Friday, July 31, 2009

424: Cubalah bertahan selagi terdaya


Semalam petang. Lepas aku berbual di telefon tentang hal keje, Mr Sivaji yang kebetulan ada pun menegur. Bertanya perihal kerja yang aku bualkan. Habis. Dia sambung.

u ok ke Mas?
ok je. nape?
roadtax kete dah dapat?
hahaha blom lagi (sambil jengah luar kot2 ade JPJ kaa haha paranoid giler)
tp betul ke u ok?
ha... nape plak?
takdelah i tengok u monyok je dua tiga hari ni. ada problem?
ishh takdelah, biasa je
apsal tak gi main futsal malam tadi?
errrrrkk saye mane de main bola2 ni sume... saye kan pemalu ahahahah

Monyok ke aku? Taklah pun. Aku rasalah. Cuma dua tiga menjak ni susah aku nak lena. Susah nak nyenyak. At least sekali aku akan terjaga, walaupun sekejap. Kesudahannya memang laa esoknya jadi ngantuk.

Bukan aku sengaja nak fikir. Tapi sekarang ni banyak aura negatif keliling aku. Yang nak cerai, yang nak putus tunang. Adoih. Untuk aku yang susah betul nak jumpe orang yang aku boleh suka secara total, aku rasa sangat sayanglah bila menda-menda macam ni jadi pada orang yang aku kenal. Tetiba aku pulak yang rasa penat. Penatnya bercinta.... penatnye merancang... penatnya buat majlis.. penat penat tetibe tak jadik. Huhuhu~


Tapi bila fikir-fikir balik. Yelah. Kalau hati dah tak suka lagi, nak wat camne. Usaha keras camne pun, kalau dah Allah tentukan takde jodoh, takde jugak. Kadang-kadang bila pertahankan sangat, sendiri yang sakit ati. Huhuhuhu~

..


and somewhere out there, someone said he had a complicated feeling towards me. Which actually somehow.. i don't really care kot. Ntah.


Hmm... malas nak sambung. Ngantuklah.

Wednesday, July 29, 2009

423: Along

Salam sume..

Masa balik Melaka bulan lepas, aku tengok berlambak album-album lama milik Along bertabur atas katil mak. Ni mesti anak buah aku dok mengemas bilik belakang tu - stendet laaa kalau boleh tayar motor pon dorang nak sumbat dalam bilik mak aku. Heh. Yelah, letak kat bilik mak dijamin 99% takkan hilang (tapi duit tabung aku dulu ilang gak budak-budak ni songlap. siaplah korang dah start keje sok, tau laa aku mintak balik huh!).

Bila dah macam tu, sape lagi nak kemas kalau tak anak bongsu cantek yang rajin ikot mood ni. Tapi sebelum tu kena laa belek-belek. Tengok gambau retro Along. Kahkahkah.

Tapi bila bukak ke page pertama album Along, tetibe rasa terharu pulak.


Heh. Ada aku. Masa berapa bulan tah gambau tu. Pastu aku selak page sebelah. Ada lagi.

Belakang gambar, ada pulak notes. Olololo kiut je.

Tetibe aku rasa lawak pulak. Jauh betul beza umur aku dengan Along. Lebih kurang cam Siti Nurhalijah dengan Datok K. Alahai apelah punya perbandingan, buat aku geli je. Hahaha. Camne laa agaknya perasaan dia dapat adik kecik masa tu eh. Hehe.

Macam-macam boleh cerita pasal Along. Yang mengagumkan. Yang kesian. Yang sedih. Yang happy. Nak cerita semua pun rasa tak kosek pulak.


Along, mak, abah dan aku yang keboringan. Masa ni Along sakit. TB usus. Sampai terpaksa cuti satu semester sebab admit hospital. Sian abang aku. Sebab cuti panjang, Along gagal persue diploma. Kurang 0.05 point je untuk dia grad. Kalau aku laaaaaaaaaaa mesti frust giler vavi menonggeng-nonggeng depan lecturer (pastu kene spank dengan lecturer sebab tonggeng montot depan dia).


Ahaks. Gambar lepas nikah. Tengok dak Adan anak Angah aku dah besau dah, baru le sampai seruan haji Along aku nak kawen. Itu pon family arrangement. Tapi untung laaa beliau. Korang tau, Along aku memang cakap kat kekawan dia, dia takmo kawen dengan pompuan umo 20++ padahal dia sendirik pon dah 28 tahun dah masa nikah tu. Tapi yelah, dapat tunang umor 19 tahun. Berlagak tak hengatlah dia time tu hahahahhaha.

[sepupu aku yang kat seblah aku tu pon dah kawen weh. cabaran betoi]

Ku ingat masa mula-mula dia start berniaga. Dari KL umah sebijik pindah balik kat Melaka (umah sebijik gak hehe umah kampung tapi aku suke). Aku rasa sedih betul masa tu. Yelah baru berniaga kan.. takkan terus dapat untung macam orang lain yang dah biasa berniaga. Adeh takleh ingatlah.

Terlalu banyak dalam hati. Terlalu banyak dalam jiwa. Pun tak dapat nak diluahkan apa yang aku rasa. Sesekali aku rasa bersalah dan berdosa. Dulu aku pernah diminta berkorban supaya Along sefamili dapat hidup berkeluarga macam orang lain. Tapi aku enggan. Tapi taklah aku menyesal sangat pun. Aku percaya setiap orang punya hak untuk hidup sebagaimana dia perlu hidup. Sekurang-kurangnya tindakan aku berkata tidak tu berjaya menyelamatkan diri aku daripada menjadi orang gila. Hah. Betul ni.

Apapun, itulah jasa dia. Menjaga arwah nenek dan mak. Aku doakan Allah permudahkan jalan hidup Along. Murahkan rejeki untuk dia dan keluarga.

Moga-moga...

Monday, July 27, 2009

422: Aku dah mula bosan dengan aku

Salam sume...

Khamis lepas aku ke Nusajaya, JB. Meeting. 1st round ok la, seken round serius gua rasa nak sekel-sekel paler minah yang jaga slide tu, rasa nak buat rampasan kuasa je terhadap mouse di tangannya itu. Bak kata akak opismate aku 'harap kening je beriye-iye, tapi blur'. Meraban tah hapa-hapa. Tu laa orang tengah bincang kat depan, ko borak (kuat-kuat lak tu, biadap sangat) dengan makcik seblah ko tu hah. Pastu bila orang sebut muka surat berapa-berapa, gelabah puyuh goreng menonong tekan tah pape. Sengal betul. Aku paling tensi skalik bila kita ni nak tengok slide sebab nak rujuk map, dia pegi bukak map lain - voley??? Apa ko fekak ke orang tengah cite pasal A, ko bukak map B. Grrrr.

Takpelah. Dah berlalu.

muka kenyang lepas makan nasik beriyani beras faiza moghul. makan sekerim plak. itu hasil aku paw Mr Sivaji secara total. err hampir total la. hahaha


Lepas meeting, jalan-jalan kat Puteri Harbour. Area situ gak. Hansap cantek ko. Insaf kejap aku mengkomperkan keadaan kat situ dengan kehidupanku. Jauh beza. Tapi takpelah. Bahagian masing-masing. Ada orang bahagia dengan apa yang dia ada, aku pula bahagia dengan apa yang aku ada dan takde. Contoh bahagia dengan apa yang aku takde? Sila rujuk entry 421. Hahahaha.

Kadang-kadang kita tengok je orang bahagia pon kita leh bahagia per. Tapi jeles tu mestilah ade. Tipu laaa kalau takde. Eh, lari tajuk sudah.

Balik ke Shah Alam bersupirkan aku laa ape lagi. Bila tengok Mr Sivaji tido kat belakang (aku tak pasti laa dia betul tido ke buat-buat tido, bukan leh caye orang tua tu), aku ape lagi - tekan 150km/j laaaa. Kata nak sampai umah cepat. Aku laa yang nak sampai cepat. Hehe. Sampai melambung-lambung dia kat belakang wakakakakkakakakakka!!!!

Jumaat aku cuti. Roadtax mati.

