Tuesday, September 29, 2009

440: Beraya hingga ke titisan raya yang terakhir (konon)

Salam sume..

Dalam kata takde mood nak beraya, raya tetap laa kene raya kan. 1st of all, berbanyak-banyak mahap laa pada sape-sape yang sms aku sejak raya pertama sampai raya kelima kalau tak silap aku. Aku tak dapat nak balas bukan sebab bz bebenau (bz pun ye gak tapi bukan penyebab utama), tapi sebab line kene bar laa haha. Aku try nak bayau online, website meksis tu cam tengeng. Malas aku nak susah ati sangat, so aku buat tak tau jelah. Raya kelima baru ada mood dan masa nak turun Melaka dan bayau bil.

Aktiviti raya aritu aku ringkaskan seringkas-ringkasnya seperti berikut :

Raya ketama : kat umah sajork, layan tetamu la ape lagi. Untuk pertama kali aku tak gi semayang raya tahun ni walaupun boleh semayang sebab banyak sangat mende nak buat dan tak sudah-sudah. Ape ke tengeng laa tempat aku ni, malam raya dibantainya takde air pulak. Hansap sangat bukan? Pagi raya tu bertungkus lumus sampai tertumus-tumus siapkan nasik lemak. Ye.. spesel dishes tahun ni ialah nasik lemak. Sape punya idea letak gula melaka dalam sambal sampai sambal jadik sedap giler tu? Aku laa hahahahha.


Raya kedua : pegi umah sedara mara pulok, cam biasa.

Raya ketiga : berloba-loba bersama rakan sepersekolahanku, macam biasa gak. Hehe. Tapi kali ni ade kelainan sket ;) nantilah aku cite kendian.

malas mau edit~

Raya keempat : patutnya pegi Melaka nak bayau bil, tapi ade orang dah siap call kata nak datang. So tunggu jelah. Petang pon takde air gak, sibbaik tak lama. Bikin gue penasaran sajork. Huh!!

Raya kelima : pagi-pagi layan sedara mara yang datang jap, pastu shoot ke Melaka bayau bil, dan kendian shoot ke Bangi, gi klinik. Adeh.. ni pon ade gak kisahnya. Nanti-nantilah. Huhu.

Raya keenam
: dok umah je. Tengahari mak takde, so estro dalam bilik, aku yang punya. Hohoho. Malam, Kapai call sambil memaki comel aku sebab tak datang dia berinai. Aku tunggu Nur Kasih laa sebenarnya, takde plak. Ermm...

Raya ketujuh : sahabat kanak-kanakku dahulu, Kapai – kawen daaa. Alhamdulillah ramai gak kawan-kawan yang dijumpai (macam ilang plak). Sume pakat berkumpul kat umah aku pastu baru pegi umah Kapai. Kendian pi beraya kat umah Suria plak, dan terus ke umah Rozan – bertunang plak beliau. How dare u! (aik?? Haha). Dari situ ke umah Che’ – beraya. Penat-penat. Tapi fun, damn fun! ;) Gambar? Nantilah.

Raya kelapan : balik Shah Alam laaaa.. Shah Alam dah rindu kat aku tu :D

Apa lainnya raya tahun ni?

Yang paling memuaskan hati, bila melihat dua sahabat aku ni dah berbaik-baik. Ermm.. takpe kot aku cite kat sini? Sebenarnya Kapai dan Suria dah bertahun-tahun tak bertegur. Ada laa samting happen. Ye, aku ni orang tengah je, gua tak masuk campur. Aku dengar cerita dua belah pihak, tapi aku pun tak tahu sapa salah sape betul. Dua-dua aku kawan, dan dua-dua kawan aku ni aku kenal since sekolah rendah, rumah dekat-dekat pulak tu. Kalau korang jadi aku pun, mesti akan ada rasa sedih tiap kali raya – bila dah tak berkawan, aku kene pilih nak ajak siapa untuk keluar beraya. Kalau sebelum tu, senang je aku leh keluar dengan dua-dua sekali.

Sadis. Sian kat aku.

