Monday, November 30, 2009

462: "Busu kan baik"

Salam sume..

Sesampainya kete Fahrinku kat laman, dua orang budak kecik ni dah berlari menghampiri dan menunggu kat pintu kete. Kebetulan pulak dorang ni baru balik dari surau. Macam lama tak jumpa tapi awal bulan aritu sebenarnya baru je jumpe dorang. Tot-tet-tot-tet memasing bercakap, tak menyempat² nak tunggu aku kuar kete :)

Ni gambar tahun lepas. Saadah masih kecik lagi macam tu, ntah apsal tah tapi lately katanya ade laa tumbesaran sket. Muslim plak dah besau, lebih kurang je dengan kakak dia. Masalahnya, encik sorang ni - apa yang kakak dia pakai, seboleh-boleh si lorat ni nak pakai jugak. Aku takleh blah tengok dia berposak nak makai sandal kakaknye yang ala-ala ade tumit tu, siap panjat pokok lagi.

Muslim & Alfi @ Villa Olivia, Sg Udang : 2009 (ok nama umah tu aku memain je hehe)

Tapi bila dia pakai tudung, alalalalala comeynyeeee... sebelum dipujuk supaya bukak tudung tu, kasik laa dia memuah sepam dua hahaha.

Last time aku jumpe dorang, masa nak ke majlis kawen sepupu aku kat Meru. Dalam kete, makcik becok sorang ni macam-macam laa dia borakkan. Walaupun ade masanya aku tak paham sepatah haram amende yang dia cakap (sebab pelatlah, bukan sebab dia speaking French ke ape), namun ku layankan jugek.

Dalam perjalanan nak ke masjid untuk akad nikah sepupu aku nih, makcik ni pon sudah tangkap baringlah kat riba aku, ngantok la tu. Sebelum tu dia ade hulurkan aku flyers ape tah, gayanya macam suruh kipas dia.

dah ade ekon pon panas lagi ke Adah?
haaaaaa

Ku layankan jelah. Selang beberapa minit, dia pun tanya. Untuk memudahkan anda, aku translate ke bahasa yang boleh kita semua fahami. Hehe.

Cu, nape cu tak baca Adah bagi tu?
Baca ape?
Tu.. yang Adah bagi tu *sambil tunjuk flyers yang dia bagi tadi*
Ooo.. saje..
Nape?
Malas
Cu kan baik..
Pulak? Ape plak kene mengena Busu baik dengan baca ni? Hahaha

Nak raya aritu pun sama gak modalnya. Dia mintak aku temankan dia ke pintu umah, takut hantu katanya. Ni sapa laaa punya keje dok menakutkan budak ni, naik hangin aku dibuatnya grrrrr.. Padahal lokasi aku memasak kat luar umah dengan pintu tu ade laa 5 meter je kot.

Adah pegi laaa.. Busu tengok dari sini, cepat
Alaaaaaa... Adah takot arrr antu
Mana ade antu, anjing ade laa kat belakang tu hah *err macam tak membantu je haha*
Cepat laaaa Busu *hentak² kaki*
Takmooo takmoo *sambil nari² - weh aku nari bebetul tau*
Alaaaaaa Busu cepat laaaa
Takmoooo weekkk *nari² lagi hahahahaha*
Alaaaa.. Busu kan baik..

Budak ni! Ni mesti mak aku laa yang ajar modal puji-puji ni hahaha. So.. sebagai mak sedara yang penyayang walaupun garang lite², aku temankan jugak laaa. Sepantas cahaya dia terus pegang tangan aku, aku pun ape lagi - ku manciskan kepala dia sedas dua. Biasa lagi ni penakot. Aku dulu time kecik-kecik camni, mana de pangai gini (mak aku kata laa). Tengah-tengah malam kalau terjaga nak gi toilet, aku pegi sendiri ok. Takde pun kejut mak aku ke ape, tau-tau je tarik kusi, on lampu.

video

Sekian terima kasih *tetibe je*

Wednesday, November 25, 2009

461: Esok cuti sudah


Esok nak cuti...

Semalam, di pantry. Aku, Mr Sivaji dan PAnye sedang mamam keropok lekor. Aum aum aum bunyiknya. Kendian Mr Sivaji bertanya,

Mas, u cuti eh ari kamis?
haa.. ha'ah
i dah approved ke? tak ingat pun, i ade sign ke PA? kata beliau pada PAnye
mana i tau, kata PA itu
ha Mas. rasanya i tak sign pun, i tak approved lagi kan?
*sambil kunyah kopok* memang la Mr Sivaji tak approved lagi.. sebab saye belum apply pun cuti tu..
eyyyy aku ketuk gak budak ni kang

Hehe. Lupelah aku belum apply. Ni sambil taip ni pon blom apply lagi ni. Yelah.. jap lagi aku isi laa borang tu..

..

..

Rasa tak hepi.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Minggu ni minggu last Nur Kasih. Ok statement takde kene mengena dengan raya.



