Friday, October 30, 2009

451: Cikgu.Kami.KRU

Salam Jumaat semua.. salam 1Malaysia (camne nak jawab salam yang ni??)

Rasanya tentang keminatan aku terhadap Exists tidak perlulah diperkatakan lagi. Tapi tahukah anda? (mesti laa tak tau - kata korang dengan yakin) Selain Exists, aku jugek pernah - err dan actually masih lagi - minat satu grup lain gak dulu. Nama grup itu tak lain dan tak bukan...


KRU laa ape lagi. Paling hot dan kira mancongkam item la pada zaman tu. Kalau tak silap, album doranglah album pertama yang aku beli guna duit belanja dok asrama dulu, masa tu aku form 2. Hahaha. Sibbaik duit makan dah siap-siap bayar. Heheh.

Album dorang yang seken (reKRUed tajuk albumnye ye) yang ade lagu Mengerti tu la, ku bedal dengar sampai boleh hafal. Masa tu laa.. Skarang ni aku sendiri pon boleh kagum camne laa aku boleh hafal lagu-lagu dorang tu. Dah laaa ade yang English, laju plak tu bila dorang rap-rap segala.

Fuh² *pandang diri sendiri atas bawah dengan penuh kagum* Hehehe.

Apa yang aku sanggup buat dek sebab minatkan dorang ni? Not much la. Eh, ye ke? Tak macam aku minat Exists. Cumanya zaman tu yang biasa kitorang buat (ye bukan aku je yang minat KRU dalam kelas tu eh), takat gunting gambo dalam sokkabau - sampai berebutkan sokkabau kat asrama gara-gara nak dapatkan gambau KRU - pastu letak kat atas meja kat dalam kelas la..

Dan bila dah buat macam tu.. mestilah ada natijahnya kan?

Satu hari, masa tengah ujian BM dalam kelas. Cikgu BMku yang lawak garang tu meronda-rondalah satu kelas. Sampai kat meja Suria, dia pun berenti.

ketepi sket tangan ko neh
Suria takmo
ketepi laa.. kang saye pegang kang, nak?
Terpaksa laa dia alihkan tangan.
ko kuarkan gambau ni skarang
errr cikgu nak buat per?
eh banyak tanye plak. cepat kuarkan. klu tak, saye potong markah ujian awak nanti

Lepas Suria dah keluarkan ketiga-tiga gambar kepala budak-budak KRU tu, cikgu pon amek dan bawak ke depan. Pastu sambung meronda lagi. Aku pun cepat-cepat keluarkan gambar KRU aku tu, kang dia mintak kang mana aku nak cari balik nih.

sape yang ade lagi gambau KRU atas meja, bagi saya skarang!

Sape nak bagi cikgu oi??? Takde maknenye ahahaha. Last² dia sendiri yang cari dan memang tak jumpelah, sume orang dah sorokkan. Kemudian lepas semua orang serahkan kertas (ke buku?) ujian tu, dia tanye..

ni sape? *angkat pic kepala Yusry*
YUSRYYYY kata kitorang
pandai... ni sape? *angkat pic kepala Norman*
NORMAANNNNNN kata kitorang lagi
pandaiiiii... yang last ni sape plak? *angkat pic kepala Edry*
EDRYYYYY kata kitorang lagi
Bagus.. semua kenal ye?

Dia pun mula berceramah pasal KRU.

Dorang ni semua bagus ni.. bla bla.. budak pandai... bla bla... talented.. bla bla.. budak pandai lagi.. bla bla.. Korang ni minat kat dorang ni bagus, kene laa ikot ape yang bagusnya dorang ni. Ni tak, berangan nak bercinta dengan Yusry laaa dengan Norman laa dengan Edry laa bla bla bla...

Siot je. Tak abes lagi.

Suria! Meh sini.
Suria pun ke depan.
ko minat yang mana satu?
Dia tunjuk gambau Edry
Ooooo... suke eh? *Suria angguk* ensem eh? *Suria sengih*
Skarang ko amek pen ni, buat misai kat muka dia
Haaaa!!?? Takmo aarrr cikgu!
ewaaahh... sayang sangat dengan gambau ni eh? cepat! kalau tak aku kasik 0 je markah ko kang
alaaaaa..
cepat!

Suria dengan muka tensen pon terpaksa laa menconteng muka Edry dengan pasrah. Hahahaha. Pastu cikgu aku berbunyik lagi.

Esah! Meh sini
Esah dengan lemah pun ke depan
aaaaa... saye perasan awak ade tulis nama Yusry dalam karangan awak aritu kan? Tengku Yusry konon.. mandai² je ade orang kampung nama Tengku Yusry eh? Ko pon conteng cepat!
alaaaaa cikguuuu...
ape ala-ala! cepatttt!! buat mata pirate kat mata dia!

