Friday, January 15, 2010

476: feslev

(aku rasa aku stress kot. sebab tu entry aku minggu ni panjang semacam je. ces)

Fesbuk. Bukan takat mendekatkan kita dengan kawan-kawan dan family. Malah jika ko 'bernasib baik', ada peluang pula mendekatkan diri dengan bos (err aku tak add bos aku) dan jugek ex(s) boipren. Haha. Takde la bermaksud mendekatkan tu sampai merapatkan hubungan, tapi sekadar ko bole tengok macamana life dorang skang.

Hepi kaa.. Gundah kaa.. Sakit kaa... Hidup ka.. Meninggal ka.. opppss..

Aritu masa berpoya-poya dengan Yonna, minah ni ade cakap pasal kekurangan pengetahuan beliau tentang love life aku sebab jarang diperkatakan. What can I say - I don't have one (stetmen 10% tipu). Sebenarnya ade la siket² dek non, cuma kakak tidaklah menulis secara terang² seperti contoh :

sayang, yu tau tak ai rasa nak marah ni kat yu? takmo la tengok yu arinie syuh syuh

ataupun

kanda! rindunye hingga terasa mau lompat tinggi² sampai cucur atap

Takde laa camtu. Kenapa la agaknya takleh nak tulis terang-terang? Itu susah mau explain la. Anggap je daku tengah nak market diri kat sini. Lelong lelong.. budak cantek untuk dinikah sepanjang hayat.. 3 juta dirhaaammmmmm *goyang² loceng* Ok serius. Sebenarnya sebab takde. Tu je.

Cakap pasal ex boipren kat fesbuk. Hahahaha jap nak cangkung jap sambil bergelak ketawa.

Ekcely, aku ada add laa ex boipren jaman skulah dulu (Bear jangan gelak). Aku memula serun gak masa nak add, ntah kenal ke tak mamat ni kat aku - eh berani dia tak kenal aku, kata aku 1st love dia?? Hehehe. Seminggu gak laa baru dia approved. Bizi kot.

Seriously takde pon perasaan dah kat dia. Totally nehi. Nil. Zero. Kosong. Tapi bila aku terperasan kawan-kawan dia upload gambau² zaman skulah dulu, sekonyong-konyong terimbaulah kenangan chenta macaca fasciculari primat simian zaman baru-baru akil baligh. Hehe.

To be truth (sekali lagi - Bear, jangan cite kat dia hoh) - aku la yang usha dia dulu HAHAHA. Our first met was on 1992, wakil skolah gi MSSM. Dia skolah lain la, tapi khemah seblah menyeblah. 3 hari kat skolah tu, 3 hari tu laa aku dok perati je dia. Tinggi, kurus (masa tu la) n pakai spek. Dan aku yang berjiwa penyiasat ni dengan mudah je mendapatkan maklumat tentang dia tanpa bertanya pada sesiapa pun - nama, sekolah mana.. sibbaik zaman tu takde MyKid, kalau tak dengan besday dia pon aku tau. Heh.


1992 tu aku darjah nam. Cam gatal plak bunyiknye? Masya Allah... *semayang sunat tobat*

Tapi tahun 1992 tu, banyak kali gak aku terjumpa dia. Tahun terakhir aku kat skulah rendah tu memang aku bizi semacam. Tetibe je kan jadi cam top student - opss.. ANTARA top student la.. Abes segala maknika kuiz, sukan sume la aku terbabit. Dan agaknye dia pon top la kot, sebab asik jumpe dia je kat mana-mana. Sampaikan jadi habit plak bila pegi wakil skolah mana-mana, kan ko kene daftar sesampai je kat tempat kejadian kan? Lepas aku sign kat nama aku, mesti aku sibuk² cari nama skolah dia HAHAHAH ya Allah... Kalau takde nama dia kang mula la semangat merundum.

Tak pasal-pasal mamat yang syok kat aku tu pon kene carikan jugak supaya aku tak moncong. Hahaahah.

2 tahun kendian (dah masuk skulah menengah la kan), baru la aku dapat tau yang dia sebenarnya satu skolah dengan mamat di atas tu - siap sekelas lagi. Ditambah pulak ade junior kat asrama ni jiran dia pulak tu selang satu rumah je. Merasa la korang jadi telangkai. Girangnye masih ku terasa hoho.

Dikontotkan cite, berkenal-kenalanlah akan kami berdua. Zaman tu main surat menyurat laa kan. Dan dia yang mulakan langkah untuk call aku dulu. Tapi masa 1st time dia call tu aku kat asrama :( Mana aku tau? Sebab esoknya aku tergerak nak tipon umah, abah yang jawab. Abah dengan suara dua sen setengah selambe je cakap : semalam pakwe ko telepon. Terpingalah aku. Bila aku tanye sape, abah bagi jawapan doploh lima sen : mana abah tau sape pakwe ko. Apa ini semua??! Hahaha.