Pernah buat kuiz kat fesbuk? Aku dapat watak Aidil. Baik sangat tu.

Monday, November 23, 2009

460: Konfius tu bagus.. macam bawang yang kita kupas selapis demi selapis..

apa yang lebih mengelirukan selain melihat penyepit kuih di dalam tandas?


Ada seribu satu perkara. Yang mampu menerbitkan kekeliruan. Adakah kita yang mengalu-alukan kedatangan setiap perkara yang dipanggil keliru itu, ataupun ia sebenarnya setiasa ada, hanya sekadar mencari peluang untuk menjelma setiap kali kita terleka?

Pada zaman sekarang di mana peluang untuk menerokai dunia adalah amat luas dan mudah, ada ketikanya kita terkeliru dan selalu gagal membezakan antara dunia realiti dan fantasi. Mungkin kita yang terlalu berlembut, terlalu berbaik sangka dengan segala apa yang datang pada kita, dan memandang apa saja di sekeliling kita dengan pandangan polos, hingga kemungkinan yang bakal memusnah dan merosakkan diri sendiri pun, kita akan terlepas pandang.

Berapa ramai yang mempunyai niat terpesong saat menghulurkan tangan dan menjanjikan persahabatan paling mulia terhadap kita? Berapa ramai pula yang pada mulanya ikhlas, namun akhirnya tumpas bila diuji dengan kesenangan dan budi? Yang berkata tulus pun sukar difahami niatnya, apatah lagi yang datang tanpa satu penjelasan.

Dalam hidup yang aku pun tak pasti berapa lama lagi bakinya, seperti orang lain – aku juga cuba hidup dengan aman, tanpa sengketa dan berusaha menyusun plot seringkas serta seindah mungkin. Sayangnya, ada banyak lagi perkara yang tak berjaya difahami. Sama ada aku yang gagal untuk memahami, atau pihak lain yang gagal memahamkan aku. Tiba-tiba ada satu masa, terpampang imej seorang aku yang sangat bodoh dan bebal untuk mengerti, apakah sebenarnya yang terjadi.

lemau sampai nak kemas sarang sendiri pon tak kosek


Untuk aku, mudah. Realistik. Tak perlu diputarbelit atau ditonggang tonggeng kata-kata hinggakan yang kecil menjadi besar. Yang mudah menjadi sukar, yang dah sedia terungkai kembali berbelit dan yang asalnya satu bertimbun menjadi beribu. Dan cubalah – walaupun sekali – berpegang pada kata-kata sendiri.

Mungkin tiada apa yang hendak dikesalkan. Memandangkan tiada budi dan belas yang terhutang. Agaknya. Mungkin juga kerana terlalu pantas dan singkat. Maka dibandingkan dengan yang terdahulu, yang terkemudian nampak kurang berharga, nampak kurang kepentingannya. Kurang atau tidak? Antara dua itu. Betullah agaknya.

Kesal, terkilan. Kerana tidak pernah mahu menganggap ini satu kesilapan. Mungkin ada yang tersilap, mungkin juga aku. Atau mungkin yang silap itu adalah kerana ada suara yang tidak diendahkan, atau mungkin silap itu puncanya kerana terlalu banyak suara yang cuba menjelaskan (atau memusnahkan?). Matlamat tak kesampaian. Suara tak kedengaran. Dan hasrat tak ketahuan.

Hidup sebenarnya terlalu singkat untuk terus bergelumang dalam kekeliruan. Dan hujungnya aku terpaksa akur, untuk melenyapkan kekeliruan – aku terpaksa mengundur. Menghilang dan berpaling. Mengalah. Dan duduk diam. Walaupun dalam hati ada rasa tidak puas dengan ketidakjelasan yang ditinggalkan.

Banyak yang bergumpal dalam hati. Banyak lagi yang mengusut di fikiran. Terlalu banyak, terlalu besar tanda soal. Tapi nampaknya mungkin ini sahaja jalannya. Satu-satunya, pengakhir tunggal bagi kisah yang tak dimengerti apa jalan ceritanya. Mohonlah pada Tuhan, agar kesepian yang telah aku hadiahkan ini akan menjadi anugerah terindah yang bakal dihargai kemudian hari.

InsyaAllah. Aku doakan.

gambar hiasan yang takde kene mengena dengan entry, harap maklom

Friday, November 20, 2009

459: UPSR - bukan UPASARA ye

Salam sume..

Nampaknya semua adik-adik yang amek UPSR dah dapat result ye? Gud-gud. Takde laa mimpi hantu lagi pasni ye hehe. Untuk yang dapat 5A (Sarahmon - anak Tok Rimau, anak buah aku Luqman dll), congratess yang lelain aku tatau. Tu ada anak buah aku lagi sorang tengah frust sebab dapat 3A. Alaa pedehal, Busu pon dapat camtu gak dulu. Ade aku kesah?(sekarang bole laa cakap, dulu frust gak haha)

Rajin betul mak bapak sekarang, sanggup amek cuti nak temankan anak amek result. Kakak kat opis aku pon camtu gak, cumanya asben dia jelah yang pegi. Kira ade gak la. Zaman aku dulu takdok pon. Ketaq sorang-sorang je amek result. Tu pon tak seprais dah sebab aku dah tau result aku awal sehari. Jangan kata result aku, sape yang dapat 4A pon aku tau dah.