Hahahahahahaa. Lepas Esah kembali ke tempat dia, cikgu aku berfikir-fikir.

aritu sape eh tulis nama Norman dalam karangan dia?
Semua senyap.
saye ingat ade orang guna nama Norman. kelas ni laaa.. sape ah?
Senyap.
sape? korang takmo ngaku eh?
Senyap.
Dia memandang kami satu persatu. Aku pun buat selamba jugak, pandang dia. Dia berfikir-fikir lagi. Tiba-tiba.

Masy!~

ensem siot Norman dulu-dulu.. auummmm


Alamaaaaakkkkkk.... dia ingat la pulakk.. Huhu.

ko ingat aku lupe eh.. ko meh sini!
Aku pun ke depan dengan lemah
apsal ko minat Norman?
ermm.. sebab dia ensem laa cikgu
ensem konon. aku lagi ensem dari dia tau
(aku - muntah dalam hati - tapi memang cikgu aku ni ensem pon)
haa cepat! conteng muka dia
errrr... nak conteng ape cikgu?
conteng laa pape
yelah nk conteng ape?
ko buat nandek kat dahi dia - nah pakai pen merah ni!
huhuhu kene ke?
kene laaa! ko nak buat kat gambau tu ke nak buat kat dahi ko? cepaatttt!!

Aku pun dengan berat hati dan tangan, buat nandek keciiiiikkkk je kat dahi abang Norman (sambil dalam hati kata - abangku!!.. soriiii soriiiii huhuhuh).

besau lagi!
ku besaukan sket
besau lagi!
ku besaukan sket lagi
BESAU LAGI!!!!!!!!!
alaaa cikgu ni nak besau mana, dah besau laa ni..

Tamat sesi tocer tu sume, dia dengan gembira mengangkat ketiga-tiga gambar kepala tu.

Ni siapa?
KRUUUUUUUU
pandaiii...

Abes kelas, kitorang pon tengoklah gambar tu balik. Ya Allah... cikgu aku siap tambah mekap lagi. Ada yang dihitamkan gigi, diletakkan plaster kat pipi - macam² ah. Hahahahaha. Surialah yang paling tak puas hati.

Penat je aku gunting.

Hehehe.


# karangan aku yang guna nama Norman tu dapat markah 90% tau. nyaris aku nak dibawak menghadap pengetua sebab cikgu aku tak caye aku tulis karangan tu. dia kata aku tiru cerpen dalam sokkabau huwaaaaaa :((

Wednesday, October 28, 2009

450 : Skuter

Salam sume..

Ntah macamana, teringat pulak zaman-zaman skolah dulu. Ala biaselah... time stress ni ko kena cari mende lain untuk difikirkan. Jangan memikir akan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah walau sesen pun dalam diri ko secara amnya dan dalam kehidupan ko secara khususnya.

Zaman skolah menengah. Macam budak-budak skarang yang ada macam-macam jenis permainan dan aktiviti mengikut musim, macam tu lah budak-budak skolah aku gak. Tapi ada satu 'penyakit' yang berjangkit pada semua pelajar - tak mengira umur dan tak mengira bangsa (aku agak laa hahah) antara tahun 1996 - 1997.

Skuter.

Hah. Bukanlah bermaksud merempit dengan skuter. Permainan ni memang pelik, dan secara tak pasal-pasal sebenarnya ko akan terbabit skali walaupun ko tak hingin nak terlibat.

Terma dan syaratnye mudah je. Setiap kali ko ternampak ada skuter lalu - tak kira laa dalam skolah ke atau luar skolah - ko kene jerit :

KUNCI!!!! sambil menggayakan ko sedang mengunci kat dahi ko sendiri. Siapa yang tak 'kunci' dia akan menerima akibatnya. Tapi akibatnye tu biasa hanya budak-budak lelaki jelah yang buat. Budak-budak pompuan ni susah sket, biasalah.. kang ade plak yang emo. Jangan tak tau.. ade gak member aku yang berkecik ati bila nyaris menerima akibat. Ternyata permainan ini hanya untuk mereka yang tabah dan berjiwa cekal serta kental.

Ha. Ape akibatnye?

Bersedialah. Di mana-mana, pada ketika itu juga. Kepala ko akan di'headbanging'kan berkali-kali sampai ke lantai. Hahahahha sorilah, aku rasa kelakar laa mende ni sebab aku penah nampak sendiri, budak-budak lelaki ni mengheadbangingkan sorang mangsa sampaikan bila dia dilepaskan, merah padam muka dia sebab terhangguk-hangguk dalam jangkamasa yang lama gak.

Sambil kene headbanging tu, tukang goncang kepala member tu kene sebut 'ye - ye - ye' berulang², macam zikir ajaran sesat laa plak. Boleh bayangkan tak?