Macam-macam benda aku pikirkan cuti 3 hari ni. Rumah. Kete. Personal. Famili. Aku. Keje. Kendian aku tengok, mostly masalah aku berputar sekitar kewangan je. Mostly, bukan semuanya. Yang lainnya soal jiwa-jiwa.

Tarik napas dalam-dalam. Buntu.

Main game.

Rasa nak jalan. Tapi takde rasa kuat sangat. Dok umah macam boring, tapi takpe.

Masak. Makan. Apsal aku masak tetibe tak sedap ni. Telan jelah jugak. Banyak soal pulak, takde makanan nanti baru tau.

Mak telefon. Dia bercerita, aku dengar je. Pastu dia macam nak marah-marah pulak. Yelah aku kan takde cerita apa-apa. Maksud aku, cerita yang dia nak. Aku cuma ada cerita yang dia taknak je. Nak buat camne. Tapi aku paham dia tak maksudkan nak marah aku. Takpelah *nada dah lain macam je ni*

Hopeless.

Ginilah aku. Aku gelak-gelak pun bukan maknanya aku tak sedih. Dan sesekali aku nanges pun bukan maknenye aku kecewa. Semua tu... ermmm..

Wednesday, July 22, 2009

421: Aku tulis penuh emosi ni. tp tak emosional la

Aku rasa aku akan emosional jugak kot masa menaip ni. Sorilah. Nasib koranglah baca entry emo camni eheheh.

Macamana nak mula?

Ada banyak benda yang akhirnya aku kena mengaku. Bukan pada sapa-sapa, tapi pada diri sendiri la. Antaranya. Aku mengaku, sedikit sebanyak bila aku teringat - sesekali aku mahu orang tuh dan ituh datang dan berkata dia mahukan aku kembali. Dan aku mengaku la, andaikata dia datang, aku tak nak pon terima hahaha. Cuma sesekali berangan, aku bayangkan aku menyindir-nyindir je beliau sampai beliau tercirit buih tanda kesal tak terhingga kerana tergamak menuturkan kata-kata camtu, pada aku yang bernama Seri. Opss.. Pada aku.

Tapi setiap kali angan aku jadi kenyataan pun, aku just end up.. senyap. Paling bangang pon aku ketawa-ketawa padahal hati aku ni kalau transform jadik manusia, aku gerenti dia dah memaki hamun dan menyumpah-menyumpah - mulutnya bersembut-sembur air liur sampai pedih mata orang tu.

Jumaat lepas, dalam kata emosi dan hati aku tengah calar balar cam kerbau balar - masuk pulak panggilan dari orang tuh. Eh orang yang mana? Ahhhhh yang mana-manalah. Kalau tak sakitkan ati aku barang sebulan dua, tak tenang kot roh masing-masing. Ok. Orang yang ni.


Aku tak sakit ati sebab dia call. Atau sebab dia call nak mintak tolong aku. Bukan. Call jelah, mintak jelah (mintak tolong je tau, mintak lain aku jawab je MINTAK MAHAP) - kalau aku berdaya dan mampu, plus ada masa dan mood - aku tolonglah.

Jap nak melepaskan keluhan yang panjang menyesali kemiskinan aku ini.. ku mampu petik bintang di langit bla bla bla cube teka lagu ape? Hahahah tetibe je ade soklan.

Aku cuma kesalkan bilamana dia ungkit dan usik-usik aku. Serius aku pon dah lali dah dengan kata-kata dia. Tapi ape yang mengganggu aku? Apa yang aku rasa sebenarnya tiap kali dia ulang dan ulang sampai lubang telinga aku ni pon dah mintak ampun bila dengar dia ulang ayat yang sama.

Aku rasa :

TERHINA
MURAH CAM POMPUAN MURAHAN

CAM DUIT SATU SEN


Dan selebihnya aku rasa dia macam dok gelakkan kehidupan aku. Ke gelakkan aku? Mana-manalah. Aku pon tak paham kenapa aku boleh deal je dengan keadaan macam tu. Aku dah tatau la nak buat ape lagi. Harap-harap nanti bila dia da tua sket, bolehlah dia menginsafi tindak tanduk dia yang selalu coba-coba menanduk perasaan aku.

Aku ni kalaulah boleh, aku nak bagitau dia. Bahawasanya :

+aku dah tak teringin langsung nak hidup dengan dia sejak dia kata NO pada aku+
+dan bertambah tak ingin lepas dia kawen dan ade anak+
+ aku takkan sesekali bagi dia jawapan yang akan menggembirakan hati dia memandangkan dulu dia pon.. hah malas nak sambong+
+tak payahlah nak berangan untuk dengar aku kata aku setia lagi kat dia. dlm mimpi bole kot+
+aku sikit pon tak hepi bila dia kata dia masih ada untuk aku+
+aku tak kawen lagi bukan sebab aku tunggu kau laaaaa+


Dahlah. Biarlah dia. Aku cuma nak lepaskan yang ter'majalah' di hatiku sajork. Sekian terima kaseyyy~


# kali ni aku dah tak nanges dah. hati kusung ah. tapi masih lagi boleh nanges pasal mamat ni. pelik betul.

Monday, July 20, 2009

420: Tiny Heart. Small Heart.

credit to : www.zazzle.com


Bila ada blog ni, banyak pro dan kon nyer. Bukan PROgol dengan KONtraktor ye sengkawan sekelian. Alah.. korang tau kan. Aku saje je tuh. Hehe.

Bila marah, leh cite kat blog.
Bila sedih, leh cite kat blog.
Bila hepi, leh cite kat blog.
Bila eksaited, leh cite kat blog.
Bila mandom, leh cite kat blog.
Bila penat, leh cite kat blog.
Bila tensen, leh cite kat blog.
Bila bizi, leh cite kat blog (err motif?)
Bila deting, leh cite kat blog.
Bila break up, leh cite kat blog.
Bila nampak orang ensem, leh cite kat blog.
Bila nampak orang buruk, leh cite kat blog (err)
Bila senang, leh cite kat blog.
Bila susah, leh cite kat blog.
Bila sakit, leh cite kat blog.
Bila sihat, leh cite kat blog.
Bila pandai, leh cite kat blog.
Bila bongok, leh cite kat blog.
Bila kerek, leh cite kat blog.
Bila korek idong, leh cite kat blog (ni Jard je)
Bila-bila leh cite kat blog.


baby tanye : Tapi bila kecik ati, leh cite kat blog gak ke?
belog jawab : Why not, wahai cik Masy yang manje dan manis ehek. Nape plak takleh?

baby tanye : kalau kecik ati sesama kawan blog, takkan nak cite?
belog jawab : .............................................................. *tido*

Haaa terdiam ko! Hahahaha.

Ekcely aku bukan tulis entry ni sebab kecik ati dengan kawan-kawan blog (belog : ye ke?? tipuuuu!!! *pelepap kene tempeleng kat kepala*). Ehehehe. Penah laa kecik ati gak tapi perlukah nak cerita kat sini? Takot kang jadi isu. Takot kang daripada kecik ati, jadik gaduh plak. Senyap diam-diam sudah laa...


Aku rasa sebenarnya ada je antara kita yang rasa camtu. Mintak-mintak janganlah aku sorang je, rasa cam saiko la pulak kang. Hehe. Contoh laaa eh.

ada seorang kawan namanya Ah Meng
dia juga berkawan namanya Muthu

kami berkawan baik sama berbelog

belajar bersama update bersama


hey hey hey

hey hey hey

tiga sekawan..


Merepek sudah. Contoh. Ada seorang kawan namanya Ah Meng (serius rasa nak sambung nyanyi hahaha). Kawannye Muthu dan si tukang nyanyi ni (konon nama dia Abu - nama stendet buku teks darjah 1) ada belog la. Kirenye kenal pon dekat belog la. Diorang ni kire agak akrab laa kalau kita rujuk pada baris lagu berikut :

kami berkawan baik sama berbelog
belajar bersama update bersama

Kan?