Itulah padahnya bila mak bapak ko cikgu, paham tu?

Walaupun dah pencen, namun connection antara guru dan sekolah tiada had dan tiada tempoh tamat. Apatah lagi bila ada anak eh yang masih sekolah. Tak aci betul.

Petang, balik dari sekolah agama.

esok dapat result UPSR, mak. kata aku dengan teruja
ermm.. mak dah tepon sekolah tadi
arggghhhhhh (anti klimaks laaa mak aku ni) abeh, dapat tau ke?
dapat laa..
.................
tak dapat 4A.. (zaman aku takde 5A eh, 4 subjek je)
errr... mak tipu eh?
betul la, 3A je. matematik ko dapat B. tu laaa masa pekse takmo dabel cek jawapan tu bla bla bla

Huwaaa betul ke? Tapi mak aku mana penah menipu weh. Aku je yang champion bab kelentong orang ni. Huhu. Tapi takpelah. Aku memang tau matematik aku tu cam hansap sket. Apsal laa kene blajar matematik? Itu persoalan yang sering menari hip hop di fikiranku tiap kali nak exam.

Mak aku cakap camtu sebab.. Lepas dia cek² jawapan aku (ala.. aku tanda jawapan kat kertas soklan, balik tu mak aku cek la), aku tersilap jawab satu je soklan yang mampu membolehkan aku dapat A. Mau tak dia bebel. Aku nyer terkilan toksah cakap la. Sibbaik tak terkencing time tido malam. Hu~

Esok pagi. Gi sekolah macam biasa.

Sebelum masuk kelas, dah ramai pulak kekawan aku dok congrate² kat aku. Giler ke ape budak² ni, 3A pun nak congrate ke? Rupanya, dorang sume dah aim aku mesti dapat 4A. Ala.. jangan katakan dorang, cikgu-cikgu aku pun same. Huhu.. Lepas tu bertembung pulak dengan cikgu kelas aku. Terus dia panggil. Sambil usap belakang aku, dia cakap.

nanti awak jangan kecewa ye.. takpe, ni baru UPSR..
errrr.. hehehe

Pastu ade cikgu lain, sape eh. Cikgu BM aku kot, siap peluk lagi pujuk aku. Adeh, belum tau result lagi ni cikgu oit. Tak seprais betul la dorang ni. Bila aku cakap kat member² aku yang aku kompem tak dapat 4A, sekor pun tak caye. Muka aku ni bijak sangat kot, hahaha.

Masuk kelas, duduk kat tempat macam biasa. Dulu-dulu, result main umum dalam kelas. Abes laa satu kelas tau result ko. Hahaah hampeh. Sebelum pengumuman, member aku ni sempat cakap.

ko mesti dapat 4A punye
tak laaa..
takkan la tak dapat. mesti punye
isk degil betul badak ni. jap gi ko dengar eh

Kendian, result pun disebut satu persatu. Ikut senarai nama. Malam tadi sebelum tidur, sebenarnya aku berharap gak, ade eksiden magik akan berlaku. Contohnya, cikgu yang bagitau result kat mak aku tu sebenarnya kelentong je ke, ataupun mak aku kelentong ke, ataupun mak salah dengar ke, atau cikgu tu salah tengok ke - apa² jelah yang memungkinkan aku untuk dapat 4A. Tapi lepas dah duduk dalam kelas, ditambah dengan kata-kata cikgu² aku tadi tu. Nampaknya kompem.. masa depan gelap la kot.

Sampai giliran aku.

Masyitacomel, 3A, 1B

Satu kelas like - WHATTT??? Aku rilek je senyum. Fuh sibbaik mak aku dah bagitau awal-awal, kalau tak, mau meleleh airmata aku dalam kelas tu kot. Jatuh pulak reputasi aku sebagai warga kelas yang garang. Hehe. Member aku tu lagi la, sikit je lagi rahang dia nak jatuh atas lutut haha.

kau ok ke?
ok je.. aku dah tau la, semalam lagi
oo ye ke. terus tersenyap. eh, aku ke ko yang dapat 3A ni hahaha

Masa tu, ramai gak murid-murid yang ditarget dapat 4A tak dapat (ya akulah salah sorang yang terbabit dalam statistik tu). Apapun, aku bersyukur sebab dua orang lagi bestpren aku iaitu Rembo and Kapai dapat 3A jugak. Bersyukur sangat-sangat, sebab masa tu ramai gak cikgu-cikgu yang tak berkenan kitorang bertiga ni rapat, hanya kerana aku ni dalam kumpulan A dan dua sahabatku tersayang itu kat dalam kumpulan B. Sedih ok (ko ingat tak Rembo??)

haaa ni barulah bagus, 3 Stooges sama-sama dapat 3A, kata cikgu aku.