Ni posisi headbanging sebenar. Cuma tambahkan je tangan orang lain (sebelah tangan je ye, tapi bole jadi ade banyak tangan) di kepala mangsa seraya menghenyak-henyak kepala tersebut dan menyebut mentera semerah padi tadi. Nisbah hukumannya adalah 1 ye : 1 hangguk.

Mende ni nampak cam kurang ajar kan? Tapi ada laaa kebaikan gak. Hahaha.

1. Mengajar diri jadi penyabar. Klu cepat tacing, jangan main dan sila inform awal². Kalau lambat dan terkena, jangan mengamuk eh.. hehe. Tapi orang Melaka memang kasau ah, so.. mende ni biase la kot.

2. Mengeratkan hubungan sesama kaum. Permainan 1Malaysia ni. Sambil bergelak ketawa, sambil henyak kepala; dan jangan bimbang - lepas kene tu tukang hukum akan mintak maap balik. Hahahaa.

3. Merapatkan hubungan sesama schoolmate jugek. Kalau tak rapat pun, at least kenal la. Yelah.. ni bukan setakat main dalam kelas je, kat luar kelas pon. Silap-silap luar skolah pon terbawak². Kalau ade budak kelas lain time ternampak skuter tu, kire otomatik gear orang tu pon akan terbabit sekali. Takde escape punye :D

4. Jalan pintas untuk popular tanpa perlu masuk AF atau mengambil gambar lucah sambil clubbing. Apatah lagi kalau time menerima akibat tu, ko ade kat kantin. Sure heboh laa satu kantin akan sama-sama bergumbira melihat ko menerima hukuman tu. Kalau kena kat Bus Stand Masjid Tanah, lagi gempak. Hahaha best!!

Tapi setakat yang aku ingat, takde laa sampai budak lelaki mengheadbangingkan budak perempuan. Dah siap asing-asing laaa, cam solat jemaah gak. Takleh campur nanti batal.

Damn, I miss my school laa. Bila nak gi tengok ni?

Monday, October 26, 2009

449 : and it's getting more and more absurd


Salam sume..

Dua hari ni aku diprovoke dengan maha hebat. Sampaikan kawan-kawan aku yang berdua pun meroyan sama bila aku menceritakan perihal provokasi ni. Tu baru cerita tu, gaknye kalau alami sendiri, mau putus urat marikh. Urat marikh sape? Ntah.

Aku macam dah tak larat nak cerita. Nanti disalah faham lagi. Tapi apa yang aku nak cakap - untuk kawan aku itu - my wayangmate as per say.

Aku bukan taknak jumpa kau lagi ok. Sebagai kawan, aku takde hal pun kau nak ade gf ke ape (walaupun dulu sebelum aku kata 'ok' untuk ajakan kau menonton wayang tu kau kata kau takde gf). Itu hak masing-masing kan. It's your life, it's your happiness. And as a friend, of course I'm happy for you.

Jap jap. Yang aku nak speaking ni pehal??

Aku sakit hati bukan sebab aku jeles kau ade gf kaaa.. ataupun sebab aku ada hati dengan kau kaaa (see, aku tulis jelas-jelas supaya tak payahlah aku nak jelaskan lagi pasni). Aku sakit hati bila :

1. Kau ade gf senyap² tapi tang cari pasal, tetibe je aku plak terbabit sama. Aku ni dah la tak tau mende, tak pasal² je.

2. Ok laaa dia baik. Ok la tu kan. Tapi bila kau kata 'dia baik..dia takde pun kuar² dengan lelaki walaupun dia orang KL'. Ok I got it. Dia baik. Abeh aku ni yang kuar² dengan lelaki ni, jalang ke?? Sekarang ni aku kuar dengan kau, sebab kau ajak. Bila aku kata ok, aku plak yang jahat dalam ini gambarkah?

3. Kau kata dah insaf.. nak jaga hati gf kau pasni kan..? Untuk aku, kalau dah insaf, bermaksud perkara-perkara yang buat kau rasa bersalah pada gf itu takkan diulang lagi, betul? Dah tu yang kau ajak aku kuar lagi ni kenapa pulak? Ni insaf ke tak ni?

4. Gf kau dapat tau yang kita kuar sebab kawan-kawan dia bagitau kan? Ok fine. Then boleh lak kawan-kawan gf kau yang 'baik' tu kutuk aku macam laa diorang kenal aku. Ok fine. Part yang aku PALING BENGANG sekali. Diorang tu kutuk aku satu hal, masalahnya kau tu kawan aku - sikit pun takde rasa nak backingkah? Bukan aku suruh kau pegi tumbuk ginjal diorang pun. Tapi jangan laa 'paksa' aku ni pasrah je dengan kata-kata diorang.