Sekali tu pada satu hari *jeng jeng jeng*, Abu (nampak sangat Melayu mudah terasa hiks) menyedari akan kejarangan Muthu mengunjungi belognya. Kalau berkunjung pun, kunjung jelah tak tegur tak ape. Kirenye kalau di alam nyata ni, stendet lalu depan umah tak bagi salam walaupun tuan umah ade depan pintu. Mulanya Abu menyangka dia terlalu sensitip, kendian dia pun masuklah belog si Ah Meng tu. Eh eh ade pulak si Muthu ni kat situ. Siap tinggal jejak rasul berbagai kat situ.

Abu kata ; dia tak sempat kot tegur aku. takpelah. Bagus Abu ni, baik sangka budaknya.

Kendian dia tengok lagi, eh eh. Tiap kali Ah Meng apdet, mesti adeeeeeeee je Muthu respon. Maka terpikirlah di benak Abu (tapi Abu tak benak ok), adekah dia berbuat salah kepada Muthu? Atau tersalah cakap ke? Atau entry dia tak best ke? Atau Muthu dan Ah Meng adalah pasangan walaupun dorang sama-sama lelaki (ok ini tak baik yaa Abu. bad bad thinking).

Takkan laaa Abu nak pegi tanye - oit Thu, apsal ko tamau cakap pape ha kat belog aku? belog aku atau aku tak best ke cam Mengmeng? Situasi itu akan meletakkan Abu di dalam keadaan yang sukar ye kerana ia akan mengundang spekulasi liar dan jinak dari pihak Muthu, contoh:
  • apsal plak, jatuh hukum wajib ke tinggal komen kat belog ko?
  • ko jeles dengan Mengmeng ke sebab entry dia banyak gambo cantek, belog ko penuh ayat je?
  • ko ni apsal, saiko ke ape?
  • ko syok kat aku ke? (ini paling bahaya dan digeruni oleh pihak musuh ok)
Terlalu banyak benda yang bermain di pikiran Abu. Akhirnya dia memutuskan, BIARLAH RAHSIA. Wakakakakakakakkakak!

Mekasih Abu kerana sudi berlakon untuk Kak Baby. Nah lolipop jenama Capecap perasa sarsi. Makan sorang ok.

Secara amnya, bukan nak kata yang berlawanan jantina je leh terasa ati - dengan kekawan yang sama jantina pun bole per. So. Ada sape-sape kat sini yang pernah berada dalam situasi Abu ni? Hehe opss tangan aku ni terangkat sendiri pulak.


# sebenarnya tak kisah sgt. negara demokrasi. ati kecik leh rendam air panas kasik kembang balik. hihi.

Friday, July 17, 2009

419: Kita kene jujur walau apapun, faham?

Dua hari lepas termasuk semalam aku ada meeting kat Grand Season KL. Walaupun aku penah pegi situ satu ketika dulu masa anto abang aku gi opis dia kat situ, tapi itu adalah sesuatu yang berlaku lama dulu. Maka untuk mengelakkan kesulitan, aku pon berondoh-randah laa naek LRT + komuter untuk sampai ke sane.

Semalam. Kene gerak pagi-pagilah. Masa kat dalam komuter, si bebola ikan call. Pastu mula laa nak meninggi sore bila tau kitorang dalam komuter lagi. Eleh bising plak, padahal sendiri yang gelabah sebab tak bawak pendrive (slide presentation untuk pagi tu dalam tu okeh). Sepanjang perjalanan tu aku rasa aku tak berjalan sangat, banyak berlari-lari anak dara je. Penat tau! Dah laa pakai kasut bertumit 2 inci, kene lari pulak. Huuuuu~

Pukul 8.36 pagi kitorang pun tiba di bilik mesyuarat. Tak mula lagi pon.. ade teknikal problem. So teruslah aku duduk kan dengan termengah sket, kata penat lari-lari bagai. Kendian puan pengarah tetibe je kuarkan soklan..

ada sape-sape kat dalam ni yang belum brekpes?

Aku pandang keliling. Sorang pon tak respon. Aikkkk aku je ke yang belom sarap? Huhu. Pehtu aku tengok puan pengarah pandang aku. Nak soh aku ngaku ke? Ok la.. Aku pun..

saye belom. selambe dan inesen je, siap angkat tangan lagi wakakakakakaka.

kalau gitu gi la minum kejap. sempat lagi ni

Dalam paler hotak aku time tu:
1. biar betik mokcik ni nak soh aku mamam kat Grand Season? tambang pegi balik ni pon guna pettycash opis tau mokcik huhu
2. takpe ke mamam? dah laaa masuk lambat, ke perli? huhuh tidaaakkk

Pastu cik puan pon keluarkan kupon brekpes dia. Nah, pegilah makan kejap. Takpe yang ni bole tunggu kejap.

Haaaaaaaaaa. Rejeki rejeki huehehhee. Errrrr mekasih puan *sambil blushing muka*

Sorang je ke?
Tak, berdua
*tunjuk opismate gua yang datang sekali* sama-sama belom makan. Wah baby. Sudah bagi kupon, nak kuponS pulak ke? Hehe. Taklah.. aku cuma menjawab soklan je.

Pastu sorang staff cik puan bangun dan bagi aku kupon dia pulak. Ehem. Moh le kita makan. Kendian si bebola ikan tanya aku nak gi mane dengan muka cam tak puas ati.

gi sarap ler
tapi dah nak start dah ni Mas, lambat kang

eloo... puan yang suruh ok
*sambil goyang-goyang kupon depan dia wakakakak keji*
oo... ok... (muka tak puas ati lagi tu)
jom beb! aku cakap kat memberku itu
dah tanye puan ke berapa minit dia bagi untuk brekpes? Laaa kecoh laa orang tua ni.
entah. kalau takde orang tanye², lagi cepat saye pegi, cepatlah saye masuk miting

Hihihihiiih.

Maka bersarapanlah kami dengan jayanya. Lepas presentation (si bebola ikan yang present, tapi apsal macam tak prepare je hoh? eh banyak bunyik plak aku. heh), break la kejap untuk minum. Ku lihat beriya-iya je mokcik ni mamam.

lapau sangat ke kak bebola ikan?
haa.. kak bebola ikan lom brekpes lagi tadi..
laaaaa ye keee.. ingatkan dah sampai awal, dah siap sarap
tadi masa puan tanye, malu nak ngaku
huahahaha tu laa.. malu kalu, perot lapau okeh

Sadis....

Berdosa kalau bohong. Hahaha.

Wednesday, July 15, 2009

418: Aku pun mimpi gak laa :p

Anul tak pasal-pasal mimpi aku eh. Macam ja-han-ams pulak tu mimpinye wakakakkakaka! Sabau jelah aku. Ko ni mesti terlalu memikirkan yang pelik-pelik pasal aku sebab tu mimpi camtu heee~


Orang kata, mimpi tu kadang-kadang petunjuk. Panjang umur, orang rindu, petanda apa-apa ke - macam-macamlah. Tapi aku peratikan kan, bila kita mimpi best ke tak best ke - mesti kita percaya result yang best-best je. Kan kan hehe.

Tapi laa kan. Aku pernah bermimpi satu kes yang sampai sekarang aku masih tatau apa maksudnya. Mimpi tu aku boleh ingat sebijik-sebijik sampai sekarang. Mak aku kata mimpi yang tak elok, tak payah cerita. Akhirnya lepas seminggu, aku memang takleh tahan arr. Tanda tanya dalam kepala otak tu tak mampu aku layan sorang², kene ade geng bafs sekolah gak. So aku cite kat sorang member aku. Dia pon terkoma-koma nak tafsirkan hehe.

Mimpi ni dah lama dah. Zaman aku lepas SPM. Kalau ade sapa-sapa leh tafsirkan, bagitaulah ye.

Satu hari yang hening. Aku bersiar-siar di Paris (kanmain mimpi padahal backgroundnye aku tengok macam kat Bandar Baru Sentul je). Kebetulan kat bawah hotel tu ade karnival. So aku pun berjalan laa menjamu mata. Sampai kat sorang pakcik ni, aku terpikat dengan lukisan dia (bukan dia). Lepas nego, aku sambarlah sebijik. Rasa proud giler sebab terer cakap english wakakakakakakka.