Aku pandang dorang, senyum dan kami sama-sama buat isyarat..

Yeahh!!!

Of course dalam hati, aku sedih dengan kegagalan kecik aku time tu. Tapi bila difikirkan, ada hikmahnya juga. Kalaulah aku dapat 4A, mesti orang lain pandang rendah kat kawan-kawan aku. Apatah lagi, kenakalan kitorang memang tahap maksima masa tu.

Sibbaik jugak kawan-kawanku tak dipersalahkan atas kecemerkapan aku. Syukur..

Ape moral of the story kali ni?

1. jangan over confident. kelak merana diri hukhuk.
2. slalu dabel cek jawapan masa peksa. kesilapan kecil memungkinkan impian ko nak ke MRSM punah secara terang-terangan. huhuh
3. kalau mak apak cikgu, berkeraslah dengan ibu bapa - jangan satu skolah dgn dorang. eh, takleh diaplikasi oleh budak-budak. budak kecik kene ikot cakap mak apak. hahaha
4. jangan nak pandai sorang, ajak member-member supaya pandai skalik. macamano tu? lu pikir la sendiwik. takkan nak soh baby pikirkan plaks?

Apapun, rileks.. Baru UPSR. Blom SPM. Kalau SPM pun.. ala.. sekarang ni senang je nak masuk U, bukan macam dulu.

Rilek rilek (sile jangan tiru, hanya orang genius je boleh eksen camni hahahahahaha)


So, next trip - PD on December. Anybody?? (tetibe out of topic hihi)

Wednesday, November 18, 2009

458: cinta kita pecah!


Salam sume..

Masa di Cameron Highlands aritu, John tanye - kenapa akhir² ni entry aku berbaur emosi je. Takut katanya. Mau tak takut, alangkan aku gelak-gelak pon dia dah gelar aku kakak garang - apatah lagi bila aku meroyan. Mujurlah tak dipanggil aku kakak gila ke terencat akal ke. Jangan ok hadek, nanti kakak emosi *sambil bersedia menggonggong betis beliau* Hehehe gurau sajork.

Ok laaa.. memandangkan aku pun terasa cam mellow - sebab cuaca sekarang kan sejuk cam Korea time winter sonata, hujan la katakan (motif kaitkan cuaca dengan mood pon tatau), maka mari kita panaskan suasana tanpa perlu membuat sebarang aksi panas.

Dalam entry yang ni, aku tukarkan aku-kamu kepada saye-awak. Apa kata.. kalau kita memelayukan lagu omputeh plak. Oleh kerana aku tengah sukak gilak lagu Pusiketdol ni, aku translate lagu dorang jelah eh. Untuk entry ini, aku menggunakan website Citcat Green Zone atau dalam bahse melayu - Citcat Zon Hijau. Oh ye, aku langsung tak ubah apa-apa. Apa yang diorang translate, itu laa yang aku tampal kat sini.

Ok Pusiketdol, pukul ia! (hit it!)


Rahsia - Kucing Anak-Anak Patung

Oooooh ooooh

Saya tidak pernah hendak anda untuk kuat

Saya tidak pernah hendak anda untuk menunjukkan di luar kesalahan-kesalahan saya

saya tidak pernah diperlukan menyakiti, tidak pernah diperlukan berkekuatan

Cinta saya untuk anda cukup kuat anda harus pernah mengetahui


Saya tidak pernah hendak anda untuk penghakiman

Saya tidak pernah hendak anda untuk mempersoalkan apa saya membelanjakan

Saya tidak pernah untuk meminta bantuan, saya menjaga diri saya sendiri, saya
entah mengapa anda fikir anda mendapat satu tunggu sebentar saya

Dan ia sedikit lewat untuk perbualan-perbualan
Di sana bukan apa-apa sahaja anda boleh lakukan

Dan mata saya mencederakan, tangan menggigil, jadi melihat saya, mendengar saya


Saya tidak mahu

Tinggal minit satu lagi

Saya tidak mahu anda

Untuk mengatakan satu perkataan

Rahsia, rahsia

Tiada cara

Saya mendapat ungkapan terakhir

Kerana


Saya tidak mahu

Adakah ini lebih lama
Saya tidak mahu anda

Tiada apa-apa dibiarkan untuk suara

Rahsia, rahsia

Saya telah sudah pun bercakap

Cinta kita pecah

Kesunyian Bayi Diam


Saya tidak pernah hendak pembetulan anda

Atas segala daripada bagaimana saya perbuatan untuk apa saya berkata

saya tidak pernah hendak kata-kata, saya tidak pernah diperlukan mencederakan,
saya tidak pernah hendak anda berada di sana setiap hari