Kontotkan cite lagi. 2 tahun kendian baru la kitorang kapel. Ehek ehek. Kenal 2 tahun, kapel 5 bulan je. Siot sangat kan? Dia laaaaa punye pasal. Dah laaa tak gentleman, clash pakai surat, soh orang lain tulis pulak tu. Tengok cam aku, aku terus je call dia. Hah takot plak tu nak cakap. Ade ke dia soh aku call ko, Bear? Ko ke boipren aku masa tu? Hahaha. Aku dengan Bear dah laa mempunyai tali persahabatan yang kritikal gara-gara campurtangan orang tua masing-masing masa tu. Apedaaaa..~

Dah tu bila aku clash dengan dia, tak pasal-pasal aku pon terglamer skali. Alkisah gf baru dia tu budak skolah bandar yang... yelah glemer la kalau nak banding dengan skulah aku yang sekadar berdepan je dengan skolah Remy Ishak tu. Glemer tak pasal-pasal sebab budak² skolah gf baru dia siap kenal aku lagi okeh. Tatau la ape dia cite pasal aku. Hmm.

Aneh bila ko glemer tanpa sebab. Lepas cerai pulak tu. Motif sangat.

Walaupun diperlakukan dengan jahanam, tapi aku kawan dia lagi. Ntah la aku ni. Suke sangat kawan dengan ex boipren, hobi kot.

Kendian masa bday aku yang ke 17, dia call. Suara semacam je ni mesti baru pas gaduh dengan gepren la tu. Actually even worst. Dorang clash on my bday ok. Pandai ko pilih tarikh eh. Then our friendship went on and off. On bila dia solo takde gepren, nanti pandai la dia cari aku nak manje-manje. Bila dia senyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap je tu, ko paham-paham jelah. Ade gepren la tu. Heh. Dasar.

Situasi tu berlangsunglah sampai aku masuk ITM, kuar ITM, dan dapat keje. Begitulah. Last aku dapat bercakap dengan dia bila eh..

Bila ntah dia kawen. 2007 kot? 2006? Ntah. Dah nak kawen tu tetibe je eksen plak dengan aku, takot tergoda la tu. Hihi. Jemput aku pon pakai sms je. Takpelah, aku pon takmo pegi.

Senyap.. sampai tahun lepas, tetibe aku dapat sms. Dia inform nombor baru. Oh.. simpan lagi rupanya no aku.. Ingatkan dah buang ke laut. Hmm. Dan bila aku ternampak nama dia mengomen kat status Bear, aku pon try la add. Nak tau kot la aku senasib dengan Anne. Hehe.

Aritu dia ade komen kat status aku. Hehe. Ayat macam biasa dengar la dulu. Takpe².

Yang membuatkan aku tertulis entry ni adalah.. sebab aku tengok gambar-gambar dia jaman skulah dulu. Dan aku dapati yang ramai gak rupenye kawan-kawan dia yang aku kenal in person. Means.. penah laa jumpe dulu. Hehe. Of course kebanyakannya berperanan dalam kesah perchentaan macaca fasciculari primat simian kitorang dulu.

Difikirkan secara logik, aku pun tataulah amende yang aku suke sangat kat mamat tu. Suka? Sayang? Ntah. It takes 7 years for me to give up on him - sampailah aku jumpa 'dahan' baru.

28 comments:

ber_uwang said...

he he teruskan mencari dahan.. atau mat dahan

Jard The Great said...

perkataan baru heh.. "perchentaan macaca fasciculari primat simian"... ehehe...

apsal ku tak penah ade kisah chenta ek? =p

Masy said...

ber_uwang,
mat dahan takmo ah.. ni tgh dok tgk2 dahan mana yg seswai hihih

jard,
hehehehe vell vell vell ;D

ye ke takde.. ade tu tapi x ingt kot ;)

zonaku said...

huhuhuuuuu.. panjang bebeno..nnti free aku baca.

er.. kalau dapat extra, pas satu kat aku

Zareda Norman said...

masy

cari dahan pokok yang tegap sikit.. tak mudah rapuh, tak mudah makan dek ulat dan heaveyduty yer..

Masy said...

zona,
hehehehe stress stress...

extra ape? dahan? hahaha

kak zar,
rasa mcm da jmpe tp dahan kat pokok di laman org la plaks..

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm~ takpe2 cari lg..

Erina Asmawani said...

pompuan mmg susah nak lupakan 1st love kan kak?? kalo laki senang je..huhu..kite pun terjumpe ex(s) kat fesbuk..tapi jadik kawan jelah skrg..

kite doakan akak bertemu jodoh ngan "pokok" satu ari nanti & bergembira slamanya ngan anak2 yg comel ;)

Amin sesama cepat ;)

achik said...

pergh, 7 thn tu baru give up.. setia menunggu la kiranya ni ek.. :)

en_me said...

dahan baru tapi patah, dahan baru tapi patah, macam tu lah. sampai mati.. ehehe

pakbear said...