Adakah sebab kawan-kawan gf kau tu anak tan sri, mampu beli kamera harga 10k - aku takleh nak pissed off kat diorang? Ingat kalau kaya tu, selambe je boleh hina orang macam tu? Budak-budak tu mampu beli kamera mahal pon sebab pakai duit bapak dia laaa..Kau ni apsal eh? Takkan sebab takutkan diorang tu sume, sanggup ilang kawan?

Ke kau tak kisah pun kalau takde kawan macam aku. Ye kot.

Lepas tu, nak ajak aku keluar lagi. Nak buat apa? Kalau kau tak kisah kene kutuk, itu hal kau ok. Aku SANGAT-SANGAT AMBIL KISAH MENDE NI. Aku memang takleh terima kalau orang yang tak kenal aku langsung, bole mengata aku camtu. Dan yang paling menyedihkan, kawan aku sendiri pun taknak bela aku neh. Siap kata aku emo lagi.

Haduih.. Manusia. Aku jadi pelik sangat. Kau yang aku kenal, bukan macam ni weh. Tetibe je jadi camni, aku serius ah rasa tak paham. Tapi takpe.

Oh btw, semalam yang aku dok sial-sialkan tu, bukan kau eh. Tu khusus buat kawan-kawan anak tan sri gf kau tu. Sekian.

*tarik napassssss... lepasssss... hmmmffppsss*

Buat masa sekarang ni, memang takde hati la nak jumpe kau. Esok-esok tatau la - aku ni kan lembut hati, macam laaa tak tau.

Malas nak pikir.

Thursday, October 22, 2009

448 : 0

Hotel @ Penang aritu

Aku buang entry pagi tadi. Saje.

Aku ada satu perkara yang nak aku sebutkan. Sesuatu yang aku nak tau, dah pun aku dapat tau. Nak tunggu orang bagitau, memang takdelah. So, bila aku ada peluang - terus je aku yang tanya. Senang.

Tahniah.

Tapi sejujurnya aku betul-betul rasa terpukul dengan kata-kata. Menggambarkan seolah-olahnya aku ni zero. Maaflah kalau yang berkata tak berniat macam tu, tapi itulah aku rasa. Sangat-sangat terpukul sampaikan aku terpaksa take 5 - pegi semayang jap.

Terus bercerita dan cerita lagi. Aku baca dan baca lagi. Dan tiba-tiba hati jadi sangat sakit. Bukan sebab aku ni ada menyimpan apa-apa perasaan - bukan. Tapi kenapa agaknya situasi ini hampir sama dengan keadaan yang aku lalui 6 tahun lepas?

Modus operandinya lebih kurang juga. Aku dijadikan R&R je sebelum tiba ke destinasi. Ko paham tak? Dah ada tumpuan, dah kukuh. Tapi singgah pada aku bila rasa diri sangat kosong. Bila dah penuh?

Sekarang aku menjadi aku yang begini, salah akukah? Aku memang keras hati. Aku memang susah nak terima siapa-siapa, sebab setiap aku aku cuba, setiap kali itulah perasaan aku akan dihentak sampai mati. Dan setiap kali aku berhati-hati, pun benda yang sama akan jadi pada aku.

Kau kesiankan dia. Dan aku akan kembali kesiankan diri aku sendiri. Kau rasa bersalah pada dia, dan aku akan rasa seolah-olah semuanya salah aku.

Aku sangat-sangat-sangat terpukul.

Gambaran pertama : bezanya yang ada dengan semua yang pernah ditemui. Perasan tak salah seorang yang pernah ditemui tu aku? Perasan tak semua yang berlawanan dengan kemuliaan dan kebaikan yang ada tu, ada pada aku? Perasan jugak tak, sebelum semua ni aku ketahui, apa yang pernah dikatakan pada aku?

Tak kisahlah.

Gambaran kedua : kebaikan semua itu menjadikan orang lain nampak biasa. Perasan tak salah seorang yang biasa tu aku? Perasan tak siapa aku ni, kawan kan? Kawan yang dibiasakan inilah yang diR&Rkan tu.. hmm..

Dan perkara yang paling aku benci pun berlaku lagi. Aku tak faham kenapa bila orang dah buat keputusan - kemudian baru bertanya pada aku. Ada faedah ke kalau tau?

Aku tak marah, serius. Terkilan, mungkin.

Paling menyedihkan bila perkara yang dah lama aku cuba lupakan, terjadi lagi. Dan tetap orang akan menyalahkan aku kerana terlalu berhati-hati.

Siapa-siapa pun takkan faham. Dan kalau kata faham, itu semuanya berpura-pura faham.

Sudahlah.

Monday, October 19, 2009

447 : Huhuhu~

~Huhu 1~

Harini genap 9 tahun aku jadi anak yatim. Sukatilah kalau orang tak approved aku sebagai anak yatim pun sebab aku dah 29. Tapi untuk aku, sampai bila-bila pun - aku memang begitulah.