Saya minta maaf untuk cara saya membiarkan

Semuanya saya mahu apabila anda bertambah baik

Tetapi saya akan tidak dipukul, pecah, tak kalah

Saya tahu di sebelah anda bukan di mana saya kepunyaan


Dan ia sedikit lewat untuk penjelasan-penjelasan

Di sana bukan apa-apa sahaja anda boleh lakukan
Dan mata saya mencederakan, tangan menggigil , jadi anda akan mendengar
apabila saya bayi suara


Saya tidak mahu

Tinggal minit satu lagi

Saya tidak mahu anda

Untuk mengatakan satu perkataan

Rahsia, rahsia

Tiada cara

Saya mendapat ungkapan terakhir

Kerana

Saya tidak mahu

Adakah ini lebih lama

Saya tidak mahu anda

Tiada apa-apa dibiarkan untuk suara

Rahsia, rahsia

Saya telah sudah pun bercakap

Cinta kita pecah

Kesunyian Bayi Diam


Tidak lebih perkataan

Tiada lagi bohong

Tiada lagi menangis ooh ooh

Tiada lebih sakit

Tidak lebih tercedera

Tidak Oh Oh Yeah lebih menjengkelkan

Kerana..

Hush Hush
tu bukan soh diam ke? Rahsia pulak dah...

Monday, November 16, 2009

457 : Hujan di luar kotak

me @ Cameron Highlands kelmarin. ku buat muka tak puas ati sebab mamat belakang tu mengantoikan aku yang sedang nari² gumbira kat situ. cissssssssss biadap! hahaha


Salam sume..

Projek kembara (gitu namanya aku buat sendirik tanpa pengetahuan penganjur) berjalan dengan terdengkot-dengkot. Means.. taklah selancar yang diharapkan. Kebanyakannya atas faktor cuaca - yakni hujan secara meriah ye. Namun begitu, jungle trekking yang dirancang tetap dijalankan - cuma aku laa yang tak join hahahaha. Tetibe rasa macam tahpape plak aku ni. Errkk~

Apepun as penganjur, rasanya John dah berusaha sehabis baik :) no worries hadek, kakak tak carotkan ko :)) tapi lenkali kene sit down n tentukan hala tuju sebelum bergerak, ok? Memudahkan semua orang konsepnye. Tapi apepun, thanks a lot. John pandai masak wooooo.. 1st time mamam daging half cook, sedap² ai loikkke. Nanti buat lagi tau!

Gambar-gambar banyak kat kamera dorang la. Kali ni malas betul aku nak kuarkan kamera.. err.. bz bz hahaahaha.


Tapi terkilan betul tak dapat mandi kat Lata Iskandar - at least dapat cecah montot pon jadik laaa. Tak dapek atas sebab :

1. gerak lambat, so masa lalu kat Lata Iskandar tu dah malam pun
2. hujan! hujaaan yang turun tak seperti mutiara pon... hukhukhuk

Maka atas sebab cuaca jugalah, plan untuk camping dibatalkan (wo aku hepi je pasal ni, sebab aku ni ngade² sket klu bab toilet. biasalah, pembuangan terurus laa katakan) and end up stay kat Puncak Arabella tapi bukan si Arabella ni punye laa eh :p Kos untuk penginapan dan BBQ ialah RM20 sorang. Murah kan? Sila dengki lalala~

Apepon, kita melihat dari sisi cerah (bright side).

Jo, Adrian dan Mila. Aku tak pernah kenal dan jumpe dorang ni. So.. ok la tu. Ehem. Seperti biasa. Dorang ingat aku baya dorang okeh lalalalala. So, panggil kita Baby jelah eh? Hahahaah~

Apepon, aku masih lagi trauma dengan kejadian malam ahad aritu. Sampai takleh nak cerita sekarang. Nanti²lah ye. Hehehe (huhu). Korang jengahlah blog Jard untuk maklumat lanjut tentang aktiviti kali ni. Dia rajin (dan mampu) sebab siap boleh apdet blog via hp kat sana. Dasar blogger tegar! Hahahahaha!

Friday, November 13, 2009

456 : Kalau laa..

Dua malam lepas, aku diajak oleh Anul untuk menonton screening filim 2012. Tiket free yang dia dapat dari Nuffnang (lepas dia join contest laa.. klu takat cam aku ni yang letak iklan je tak join contest, verangan le nak dapat teket free) ade lagi satu. Haha yeahuuhuhu rejeki gua *nari poco-poco*

Tayangannya nun kat Cineleisure. Aku tau tempat tu tapi nak gi surang-surang cam gentar, so berpakatlah untuk car pool (bukan pole dance ye :p) dengan Anul. Biasalah... ai ni walaupun jahat, kuar dengan macam² lelaki (beruang dalam minda : kawan² lelaki pon kira macam lelaki lain gak laa.. demi menampakkan kejahatan aku), tapi kalau tempat-tempat gini biasanya aku pergi secara berjemaah, yakni diiringi rakan-rakan ye sengkawan sekelian. Tak percaya? Tak puas ati? Gi meroyan kat status YM. Eh.. macam nak terpesong dah ni. Ok ok pulang ke pangkal jalan.

