Walaupun jauh di sudut hati, ada sesuatu yang tak lengkap dan tak kena.

Hey.. Jangan berhenti merindui aku. Kerana aku juga sudah mula merindui kamu - semua. Hehe.

(ada sapa² nak amek aku masa balik nanti?hehe)

luv ya~ (^*^)b

Tuesday, June 16, 2009

407: Crazy Tired. bole gitu?

Salam sume..

Di Perlis hanya dua hari, tapi letih Tuhan dan aku sajork yang tahu. Walau apapun, dis trip memang sangatlah best. Sebab banyak melaram. I mean, melaram bergambau laaa hehe. Pehtu budak praktikal sorang ni bawak DSLR pulak. Lagi laaaaaa syiok! Baru la semangat nak posing tu mari, kan kan.


Tak penah kot aku amek gambau lumpat-lumpat neh. Kecuali masa skolah rendah dulu, itu pon sebab aku masuk lumpat tinggi dgn lumpat jauh masa sukan. Eh tapi ade ke orang amek gambau aku? Lupa sudah. I wish I'd twist my legs a bit tapi takot terjelepok jatoh kang berbelit plak kaki aku. Mebi next time hoh? Hehehe.

Ada kisah kat sana. Hehe.

Sesampainya aku n bos n my opismate (kitorang 2nd trip) di Bandar Kangar, terus jelah buat keje. On d way nak ke tempat yang dituju, aku pun snaplah gambar-gambar yang memang diperlukan untuk keje (eceh ayat). Kebetulan masa tu aku berdiri dekat trafik lite, and ade sorang chinese uncle ni dok tunggu lampu ijau (takkan nak tunggu lampu suluh pulak kan). So dia pun tegurlah aku, amek gambar ape? Aku kata, gambar biase² je uncle hehe. Pehtu sementara nak menyampaikan lampu tu nak ke ijau, uncle tu dok senyum² kat aku lagi.

Pastu my opismate tu pon cakap, orang Perlis ni mesra-mesra hoh? Aku ye kan jelah.

Kendian sambung ke jalan lain pulak. Terserempak dengan sorang pakcik ni, kitorang tanye dia direction. Ujung² tu pakcik tu siap cakap, Welcome to Perlis. Tu dia market negeri sendiri tu, hebat hebattt.

Pastu my opismate tu pon cakap, orang Perlis ni memang mesra-mesra hoh? Aku ye kan jelah. Lagi.

Jalan depan lagi. Kali ni berselisih dengan lelaki-lelaki yang nak pergi sarapan. Biaselah orang bekerja time tu kan. Pastu macam biase ade mamat yang selisih dan senyum-senyum dengan aku. Aku pun senyum jelah.

Kali ni my opismate cakap, haaa yang tu bukan mesra, itu gatal.

Hahahaahahahahahaha. Kiut je amoi ni bercakap. Ntah laa, i pon dah kompius mana satu mesra mana satu gatal kalau kat Perlis ni. Aku kata.

Serius. Hehe.

Ada banyak cite lain lagi. Banyak gambau lawa-lawa trip kali ni. Jenuh laa nak letak sume, nak cite sume kan. Lagipun macam laa ade orang rekues nak tengok *aku tau dah tu ade orang nak kutok hahaha*

Jumaat malam lepas dinner, lebih kurang pukul 11 lebih, kitorang yang 2nd trip ni gerak balik. Elok pukul 4.30 pagi, budak ni mintak tukau - soh aku drive. Baru je 15 minit drive, aku rasa ngantok giler ah ding dong. Aku drive dari R&R Ipoh sampai R&R Tapah je hahahahaha. 1/2 jam je. Ngantok siot. Line putus-putus atas jalan ku tengok dah dabel dah.

Sampai kat opis pukul 7 - just aku dengan Mr Sivaji je. Dia ajak sarap dulu. Aku masuk opis jap amek file, istinjak berat sket pastu sarap. Pukul 8 baru balik. Yang syioknye, dah sampai umah baru aku pasan henpon aku tinggal dalam kete Mr Sivaji. Aku bantai tido sepam kat ruang tamu sampai zohor, mandi - solat pastu baru gi opis (nak cek kat opis dulu). Pastu terpaksa laa gi ketuk umah bos aku. Huhu.