Alfatihah untuk abah. Yang aku tak reti nak sebut 'arwah abah'.




Madah Di Pusara - Exists - Jangan Gentar 97

~Huhu 2~

Sakit paler otak ni. Camne nak elaborate?

Esok aku kene gi Penang, dua hari. Sorang. Ada meeting. Ekcely takat meeting, ni dah kali kedua aku gi Penang sorang-sorang untuk gi meeting. Which is.. takpelah kot. Tapi..

Kali ni bukan takat gi meeting. Kene present pulaaakkk... Mr Sivaji takleh pegi sebab clash dengan presentation kat sini gak. Projek baru. Dah tu.. aku kene present pulak?

Cuak
Cuak
Cuak
Cuak

kerana..

Aku tak suke perkara berkaitan public speaking laaa weh. Aku ni penakot, ade faham?

Gara-gara ni sume laa.. aku makan tak kenyang-kenyang, tido pun mimpi hantu. Adeh... patutnya minggu ni laa minggu yang paling seswai untuk aku gastrik. Yang ko pegi gastrik minggu lepas tu apsal?? Kalau tak, boleh la skip.

Eh macam keji plak.

Takpelah. Tengoklah camne nanti ari Rabu tu. Moga tak pengsan pada hari kejadian.


~Huhu 3~

Semalam pegi open house kat Puchong (opismate) and kat Sentul (Jard). Nak 'huhu' kenapa? Ntah.

Saje je...



Aku tak cukup tidur la. Jiwa tak tenang.

Friday, October 16, 2009

446: Dah lama orang Melaka ni tak berpanton


Sebelum aku mula merapu
meh mulakan dengan bagi salam dulu
sikit ingatan untuk semua tetamu
dah masuk sini, jangan lupa klik nuffnang tu huhu

(salam sume)

Dua tiga menjak ni rasa tak kena
tapi makan selera je, tidor pon lena
gastrik jelah yang tiba-tiba menjelma
tatau laa tu ade ke tidak kene mengena

Dah berapa lama aku dok mikir
sambil berjalan ke hulu ke hilir
berapa banyak laaa punya anasir
bikin kepala batu aku jadi kepala pasir

Ada sesetengah hal hati dan peribadi
bukan takmo dipandang dengan teliti
tapi bila dipandang, mata berduri
sakit tu, nak tunggu baik bukan makan hari

Bila sesekali aku mengelak
bukan sebab aku nak buat lawak
rasa diri macam tak layak
ko ape tau, ingat aku saje main cak kun cak?

Cuba jugak nak bagi perhatian
tapi kekadang rasa tak daya nak layan
bukan sebab takde perasaan
perasaan tu banyak, lebih 10 tempayan

Dek lebih 10 tempayan tu lah
jiwa makin lama makin gundah
melantak sampai berat bertambah
ade masa rasa macam nak pindah randah

Soal jodoh bukan macam soklan periksa
kalau takleh jawab, hentam pon takpe
lagipun bukan setakat kita-kita je
mak bapak, satu keluarga terlibat sama

Kalaulah kita ni dok kat bulan
kan senang, tak payah pikir tohmah dan cacian
cuma nak kene pikir soal makan
kat bulan tu ade ke ikan dan belacan?

Jangan persoal chenta adinda
kompem 10 tempayan tu kanda sorang je yang punya
masalahnya... dinda musykil dan selalu tertanya
tempayan kanda tu berapa je untuk dinda?

Bila kanda majorks pandang kat dinding
kepala dinda otometik gear terus pening
cakap salah, tak cakap kang bising
bikin jiwa dinda bertambah laa runsing

Sape-sape pun tak akan tau
betapa laa dinda ni selalu tersedu-sedu
mikirkan chenta kita yang berpotensi tak bersatu
tapi dinda pasrah je kanda, ai rela yu..

Kan selalu dinda kabo kat kanda
jodoh tu sume kat tangan Dia
dinda ni bertahan, semua demi kanda
walaupun dinda tak sure takat mana kita leh bahagia

Janganlah kate dinda ni tak kisah
kalau tak kisah, dah lama dinda blah
walaupun badan dinda ni boleh kompius dengan anak gajah
tapi insyaallah takat Fahrin Ahmad tu, eleh.. keje mudah :p

Ape-ape hal kita wat istikharah
tengok telunjuk Allah ke mana mengarah
kalau kataNya kita ni takleh dipisah
cakap banyak takde, moh le kita nikah!



Peringatan : budak-budak skolah, plis jangan folo cara pembuatan panton ni heh. salah ni. kalau nak pandai wat panton yang betul bole lulus cemerlang, nanti kakak ajar ok (kakak tu :p)

13may, aku pinjam konsep hang naa.. kene bayau royalti ka?