Punya laa aku membesit sebab Anul kata nak sampai kat sana pukul 8.30 malam - which is memang itulah waktunya time aku parking kete - tetap jugak kecundang untuk mendapat sebarang door gift kaaaa sebinier kaaaaaa. Dapat teket je kau. Boleh laa.. *sambil pijak² jaket 2012 yang Jard dapat malam tu huhuhuh* Katanya start 9.30 malam, end up pukul 10 lebih gak baru start. Dalam hati baby amatlah gusar kerana sebelum subuh esoknya, baby nak berangkat ke JB. Hukhuk~

Tapi bila dah start, hilang sume masalah ketombe (tipu tipu). Aku tatau laa nak bagi berapa bintang sebab kalau nak bagi, ku kene la compared dengan cite lain, contohnya Day After Tomorrow kaa, Sinking Japan kaa, Hannah Montana The Movie kaa atau paling kudut pun Lembing Awang Pulang Ke Dayang.. tapi aku tak tengok cite-cite tu. Ok la. Aku bagi 7.5 bintang, bole gtu? Sepanjang menonton, ntah berapa banyak perkataan 'demmit' yang aku dan Anul tuturkan. Hahaha! Mek serem, rasa nak pulang tang tu gak dan solat isyak. Hu~

Gambar² posing hanya ada selepas kejadian. Sebab tak sempatlah. Lagipun dah laa nak masuk dalam panggung, henpon pon takleh bawak. iPod, MP3 yang takde kait mait dengan cetak rompak pon takleh bawak. Ape cer laa eh? Eksklusif sangatlah tu. Pada malam kejadian, beberapa figura yang tidak asing juga berjaya dikesan. Antaranya Roslin Hashim dan mengkawan beliau (ada rasa nak kutuk la haha), Jojo Struys (Jard, memang kompem dia ok. mataku tajam tau) dengan ade lagi sorang mamat OIAM ni.. ape tah nama dia. Aku cari-cari gak kot laa ade Faizal Hussien kaa dalam lautan manusia tu, namun ku hampa.

Akhirnye sume selesai menjelang pukul 1 pagi gak. Dan di saat ku menghampiri ruang pembaringan, dah pukul 1.45 pagi - which is aku cuma ada masa kurang dari 2 jam untuk tidur. Dan yaaa... aku takleh tidur pon malam tu. Tidur² nugget ayam je. Huhuhu~

Aku masih mengantuk. Sikitlah.

Oh ye. Tajuk entry ni kan pasal 'kalau'. Apa yang kalaunye?

1. Kalau la boleh dibuat, aku bukan setakat nak block IP je (memandangkan block IP orang pun takde gunanya, sebab akal manusia kan tak terbatas. kalau dah dasar bz bodi tu...) - aku nak invent satu device yang boleh block fingerprints makhluk² yang tidak ingin aku benarkan ke sini. Walau mereka berada di Korea hatta di dalam kerak bumi sekalipun, asalkan mereka cuba² nak masuk blog aku je - mereka akan dirijek dengan penuh hurmat apabila fingerprints mereka dikesan. Gitu.. ada sape² nak cipta ka benda ni?

Persoalannya sekarang : ade line tenet ke kat dalam kerak bumi tu?

potong! potong! potong! *bunyik kompang*

2. Kalaulah boleh aku dapatkan no akaun mereka, sekarang jugak - RM25 aku bank inkan dalam akaun. Oh bukan RM25 je, RM50 la. Anne pun nak pulangkan jugak, betoi tak Anne? ;) Ape laa.. orang nak bagi duit pon takmo, mentang-mentang laa aku bukan anak Tan Sri, orang pandang lekeh je kat duit aku eh? Sedih ai sambil menitiskan air mata lalu tersedu-sedan menjadi syair cintaaaaaaaa :p
amek! amek! amek! *bunyik kompang - budak² yg sama haha*

Insyaallah. Esok plan Cameron Highlands plak dengan John. Jom!

Tuesday, November 10, 2009

455: benda bulat yang digaduhkan itu pon tak kata pape


Salam sume..

1st of all, congrates utk pasukan bola sepak N9 yang berjaya menumpaskan pasukan Kelantan - aku agak dengan bergaya laa kot. Personally, malam tu aku tak berapa nak layan bola, dapat keputusan pon masa dok online fesbuk (thanks Kak Ila bagi pinjam brotben malam tu hehe). Apatah lagi bila aku pon tatau nak sokong mana. Cuma dalam hati, ku tak mahu Kelantan menang walaupun aku tak sokong N9. Hahaha. Tapi di dasar hati pulak, ada rasa mahu bagi kemenangan pada pasukan Kelantan. Itu pon sebab aku harap kes-kes terbakau sana sini, rusuhan la pebenda laaa tak berlaku kat Stadium Bukit Jalil in case Kelantan kalah.

