Monday, January 04, 2010

471: Hujan Menyambut Jam ke 96 di Bulan Pertama

Januari. Tahun 2000. Millennium bak kata semua orang masa tu. Y2K. Zaman warna silver diperkenalkan. Kenapa eh? Mungkin 'millennium' tu ada persamaan macam aluminium. Jadi warna silverlah yang top dan hot tahun tu.

Malam. Lokasi : studio. Kat FSPU lah. Kalau tak silap aku, masa tu bulan puasa. Kalau aku silap, bagitau ye. Tapi aku yakin masa tu bulan puasa.

Semua pun ada kat studio. Aku dan Sofi tengah mengadap thematic map. Benda-benda ni baru untuk aku, tapi bukan untuk Sofi. Dia kena extend satu sem, so dia kena la jadik classmate kitorang. Bincang. Aku kompius, aku tanye. Dia tahu, dia jawab. Begitulah.

Yang lain pun macam tu jugak. Ada yang mengadap PC dan henpon hasil belanjaan duit PTPTN.

Aku kerling jam tangan. Lagi setengah jam pukul 12 tengah malam. Dan ketika itu tarikh akan bertukar, ke satu tarikh keramat untuk aku la. Hehe. Takpe, aku sambung kerja.

Hiruk pikuk dalam studio. Yang buat kerja, buat kerja. Yang dah pening kepala, keluar layan rokok, layan gitar. Ada jugak yang layan kopi hasil bancuhan aku, rasanya itu jag kedua untuk malam tu. Ye.. kami angkut cerek elektrik, gula, kopi, teh dan segala macam magi dan jajan untuk dibahan di dalam studio. Orang-orang macam kami selalunya terpaksa buat tak tahu bila perut berbunyi dan bila mata mengantuk. Bukan tak nak makan, bukan tak nak tidur. Tapi masa terlalu emas untuk ditinggalkan.

Tapi kalau dah tak tahan sangat, terpaksa la. Hehe.

Sesekali kawasan perbincangan kami disinggahi kawan-kawan lain yang berminat untuk tahu perkara yang sama. Kalau ada ahli grup lain yang cuba bertandang, aku dengan kejamnya akan halau dorang. Hahahaha. Mana leh tiru woi! Tanya takpe, jangan cedok idea ok.

Sambil berbual, tangan melukis dan melakar. Menanda dan mewarna apa yang patut.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan pelukan spontan seseorang dari belakang. Terjerit aku. Lin! Apehal minah ni tetibe peluk aku neh???? Ni apsal kekawan aku (perempuan yang close dengan aku laa) pun berkerumun skalik neh??

CTAAAAAAAAHHH!! EPY BESDAY!!! jeritnya di lubang telinga aku. Adoiii terus lembut taik telinga aku.

opocot abah ko mengandong kembar! *urut dada terperanjat*


Ha?? Dah pukul 12 ke? Aku memandang jam tangan, owh.. dah lepas 5 minit pon. Spontan satu studio perlahan-lahan menghampiri sambil menyanyikan lagu harijadi. Aku yang nebes ni pun turut menyanyi sama, siap gerakkan badan lagi. Hahahaha. Sofi di depan aku melopong sambil menggenggam marker.

weh.. punye la lama kita borak tadi, ko tak bagitau aku pon arinie bday ko?
aaaaa.. aku pon tak perasan laaa sori sori, ku terpaksa menjerit untuk menjawab.

Habis menyanyi, yang perempuan sahaja - seorang demi seorang mendakap dan mengucap selamat. Mendoakan yang baik-baik untuk aku. Yang lelaki pun cuba juga nak mendakap, tapi aku hadiahkan sepakan manja di kaki mereka sambil mengucapkan terima kasih.

Esok siangnya kan, aku dah ready nak balik kampung - nak raya dah. Pastu kan ade laa sorang classmate aku yang 'bunga' ni tegur.

malam tadi bday ko eh
bukan malam tadi je, arinie pon
epy besday Ctah..
thankss.. wish je? nasik nasik takde? hihihi
Senyum. tak bagitau awal.. kalau tak bole aku bagi ko adiah
uishh.. benarkah kata-kata ni atau mainan semata? lepas raya pon bole bagi lagi haha
kalau sekarang, nak?
ade ke?
nak tak?
adiah ape?
Dia diam, buat muka ensem dan memandang lalu berkata tanpa rasa bersalah, nak cium kau
babai~ :P

Sebenarnya, sepanjang hayat aku laa.. sampai tahun 2004 - aku tak pernah pun celebrate bday aku. Celebrate means celebratelah. Ada kek per sume tu. Tak pernah dan tak pernah pulak nak mintak. Mungkin sebab memang tak dibiasakan dari kecik la kot? Masa kekecik dulu kalau besday aku, yang aku boleh ingat la.. abang-abang aku (tak semua pun) akan telefon kat umah dan tanye nak ape.
gua cakap je 'loba-loba' tapi tak penah pon berloba stail gini hohoh

Aku tak retilah mintak-mintak ni. Huhu. Tapi Angah biasanya pandai la meneka hati aku. Hehehe.

1st time besday aku disambut tahun 2004. Disambut oleh budak-budak rumah yang baru sebulan dua aku kenal. Dah tentulah kepalanya Kak Ina dan sepupunya Kak Ida. Memang tahun 2004 tu dimulakan dalam keadaan jiwa yang tak seronok. Dan mungkin ketidakseronokkannya terlalu ketara kot. Ntahlah.

Terharu. Bila diingati dan dihargai oleh orang yang baru kita kenal. Errmmm.. takmolah sambung lagi. Kang tacing plak. Dan sejak aku berblog ni, almost every year bila tiba tarikh itu, aku kena bijak menyusun jadual. Akan ada laa yang ajak lunch, minum petang, dinner. Dan ada masanya bdayku diselebret hingga bulan-bulan seterusnya.