Bila Suria kawen, rasanya aku ada bagitau Kapai tapi masa tu Kapai kat Saudi sane tak balik cuti. Kali ni, Kapai kawen – Suria pun dah balik Mesia for good. Aku memang bercadang nak bagitau Suria – merangkap jemput skali la.. tapi apa pun, aku kena mintak kebenaran pemunya majlis, kang tak pasal-pasal orang kata aku memandai-mandai.

Malam masa berinai, Kapai call. Lepas menyumpah aku berbakul-bakul (haha), dia tanya..

Eh Ctah, ko ke yang tanye aku pasal nak jemput Suria tu?
Haa.. aku ler. Camne, nak aku bagitau dia tak?
Ermm.. takpe ke ah?
Apsal plak tak bleh? Kan kenduri ko..
Tapi dia kawen tak jemput aku pooon...
Ala.. takpe laa... jemput je..
Ko rasa camne?
Ko jemput jelah.. dia nak datang ke tak, itu hal dia. Yang penting ko jemput. Bole?
Ermm...
Aku jemputkan eh?
Aaa.. bolehlah.

Lepas abes borak, terus aku sms Suria, aku kata Kapai yang jemput (kang kalau cakap aku wakilkan, takot member rasa tak ikhlas plak). Tapi Suria tak balas. Cuak gak aku. Keras lagi ke ati kawan-kawan aku ni?

Alhamdulillah esoknya Suria datang umah aku dan ramai-ramai ke umah Kapai. Kebetulan masa kami tiba, Kapai tengah sanding. Puas aku suruh Suria pegi salam pengantin, dia takmo. Takpelah. Tapi akhirnya dorang bertemu dan berbual jugak – macam dulu-dulu.

Senyum.

Terima kasih banyak-banyak Kapai, sebab tak keras hati. Kalau kau tak benarkan aku jemput Suria, mesti sampai sekarang korang tak bertegur.
Terima kasih banyak-banyak gak Suria, pun sebab tak keras hati. Kalau kau tak datang, sia-sia laaa aku sms kau malam tu.

So, tahun depan bole la kita kuar beraya ramai-ramai? ;)

Thursday, September 10, 2009

439 : Yang Terakhir Sebelum Cuti - kot?

Dalam seminggu ni, kepala otak aku tak berhenti berfikir. Tentang hal aku dengan mak. Dan akhirnya aku rasa, takpelah – biarlah aku mengalah. Memang yang diucap buat aku sakit – hati, jiwa – tapi mak aku itulah satu. Mengalah pun bukan dengan orang lain.

Aku telefon dia. Mak bercakap macam biasa. Aku pun macam biasa. Dalam tak sedar rupanya airmata mengalir juga. Hati tetap sakit lagi. Tetap macam ni. Aku keras hati? Memang. Tapi kali ini aku belajarlah berlembut. Sikit. Tapi yang dah terucap tak mampu dilupakan. Yang sakit masih belum terubatkan.

Takpelah, baby..

*************

Masa berbuka puasa aritu, seperti yang dijanjikan dek Firol, aku berjaya mendapatkan naskhah Pelakar melalui Aima. Tersengih-sengih laaa aku sekejap. Ilang selera makan sebanyak 5 minit je haha. Siap berenti makan semata-mata nak cari bahagian yang ada tertulis namaku itu. Ngeeeeehhhh~

ade 30 orang yg dijemput rupanya, mek harom tak tawu hehe

Nak baca komen ke? Firol jangan marah haaa hehe. Ai ni alert sket bab typo error ni sume. Ada banyak gak laa typo error. Ada masanya aku gelak sebab typo, bukan sebab cite huehehe. Tapi jangan bimbang dan gundah gulana – kerana secara keseluruhannya, best! Kesian betul kat Farah Nabila. Hahahaha. Kenapa dengan Farah Nabila? Sila beli dan baca, ok?

Menyesal pulak tak pilih betul-betul entry yang elok sket untuk diselitkan dalam tu. Takpe, nanti ai buat blook ai sendiri. Sape nak join? ;)

Tapi laa kan... aku cam terkejut manja je bila tengok kulit belakang..


Ada kaaa patut haha. Orang len takde pon ditulis nama panjang-panjang gitu. Ni kang ade plak yang kompius aku ni laki ke pompuan. Tapi itu pon dah kira nasib baik kot. Kalau ditulisnya ‘Masy Si Gadis Macho’, haru laaa aku. heh.