Lepas beli, aku tengok nun kat depan tu macam ade keramaian lain pulak. Ramai betul orang duduk berkumpul mengelilingi sebuah kolam (cam kolam renang). Kat kolam tu ada jambatan kecik yang merentasi - kecik je, macam batas sawah. Pastu ada dua orang Arab yang berpakaian macam orang Greek berdiri mengadap kolam tu, di antara kedua-dua mereka ada sorang lelaki yang nampak macam terhormat laa. Keliling kolam tu pon ade tiang-tiang besau, greek style.

Sorry Mr President, ini jelah gambau yg paling hampir dengan mimpi aku tuh. I mean, pakaian dan tiang tu laa..

Kemudian ada sorang makcik datang dan pegang tangan aku - ajak aku join skalik. So aku pun bersila sama-sama dengan dorang. Kat tempat kitorang berkumpul tu, ada banyak haiwan-haiwan besi yang hidup dikurung dalam sangkar. Perghhhh ku ketakutan tapi makcik tadi kata takde mende. So ku tunggu jelah.


Aku tengok dua orang Arab tadi. Bercakap-cakap dengan encik lelaki yang dihurmati itu, kemudian mengangguk-angguk. Lepas tu, dua-dua mereka terus terjun ke dalam kolam - sekejap je pastu terus naik balik. Then kat kepala dorang diletakkan daun zaitun ala-ala mahkota gitu dan semua orang bersorak.

Aku pun bertanya pada makcik tu, apa sebenarnya yang budak-budak Arab tu buat.

dorang dah murtad. selamba je makcik tu cakap.

Aku yang terkejut terus bangun dan nak blah dari tempat tu. Tapi makcik itu masih lagi pegang tangan aku, dan haiwan besi yang hidup tu pon macam nak terkam aku. Untuk mengelakkan dari terperangkap, aku cakap je yang aku nak balik sebab belum check in hotel lagi (padahal dah check in dah). So makcik tu daripada muka garang terus senyum dan lepaskan aku.

Berlari-lari manjalah aku balik ke hotel. Entah kenapa, koridor hotel tu macam dah roboh separuh - so aku terpaksa berjalan pelan-pelan untuk mengelakkan diri daripada mati jatuh bangunan. Malangnya tah sape tah minah-minah lesbo pegi dok kat bilik aku, voley gitu?? Grrrrrrrr~ Tapi takpelah, aku pon takmo dok situ. Nak balik!!

TING!!!! Mimpi abes.

Ada sape-sape leh tafsirkan?



Monday, July 13, 2009

417: Ada Apa Dengan Sahabat?


Perkara yang paling sukar dijalinkan pun adalah perkara yang paling mudah untuk diputuskan.

Persahabatan.

Kadangkala aku pelik bebenau bila melihat kawan-kawan aku yang pernah akrab satu masa dulu, sekarang bertegur pun taknak. Jangankan kata nak tegur, nak jumpa pun tak mau. Bila jadi macam ni, selalu aku cuba mencari kalau-kalau aku pun ade berbuat macam tu pada kawan-kawan aku. So far takde kot? Kot laa..

Kalau kata anda terluka, ingatlah sedikit kebaikan kawan itu satu masa dulu. Takkan takde langsung kebaikannya yang terlekat dalam hati. Sikit pon takde? Hmmm..

Aku sendiri pun pernah terluka dengan kawan aku. Kalau laaa nak jadikan point untuk putus kawan, ade je. Tapi entahlah. Bagi aku, selagi perbuatannya taklah melampau sangat, aku akan cuba laa pertahankan. Dan aku akan cuba balas jugak. Wakakakaakak. Aku jahat, jangan tak tau.

Satu masa dulu.

Umur aku 13 tahun. Baru masuk asrama. Takde homesick² segala. Aku happy je. Hahaha. Apatah lagi aku ade kawan-kawan yang datang daripada sekolah rendah yang sama - kampung yang sama. Salah seorangnya dia tu la. Minah ni memang senget sket hahaha. Tapi aku macam biasalah, menerima je seadanya memandangkan aku pun cam senget gak kekadang. Aku kenal dia pun bukan sekadar tahun tu je. Sejak aku darjah satu. Bear in mind, aku kenal dia sejak umur aku 7 tahun.

Musim histeria. Siapa-siapa yang histeria akan popular secara mendadak. Mana laa tak popular. Korang bayangkan tengah-tengah sibuk prep, tetibe ade orang terjerit. Mana yang lebih mendapat tumpuan - kerja sekolah ke ataupun budak yang terjerit tu? Sendiri mau ingat.

Satu hari. Dia pulak histeria. Sekali. Dua kali. Masuk kali ketiga, aku rasa minah ni dah merepeklah. Macam ade agenda. Agenda ape? Hmmm...

Untuk aku, kalau ko nak glemer - sukati ko lah. Tapi boleh tak jangan babitkan aku, apatah lagi kalau cara nak glemer tu adalah cara yang terpaling keji (antara taktik yang keji laaa). Dan satu masalah budak-budak asrama (bukan semua), akan percaya bulat-bulat apa yang budak histeria cakap. Kalau dia kata orang tu bodoh pon, orang tu percaya agaknya. Bodoh betul.

So dia sebut nama aku. Fine. So dia kata budak-budak asrama benci aku. Fine. So dia kata orang benci sebab aku jahat. So???? Kalau betul, kenapa mesti hantu tu yang bagitau? Kenapa tak orang yang benci aku tu cakap kat depan muka aku? Ingat aku lemah sangat ke takleh terima. Aku ada macam-macam pengalaman masa sekolah rendah yang orang dewasa pun tak tahan untuk alami (mak aku sampai menangis bila dia dapat tau apa yang pernah jadi pada aku masa aku sekolah rendah - apatah lagi bila dia dapat tau tu semua pun bila aku dah Form 5).

Aku tak lemah sangat la. Lemah outside la kot, tapi tough laa inside. Intell inside laa katakan. Haha.

Aku pun sedia maklum. Memang ade je senior-senior yang tak suka aku masa tu. Sebab aku ni tak heran laa dengan raging-raging ni semua. Ko marah aku, aku buat muka. Sukati aku laa muka aku. Leceh betul.

Berbalik pada cerita histeria tadi.

Maka mereka yang tak suka aku tu pun melompat-lompat laa gembira sebab ketidaksukaan dorang pada aku dipersetujui dan diapprove dek hantu-hantu tu semua melalui dia. Bodoh. Oleh kerana satu kebodohan dah dilayan, maka terjadilah satu lagi kebodohan rentetan peristiwa tu.

Malam tu jugak. Kami diarahkan berkumpul dalam surau. Lepas ucapan lahanat dari ketua kami yang aku hormati (serius aku hormat kakak tu, tapi lepas malam tu - pegi jahanam la), beliau menghulurkan mikrofon kepada aku. Dan tak pasal-pasal, aku dipaksa meminta maaf kepada semua budak asrama.

Jahanam ke apa diorang ni????

Aku pandang dia. Dia masih lagi dalam mode histeria laa konon. Lemah la tu. Aku memang tak mahu buat benda bodoh. Apsal pulak aku nak minta maaf?

saya takkan minta maaf untuk benda yang saya tak buat.

Itu kata aku. Bertambah lebat laa bulu-bulu kat badan mereka yang meluat dengan aku. Maka keluar pulak kenyataan - selagi aku tak mintak maaf, semua orang tak boleh keluar dari surau. Sekali lagi bodoh. Kau nak paksa aku, kau libatkan orang lain pulak??

Aku berat hati. Tapi aku kesiankan semua orang. Walaupun budak-budak dorm aku ramai yang sokong, pun aku faham masing-masing ada banyak benda lain nak dibuat berbanding terjebak dalam hal yang tak masuk akal ni.

Aku capai mikrofon dengan harapan mikrofon tu rosak.

saya TERPAKSA cakap ni. walaupun saya tak salah, tapi saya minta maaf. puas?