Wednesday, October 14, 2009

445: Saye dan Awak


Dua minggu lepas. Aku sendiri, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar Cik Anne ke KLIA atas urusan peribodi beliau. Sorang, sebab Kak Ila tak dapat nak folo saat-saat akhir. Bizi kat kedai la tu, ape lagi..

Bila sorang-sorang, malam pulak tu - mesti la boring (tak sampai tahap takot lagi sebab baru pukul 8 malam hohehohe). Nak buat ape lagi, berangan la kan sambil kaki menekan pedal minyak sampai ke lantai. Nak ajak stering kete ni berborak, kesian kat dia pulak. Sambil layan lagu, melayan jiwa jua. Perasaan biasa-biasa, takde ape yang nak dilayan.

Kendian, berkumandanglah lagu Faizal Tahir. Tetiba aku teringat komen Aidit Alfian pasal lagu-lagu Faizal Tahir (kalau tak silaplah, 90% kompiden dia yang cakap) . Dia sebenarnya kagum dengan bakat En. Faizal, tapi dia 'geli' bila banyak lagu-lagu En. Faizal ni guna term 'kamu'. Mungkin terlalu Indonish kot? Err ade ke perkataan tu? Lantaklah. TM di hujungnya ye. Hehe.

Bila difikir-fikir secara mendalam, rasanya takde sangat lagu-lagu kita yang guna term 'saya' lak. Kalau ade pun mesti lagu tradisional. Oleh kerana takde sape yang komplen, meh aku sibuk-sibuk komplen walaupun bukan menggugat ekonomi negara pun (macam pernah dengar tak?) Rasa nak try men'saye'kan lagu Faizal Tahir. Kalau dah 'saye', kene guna 'awak' laa kan?

Mari nyanyi~

Sampai Syurga - Faizal Tahir

Saye membenarkan jiwa saye
Tuk mencintai awak
Saye persembahkan hidup saye
Tuk bersama awak
Dan diri saye untuk awak
Belum pernah saye merasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapan saye palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus saye tertunggu
Di hati saye masih awak
Belum pernah saye ingin terus memburu

Saye lemah tanpa awak
Saye ingin awak dampingi saye
Saye fahami saye bukan terbaik
Tuk diri awak
Namun saye tetap saye
Yang terbaik tuk diri saye
Hanya satu
Hanya awak

Saye membiarkan hati saye
Tuk merindui awak
Saye menghamparkan sakit saye
Tuk tatapan awak
Bersama awak harapan saye
Hilang dalam terang yang membutakan saye

Saye lemah tanpa awak
Saye ingin awak dampingi saye
Saye fahami saye bukan terbaik
Tuk diri awak
Sampai syurga saye menunggu
Sampai syurga saye cinta awak
Hanya awak

Dan segala yang saye ada
Saye berikan semua
Untuk diri awak saja
Saye mahu diri awak
Bahagia tuk selamanya
Biar sampai syurga
Saye menunggu cinta dari awak
Agar saye sempurna

Saye fahami saye bukan terbaik
Tuk diri awak
Namun saye tetap saye
Yang terbaik tuk diri saye
Hanya satu

Saye lemah tanpa awak
Saye ingin awak dampingi saye
Saye fahami saye bukan terbaik
Tuk diri awak
Sampai syurga saye menunggu
Sampai syurga saye cinta awak
Hanya awak


Sopan laa pulak jadiknya lagu ni eh?

# runsinggggggggggggggggggggggggg

Monday, October 12, 2009

444: Cantek nomo entry ni

Semalam - di tempat seperti yang dinyatakan. Aku hadir membawa dua keping perut (termasuk perut aku laa) yang lapar lite-lite untuk dipenuhkan. Atas jemputan ye, bukan mandai-mandai datang show off wajah yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ni. Heh. (tetibe je stetmen cam garang, ape kes? :p)

Open house katanya. Ingatkan kot opis member aku ke, upenye sepupu dia nyer opis nyer open house laa. Gilerrrr.. Mujur laa aku dan Anne pakai baju yang ok le jugek.. Eh ye ke? Rasanya Anne je yang pakai ok, aku cam biasalah - selekeh dalam kesamaran. Hu~

Malas nak letak nama artis² ni sume, nanti kang orang gugel - tersesat plak masuk kat blog aku neh.

Kuiz tanpa hadiah arinie. Siapakah encik kak berbaju biru tu? Klunya ialah cerita SUTUN. Ada sape-sape leh teka? Aku ni sampai kesudah rasa macam tak caye je itu dia. Satgi nak gugel ah gambar lama dia kat tenet. Hehe.

Makan dan makan. Tapi taklah beriya sangat semalam.

Mana de beriya pun, eksen je lebih. Tak nampak aku makan dengan penuh zuhud tu. Isk..