Tak kisahlah. Pasni nak tukar Gadis Kacak pulak *sambil kenyit2 mata* Thanks Firol..~

*************

Aku mula cuti untuk raya minggu depan. 14hb dan akan masuk opis semula on 28th. Tapi aku tak balik terus laaa on 14th tu. Nak selesaikan macam-macam. Mau grooming Fahrin, dan diri sendiri (errr ade orang nak temankan ke? Jom gi facial!) dan nak beli kuih raya. (err tapi budak umah ajak buat kuih raya, cambest je idea ni - sef bajet hihi).. nak kutip baju raya kat Cebinab.. duit raya kat Kak Tipah.. eh tetibe macam banyak je benda tak setel lagi ni watdehel?

Itu pon tak sure jugek aku start cuti 14th tu sebab semalam dengar-dengar macam ade meeting kat Penang dat day. Aku pon terbabit skalik tuh. Mintak skip boleh tak hoh? Malas aku nak meeting, orang dah mood nak cuti je ni, lagi mau meeting ke? Tapi kalau kene gi gak.. pegi jelah. Ehem. Ehem. Bloggers di Penang plis stand up. Kalau sempat leh dating *wink wink* Err.. kalau pegilah. Tapi pagi ni pulak Mr. Sivaji soh standby gi meeting kat Ganu plak Isnin tuh. Yang ni macam susah nak skip je. Hukhuk. Moga-moga ade laa orang lain yang boleh diangkut ke sana. Aku dah takde mood nak keje dah ni.

So.. aku free untuk korang ajak berbuka sampai ari Rabu – kalau nak ajak laa. Ari Khamis pagi aku mau pulang ke halaman rumahku. Sape yang janji nak blanje berbuka kat Marriot aritu? Buat-buat forget eh.. hahahaha. Just kidding~ Pastu sape-sape nak order One Drop Perfume sebelum aku cuti ni, pon still on lagi. Kalau nak dapat sebelum raya, bagitau laa sebelum hari Isnin. Jap jap. Aku blom promote kat sini lagi kot? Oww.. ku promote kat fesbuk je, lupelah.

Hah. Sape nak beli ODP tu, ku jual RM38 jer. Yang set celebrities tu RM43. Ala...murah dua hengget je. Hehe. Nak order lepas raya pun boleh.. pape tinggal order kat komen / email / untuk yang ade nomo tpon baby, sms je pon bole. Nanti leh set kat mana-mana untuk dating hohehohe. Tapi kalau jauh-jauh tu, errr... korang beli jelah kat kedai-kedai yang berhampiran ye :) hehe. Takat Shah Alam, KL, N9 dengan Melaka, gua boleh layan lagi la..

So guys and gurls. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf secara zahir, batin, mental dan fizikal serta teoritikal. Mengarut sudah. Kalau ade yang terasa dengan kata-kata secara berhadapan mahupun dalam tulisan aku, harap maaf okeh? Tu laa sape soh baca :p Kalau ade yang nak datang beraya kat umah Melaka, bagitau awal-awal laa eh. Bole laa aku lari balik Shah Alam. Hahahahaha!! Gurau je weh! Selamat bercuti semua.

Have a wonderful Eid!


# Oh oh lupe. Ekcely Belog baby dah selamat berusia 4 tahun Ogos lepas. Tu laa bizi nak pose konon, sampai sebeday blog pon terlepas sudeh. Hehe.

Tuesday, September 08, 2009

438 : Skedul 4 Hari Yang Penuh

Salam sume...

Sepertimana yang telah aku khabarkan minggu lepas, ari Jumaat tu aku bercuti saje-saje sebab nak ikot kekawan aku gi soping. Ni sume kekawan zaman skulah menengah hoh. Aku memang temankan je.. tak percaya?

Dipendekkan stori (sebab banyak lagi stori nak dimorikan), sesampainye kitorang kat KL - hujan pun turooooon. Makanya agenda nak ke Jalan TAR didivertkan sket ke kawasan yang berhampiran, Sogo namanya. Ada sket malanglah sebab hanya pemegang kad Sogo je bole masuk pagi tu. Tapi setel.. walaupun takde sorang pon di kalangan kitorang ade kad Sogo. Heh.