Lerrr.. sekali kalah pulak! Lantaklah kan, bukan team Melaka pon hehe. Masalahnya dah tentu laa bukan pada pemain, tapi penyokong². Itu pon aku ade rasa sedikit ragu - ntah ye ke tidak penyokong Kelantan yang bakau kusi tu sume? Ntah-ntah ade laaa warga asing kaa yang menyamar jadi penyokong Kelantan, mau sabotaj dorang nye pasukan, who knows? Memandangkan pada malam yang sama, ada penyeluk saku Indon yang menyamar jadi penyokong pasukan Kelantan diberkas, rasanya tak mustahil gak benda-benda lain boleh berlaku.

Aku takde laa nak backing ke ape. It just.. ntah. Tapi kalau betullah deme orang Kelate sendiri yang perangai camtu, aku nasihatkan.. Lepas ni, KALAU la pasukan korang dibenarkan dan berjaya pulak ke final cam aritu, sebelum pegi tengok dan bersorak tu.. bawak²lah solat maghrib sesiap. Mana laa nak tau kan, kot laaa sebab tak semayang jadi gitu. Kot laa.

Bola je ko.. Itu pon sampai nak berbakau-bakau.. Dah tu kalau dah bakau leh rampas balik Piala Mesia tu, ok la gak. Ni kang silap haribulan langsung kene ban (kalau takat penyokong je kene ban, memang patut la, ni kalau pemain pon kene ban - ko nak tanggung ke belanja anak bini dorang? wah emo di situ). Deme daripada elok bole tengok bola kat padang, kang kene tengok bola kat kaki orang je pon apa barang ye tak?

Nah amek la bola ni sorang satu, print saiz AO pastu lekat kat dinding bilik memasing. Toksah gaduh-gaduh. Mahal ni bola Adidas, sape nak bagi kan kan?

Aku harap, lepas ni penyokong-penyokong Kelantan - beringatlah sebelum bertindak. Ni aku kopipes daripada Ohbulan.com.


Malu weh bila orang cakap cenggini. Haaa ni kang jangan gi bakau serambi plak. Ada baiknye gi sapu sampah kat bawah rumah tu, dan bakarlah sampah sarap ok?

Sekian..~

Thursday, November 05, 2009

454: I'm done with my anger - for now laaaa


Glemer la sangat abang oi. Kalau yang kacau tu Faizal Hussein, aku sanggup tak tidor malam semata-mata nak bagi laluan pada beliau untuk menggangguku. Ganggu laaaa ganggu laaaa ai relaaa - itu tajuk album tiap-tiap malam ok.

Ini setakat budak bernama M*hd Sufian b Sapari, no ic 880730-03-6255 yang aku tak tau asal usul ni, tak kosek aku. Ha, adik sape ni? Aku rasa yang sms ni mak dia kot. Tak pon akak dia. Takkan budak ni nak sms aku tersentap-sentap pasal hal kawen? Baya anak buah aku je ni. Sepak betul-betul kang baru tau. Dah laa alamat kat Taman Koperasi Polis, lagi berani nak sms durjana kat aku ka?

Cari nahas betul.

Sebelum tukar tajuk, i would like to say.. i won't put my hands up and surrender in this situation. In fact, mak ko laa yang kene hands up nanti. Abang aku plak dah gi Bukit Aman semalam, ape cer lepas tu aku pon tatau lagi masa menaip ni. Heh.

Btw, mintak maap pada anda sume yang tercirit buih menyaksikan aku memaki hamun dalam entry sebelum ni. Sesungguhnya sambil menaip tu memang bapak segala syaitan sedang menari shuffle dalam otak aku. Tu pun kira mujurlah ade malaikat yang baik di tangan, yang menahan-nahan aku daripada menaip perkataan melankolik berbaur alat kelamin manusia dan haiwan. Patutlah gigil je tangan aku semalam, mesti beliau dok pegang kuat-kuat tangan aku kan? Hu~

Lagipun, kemarahan tu baru je stendet petir di langit. Belum tahap tsunami lagi. Hehe. Petir pun.. kalau kene kat vontot ko, terhangus gak kan bahagian tubuh itu secara sadis? Nasiblah. Orang kata, sarang tebuan jangan dijolok. Kelaksss tubuh kau pulak terpaksa dijoloks.

Ok, tukar tajuk.

Ingat tak entry pasal ngorat² tu? Ekcely aku nak cite mende lain sebenarnya, tapi berkaitan la. Alkisah terpesong plak karangan aku tu, kire dapat 0 markah la plaks. Sebenarnya..

Minggu lepas, ade orang sms nak berkenalan errrrr takde ape laa yang barunye pon mende ni ye tak. Cumanya.. dis particular mamat ni memang dah kenal la rupabentuk aku. Means, dia kenal aku la. Memula tu aku ingatkan dia memain je bila dia kata dia 'curi' no phone aku masa aku tengah isi borang kat Mebeng (bila ku pikir-pikir.. ye memang aku ade gi Mebeng sebelum raya aritu, isi borang nak bank in kan cek).