Esok paginya, aku fly ke Penang pulak. Petang 15hb tu balik Shah Alam, terus ke opis dari airport.

Dan di sinilah aku, masih lagi kat opis. Tak balik-balik lagi. Penat tau!


Wednesday, June 10, 2009

406: Tabiat, bukan tebiat tau


Ko ade tak perangai yang bole dikatakan sweet satu ketika dulu, tapi skarang dah tak sweet dah tapi still - ko takleh nak buang?

Aku. Dulu. Masa zaman berpasang-pasangan. Zaman di mana kalau ko tak pakai mekap pon masih dikira cun dan setanding dengan artis remaja yang baru nak belajau pegang lipstik. Eh ye ke. Ah gitulah. Ape aku nak cakap tadi hoh?

Oh ye.

Aku. Dulu. Masa zaman berpasang-pasangan. Macam orang lain yang berchenta dan berkaseh-kasehan tanpa belas kasehan, aktiviti menonton muvi itu adalah antara acara yang sering mendapat tempat di dalam kalendar perdatingan. Sebenarnya sebab aku takmo men bowling, pehtu ade orang tu asik mungkir bahagia je nak bawak aku gi cycling dll lg so aktiviti muvi jelah yang on.

Tiap kali keluar menonton, aku akan simpan tiket wayang itu. Kedua-duanya - maksudnya kalau tengok berdua la. Kalau tengok beramai-ramai tu, memasing simpan aaa tiket memasing. Dan oleh kerana zaman itu adalah zaman diari romeo, makanya tiket-tiket sekelian aku akan tampalkan di dalam diari itu. Awwwww tak ku sangka, romentik jugek aku ni ye. Bwahahahahahhah!!~


Dan walaupun selepas aku dah takde berpasang-pasangan, tebiat menyimpan tiket tu tetaplah pulak berterusan sampai sekarang. Padahal hal-hal berkaitan seperti pasangan dan diari tu dah lama dah tak menempel dalam hidup aku. Tapi mek tetappp la jugek simpan tiket tu, nak buat ape pon tatau la.

Berbeza dari dulu. Aku cuma akan betul-betul simpan tiket wayang tu kalau orang yang pegi dengan aku tu... ermmmmm adelah orang yang aku suke ke, hampir-hampir suke ke, atau ape-ape jelah. Kekadang tu dah memang rasa nak buang dah, tapi hati sesekali akan mencipta alasan walaupun alasan tu alasan cam bangang sket misalnye hati cube meyakinkan diri dan akal bahawa rugi kalau buang tiket tu sebab masa beli tiket tu harganya RM11 ka. Kalau cite tu best sesangat pun insyaallah aku simpan, tapi lama-lama nanti insyaallah gak aku buang. Hehehe.

So kalau lepas ni ada sape-sape yang tengok wayang dengan aku dan tengok aku bahagi²kan tiket wayang tu, jangan la kata taknak plak. Ai kecik ati nanti. Huahahaahahh~


# aku takdok sampai isnin - outstation ke Perlis & Penang. akan masuk opis insyaallah ari selasa - tu pon kalau tak kene gi Ganu huhuh.

Monday, June 08, 2009

405: aku tak paham ape masalah dorg ni

Kes lama berulang lagi. Bak kata Tomok masa zaman-zaman dia belum pecah suara, sejarah mungkin berulang. Tapi ni bukan mungkin, dah memang berulang pon.

Dah lupe dah entry yang mana, malas nak korek. Tapi kalau korang ingat, aku pernah buat dua entry pasal orang-orang yang call aku tengah² malam buta pastu tanya aku sapa padahal patutnye aku yang tanye dorang sape sebab dorang yang tau nama aku. Ada sape² ingat?

Ya.. mende tu jadik lagi.