Muka-muka celaka tu semua tersenyum-senyum. Seronok la tu. Dia aku tengok bukan main lagi dipeluk-peluk. Macam George Bush yang diraikan kerana berjaya membunuh Saddam Hussein. Cilake sangat. Dalam hati aku - aku takkan maafkan kau sampai bila-bila!~

Tapi suatu hari. Aku dapat peluang untuk balas. Sebenarnya bukan niat aku nak membalas apa-apa. Aku cuma mahu selamatkan orang lain, agar tak terkena macam aku. Dan akhirnya lakonan pun terbongkar. Sekarang dia pula yang diarahkan meminta maaf - sama seperti apa yang aku alami. Dia buat. Aku minta dia mengaku yang memang dia sengaja nak kenakan aku.

Sampai ke sudah tak mengaku.

Dan mereka yang menggalakkan apa yang dia buat dulu pun tersipu malu. Takde sorang pun yang datang minta maaf pada aku. Yelah, senior - mana nak minta maaf. Ada laaa yang dulunya pandang muka aku pun tak sudi, akhirnya cuba-cuba nak tegur aku. Sorry to say, aku takleh nak terima hipokrasi macam ni. Pun begitu, taklah aku ignorekan sepenuhnya. Cuma kalau terlebih usaha nak berbaik dengan aku, memang aku tak layan. Plastik je semua ni.

Aku pun bukan cantik - tak macam dia - sebab tu orang lebih percaya dia dari aku. Boleh - idealogi macam tu? Itu pemikiran diorang.

Kemudian dia pindah.

11 tahun kemudian. Hari Raya kedua. Aku dikejutkan dengan kehadiran dia di depan pintu rumah aku. Sejurus ternampak aku, terus dia berlari dan memeluk aku dalam tangisan. Aku tergamam, tapi aku masih lagi gembira berjumpa dia. Tapi kemesraan itu aku cuba tidak plastikkan.

Dua tahun dari tahun itu. Dia menyatakan hasrat. Untuk menjadikan aku madunya.

Cukup sampai situlah cerita aku.

Apa yang aku cuba nak sampaikan. Memutuskan hubungan persahabatan memang mudah. Memang ada saja jalannya. Tapi aku cuba. Dan aku selalu meminta - andaikata mana-mana sahabat yang aku kenal memang tak layak menjadi sahabat aku - maka hanya Allah sahaja yang akan menjauhkan mereka daripada aku.

Aku tau, ada yang berkata - tak rugi pun kalau takde kawan macam dia. Hey... kita tak tahu macamana nasib kita nanti. Dapatkah kau fikir, andaikata kau dah terbujur menjadi mayat, dan ditakdirkan hanya dia saja yang ada untuk menguruskan jenazah kau, mampukah kau bangkit dan menolak tangannya?

Aku berkata ini pun untuk menginsafi diri sendiri.

# aku masih lagi bersahabat dengan dia. yang dah lepas tu, kita cubalah buat-buat tak ingat. dan aku pun tak pernah mengungkit hal ni pada dia.

Friday, July 10, 2009

416: Tag dan Jawapan Kuiz

Salam Jumaat hadirin sekelian.

Yaman telah mengetag aku dengan selamba yaman skalik. Oleh kerana tag ni kelihatannya seperti soalan BM zaman aku skulah rendah dulu (temanya : mari membina ayat), maka dengan senang hati aku menjawabnya.

Ayuh, lihat jawapanku yang mantop kali ni!~ hahaha

1. Bekas kekasih saya adalah :
lelaki tulen bang

2. Saya sedang mendengar :
bunyik aircond

3. Mungkin saya patut:
pasang lagu pulak

4. Saya suka :
buat mende yg sy suke

5.Sahabat-sahabat baik saya :
tak dapat nak disenaraikan

6.Saya tak paham :
bahasa yang bukan bahse inggeris dan melayu

7.Saya kehilangan:
macam-macam

8.Ramai yang berkata :
bestnye jalan-jalan

9.Makna nama saya :
makhluk Tuhan paling seksi

10.Cinta itu adalah :
love

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
on the way nak gi keje

12.Saya akan cuba :
hidup dengan aman

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
forever

14.Telefon bimbit saya :
masih elok lagi

15.Bila saya terjaga dari tidur :
sy terus sadapkan bunyik alarm

16.Saya paling meluat apabila :
org bz bodi pasal hal sy – syuh syuh

17.Pesta/Parti adalah :
tempat berloba-loba

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
gamat; kiut dan inesen skalik
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
setiap peringkat. tapi mebi masa zaman skulah la paling best wpon tak suke wat keje skulah

20.Hari ini :
kau datang riang tersenyum buatku senang (nyanyi laa)

21.Malam ini saya akan :
gi tgk muvi (jadi kan Anne?)

22.Esok pula saya akan :
bangkit kalau sy bernyawa lagi

23.Saya betul-betul inginkan :
sesuatu yg tak mungkin sy dapat

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
saya masih kelihatan muda wakakakaakka

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan
dua dua boleh

26.Makanan Barat atau Jepun :
dua dua boleh

27.Bilik yang terang atau gelap :
dua dua boleh

28.Makanan segera adalah :
makanan yg dah siap sedia utk ditelan

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
epy bday!

30.Siapa yang anda nak Tag?
takde sape

Abes dah. Berapa markah dapat ni cikgu? :p

Tamat tag.

Keputusan kuiz pulak. Hehehe.

See. Aku betul-betul melaksanakan syarat yang aku kenakan tu. Sampai entry terakhir, hanya nama-nama yang ku kalerkan ijau je yang layak. Walau bagaimanapun, nama bertanda ijau yang tak bertanda kelabu di akhir garisan tu pulak means memang takde tinggalkan komen langsung dalam entry terakhir- tu terus kira disqualified laaa ye.

Aku saje tunjuk supaya korang tau aku menghakimi pertandingan secara adil dan saksama walaupun aku sorang je jurinye pon hahaha.

Apapun, hanya ada 4 orang je yang memberi jawapan kuiz secara penuh kepada aku. Dan hanya ada sorang jelah pemenang pon (bagus gak aku buat syarat-syarat tu eh, senang sket nak saring pemenang hikss). Dan pemenang yang super bertuah di pagi Jumaat yang mulia ini adalah...

KAK MYA!!!! *clap clap clap siap buat ombak*

Jawapan untuk soklan kuiz itu adalah:

1. Gamat / sea cucumber
2. Evi1 (patutnya Evil)
3. Rice cooker / periuk nasik letrik

Tahniah untuk Kak Mya. So camne kak, nak pos ke nak deting dengan orang ni? Pos laaa nak? Rasa dan kelihatan lebih dramatik lagi wakakakkaaka.

Itu saje enty arinie. Lepas tinggal komen, dah boleh bersurai - tak payahlah korek-korek entry lama aku tuuu.. heheheheh~

# epy bday to my pren, Odah ;)

Wednesday, July 08, 2009

415: Rasa Kesian Tak Pasal-Pasal




Aku prefer yang original. Ada gak yang dah ditranslate heh. Saje je nak upload. Senang nanti bila-bila aku nak tengok. Ni lirik englishnye untuk korang menghayati lagu Rain ku ini. Kalau nak laa hehe

Hey
This is my story

It's true

OK, listen


Oh baby, you're to me like the sun that's in the sky

That bathes me in your warmth and returns again and again
When you're by my side, I know somehow it'd be all right

Just like a fool, I let you go and lost you to pride

How could I have been so unwise?
Ummm...
Didn't realize that I was so in love with you till now
I still wanna hold you in my arms
But it's too late, it's no use, I don't know what to do

I'm all alone


Every night, the story of my love

Is like a scene playin' before my eyes repeatedly
And now I cry out to you for the wrongs that I've done
Hoping that you will come back
Yeah, I love you I still love you, baby

My life is now so incomplete

What should I do for you to truly forgive me?

How can I live without you?

Baby, come back to me

Forever, I'll wait for you, yeah...

To tell you my heart will never change


Stop my breath today; take my heartbeat away

I can't forget your love; it haunts me again and again
Pictures of your smile beckon me from all these blank walls

Like a lost soul searching blindly, shadows fill my eyes


How could I have been so selfish?
Oh no...
Didn't notice that you meant so much till you were gone from my side
How could I live with all this pain?
No, no...