Orang lain soping. Aku? Tadah muka je sebagai model mekap. Yaa.. masuk Sogo muka biasa-biasa, pegi Jalan TAR muka setanding artis (perasan). Kemdian setelah hujan mulai mereda, perjalanan diteruskan ke JTAR. Dan seperti mana tadi, aku masih tidak melaburkan duit walau sehengget pon kat sini. Mood sudah potong la. Lagipun takde ape nak dibeli. Baju raya? Dah ada dah. Tudung? Belambak-lambak kat umah (dan takde niat nak beli pun). So.. tengok jelah..

Sampai ke satu kedai jual brooch ni. Pusing punya pusing, aku ternampak gigantic brooch. Ku pun keluarkan kamera, sambil bertanya kat budak kedai tu.

kalau saye nak amek gambar dalam ni bole ke?
akak nak amek gambar ape? gambar abang tu ke gambar brooch?

Diam. erm.. dua-dualah
bole sajeeeeee

orait.. bole tak nak nak pegang yang besau tu?

yang mana? ni? bole..
sambil keluarkan bapak brooch tersebut
haaa... awak pegang eh, saya nak amek gambau
alaa.. malu laa kak. suruh abang tu laa..
nak malu mende, bukan nampak muka awak pon
Pikir. ok laa ok laa..

Aku pun snap. Kendian, Liana plak kene. Hahahaha.

Nak tau besau mana?

Rege RM1,000++. Try beli, pastu letak atas kepala. Cam hansap! Hahahaa.

Lepas Jalan TAR, kami shoot ke Midveli untuk berbuka pose dan berjumpa dengan sorang lagi classmate kami yang tak amek cuti pada hari kejadian. Apedaaaa. Tempat makan dipilih oleh aku memandangkan semua orang pun macam blur dan lemah dalam penaakulan mantik untuk memilih lokasi pemakanan. Aku sonang yo... Keni Rojes la kite (ku mau Domino's tapi tutup laa plak, sengal).

Lepas makan secara rakus namun tertib, solat maghrib. Kendian acara round-round Jusco plak. Ade laa satu kasot cantek, namun kan sudah ku beritahu - ku tak mahu soping. So, rasa-rasa jelah kat kaki. Hehe. Akhirnya bersurailah semua. Sampai umah lambat gak. Train lembab ah. Cam sifot vavi ditaburi garam temanya. Huh.

********

Esoknya, gua masih bz mengarrange untuk blogger nyer berbuka pose. Ekcely semalam pon aku dok call-call gak. Susah sket je laa sebab on the move mana nak bawak kalkulator kaa sempoa kaaa.. nak kira bajet kan. Tapi alhamdulillah, semuanya setel dengan bantuan mayday daripada Anne yang hati sinderella tentu disayang emak. Hehe.

Dipendekkan cerita lagi, malam tu bertemulah kami semua sebanyak dua meja jumlah penduduk. Yang hadir (ku dah siapkan link ke entry yang berkaitan dgn malam tu) adalah:

Anne
Anul
Joegrimjow
Shahrul
Kuehbakar
John mengong
Jiran aku, Sham nama dia untuk sape-sape yang wonder
Erina
Jard
Wafa
Aima
Zonaku
Ochee
Dalia
Adawiyah

cilok kat blog kekasih gelapku Anul wakakakak

Untuk penama yang bertiga di bahagian akhir, sori eh tak berbual mesra dengan korang. Silapnya kita masa tu sebab takde sesi taaruf (bak kata Shahrul). Ni sume gara-gara perot lapau peringkat Master di kala itu. Hukhuk. Lenkali jumpe lagi eh?

********

Hari ke 3 pulak. Serius dah cadang nak lepak umah je. Tapi ada ajakan yang bila dipikir-pikirkan, tak patut plak nak tolak. Bukan senang nak jumpe dorang ni walaupun umah takde laa jauh mana pun. Yelah.. memasing dah keje tempat lain kan.

Apepun, ku gagahi jua untuk menghadirkan diri sendiri. Maka berbukalah akan puasaku bersama ex opismateku, Kintan dan Azmi. Lepak-lepak sampai pukul 9.30 malam la jugak. Kemdian hantor Kintan balik, dan macam biasa - asalkan anto dia balik je, mesti aku tido umah dia. Aku takot ah nak balik dari umah dia. Mek ketakutan. Hu~

Takde gambau. Malas nak snap.