Mekasih Chet sebab ajak aku hehe. Oh btw, Chet ni kawan skulah baby dulu. Itu sajork :)

Malam tadi Umi sekeluarga datang menyinggah, borak kat bawah je.. Dah beso dah anak ko eh Mi, giler lama aku tak jumpe ko laa maksudnya tu eh? Sayangnya tak bergambau pon, takpe². Insyaallah ade umur jumpe lagi..



kalaulah memandangnya dengan perasaan ini boleh mendatangkan pahala, boleh jadi aku cepat masuk syurga. hmm..~

Friday, October 09, 2009

443 : Minggu Subinier

Minggu ini minggu subinier. Murah rejeki hoh? Mari kita elaborate sesame.

Hari Rabu. Kebetulan pulak masa tu aku tengah menaip komen kat blog Penyu. Tetibe je datang sorang opismate aku dan hulur seketol bungkusan. Aku pandang dia, dia pandang aku. Pehal bagi aku parcel ni, aku tak tunggu pape dari sape-sape pon?

Nah
Sape punye?
Akak la...
Wooo ye ke..hehe

Barulah aku sambut. Belek punya belek, tengok nama orang yang bagi. Sape ni? Beberapa saat kendian baru laaa aku ingat sape mamat ni hahaha. Penyu rupanyaa... Maka bungkusan pun aku bukak tanpa kompromi. Proses pembukaan tak dapat diabadikan dalam gambar sebab tak sabar ah nak tunggu balik umah plak. Aku dah teruja nak tau pebendenye (walaupun macam boleh teka je ape yang Penyu bagi hehe).


Timbal balas katanya! Ko ni Nyu.. wat aku segan je hehehe. So inilah subinier-subiner yang telah beliau serahkan – dengan ikhlas seperti yang beliau katakan dalam cebisan note yang dikirimkan.


Fridge magnet – bukan semua la. Yang dari Langkawi dan Cameron Highlands tu. Walaupun aku dah pegi kat dua-dua tempat tu, tapi baru laa aku teringat yang aku takde pon beli subinier ape kat situ untuk aku sendiri. Hahah. Kirenye ni macam aku pegi balik laa ni.


Seperti kiriman dulu, Penyu masih lagi mengekalkan konsep berdakwah melalui subinier. Yaaa bukan berdakwah agama, tapi berdakwah tentang kampung halaman beliau laa. Bukan takat tu je, bentuk ‘signature’ pon memang tak lari laa.. Penyu sesaja. Takde ke keychain bentuk kopok lekor kaaa.. sata kaaa...ataupun paling tidak telur penyu ka? Err... telur penyu yang penyu betul-betul tau. Errr alamak ape aku cakap ni. Dah dah, ni kang ke laut plak halatuju kata-kata aku ni kang :p

Yang keseken, subinier dari dak Anne yang cantek ler ape lagi (semacam je puji ni, ade ciri-ciri bodeks neh). Hehehe. Gelang kristal liplapliplap anak mami dan jugek brooch kristal juwa. Kedua-duanya adalah hasil pembelian semasa pemergian beliau ke KK baru-baru ni.

tengok gelang ok, sila abaikan tangan baby huhu

Nah, tengok pic ni hah. Kalau sape-sape berkenan, leh la pesan kat Anne. Buat bisnes gak tuh. Hehe. Tengok laa sape yang tentukan harga kalau tak kakak sebilik dia yang otak duit tu. Bisnes malas, tapi kalau nak jual tu, tau nak uppppp je. Hahaha.

Thanks untuk Penyu n Anne. Thank u so much!~ :D

Cite lain.

Semalam, orang tu tegur kat YM. Biasalah borak takde la rancak sangat - malas nak rancakkan sebab nanti kang mesti terpesong (dia laa bukan aku :p). Tapi tulah.. asalkan berborak, mesti takkan lari laa dari topik kawen. Means.. ya... dia masih lagi tak berhenti ajak aku kawen. Last-last aku cakap je..

Dulu masa boleh, taknak.. Skarang dah tak boleh, baru nak eh? :p

Terus member speechless. Hahahaha. Aku ni sedaya upaya menahan diri aku dari menaip yang bukan-bukan. Sebab aku bimbang gak.. Kalau aku terlalu bereaksi terhadap kata-kata dia, kang dia ingat dia ade can plak. Ataupun dia ingat aku masih lagi tak berhenti berharap ka.. Padahal harapan tu sume dah takleh nak diharapkan dah.. Tarikh luput : 4 Mac 2007.

Sendiri mau ingat.

Wednesday, October 07, 2009

442 : Takde Pasal Cari Pasal

Aku sebenarnya dah siapkan satu entry berapi dah semalam. Masih berapi sket-sket walhal kes tu berlaku minggu lepas. Errr... tak laa berapi pon, berasap je. Tapi arinie aku memutuskan tak payah laa upload entry tu. Cuma..