My world grows ever so dim; oh, I was such a fool
It's all my fault


It's bringing me down
Tearing me apart

I need you so much; I'm begging to you down on my knees
You're the only one

There's just no one else, yeah...

All I need is to forever dwell in your love

But now I know, I can't speak these empty words to you
I love you so; let me prove my love to you once more

This time, my heart is true
Believe in me and you

And now, please listen to me

Just one more time

Baby, please come back to me

I miss you, baby

Kesian Rain. Dok sebut-sebut nama aku [baby]. Yelah² I come back to you. Hehe.


Kesihatan masih tidak menyihatkan. Aku ni kalau dah start batuk, alahai.. Nak baik tu kanmain berchenta (apsal kalau susah orang kata 'berchenta' hoh? berchenta susahkah? lupa sudah, almaklumlah dah berapa tahun aku 'pencen' berchenta wakakakakakkaka err tp pencen sementara je). Demam pun main-main. Malam demam, siang ok. Tengahari demam, petang ok. Gedik sangat. Demam tu laa bukan aku.

Masa aku temankan Anne gi klinik last week, serius takde rasa nak soh doktel check diri aku ni. Sebab punya la ramai orang kat klinik malam tu. Ramai budak-budak la. Yang tak budak pon ramai gak. Tapi aku paling kesian ade sorang pakcik ni, gi klinik sorang-sorang je. Mek ni sensitip sket, mula laa rasa nak temankan beliau walaupun nampaknya tak lah parah pun. Tapi ntah laa.. Aku memang cepat kesian kalau tengok orang lelaki yang gi uruskan diri sorang-sorang, makan sorang-sorang ke ape ke. Rasa nak escort je haha.

Bukan sebab gatal la beb. Kesian. Dalam satu sudut, aku lihat banyak kelemahan bila lelaki bersendiri. Kalau perempuan aku rasa ok je. Contoh laaa kalau kematian pasangan, memang kesian kat pompuan tapi aku rasa pompuan boleh jaga diri sendiri sebab dorang dah biasa jaga orang. Tapi kalau lelaki ku rasa kesian betul sebab kalau yang dah biasa berbini tetibe takde bini, aku nampak kekoklah. Mebi sebab dalam paler otak aku, semua benda biasanya bini eh uruskan.

Hmmmmm....~

Sape yang makan sorang tu? Kesiannya. Meh aku temankan. Hohehohehohe.

edited : saje letak ni

Cemana tah tadi masa wat moon walking opsss blog walking, TERmasuk blog ini dan TERsend pic jugek huahahhaha. Berdoalah aku menang. Wakakakakakak~

Monday, July 06, 2009

414: Beijing - Day 5; Final~

Hari kelima dan terakhir.

Sarapan terakhir. Sadis kunun² padahal dah terbayang roti canai dah hahaha. Hari ni awal sket sebab nak kene check out skalik. Kendian kitorang terus gerak menuju ke Tianjin. Walau bagaimanapun kang ade gak singgah lagi beberapa tempat.

Oleh kerana nak mengelakkan berlakunya pertembungan dengan lagi satu grup daripada Mesia (errr Melaka secara tepatnye – matilah kat obersi pon jumpe orang kampung! Huhu) di restoran nanti, tak pasal-pasal kitorang kene lunch awal daripada waktu yang sepatutnye. So aku tak mamam nasiklah, just mamam lauk je. Yaaa dah ujung-ujung ni barulah rasa jemu dengan lauk dorang. Hehehe. Alaa lagipun kenyang bekpes tadi tak abes lagi.

Dan hari tu jugek aku berkesempatan merasa satu haiwan yang dah lama aku teringin nak bela since pertemuan pertama masa gi bercuti kat Pangkor tahun 2004 dulu (wah kenangan lama gitu) iaitu...


Yaaaaa inilah soklan pertama kuiz aku huahahaa. Apekah nama menatang ni? Rupanya agak huduh dan inesen. Rasa dia pulak cam sotong kembang gitu. Not bad lah tapi aku tak lahap sangat sebab nak rasa je. Lagipun tak pedas, rasa tak menambat nafsu gitu. Hihihi. Lepas makan, kitorang spend about 10 – 15 minutes kat bawah restoran tu just amek gambar je. Hehehe.

Oleh kerana nak kene gerak Tianjin (ingat.. Tianjin – Beijing jaraknya 2 jam perjalanan ye), maka teruslah kami gerak-gerakhas ke sana. Bukan sebab gelojoh nak check in, tapi kitorang ade satu lagi tempat yang nak disinggahi sebelum ke airport. Snack Market ke ape tah nama tempat tu? Lupa sudah. Nantilah klu dah ingat aku betulkan. Wakakaakaka~


Tempat ni lebih kurang cam CM laa kalau kat Mesia. Macam tapi lain la sket. Eh macam tak kena je perbandingan ni. Macam Jonker Street kot? Haaa bolehlah. Tempat ni bolehlah digunakan sebagai tempat terakhir untuk perabih duit-duit china yang tak perlu dibawa pulang ke Mesia. Aku ade laa beli sikit (sangat) barang – sekadar nak abiskan duit yang memang dah abes pon. Huhu.


Kat sini tak sama macam Yashow Market di mana hampir semua boleh berbahasa inggeris (silap-silap cakap Melayu pon boleh). Kat sini ko jadi bisu la. Nak bargain kalu, translaternye ialah kalkulator. Hebatttttt~ Nombor-nombor juga mampu menterjemahkan suara hati ok. Tapi harganya tak laa semurah tempat-tempat sebelum ni. Stendet CM laa tu. Spend time kat sini dalam sejam setengah kot. Kendian terus shoot ke airport.

Bla bla bla. Flight kami delay setengah jam. Sempat laa aku tido dan nyaris bermimpi kat kusi menunggu tu hahaha. Mau taknye, mek tido baring siap. Ade aku kesah orang nak kutuk? Eh ade ke orang kutuk? Lantaklah. Kang yang sakit badan aku jugek, bukan orang yang menyaksikan – tak gitu? (eh emo tetibe).


Walau bagaimanapun, encik pilot telah melaksanakan tugas dengan super cemerlang kerana berjaya tiba di LCCT awal 10 menet daripada timing asal. Aku rasa memang dia guna gear 5 laa sepanjang jalan (jangan percaya). Hahahaha. Tapi flight balik ni ada macam-macam kemusykilan.

1. Sejuk giler. Gilerrrr punye sejuk. Lapisan langit ke berapa agaknya encik pilot bawa kami aritu eh? Saye takleh nak tido sangat walaupun saye pindah ke seat belakang semata-mata nak tidor baring. Sejuk laa encik. Tak rasa ke? Ke saye takleh tidor sebab orang kat seat belakang sane tu asek nak beromen je? Opssss..~

2. Aku cadang nak mamam BBQ ciken tu lagi tapi dah abes. So aku makan jelah ape yang ade. Dan order milo jugek. Kendian abang pramu kata harga semua skalik = RM4. Memula ingatkan aku yang pekak, tapi bila dapat duit belen RM46, kompem. Kompem dia..... errrr... dia salah kira ke? Tapi aku tak cakap pape sampai arini. Oooo agaknye sebab tu aku asek demam je sejak balik ni. Huhuh~

Harga nudel yang tak sedap = RM14
Harga milo instant = RM4

Anggap je dia blanje, takleh eh?

3. Masa pegi ade sorang je abang pramu (itupun diragui status abangnye). Tapi masa balik, ehek ehek ramai la pulak. Tapi tulah. Tak menggoyah iman pun. Errr kecuali abang pramu yang tanya aku beli apa sebenarnya ni sebab aku terhegeh-hegeh peluk beg kanvas yang ku jadikan hand carry. Hehehe. Dah la comey, peramah pulak. Cabut nametag tu kang baru tau *nakal tak ai* hahahahah~ Tapi kakak pramu pon ramah-ramah belake. Siap usik aku lagi – cantik topi baru – sebab aku terlupa aku sangkut mask aku tu atas kepala (bodoh sangat hahaha). Baru dapat bonus kot dorang? Hehe.