********

Pagi, balik ke umahku yang kesian ditinggalkan selama 12 jam. Ingat nak balas balik tidor puas-puas. Sekali Kak Ila sms, ajak temankan dia gi Damansara hal keje dia, pastu nak shoot ke OU plak.

On the way pegi tu, serius perot aku takde mood. Rasa mau muntah pun ade. Tapi bila Kak Ila kata nak belanje kasot, eh.... sedikit demi sedikit perotku berasa elok pula. Sangsi asmara betul aku terhadap perperutan aku ni. Materialistik sangat hokeh. Perot la, bukan aku.

Soping. Soping dan soping. Bukan aku. Eh tapi akhirnya aku pon dibelanje la kan. Takmo ah tayang kasot kat sini. Mekasih la Kak Ila. Aku terambik kasut mahal di saat-saat akhir, rasa bersalah ler pulok tapi member rileks je. Siap dia pun beli kasot sepesen dengan aku (tengok laa sape hasot. hahahaha). Sebelum berbuka, sempat wat manicure lagi. 1st time nih. Punye laa bersungguh-sungguh budak tu buat sampai berdarah laa jari aku seketol. Huhuhu~


Balik. Singgah kedai dia jap, online. Sampai umah nak dekat pukul 12 malam gak. Masuk bilik. Oh ade gift lagi. Telekung dari Medan. Aku pesan kat bf budak umah aku tapi bf dia kasik je. Syukur rejeki ye.. :)

Itu sajork.... penat sudah taip ni.

Thursday, September 03, 2009

438 : Orang yang ada anak jgn disangka..

Dua hari lepas, kami bertiga iaitu aku, Anne dan Kak Ila telah sepakat membawa berkat untuk berbuka puasa bersama-sama (ni last menet planning - hahah). Entah macamana, tekakku memberi arahan kepada encik otak supaya menghasut aku agar memilih Nando's sebagai tempat pembukaan puasa pada hari kejadian.



Sementara nak tunggu Kak Ila tutup kedai dia kat PAS, aku dan Anne pegi le cop tempat dulu (booking la bak kata orang Sg Udang). Dapat seat kat luar. Gud-gud. Bole laa korek idong sambil berbuka. Bukan idong aku laa.. idong ayam :p

Nak ditakdirkan - dan takdir ini memang indah, seindah pemandangan - tibalah seorang jejaka yang agak taste pada mata aku (kuikuikui) dan dia juga mengecop tempat di meja sebelah kitorang. Auuwwww.. mesti berselera satgi nak berbuka. Tapi perasaan tu tak kekal lama laa.. Sebab dia bawak anak daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

hancur hatiku, mengenang dikau
menjadi keping-keping setelah kau pergi


Nyanyian jiwaku time tu. Hukhuk. Oleh kerana kegembiraan aku tadi sudah terbang bersama dedebu kotaraya, aku pun mencari-cari laa siapakah gerangan wanita yang berjaya mengahwini jejaka kacak idaman aku ni. Cari punye cari.. takde pon? Aik... pegi shopping kot (my bz body mode was ON dat time).

Kendian, datanglah budak Nando's dan menghampiri abang itu. Aku tak payah curi-curi dengar laa.. telinga aku cuma perlu kerling sket je (cam mata plak) dah boleh dengar dah.

berapa orang bang?
dua je ye


Dua je????? Bapa tunggulkah abang ini? Ohhhhhh.. shiapakah pompuan yang tak tau diuntung tu bang? Meh bagitau saye! Meh saya ucapkan setinggi-tinggi time kasih pada beliau sebab membiarkan abang sendirian dan bakalan disambar oleh saye. Wakakakakakakakakakak! *gelak setan nirojim*

Menjelang maghrib dan selepas memamam seketoi kurma dan meneguk Sparking Apple barang sesedut dua, aku dan Anne pegi lah solat maghrib kat surau yang kebetulan disediakan bersebelahan je dengan Nando's. Meh nak puji sket pihak pengurusan SACC. Sebenarnya surau dorang ada kat tingkat 3, tapi dalam bulan Ramadhan ni dorang sediakan surau tambahan yang luas dan bersih kat luar, siap dengan tempat wuduk bertutup untuk perempuan lagi. Aku sangat-sangat-sangat selesa dengan keadaan tu dan sangat-sangat berterima kasih dengan keprihatinan pihak pengurusan SACC. Dah ada kemudahan macam tu pon kalau orang takmo solat gak, memang nak kene panah petir laaa gamaknye.