Aku harap aku akan menerima penjelasan daripada seorang kawan aku ni - kawan blog jugek - tentang panggilan telefon yang aku terima malam Jumaat lepas. Apekesejadah semua ni tah. Dan aku percaya, sms 'tersalah send' yang tersesat ke dalam inbox henpon aku pada pukul 3.24 pagi Ahad aritu juga sikit sebanyak ada kaitan dengan panggilan telefon tu. Untuk pengetahuan anda yang terlibat, seriously aku rasa sangat annoying dan irritating tahap musang pulut dengan keadaan tu. Menyampah, paham?

pelajaran arinie : ni lah Musang Pulut ye adik-adik


Bukan menyampah kat kau la. Menyampahkan keadaan tu. Aku rasa macam budak kecik plak bila orang cuba nak provoke aku dengan isu yang aku pun tak pasti kenapa. Aku dah ade teori pon - dua teori pulak tu (biasalah.. over) tentang kejadian tu. Sama ada dalam hati ada chenta kaa ataupun dalam hati ada benci. Kau pilih, kendian bagitau aku.

Tak kisahlah mana-mana. Tapi boleh tak cakap je terus terang dengan aku. Aku bukan budak kecik beb - walaupun pada korang, perangai aku macam budak kecik (alaaaa ramai yang cakap camtu kan hehe). Lagi dua bulan je aku nak masuk 30, tak cukup dewasakah aku?Provoke gini aku tak sukalah. Kang tak pasal-pasal gaduh plak. Ke memang nak gaduh dengan aku tanpa sebab yang kukuh? Kalau saje nak gaduh, aku assumed teori kedua tu betul.

Tuan punya telefon. Aku harap ko baca. Aku tak tau la ko dah balik sini blom, kalau dah – aku harap ko baca (kalau berdasarkan sms sesat tu, aku agak ko dah balik sini, tatau laa kalau kat kampung ko ade gelanggang futsal - oppsss). Aku nak ko tau aku tak suka mende-mende ni sume. As for now, aku takkan cari ko. Tapi ingat...You owe me an explanation ok? Cepat-cepat clarify mende ni, jangan sampai aku buruk sangka plak kat ko. Ko pon bukannya buruk sampai aku nak buruk sangka. Hmmmm..


Aku tak marah dah ni. Tapi aku nak tau kenapa. Itu je.

Thursday, October 01, 2009

441: Quote Sadis Bulan September

Kombinasi quote yang singgah di gegendang telingaku dalam bulan September ini. Agak-agak tertekan laa jugak, tapi itulah kenyataan. Haha. Ntah apsal aku gelak tah.

"tak muat ni, baby"... kata Anul dengan muka serius masa aku tunjuk baju lawa kat Uptown Shah Alam. ye.. tak muat kat aku laa maksud beliau. Makan dalam ni :p

ni macam baju Anne. baju aku lawa lagi. hahahaa (tapi... tapi... hukhukhuk)


"muat ke?? aku ingatkan tak muat!".. kata Grunge penuh seprais ketika melihat aku berjaya memakai gelang mutiara subinier dia dari Sabah. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..........


tak muat katanya! nak kene lempang??! :p

"awak jangan makan santan, nanti badan kembang macam belon".. kata doktel lepas mak aku suruh dia check diriku yang sihat ni.


Tapi kan.. dalam banyak-banyak quote mencakar yang doktel ni bagi, ade satu laa yang aku cukup berkenan. Nasib belum kawen, kalau tak.. mau laa aku ulang-ulang depan the other half tentang peri pentingnya 'aktiviti' tersebut dalam kehidupan aku.

Quote tersebut berbunyik begini ya..

"dia ni kene selalu keluar jalan-jalan makan angin, gi shopping ke.. bercuti ke.. baru badan tu segar sket".. kata doktel berkali-kali walaupun cuba disangkal oleh mak aku. Heh.

Tengok. Doktel yang suruh eh, bukan aku saje-saje nak kuar soping ke.. ape kee.. Penting ni. Untuk kesihatan aku gak. Kalau sakit sok, sape yang susah? Aku dan aku juga yang susah. Heh.


terpaksa laa.. bukan niatku..

Tapi takat jalan-jalan tengok barang pon, ok per? Janji tak terperap je. Errr sebab doktel kata aku kuat tidor (mandai-mandai jee.. dia tak tengok lagi dak Anne, hahahha). Apepun dok, thanks atas khidmat nasihat tu ye. Insyaallah, bila saye tak bizi dan ada mood, saye akan melakukan ritual kesihatan seperti yang doktel sarankan.

Sape-sape nak folo?


[senin depan baby takde. usah dicari daku di sini. huu..]