4. Ramainya orang. Pelik kejap jelah. Bila dipikirin semula, takkan laa semua orang yang naik masa flight pegi tu akan balik dengan flight yang sama. Mesti ade orang len plak yang baru naik flight aritu. So tak pelik dah. Heh.

Sampai kat umah tepat pukul 12 malam. Belek-belek gambar sampai pukul 2.35 pagi. Gedik sangat. Hahaha.

Ok tamat dah.

Soklan seterusnya..


1. Tengok betul-betul gambar kat atas neh. Ada satu perkataan yang dieja dengan salah. Sila bagitau aku apa jawapannya. Senang je ni.



2. Apekah fungsi sebenar incek bola di atas ni? Atau dalam kata lain, apekah benda ini? Clue nya.. 'elektrik'. Hehe. Manje laa ni siap ade clue berbagai :p

Haa aku bagi soklan pikir-pikir dan belek-belek je. Takde soklan fakta pun, senang kan? So sume orang yang rasa dirinya layak, sila bagi jawapan kat email SAHAJA. Jawapan kat komen dikira sebagai faul. Hahahahahaa. Tapi nak komen, komen jelah. Cuma jawapan je jangan tulis kat sini. Tapi kalau nak tulis gak, gasak koranglah (ni apekah takde pendirian ni??)

Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum entry aku yang seterusnya iaitu 8 Julai 2009. Kirenye once aku dah upload entry baru, penyertaan ditutup serta merta. Ok?

Good luck eberibodi!~

Friday, July 03, 2009

413 : Beijing - Day 4

Hari keempat kurang aktiviti membeli-belah - errr at least for me laa. Sebab rata-rata aku tengok, asalkan berenti je soping, asalkan soping je berenti. Banyak betoi duit dorang ni. Takde duit, swipe credit card, takde credit card swipe duit (eh?). Sibbaik aku takde credit card, kalau tak kompem terjebak sama dalam arus pershopingan (DBP harap maaf) itu.

Destinasi pertama adalah ke satu universiti (rasanyalah - ke betul? betul kot. betul3) perubatan china untuk sesi urut mengurut. Ahahaha. Silap betui laaa eh. Patutnya urut mengurut ni diletakkan semalam ataupun hari kedua, especialy lepas kitorang dah jalan macam nak tercabut ligamen kaki. Ni belum pape dah urut, motif??

Namun begitu aku suke je walaupun urut tu tak rasa menda pon, aku urut kaki aku lagi best daripada budak ni. Tapi yelah dorang kata tak berasa tu sebab dorang guna tenaga dalaman. Haaa yooolah.. :p
Rendam kaki dulu dalam air herba ape tah, kalau panas lagi sket lagi masyuk (laaa banyak komplen pulak). Air yang diorang bagi ni sedap. Cam manis-manis sket. Hehehe. Pastu baru laaa datang budak-budak ni urut. Tak tentu arah kitorang yang satu row ni panggil budak-budak pompuan, kalau tak merasa laaa lelaki urut kaki - tak seswai sangat. Aku seperti biasa kalau ade mende je nak komplen, aku cakap jelah kan (tapi tak semua la). Ku persoalkan kenapa budak ni ubuh minyak panas kat sebelah je lutut aku - sian lutut aku lagi satu dilututtirikan. Isk3. Tapi pastu dia ubuh gaklah. Hehe~

Pastu merasa laa dicheck oleh sifu-sifu sekelian. Memang agak suwey laaa row aku ni dapat nyonya yang check kitorang ni ala-ala je. At least dia ade gak laa rasa nadi aku. Ade laa sorang member aku ni lagi malang - nyonya tu pandang je tangan dia, voley gitu? Kau Clark Kent kah boleh tau orang sakit apa tanpa pegang? (Errr Clark Kent boleh check orang ke?) Sentap ok!! Aku rasa dia malas nak check sebab kitorang muda lagi kot. Mesti tak berkendak nak beli ubat dia yang super mahal tu. Aikk mana tau ni? Hahahahahah~ Walau apapun, aku bersetuju laa dengan hasil diagnosis beliau terhadap aku. Betul la tu. Huhuhuhu~

Pengembaraan diteruskan (mengembara laa sangat) ke Tea House. Aku suke. Hihihi. Di sana kitorang diajar cecara nak minum teh which is baik laa aku dok Mesia, nak minum teh kalu, togok jelah kan. Ni siap diajar cara pegang cawan cinonet tu (tapi kiut je laa caranya hehe) dan bagaimana menghayati jenis-jenis teh. Ada teh nak kene ada bunyik 'slurrrrrpppp' kekuat time minum baru betul, ada teh yang kene minum sket-sket bla bla bla. I wonder how Japanese have their tea pulak? Huuu~

Nampak tu kesungguhan di wajah baby? Gua tak main-main masa belajau okeh. Wakakakakakak~
Menjelang waktu lunch, kitorang shoot ke satu kedai germstone milik rakyat Malaysia berhampiran Stadium Sarang Burung ittew. Mengagumkan dan membanggakan kerana kami dimaklumkan bahawa dia adalah satu-satunya warga asing yang berjaya membuka perniagaan di sana (ayat skema memang takleh blah kan). Kenelah faham, China kan negara komunis. Semua perniagaan kat sana hakmilik kerajaan. So it's something laa kalau orang luar boleh bukak kedai sendiri kat sana.
Haaa layang-layang tu aku eksen je, tak beli pon. Pun tetibe ade rasa nyesal sebab tak beli. Hmmmm sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian? Sambung sendiri.

Jade tu diberikan kepada kitorang sebagai tanda penghargaan. Ekcely we managed to meet the bos himself. Hehehe. Bak kata dia, dia betul-betul rasa macam kat Mesia bila tengok orang pakai tudung. So tu yang dia tanya kitorang ni berapa orang, pastu terus panggil staff dia dan nah.. amek ko.. Jade ni memang aku dah aim masa kat kedai jade semalam tu tapi tak beli sebab mahal nau, tak madan kecik *nanges* Alhamdulillah dapat free pulak. Dan hari tu dia kasik harga murah giler-giler kat barang-barang kemas yang dia jual. Giler kau sebentuk cincin white gold dengan batu emerald ke ape tah dia jual 100 yuen je (ke 50? nanti check balik). Tapi aku tak beli la.. Dunia je tu (padahal duit dah kopak).

Lepas abis dorang soping, baru le kitorang gi lunch kat restoran milik bos tu kat bawah kedai dia tu je. Siap ade pulak dance show tapi aku tak snap gambau sebab aku lapaulah. Menari gelek-gelek lagu industan plak tu. Hahahahaahaha.

Dah kata dekat dengan stadium kan, so.. kitorang just jalan kaki menyeberang jalan ke sana. Tapi tak sampai dekat sangat pon sebab masa dak suntuk - lagipon panas giler ah ding dong ko mesti tak tahan nak jalan jauh-jauh. No wonder ramai yang tak sihat masa tu. Huhuhu. Takpelah, jauh pun jauh laa janji adoooo~

Kendian bergerak ke Masjid Nianjin - masjid yang tertua di China untuk solat zohor. Rupa parasnye lebih kurang macam Forbidden City, memang ade possiblity nak sesat kalau masuk huhuhuh. Dan mokcik-mokcik kat masjid tu pon sangatlah super mesra. Aku tak ingat kat kamera sape tapi ade laa satu pic yang kitorang amek dengan mokcik nyonya tu, beliau siap tarik kepala aku soh bersandar kat bahu dia - voley?? Hehehe. Sangat eksaitednya beliau dengan kedatangan kami. Aku rasa sebab kat sane dah takde orang-orang muda yang ke masjid. Errr sebenarnya memang pun. Ada dua tiga kerat je kat semejid tu, semuanya tua-tua renta gitu (jahat ke aku kata tua renta? huhuhu). Apa nak jadi la.. hmmmmm.