Ok sambung.

Lepas solat, pegi laa nak sambung makan. Sesampai je kat meja, ku tengok anak tiri aku eh anak bakal laki aku eh eh silap lagi, anak abang hemsem tu tengah mamam fries sambil menghalakan badan dia ke arah meja kitorang. Ekcely budak ni pon kiut tau, macam apak dia laa kot. Haha. Pastu Kak Ila cakap..

Masy, aku bagi fries ko kat dia tadi.. makanan dia tak sampai lagi, dia nampak ko punye tu dia nak
Ooo... takpelah..
(bukan untuk orang lain, untuk anak tiri aku gak.. opsssss hahahah)

Lepas habis dia mamam yang kat tangan tu, aku tengok budak tu renung je aku. Ada ciri-ciri keibuankah aku? *serius rasa nak gelak guling-guling sambil menaip ni* Aku bajet budak ni nak lagi kot, lapau la tu - makanan dia pun tak sampai lagi. So aku pun hulur laa lagi seketoi fries. Maka beliau pun memamam tanpa segan silu hehe. Kendian ku dengar apak ensem dia cakap..

cakap ape kat kakak tu? cakap time kasih cepat..

Kakak??? Hahahaah. Ape ni bang... ape 'kakak' pulak.. ish² ahahahaha. Yang budak tu malu-malu laaa nak pandang lagi. Hehe. Dan beberapa kali laa apak ensem tu dok suruh-suruh anak dia cakap terima kasih kat aku. Abang ni.... nak mintak nomo tipon ai cakap jelah, tak baik laa gunakan kanak-kanak. Tak gentle ler..

Selesai makan per sume, mereka pun berangkat pergi. Kendian Kak Ila cakap..

ko tak payah laa nak ngorat mamat tu
apsal plak??

dia tu gay laaa

HAAA???? mana ko tau
- sambil aku tengok² abang tu atas bawah (err sebab dia patah balik)
Kak Ila tunjuk jari telunjuk dia.
ape? satu? 1Malaysia? kata aku. sengal. haha
dia pakai cincin kat jari telunjuk laa.. dengan ibu jari.. tu gay la tu..

Ooooo pulak? Aku tatau pon. Memula macam takmo percaya je. Tapi tetibe macam masuk akal plak. Teringat kat sorang pesyen dizainer yang bela anak angkat lelaki. Korang tau kan sape. Takmo la sebot nama beliau kerana beliau juga ensem. Hukhuk.

Maka.. berderaian lagi laaa impian dan angan tak sudahku. Pelajaran yang aku dapat pada hari kejadian adalah..

orang yang ada anak, hemskem dan makan kat Nando's jangan disangka..... errr.. tapi tak baek arrr buruk sangkaa.... mana tau kot dia jahil ke... tatau dosa pakai cincin jari telunjuk dengan ibu jari.. meh sini aku berikan dia pelajaran dan pedoman. Mana laa tau kan. Hehehe

Adehdehdeh~


edited : lupe plak!

5hb Sept 09 bersamaan Sabtu ini akan diadakan majlis berbuka pose blogger ye. kita-kita laa... Insyaallah akan diadakan di Shah Alam (yeahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu akhirnye!!!). Tempatnya akan ku beritahu petang/esok. Segala maklumat lanjut sile hubungi Jard, Aima ataupun Wafa ye. Esok gua cuti. hehehe.

Tuesday, September 01, 2009

437 : Jawapannya?

Kalau anak menyakiti hati ibu bapanya, hukumnya berdosa. Dianggap derhaka.
Betul kan?

Bagaimana pula jika ibu bapa menyakiti hati anaknya, berdosakah?
Ada jawapan?




+ seronok tak beraya kat Shah Alam? I wonder... +

hmm...