Tapi bila dia kata..

ha... aritu saye nampak awak makan kat restoran cina muslim kat sek 19 tu.. tu yang saye cari balik no awak.. hehehe

Nyanyi : Tergamamku seketika tak sangka ini jadinya.. nampak sangat ku seorang bertepuk sebelah tangan (ok yang seken line tu takde kene mengena).

Mek nebes secara berjemaah tiba-tiba. Aku cool mula-mula tu sebab.. macam biasalah. Kalau mamat ni annoying sangat, aku block jelah no dia kan. Tapi dah tahap leh cam aku lagi, bahaya ni. Dibuatnye dia ternampak aku lagi kat mana-mana pastu dia folo sampai umah, tak ke mengancam keselamatan aku secara sejagat??
Nebes ok.

Jadi.. Untuk sekarang ni, terpaksa play safe sket. Takleh nak ignore sangat, takleh nak layan sangat (harap rakan sebilik memahami jiwa kakak hahaha). Ku ade sedikit gentar memikirkan kemungkinan jua dia dah cam no plat kete aku. Pasni kene laa alert baby oii.. Rasa-rasa ade orang tenung tu, bawak-bawak la mengecam sket. Aku ni dah laa malas nak telek muka orang lain kalau jalan sowang². Melainkan Faizal Hussein laa (lagi sekali nama beliau bergema di arena blog aku auuuummmmm).

Ape-ape jelah. Jangan ganggu hidup aku sudeh.

Tapi kan, ade satu mende yang dia bagitau yang serius aku tergelak besau tanpa kompromi.

saye suke laa tengok awak.. awak tu ade wajah keibuan tau..


Adeh.. tetibe terdengar panggilan alam (nature call). Bye!! :D

Monday, November 02, 2009

452: @}+----

Salam semua..

Ada macam-macam cara untuk mengorat. Dan macam-macam cara tu jugak yang pernah la aku rasai pengalamannya. Tapi dalam banyak-banyak cara tu, ade gak cara yang paling tipikal orang gunakan untuk mengorat yang tak pernah aku rasa.

Bagi bunga.

Maksud aku, bagi bunga yang macam ni..

Rasanyalah tak pernah.. errr.. i mean, dari lelaki la. Hahaha.

Bunga pertama yang aku dapat daripada seorang mamat adalah masa aku form 2 la kot. Sekuntum bunga ros (ka mawar kaa tatau la) warna merah. Daripada seorang mamat yang aku tak berapa nak berkenan walaupun ade laa member seasrama aku dulu selalu dok mengendap beliau. Tak paham aku. Muka boleh tahan la.. cuma tak berapa nak tinggi je huehehehehe. Masalahnye samseng sekolah gak tu. Camne laa ade samseng leh minat kat aku ni, pelik betul.

4 tahun gak la dia try, malang memang tak berjaya. Kesian, tapi kesian jelah.

Nanti kang ade plak yang tanye, kenapa rijek? :p weekkk~

Ntah ler. Tak kenan di hati dan jiwa. Takat jadik abang-abang je bolehlah. Nak jadik boipren? Errrrrr....

Cuma satu jelah kebaikannya bila kau bertakhta di dalam hati seorang samseng sekolah (walaupun fizikal dia langsung tak menakotkan - at least untuk aku la). Kebaikannya adalah.. kau tetibe akan berada di zon selamat sebab lelaki² sengal yang lain tak berani nak ngorat kau. Dalam kes ni, aku la ye tak. Asal adeeee je sape-sape tahan aku kat tangga sekolah ke, tahan kat tengah jalan ke, mamat samseng ni cam Clark Kent plaks tetibe moncol dan menghalau anasir² jahat ni sume. Hehe.

Pernah jadik, ade sorang mamat ni kaco aku dan aku sangat-sangat tak suke laaa itu budak. Dan untuk pertama kali dalam 2 tahun tu, aku mintak tolong kat abang samseng ni - soh dia setelkan je. Aku tak pernah pon tunaikan hasrat dia kalau nak dating, tetibe je aku mintak tolong kat dia. Ingat lagi, masa nak jumpa tu - siap dia bawak 8 orang member sebagai saksi. Kaget jap aku tengok dia datang ramai-ramai.

ni apsal bawak ramai-ramai ni?
errrr dorang nak ikot, dorang tak caye Mas nak jumpe abang hehehe

Siot je!

Tapi kesianlah mamat yang kaco aku tu. Nyaris kene tumbuk je. Sori² huhu. Aku sebenarnya soh encik abang ni gi cakap kat mamat tu, yang dia tu abang angkat aku, tu je. Ni dia gi bawak kekawan dia pegi serang plak. Bengong. Hu~


Sebenarnya nak cite mende lain. Terpesong plak karangan ni. Hmmm~