Makcik tu nomo 3 dari kiri. Hepi sangat nampaknya beliau. Siap cadangkan tempat nak posing lagi. Sweet amat! Hahaahaha~

Dari situ kitorang sambung ke acara soping-soping lagi (laaaa ade lagi?? aku ingatkan dah tamat). Takpelah. Aku pon nak cari memory card untuk kamera aku neh. Penuh sudah. Hahaahhaha~
Tengok laaa tu Kintan sampai tertonggeng-tonggeng pilih barang. Sampaikan dorang siap bagi bangku kat dia hahaahah. Kat sana aku beli ape eh.. Jam, selendang (eh ni orang belanje), fridge magnet (ni pon orang belanje - oppssss) dengan lukisan kecik (tapi ade laa orang tu kan tertinggal kat dalam bilik otel dia, da sampai kat airport baru bagitau aku, tak ke hangin satu badan hahahahahah).

Lepas tu balik dinner, dinner terakhir sebelum berangkat pulang ke Malaysia esoknya..

Bersambung lagi ;)

Wednesday, July 01, 2009

412 : Beijing - Day 3

Hari ketiga bermula selepas siap-siap bersarapan dan membuang apa-apa yang patut hehe. Sebaik-baiknya sebelum memulakan perjalanan, pastikan apa-apa sampah perut telah selamat dilupuskan di hotel. Ini kerana toilet di sana bukan macam toilet kat Mesia ye.. Toilet kat sanun takde air, main calit-calit je huahahah. Tapi biasanya kitorang akan bawak botol air mineral tu untuk dijadikan paip bergerak (bukan alat istinjak ye..)

Lokasi pertama yang dituju ialah kilang jade. Hoh memang hajat di hati rasanye kalau bole takmo beli pape. Tapi takkan tak beli langsung kot? Sebenarnya di mana-mana je tempat soping kat sini, better korang pakat ramai-ramai, bargain giler-giler dan beli banyak-banyak (kire tong-tong laa). Cara camtu lagi murah dan korang pun untung lorrr. Beli banyak-banyak tu tak semestinye korang kene beli 10. Mebi dalam satu dua je, yang lelain tu tong-tonglah. Ala.. korang tau laa konsep tu kan. Heheh.
Aku tengah pilih cop mohor untuk nama sendiri. Sampai skang rasa nyesal sebab tak buatkan untuk abang-abang aku. Huwaaaaa bodoh betoi!! Kat situ kita just bagi nama dan dia akan engravekan nama kita kat batu jade tu dengan chinese name lagi. Hehehe. Tahun ni kad raya aku ade laa cop mohor lalalala~

Selepas berborong-borongan (orang lain laa aku tak sangat - ehem padahal bukan ke dorang kene tunggu aku abiskan engrave nama tu? hahahhaha), kitorang shoot ke kedai kristal pulak. Huhuuh. Kat situ aku kompem tak beli pape. Malas ah. Abes sume tempat ko nak laburkan duit, macam laa kat Mesia takde kristal hihihi. Tapi sebenarnya yelah.. Boleh dapat murah lagi tapi bak kata amoi opismate aku ni - ini namanya kehendak, bukan keperluan. Yaaa aku akur di situ.

"Take Be Careful" eh. Hahahahaha. Patutnye aku rasa dia tulis 'Handle With Care'. Wuteva. Dan ya.. batu jemala yang aku dok 'puja' tu memang kristal betul. Gak eh kalau buat penyendal pintu tu mesti cun kan? Hehehe.

Kemudian kitorang pun berenti makan dan solat kat satu restoran ni. Alamak ape tah namanya. Tapi kat situ aku ade beli samting untuk diri sendiri laa. Tersengih-sengih cam kerang bakar aku akibat hepi yang amat mendalam di lubuk sanubari (ko tengok ayat aku yang putar belit ni pon boleh agak kot camne laa aku punye hepi tu hehe).

Pastu perjalanan diteruskan ke satu lokasi tersohor... Ah berdebar-debar rasanya auuuwww~
Tiba jua kami kat Tembok Besar China ni. Fakta sebenar : Tembok ni bukannya bersambung-sambung sepertimana yang kita sangka selama ini ye kekawan. Memang laa panjang berkilo-kilo metriko tapi terputus-putus. No wonder laaaa orang-orang Mongol leh tembus masuk China dan culik emperor walaupun ade Tembok Besau gabak ni. Apedaaaaa~ Heeheheh~

Group kami naik kat point yang mencanak giler. Giler!!!!!!!! Aku memang laa semangat nak panjat since kat Mesia, so aku pon naik laa.. naik naik naik.. pehtu penat sebab tangga tu tinggi laaa dah laa satu step tu sampai kaki ko kene angkat 45 degree, tinggi plak tu. Pehtu mata aku gi gatal tengok bawah plak. Mak oihhh gayatnyeeeeeeee. Halfway tu aku macam dah serender nak turun balik, tapi kakak sorang ni bukan main bagi semangat kat aku - siap turun balik tarik aku nek atas. Sampai kat atas tak lepas tangan. Huhuhu (malu ai kerana tumpas di tangan kakak yang almost 40 itu eheheh).

Hah. Sape yang berhajat nak panjat tu, jangan lupe bawak air mineral skali eh. Kalau ko rasa leceh, ko tunggu laa nasib ko tengah-tengah jalan tu. Hahaha. Aku ni sampai je kat puncak, terus rasa sejuk badan mo pitam rasanya - bukan sebab gayat laaa tapi sebab penat giler. Terjelir lidah. Hahaha. Paling tak bleh blah tu masa on the way ke atas, terserempak dengan mat saleh2 sekelian. Mereka pun berkata :

just take ur time dear. ekcely ur not even half way there

Pehtu kawan dia syyhhh kan dia sebab takmo aku cuak, voley gitu? Huahahahaha.

Apapun, penat ke terjelir lidah ke - still - it's the best memory I treasured! Pehtu sumpah laaa aku takmo dah panjat Great Wall tu. Unless ko bawakkan kat tempat yang landai sket macam dalam TV tu aku rela laa huhuhhuu.

Dah petang tu, kitorang patah balik ke tempat asal dan bersedia untuk soping pulak. Giler koooo lepas bersenam angkat besi berenang berlari tu pegi soping plak. Tapi jangan ingat kami sume takde stamina wakakakaakakakka.
Yashow Clothing Market. Tempat membeli belah yang agak sorga laa untuk kaki-kaki soping (seperti Kintan opssss) dan tahap tangan-tangan soping (macam aku hihihihi). Kat sini, ko kene berani bargain. Dia letak harga 300 yuen, ko tekan laa sampai dia bagi bawah 100. Jangan lupa matematik mudah - 100 yuen = RM50 (lebih kurang laa, tak tepat ni tapi senang ingat). Pastu jangan malu-malu mintak free gift wakakakakak. Macam aku beli langsir untuk mak aku (yang ni tak dapat murah giler2, sedey), aku paw cina tu sarung kotak tisu 2 lai. Pastu boleh plak dia ajak aku dating esoknya pehtu nak bagi aku langsir free, voley eh?

Ku jawab mudah je : u give me the curtain 1st and i'll think about it. ok?

Kahkahkah~

Kalau dorang tak bagi rega yang korang nak, blah je. Banyak tempat len boleh bagi murah. Silap2 tempat yang 1st tu tarik ko balik dan bagi rega yang ko nak. Tektik je tu hihihih. And lagi satu, buat baik laa kan kan. Cam aku bila aku tengok amoi tu macam nak marah je time aku letak rege tahap tapak kaki, aku pon usap-usap laa belakang dia sambil membaca mentera 'lengloiii.. lengloii..'. Pehtu dapat laa hahahaahhaa.

Kat Yashow ni pun ku jumpa amoi-amoi yang pelik. Ada yang pegang2 baju aku, ada yang tanya aku 'can I touch?' pastu pegang-pegang pipi aku. Sepak gak kang sesia je. Huwaaaa tercabulllll~

Abes soping, balik dinner dan balik hotel. Ekcely ade je kitorang kuar jalan-jalan time malam tapi malas nak cite, boleh eh. Heheh.

Bersambung...