Memula SMS. Aku tanya dia sape, dia bgtau nama dia Shah. Pastu biasalah dengan alasan bangang cam pianggang tu. Konon nak clearkan phone book, nak delete nama yang tak penting. Delete jelah. Kalau ko tak ingat aku sape, maknenye tak pentinglah tu. Tu pon nak kene ajau ke?? Aku pon tak kenal ko sape. Huh!

Pagi Jumaat siap telepon lagi. Tanya aku sape. Bengong.

awak da tau nama saya kan? nak tau ape lagi? kalau cakap banyak2 pon bukan awak kenal. dah tinggi sket sore aku. Tamat perbualan.

Sabtu malam Ahad. Pagi Ahad laa lebih tepat sebab dah pukul 3.30 pagi. Orang lain pulak call. Nama dia Zack. Alasan bangang dia bagi - konon dia beli henpon seken hand pastu ade nombor aku dalam tu tapi tak tulis nama - cuma tulis Perempuan Tu.

so?
saya nak tau awak sape
nak buat ape!!?
err..
delete je nombor tu
ape?
DELETE JE LAAH NOMBOR SAYE TU!

Terus aku letak telepon. Eh. Putuskan talian. Eh. Ah.. camtulah. Pastu dia telepon lagi. Malas aku nak jawab. Ni kang kalau jantung aku mula mengepam darah dengan laju, ade yang takleh tido plak kang.

Bodoh ke hape dorang ni hah?? Kot ye pon nak tau, takleh ke tipon siang-siang? Ke dorang ni guna waktu Uganda masa nak call aku? Atau ikot jam Tebing Barat ke ape? Siamang gagap betul laaaaa. Yang aku pelik tu, bole jadi semua henpon seken hand ade nombor aku la?? Pastu tah apsal bile tengok nombor aku tu, semua orang pon pakat eksaited sampai urat kat otak terputus-putus menyebabkan masing-masing takleh nak pikir pukul 3.30 pagi tu orang dah tidor?


Aku kalau dapat laa sape dalang yang menjalang di sebalik aksi-aksi bahlol ni, memang masak laaa kepala orang itu ku sagat kat atas jalan tar. Siot betul. Pasni call la aku lagi. Biar bernanah telinga memasing aku maki cukup². HUH!!!!!

Untuk meredakan kemarahan, aku telah dipujuk oleh budak Korea ni. Siap nyanyi² lagi. Mekasih ye adik. Ailebiu muah!~


Wednesday, June 03, 2009

404: sebenarnya kalau kau asyik fikir negatif, memang sentiasa akan negatiflah jawabnya

Dah pertengahan tahun. Hidup aku masih lagi macam ni.


Banyak aura negatif berlegar-legar di sekeliling aku sekarang. Sesekali aku juga terjerumus sama menegatifkan keadaan. Dan selebihnya aku cuba berdiam, cuba untuk tidak mengeruhkan suasana. Cuba untuk tidak memihak mana-mana. Bukan kerana aku tiada pendirian. Kerana inilah pendirian aku.

Mudah kita mencari salah dan silap orang. Seperti mudahnya kita meluruskan telunjuk ke muka orang juga. Sayangnya yang menuding itu terlupa - atau sengaja terlupa - satu masa dulu, dia pun pernah berada di situ. Malah sebenarnya masih lagi di situ. Yang dibahaskan tiada yang relevan (bagi aku - at least tidak semuanya relevan). Andai kau kata dia kurang di situ, adakah kau punya kelebihan di situ?

Kau pun sama macam dia. Atau sebenarnya lebih teruk.

Terpulanglah. Kau, dia, mereka - semua ada pendapat dan ketidakpuasan hati masing-masing. Aku juga ada. Tapi inilah pendirian aku buat masa sekarang. Kerana ini adalah terbaik. Untuk aku, biarlah aku cuba perbetulkan apa yang silap pada diri aku (atau sekurang-kurangnya aku berfikir begitu). Kalau kau mahu aku bantu untuk membetulkan, boleh saja.

Tapi, bolehkah terima?