"Aku dengan Bear dah laa mempunyai tali persahabatan yang kritikal gara-gara campurtangan orang tua masing-masing masa tu. Apedaaaa..~" sila jelaskan statement nie, aku x paham..

btw, siyes aku x tau perhubungan ko sampai ke ITM walupun on n off.. hehe baca entri ko teringat zaman dedulu, org sibuk study, kita sibuk cari pakwe makwe sib baik akhirnya kita jadi org x jadi primat sapian...

btw, aku tetap menjadi kawan ko n besday ko aku akan ingat sampai bila2.. hahaha

Masy said...

erina,
klu bole mau lupa saja... sbb x best pon. tp klu xde yg 1st mana nk ade yg 2nd, 3rd until 10th kan hahaahahhaa

amin amiiiiiiiiiiiiiiiin~

achik,
mcm tu la lebih kurang. bodo sket time tu hehe

en me,
hahahahaahahhaah pukul dgn dahan kang baru tau nak? hahahahahah

bear,
ko takkan lupa tragedi mak aku call mak ko sbb bil telefon melambung? yg ko sampai takmo balik kg masa cuti sbb kene marah - pon sbb bil telefon. hahahah ko ni.. pelupa betoi.

yup, masih lg kawan masa tu. on off sbb dia asek tukau nomo, lgpon aku bz gak (bz bz pon ttp call tu.. cess). aku tak cari oit, aku usha je. hahahaaha

yaaaa... alhamdulillah.. ko ingt pon sbb bday aku sama dgn bday bini ko.. hahahahaahah

Hafidz said...

Kadang-kadang glamer tanpa sebab pun cara jugak masy.

mana tau bole guna kuasa "glamer" untuk menguasai dunia, huhuhu =P

macha_sezs said...

"dahan"

istilah baru tu..
:P

Mak Su said...

1992? maksu bersanding atas pelamin dgan paksu chot, oohhh, terus ku terkenang kenang

Masy said...

hafidz,
nk menguasai hati org pon x mampu, apatah lagi laa nk menguasai dunia. sob sob sob~

macha,
ehem. tambah TM ujungnye ye hahaha

maksu,
wawwwwwwwwwwwwwwww syok2 hehhehe

Super Nia Hana said...

ekekeek..suak istilah dahan..kalo pucuk cpt layu

pakbear said...

owh hahhahaha.. ingat2... shhhhh...~

Yunus Badawi said...

Panjang giler tapi seronok baca kisah ko ni.

Aku nasihatkan tak usah cari dahan. Ko cari batang pokok terus. Lagi tegap hehehe

saaba said...

apsal tiba2 saya tringat lagu Kabut Serangkai Mawar - Zaiton Sameon?

Masy said...

hana,
kata nak tempat berpaut kan... mesti la cari dahan. nk paut kat pucuk mcm x kena je hahahaa

bear,
ingat pon! hahahh

YB,
boleh gak.. tp klu dapat dahan yg kukuh, kompem batang dahan pon tegap kan hehehe

adrian,
ntah ko. peminat kak eton eh? hihi

semutapi said...

'dahan' baru....(?)

oranglidi said...

apekejadah dalam kepala wa time baca entri ni? semacam je.

bear tu macam pooh x?

mahal la 3 juta dirham.

Lee Novotny said...

and they called it puppy looooove...... **pose pose the Osmonds hahahahahah

p/s 3 juta dirham? aikkk mahalnyaaaa...ada laaa tu Datuk Z, H, J, G. L, M semua nak amsuk meminang! *ops!

Nazz said...

Mak ai.. panjangnya.. namun aku tlh berjaya menghabiskannya.. jari jemari ok lagi yer? klau tak, susah nak berpaut kat dahan krang...

k.e.r.i. said...

deym.
1st love memang susah nak lupa.

~reenbabe :: Love Me Or Hate Me said...

Mak pun ada gak kisah 'chenta' jaman silam cenggini...
Kekadang bile d kenang2...terasa betapa bongoknye diri ini, fell for the wrong guy...

zino said...

semuga berjaya apa yg di cari..

Masy said...

semutapi,
metafora utk 'org baru' ;)

oranglidi,
ko pikir ape weh? bear tu comeyyy hahahahah muntah aku.

lee,
yaa bgitu.. tp puppy tu kan cam haram so kita guna monyetlah. hahahaha

p/s: alaa.. memain je noks :) heheh

nazz,
bagosss hahahaa. jari ok lg *sambil patah2kan jari tanda lenguh*

keri,
tp aku mcm dah nak lupe je ni. hahahahahaha

reenbabe,
ala.. masa budak2 kan pikiran tak panjang gtu.. tp rasanya takde la menyesal sgt.. klu tak sbb dia, takde laa kenal n bkawan dgn dak bear smpi skang. kan bear kan kan kan? ;))

abah angkatku zino,
insyaallah.. :)