Terima kasih semua. Tahun ni ade laa orang mana tah kata nak belanja dinner kat Tony Romas masa bday aku. Tapi terus kensel bila aku cakap aku on diet. Boley??? :p

Arinie dah 30. Apsal nombor ni nampak macam tak sedap dipandang je? Hmmmm. Sekian terima kasih lagi skali.

wafa buat entry untuk aku! thanksssss muah2 :)

29 comments:

GhOsToNe said...

beshnye..

rase btoi2 dhargai..

zonaku said...

waaa...
happy birthday! semoga bertambah rahmat & berkat dlm hidup

30??? it's only numbers!

Masy said...

ghostone,
:) ya.. begitulah hehehe

zonaku,
mekasih2.. amin utk doa ko :D

nombor dan juga penanda aras permulaan kemerosotan kalsium dlm tulang anda. hu~

en_me said...

hepi belated besday cek masy masy ittewww.. ehehe

HEMY said...

dem..aku pn lupa baby...aku dok online mlm tadi..dh ingat sbb status ko letak..

last2 tertido gak..nk cium gak

COME HERE~~~~~

Masy said...

en me,
belated katanye heheheh thankss :)

anul,
ko mmg..

gedik arrr tu.. bg aku Samsung Omnia Pro dulu baru bole :p lalalalala~

mamarempit said...

b'day adik ke??? bile? alamak...tertinggal ketapi la mama...hahha...niway...epi b'day...moga umur yg diberikan olehNYA dimanafaatkan sepenuhnye....

moga diberkati dan dirahmati....

macha_sezs said...

woah. hepi belated besday!

selamat 30!

erk. yelah. no tu tak berapa sedap.

Masy said...

mamarempit,
ye mama. heheh thanks.. moga doa mama pon dimakbulkan oleh Allah, amiinn~

macha,
thanks!!

tu la kan? cam kurang perisa. hahaha

achik said...

hepi besday kak masy..

moga panjang umur, murah rezeki & hepi2 sokmo..

age just a number.. hahaha.. ;p

ber_uwang said...

selamat hari lahir...
semoga panjang umur dan di murahkan rezeki...oop lupa .. cepat jumpa jodoh.. leh makan nasi minyak free.. he he he

Super Nia Hana said...

oh akak baby
happy bday jugak
adakah watashi terlambat

ampunnn tuanku permasuri ampun

Masy said...

ber_uwang,
mekasih... amiiin utk doa2 tu sume...

aaa aku kawen sok x buat nasik minyak. ku buat nasik goreng, ok tak? hahaahahhahh

hana,
mekasih2.. blom lmbt lg.. klu x sempat arinie, esok lusa tulat sampai thn dpn pon bole je lg hahahahahaha

thanks dear :)

saaba said...

saya baca separuh dan trus mengoment dgn penuh rasa sensasi.

epi besday kak...
nnt kita 'loba2' beramai2 ye..
muah!

.millalara. said...

ya. sama juga seperti di fb.
muah3 lekat2 ;)

Erina Asmawani said...

akak comey..hepy beday ;)
Ala..no je tu kak..yg penting idup epy & ceria selalu..

nak bagi adiah kat akak gak lah..
meh sini meh..nak cium..mmmmmuahhhhh! dtg fradoo nanti nak bg abc cucuk lilin lah atas tu..ok tak? ;)

Zareda Norman said...

masy

apa ada pada nombor, hanya igauan jer tu.. heheh

Heppi besday yer dik.. kak zar doakan segala yg baik baik untukmu

moment said...

suke idea erina!!

sial pegi bila ku ada ok.. mo tiup2 jugak.. hikhik

semut api said...

Salam..

...30 tahun telah berlalu..byk perubahan mental & fizikal...Slamat hari lahir...

Masy said...

achik,
mekasih kecik.. hehehe nombor yg besau tu hahaha

adrian,
jgn pakai kasot tinggi time tu ok. klu tak, akak balik umah terus. hahaha thankss~

mila,
hahaha yelah2 lekatlah *sambil pejam2 mata sbb kene cium lekat2*

erina,
mekasih... yaaaa nombor yg x leh dipandang enteng. wakakakka

errrrr bole ke? extra choc, extra kacang lg tau tau yeahuuuuuu~

kak zar,
igauan ngeri! hahahahahahha

mekasih kak.. *hugs*

wafa,
suka saje ye! ;) hehehe kita tiup dak erina kasik tumbang ihihi

salam semutapi,
fizikal mmg byk berubah huhuhuuhu

terima kasih :)

k.e.r.i. said...

wafa kena buat kek coklat neh.

Loyer Lelaki said...

dah 30 ke? nak minta kerja kerajaan pon susah dah ni. apa2 pon hepi besday. ko sambut sekali ngan raja daerah zomboti, di kepualuan congo. tahniah!

Masy said...

keri,
SETUJUK!!!!

loyer,
ko ni kan.. buat lemah semangat aku jelah. huhuhuhuhuhuh mekasih2 aku redha :)

afiq said...

hallow.. heheh hepi bufdeyy.. walopon..tidk dpt dinner di tny romas... uhuks

green said...

hepi bday...
best kan perasaan di celebrate itu?

moga pjg umur murah rezki..

Firol said...

panjang umur murah rezeki hendaknya

Masy said...

afiq,
tengkiu.. yaaaaa tp takpe, dah timbal balas dgn rib eye steak - tp org len la plk blanje hehehe

green,
mekasih... aaaa perasaan agak kompius :) tp best jelah heheh

amin.. thanks :)

firol,
insyaallah... thanks :)

syahza said...

cutenye kucing tu..

Masy said...

syahza,
:)