:yawn: aku ngantuk lagi laaaaa.. malam tadi giler banyak nyamuk. dah la panas. mungkin dah tiba masanya aku gunting rambot kot. saket kepala. huhu~

Monday, June 01, 2009

403: wut a week (and weak)

Salam sume..

Minggu ni aku tak terasa macam ada wiken pun. Sebabnya, pada hari sabtu di saat semua insan berkira-kira dan merancang bagaimana hendak menghabiskan masa dengan aktiviti liburan dan loba-loba, schedule aku dah pun ditanda dengan 'berloba-loba di opis demi masa depan opis yang cemerlang, gemilang dan terbilang'. Itu pun dah cingelat sket la.. Patutnye masuk opis pukul 9 pagi, tapi aku masuk pukul 10 pagi. Eh, lagipun aku tak janji yang aku akan masuk pukul 9 lalalala~

Sepanjang malam aku tak tidur dek membuat keje. Menjelang pukul 8 pagi baru aku rasa paler aku dah ting tong hehehe. Time tu jangan kata opismate aku, aku sendiri bercakap pon aku tak paham. Tah hape yang aku repekkan pagi tu pun aku tak pasti, so better aku layan mata sejam. Around pukul 9 aku decide untuk balik mandi, tidor barang sepam dua pastu baru datang balik.

Tapi ye ke?

Tak jugek.. Anne SMS memesan Baskin Robbin (31st kan dapat diskaun 31%). So aku soh dia datang je, brekpes kat Old Town pastu baru beli Baskin Robbin. Dah tu terlajak plak jalan-jalan kat Giant laaa Guardian laa Watson laaa. Woi bukan ko ngantok tahap pedang setiawan ka tadi?? Ntah la. Memang ngantok pun.

demi dirimu ku sanggup lupakan tidurku, sayang

Balik. Layan borak dengan budak umah (tengok tu, bukan nak gi tido). Mandi, layan Melodi pulak (woiii tido laa oit). Lepas zohor, baru la aku layan mata jap. Pukul 2 lebih terjaga sebab SMS, tengok2 ade miskol from opis. Maka ke opislah aku - tapi sejam je.

Kueh datang. Senornye aku pun terlupe yang kitorang ade Perjanjian Pangkor aritu. Adehdeh. Nak kensel, tak lalu plak. Janji yang 50-50 dengan Anne pun aku terpaksa let go jelah. Tapi aku tau, semalam aku telah bersikap menjual ikan (selfish) dengan meninggalkan opis begitu saje padahal mereka yang ade semalam bertungkus lumus menyiapkan keje yang tak sudah tu.

Tapi... ada aku kesah? Hahaahhahh~ Sape soh tido time aku berjaga semalam. Lalalalalalala~

Taklah. Aku ade rasa sedikit bersalah (sikit je sebab Puan Bebola Ikan tu dulu lagi plak, time kitorang pulun wat keje cam nak rak tak tido 3 hari 3 malam - dia bertanye pon tak, apetah lagi nak tolong. ade laa tanye lepas tu - lepas dah submit!). Sekarang, rasain loh~ Hihih. Eh tak tak. Aku berani tinggalkan sebab ade 3 sumber tenaga kerja untuk membantu dia. Aku bukan tinggalkan dia terkontang kanting sorang2 ok. Masih dalam kategori berbaik ati lagi ni eceh.

Amek Kueh kat stesen komuter, shoot to JJ - beli tiket muvi, makan-makan, jalan-jalan, solat-solat, borak-borak dan tonton-tonton. Pastu antau dia balik ke pangkal jalan. (tengok, hal 7 jam aku summerisekan jadi dua baris je. efisyen tak? hahaahhaa). Apepon thanks Kueh melanje mamam. Siap belikan air sampai dua jenis untuk aku. Aku cakap air tu rasa air paip bukan aku merungut tau, aku just cakap je. Aku ni memang gitu, suke nau cakap mende sampai orang salah paham hehe.


Arinie aku sangat mengantok.
:yawn: